Anda di halaman 1dari 8

Makna lestari ?

Filed under: KAMUS KATA 5 Komen 06/06/2009 Perkataan lestari sedap didengar dan gemar pula digunakan orang. Maksud lestari sebenarnya ialah;

lestari > kekal, tidak berubah melestarikan > mengekalkan, menetapkan pelestarian > perlindungan daripada kemusnahan kelestarian > keadaan yang tidak berubah

Dalam ayat;1. Semua anggota masyarakat mestilah memiliki rasa tanggungjawab untuk melestarikan hutan semula jadi kita. (mengekalkan) 2. Kelestarian hutan asli kita mesti diutamakan. (pengekalan / keaslian)

Rate this:
6 Votes

Like this:
Like Be the first to like this post. Comments RSS feed

5 Comments:

andak bushro 24/09/2011 at 4:09 am salam. usm juga menggunakan perkataan lestari. selalu berbicara soal kelestarian masa hadapan, mengekalkan kelestarian alam sekitar, dan sebagainya. dengan itu, para siswa diajar menghayati serta menjaga alam sekitar demi kelestarian hari esok. bagi pelajar-pelajar tahun akhir, mereka perlu menyiapkan projek tahun akhir yang berkaitan dengan kelestarian alam sekitar. oleh itu saya ucapkan terima kasih di atas penerangan cikgu berkaitan kelestarian. ia sedikit-sebanyak dapat membantu saya dalam mendapatkan maklumat tambahan berkaitan kelestarian.

Balas

Cikgu Azemi 25/09/2011 at 4:38 am T. Kasih. Balas

Mohamad Azemi 19/07/2009 at 1:35 pm Pelik juga kan. apakah yang ingin diberitahu dengan frasa UiTM kampus lestari? Lestari bermaksud tidak berubah/tetap/kekal. Jika merujuk maksud kamus, mungkin maksudnya kampus kekal UiTM. Tak tahulah saya jika pihak tertentu sengaja membentuk frasa tertentu yang membawa maksud tertentu pula. Jika begini senang UiTM kampus bestari = UiTM kampus pintar! Balas

Mohamad Azemi 24/10/2009 at 2:48 pm Satu soalan yang baik. Sebenarnya maksud yang tersurat yang tercatat dalam kamus dewan edisi ke-4, lestari bermaksud kekal, tidak berubah-ubah. tapi dalam keadaan tertentu maksudnya berubah berdasarkan situasi dan lain-lain. kelestarian bermaksud keadaan hutan, bumi dll yang terjaga dan terpelihara. pelestarian pula bermaksud melindungi daripada kemusnahan. Saya pun keliru dengan pengguna bahasa kita yang sewenang-wenangnya menggunakan sesuatu kata itu tanpa merujuk maksud sebenar. Bagi saya, mungkin kata lestari yang terdapat dalam frasa pengguna lestari itu sepatutnya digantikan dengan pengguna bestari barangkali, maksudnya pengguna yang bijak. Balas

Cikgu Azemi 24/09/2010 at 2:06 am Maksud yang ke-2 lebih sesuai.

Pelestarian Alam Menghindar Bencana


Pelestarian alam menghindar bencana MANUSIA adalah sebaik-baik kejadian yang dianugerahkan akal untuk menilai baik dan buruk sesuatu. Sebagai insan yang menghuni alam jagat ini, Tuhan menyediakan pelbagai kemudahan serba lengkap dengan penuh hikmah dan manfaatnya. Apa saja yang ada di bumi ini untuk kemudahan manusia. Begitulah dengan alam sekitar yang dihiasi kawasan hijau berbukit-bukau dan bergunung-ganang. Ia ditumbuhi pelbagai spesies pokok sebagai kawasan tadahan hujan dan penyerap haba. Tetapi manusia selalu lupa dan lalai dengan apa yang dianugerahkan Allah. Dalam mengejar arus pembangunan, kadang-kadang faktor kepentingan menjaga alam sekitar seakan-akan dikorbankan. Justeru, banyaklah tragedi menimpa manusia lantaran meninggalkan amanah Tuhan dalam menjaga alam ini sebaik mungkin. Rakyat Malaysia sekali lagi dikejutkan peristiwa menyayat hati kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Selangor baru-baru ini. Kejadian ngeri itu ulangan tragedi Highland Tower yang menyembah bumi 15 tahun lalu. Kebanyakan peristiwa tanah runtuh yang mengakibatkan rumah tertimbus dan mengorbankan manusia berlaku di kawasan lereng bukit yang dibangunkan untuk tujuan tertentu seperti projek perumahan. Sesungguhnya menebus guna kawasan bukit atau hutan seolah-olah mengundang bencana. Ini kerana alam sekitar adalah amanah Allah kepada manusia dan dianugerahkan untuk dijaga serta dimanfaatkan dengan bijaksana.

Namun, manusia selalu rakus dan lalai dengan amaran Allah. Itulah bayaran yang terpaksa ditanggung akibat kealpaan kita. Allah berfirman yang bermaksud: Dan bumi sesudah itu dihamparkan (untuk kemudahan penduduknya). Dia mengeluarkan dari bumi itu airnya dan tumbuhtumbuhannya dan gunung-ganang pula dikukuhkan letaknya (di bumi) sebagai pancang pasak yang menetapkannya (semuanya itu) untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternakan kamu. (Surah An-Naziaat ayat 30-33) Demikian Allah ciptakan untuk kemudahan dan kesenangan manusia di bumi ini. Sehubungan itu, kita perlu insaf apa saja di bumi ini bukan dijadikan begitu sahaja oleh Allah, sebaliknya terdapat hikmah dan manfaatnya. Sebab itulah Allah memberi peringatan yang jelas kepada umat manusia supaya menjaga dan memelihara khazanah di bumi dengan baik. Ini sebagaimana terdapat dalam Firman-Nya bermaksud: Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan kebaikan padanya. (Surah Al-AAraat ayat 56). Daripada ayat itu, Allah memberi amaran kepada manusia agar tidak merosakkan apa yang Allah ciptakan. Ini kerana semua itu terhampar untuk manfaat manusia untuk kehidupan tenteram dan sejahtera. Tetapi, masa berubah, manusia semakin mengejar pembangunan material sehingga seolah-olah tidak lagi mengingati peringatan Allah dalam al-Quran. Manusia tidak lagi amanah untuk memelihara dan menjaga alam sekitar. Kawasan bukit dan lereng gunung yang sebelum ini indah dan hijau mata memandang bertukar wajah dan fungsi Deretan kawasan perumahan dibina manakala di lereng bukit dan gunung dijadikan lebuh raya. Sebenarnya mengejar pembangunan dan kemajuan memang dituntut Islam. Malangnya manusia bertindak melampaui batas dan rakus dalam menggunakan khazanah alam tanpa memikirkan kesan buruk kemudian hari. Inilah fenomena yang lazim berlaku. Rasulullah s.a.w bersabda: Dunia ini hijau dan cantik dan Tuhan melantik kamu sebagai pengurusnya. Dia melihat apa yang kamu lakukan. (Hadis riwayat Muslim).

Maksudnya alam ini dipenuhi kawasan pokok hijau dan cantik pemandangannya dan menjadi tugas manusia untuk menjaga dan memelihara agar keadaan itu kekal untuk manfaat manusia. Kawasan bukit atau gunung menyediakan sumber air dan mempunyai sistem ekologi untuk manusia. Atas dasar mengaut keuntungan, elemen alam diketepikan malah amaran Allah dipandang remeh. Ingatlah, Allah mengingatkan implikasi sikap rakus manusia membawa kepada kerosakan di bumi. Ia jelas terpapar dalam Surah Ar-Rum ayat 41: Sudah timbul kerosakan di darat dan lautan disebabkan perbuatan tangan manusia. Sebagai manusia, kita perlu selalu mengambil peringatan Allah dengan insaf supaya kejadian buruk seperti tanah runtuh tidak berulang. Sebaliknya, manusia mesti memakmurkan sumber alam dengan mengikut garis panduan Islam. Allah berfirman dalam Surah Hud, ayat 51 bermaksud: Dia menciptakan bumi (tanah) dan menjadikan pemakmurnya. Yang menjadi pemakmur ialah manusia yang dijadikan sebagai khalifah di bumi. Dalam perspektif pembinaan tamadun Islam, hubungan manusia dengan alam menjadi satu prinsip utama selain hubungan manusia dengan Allah dan hubungan manusia dengan manusia. Manusia seharusnya menjadi makhluk pemakmur sebagaimana yang diamanahkan Allah dan mengelakkan menjadi makhluk perosak kepada apa yang terbentang di bumi ini. Sebenarnya banyak peristiwa berlaku sepatutnya menginsafkan manusia, tetapi begitulah sikap manusia yang mudah lupa. Lantas sikap lalai dan rakus kembali berleluasa menguasai jiwa. Oleh itu, tugas melestarikan alam sekitar menjadi tanggungjawab manusia supaya dapat hidup tenteram, aman dan sejahtera sepanjang masa serta dapat mewariskannya kepada generasi akan datang. Beringat sebelum kena. Janganlah sudah terantuk baru terngadah. Firman Allah bermaksud: Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda bagi orang berakal (iaitu) orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan baring dan mereka

memikirkan mengenai penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada siksa neraka. (Surah Ali Imran ayat 190-191). Sumber Maklumat: _________________________________________________________________________________________
UCAPAN Y.A.B. DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN KETUA MENTERI SABAH, SEMPENA MAJLIS PELANCARAN RAKAN ALAM SEKITAR PERINGKAT NEGERI SABAH 2009, PADA 14 OGOS 2009 DI AUDITORIUM KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN SABAH KOTA KINABALU.

Terlebih dahulu, saya mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat serta izin-Nya, kita dapat bersama-sama dalam Majlis Pelancaran Rakan Alam Sekitar Peringkat Negeri Sabah. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Jabatan Alam Sekitar Malaysia atas undangan untuk saya merasmikan majlis ini.

Apa yang menarik perhatian saya ialah program Rakan Alam Sekitar ini turut melibatkan kerjasama dan komitmen berterusan daripada pelbagai pihak termasuk Ahli-ahli Parlimen, agensi-agensi kerajaan serta rakyat keseluruhannya demi untuk memastikan kelestarian alam sekitar terus terpelihara. Program Rakan Alam Sekitar yang melibatkan komitmen dalam kalangan pemimpin ini memang tepat pada masanya dan memenuhi slogan yang sering kita laungkan iaitu, Pemuliharaan Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama. Isu-isu alam sekitar seperti perubahan iklim, jerebu, pencemaran kualiti air dan banyak lagi telah menjadi isu global yang memerlukan kerjasama penuh daripada semua pihak, termasuklah para pemimpin demi untuk memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa diberikan keutamaan. Bagaimanapun, usaha menangani masalah pencemaran tidak harus menjadi tanggungjawab kerajaan semata-mata, tetapi ia perlu didukung bersama oleh semua anggota masyarakat. Setiap anggota masyarakat perlu berganding bahu dan bersatu tenaga kerana kita hidup dalam lingkungan alam sekitar, menghirup udara dan berkongsi menggunakan sumber asli yang sama. Tanggungjawab pemimpin tidak hanya tertumpu kepada aspek-aspek sosial dan ekonomi rakyat di kawasan yang diwakili sahaja tetapi juga menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan keadaan persekitaran sentiasa bersih, mesra alam dan ceria untuk didiami. Saya yakin, melalui usaha-usaha yang komprehensif dalam program Rakan Alam Sekitar ini, para

pemimpin di kawasan masing-masing akan lebih fokus dan bersedia menjadikan aktivitiaktiviti seperti ini sebagai Key Performance Indicator (KPI) yang boleh dinilai oleh rakyat. Justeru, saya menyeru kepada semua Ahli Parlimen supaya dapat menunaikan tanggungjawab sebagai Rakan Alam Sekitar dengan berkesan dan sempurna. Kejayaan melaksanakan tanggungjawab dan amanah sebagai Rakan Alam Sekitar ini bukan sahaja akan meningkatkan imej semua Ahli Parlimen di mata rakyat, tetapi juga akan menyumbang kepada peningkatan sokongan dan penglibatan rakyat terhadap semua program dan dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan dari semasa ke semasa.

Sesungguhnya majlis ini merupakan penghormatan paling tinggin dan berharga dari kita semua kepada alam sekitar kurniaan Tuhan ini. Justeru, menjadi tanggungjawab kita untuk melindungi dan memeliharanya, di samping memanfaatkan sumber semulajadi secara lestari demi kepentingan negara dan kesejahteraan rakyat. Dalam komteks ini, saya menyeru agar sikap cintakan alam sekitar terus disemai dan dipupuk sejak di peringkat kanak-kanak lagi dan dibudayakan sebagai amalan dalam kehidupan seharian kita. Di Sabah, Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Alam Sekitar Malaysia telah memperuntukkan sejumlah RM2 juta di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) untuk Kajian Pencegahan Pencemaran dan Peningkatan Kualiti Air Sungai Kinabatangan. Manakala sejumlah RM4 juta lagi diperuntukkan di bawah Koridor Pembangunan Sabah (SDC) untuk kajian impak aktiviti perladangan kelapa sawit dan punca lain di beberapa sungai terpilih di Sabah yang diselaraskan oleh Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Sabah. Suka saya menegaskan bahawa kerajaan akan terus memacu pembangunan ekonomi negeri serta meningkatkan taraf sosioekonomi rakyat, tanpa mengorbankan kepentingan pemeliharaan alam sekitar, keunikan flora dan fauna serta khazanah biodiversiti yang kita miliki, sebagai memenuhi matlamat pembangunan negara secara lestari. Dalam hal ini, kerajaan sentiasa memantau tahap kualiti udara, air sungai dan marin di seluruh negara. Justeru, saya menyambut baik inisiatif Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dengan merangka program ini bagi membantu meningkatkan lagi kesedaran dan menggerakkan peranan anggota masyarakat di setiap kawasan Parlimen untuk sama-sama membanteras aktiviti atau kegiatan pencemaran alam sekitar. Dengan kejadian pencemaran alam sekitar yang hampir setiap hari dilaporkan di media-media massa, amat penting untuk kita meningkatkan saluran aduan dan pandangan masyarakat agar tindakan segera yang berkesan dapat diambil oleh agensi kerajaan yang berkenaan. Akhir kata, saya berharap program ini akan berupaya membangkitkan kesedaran dalam kalangan para pemimpin di peringkat negeri dan nasional untuk menjadikannya sebagai program tetap di kawasan masing-masing, di samping memberi galakan serta dorongan kepada rakyat untuk membudayakan aktiviti pemeliharaan alam sekitar sepanjang masa. Ini sudah tentu akan menyumbang kepada peningkatan kualiti alam sekitar dan membolehkan rakyat menikmati kehidupan yang lebih baik, demi untuk kesejahteraan kita dan generasi yang akan datang. Dengan harapan tersebut, saya dengan sukacitanya melancarkan Program Rakan Alam Sekitar Peringkat Negeri Sabah 2009, dengan rasminya.

Sekian, terima kasih.

Kelestarian Alam Sekitar


Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan (IPGKTAA) Kuala Lipis telah menjalinkan kerjasama dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Lanchang (SMKL) dalam menganjurkan Program Kelestarian Alam Sekitar dan Warisan Peribumi pada bulan Februari 2011 lalu. Program bertujuan memberi pendidikan pemeliharaan alam sekitar demi kebaikan dan kesejahteraan hidup masa depan sendiri. Ini kerana, tanggungjawab memelihara alam sekitar dan warisan semula jadi tidak hanya terletak di tangan pihak tertentu, namun ia perlu dipikul oleh semua golongan termasuk pendidik dan pelajar. Timbalan Pengarah IPGKTAA, Roselan Ahmad, kerjasama dengan SMKL itu akan menjadi pencetus dalam memastikan orang ramai mencintai dan menghargai alam sekitar sekali gus memelihara warisan semula jadi untuk tatapan generasi pada masa akan datang. Menurut Pengetua SMKL, Mohd Jamri Mat Lela, kerjasama berkenaan adalah kesinambungan daripada jalinan yang dibuat antara pihaknya menerusi Kementerian Pelajaran dengan beberapa agensi seperti Tabung Hidupan Liar (WWF) Malaysia. Ia secara tidak langsung dapat memberi kesedaran dan pendedahan dengan lebih mendalam di kalangan pelajarnya. Menurut Jamri, kerjasama dengan WWF di bawah Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) itu berjaya menghasilkan Kit Pendidikan Alam Sekitar (KPAS) untuk pelajar tingkatan dua. Malah, WWF turut membantu pihak sekolah mewujudkan kawasan botani dan memelihara ikan patin dan tilapia dan menjaga kebun sayur-sayuran. Dalam program yang sama, para pensyarah terlibat turut mengadakan dialog dengan guru-guru SMKL dan melawat kawasan botani tersebut. Satu perjanjian kerjasama antara kedua dua pihak terbabit turut ditandatangani pada hari berkenaan. (KK9: 11 Mac 2011 Oleh: Zanariah Abdullah)

Anda mungkin juga menyukai