Anda di halaman 1dari 20

Isi kandungan

1. PENGHARGAAN ................................................................................................................................... 2
2. PENDAHULUAN ................................................................................................................................... 3
2.1 KONSEP PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK ....................................................................... 3
2.2 PRINSIP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK .................................................................................... 4
3. FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK .................................................. 6
4.KAJIAN MENGENAI PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK ............................................................ 8
4.1 PERBINCANGAN KAJIAN ................................................................................................................ 9
4.2 IMPLIKASI KEPADA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KELAS .................................... 11
5. RUMUSAN DAN CADANGAN ............................................................................................................. 12
6. REFLEKSI ............................................................................................................................................ 15
7. BIBLIOGRAFI ...................................................................................................................................... 17
8.LAMPIRAN .......................................................................................................................................... 19

1
1. PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t. Bersyukur kehadrat llahi kerana dengan limpah kurniaNya


dapat juga saya menyiapkan tugasan yang telah diusahakan selama ini yang bertajuk
“Perkembangan Awal Kanak-Kanank (Perkembangan Fizikal)”.

Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada individu penting yang banyak membantu
saya sepanjang menyiapkan tugasan ini. Pertama sekali, pensyarah bagi kursus
Perkembangan Kanak-kanak Puan Intan Zalinda binti Ahmad Zaini kerana beliau telah
banyak memberikan bimbingan dan nasihat yang amat berguna untuk saya menyiapkan
tugasan ini dengan baik. Seterusnya, terima kasih juga kepada ibu bapa saya kerana
memberikan sokongan dan dorongan kepada saya sepanjang tugasan ini disiapkan. Terima
kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan kerana memberikan saya bantuan dari segi
kewangan. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas
pulas dalam menyempurnakan projek masing-masing. Bantuan kalian dari segi informasi
terkini mengenai tugasan amat saya hargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa
untuk memberikan saya maklumat tidak akan saya lupakan.

Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya secara
langsung atau tidak langsung sepanjang tugasan saya dijalankan dan dibentangkan.

2
2. PENDAHULUAN

2.1 KONSEP PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK

Perkembangan fizikal ialah perkembangan motor yang merangkumi kemahiran-


kemahiran koordinasi otot untuk menjalankan aktiviti-aktiviti fizikal. Contohnya ialah seperti
berjalan, berlari, memanipulasi objek, duduk, melompat dan sebagainya.. Mengikut
Woofolk& Margetts (2007), perkembangan fizikal adalah merujuk kepada perubahan saiz
fizikal, kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggota-anggota badan dan
perawakan manusia.

Selain itu, perubahan dari segi ketinggian, berat badan, menjadi lebih kuat dan dapat
melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang lebih kompleks yang lain adalah antara
perubahan yang akan dilalui oleh kanak-kanak semasa berlakunya proses perkembangan.
Perkembangan fizikal ialah perkembangan motor yang merangkumi kemahiran-kemahiran
koordinasi otot untuk menjalankan aktiviti-aktiviti fizikal. DI samping itu, perkembangan
fizikal juga merangkumi perkembangan sensori, khasnya penglihatan dan pendengaran.

Pada peringkat kanak-kanak, proses perkembangan fizikal adalah lebih stabil dan
tidak begitu pesat. Perkembangan yang berlaku adalah lebih memfokuskan kepada
penambahbaikkan kemahiran-kemahiran psikomotor yang sedia ada. Menurut kajian Pada
peringkat umur 6 hingga 8 tahun iaitu ketika pertengahan kanak-kanak, dapat dilihat
beberapa perkembangan fizikal berlaku iaitu ketinggian dan berat badan meningkat secara
perlahan hinggalah keperingkat remaja. Gigi susu juga perlahan-lahan diganti dengan gigi
kekal dan penulisan kanak-kanak ketika ini menjadi lebih kecil dan baik. Pada ketika ini juga,
kanak-kanak mampu menghasilkan lukisan yang diorganisasi secara terperinci dan dalam
permainan pula, mereka akan menambah permainan yang mengikut peraturan dengan
aktiviti-aktiviti yang lebih kasar.

Di samping itu, umur 9 hingga 11 tahun adalah perkembangan fizikal akhir kanak-
kanak berlaku. Pada peringkat ini kemahiran motor seperti berlari dan sevaginya diuruskan
dengan lebih cepat dan dikoordinasi dengan lebih baik. Selain itu, masa tindak balas
bertambah baik dan Kemahiran dalam penulisan juga semakin berkembang. Peralihan akhir

3
kanak-kanak kepada awal remaja adalah didahului oleh individu perempuan 2 tahun lebih
awal.

Ketika berumur 11 hingga 14 tahun iaitu zaman awal remaja, turut berlaku
perkembangan dan diantara perkembangan yang ketara ialah melibatkan organ seks.
Kebiasaannya, remaja perempuan akan mengalami kematangan lebih awal berbanding
lelaki. . Remaja perempuan mula keluar haid dan mencapai klimaks kepada pertumbuhan
badan. Bagi remaja lelaki, pada ketika inilah pertumbuhan mula memuncak dan kesedaran
orientasi seksual mula wujud.

Akhir sekali proses perkembangan kanak-kanak berlaku dengan berperingkat. Dari


bayi sehinggalah akhir hayat. Perkembangan motor yang berlaku setiap individu adalah
tidak sama kadarnya. Ia bergantung kepada factor yang mempengaruhi perkembangannya.
Jika diteliti, perkembangan pada peringkat bayi adalah berkaitan dengan pergerakkan otot-
otot kecil sehinggalah ke otot utama. Dan perubahan yang berlaku adalah dari umum
kepada khusus. Konsep-konsep ini merupakan konsep perkembangan yang berlaku kepada
setiap individu di dunia ini.

2.2 PRINSIP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Hasil daripada kajian Haliza Hamzah dan Joy. N. Samuel dalam buku mereka,
Perkembangan Kanak-kanak mendapati bahawa terdapat empat prinsip asas dalam
perkembangan kanak-kanak.

Prinsip pertama, ialah prinsip asas iaitu perkembangan bermula daripada kepala dan
beransur ke kaki. Oleh hal demikian, saiz kepala seorang bayi akan berkembang dahulu dan
diikuti dengan perkembangan lain seperti badan, kaki dan tangan. Ini bermaksud, seorang
kanak-kanak dapat mengawal pergerakkan kepalanya dahulu kemudian diikuti dengan
pergerakkan anggota lain. Dalam tempoh dua bulan selepas kelahiran, seorang bayi itu
dapat mengawal pergerakkan kepala dan ekspresi muka. Dan dalam masa beberapa bulan
selepas itu, bayi boleh meniarap dan mengawal lengan seterusnya dapat mengawal
kakinya.

4
Prinsip kedua dalam perkembangan kanak-kanak ialah arah perkembangan berlaku
daripada tengah badan dan berterusan ke luar. Ianya bermula pada tulang belakang dan
menuju ke arah luar badan. Pada peringkat pre natal, jantung dan organ-organ terbentuk
dahulu sebelum kaki dan tangan. Otot halus, pada jari tangan dan kaki merupakan bahagian
akhir perkembangan fizikal badan. Bayi akan gagal memegang objek pada permulaanya ini
kerana otot tangan masih belum berkembang. Dan selepas beberapa bulan otot tangan
sudah berkembang dan membolehkan bayi memegang objek dengan tangannya.

Seterusnya ialah, kebolehan bayi bertambah jelas dan spesifik. Bayi jika terhantuk dia
akan menangis dan masih belum boleh tunjuk tempat sakit itu. Tetapi selepas beberapa
bulan jika perkara sama yang berlaku bayi boleh tunjuk di mana tempat sakit itu dan boleh
menuturkannya. Dan aspek terakhir ialah, berkembang pada tahap yang berbeza. Sebagai
contoh, kaki dan tangan mencapai perkembangan maksimum semasa remaja. Tetapi bahu
mengambil masa yang lebih lama.

Justeru, perkembangan fizikal yang berlaku tidaklah secara berterabur dan membuta
tuli. Ada prinsip dan langkah yang telah ditetapkan sebagai fitrah kita manusia.

5
3. FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

1. Pengaruh Baka

Umum menyedari bahawa baka atau keturunan memberikan pengaruh yang besar
dalam proses pertumbuhan dan perkembangan individu. Antara pengaruh yang sangat
ketara ialah sifat fizikal seseorang seperti saiz badan, warna mata, warna rambut, warna
kulit, jenis darah dan penyakit. Ciri-ciri fizikal yang sangat jelas menampakkan pengaruh
baka boleh dilihat pada warna kulit. Secara umumnya kanak-kanak berketurunan Melayu
mempunyai kulit sawo matang, keturunan Cina pula berkulit cerah dan India berkulit gelap..
Apa yang sangat menarik ialah apabila berlaku perkahwinan campur. Contohnya antara
keturunan Cina dan India. Disebabkan percampuran kromosom ibu dan bapa, anak yang
dilahirkan berkulit sawo matang, bermata sepet dan mempunyai wajah iras-iras Cina dan
India.

Selain daripada ciri fizikal dan penyakit, sahsiah juga boleh menerima kesan
daripada baka. Contohnya sifat introvert atau ekstrovert yang ada pada pembawa gen iaitu
ibu atau bapa akan diwarisi oleh anak-anaknya. Begitu juga dengan kecerdasan seseorang.
Ketika lahir, bayi tidak sahaja mewarisi bentuk fizikal induknya, bahkan turut mewarisi
kelenjar-kelenjar rasa, otak dan struktur lain yang penting dalam pembentukan kederdasan
seseorang.

Jelaslah di sini bahawa baka turut memberi kesan kepada faktor pertumbuhan dan
perkembangan seseorang individu. Namun baka hanya dominan dalam mempengaruhi
pertumbuhan. Faktor yang kedua yang sangat kuat mempengaruhi pertumbuhan dan
perkembangan individu ialah faktor persekitaran atau ‘nuture’.

2. Pengaruh Persekitaran

Selain daripada baka, terdapat satu lagi pengaruh yang sangat dominan dalam
mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan individu. pengaruh tersebut ialah pengaruh
persekitaran atau ‘nuture’. Menurut Amram Schienfeld dalam Ee Ah Meng (1993),
persekitaran merujuk kepada luaran seseorang individu dan faktor bakanya bermula dari
peringkat persenyawaan. Persekitaran merujuk kepada suasana di sekeliling individu yang
meliputi kawasan tempat tinggal, sosioekonomi, sosiobudaya, pergaulan, pendidikan,
pemakanan, alam sekitar, rakan sebaya, media massa dan sebagainya. Suasana ini dialami
setiap hari dari semasa ke semasa. Justeru sudah pastilah persekitaran memberi pengaruh
yang sangat besar kepada pertumbuhan dan perkembangan individu.

6
3. Pengaruh Pemakanan

Pemakanan merupakan antara pengaruh persekiratan yang memberi kesan


besar terhadap pertumbuhan dan perkembangan individu. Pemakanan di sini merujuk
kepada pemakanan yang diambil oleh bakal ibu, ibu hamil, bayi dan peringkat seterusnya.

Elizabeth Fenwich dalam bukunya The Comlplete Book Of Mother & Baby
Care, menyenaraikan beberapa keperluan zat makanan yang mesti diambil oleh ibu hamil
dalam memastikan bayi dalam kandungan membesar dengan sempurna. Antara keperluan
yang mesti dipatuhi ialah kalsium seperti roti putih, keju dan susu tanpa lemak. Kalsium
sangat penting bukan sahaja kepada ibu, malah penting dalam pembentukan tulang dan gigi
bayi semasa minggu kelapan kehamilan. Pengambilan vitamin C seperti sayur-sayuran
hijau, buah-buahan, tomato dan ubi kentang pula penting dalam membantu membina
plasenta yang kuat di samping mencegah penyakit.

4. Cara Didikan dan Asuhan

Cara seseorang individu itu dididik dan disauh juga merupakan elemen penting yang
mempengruhi pertumbuhan dan perkembangannya. Didikan awal yang diterima oleh
seseorang kanak-kanak akan mempengaruhi tingah laku dan perkembangannya. Imam Al
Ghazali, seorang tokoh pemikir dan sarjana Islam yang terkenal sangat menitik beratkan
pendidikan awal kanak-kanak. Beliau nenegaskan kanak-kanak perlu dididik sejak dilahirkan
dengan nilai-nilai dan akhlak yang mulia. Melah beliau meletakkan syarat penjaga yang
menjaga bayi hendaklah mempunyai akhlak mulia. Antara anjuran yang dikemukakan oleh
Imam Al Ghazali dalam proses pendidikan kanak-kanak ialah menjauhi daripada rakan-
rakan yang jahat untuk mengelakkan daripada terpengaruh, bersukan bagi menguatkan
otot, tubuh badan dan menambah kecerdasan serta menyediakan peluang berehat selepas
belajar.

Berdasarkan fakta yang dinyatakan di atas, jelaslah bahawa pertumbuhan dan


perkembangan individu dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. Namun begitu faktor
persekitaran lebih banyak memberi pengaruh kepada pertumbuhan dan perkembangan
berbanding baka. Seseorang kanak-kanak yang diberi perhatian serta membesar dalam
persekitaran yang penuh dengan rangsangan akan membesar dan berkembang ke arah
yang sempurna. Memang benar faktor baka memberikan kesan dalam menentukan
pertumbuhan, namun keadaan sekeliling tempat seseorang itu membesar menjadi faktor
penentu kepada perkembangannya.

7
4.KAJIAN MENGENAI PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK

Dalam menjalankan kajian ini, saya selaku penyelidik akan mengkaji perkembangan
fizikal kanak-kanak. Antara aspek yang akan saya kaji ialah tinggi, berat dan saiz badan.

Berikut adalah langkah yang telah saya jalankan :

1. Untuk mengukur ketinggian responden, saya telah menggunakan pita pengukur


untuk mendapatkan ketinggian responden dengan tepat. Saya juga menggunakan
seorang pembantu untuk memudahkan kerja mengukur dan mencatat.
2. Dalam mengkaji aspek kedua iaitu berat, saya telah menggunakan alat seperti
penimbang dan papan catatan. Untuk langkah ini juga saya turut menggunakan
seorang pembantu bagi melancarkan kerja-kerja pengumpulan maklumat.
3. Bagi saiz badan pula, saya tidak menggunakan alat-alat pengukur. Saya hanya
menggunakan beberapa helai baju yang berbagai saiz. Selepas itu, saya meminta
responden memakai mana-mana baju tersebut yang sesuai dengan saiz badan
mereka bagi mendapatkan ukursan saiz badan mereka.

Kesemua langkah di atas telah saya aplikasikan dalam kajian ini untuk mengumpul
maklumat dengan tepat dan mudah. Dalam proses pengumpulan maklumat ini telah
saya gunakan kaedah lihat,dengar, catat seperti dalam langkah pertama dan kedua.
Manakala, bagi langkah ke tiga kaedah cuba dan salah telah saya gunakan untuk
mendapatkan maklumat bagi menjalankan kajian ini.

8
4.1 PERBINCANGAN KAJIAN

BIODATA RESPONDEN

Responden A Responden B

Nama : Mohd Ridzuan bin Roslan Nama : Hafiz bin Ramli


Jantina : lelaki Jantina : lelaki
Umur : 7 tahun Umur : 12 tahun

Ukuran fizikal Ukuran fizikal


Tinggi : 120 cm Tinggi : 150 cm
Berat : 23 kg Berat : 52 kg
Saiz badan : s Saiz badan : L

Latar belakang Latar belakang


-tinggal bersama ibu bapa dan juga nenek di -tinggal bersama ibu bapa dan orang gaji
dalam sebuah rumah. dalam sebuah rumah
-5 orang adik beradik -anak tunggal
-kehidupan yang sederhana dari segi -hidup dengan penuh kemewahan
kewangan -pemidato
-seorang atlet badminton -ayah seorang ahli politik dan ibu bekerja
-ayah bekerja sebagai petani dan ibu sebagai guru
sebagai suri rumah

Perbincangan kajian.

Maklumat di atas, menunjukkan maklumat tentang responden kajian iaitu r Ridzuan


dan Hafiz. Kedua mereka dating dari latar belakang yang agak ketara. Daripada maklumat
yang diberikan jelaslah terdapat perbezaan dari segi fizikal mereka oleh kerana beberapa
faktor yang mempengaruhi iaitu faktor baka dan persekitaran.

Perkembangan fizikal responden kajian seperti berat badan, ketinggian, lilitan


kepala, lilitan lengan dan lilitan pinggang akan meningkat mengikut umur dan mempunyai
purata yang tertentu. Keadaan ini bertepatan dengan pendapat yang dikemukakan oleh

9
San trock (2008), menyatakan bahawa perkembangan sebagai perubahan dalam corak
biologi, kognitif dan sesioekonomi individu yang bermula daripada peringkat percambahan
sehingga ke akhir hayat. Perkembangan yang berlaku kepada Ridzuan dan Hafiz adalah
berbez oleh kerana dipengaruhi beberapa factor seperti umur, baka dan lain-lain.

Dari segi ketinggian jelaslah bahawa Hafiz lebih tinggi dari Ridzuan. Ridzuan
mempunyai 120 cm ketinggian dan tinggi hafiz ialah 150 cm. terdapat 30 cm perbezaan
antara mereka. Ini jelaslah menunjukkan bahawa kanak-kanak yang berusian 12 tahun lebih
tinggi dari 7 tahun. Ini bertepatan dengan teori yang dikeluarkan oleh Haliza Hamzah & Joy
N. Samuel (2008),iaitu perubahan terhadap saiz badan akan berlaku bermula satu atau dua
tahun sebelum mencapai akil baligh. Ia juga dipengaruhi faktor baka dan genetik. Ini
bermakna Hafiz berasal dari keluarga yang ahlinya tinggi dari yang biasa. Manakala ridzuan
pula dating dari keluarga yang kurang tinggi.

Dari segi berat badan pula Ridzuan lebih ringan berbanding Hafiz. Hafiz mempunyai
berat 52 kg manakala Ridzuan pula 23 kg. terdapat 29 kg perbezaan antara mereka. Ini
sedikit bercanggah dengan fakta di dalam buku yang mengatakan bahawa pada usia 10
hingga 12 tahun kanak-kanak akan menjadi kurus kerana proses perkembangan yang
berlaku. Walaubagaimanapun jika dilihat kepada berat Hafiz , dia mempunyai badan yang
gemuk. Ini bertepatan dengan pendapat Robert Havighurst yang mengatakan
perkembangan kanak-kanak amat dipengaruhi oleh persekitarannya. Institusi keluarga amat
mempengaruhi personaliti kanak-kanak. Jika dilihat persekitaran antara mereka berdua hafiz
lebih pasif berbanding Ridzuan.Ridzuan adalah dari keluarga yang susah. Dan jika dilihat
biodatanya, dia adalah seorang yang banyak menggunakan tenaga berbanding Hafiz.
Antara faktor yang mempengaruhi berat badan hafiz ialah bilangan adik beradiknya, bidang
yang diceburinya, dan factor kemewahan hidup. Selain itu, faktor pemakanan juga akan
mempengaruhi tumbesaran fizikal tubuh badan seperti makanan yang bernutrisi mampu
membantu manusia mencapai tahap maksimum pertumbuhan. Di samping itu, factor genetic
juga turut memainkan peranan dalam perkembangan berat badan ini.

Selepas itu, perkembangan saiz badan juga berbeza. Ini kerana setiap individu akan
menghadapi proses perkembangan yang berlainan. Menurut teori kematangan (ARNOLL
GESSELL) Pekembangan juga adalah berbeza antara seseorang individu dengan individu

10
yang lain. Perbezaan yang agak ketara antara Ridzuan dan Hafiz. Saiz badan Ridzuan ialah
s manakala hafiz pula L. Walau bagaimanapun, faktor pemakanan memainkan peranan
penting dalam menentukan saiz badan kanak-kanak. Kanak-kanak yang mengambil
makanan yang mempunyai banyak lemak dan karbohidrat berkemungkinan besar untuk
menjadi obesiti dan gemuk. Sebaliknya, kanak-kanak yang menjaga pemakanan mereka
dengan mengamalkan makanan seimbang akan menjadikan saiz badan mereka ideal.
Selain itu factor baka dan persekitaran juga memainkan peranan penting dalam hal ini.

4.2 IMPLIKASI KEPADA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KELAS

Merujuk semula kepada responden kajian, kedua mereka berumur dalam linkungan
7 hingga 12 tahun. Pada peringkat ini mereka bolehlah diajar bermain alat-alat muzik dan
aktiviti seperti melukis. Ini bertujuan untuk melatih otot-otot kasar dan halus agar lebih cekap
dan pantas. Selain itu mereka juga perlu dilibatkan dengan aktivit yang menggunakan
tenaga yang lebih seperti berenang, dan gimnastik untuk menguatkan otot yang sedang
berkembang dan menguatkan daya tahan serta membina otot yang cekap dan kuat.

Di samping itu, aktiviti lasak seperti bola sepak bagi lelaki dan bola jarring bagi perempuan
juga perlu diterapkan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Selain itu,
aktiviti senaman dan pemakanan yang sihat perlu diamalkan oleh setiap individu. Ini kerana,
perbezaan saiz, berat badan dengan rakan sebaya boleh menimbulkan masalah sosial.

11
5. RUMUSAN DAN CADANGAN

Sebagai seorang bakal guru, antara usaha yang boleh dilakukan untuk membentuk
perkembangan yang sihat dalam perkembangan anak-anak adalah melalui pendidikan.
Salah satu caranya ialah, guru perlu melaksanakan aktiviti-aktiviti yang banyak menguji
ketangkasan otot. Contohnya , seperti aktiviti menulis dengan laju dan kemas. Aktiviti ini
dilaksanakan beberapa minit sebelum proses pengajaran dan pembelajaran bermula. Ia
bertujuan untuk melatih otot-otot halis di tangan untuk bertindak dengan lebih cekap. Antara
hasil yang akan diperoleh ialah, tulisan murid akan bertambah cantik dan laju kerana otot
halus mereka makin cekap digunkan. Masalah tulisan buruk juga dapat diatasi di kalangan
pelajar sekolah rendah. Aktiviti ini juga dapat mnyelaraskan koordinasi otot dan akal.
Kesannya, dari sekolah rendah lagi murid sudah menguasai skil penulisan dengan baik.

Dalam membentuk perkembangan yang sihat untuk kanak-kanak, keluarga


merupakan pihak yang mempunyai peranan yang paling penting khususnya ibu bapa. Ini
kerana keluarga lah yang banyak mempengaruhi segala faktor yang berkaitan dengan
perkembangan mereka. Seperti contoh keluarga berkait rapat dengan faktor pemakanan
anak-anak, fakotr asuhan dan juga faktor persekitaran. Jadi bagi ibu bapa, saya ingin
mencadangkan satu kaedah yang telah saya cipta dan kaji iaitu disebut sebagai kaedah
“kehidupan sunnah”. Seperti yang telah diketahui, umat islam mempunyai satu pegangan
dan kepercayaan terhadap seorang nabi iaitu nabi Muhammad SAW. Telah saya kaji riwayat
hidupnya tiada satu kecacatan pun yang boleh saya kongsikan. Jadi bagi kaedah ini ibu
bapa perlu memainkan peranan yang amat penting.

Kaedah ini dilaksanakan dengan cara yang mudah iaitu dengan meniru cara hidup
nabi Muhammad SAW dari segi pemakanan, hobi, dan sebagainya. Telah saya kaji bahawa
pemakanan sunnah ialah paling berkhasiat. Contohnya seperti madu, susu kambing, kurma
dan sebagainya. Makanan-makanan ini sangat membantu dalam proses perkembangan
kanak-kanak. Ini kerana, aspek pemakanan juga mestilah dititikberatkan untuk membantu
perkembangan kanak-kanak yang sihat. Makanan yang bergizi dan seimbang hendaklah
disediakan untuk anak-anak dalam membantu pertumbuhan dan perkembangan anak-
anak. Makanan yang sihat juga mampu melindungi seseorang individu daripada serangan
penyakit. Ibu bapa juga harus mengawasi pengambilan makanan segera atau makanan
ringan anak-anak. Hal ini kerana, kajian menunjukkan anak-anak yang didedahkan dengan

12
makanan ringan atau makanan segera semasa kecil akan mempunyai potensi berhadapan
risiko penyakit-penyakit berbahaya seperti darah tinggi, diabetes dan masalah obesiti.

Pihak sekolah juga boleh melakukan program “seminggu sekotak susu”. Susu amat
penting dalam perkembangan kanak-kanak khususnya fizikal. Bagi merealisasikan
cadangan ini belanja perlu dikira denga betul agar tidak berlaku pembaziran. Program ini
dilaksanakan dengan pihak sekolah memberikan susu kepada semua murid dengan kuantiti
seorang sekotak setiap minggu. Ini secara tidak langsung dapat menyumbangkan ke arah
perkembangan yang maksima dan stabil.

Permainan seperti berkuda dan memanah yang diamalkan nabi Muhammad SAW
juga ialah antara aktiviti yang sangat bagus dalam membentuk koordinasi otot halus dan
kasar. Ibu bapa perlu memastikan segala pemakanan dan aktiviti yang dilakukan anak-anak
mereka adalah bercontohkan kepada Nabi Muhammad SAW. Kaeda “kehidupan sunnah” ini
sememangnya dapat membantu proses perkembangan mereka.

Selain itu, kanak-kanak perlu didedahkan dengan persekitaran masyarakat yang


sihat. Justeru itu, masyarakat sewajarnya membendung gejala-gejala yang tidak bermoral
untuk memastikan persekitaran kanak-kanak menjadi lebih selamat dan dapat melalui
perkembangan yang sihat. Bagi mendapatkan perkembangan yang sihat kepada kanak-
kanak, ibu bapa atau pun guru seharusnya memerhatikan dan mengawasi rakan kanak-
kanak. Hal ini kerana, rakan sebaya mempengaruhi kehidupan mereka (Rohana
Yusof,1996) Tingkah laku yang tidak baik ini menurut Edwin Sutherland adalah dipelajari
dan diajar. Oleh itu, sekiranya kanak-kanak tersebut bergaul dengan rakan-rakan yang
mempunyai tingkah laku yang tidak baik, mereka akan cenderung untuk melakukannya juga.
Ini akan membantutkan proses perkembangan fizikal kanak-kanak.

Sebagai seorang bakal guru juga ingin saya cadangkan di sini, agar menghidupkan
suasana kelas agar menjadi ceria. Persekitaran kelas yang pasif sangat bahaya kepada
perkembangan fizikal mereka. Ini kerana satu pertiga dari masa mereka dihabiskan
disekolah. Guru perlu melaksanakan aktivit seperti bermain alat muzik, melukis dan juga
boleh dilibatkan dengan aktiviti senaman. Ini penting dalam mengkoordinasi perkembangan

13
otot mereka. Otot yang pasif akan melambatkan proses perkembangan fizikal dan juga
mental. Jadi guru sangat berperanan dalam memastikan perkembangan yang maksima
berlaku kepada murid mereka. Aktivit-aktiviti yang menguji motor halus dan kasar ini perlu
dilaksanakan ke atas semua murid agar tahap perkembangan mereka dapat dikesan. Dan
dapat melakukan penambah baikkan ke atas mereka.

Kesimpulannya, keluarga khususnya ibu bapa dan juga guru merupakan pihak yang
penting dalam membentuk perkembangan kanak- kanak agar mereka dapat menjalani
kehidupan yang stabil dan sempurna. Semua pihak perlu memainkan peranan dalam
membentuk dan mendidik kanak-kanak agar mereka dapat menyumbang kepada Negara
suatu hari nanti.

14
6. REFLEKSI

Saya berasa bersyukur kerana mampu menyiapkan kerja kursus ini dalam masa
yang ditentukan. Sebelum memulakan kerja kursus ini, saya kurang faham kehendak soalan
tugasan ini. Manakala dengan penerangan jelas yang telah disampaikan oleh pensyarah
saya, iaitu Puan Intan Zalinda Binti Ahmad Zaini , saya telah mendapati bahawa apa yang
perlu saya menjalankan dalam tugasan ini. Dengan kesempatan ini, saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya atas penjelasan beliau tentang
kerja kursus ini.

Tugasan yang diterima ialah Perkembangan Fizikal Kanak-kanak. Dan ini


merupakan tugasan yang tidak akan saya lupakan kerana ia sangat mencabar kesabaran
saya. Walaupun tugasan ini adalah tugasan secara individu tetapi kerjasama daripada
semua rakan sekelas amat penting dan amat saya hargai. Dengan ini, hubungan antara
kelas juga bertambah erat dan harmoni. Selain itu, pensyarah saya, iaitu Puan Intan Zalinda
Binti Ahmad Zaini telah menerangkan langkah-langkah dan proses-proses untuk
menghasilkan tugasan ini secara ringkas dan tidak formal kepada kami. Disebabkan ini
adalah tugasan individu saya mula merasa risau kerana kualiti tugasan itu akan ditentukan
oleh diri saya sendiri. Justeru, saya berasa bersyukur kerana masih boleh berbincang
dengan rakan sekelas dan mengamalkan amalan saling menolong.

Selain itu, saya juga susah untuk mendapatkan maklumat dari sumber yang kuat
hujahnya seperti buku-buku ilmiah, journal dan lain-lain. Ini kerana pusat sumber di institu
pengajian ini kurang sumber-sumber berkenaan terutama berkaitan dengan tajuk tugasan
saya. Saya mengatasinya dengan keluar mencari perpustakaan awam, pergi ke kedai buku
untuk mendapatkan buku yang mengandungi maklumat berkaitan dengan tajuk tugasan
yang diberi. Saya juga turut meminta pandangan pakar dari pensyarah-pensyarah di institu
pengajian guru ini.

Walaubagimanapun, tugasan ini memberi banyak ilmu baru. Melalu tugasan ini
pengetahuan saya tentang segala yang berkaitan dengan perkembangan fizikal kanak-
kanak makin meluas. Saya dapat mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi
perkembangan serta dapat mengetahui bagaimana proses berlakunya perkembangan

15
tersebut. Ini amat berguna kepada saya sebagai seorang bakal guru yang akan
menghabiskan separuh dari masanya untuk pelajarnya.

Tambahan pula, dalam tugasan ini, saya perlu menghasilkan satu kajian tentang
perkembangan fizikal kanak-kanak. Ini merupakan pengalaman pertama saya melakukan
kajian. Pada mulanya ia agak sukar kerana perlu melibatkan beberapa orang responden
untuk dikaji. Selepas penerangan dan bantuanyang diberikan oleh semua pihak, saya telah
Berjaya membuat satu kajian berkaitan perkembangan fizikal kanak-kanak. Ini sangat
membantu saya sebagai seorang bakal guru untuk mengkaji murid-murid di sekolah pada
masa hadapan agar dapat melahirkan insan yang seimbang perkembangannya. Dan melalui
kajian ini saya juga dapat mengetahui sejauh mana kesahihan sesuatu teori yang
dikeluarkan oleh ahli falsafah terdahulu. Ini kerana kajian yang dijalankan ini adalah berkait
rapat dengan teori-teori dan fakta perkembangan fizikal. Kajian ini juga telah mengajar saya
bagaimana untuk mengumpul maklumat dengan pelbagai kaedah.

Seterusnya, saya juga mengetahui bahawa perkembangan fizikal ini berkait rapat
dengan otot kasar dan halus serta koordinasi yang stabil antara otot-otot tersebut. Terdapat
juga cara dan kaedah untuk melatih otot-otot ini untuk bergerak dan berfungsi dengan lebih
cekap dan pantas. Melalui kajian ini juga, saya telah menghasilkan beberapa kaedah yang
boleh digunakan untuk memastikan perkembangan yang stabil dan sihat kepada kanak-
kanak.

Secara konklusi, tugasan ini telah memberi saya banyak pengalaman yang baru dan
sekarang saya telah mempunyai ilmu pengetahuan tentang perkembangan awal kanak-
kanak terutamanya perkembangan fizikal.

16
7. BIBLIOGRAFI

BUKU :

Haliza Hamzah, Joy N. Samuel, (2009). Perkembangan Kanak-kanak Untuk Program Ijazah

Sarjana Muda Perguruan. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd

Haliza Hamzah, Joy N. Samuel, Rafidah Kastawi, (2008). Perkembangan Kanak-kanak

Untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun. Kuala


Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Hassan Mohd Ali, Dr . (1996) . Mendidik Anak Pintar Cerdas. Kuala Lumpur, Utusan

Publication & Akademi Keluarga Bahagia Malaysia

Mok Soon Sang, (2009): Perkembangan Kanak-kanak, Selangor : Multimedia Sdn. Bhd.

Norasiah Abdullah, Nor Risah Jamilah Mat Lazim & Rosnah Ahmad Zain . (2010) . Teknologi
dalam Pengajaran dan Pembelajaran . Selangor . Penerbitan Multimedia Sdn Bhd

Wong Kiet Wah, Khairuddin Mohamad, Maridah Hj Alias, Rashinawati Abd Rashid & Azlina

Ahmad . (2013) . Perkembangan Awak Kanak-kanak, Selangor . UG Press Sdn. Bhd

17
INTERNET :

Epiy Firdaus . (2013) . Konsep Perkembangan Fizikal . [Online] . [Diakses pada : 10 Ogos 2015] boleh

didapati :

http://www.academia.edu/4936674/2.0_KONSEP_PERKEMBANGAN_KANAK-KANAK

Natilia . (2012) . Tindakan Dalam Membentuk Perkembangan yang Sihat dan Seimbang

. [Online] . [Diakses pada : 10 Ogos 2015] boleh didapati :

http://ajourneyofateacher-to-be.blogspot.my/2012/01/40-cadangan-tindakan-untuk-
membentuk.html

Ngah Ahmad . (2012) . Teori Perkembangan Fizikal . [Online] . [Diakses pada : 10 Ogos 2015] boleh

didapati :

http://www.academia.edu/5089731/TEORI_PERKEMBANGAN

S.Samprizal B Selamat . (2014) . Pengaruh Baka dan Persekitaran Terhadap

Perkembangan Kanak-Kanak. . [Online] . [Diakses pada : 12 Ogos 2015] boleh


didapati :

http://ajourneyofateacher-to-be.blogspot.my/2012/01/40-cadangan-tindakan-untuk-
membentuk.html

Zukiply bin Yaakob . (2013) . Pendidikan Awal Kanak-kanak . [Online] . [Diakses pada : 15 Ogos 2015]

boleh didapati :

http://zulprasekolah.blogspot.my/

18
8.LAMPIRAN

Responden A (Mohd Ridzuan bin Roslan)

Responden B (Hafiz bin Ramli)

19
20

Anda mungkin juga menyukai