Anda di halaman 1dari 8

Pendahuluan

Matematik ialah satu bidang ilmu yang mengkaji kuantiti, struktur, ruang dan perubahan. Ahli matematik mencari pola, memformulasikan konjektur yang baru, dan menghasilkan fakta dengan deduksi rapi dari aksiom dan definisi yang dipilih dengan baik.Terdapat percanggahan pendapat samada objek matematik seperti nombor wujud secara semula jadi, ataupun hasil ciptaan manusia. Ahli matematik Benjamin Peirce menggelar matematik sebagai "sains yang memberi kesimpulan yang sewajarnya". Albert Einstein sebaliknya menyatakan "selagi hukum matematik itu merujuk kepada realiti, maka ia tidak pasti, dan selagi ia pasti, ia tidak merujuk kepada realiti". Dengan penggunaan pengabstrakan dan penaakulan logik, matematik berevolusi dari pembilangan, pengiraan, pengukuran, dan kajian sistematik terhadap bentuk dan pergerakan objek fizikal.

Matematik gunaan telah wujud dalam aktiviti seharian manusia sejak kewujudan rekod bertulis. Hujah yang rapi mula wujud dalam Matematik Yunani, antara yang terkenal ialah karya Euclid, Elemen. Matematik kemudiannya terus berkembang, contohnya di China pada kurun ke-3 sebelum masihi, di India pada kurun pertama masihi dan di dunia Islam pada kurun ke-8 masihi, sehingga kemunculan Zaman Pembaharuan, apabila penciptaan matematik berinteraksi dengan penemuan saintifik yang baru, membawa kepada peningkatan yang sangat besar dalam penemuan matematik yang kekal berterusan sehingga hari ini.

Matematik digunakan di seluruh dunia sebagai alat penting di dalam pelbagai bidang, termasuklah sains semula jadi, kejuruteraan, perubatan dan sains sosial. Matematik gunaan, satu cabang matematik yang mengkaji aplikasi ilmu matematik ke dalam bidang lain, memberi inspirasi dan memanfaatkan penemuan matematik yang baru dan kadangkala menjadi pencetus kepada pembangunan disiplin matematik yang baru sepenuhnya seperti statistik dan teori permainan. Ahli matematik juga terlibat dalam matematik tulen, satu cabang matematik yang khusus untuk bidangnya sahaja, tanpa aplikasi ke dalam bidang yang lain, walaupun aplikasi yang praktikal untuk apa yang bermula sebagai matematik tulen sering ditemui.

Makna Matematik

Pada fikiran manusia, matematik hanya terdiri daripada simbol-simbol dan perkataan sahaja.Matematik telah dinamakan sebagai permaisuri bagi sains oleh Gauss (1777-1855), seorang ahli matematik yang terkenal pada zaman dahulu. Ramai orang menganggap Matematik adalah suatu subjek yang dikaitkan dengan nombor dan pengiraan sahaja. Sebenarnya, Matematik mengandungi makna yang lebih dalam dan memainkan peranan yang besar dalam kehidupan kita. Sebagai seorang guru Matematik, saya menganggap dan menghargai Matematik sebagai subjek yang kaya dengan idea dan kreativiti.

APA ITU MATEMATIK ? Ini adalah satu soalan yang penting dan memerlukan jawaban yang jitu dan terperinci. Matematik dapat didefinisikan dalam pelbagai cara.antaranya ialah Matematik adalah pengajian tentang corak/pola. Corak/pola adalah suatu perkara yang berulang yang ada kaitan disebabkan sesuatu perkara. Ini penting untuk memberikan kita keyakinan dalam menentukan perkara seterusnya yang akan berlaku. Pola / Corak adalah suatu perkara yang berulang. Kajian pola bukan sahaja didapati dalam bidang Matematik, tetapi juga dalam bidang Seni, Muzik, tekstil dan sebagainya.

Corak/Pola Nombor dan Urutannya

Nombor-nombor yang disusun dalam corak

tertentu dikenali sebagai urutan (sequence).Corak urutan nombor (number sequence) boleh ditentukan dengan menambah, menolak, mendarab atau membahagikan 'nombor dalam urutan yang sebelumnya', dengan bilangan/nombor-nombor tertentu

Urutan Fibonacci (Fibonacci Sequence) Ahli matematik telah mengkaji corak selama

berabad-abad. Corak nombor 1, 1, 2, 3, 5, 8, dipanggil urutan Fibonacci.

Urutan ini bermula dengan 1, 1 dan setiap selepas sebutan (term) yang kedua, diperolehi dengan menambah dua sebutan (term) sebelumnya yang terdapat dalam urutan.Menggambarkan corak/pola urutan nombor.Gambarkan corak setiap urutan nombor berikut:

5, 12, 19, 26, ...

Jawapan: Corak urutan nombor 5, 12, 19, 26, ... diperolehi dengan menambah (adding) 7 pada nombor 1, sebelumnya 4, (nombor 16, dalam 64, urutan). ...

Jawapan: Corak urutan nombor 1, 4, 16, 64, ... diperolehi dengan mendarabkan (multiplying) nombor dalam urutan sebelumnya dengan 4.

Matematik adalah suatu bahasa .Matematik adalah satu bahasa atau simbol serta operasinya untuk memudahkan kefahaman dan proses pemikiran

manusia,menjadikan operasi matematik lebih ringkas,cepat dan tepat.Tatabahasa matematik terdiri daripada hukum-hukum,teorem-teorem,dan rumus-rumus matematik yang menghubungkan simbol-simbolnya. Persoalan utama dalam pendidikan

matematik adakah para pendidik memahami akan apa yang dimaksudkan dengan matematik. Kalau ditanya, rata-rata pendidik mengatakan bahawa matematik adalah satu cabang ilmu yang berkait rapat dengan nombor. Pemahaman sedemikian rupa adalah sangat sempit. Matematik bukanlah sekadar berinteraksi dengan nombor semata-mata. Ianya mencakupi skop yang jauh lebih luas daripada itu. Matematik sebenarnya adalah bahasa universal yang unik yang menjangkau batasan sosial, budaya dan bahasa menggunakan simbol dan sintaksis yang diterima secara global. Descartes menyatakan bahawa matematik adalah kajian tentang pola. Science for All American (AAAS) pula menyatakan bahawa matematik adalah kajian tentang pola dan perhubungkaitan. Sebagai kajian pola, matematik adalah satu cara inkuiri yang mendedahkan kebenaran utama tentang pola yang wujud di sekitar kita. Matematik adalah juga satu bentuk komunikasi yang melengkapi perbendaharaan kata bahasa seharian atau sedia ada sebagai satu alat untuk menerangkan dunia yang kita diami. Dengan bahasa tersebutlah, maka kita boleh saling berkomunikasi dengan alam semulajadi, tentang pola pertumbuhan dan percambahan biji benih, tentang perubahan musim, dan sebagainya. Selain daripada itu, matematik adalah bahasa yang jitu dan

tepat untuk dunia perdagangan dan perniagaan. Ahli-ahli koporat dan ekonomi berkomunikasi sesama sendiri dengan bahasa matematik untuk menerangkan tentang untung-rugi, turun-naik prestasi syarikat atau negara masing-masing. Jelaslah, matematik itu adalah suatu proses yang kreatif dan aktif, bukannya sekadar suatu proses penguasaan konsep dan prosedur secara pasif. Ianya adalah satu tabiat minda yang membantu menjelaskan situasi yang kompleks. Ianya merupakan satu cabang ilmu yang dinamik, yang sentiasa mengalami perubahan atau revolusi.

Contoh Luas sfera, L

: =

Matematik adalah suatu kajian seni. terdapat unsur-unsur matematik dalam pelbagai bentuk a) b) c) d) seni. Seni Seni Seni Seni Antaranya : muzik bina lukis budaya

Matematik adalah berkaitan dengan aritmetik, algebra, trigonometri, kalkulus dan sebagainya. Sebahagian besar daripada pandangan umum, juga di kalangan pelajar Matematik, melihat Matematik sebagai suatu perkara yang berkaitan pengiraan. Terdapat pelbagai

teknik atau kaedah dalam Matematik bagi mendapatkan penyelesaian kepada pelbagai masalah. Matematik Pengiraan adalah akar satu umbi kepada cara Matematik. berfikir

adalah

Berfikir secara Matematik adalah satu cara berfikir yang menggunakan konsep, kemahiran dan kaedah Matematik dalam menyelesaikan masalah yang timbul. Terdapat ramai orang yang apabila menghadapi sesuatu masalah, akan berusaha untuk mendalami dan menganalisis keadaan atau punca masalah sebelum

menggunakan kaedah-kaedah tertentu untuk menanganinya. Ada yang menggunakan rajah atau jadual untuk mengumpul maklumat dan ada juga yang menggunakan analogi untuk mencari punca masalah. Berfikir secara logik merupakan perkara yang penting dalam Matematik.

Menerusi Logik, kita maksudkan dua kaedah menaakul iaitu penaakulan secara Induktif dan Penaakulan secara Deduktif.

Penaakulan secara Deduktif bermula dengan sesuatu perkara yang umum membawa kepada sesuatu keputusan yang lebih terperinci. Sebagai contoh, kita mungkin memikirkan sesuatu teori kepada sesuatu perkara. Kemudian kita mula mendalami perkara tersebut dengan membuat hipotesis yang dapat dijalankan ujian terhadapnya. Seterusnya kita terus membuat pengumpulan data. Akhirnya, kita menjalankan ujian terhadap data dengan tujuan mengesahkan hipotesis yang ada. Dengan cara sedemikian, suatu pengesahan terhadap teori asal kita dapat dilaksanakan, samada ianya benar atau sebaliknya.

Penaakulan secara Induktif sebaliknya bergerak daripada pemerhatian yang teliti kepada teori atau generalisasi. Dalam penaakulan ini, kita bermula dengan mencari

corak atau pola, menetapkan hipotesis yang mungkin, dan kemudian berakhir dengan membuat rumusan atau kesimpulan / teori.Dengan cara penaakulan di atas, kita mengaktifkan minda kita agar lebih berfungsi dengan baik sebagaimana kita menggalakkan Matematik aktiviti adalah alat hands-on / rekreasi kepada dalam para kehidupan pelajar. harian.

Matematik bukan hanya digunakan oleh ahli Matematik, tetapi juga oleh semua orang. Kita menggunakan asas matematik dalam kehidupan seharian. Ini meliputi aktiviti atau bidang pekerjaan seperti pertukaran wang, membaca carta, mengira diskaun, mengukur jarak, masa dan sebagainya. Kita juga mengaplikasikan pengetahuan matematik untuk menyelesaikan masalah praktikal mahu pun masalah berbentuk abstrak. Sewajarnyalah, kita menghargai ilmu, kemahiran dan konsep yang telah kita pelajari di sekolah dahulu

Anda mungkin juga menyukai