Anda di halaman 1dari 2

Salam mahabbah, sahabat2x yang diredhoi Allah... Kak anjang nak kongsi 9 prinsip wali songo..

Jom sama2x hayati dan praktik semampu ntum~ 1. KALIMASADA SENJATANE Syahadah berasaskan makrifat menjadi inti pegangan membuahkan kekuatan iman, Islam dan ihsan. Ertinya selalu mendakwahkan Iman, Islam dan Ihsan. Mengajak umat kembali kepada Allah dan setia kepada RasuluLlah SAW. 2. BECIK KETITIK, OLO KETORO Yang benar pastikan menang, yang salah pastikan kalah. Dakwah Wali Songo adalah dakwah kebenaran dengan cara damai dan hikmah dan Allah pasti akan menolongnya. 3. SUGIH TANPA BANDO Kaya tanpa harta. Menyakini bahawa kejayaan usaha dakwah bukan bergantung kepada harta benda tetapi bergantung kepada Allah. 4. NGLURUG TANPA BALA Menyerbu tanpa tentera. Ertinya jangan terhijab dan terpesona dengan jumlah kita, kerana kemenangan berasal daripada pertolongan Allah bukan kerana banyaknya pengikut. Kemuliaan hanya dalam iman, taqwa, akhlaq dan pengamalan Islam secara kaafah. 5. MENANG TANPA NGASORAKE Menang tanpa keangkuhan. Ertinya berdakwah harus dengan cinta, damai dan lemah lembut, membina hubungan persaudaraan yang penuh kasih sayang, merendah hati, menghormati perbezaan dan menjauhi mengkritik. 6. MULYA TANPA PUNGGAWA Mulia tanpa pangkat atau kedudukan. Kemuliaan hanya disisi Allah bukan disisi manusia. Pengikut yang ramai serta pengaruh yang luas bukan menjadi ukuran 7. MLETIK TANPA SUTANG, MABUR TANPA LAR Melompat tanpa kaki, terbang tanpa sayap. Ertinya niat untuk berdakwah ke seluruh penjuru alam adalah berkat pertolongan Allah dan bukannya sebab-sebab yang lain. Bergerak keserata alam untuk berdakwah kepada umat. 8. MENANG TANPO TANDING Menang tanpa bertempur. Menguasai secara evolusi bukan konfrontasi, menggunakan cara damai , mengelakkan kekerasan.

9. DIGDOYO TANPO AJI Ditikam tidak lut. Kebal dengan caci maki atau fitnah.

Anda mungkin juga menyukai