Anda di halaman 1dari 3

KEPENTINGAN MATEMATIK Menurut Kamus Dewan, matematik ditakrifkan sebagai ilmu pengetahuan mengenai nombor, bentuk, sususan dan

hubungan dengan lain-lain dengan menggunakan simbol serta mempunyai beberapa cabang yang utama iaitu algebra, geometrik dan aritmetik. Kepentingannya: 1. Matematik dilihat sebagai lanjutan mudah kepada bahasa perbualan dan penulisan, dengan kosa kata dan tatabahasa yang sangat jelas, untuk menghurai dan mendalami hubungan fizikal dan konsep. 2. Matematik juga adalah badan ilmu berpusat pada konsep-konsep ibarat kuantiti, struktur, ruang, dan perubahan, dan disiplinkajian-kajian ilmiah berkaitan dengannya . 3. Menurut Benjamin Peirce, Matematik merupakan sains yang melukis kesimpulan-kesimpulan yang perlu serta berkembang melalui penggunaan pemujara dan penaakulan logik, yang terdiri daripada membilang, pengiraan, pengukuran, dan kajian bentuk-bentuk dan pergerakan objek-objek fizikal. 4. Matematik merupakan bidang yang berkaitan dengan penalaran logik dan perhitungan kuantitatif. Sejak abad ke-17, matematik telah menjadi faktor tambahan yang sangat diperlukan untuk ilmu-ilmu fizikal dan teknologi sehingga dianggap sebagai bahasa yang mendasari ilmu pengetahuan. 5. Matematik berfungsi untuk mencari pola, merumuskan dugaan baru, dan menetapkan kebenaran dengan deduksi yang ketat dari aksiom tepat dipilih dan definisi. Melalui penggunaan abstraksi dan penalaran logik, matematik berubah dari pengiraan, pengukuran perhitungan dan kajian sistematik dari bentuk dan gerakan benda fizikal. 6. Wolfrom MathWorld mengatakan bahawa terdapat sebahagian orang yang mendefinisikan matematik sebagai abstraksi, iaitu matematik adalah bidang yang luas, bermula daripada kajian di mana sifat-sifat dan interaksi onjek diperiksa. 7. Dalan buku Courant & Robbins Apa itu Matematik? menekankan deduktif matematik memainkan peranan yang penting sebagai kekuatan dalam pendorong intuisi dan pembinaan.

Kesimpulannya, tidak boleh dinafikan bahawa banyak ilmu berkaitan dengan matematik atau bersumberkan asas-asas matematik. Lantaran itu, matematik memainkan peranan penting dalam penghasilan ilmu dan secara langsungnya diaplikasikan dalam pelbagai bidang pada era globalisasi ini.

APA ITU ALGEBRA? Dalam kehidupan seharian, algebra merangkumi banyak aspek dalam kehidupan manusia. Contohnya bidang kewangan, kejuruteraaan, bidang statistik dan banyak lagi. Namun begitu, ramai orang tidak menyedari bahawa mereka sedang mengaplikasikan bidang algebra dalam kehidupan mereka. Sebagai contoh, jika kita pergi ke sebuah kedai dengan membawa wang sebanyak RM 10 dan menggunakan wang tersebut untuk membeli 2 batang gulagula stik yang harganya RM 2 setiap satu. Ini memberikan kita persamaan 2x = 10 dimana x ialah bilangan gula-gula stik yang kita boleh beli.

KAITAN BIDANG MATEMATIK DENGAN BIDANG ALGEBRA Dalam bidang ekonomi dan statistik: Matematik memainkan fungsi yang penting dalam bidang ekonomi. Penelitian struktur program sarjana muda dan ijazah lanjutan dalam bidang ekonomi dan penulisan tesis oleh calon-calon ijazah lanjutan serta hasil penyelidikan ahli akademik menunjukkan peningkatan yang nyata dalam pengungkapan menggunakan matematik dalam bidang

ekonometrik dan statistik. Laporan ekonomi seperti yang diterbitkan oleh Kementerian Kewangan, bank negara Malaysia, institute Penyelidikan ekonomi dan yang lain-lain mengandaikan kecelikan matematik dan statistik yang baik untuk seseorang itu memahami analisis ekonomi yang dibuat dalam pasaran modal salah dan kewangan banyak berasaskan kepada model matematik. Dalam bidang swasta, pengurus firma perlu tahu menggunakan pendekatan matematik untuk merancang strategi firma yang

bermatlamatkan keuntungan, seperti strategi memaksimumkan jumlah hasil dan meminimumkan jumlah kos tertakluk kepada batasan tertentu seperti harga input, output dan kuantiti input yang ditetapkan, Kenyataan tersebut menunjukkan seseorang yang ingin memahami penyelesaian masalah ekonomi memerlukan pemahaman teknik matematik yang bersesuaian dalam bidang statistik (algebra). Perangkawan (ahli statistik) mencipta "data yang wajar" dengan pensampelan rawak dan eksperimen yang dirawakkan iaitu pembentukan sampel statistik atau eksperimen menentukan cara analisis data (sebelum data itu ada). Apabila mempertimbangkan data dari eksperimen dan sampel atau apabila menganalisisdata dari pemerhatian, perangkawan"mewajarkan data" dengan menggunakan seni pemodelan dan teori pentadbiran- dalam pemilihan model dan jangkaan.

http://wiki.answers.com/Q/Where_is_Algebra_used_in_daily_life
http://www.algebra.com/

Anda mungkin juga menyukai