Anda di halaman 1dari 4

BATIK

PENGENALAN KEPADA BATIK


Batik adalah merupakan kraf tradisional yang unik dan terkenal di Asia atau Gugusan Kepulauan Melayu. Keindahan coraknya mempamerkan kreativiti dan kehalusan seni tekstil yang tinggi. Perkataan batik berasal dari Indonesia yang membawa maksud rintik-rintik putih yang ada pada kain yang berwarna atau bercorak. Dalam Bahasa Melayu, batik bermaksud titik manakala dalam bahasa Jawa pula batik bermaksud setitik lilin.Seni batik telah wujud 2000 tahun dahulu di Mesir dan Parsi. Mula digunakan di Jepun dan China dalam abad ke 7. Seni Batik cap juga telah lama wujud di Indonesia. Seni batik juga telah berkembang ke negara ini. Negeri Kelantan dan Terengganu adalah merupakan perintis kepada sejarah perkembangan perusahaan batik tanah air. Ianya bermula di Kota Baharu, Kelantan pada tahun 1914 yang telah dipelajari di kepulauan Jawa. Kain batik di Malaysia mula dicipta oleh Haji Che Su bin Ishak dari Kelantan. Kain yang digunakan untuk membuat batik dinamakan Kain Pereir atau Kain Pelangi iaitu kain sutera tiruan yang diimport dari Negara Siam. Haji Che Su bersama rakanrakannya telah mengusahakan perusahaan batik pelangi di tepi sungai iaitu di lorong Gajah Mati, Kota Bharu. Perusahaan batik juga dikembangkan seterusnya ke Terengganu dan negeri-negeri lain di negara ini.

JENIS-JENIS BATIK
Terdapat empat jenis teknik batik: (i) Batik blok yang menggunakan blok kayu yang kemudian digantikan dengan blok tembaga untuk menghasilkan corak. (ii) Batik skrin yang menggunakan pemidang skrin dan corak dihasilkan melalui leker. (iii) Batik tulis atau canting yang menggunakan alat canting dan melilinkan bahagian untuk dibuat corak. (iv) Batik pelangi (tanpa penggunaan lilin).

MOTIF BATIK MALAYSIA


Motif batik di Malaysia banyak dipengaruhi oleh alam sekitar. Motif-motif ini terhasil disebabkan kepekaan masyarakat tradisional terhadap persekitaran. Bagi mereka apa sahaja yang menarik dan mengandungi falsafah sendiri boleh dijadikan corak. Oleh itu kita boleh membuat kesimpulan bahawa motif-motif ini menunjukkan penyatuan masyarakat tradisional dengan alam. Terdapat enam jenis motif alam sekeliling yang digubah menjadi corak atau ragam hias yang menarik: (a) Unsur flora Fungsi unsur flora adalah seperti berikut: (i) Untuk menghiaskan kain batik ela. Motif flora seperti bunga, kudup, putik, daun, ranting dan pucuk digunakan secara tunggal atau bertabur (ii) Untuk menghiasi badan batik sarung. bunga, kuntum, putik, ranting dan pucuk disusun menjalar datar dengan bentuk lembut helaian daun, kelopak serta ranting dan bunga bunga disusun berdahan tegak (iii) Untuk menghiasi bahagian kepala kain (gunung) biasanya motif pucuk rebung digunakan kebiasaannya, reka corak digubah bukan secara realistik tetapi campuran gaya organik dan geometri.

akar-akar menjalar

bunga air mata kasih

bunga anggerik

bunga berbaling

bunga berbaling (variasi)

Rajah 1: Contoh motif flora (b) Unsur fauna Unsur-unsur fauna adalah seperti: (i) Motif rama-rama, kumbang, burung, ayam, rusa, bangau, ikan, kijang dan sebagainya.

burung

burung

merak

kumbang

Rajah 2: Contoh motif fauna (c) Unsur geometri (i) Fungsi motif unsur rupa geometri: Untuk hiasan kaki kain atau gigi susunan garis-garis halus, motif parang rosak, motif banji atau swastika dan motif pinggir awan digunakan. Garis-garis lurus yang direka dan disusun menjadi motif seperti cangkerang, siput, kisi-kisi, jaring bersilang dan lain-lain lagi. Untuk menghiasi batik panjang motif kawung dalam susunan empat bentuk bujur sering digunakan. Motif ceplok dengan susunan segi empat yang berisikan beberapa bentuk lain seperti bunga, unggas atau binatang dan garis berpalang digunakan bentuk ini bukan geometri tulen, ia merupakan campuran gaya organik dan geometri. (ii) Contoh motif unsur geometri: keluk pinggir awan persegi, pilin berganda, buntut siput, parang rosak, banji, ceplok, jalur, kawung, kisi-kiri dan swastika.

jakur

kawung

kisi-kisi

swastika

Rajah 3: Contoh motif geometri

(d) Unsur benda buatan manusia (i) fungsi motif unsur buatan manusia yang agak moden ini biasanya digunakan untuk hiasan batik ela (ii) Contoh motif unsur benda buatan manusia: abor jaring ikan kampung wau

wau

wayang kulit Rajah 4: Contoh motif buatan manusia

wayang kulit (variasi)

(e) Unsur Motif isen Isen ialah motif pengisi untuk, memenuhi kain batik tradisional atau sebagai latar belakang kepala sesuatu pola corak. Contoh jenis isen: Ada-ada, atap, sirapan, berangan, cacah gari, cantlel, cecek-cecek, cecek pitu, cecek sawut daun, galangan, grinsing, mata dara, penutup, poleng, sisik dan lain-lain lagi.

mata dara

mlinjon

penutupan

poleng

Rajah 5: Contoh motif isenP

Anda mungkin juga menyukai