Anda di halaman 1dari 2

APLIKASI MATEMATIK

DALAM KEHIDUPAN
PENGARUH MATEMATIK DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN
Sedarkah kita bila wujudnya matematik? Tiada jawapan yang jelas dapat diberikan oleh setiap orang.
Setiap orang akan memberikan jawapan yang berbeza jika soalan seperti itu diajukan kepadanya.
Tetapi apa yang jelas di sini adalah, matematik mempunyai banyak peranannya dalam kehidupan
seharian kita. Tanpa matematik, mungkin kita tidak dapat menikmati hidup yang berteknologi tinggi
seperti sekarang. Ada pendapat yang mengatakan bahawa matematik adalah sebagai jalan untuk
memodelkan dunia. Manakala ada juga yang berpendapat, aplikasi matematik merupakan isu sosial,
dimana matematik digunakan oleh setiap insan dalam kehidupan seharian. Ini boleh disimpulkan
bahawa aplikasi matematik sangat diperlukan oleh setiap individu. Oleh itu, kita haruslah pelajari
matematik dalam pelbagai bidang, supaya kita dapat menikmati kehidupan d dunia ini. Sebagai
contoh, kita boleh mengaplikasikan matematik dalam bidang sukan, ketenteraan, politik, kesenian,
dan sebagainya.
Sukan

Tennis vs matematik?? Pernahkah anda tahu permainan tennis ada kaitannya dengan matematik?
Terdapat pelbagai formula dan model matematik yang digunakan untuk menguasai permainan
tennis. Contohnya pengaplikasian vektor, kebarangkalian, arithmetik, model Markov chain dan
sebagainya. Segala penerangan lanjut tentang kaitannya akan anda perolehi dalam edisi seterusnya.
Ketenteraan

Operational Research (Kajian Penyelidikan)? Apa itu Operational Research (Kajian Penyelidikan)?
Operational Research (Kajian Penyelidikan) adalah salah satu cabang matematik. Operational
Research (Kajian Penyelidikan) mula wujud sejak awal Perang Dunia ke-2, dimana ia digunakan
sebagai alat untuk menyelesaikan masalah ketenteraan, seperti masalah pengangkutan,
penggunaan senjata yang berkesan, menyiasat penyusunan semula bahan-bahan yang musnah dan
sebagainya. Tetapi pada zaman sekarang ini, penggunaan Operational Research (Kajian

Penyelidikan) telah meluas pada bidang cari gali sumber bumi, kawalan barangan import dan eksport,
organisasi produk input dan output bagi syarikat serta banyak lagi. Operational Research (Kajian
Penyelidikan) semakin meluas kerana penggunaannya yang berkesan dan bersistem, iaitu
mempunyai pelbagai langkah serta kaedah.
Kesenian
Pernahkah anda fikir bahawa kesenian adalah subset kepada matematik? Mengapa dan dimana bukti
bahawa kesenian itu merupakan subset kepada matematik? Hakikatnya wujud hasil-hasil seni yang
terbina daripada matematik.Contohnya seni bina, seni lukis dan lain-lain.
Seni bina :

Seni lukis :

Anda mungkin juga menyukai