Anda di halaman 1dari 6

Kertas Cadangan

PROJEK BALIK KAMPUNG

Tarikh:
24 Disember 2014

Tempat:
Perhentian Bas Setiap Negeri
( Terminal Bas Kuching Sentral, Sarawak )

Anjuran:
Himpunan Rumpun Kekeluargaan Nusantara
(HaRUM)
1.0 Tujuan

1.1 Kertas cadangan ini betujuan mendapatkan sokongan daripada pihak yang
berkenaan bagi menjayakan Projek Balik Kampung.

1.2 Selain itu, ia bertujuan mendapatkan sumbangan dan peruntukan sama ada
berbentuk kewangan, tenaga kerja dan barangan daripada pihak yang
berkenaan.

2.0 Latar Belakang

Program Balik Kampung adalah susulan daripada program-program kemanusiaan


dan sukarela yang telah dijalankan oleh Himpunan Rumpun Kekeluargaan
Nusantara (HaRUM) melalui usahasama yang melibatkan kalangan belia dan
remaja dalam misi kemanusian serta pelbagai misi yang lain perlu diteruskan bagi
membina belia dan remaja yang mempunyai jati diri serta nilai kasih sayang yang
tinggi sesama manusia di setiap negeri. Program ini juga adalah cara untuk
mengekalkan keharmonian dan keamanan dalam kalangan masyarakat dengan
penerapan nilai tolong menolong, bertoleransi dan sikap suka berkongsi
kegembiraan dengan masyarakat lain tanpa mengira perbezaan agama, bangsa dan
sebagainya.

Program ini juga menekankan mengenai hidup berkasih sayang antara


masyarakat melalui aktiviti-aktiviti sukarelawan seperti membantu golongan wanita,
orang kurang upaya dan warga emas mengangkat barang-barang ke destinasi bas
dan menjadi sebagai penunjuk arah serta sukarelawan di terminal bas yang terlibat.
3.0 Tema

Bertepatan dengan gagasan penubuhan Harum, tema program ini ialah:

Sebarkan Cinta, Kerana Dalam Dirimu Ada Cinta

4.0 Objektif Program

4.1 Meringankan beban masyarakat yang berada di terminal bas yang


terlibat.
4.2 Mengeratkan silaturahim di antara masyarakat tanpa mengira
pelbagai perbezaan.
4.3 Menerapkan nilai kemanusiaan di dalam masyarakat .
4.4 Menjadi medan latihan kepada para sukarelawan muda untuk
menceburi diri dalam aktiviti-aktiviti sukarelawan yang melibatkan
perkhidmatan tanpa mengira bangsa dan agama.

5.0 Kumpulan sasaran


5.1 Sukarelawan Belia harum
5.2 Golongan Oku
5.3 Golongan berumur
5.4 Masyarakat sekitar perhentin bas terlibat

6.0 Tarikh dan tempat


Tarikh : 24 Disember 2014
Tempat : Terminal Bas Kuching Sentral, Sarawak
7.0 Jawatankuasa pelaksanaan

Pengarah : Encik Syahrizal Abd Samat

Timbalan Pengarah 1 : Tg.Muhammad Syahmi bin Tg.Nikman

Timbalan pengarah 2 : Shikh Mohammad Norhashim Bin Shikh Hassan

Setiausaha : Mohd Hafiz Bin Muawiah

Bendahari : Sukainatul azimah Binti Azmi

Wakil Setiap Negeri :

Sabah: Nor Rafidah Bt Yunos/ Mohd Nazirul Mubin Bin Mohd Alias

Sarawak : Rozhayawati Bt Abdul Razak/ Siti Khadtijah

Perlis & Kedah : Norhazwani / Ummi Athirah

Pulau Pinang & Perak : Muhammad Firdaus Zainal /Mohd Farhan Rosli

Kelantan : Mohd Khairuddin

Terengganu: Ahmad Afif Bin Ramli

Melaka :Norhamiza Azman


8.0 Tentatif program

24 Disember 2014
Masa Aktiviti
10.00 pagi Ketibaan sukarelawaan
Program Balik Kampung Krismas 1
12.30 tgh Resoma
2.00 -5.30 ptg Program Balik Kampung Krismas 2
6.30 ptg Program tamat

9.0 Kos Perbelanjaan


Perkara Kos Anggaran
1. Makanan RM 10x20 orang
Rm 200
2. Pengangkutan Rm 20x20 orang
Rm 400
3. Sijil dan edaran Rm 100
JUMLAH: RM 700
10.0 Penutup

Semoga Projek Balik Kampung ini dapat dijayakan dengan baik serta mencapai
objektif yang ditetapkan. Sokongan serta dokongan dari pelbagai pihak dalam
memastikan kejayaan program ini amat diharapkan.

Disediakan oleh,

(ROZHAYAWATI BINTI ABDUL RAZAK))

Setiausaha Belia,

Pertubuhan Himpunan Kekeluargaan Rumpun Nusantara (HaRUM)

Sarawak

Anda mungkin juga menyukai