Anda di halaman 1dari 8

TUGASAN

Kraf tradisional bermaksud satu aktiviti yang memerlukan kemahiran dalam menggunakan
tangan yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi seperti membuat ukiran,
tembikar, batik dan tenunan. Hasil ciptaan kraf tradisional, kaya dengan unsur-unsur
budaya dan ini jelas tercermin melalui bentuk, gaya, sifat, garis dan warnanya. Seni kraf
ini melambangkan hubungan erat antara orang Melayu dengan kepercayaannya iaitu
Islam.
Hasil ciptaan seni kraf Melayu ini jelas menunjukkan pengaruh Islam di dalam
penghasilannya. Hal ini terbukti dengan penggunaan ragam hias atau motif dalam sesuatu
penghasilan kraf. Penggunaan ragam hias dan motif-motif dalam hasil karya ini jelas
menunjukkan ciri-ciri keislaman. Tiada rupa atau figura manusia atau binatang yang
sebenarnya digambarkan dalam ragam hias kraf tradisional Melayu. Ketiadaan rupa atau
figura ini adalah disebabkan berdasarkan ajaran agama Islam yang mengharamkannya.
Kesenian dan keaslian ragam hias yang terdapat dalam kraf tradisional tidak berubah dan
tetap kekal dari dahulu hingga kini walau pun Malaysia telah dijajah oleh negara luar. Motif
ragam hias empat jenis kraf tradisional adalah seperti berikut :
1. UKIRAN
Ukiran kayu tradisional dianggap sebagai hasil kreativiti orang-orang Melayu yang
unik dan dapat dilihat pada binaan istana, masjid, rumah makam, kepala sampan, perabot
serta barangan kegunaan harian. Ukiran bererti mengukir sesuatu bahan seperti kayu
dengan menggunakan alat mengukir seperti pisau wali, carving tool. Ukiran adalah hasil
rupa tradisi Melayu yang terulung.
Motif ragam hias yang terdapat dalam ukiran iaitu :
a) Flora
Motif flora daripada motif daun seperti daun bayam kukur, bayam perasi, janggut
keli, beremi, jari buaya, ketola, ketumbit, kangkung, pucuk kacang, pucuk rebung, pucuk
paku, piya, pulut, setulang, selit dan daun ringgit.
Motif bunga daripada motif bunga seperti bunga cempaka, ketumbit, kecubung,
kundur, kala bukit, kemunting, kedup, ladu, lawang, pecan, raya, ros, teratai, manggis,
tanjung,, metahari dan bunga cengkih.

b) Seni khat
Motif seni khat iaitu ayat-ayat Al-Quran.
c) Fauna
Motif fauna seperti motif ititk pulang petang.
d) Awan larat
Motif awan larat ialah motif awan yang bergerak di langit. Awan ini melarat-larat
ditiup angin sehingga menghasilkan pelbagai bentuk yang indah.
e) Kosmos
Motif kosmos seperti motif matahari, bulan, bintang, awan, gunung, bukit, logam
dan lain-lain.
f)

Geometri

Corak yang berupa corak geommetri dan unsur lain yang disusun dalam rupa
bentuk geometri. Huruf-huruf Arab dan tulisan Jawi juga digunakan.
2. TEMBIKAR
Tembikar tradisi Melayu menjadi kesenian yang asli yang telah wujud di Malaysia
sejak beribu tahun dahulu. Ragam bentuk dan ragam hias yang terdapat pada set
tembikar melambangkan keunikan penciptaan tukang pandai Melayu. Ragam hias
merupakan aspek penting dalam tembikar tradisional. Motif yang digunakan terdiri
daripada unsur persekitaran tempatan berdasarkan motif geometri dan organik.
a) Motif Geometri
Motif Geometri seperti motif garisan bersilang-seli, titik susun kisi-kisi, titik tahi alat,
garis keluh, garis berkotak, garis tulang ikan, pucuk rebung, bentuk potong wajik, bentuk
segi tiga, bentuk bujur, balung kuku, rantai perak, susur kelapa, dan siku keluang.
b) Motif gayaan Organik
Motif gayaan organik dalah seperti sulur kakung, bunga cengkih, bunga pecah
lapan,bunga kedudut, bunga tanjung, bunga lawang, kelopak, sambas, tampuk manggis,
tapak manggis, tapak pelanduk dan belalang bercula.
3. BATIK
Batik adalah salah satu daripada kraf tradisional yang mempunyai keunikan
tersendiri dan terkenal di Asia atau Gugusan Kepulauan Melayu. Keindahan corak dan
2

motifnya mempamerkan kreativiti dan kehalusan seni tekstil yang tinggi. Perkataan batik
membawa maksud rintik-rintik putih yang ada pada kain yang berwarna atau bercorak.
Dalam Bahasa Melayu, batik bermaksud titik manakala dalam bahasa Jawa pula batik
bermaksud setitik lilin.
Motif batik di Malaysia banyak dipengaruhi oleh alam sekitar. Motif-motif ini terhasil
disebabkan kepekaan masyrakat tradisional terhadap persekitaran. Terdapat lima jenis
motif alam sekeliling yang digubah menjadi corak atau ragam hias yang menarik iaitu:
a) Unsur flora
Unsur ini berfungsi untuk menghiaskan kain batik ela. Kebanyakan motif flora
seperti bunga, kudup, putik, daun, ranting dan pucuk digunakan secara tunggal atau
bertabur. Unsur ini juga digunakan untuk menghiasi badan batik sarung. motif seperti
bunga, kuntum, putik, ranting dan pucuk disusun menjalar datar dengan bentuk lembut
bersama helaian daun, kelopak serta ranting dan bunga. Motif bunga kebiasaannya
disusun berdahan tegak. Selain itu, unsur ini digunakan untuk menghiasi bahagian kepala

kain (gunung) bermotif pucuk rebung digunakan kebiasaannya, reka corak digubah bukan
secara realistik tetapi campuran gaya organik dan geometri.
Rajah 1 : Motif batik unsur flora
3

b) Unsur fauna
Unsur fauna adalah seperti motif rama-rama, kumbang, burung, ayam, rusa,
bangau, ikan, kijang dan sebagainya.
Rajah 2 : Motif batik unsur fauna

c) Unsur geometri.
Unsur geometri berfungsi untuk hiasan kaki kain atau gigi seperti susunan garisgaris halus, motif parang rosak, motif banji atau swastika dan motif pinggir awan. Garisgaris lurus yang direka dan disusun mmenjadi motif seperti cengkerang, siput, kisi-kisi,
jaring bersilang dan lain-lain lagi. Selain itu, unsur ini juga untuk menghiasi batik panjang
yang bermotifkan motif kawung dalam susunan empat bentuk bujur sering digunakan.
Motif ceplok dengan susunan segi empat yang berisikan beberapa bentuk lain seperti
bunga, unggas atau binatang dan garis berpalang digunakan.Bentuk ini bukan geometri
tulen, ia merupakan campuran gaya organik dan geometri. Contoh motif unsur geometri
ialah keluk pinggir awan persegi, pilin berganda, buntut siput, parang rosak, banji, ceplok,
jalur, kawung, kisi-kisi dan swastika.
4

Rajah 3 : Motif batik unsur geometri


d) Unsur benda buatan manusia.

Unsur ini digunakan untuk hiasan batik ela. Unsur buatan manusia kebiasaannya
agak moden daripada unsur lain. Contoh motif unsur ini ialah abor, jaring ikan,kampung
dan wau.
Rajah 4 : Motif batik benda buatan manusia

e) unsur motif isen


Isen ialah motif pengisi untuk memenuhi kain batik tradisional atau sebagai latar
belakang kepala sesuatu pola corak. Contoh jenis isen ialah ada-ada, atap, sirapan,
berangan, cacah gari, cantlel, cecek-cecek, cecek pintu, cecek sawut daun, galangan,
grinsing, mata dara, penutup, poleng, dan sisik.

Rajah 5 : Motif isen


4. TENUNAN
Tenunan dihasilkan daripada jalinan benang lonseng (yang menunggu) dengan
benang pakan (yang mendatang). Tenunan songket dipercayai berasal daripada kerajaan
Dongson di Kemboja sebelum ianya diperkenalkan di Malaysia. Terdapat tiga jenis motif
dalam ragam hias songket iaitu :
a) Motif berasaskan flora
Motif berasaskan flora seperti motif pucuk rebung, bunga tanjung, bunga gorek,
bunga cengkih, bunga telepok, bunga lawang, bunga kunyit, bunga baling-baling, bunga
cina, bunga tampak berembang dan bunga tampuk manggis.
b) Motif berasaskan fauna
Motif berasaskan fauna pula seperti motif lawi ayam, kuda laut, dada kaki lipan,
kupu-kupu, ayam jantan, burung merak, siku keluang besar, siku keluang kecil dan gigi
belalang.
7

c) Motif berasaskan geometri


Motif berasaskan geometri adalah seperti motif bintang pecah lapan dan mahkota.

Anda mungkin juga menyukai