Anda di halaman 1dari 15

KEPENTINGAN

MATEMATIK DALAM
KEHIDUPAN
SEHARIAN
KUMPULAN 1
T1MT2- PISMP JUN
2013

Matematik ialah suatu ilmu yang berkaitan


dengan nombor. Nombor yang memberi nilai.
Matematik menjadi asas kepada banyak
bidang ilmu di dunia ini.
Matematik juga boleh menerangkan
fenomena semulajadi alam ini.
Sebagai contoh, kejadian malam dan siang.
Dalam memahami kejadian ini, para saintis
menggunakan ilmu astronomi yang mana
ilmu ini memerlukan matematik sebagai
asas yang utama.
Begitu juga kejadian pasang surut air,
gerhana matahari, ribut taufan , banjir,
semuanya menggunakan matematik untuk
menerangkannya.

Cuba bayangkan hidup kita tanpa matematik.


Kita tidak tahu apa itu matematik.Tidak tahu
nombor, sukatan, dan berbagai-bagai lagi
istilah matematik yang lain.
Kita juga tidak tahu apa itu tolak, tambah,
bahagi dan darab. Hidup kita seumpama
manusia zaman purba yang tidak tahu menilai
sesuatu benda.
Alangkah huru-haranya kita kalau tidak tahu
matematik. Banyak perkara di dunia ini kita
tidak dapat lakukan. Aktiviti rutin kita juga
akan terganggu.
Perkembangan ilmu seperti ilmu jurutera,
senibina, perubatan, ekonomi dan sebagainya
juga akan menghadapi jalan buntu.

Ilmu matematik adalah berkaitan dengan


minda manusia.
Kebanyakan tokoh-tokoh yang banyak
menyumbangkan kemodenan dan
penemuan baru dan berguna kepada
dunia adalah mereka yang mempunyai
kepakaran yang tersendiri dalam
matematik seperti Ibnu Sina, Ibnu
Khaldun, dan Isaac Newton.
Oleh sebab itulah, matematik seringkali
dikaitkan dengan konsepsi pemikiran
manusia iaitu matematik mempunyai
hubungan yang rapat dengan minda
manusia.

Orang yang mudah menguasai matematik


biasanya seorang yang kreatif.
Mereka berupaya menyelesaikan
matematik yang susah dan mengelirukan
berdasarkan pengetahuan dan kreativiti
mereka.
Boleh dikatakan matematik ialah satu seni
yang diterbitkan daripada kreativiti,
imaginasi seseorang hinggalah ia
berkembang menjadi satu ilmu yang sangat
berguna kepada manusia hingga ke zaman
moden ini.

Betapa pentingnya matematik itu boleh


kita lihat dalam kehidupan seharian kita.
Kita guna matematik untuk membuat
keputusan dan banyak perkara.
Contohnya dalam membuat belanjawan.
Kita akan memerlukan kemahiran dalam
kira-kira asas matematik iaitu operasi
tambah, tolak, darab dan bahagi. Kita
perlu mengira berapa banyak wang yang
kita akan keluarkan dengan menggunakan
operasi tolak dan mengunakan operasi
tambah bagi memasukkan pendapatan
baru dalam belanjawan kita.

Dalam kehidupan seharian, kita tidak akan


terlepas daripada membuat sukatan.
Sukatan merupakan salah satu daripada
cabang matematik.
Terma-terma seperti meter, liter, persegi,
kaki dan padu perlu dikuasai dengan
berkesan.
Barulah kita dapat melakukan sukatan
dengan betul. Kita juga menggunakan
sukatan untuk menyukat makanan,
melaksanakan jual-beli dan menentukan
isipadu barangan di kilang-kilang.

BIDANG KEJURUTERAAN
Kejuruteraan merupakan satu bidang ilmu
yang sangat penting dewasa ini. Ia
merupakan tunjak utama bidang
perindustrian.
Ia menjadi asas penghasilan teknologi baru
dalam kehidupan kita.
Jurutaralah yang mencipta alatan keperluan
di rumah kita seperti mesin basuh,
televisyen, radio, komputer, dan sebagainya.
Untuk mencipta alatan seperti peti sejuk
yang kita gunakan sekarang bukanlah
sesuatu yang senang.
Ia memerlukan pengetahuan yang tinggi
dalam bidang kejuruteraan.

Manakala bidang kejuruteraan pula


memerlukan pengetahuan yang tinggi
dalam ilmu fizik iaitu salah satu sub bidang
ilmu sains yang sangat penting dalam
kejuruteraan.
Sebagaimana yang kita tahu ilmu fizik
merupakan satu ilmu yang sangat
memerlukan asas matematik yang kukuh.
Perkembangan ilmu fizik adalah selari
dengan ilmu matematik. Matematikyang
menjadi tunjak utama dalam fizik. Ilmu
fizik mengaplikasikan matematik peringkat
tinggi yang memerlukan penguasaan yang
kukuh dan jitu.

Contoh penggunaan matematik dalam


kejuruteraan ialah penggunaan sudut
dan trigonometri untuk mencipta
suatu alatan, penggunaan pembezaan
dan pengamiran dalam mengukur
kelajuan cahaya dan elektrik.
Begitu untuk mengukur amaun
elektrik yang diperlukan untuk
menjanakan sesustu alatan elektrik.

BIDANG KEDOKTORAN
Bidang kedoktoran juga
memerlukan matematik.
Sukatan dos ubat untuk sesuatu
penyakit dikira dengan teliti
mengunakan formula matematik.
Sewaktu pembedahan ukuran
untuk lakukan bedahan adalah
dikira dengan teliti dengan
mengunakan matematik.

BIDANG SAINS
Dalam bidang sains seperti kimia dan
biologi juga memerlukan matematik.
Dalam kimia matematik digunakan
untuk mengira bilangan molekul dan
unsur dalam sesuatu sebatian.
Untuk mengira nombor jisim dan isotop
juga memerlukan formula matematik.

Statistik juga memainkan peranan


yang penting dalam kehidupan kita.
Statistik digunakan untuk menyajikan
data yang dikumpul daripada manusia
supaya manusia dapat faham dan guna
untuk buat keputusan dalam beberapa
perkara yang penting dalam kehidupan
kita.
Statistik adalah sebahagian daripada
matematik. Bidang ini menumpukan
kepada pengiraan nilai-nilai unik
dalam matematik seperti min, median
dan mod untuk menggambarkan ciriciri sesuatu sampel atau populasi.

BIDANG PERNIAGAAN DAN


EKONOMI
Matematik juga penting dalam
perniagaan dan ekonomi.
Matematik digunakan untuk
menentukan untung, berapa
keluaran yang perlu dikeluarkan,
titik pulang modal, harga dan
kuantiti keseimbangan dalam
perniagaan dan ekonomi.

SEKIAN TE
RIMA
KASIH

Anda mungkin juga menyukai