Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

KURSUS PRA PERKAHWINAN GURU PELATIH IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
TAHUN 2018
____________________________________________________________________________

1.0 TUJUAN

Tujuan kertas kerja ini dikemukakan adalah untuk mendapatkan kelulusan peruntukan
dan kelulusan program ini daripada IPG Kampus Sultan Abdul Halim bagi melaksanakan
kursus pra perkahwinan guru pelatih IPG Kampus Sultan Abdul Halim tahun 2016.

2.0 LATAR BELAKANG

Kebahagiaan yang dikecapi oleh manusia yang terbit dari hati nurani tidak dapat diluahkan
jika dia hidup bersendirian tetapi harus dikongsi bersama pasangan masing-masing yang
hak mengikut lunas-lunas peraturan tertentu. Justeru itu, Allah menjadikan makhluk-
makhlukNya khususnya insan ini, fitrahnya suka kepada ketenangan atau sakinah dengan
kehidupan berkeluarga. Hidup berkeluarga pada dasarnya lebih berkat, tenteram dan
teratur berbanding hidup berseorangan, membujang atau menyendiri. Hubungan suci
antara lelaki dan perempuan melalui ikatan perkahwinan menggambarkan corak
kehidupan sempurna yang diredhai Allah S.W.T dan dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W.
Firman Allah S.W.T “Dan antara tanda kebesaran Allah ialah Dia menciptakan untukmu
isteri-isteri daripada jenismu sendiri agar kamu cenderung kepadanya dan berasa tenang
dan tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan antara kamu perasaan kasih saying.
Sesungguhnya pada perkara tersebut terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”.
Hadis riwayat al-Baihaqi r.a. daripada Rasulullah S.A.W. berkata “Apabila telah berkahwin
seseorang hamba itu, maka dia telah memenuhi separuh agamanya. Maka bertakwalah
dia kepada Allah pada separuh (yang belum disempurnakan) lagi”.

Sehubungan itu, Syarikat Hasani Sungai Petani dengan kerjasama Badan


Dakwah dan Surau IPG Kampus Sultan Abdul Halim telah mengambil langkah inisiatif
untuk mengadakan kursus ini bagi menerapkan penghayatan Islam dalam kalangan guru
pelatih mengenai perkahwinan sebagai persediaan dalam melayari alam bahtera kelak.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memberi pendedahan awal dan memantapkan peranan dan tanggungjawab


sebagai individu muslim untuk membuat persediaan dalam perkahwinan.

3.2 Memantapkan ilmu mengenai persediaan sebelum, semasa dan selepas dalam
membina baitul muslim.

3.3 Sebagai pemudah cara kepada persediaan awal dalam mendirikan rumah tangga
kelak.
1
3.4 Dapat menghayati sebuah institusi baitul muslim yang diredhai Allah dalam
melahirkan keluarga yang sakinah dan mawaddah wa rahmah.

4.0 ANJURAN

4.1 Syarikat Hasani Sg. Petani dengan kerjasama Badan Dakwah dan Surau IPG
Kampus Sultan Abdul Halim

5.0 KUMPULAN SASARAN

5.1 Semua guru pelatih muslim IPG Kampus Sultan Abdul Halim.

6.0 BUTIRAN PROGRAM

6.1 Tarikh :

6.2 Masa :

6.3 Tempat :

7.0 SUMBER KEWANGAN

7.1 Peruntukan IPG Kampus Sultan Abdul Halim

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

8.1 Seperti dalam Lampiran A

9.0 JADUAL TENTATIF PROGRAM

9.1 Seperti dalam Lampiran B

2
10.0 PENUTUP

Semoga segala usaha murni yang dirancang untuk melahirkan insan pendidik unggul
yang mengamalkan ajaran Islam mendapat keberkatan daripada ALLAH S.W.T. Mudah-
mudahan program yang dirancang mampu mencapai objektif yang ditetapkan dan dalam
masa yang sama dapat membantu merealisasikan visi dan misi IPG Kampus Sultan Abdul
Halim. Kami merancang, Allah jualah yang menentukan. Diharapkan agar program ini,
mendapat pertimbangan yang sewajarnya dan mendapat kerjasama jitu dari semua pihak
yang terlibat.

Kerjasama dan pertimbangan pihak tuan didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

___________________ _____________________________
(MOHD AIMAN BIN MOHD ZAHIR) ( DR. JAZMI BIN MD ISA )
Setiausaha, Ketua Penasihat,
Badan Dakwah dan Surau, Badan Dakwah dan Surau,
IPG Kampus Sultan Abdul Halim, IPG Kampus Sultan Abdul Halim,
08000 Sungai Petani, Kedah. 08000 Sungai Petani, Kedah.

Tarikh : Tarikh :

3
LAMPIRAN B

TENTATIF KURSUS PRA PERKAHWINAN

TARIKH/ HARI MASA TAJUK

2:30 petang – 3:00 petang Pendaftaran/ Taklimat kursus

Jumaat 3:00 petang – 4:00 petang Ibadah/ Akidah

15 April 2016 4:00 petang – 5:00 petang Perkahwinan & Prosedur

8:00 pagi – 10:00 pagi Komunikasi Suami Isteri /


Hubungan Dalam Keluarga
Sabtu
10:00 pagi – 10:30 pagi Rehat
16 April 2016
10:30 pagi – 1:00 tgh Pengurusan Kesihatan /
Pengurusan Stress & Konflik

1:00 tgh – 2:00 petang Rehat

2:00 petang – 3:00 petang Akhlak / Pengurusan Sumber


Keluarga

3:00 petang – 4:00 petang Pembubaran Perkahwinan /


Pengurusan Talak &
Perkhidmatan Rundingcara di
Jabatan Agama Islam

4:00 petang – 5:00 petang Majlis Penutup & Doa

Anda mungkin juga menyukai