Anda di halaman 1dari 35

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) DAN FALSAFAH PENDIDIKAN GURU

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan

kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. ( Sumber : Noriati A.Rashid, Lee Keok Cheong, Zulkifli Mahayudin & Zakiah Noordin. (2012). Falsafah & Pendidikan di Malaysia )

Elemen- elemen dalam FPK


1.0 Pendidikan suatu usaha berterusan 2.0 Memperkembangkan potensi individu 3.0 Perkembangkan potensi secara menyeluruh 4.0 Insan yang seimbang dan harmonis 5.0 Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan 6.0 Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan 7.0 Rakyat Malaysia yang berketerampilan 8.0 Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia 9.0 Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab 10.0 Rakyat Malaysia berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri 11.0 Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara

1.1 Pendidikan satu usaha berterusan


Merupakan pendidikan sepanjang hayat. Tanpa mengira peringkat umur, proses pembelajaran sentiasa berlaku dari semasa ke semasa.

Elemen ini adalah sangat penting kerana pendidikan ialah

proses pemerolehan ilmu pengetahuan dan kemahiran, serta


penyerapan nilai murni supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan serta berahlak mulia.

3.1 Perkembangkan potensi secara menyeluruh


perkembangan potensi individu tidak lengkap dan

sempurna jika dilakukan secara berasingan. Ia harus diperkembangkan secara menyeluruh . Maka, setiap insan (pelajar) harus berilmu pengetahuan dan mahir dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. aktiviti kokurikulum harus juga diberi penekanan, di samping kurikulum akademik yang dilaksanakan dalam bilik darjah.

2.1 Memperkembangkan potensi individu


Setiap individu memiliki pelbagai potensi seperti intelek, jasmani, emosi dan rohani sejak lahirnya. Kebanyakan potensi ini adalah terpendam dalam kendiri. FPK ialah memperkembang dan meningkatkan potensi individu supaya mencapai tahap cemerlang.

3.2 Perkembangkan potensi secara menyeluruh

Para murid juga perlu bergiat aktif dalam sukan, seperti main bola sepak, sepak takraw, badminton demi menjadi cemerlang dalam kokurikulum.

seseorang murid perlu belajar bersungguh-sungguh untuk menjadi cemerlang dalam kurikulum.

4.1 Insan yang seimbang dan harmonis


insan yang berilmu pengetahuan,
Berakhlak mulia

mempunyai kepercayaan kepada Tuhan


mempunyai jiwa dan fikiran yang tenteram

tubuh badan sihat dan cergas, serta kematangan


emosi dan sosial.

5.1 Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan

merupakan keyakinan bahawa manusia dan alam

sekitar

tidak

terjadi

secara

sendiri

tetapi

ada

Penciptanya dan hukum-hukum alam adalah hukumhukum Tuhan. melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan. Mengikut dan mengamalkan ajaran beragama.

5.2 Kepercayaan kepada Tuhan

Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain. Kaum Cina Kaum India Kaum Melayu Tahun Baru Cina Thaipusam, Deeepavali. awal muharam dan Hari Raya Haji.

6.1 Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan

Memanfaatkan ilmu untuk kebajikan diri dan orang lain.

berfikiran terbuka luas dan mendalam

Sikap suka membaca

Ciri-ciri rakyat yang berilmu


berusaha meningkatkan dan menyebarkan ilmu pengetahuan Mencintai ilmu pengetahuan Sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan

6.2 Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan

Kerajaan negara kita mengamalkan dasar pendidikan wajib seperti, sekolah rendah, sekolah menengah, kolej kepada semua supaya semua individu harus memperoleh ilmu pengetahuan serta mendapat masa depan yang ceria.

Memiliki ilmu pengetahuan

Ciri-ciri rakyat yang berketerampilan

Melaksanakan tugas dengan dedikasi,cekap dan sempurna

Kemahiran dan kelayakan sesuai dalam perlaksanaan tugasnya

7.2 Rakyat Malaysia yang berketerampilan

Negara kita juga pernah menjadi Tuan rumah bagi sukan Komanwel pada tahun 1998. Sukan Komanwel pada tahun itu diadakan di Kuala Lumpur. Komanwel merupakan sebuah sukan antarabangsa. Banyak negara dari Eropah, Afrika, Asia telah terlibat dalam sukan. Perdana Menteri masa itu ialah Tun Dr. Mahathir dan beliau bersama-sama dengan menteri sukan serta rakyat menjayakan sukan komanwel ke-16. Dengan ini dapat tahu, rakyat Malaysia mempunyai kelayakan dan kebolehan dalam melaksanakan sukan Antrabangsa tersebut.

8.1 Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia

memiliki tingkah laku yang bersopan santun

Menyedari kesan perbuatan baik dan buruk

Ciri-ciri rakyat yang beraklak mulia

Yakin terhadap nilai murni

Mengamalkan perlakuan baik dan menjauhi perlakuan buruk

8.2 Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia

Kerajaan juga menganjurkan beberapa kempen seperti Kempen AntiDadah, Kempen Tak nak ! untuk memberikan kesedaran tentang tabiat buruk ini kepada msayarakat. Hal ini dapat melindungi masyarakat daripada terlibat dalam tabiat buruk seperti merokok, menghisap dadah yang boleh membawa penyakit. Kebanyakkan rakyat juga menghadiri kempen-kempen tersebut.

9.1 Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab


Rakyat yang mempunyai tanggungjawab yang sempurna terhadap Tuhan, bangsa dan negara, akan melaksanakan tugasnya dengan cekap, bersih dan amanah. Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab ialah rakyat yang memiliki ciri-ciri seperti menyedari tugas dan tanggungjawab harus dilaksanakan dengan sempurna, sentiasa berusaha meningkatkan daya pengeluaran dengan mematuhi peraturan dan undang-undang negara dan berusaha memajukan diri, keluarga, masyarakat, bangsa, negara dan agama.

9.2 Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab

Terdapat juga agensi-agensi kerajaan membersihkan sesebuah kawasan di bawah arahan Menteri Kesihatan. Tambahan pula, seseorang guru juga bertanggungjawab semasa mengajar para muridnya. Kadang-kadang, para guru juga akan mengadakan kelas tambahan untuk meningkatkan taraf murid yang lemah.

10.1 Rakyat Malaysia berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri


memiliki jiwa yang tenteram untuk memahami keperluannya sendiri,

keluarga, masyarakat, agama dan negara.

memiliki keupayaan seperti daya ketahanan diri yang kuat untuk menangani cabaran hidup dari semasa ke semasa, berfikiran waras dengan jiwa tenang dan tubuh badan yang sihat .

memperoleh kemahiran untuk mewujudkan perhubungan yang baik.


19

10.2 Rakyat Malaysia berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri

Rakyat Malaysia juga terutamanya, pramugari, ataupun pekerja di restoran, Hotel, telah sabar melayan pelanggan ataupun berinteraksi dengan pelancong negara asing untuk menjalinkan hubungan silaturahim dan dapat mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan faham antara satu sama lain demi kesejahteraan hidup.

11.1 Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. rakyat yang memeroleh keupayaan seperti memupuk keharmonian keluarga, semangat kerjasama, kekitaan, perpaduan, muhibbah, toleransi. hormat dan menguasai kemahiran sains dan teknologi untuk perkembangan dan kemajuan negara. mengekalkan kestabilan negara dengan mematuhi, mengekalkan dan mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara . bersemangat patriotik dan cintakan negara.

11.2 Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara .

Seorang bapa memberi sumbangan kepada keluarganya, misalnya, menjaga anak-anak dengan baik, menghantar anak-anak ke sekolah, menyempurnakan semua keperluan anak-anaknya.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga iaitu Datuk Fatimah Abdullah juga sering membantu masyarakat miskin dengan memberi beras, wang bantuan dan sebagainya.

Rakyat Malaysia juga memberi sumbangan kepada negara, terutamanya, angkatan tentera yang sanggup menggadai nyawa untuk mempertahankan negara daripada ancaman musuh demi ketenteraman negara.

Jelaskan cara-cara pengurusan kurikulum yang boleh dilakukan oleh guru untuk merealisasikan hasrat tersebut.

Menganjurkan aktiviti keagamaan di sekolah

Majlis rasmi dimulakan dengan membaca doa

KEPERCAYAAN KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KEPADA TUHAN


Menyediakan kemudahan bersembahyang

Mewajibkan kelas agama dan moral

Buku teks menerapkan nilai-nilai murni

bahan bacaan secara percuma (surat khabar dan majalah)

Program Nilam

Program j-QAF

RAKYAT MALAYSIA YANG BERILMU PENGETAHUAN


Bulan Perpustakaan Mewajibkan pendidikan awal di sekolah rendah

membaca

bertanggungjawab

aspek sifat kepimpinan amat dititik berat dalam bilik-bilik darjah

mewajibkan pendidikan moral

bimbingan dan kaunseling

mewujudkan disiplin di dalam diri para pelajar.

Bertanggungjawab

mengelolakan semua aktiviti yang dijalankan di dalam sesebuah bilik darjah.

membimbing murid-murid supaya mereka memahami topik yang diajar.

JASMANI -Program 1 MURID 1 SUKAN, -Di sekolah, subjek PJK diutamakan, -GERKO -Program PLKN.

EMOSI -pandai mengawal emosi dan perasaan,. -Kematangan emosi diwujud semasa aktiviti

INSAN YANG SEIMBANG DAN HARMONIS

ROHANI -mengikut kelas agama dan moral -pelajar Muslim diwajibkan belajar agama -pelajar tidak bermusliman belajar Pendidikan Moral. -Prinsip- prinsip Rukun Negara diucapkan.

INTELEK -Memberi keutamaan kepada belajar dan membaca

Cara- cara menggunakan alat-alat muzik

Para guru mempunyai tanggungjawab untuk menyediakan muridmurid supaya menjadi mahir dalam bidang teknologi

memperkembangkan potensi seseorang individu

para guru juga boleh memperkembangkan potensi seseorang murid dalam dalam bidang seni.

kESIMPULAN
Guru memainkan peranan yang amat besar dalam merealisasikan matlamat kenegaraan yang akan menentukan jatuh bangunnya bangsa dan negara pada masa hadapan Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjadi kayu pengukur untuk menentukan hala tuju kepada sistem pendidikan kebangsaan. Falsafah yang diterapkan oleh guru-guru di sekolah di harap mampu menjayakan hasrat murni kerajaan untuk melahirkan insan yang harmoni dan seimbang. Untuk menerapkan unsur-unsur falsafah dengan berkesan di dalam bilik darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran, guru-guru perlu memahami sepenuhnya ilmu falsafah dan akhirnya

FALSAFAH PENDIDIKAN GURU


Pembentukan Falsafah Pendidikan Guru(FPG)
Menurut Choong Lean Keow didalam bukunya Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia, Falsafah Pendidikan Guru(FPG) telah digubal bertujuan menjadi panduan bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK). FPG menjelaskan jenis guru diperlukan oleh negara kita. Apa yang terkandung di dalam FPG ialah guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan budaya negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. Berdasarkan huraian FPG di atas, dapatlah disimpulkan bahawa guru sangatlah penting untuk negara kita dan institusi pendidikan guru cukup berperanan untuk melahirkan guru-guru bagi mendidik anak bangsa untuk menjayakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Anda mungkin juga menyukai