Anda di halaman 1dari 30

Pendekatan Induktif

( Model Hilda Taba)


Hilda Taba (1966, 1967)
Kaedah induktif telah digunakan sejak
zaman kegemilangan orang Yunani.

Taba memperkenalkan istilah strategi
mengajar dan model induktif untuk
mereka bentuk kurikulum dan pengajaran.


Model ini memerlukan pelajar mengumpul
maklumat, menyemak maklumat dengan
teliti, menyusun maklumat menjadi konsep
dan belajar memanipulasikan konsep
tersebut.

Jika kerap digunakan, strategi ini
meningkatkan kebolehan pelajar membentuk
konsep, dan menambahluaskan perspektif
mereka terhadap maklumat.
Proses Berfikir
Taba membuat 3 andaian iaitu
Proses berfikir boleh diajar.
Berfikir ialah perlakuan aktif antara individu
dengan data.
Proses berfikir melibatkan urutan yang
mengikut peraturan

Proses berfikir
Taba berpandangan bahawa
Proses berfikir perlu diajar dengan
menggunakan strategi pengajaran membina
kemahiran berfikir yang khusus.
Strategi tersebut hendaklah digunakan
mengikut urutan yang betul kerana sesuatu
kemahiran berfikir terbina daripada
kemahiran berfikir yang sebelumnya.
Strategi Mengajar + Proses Berfikir
Taba kenal pasti 3 strategi pengajaran yang
mensepadukan unit pembelajaran dengan
proses berfikir iaitu:

1. Membina konsep (strategi asas)
2. Membuat interpretasi data
3. Mengaplikasi prinsip-prinsip
1. Pembinaan Konsep
Langkah 1: Kenal pasti & sebut satu
persatu data yang relevan kepada
topik/masalah.
Langkah 2: Kumpul data dalam kategori
mengikut ciri-ciri persamaan.
Langkah 3: Beri label kepada kategori.
1. Pembinaan Konsep
Fasa ini perlu dibuat dengan teliti - diberi
masa yang cukup - jika tidak - tidak bermakna

Untuk hasil yang baik elok dibuat beberapa kali
Kali pertama dibuat berasaskan ciri-ciri yang ketara.
Proses mengkategori diulangi dengan lebih halus- cth: gabung
kategori, pecah kategori, bentuk skema baru, cari lagi data
tambahan, dll.
Kategori membantu seseorang memahami subjek lebih
mendalam.
Pembinaan Konsep
Untuk memastikan pelajar terlibat dalam proses
ini, Taba mencadangkan supaya guru memberi
tugasan kepada pelajar.
Contohnya: Cari maklumat tentang pendapatan
per kapita dan pertumbuhan penduduk dalam 12
negara utama di dunia. Susun bersama negara-
negara yang mempunyai data yang hampir sama.
Seterusnya, apabila pelajar selesai menyusun
bersama negara yang hampir serupa datanya,
pelajar diajukan soalan-soalan seperti berikut :-
Bil. Aktiviti nyata Aktiviti
mental
Soalan
1. Menyebut satu
persatu;
menyenarai
Membuat
perbezaan
(kenal pasti
item)
Apakah yang anda lihat?
Apakah yang boleh anda
dengar?
Apakah yang dapat anda
perhatikan?
Bil. Aktiviti nyata Aktiviti mental Soalan
1.
Membahagikan
ke dalam
kumpulan
Kenal pasti ciri-
ciri yang sama.
Apakah yang
boleh diletakkan
bersama?
2.
Melabel;
mengkategori
Menentukan
hiraki item sama
ada tinggi atau
rendah
Apakah anda panggil
kumpulan ini?
Apakah sepatutnya
dimasukkan ke
dalam kumpulan ini?
2. Interpretasi Data
Strategi ini memerlukan pelajar membuat operasi mental
seperti interpretasi, inferens dan generalisasi melalui
aktiviti.
Soalan-soalan guru membimbing murid untuk mengenal
pasti hubungan kritikal antara data.
Untuk menjawab soalan-soalan guru, pelajar mungkin
mendapatkan maklumat tambahan tentang sistem politik &
ekonomi negara-negara tersebut untuk kenal pasti aspek-
aspek penting seperti negara mana bergantung kepada
pertanian dan yang mana bergantung kepada hasil
perkilangan, dan sebagainya.
Interpretasi Data
Setelah maklumat tambahan didapati, guru
mengemukakan pula soalan-soalan yang
memerlukan pelajar membuat inferens.
Soalan-soalan guru memandu pelajar untuk
memikirkan tentang perkaitan antara satu data
dengan data lain, dan perkaitan antara sesuatu data
dengan kesan data tersebut.
Seterusnya pelajar meramal implikasi sesuatu data
yang diperolehi, atau membuat ekstrapolasi.
Bil. Aktiviti
nyata
Aktiviti
mental
Soalan
1.
Kenal pasti
hubungan
kritikal
Membezakan Apakah yang anda
perhatikan? Jumpa?
2.
Terokai
hubungan.
Kaitkan satu
kategori dengan
yang lain;
Tentukan sebab-
akibat
hubungan
Mengapakah ini berlaku?
3.
Buat
Kesimpulan
Melampaui apa
yang diberi;
mencari
implikasi;
membuat
ekstralopasi
Apakah maknanya ini?
Apakah gambaran yang
boleh anda buat?
Apakah kesimpulannya?
3. Aplikasi Prinsip

Strategi ini memerlukan pelajar mengaplikasi prinsip
untuk menjelaskan fenomenu, meramal akibat, atau
membuat hipotesis.
Strategi ini digunakan selepas melalui strategi
pembinaan konsep dan menginterpretasi data.
Pada peringkat awal, pelajar diminta membuat
ramalan tentang akibat sesuatu atau menjelaskan
data yang baru diperolehi dan sebagainya.
Aplikasi Prinsip
Selepas itu, pelajar menjelaskan ramalan yang
dibuat dengan memberikan hujah-hujah yang dapat
menyokong pandangannya.

Akhir sekali, pelajar mencari bukti-bukti untuk
menyokong ramalan yang dibuat atau
mengenalpasti situasi/keadaan yang menyokong
ramalan tersebut.
Bil. Aktiviti nyata Aktiviti mental Soalan
1. Menelah akibat;
menjelaskan
fenomenum;hipo
tesis
Analisis
masalah, situasi,
panggil kembali
pengetahuan.
Apakah akan terjadi
jika?
2. Jelaskan/sokong
telahan,
hipotesis.
Tentukan kaitan
sebab-akibat
berhubung
telahan
Mengapakah anda
fikir ini akan
berlaku?
3. Menentusahkan
telahan
Guna prinsip
logikal/pengetah
uan fakta untuk
tentukan secara
yang mencukupi
Apakah keadaan
yang perlu untuk
menjadikannya
benar?
Rumusan model
Tiga strategi yang dibincangkan tadi berasaskan operasi
mental.
Setiap strategi memerlukan pelajar terlibat dalam aktiviti
atau kegiatan tertentu
Urutan aktiviti yang dijalankan merupakan strategi
pengajaran yang mesti diikuti dengan operasi mental.
Guru memandu pelajar dari satu fasa kepada fasa
berikutnya menggunakan soalan-soalan.
Guru perlu menentukan masa yang sesuai untuk beralih
dari satu fasa kepada fasa yang lain.

Rumusan model
Pendekatan ini memerlukan pelajar bekerja dalam
kumpulan koperatif, dan aktif.

Guru perlu menentukan urutan aktiviti terlebih
dahulu sebelum memulakan pengajaran.

Pada peringkat permulaan, penggunaan pendekatan
ini memerlukan banyak kawalan dan arahan guru.

Setelah pelajar biasa dengan pendekatan ini, pelajar
boleh diberikan peluang mengawal tindakan mereka
sendiri.
Proses Induktif
Proses ini memakan masa yang panjang.
Pelajar harus terus menerus mengumpul & memilih
maklumat.
Pelajar memerlukan masa membina idea (terutama
kategori) untuk membentuk konsep.
Selepas itu pelajar menjana hipotesis untuk fahami
hubungan/ penyelesaian masalah.
Akhirnya pelajar menukarkan pengetahuan kepada
kemahiran yang boleh digunapakai.
Peranan guru
Guru berperanan sebagai penggerak dan pengurus
aktiviti kerja berkumpulan.
Guru menentukan sama ada pelajar sudah bersedia dari
segi kognitif untuk menjalankan tugasan yang diberi.
Guru bertanggungjawab menyelaraskan tugasan dengan
tahap kognitif pelajar.
Guru bertanggungjawab membimbing pelajar
mendapatkan data, menyusun data dan menganalisis.
Rumusan model
STRUKTUR
PENGETAHUAN
PROSES
PERANCANGAN
Prinsip Dalam keadaan yang bagaimana
prinsip ini boleh diaplikasikan?
Generalisasi Apakah generalisasi yang
hendak diajar?
Konsep Apakah konsep yang harus
diperolehi?
Data Apakah data yang diperlukan?
Prosedur perkembangan pengajaran
1. Guru beri masalah/perkara untuk buat penyiasatan.
Contoh: Struktur Tumbuh-tumbuhan.
2. Pelajar bekerja berpasangan diberi sejumlah
tumbuh-tumbuhan yang banyak nurseri sekolah.
3. Pelajar diminta membina kategori tumbuh-tumbuhan
berasaskan ciri-ciri struktur akar, batang dan daun.
4. Pelajar buat kategori/klasifikasi dan melabel, sesekali
berkongsi kategori mereka dengan pasangan lain.
Prosedur perkembangan pengajaran
5. Guru bantu membina konsep dengan beri nama saintifik
kepada kategori yang pelajar bina.
6. Guru tunjuk spesimen minta pelajar ramai struktur
tumbuh-tumbuhan yang ditunjuk.
7. Guru minta pelajar kumpul spesimen tambahan dan
masukkan ke dalam kategori yang mereka telah bina.
8. Pelajar dapati tumbuhan baru boleh masuk ke dalam
kategori mereka, tetapi terdapat yang lain yang perlu
kategori baru.
9. Unit pembelajaran ini memakan masa 2 minggu.
Dapatan Penyelidikan
Kesan ke atas pencapaian, perkembangan kemahiran
proses, sikap terhadap sains m. pelajaran Biologi di
sek. men. atas dan kolej Kesan positif ke atas ketiga-
tiga hasil.
El-Nemr, 1979.
Kesan pencapaian, perkembangan kemahiran proses dan
sikap terhadap sains m. pel Sains di sek. Rendah, sek.
Men. dan kolej Kesan positif ke atas perolehan
maklumat, kreativiti, proses sains, ujian kecerdasan.
Bredderman, 1987.
Dapatan Penyelidikan
Tinjauan ke atas pengajaran penulisan kesan
positif.
Hillocks, 1987
Pendekatan induktif inkuiri bagi pengajaran
penulisan saiz kesan purata 0.60 berbanding
proses pengajaran lain.
Joyce, Calhourn & Hopkin, 1997
Dapatan Penyelidikan
Pemindahan pembelajaran Pendekatan induktif dalam m.
pel. tertentu memberi kesan ke atas m. pel. lain analisis ke
atas m. pel. Seni diikuti dengan peningkatan dalam kemahiran
asas.
Smith, 1980.

Kajian melibatkan sekolah rendah melalui contoh hasil
penulisan pelajar di akhir tahun, kualiti penulisan meningkat
mengatasi tahun 8 tahun sebelumnya.
Joyce, 1994, 1996.
Model
Pemikiran
Induktif
Pembinaan maklumat,
konsep, kemahiran &
hipothesis.
Proses membentuk
konsep
Konsep & sistem
konsep &
aplikasinya
P
E
M
B
E
L
A
J
A
R
A
N
P
E
N
D
I
D
I
K
A
N
Semangat
menyelidik
Kesedaran tentang
apakah
pengetahuan
Pemikiran logik
Kesan Model Pemikiran Induktif ke atas Pembelajaran dan Pendidikan.
Sumber: Joyce, Calhoun & Hopkin, 1997
Soalan 1
Pendekatan induktif mempunyai banyak faedah sekiranya
dikendalikan dengan cara yang betul. Berikut adalah
beberapa prinsip pendekatan ini KECUALI

A. Satu strategi penyoalan haruslah diadakan supaya guru dapat
membantu pelajar membentuk konsep dengan jelas dan mudah
B. Kemahiran-kemahiran intelektual yang terlibat ialah
pembentukan konsep, membuat generalisasi dan menggunakan
generalisasi tersebut.
C. Guru perlu menyediakan pelbagai alat bantu mengajar untuk
mewujudkan satu bentuk pembelajaran konkrit.
D. Penerangan yang diberi di awal pengajaran melibatkan teori
tertentu, atau beberapa peraturan yang jelas.

Penutup
Proses induktif memerlukan banyak masa untuk
menjadikannya pengalaman yang bermakna.
Terlalu banyak masa diperuntukkan kepada berfikir,
tiada masa untuk menguasai isi kandungan pelajaran.

Rujukan
Joyce, B., Weil, M. & Showers, B. (1992) Models of teaching. Edisi ke4.
Boston: Allyn and Bacon. Bab 9 dan 10.

Joyce, B., Calhoun E., Hopkin D. (1997). Models of teaching tools for
teaching. Buchingham: Open University Press.

Anda mungkin juga menyukai