Anda di halaman 1dari 1

Pertama sekali, ambil jus perahan lemon dan sapukan secara rata menggunakan kapas muka di

bahagian berwarna gelap. Ulangi untuk tiga kali sehari. Selepas sapu, biarkan lebih kurang 20
hingga 30 minit dan kemudian bilas dengan air putih.

Keduanya, sapukan minyak kelapa pada siku dan lutut sambil memicit bahagian yang berwarna
gelap itu lebih kurang lima hingga sepuluh minit. Kemudian biarkan seketika dan seterusnya
bilas dengan air bersih. Selain itu, minyak kelapa juga boleh dicampurkan dengan jus lemon
untuk tujuan pencerahan dan memutihkan kulit.

Ketiga, ambil sedikit yogurt dan campurkan dengan perahan jus lemon. Kemudian gosok dan
picit di bahagian siku dan lutut selama sepuluh minit. Biarkan ia untuk seketika. Seterusnya
untuk di bilas, gunakan susu segar untuk tujuan pencerahan dan melembapkan kulit.

Keempat, gunakan juga scrub yang mempunyai tekstur halus untuk tujuan pengelupasan dan
membuang sel-sel kulit mati. Amalkan selalu ketika kamu mandi sekurang-kurangnya dua kali
sehari.

Kelima, untuk mengembalikan kecerahan pada kulit siku dan lutut, campurkan ketiga-tiga bahan
seperti badam, madu dan gula lalu sapukan di bahagian kulit yang gelap dan biarkan lebih
kurang sepuluh hingga lima belas minit sebelum membilasnya.

Terakhir, sebelum melakukan sebarang aktiviti di luar, pastikan kamu menyapu krim terlebih
dulu pada kulit. Amalkan memakai krim setiap pagi dan malam untuk tujuan kelembapan.
Sekurang-kurangnya kulit kamu tidak akan menghasilkan belulang dan terdedah kepada radiasi
sinar matahari.

Jika cara ini mengundang rasa susah untuk dilakukan, ada juga cara tradisional lain yang boleh
diguna pakai termasuk dengan menggunakan kuning telur ayam. Campurkan satu senduk air
lemon dengan satu senduk minyak zaitun serta madu. Kemudian sapukan campuran tadi pada
bahagian kulit kering sebelum dibiarkan selama 15 minit, lalu bilas dengan air sejuk.

Anda mungkin juga menyukai