Anda di halaman 1dari 15

KEMBARA ZIARAH KASIH DESA 2014

24 HINGGA 27 APRIL 2014

KERTAS KERJA
KEMBARA ZIARAH KASIH DESA 2014

TARIKH :

24 – 27 APRIL 2014

TEMPAT :

KAMPUNG LEPAN JAYA, GUA MUSANG,


KELANTAN

ANJURAN :

EXCO RAKAN MUDA,


SEKRETARIAT RAKAN MUDA,
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA.

“ Jalinan Ikatan Kasih Utuhkan Budaya Bangsa”


KEMBARA ZIARAH KASIH DESA 2014
24 HINGGA 27 APRIL 2014

KERTAS KERJA
KEMBARA ZIARAH KASIH DESA 2014
SEKRETARIAT RAKAN MUDA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini bertujuan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan serta bantuan kewangan
sebanyak RM 4000.00 bagi melaksanakan program Kembara Ziarah Kasih Desa 2014 anjuran
Sekretariat Rakan Muda, Universiti Kebangsaan Malaysia.

2.0 PENGENALAN

Sekretariat Rakan Muda Universiti Kebangsaan Malaysia (SRMUKM) telah bergerak


secara aktif sejak 5 tahun yang lalu. Dari tahun ke tahun ahli SRMUKM semakin meningkat.
SRMUKM telah merancang beberapa aktiviti dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan
agar perjalanan program yang dijalankan berjalan dengan lancar. Aktiviti-aktiviti ini telah
menarik minat warga kampus untuk menyertai program tersebut sekaligus menyertai SRMUKM.

Kembara Ziarah Kasih Desa antara program yang dikelolakan oleh Kementerian Belia
dan Sukan. Program ini akan dilaksanakan oleh Sekretariat Rakan Muda disemua IPT pada
setiap tahun. SRMUKM juga telah diberi beberapa projek bagi menjayakan program ini.
Program yang bercorak kesenian ini telah memberi kesedaran dan pemahaman kepada
mahasiswa di samping dapat menilai dan mempopularkan kesenian lama masyarakat yang patut
dipelihara dan dipertahankan agar seni dan budaya negara tidak lapuk ditelan zaman.

Selain program yang bercorak kesenian dan kebudayaan ini, SRMUKM juga telah
mengadakan beberapa program seperti program kepimpinan, kemasyarakatan, keusahawanan,
pembangunan dan kecergasan dibawah program gaya hidup masing-masing yang telah memberi
banyak manfaat kepada semua warga kampus. Antara contoh program yang telah dijalankan
dengan jayanya oleh SRMUKM ialah Kursus Induksi Gaya Hidup Rakan Muda, dan Rakan
Muda Wawasan Desa yang ternyata mempunyai sambutan yang menggalakkan daripada ahli-ahli
SRMUKM.

“ Jalinan Ikatan Kasih Utuhkan Budaya Bangsa”


KEMBARA ZIARAH KASIH DESA 2014
24 HINGGA 27 APRIL 2014
3.0 MISI

Meningkatkan semangat cinta akan tanah air dan patriotik dalam kalangan mahasiswa dengan
mengenali budaya masayarakat bangsa.

4.0 MATLAMAT

Untuk menjadikan ahli SRMUKM mempunyai semangat patriotik melalui budaya masyarakat
bangsa :

4.1. Membina jati diri melalui aktiviti-aktiviti kesenian dan kehidupan desa.
4.2. Menyediakan program-program latihan bagi tujuan penggalakan dan pengembangan
seni tari dan muzik.
4.3. Memupuk cinta akan negara dengan mengenali budaya kehidupan masyarakat desa.
4.4. Menyelidik, mengkaji dan memulihara warisan kesenian negara untuk dipertontonkan
kepada masyarakat umum.
5.0 OBJEKTIF

5.1. Memupuk semangat perpaduan antara ahli-ahli SRM dan pelajar UKM serta
merapatkan silaturrahim antara mereka.
5.2. Memupuk minat masyarakat khususnya golongan remaja untuk melibatkan diri di bidang
kesenian.
5.2. Memperkenalkan dan mengetengahkan budaya dan kehidupan desa masyarakat Jawa di
peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

6.0 TEMA

“ Jalinan Ikatan Kasih Utuhkan Budaya Bangsa”

7.0 ANJURAN

Exco Seni Budaya, Sekretariat Rakan Muda, Universiti Kebangsaan Malaysia


.

“ Jalinan Ikatan Kasih Utuhkan Budaya Bangsa”


KEMBARA ZIARAH KASIH DESA 2014
24 HINGGA 27 APRIL 2014
8.0 TARIKH

Program ini dicadangkan untuk diadakan pada :


Tarikh : 24 hingga 27 April 2014
Hari : Khamis hingga Ahad

9.0 TEMPAT PROGRAM

Tempat program yang dicadangkan ialah Kampung Lepan Jaya, Gua Musang, Kelantan.

10.0 PUBLISITI/ SASARAN

Program ini akan diiklankan melalui poster, banner, dan skrin besar UKM. Sasaran program ini
ialah pelajar UKM dan ahli rakan Muda UKM.

11.0 PENGLIBATAN DAN PESERTA PROGRAM

Jumlah Peserta : 20 orang


Jumlah urusetia : 20 orang

12.0 STRUKTUR ORGANISASI

Rujuk Lampiran A

13.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran B

14.0 BELANJAWAN

Rujuk Lampiran C

“ Jalinan Ikatan Kasih Utuhkan Budaya Bangsa”


KEMBARA ZIARAH KASIH DESA 2014
24 HINGGA 27 APRIL 2014
15.0 PERINCIAN PROGRAM

 Aktiviti 1 : Huluran Kasih UKM

Peserta bersama wakil penduduk kampung akan mengenapasti beberapa keluarga yang
kurang berkemampuan. Kami akan menyampaikan beberapa sumbangan keperluan asas
seperti beras, milo, susu pekat manis, gula, dan minyak masak. Aktiviti ini dapat
melahirkan rasa ingin menolong dalam diri setiap peserta di samping dapat merapatkan
ukhuwah sesama penduduk kampung dengan pelajar UKM.

 Aktiviti 2 : Rekreasi Petang

Antara aktiviti yang dicadangkan ialah membuat dan bermain layang-layang, sukan
rakyat serta beberapa aktiviti ringkas beramai-ramai bersama keluarga angkat masing-
masing dan penduduk kampung. Aktiviti ini dapat memberi peluang kepada para peserta
untuk merasai sendiri erti kehidupan masyarakat kampung yang saban hari hilang
ketulenannya selain secara tidak langsung dapat memupuk perasaan ingin membela
khazanah negara ini. Selain itu, aktiviti ini juga diharap dapat memecahkan tembok
antara penduduk kampung dengan peserta UKM.

 Aktiviti 3 : Slot Kebudayaan

Sekumpulan pasukan akan mempersembahkan Dikir Barat kepada para peserta. Ini akan
mendedahkan peserta lebih dekat dengan budaya masyarakat setempat khususnya. Para
peserta juga berpeluang mempelajari tentang dikir barat. Di samping itu, seorang
jurulatih akan turut menerangkan tentang sejarah dan keunikan dikir barat selain
mengajar para peserta serba sedikit tentang dikir barat. Hal ini dapat memberi peluang
kepada peserta untuk lebih mengenali seni warisan bangsa kita selain sebagai persediaan
kepada para peserta untuk malam kebudayaan.

“ Jalinan Ikatan Kasih Utuhkan Budaya Bangsa”


KEMBARA ZIARAH KASIH DESA 2014
24 HINGGA 27 APRIL 2014
 Aktiviti 4 : Jalinan Kasih

Aktiviti ini merupakan peluang bagi para peserta berkenalan dan beramah mesra dengan
keluarga angkat masing-masing. Ini akan mewujudkan suasana yang santai untuk
memudahkan para peserta dan adik-adik berkomunikasi antara satu sama lain. Aktiviti ini
juga merupakan wadah pertukaran di antara peserta dan adik-adik di mana peserta
membantu memupuk semangat pada adik-adik manakala adik-adik di Kampung Lepan
Jaya pula mendedahkan peserta tentang kehidupan masyarakat setempat.

 Aktiviti 5 : Ramah Pagi

Aktiviti kecergasan ini memberi peluang kepada para peserta untuk beramah mesra
dengan penduduk kampung selain bersenam melakukan aktiviti sihat bersama-sama.
Selain itu, para peserta juga boleh mengetuai kumpulan dengan mengadakan senaman
poco-poco dan dan aerobik bersama penduduk kampung.

 Aktiviti 6 : Gotong- royong

Aktiviti ini merupakan peluang kepada mahasiswa-mahasiswa yang terlibat untuk


menyumbangkan sedikit tenaga dengan bergotong-royong membersihkan kawasan surau
dan balai raya Kampung Lepan Jaya. Dengan aktiviti ini, mahasiswa dapat merapatkan
hubungan silaturrahim dengan penduduk kampung dan juga dapat membuktikan bahawa
mahasiswa mempunyai sikap ringan tulang yang sentiasa ingin membantu masyarakat
luar.

 Aktiviti 7 : Rewang & Gapaian Kasih


Salah satu aktiviti yang akan cuba mengeratkan lagi hubungan sesama peserta dan
penduduk di Kampung Lepan Jaya termasuklah hubungan dengan keluarga angkat
peserta kerana aktiviti ini melibatkan hampir semua anggota masyarakat di kampung
tersebut. Hubungan yang akan terjalin akan dapat dieratkan dengan aktiviti seumpama
ini. Aktiviti berbentuk sukaneka akan diadakan antara setiap keluarga angkat

“ Jalinan Ikatan Kasih Utuhkan Budaya Bangsa”


KEMBARA ZIARAH KASIH DESA 2014
24 HINGGA 27 APRIL 2014
16.0 CADANGAN PERASMI

Perasmian pembukaan:
Puan Nurul Safaniza binti Che Ani
Penasihat Sekretariat Rakan Muda
Penolong Pendaftar
Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Perasmian Penutupan:
YB AB AZIZ BIN YUSOFF
Ahli Dewan Undangan Negeri Galas, Gua Musang, Kelantan.

17.0 PEJABAT URUSAN

Sebarang maklumat, penerangan, pertanyaan dan urusan surat menyurat, sila hubungi :
Pejabat Urusan,
Sekretariat Rakan Muda UKM
Aras 1, Bangunan Pusanika
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi Selangor.
(u.p : - Nadia Binti Mohd Fowzi -Tel : ( 013-3116731 )
Muhammad Nasrul Bin Mohd Zaini -Tel : ( 019-4737191 )
Faks : 03-89214534
E-mel : srmukm@gmail.com

“ Jalinan Ikatan Kasih Utuhkan Budaya Bangsa”


KEMBARA ZIARAH KASIH DESA 2014
24 HINGGA 27 APRIL 2014
18.0 PENUTUP

Kami berharap agar Kembara Ziarah Kasih Dewa 2014 ini mendapat kelulusan kertas kerja dan
mendapat bantuan kewangan yang mencukupi. Semoga program ini dapat berjalan dengan
jayanya serta mencapai matlamat dan objektif yang telah di gariskan. Perhatian dan
pertimbangan serta kerjasama yang sewajarnya dari pihak Tuan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

……………………………………………
NADIA BINTI MOHD FOWZI
Ketua pengarah,
Kembara Ziarah Kasih Desa 2013,
Sekretariat Rakan Muda,
Universiti Kebangsaan Malaysia

Disokong dan diluluskan oleh,

..........................................
PN. NURUL SAFANIZA BT CHE ANI
Penasihat Sekretariat Rakan Muda
Penolong Pendaftar
Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)

Universiti Kebangsaan Malaysia

“ Jalinan Ikatan Kasih Utuhkan Budaya Bangsa”


KEMBARA ZIARAH KASIH DESA 2014
24 HINGGA 27 APRIL 2014
_______________________________________________________________LAMPIRAN A

STRUKTUR ORGANISASI
KEMBARA ZIARAH KASIH DESA 2014

Penaung
Y. Bhg. Prof. Tan Sri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin
Naib Canselor, UKM

Pengerusi
Y. Bhg Prof Ir. Dr Othman A. Karim
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni, UKM

Penyelaras
Encik Musa Zainal Abidin Othman
Timbalan Pendaftar
Jabatan Perkhidmatan Pelajar UKM

Penasihat
Puan Nurul Safaniza bt Che Ani
Sekretariat Rakan Muda

Presiden
Muhammad Aliff Farhan Bin Kamal (A136379)
FEP/3
(017-6699492)

Ketua Pengarah
Nadiah Binti Mohd Fowzi (A140850)
FST/1
(013-3116731)

Timbalan Ketua Pengarah


Muhammad Nasrul Bin Mohd Zaini
FEP/1
(019-4737191)

Setiausaha
Norhani Binti Muhd Nasir (A146136)
FST/1
(013-4667186)

Bendahari
Norfarahanim Binti Omar (140368)
FST/2
(013-2356721)

“ Jalinan Ikatan Kasih Utuhkan Budaya Bangsa”


KEMBARA ZIARAH KASIH DESA 2014
24 HINGGA 27 APRIL 2014

Ketua Program : Muhammad Imran Bin Sapini (A140897)


FST/2

Tugas-tugas Khas : Maziahtul Asmah Mohamad Razali (A140931)


FEP/1

Pengarah Cenderamata dan Jamuan : Siti Munirah Binti Rosli (A143302)


FEP/1

Pengarah Publisiti : Era Fazira Binti Nurdin (A143476)


FEP/1

Pengarah Pemasaran : Zulailie Binti Zulkifli (A143339)


FEP/1

Pengarah Protokol : Noor Syamimi Binti Kassim (A143478)


FEP/1

“ Jalinan Ikatan Kasih Utuhkan Budaya Bangsa”


KEMBARA ZIARAH KASIH DESA 2014
24 HINGGA 27 APRIL 2014
LAMPIRAN B

TENTATIF PROGRAM

24 APRIL 201 (KHAMIS)


MASA PERKARA KENDALIAN
9.30 mlm - Berkumpul -AJK Pendaftaran
-AJK Teknikal

10.00mlm -Bertolak dari UKM

25 APRIL 201 (JUMAAT)


MASA PERKARA KENDALIAN
9.00 pg -Tiba di Kg Lepan Jaya

10.45 pg -Sesi suaikenal antara: -AJK Pendaftaran


*Exco-Exco Rakan Muda yang turut serta -AJK Teknikal
*Urusetia Program
*para peserta
-Ucapan mukadimah daripada Presiden SRM
Dan Pengarah Program
11.15 pg -Taklimat Pembahagian anak angkat -AJK Pendaftaran
-Ucapan ringkas daripada ketua Kg Lepan Jaya -AJK Teknikal
-Suai kenal bersama keluarga angkat masing-masing dan ke
rumah keluarga angkat masing-masing

12.30tghr -Makan tengah hari


-Persiapan Diri

1.00 ptg -Solat Jumaat -AJK Pengangkutan


-Solat Zohor

3.00ptg - -Aktiviti 1 : Huluran Kasih UKM -AJK Pemasaran


5.00ptg -AJK Pengangkutan
-AJK Publisiti

5.00 ptg - -Minum petang -AJK Jamuan


5.45 ptg -Solat Asar -AJK Cenderamata

5.30ptg – -Aktiviti 2 : Rekreasi Petang -AJK Program


6.45 ptg -AJK Pengangkutan

“ Jalinan Ikatan Kasih Utuhkan Budaya Bangsa”


KEMBARA ZIARAH KASIH DESA 2014
24 HINGGA 27 APRIL 2014
7.00ptg -Persiapan diri
-Makan malam
-Solat Maghrib
-Solat Isya’
9.00mlm -Aktiviti 3: Slot Kebudayaan -AJK Program
-AJK Keselamatan

11.30mlm -Aktiviti 4: Jalinan Kasih(Keluarga Angkat)

26 APRIL 2014 (SABTU)


MASA PERKARA KENDALIAN
7.30pg -Aktivti 5: Ramah Pagi -AJK Program
:Melibatkan anak dan keluarga angkat -AJK Keselamatan

-AJK Program
10.00pg - Slot Kebudayaan -AJK Pengangkutan

-Makan
1.00 tghri -Solat Zohor

2.00ptg - Aktiviti 6 : Gotong - Royong -AJK Program


-AJK Pengangkutan

5.00ptg -Aktiviti 7: Gapaian Kasih -AJK Jamuan


-Solat Asar -AJK Keselamatan
-Memulakan persiapan Rewang

7.00ptg -Mandi
-Solat Maghrib
-Makan

8.00mlm - Persiapan Majlis Malam Penutup -AJK Jamuan


- Persiapan Rewang -AJK Cenderamata
- Rewang -AJK Publisiti

8.30mlm- -Aktiviti 8 : Majlis Penutup -AJK Program


11.30mlm -Rewang Rasmi -AJK Jamuan
-Persembahan kebudayaan -AJK Cenderamata
-Tayangan Video program -AJK Publisiti
-Penyampaian hadiah -AJK Protokol
-AJK Teknikal
-AJK Keselamatan
11.30mlm -Pulang ke rumah keluarga angkat
-Persiapan diri
-Solat Isya’

“ Jalinan Ikatan Kasih Utuhkan Budaya Bangsa”


KEMBARA ZIARAH KASIH DESA 2014
24 HINGGA 27 APRIL 2014
27 APRIL 2014 (AHAD)
MASA PERKARA KENDALIAN
7.00 pg - Bersama keluarga angkat
- Persiapan diri untuk bertolak balik

9.30 pagi - Bertolak ke Cameron Highlands

12.00 pg -Aktiviti 8 : Lawatan ke -AJK Pengangkutan


1) Ladang Strawberry -AJK Keselamatan
2) Ladang Bunga Ros -AJK Publisiti
3) Ladang Teh

4.00ptg Bertolak balik ke UKM -AJK Pengangkutan

“ Jalinan Ikatan Kasih Utuhkan Budaya Bangsa”


KEMBARA ZIARAH KASIH DESA 2014
24 HINGGA 27 APRIL 2014
______________________________________________________________LAMPIRAN C

Anggaran BelanjawanPendapatan

BIL PERKARA RM
1 JabatanPerkhidmatan Pelajar 200.00
2 Sumbangan IM4U 4000.00
3 Sumbangan penaja luar 4800.00
JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN 9000.00

Anggaran Perbelanjaan

Anggaran Perbelanjaan
Publisiti
1. Kain Rentang RM 80.00 x 1 Helai RM 80.00
2. Tag Peserta RM 2.00 x 20 orang RM 60.00
3. Tag Urusetia RM 2.00 x 20 orang RM 20.00

Penginapan,Pendaftaran&Makanan RM 36 X 3 hari X 40 orang RM 4320.00

Cenderamata RM 50 X 2 Set RM 200.00

Hamper Keluarga Angkat RM50 X 10 Keluarga RM 500.00

Sijil Penyertaan Peserta RM 1.00 X 40 Keping RM 40.00

Perbelanjaan Aktiviti RM 1145.00 RM 1145.00


(Rujuk Lampiran D)

Jamuan Majlis Perasmian dan RM 20 x 4 orang x 2 hari RM 160.00


Penutup RM 15 x 40 orang x 2 hari RM 1200.00
1. VIP
2. Peserta

Pengurusan RM 25 x 40 RM 80.00
1. Surat-menyurat RM 1000.00
2. T-shirt Peserta & Urusetia

Recam RM 195.00
Jumlah Perbelanjaan Keseluruhan RM 9000.00

“ Jalinan Ikatan Kasih Utuhkan Budaya Bangsa”


KEMBARA ZIARAH KASIH DESA 2014
24 HINGGA 27 APRIL 2014
PERINCIAN PERALATAN BUDGET AKTIVITI PROGRAM LAMPIRAN D

Bil Aktiviti Peralatan yang Unit Budget


diperlukan
1 Huluran Kasih Barangan runcit Lapan Keluarga
Mahasiswa -beras -Beras x 8 unit Beras-RM160
-milo -Milo x 8 paket Milo- RM 80
-susu -Susu x 16 tin Susu-RM 34
-gula -Gula 1Kg x 16 Gula- RM 40
-minyak masak tepung bungkus Minyak masak-
-Minyak masak x 8 RM 160
botol Tepung-RM 26
-Tepung 1 Kg x 8 paket

TOTAL =
RM 500.00

2 Rekreasi petang Membuat layang- 80 orang (peserta dan


layang urus setia dan wakil
-kertas berwarna setiap keluar seorang) Kertas –RM50
-Tali -kertas berwarna Tali- RM 30
-Gam -Tali Gam –RM 10
-Gunting -Gam Gunting- RM 25
-Lidi atau kayu -Gunting Lidi – RM 20
-Lidi atau kayu

TOTAL =
RM 135.00

3 Slot kebudayaan - - -
4 Jalinan kasih - - -
5 Ramah pagi -Roti -40 orang (peserta dan Roti – RM80
-Air urus setia) Air-RM 80
-40 orang penduduk
kampung

TOTAL =
RM 160.00

6 Rewang dan Bahan basah -40 orang(peserta dan Bahan basah


gapaian kasih urus setia) untuk 100 orang-
-60 orang penduduk RM 350
kampung TOTAL =
250.00
TOTAL RM 816.00

“ Jalinan Ikatan Kasih Utuhkan Budaya Bangsa”

Anda mungkin juga menyukai