Anda di halaman 1dari 2

Assalammualaikum smua... dah selawat hari nie?? dah??bagus..moga Nabi CINTA kita .. Salam 8 Rabiul'awwal...

. hari nie saye nak bagi kuiz Rasulullah.. ape kata kuiz pertama ni kita mulakan dengan ayahanda dan bonda Rasulullah s.a.w dulu.. jom jawab sama2.. 1) siapakah Nama penuh ayahanda dan bonda Baginda s.a.w? 2) Apakah gelaran yang diberikan oleh bangsa quraish kepada Aminah? 3) Aminah telah menjadi anak yatim piatu sejak dari kecil lagi. bersama keluarga siapakah Aminah tinggal? 4) Siapakah saudara rapat Aminah yang mempertemukan Aminah dengan Abdullah? 5) Apakah yang berlaku kepada Abdullah sebelum berkahwin dengan Aminah? (peristiwa yang hampir sama dengan peristiwa Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail) mengapa? 6) apakah yang dimimpikan oleh Aminah ketika malam pertama Aminah menjadi isteri Abdullah? 7) berapakah jangka masa bermula dari perkahwinan Aminah dan Abdullah, Abdullah diperintahkan untuk berdagang ke Syam? 8) dimanakah ayahanda dan bonda Rasulullah dimakamkan? bilakah waktu mereka wafat? 9)Siapakah nama pembantu setia keluarga Rasulullah yang sentiasa bersama Ayahanda dan Bndanya di saat senang dan susah? 10) siapakah yang menjadi bidan ketika lahirnya Rasulullah s.a.w? cuba kawan2 jawap.. nanti esok2 saya bagi tau jawapannya.. Mari kenali Nabi kita.. Allahum solli 'ala Saiyidina Muhammad....

1)

nama penuh ayahanda Nabi adalah Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hasyim bin Abdul Manaf ; Nama bonda Baginda pula Aminah bt Wahab bt Abdul Manaf..kedua2nya bertemu di keturunan Abdul Manaf.. kesopanan dan kesempurnaan sebagai wanita.kemana sahaja Aminah pergi pasti disenangi, disayangi dan dirindui..

2) gelaran yangdiberikan buat Aminah adalah 'Bunga Kaum Quraish' kerana kejelitaan, kebijaksanaan, 3) Aminah yatim sejak kecil lagi, Beliau tinggal bersama Wuhaib dan keluarganya,, Aminah sangat disayangi
dan dinggap seperti ahli keluarga sendiri. malah Aminah lebih disayangi drpda anak kandungnya sendiri.

4) Halah merupakan anak perempuan kepada Wuhaib dan merupakan teman yang paling rapat dengan
Aminah. Halah telah berkahwin dengan Abdul Mutalib dan mempunyai ramai anak tiri dan salah seorangnya adalah Abdullah.. Halah berusaha untuk mempertemukan Abdullah dan Aminah dan akhirnya mereka dikahwinkan.

5)

sebelum dikahwinkan dengan Aminah, Abdullah telah hampir disembelih oleh Abdul Mutalib. ketika itu suasana mekah menjadi riuh rendah dengan tangisan. ini berlaku kerana, pada zaman dahulu, semasa Abdul Mutalib masih hanya mempunyai seorang anak llk, beliau tlh diberikan petunjuk untuk menggali tanah yang mana di bawahnya terdapat air zamzam yang telah tertimbus. Abdul Mutalib kasihankan orang yang datang menunaikan haji di mekah,mereka pergi dan pulang dengan kehausan.namun pada waktu itu, tidak ada seorang pun yang mahu membantu beliau malah mentertawakannya. kerana kemarahan, Abdul Mutalib telah bernazar, sekiranya beliau mendapat 10 org anak lelaki (bg menunjukkan kekuatan keluarganya) beliau akan menyembelih salah seorang. jadi stelah genap 10org ank llk,, seorang mesti dikorbankan. nama pertama yg dicabut adalah nama Abdullah. semua penduduk mekah melarang dan akhirnya Abdul Mutalib bersetuju utk berjumpa tukang tilik di khaibar. tukang tilik mengatakan 1 nyawa utk 10 ekor unta. akhirnya

nama Abdullah dicabut sekali lagi sehingga genaplah 100 ekor unta dan nama yang ke11 bukan lagi nama Abdullah.maka terlepaslah Abdullah dari disembelih.

6) pada malam pertama Abdullah dan Aminah menjadi suami isteri, Aminah telah bermimpi bahawasanya ada
satu cahaya dari dalam diri Abdullah telah keluar dan masuk ke dalam dirinya lalu menerangi alam sekitar dan dunia seluruhnya. Aminah merasakan seolah-olah beliau melihat istana2 kaisar di Bumi Syam. Aminah jg ada terdengar suara ghaib yang mengatakan anak yang dikandungkannya merupakan seorang pemimpin ummat. Aminah teringat bahawa pada satu masa dahulu telah datang seorang tukang tilik memanggil semua anak perempuan dari kalangan bani zuhrah lalu mengatakan seorang nabi akn lahir dari rahim salah seorang drpd mereka dan lantas menunjuk kpd Aminah. demikian juga Abdullah, org2 yg pernah mencintai Abdullah mengatakan stlh Abdullah berkahwin, mereka tidak lg melihat cahaya dari diri Abdullah.

7) selepas 18 hari berkahwin, Abdullah telah diperintahkan oleh Abdul Mutalib utk berdagang ke syam bagi
mencari rezeki buat keluarga yg baru dibinanya. dlm perjalanan pulang, Abdullah tlh jatuh sakit dan meninggal di Yathrib.

8) Abdullah wafat ketika dalam perjalanan pulang ke Mekah setelah berdagang ke syam dan dikebumikan di
Yathrib manakala Aminah wafat setelah pulang daripada Yathrib bertujuan melawat makam suaminya yang amat dirindui bersama Rasulullah s.a.w dan pembantunya. pada ketika itu Rasulullah baru berumur 6 tahun. dalam perjalanan pulang, Aminah jatuh sakit kerana terlalu merindukan Abdullah, dan akhirnya meninggal dan dimakamkan di perkampungan Abwa'.

9) pembantu yang sentiasa bersama Abdullah dan Aminah dan menyayangi Rasulullah seperti anaknya sendiri
adalah Barakah.

10) saat kelahiran Nabi.. sepanjang mengandungkan Rasulullah, Aminah tidak pernah merasa susah @ sakit.
pada malam kelahiran Baginda, mekah diterangi dengan cahaya yang amat terang. Aminah tersa aman seperti berada di taman yang indah. saat ingin melahirkannya, bilik diterangi cahaya putih yang amat terang. Aminah melihat berombongan perempuan cantik yang selama ini tidak pernah dilihatnya berada di sekelilingnya. Lalu, keluarlah Rasulullah dalam keadaan Bginda sujud, meletakkan kedua tapak tangan dan mendongak ke langit.Barakah yang melihat bilik tuannya bercahaya, segera ke bilik utk melihat keadaan tuannya yang hampir melahirkan bayi, tetapi beliau terkejut kerana, Aminah telah pun melahirkan seorang bayi yang comel.

Anda mungkin juga menyukai