Anda di halaman 1dari 4

KERTAS CADANGAN

PROGRAM DAKWAH BIL HAL PETAMA


DI KOA SUNGAI PERGAM, KEMAMAN, TERENGGANU
2 JULAI 2019 – 3 JULAI 2019

1.0 TUJUAN
Kertas cadangan ini dikemukakan kepada pihak Yayasan Pahang adalah bertujuan
untuk mendapatkan peruntukan kewangan bagi menjalankan program tersebut.

2.0 OBJEKTIF PROGRAM

2.1 Mendisiplinkan pelajar PETAMA dengan latihan praktikal secara terus


dilapangan seterusnya mampu untuk melaksana dan menyelaras
sesuatu program.

2.2 Mengeratkan hubungan silaturrahim melalui gotong royong dan


amalan kerohanian bersama penduduk kampong. Program ini juga
dapat memperkenalkan lagi program PETAMA sebagai pusat latihan
kemandirian Islam kepada masyarakat Orang Asli.

2.3 Menonjolkan nilai-nilai murni dalam Islam melalui tingkah laku serta
keperibadian mulia saudara muslim kepada masyarakat tempatan.

2.4 Memperkasakan lagi gerak kerja dakwah secara lebih bersepadu


antara institusi-institusi dakwah setempat dengan jalinan kerjasama
yang dilakukan.

3.0 RASIONAL PROGRAM

3.1 Merupakan satu-satunya program Dakwah Bil Hal di perkampungan


Orang Asli yang dijalankan oleh kumpulan pendakwah yang terdiri
daripada Orang Asli sendiri.
3.2 Keberkesanan program yang dijalankan oleh Orang Asli sendiri lebih
besar berbanding program yang dijalankan oleh kaum lain.
3.3 Peluang dan praktikal dakwah secara terbuka kepada masyarakat
Orang Asli.

2
4.0 MODUL PROGRAM
4.1 Latihan dalam kumpulan (LDK).
4.2 Riadah, permainan dan sukaneka.
4.3 Ziarah keluarga Muslim dan Non-Muslim.
4.4 Ramah mesra bersama Batin dan masyarakat KOA Sg. Pergam.
4.5 Penyampaian sumbangan, cabutan bertuah dan jamuan Hari Raya
Aidilfitri.

5.0 CADANGAN PROGRAM

5.1 Tarikh Cadangan : 2 Julai 2019 – 3 Julai 2019

5.2 Hari : Selasa & Rabu

5.3 Tempat : KOA Sg. Pergam, Kemaman, Terengganu.

5.4 Peserta & Tetamu : Pengurusan PETAMA - 7 Orang

Penggerak JAKIM - 1 Orang

Pegawai MAIDAM - 7 Orang

Pelajar PETAMA - 63 Orang

Penduduk kampung - 500 Orang

6.0 JUSTIFIKASI PEMILIHAN TEMPAT

6.1 Memperkenalkan keberadaan PETAMA kepada masyarakat KOA di


Terengganu.

6.2 Membina keyakinan dan minat kepada masyarakat KOA, untuk lebih
ramai lagi belajar di PETAMA.

6.3 Mengaplikasi teori dakwah di lapangan yang berbeza serta


mendedahkan kepada pelajar PETAMA pengalaman yang baru.

6.4 Membina hubungan dua hala yang lebih akrab antara PETAMA,
Yayasan Pahang dan MAIDAM.

3
7.0 ATURCARA PROGRAM

02 /07/2019 ( SELASA )
10.30 AM - Bergerak Ke Lokasi
11.15 AM - Dijangka Tiba Ke Destinasi
11.30 AM - Taklimat Program dan Ice Breaking
12.30 AM - Makan Tengahari
1.30 PM - Solat Zohor Berjemaah
02.30 PM - Ziarah Santai dan Mengedarkan Hamper Kepada
Penduduk Kampung
04.30 PM - Solat Asar Berjemaah
05.00 PM - Sukaneka dan Rewang Membakar Lemang
07.00 PM - Solat Maghrib Berjemaah , Kulliah Maghrib
dan Makan Malam
08.40 PM - Solat Isyak Berjemaah
11.30 PM - Istirehat

03/ 07/ 2019 ( RABU )


05.45 AM - Solat Subuh Berjemaah
08.00 AM - Minum Pagi
09.00 PM - Persediaan Tempat Sambutan Aidilfitri
11.00 PM - Majlis Bermula
11.15 PM - Ketibaan Tetamu Jemputan dan VIP
11.30 Pm - Bacaan Al-Quran
- Ucapan MAIDAM
- Ucapan UCYP
- Penyampaian Hadiah dan Sumbangan Duit Raya
- Cenderahati
- Doa Penutup
- Jamuan Aidilfitri
01.30 - Solat Zohor Berjemaah
02.00 - Gotong Royong Membersih Kawasan
03.00 - Pulang Ke Petama

4
8.0 IMPLIKASI KEWANGAN
- Rujuk Lampiran A

9.0 JAWATANKUASA INDUK PROGRAM


- Rujuk Lampiran B

10.0 PENUTUP
Semoga program ini berjaya direalisasikan dan dapat memupuk semangat
persaudaraan dan memantapkan amalan kerohanian dikalangan peserta program
dan masyarakat setempat.

Anda mungkin juga menyukai