Anda di halaman 1dari 12

PENGENALAN Perkembangan awal kanak-kanak umumnya meliputi pertumbuhan dan perkembangan mereka dari sejak lahir hingga 6 tahun.

Pertumbuhan kanak-kanak berlaku sejak dalam kandungan lagi. Selepas bayi lahir, pertumbuhan dan perkembangan .

Pertumbuhan Pertumbuhan kanak-kanak diukur berdasarkan keadaan tubuh badan mereka iaitu berat dan ketinggian. Selalunya, doktor atau pegawai perubatan ada carta yang boleh dirujuk oleh ibu bapanya. Biasanya berat badan akan diukur sesuai dengan ketinggian. Hal ini akan menentukan sama ada anak berada pada tahap di bawah pertumbuhan badan normal atau kurang/lebih. Bagaimanapun, faktor lain turut diambil kira iaitu faktor genetik dan kesihatan kanak-kanak itu. Manakala perkembangan pula meliputi 4 asas utama iaitu perkembangan fizikal, bahasa, kognitif dan sosio emosi. 1. Perkembangan Fizikal Perubahan yang berlaku dari segi bentuk dan saiz; kebolehan mengawal pergerakan motor kasar dan halus serta koordinasi anggota badan. Motor kasar berkaitan dengan otot-otot kasar seperti merangkak, memanjat, berjalan dan berlari. Manakala motor halus berkaitan dengan hal yang menggunakan saraf seperti boleh memasukkan benang ke dalam lubang butang, melakar dan melukis. 2. Perkembangan Bahasa

Perubahan dari tahap mengeluarkan bunyi-bunyian kepada penerimaan, kefahaman dan mengeluarkan kata-kata sebagai tindak balas kepada stimulasi. Dia akan belajar menyebut apa sahaja yang didengarkannya. Sama ada melalui percakapan ibu bapa, bahan bacaan yang dibaca kepadanya, menonton televisyen dan radio. 3. Perkembangan Kognitif Keupayaan kanak-kanak mengumpul maklumat dan menyelesaikan masalah. Perkembangan kognitif kanak-kanak berbeza mengikut tahap usia. Interaksi dan komunikasi orang dewasa dengan kanak-kanak adalah perlu. Kanak-kanak memahami dan akan belajar meniru sebutan berbahasa dengan betul setelah melakukan pengumpulan maklumat. 4. Perkembangan Sosio-Emosi Keupayaan kanak-kanak bergaul, berinteraksi dan meluahkan perasaan. Kanak-kanak semakin membesar dan pastinya perkembangan emosinya berbeza seperti gembira dan marah. Asuh kanak-kanak dengan mendengar perasaan yang diluahkan dan bimbing mereka ke arah emosi yang positif. Jangan dibiarkan kanak-kanak menangis berterusan tanpa mengambil berat emosinya. Terangkan kepada kanak-kanak tidak perlu menangis berpanjangan. Minta mereka memberitahu masalahnya dan berikan dorongan atau pujian sekiranya mereka boleh menguasai emosinya. http://pama.karangkraf.com/kanak-kanak/memahami-pertumbuhanperkembangan-kanak-kanak-1.10639

KONSEP PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN Menurut buku perkembangan kanak-kanak nukilan Haliza Hamzah, Joy N. Samuel dan Rafidah Kastawi, perkembangan manusia melibatkan perubahan. Kebanyakkan orang menggunakan perkataan pertumbuhan dan perkembangan dalam konteks yang sama. Realitinya, makna perkataan ini berbeza tetapi tidak boleh dipisahkan. Woolfolk dan margetts (2007) mensifatkan pertumbuhan sebagai

perubahan dalam saiz dan kematangan. Daripada segi saiz fizikal, ini bermaksud pertambahan dalam saiz bahagian-bahagian bahan ketinggian dan juga bilangan saraf-saraf ke otak. Pertumbuhan ialah perubahan yang dapat dilihat dengan nyata dan diukur daripada satu peringkat ke peringkat yang lain. Ciri-ciri Perkembangan Antara ciri pertumbuhan ialah:

Pertumbuhan manusia bersifat kuantitatif, dapat dilihat dan diukur. Saiz dan stuktur badan bertambah dan kanak-kanak kelihatan lebih besar secara fizikal.

Saiz otak dan organ dalaman juga bertambah. Dipengaruhi oleh baka dan keturunan,kematangan, kesihatan ibu bapa dan persekitaran individu tersebut.

Kadar pertumbuhan berbeza daripada individu ke individu dan berlaku secara berperingkat.

Santock (2008) pula mentafsirkan perkembangan sebagai perubahan dalam corak biologi, kognitif dan sosioemosi individu yang bermula daipada peringkat percambahan sehingga akhir hayat. Perkembangan ialah perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi dapat dilihat daripada sifat baru yang berlainan daripada peringkat lebih awal. Ciri-ciri perkembangan Antara ciri perkembangan adalah:

Perkembangan bersifat kualitatif dan perubahan-perubahan yang berlaku adalah dari segi fizikal, kognitif, sosial, emosi dan moral.

Perubahan ini adalah stabil, berlaku secara teratur dan progresif dalam arah tertentu.

Perubahan yang berlaku adalah berterusan sepanjang hayat dan melalui peringkat-peringkat kematangan tertentu.

Perkembangan dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. Hasil daripada kematangan dan pembelajaran.

Perbezaan di antara Pertumbuhan dan Perkembangan

Pertumbuhan Rohani Menjadi insan berakhlak/bermoral dan percaya kepada Tuhan Jasmani Perubahan tinggi, pertambahan berat badan, pertumbuhan gigi

Perkembangan Keupayaan untuk merasionalkan kewujudan Tuhan serta mempersoalkan tentang akhlak manusia Kemahiran menggunakan anggota badan, misalnya seorang bayi bermula dengan kebolehan memusing badan, duduk, merangkak, berdiri, berjalan dan berlari Kemahiran membaca, menulis, mengira, berfikir secara kreatif

Intelek

Keupayaan berfikir

Emosi Sosial

dan kritis Perasaan gembira, sayang, Kemahiran mengurus emosi marah, cemburu Menjalin perhubungan dengan ibu bapa, keluarga, rakan dan orang di sekitar individu tersebut Kemahiran menjalin perhubungan sosial dan menunjukkan perlakuan baik dan sesuai

1.2 PRINSIP ASAS PERKEMBANGAN Proses perkembangan berlaku mengikut aturan. Perubahan dalam pertumbuhan dan perkembangan beransur

daripada keadaan umum kepada yang lebih spesifik. Pertumbuhan dan perkembangan adalah satu proses yang berlaku secara berterusan. Corak dan aturan perkembangan adalh hampir sma tetapi kadar perembangan manusia berbeza untuk setiap individu. Perkembangan bergantung keada hasil interaksi di antara

kematangan dan pembelajaran.

1.3 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN Baka dan Persekitaran Menurut buku perkembangan kanak-kanak karya Haliza Hamzah, Joy N. Samuel dan Rafidah Kastawi, baka merujuk kepada ciri-ciri biologi atau gen-gen yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya.Gengen ini terkandung dalam kromosom. Persekitaran pula merujuk kepada

semua pengalaman luar individu tersebut termasuk pengalaman sebelum dan selepas lahir. Teori Ekologi Bronfenbrenner(1979,1989) menjelaskan perkembangan kanak-kanak sebagai hasil interaksi antara alam persekitaran dengan kanak-kanak tersebut.Menurut beliau, persekitaran perkembangan individu terdiri daripada lima sistem iaitu: Mikrosistem Mesosistem Eksosistem Makrosistem Kronosistem

Peringkat Perkembangan kanak-kanak Kemahiran dan perkembangan motor. Kemahiran motor kasar ialah kemahiran fizikal yang melihat otot-otot yang besar seperti berlari, melompat, berjalan dan memanjat.Kemahiran motor halus ialah kemahiran yang melibatkan otot-otot yang

kecil. Contohnya membutangkan. 2 tahun :

melukis,

mewarna,

mengikat

tali

kasut

dan

* Berlari dengan lebih yakin * Panjat tangga tanpa bantuan tetapi belum boleh menukar atau ganti kaki semasa naik tangga * Boleh seimbang dengan satu kaki dalam masa yang pendek, akan jatuh bila berusaha untuk lompat bangun dan duduk. * Boleh pegang cawan atau gelas dengan menggunakan satu tangan. * Boleh panjat kerusi dan duduk

3 tahun : * Sudah pandai dalam membuang air besar. * Boleh naik tangga tanpa pertolongan, noleh menukarkan kaki semasa naik

tangga. * Boleh sepak bola yang besar. * Mereka gemar membina blok-blok atau bongkah-bongkahmenjadi menara. * Boleh cuci tangan. Keringkan tangan dan juga berus gigi. * Boleh memanipulasikan butang baju dan zip pada baju dan seluar * Boleh membuka buku . * Boleh memijak pedal basikal kecil atau beroda tiga * Boleh memegang crayon atau pen dengan jari mula atau ibu jari. * melukis bulatan penuh. * Menunjukkan peningkatan guna kawal crayon dan marker semasa melukis. * Melompat dari tempat tinggi sedikit ke lantai. * Boleh membezakan jenis jantina. 4 tahun : * Boleh berjalan dengan lurus. * Boleh panjat pokok dan bermain di taman permainan * Boleh melompat melalui objek yang tinggi iaitu 5-6 inci dengan kedua-dua

belah kaki. * Boleh berlari, berhenti atau bergerak tanpa kasukaran. * Boleh membaling bola .

5 tahun : * Boleh berjalan ke belakang guna tumit ke hujung jari kaki. * Boleh berjalan turun dan naik tangga tanpa pertolongan * Boleh pegang hujung jari kaki tanpa membengkokkan lutut

* Boleh belajar meloncat(skip) dengan menggunakan kaki yang lain(gantiganti) * Boleh menangkap bola yang di baling dari jarak 3 kaki * Menunjukkan kemahiran menunggang basikal roda tiga. Tunggang dengan kelajuan dan dengan kemahiran menggunakan stereng * Boleh mngimbangkan badan dengan menggunakan salah satu kaki dengan kawalan yang baik selama 10 saat. * Menunjukkan kawalan yang baik menggunakan pensel atau marker, mungkin mula warna garisan. * Boleh gunting garisan walaupun tidak sempurna.

6-7 tahun : * Boleh mengikat tali kasut * Boleh menulis sesuatu huruf atau nombor * Boleh mengenal pasti kategori sesuatu objek

* Makan sendiri tanpa bantuan orang lain * Boleh menggelecek bola dalam permainan bola sepak

http://pasarnota.blogspot.com/2011/12/konsep-pertumbuhan-danperkembangan.html

Anda mungkin juga menyukai