Anda di halaman 1dari 6

‫ً۬ا‬

‫ِيع‬ ‫ْ ج‬
‫َم‬ ‫ُوا‬
‫ِر‬ ‫َو‬
‫ِ ٱنف‬ ‫َاتٍ أ‬
‫ثب‬ُ ْ
‫ُوا‬
‫ِر‬‫َٱنف‬ ‫َڪُم‬
‫ۡ ف‬ ‫ذر‬ِۡ‫ْ ح‬ ُُ
‫ذوا‬ ‫ْ خ‬
‫ُوا‬
‫من‬ َ َ
َ‫ءا‬ ‫ِين‬ َّ ‫ہا‬
‫ٱلذ‬ َ‫ي‬َُّ
‫ٰٓأ‬
‫يـ‬َ
Wahai orang-orang yang beriman, bersedialah dan berjaga-jagalah (sebelum kamu
menghadapi musuh), kemudian (bila dikehendaki) maralah (ke medan perang) sepuak demi
sepuak atau (jika perlu) maralah serentak beramai-ramai.-surah An Nisa’ ayat 71

Fakta Sejarah

1.Setelah turunnya wahyu yang pertama(surah al-alaq 1-5),Rasulullah berdakwah


untuk islam secara rahsia dan sembunyi di Makkah.Rasulullah menyeru secara rahsia kerana
berhati-hati dari kaum Quraisy dibimbangi mereka terkejut dengan ajaran islam lantaran
pegangan kuat mereka terhadap fahaman penyembahan berhala.Baginda tidak menzahirkan
dakwah islam dalam majlis-majlis umum dan baginda tidak berdakwah melainkan terhadap
individu terpilih dari kalangan keluarga dan sahabat handai yang mengenali baginda.(Fiqh
sirah-ramadhan al buti m/s 68)

2.Golongan yang mula-mula memeluk islam ialah :-


 Khadijah binti khuwailid r.a
 Ali bin Abi Talib r.a
 Zaid bin Haritsah r.a
 Abu Bakr bin Abi Qahafah Assiddiq r.a
 Usman bin Affan r.a
 Zubair bin Awwam r.a
 Abdul Rahman bin Auf r.a
 Saad Bin Abi Waqqas r.a dan lain lagi

Mereka semua berjumpa dengan Rasulullah s.a.w dalam keadaan bersembunyi,mereka akan
pergi ke lembah Mekah yang tiada orang apabila ingin beribadat kerana dibimbangi dilihat
oleh kaum Quraisy(Fiqh Sirah-Ramadhan Al Buti m/s 68)

Mengikut pendapat Syeikh Mustafa Sibaie dalam kitab Sirah Nabawiyah Durus wa Ibar
.Adapun orang yang mula memeluk islam ialah khadijah,kemudian sepupunya Ali bin Abi
Talib ketika itu berumur 10 tahun.Kemudian pembantu baginda Zaid bin Haritsah dan Abu
Bakr Assiddiq.Adapun orang yang mula-mula memeluk islam dari kalangan hamba ialah
Bilal Bin Rabbah al Habsyi.Berdasarkan kenyataan itu jelaslah bahawa Khadijahlah yang
pertama sekali beriman kepada Rasulullah s.a.w.Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah
mengerjakan solat pertama bersama Khadijah pada petang hari isnin.Solat pada masa itu
adalah 2 rakaat siang dan 2 rakaat malam(Mustafa Sibae-Sirah Nabawiyah Durus wa Ibar
m/s 17-18)

3.Rasulullah s.a.w memilih rumah Al-Arqam bin Abi al Arqam sebagai pusat tarbiyah dan
mempelajari islam.Nama sebenarnya Al-Arqam bin Abdul Manaf bin Asad Al-
Makhzumi,beliau adalah golongan awal memeluk islam,beliau juga menyertai Rasulullah
berhijrah ke Madinah .Baginda pernah menghadiahkan kepada Al-Arqam sebilah pedang
yang digunakan baginda ketika peperangan Badar.Baginda melantik Al-Arqam sebagai Amil
zakat pada waktu kecemerlangan Islam di Madinah.Al-Arqam wafat pada tahun 53 hijrah di
Madinah,jenazahnya disolatkan oleh Saad bin Abi Waqqas.Rumah al-arqam terletak di bukit
sofa,tempat Rasulullah bersembunyi.Disinilah pusat tarbiyah bagi golongan terawal memeluk
islam sehingga jumlah pengikut islam seramai 50 orang termasuk Saidina Umar Al-Khattab.

4.Menurut Syeikh Al-Mubarakfuri,Rasulullah s.a.w memilih rumah al-arqam sebagai pusat


tarbiyah kerana :-
 Keislaman Al-Arqam tidak diketahui oleh golongan Quraisy
 Al-Arqam adalah dari suku Bani Makhzum yang bermusuhan dengan Bani
Hasyim,Quraisy menganggap mustahil Rasulullah s.a.w bersembunyi di rumah musuhnya.
 Al-Arqam adalah seorang remaja ,beliau masuk islam ketika berumur 16 tahun,maka
golongan Quraisy berpendapat Rasulullah s.a.w tidak memberikan tumpuan kepadanya
kerana mudanya,pasti Rasulullah akan memilih sahabat yang besar untuk dijadikan markas.
 Rumah al-arqam terletak di Bukit Sofa,tempat yang difikirkan mustahil dapat berkumpul
ramainya manusia kerana sukar ke tempat tersebut.
(manhajun Nabiy fid Dakwah min khilali sirah sahihah-Dr Muhammad Makhzun m/s 144)

5.Teknik dan Strategi para sahabat berjumpa Rasulullah s.a.w di rumah Al-Arqam bin Abi
Arqam
 Kaedah Saidina Ali dan Abu Zar ketika ingin bertemu Rasulullah s.a.w di rumah al-
arqam,saidina Ali memberitahu Abu Zar jika bertemu perkara mencurigakan di tengah jalan
menuju rumah al-arqam maka hendaklah memberi isyarat dengan mukanya.

 Kaedah Ummu Jamil binti Khattab(adik saidina Umar alKhattab r.a) dan Ummul Khair
Salma binti Sakhr(ibu saidina Abu Bakr Assiddiq r.a)ketika memapah Saidina Abu Bakr
Assiddiq yang cedera parah dipukul Quraisy bertemu Rasulullah s.a.w di rumah Al-
Arqam,kedua muslimat tersebut memapah Abu Bakr sehingga tidak berbunyi tapak kaki
mereka,mereka keluar dalam keadaan bersandar keduanya sehingga sampai ke rumah Al-
Arqam membawa masuk Abu Bakar ke dalamnya.(Ibnu Katsir-Albidayah wan Nihayah m/s
30 jilid 3)

 Ibnu Said dalam kitabnya AtTabaqat menceritakan bagaimana Amar bin Yasir berjumpa
Suhaib bin Sinan dipintu rumah al-arqam tanpa ada perjanjian,lalu kedua-duanya bertanya di
antara satu sama lain sebab kedatangannya ke rumah al-arqam .Amar bertanya:Apa yang
kamu mahu?Kata Suhaib:Apa yang kamu mahu?Kata Amar:Aku mahu berjumpa Muhammad
dan mendengar kata-katanya,Jawab Suhaib:Aku juga begitu..Kedua-duanya masuk ke rumah
al-arqam lalu dibentangkan tentang islam kemudian mereka duduk disitu sehari suntuk
sehingga petang,kemudian kedua-duanya keluar dalam keadaan bersembunyi.(ibnu said-
Attabaqat m/s 227 jilid 3)
(manhajun Nabiy fid Dakwah min khilali sirah sahihah-Dr Muhammad Makhzun m/s 145)

6.Para sahabat yang mengikuti tarbiyah Rasulullah s.a.w di rumah al-arqam akan
menyebarkan dakwah islam kepada orang lain yang dipercayai,Saidina Abu Bakar As Siddiq
berdakwah kepada orang-orang terpilih dari kalangan sahabat beliau yang sentiasa
bermuamalah dengan beliau,maka beberapa sahabat masuk islam hasil dakwah Abu Bakar
seperti Usman Bin Affan,Zubair bin Awwam,Saad bin Abi Waqqas,Talhah bin Ubaidillah
dan Abdul Rahman Bin Auf.(Sirah Ibnu Hisyam jilid 1 m/s 268)

7. Rumah al-arqam berperanan menjadi pusat tarbiyah menerima penganut islam yang baru
sehinggalah islamnya Umar bin Alkhattab pada zulhijjah tahun ke- enam dari kenabian
Rasulullah s.a.w. Said bin Musayyab(ulamak besar Tabi’en) meriwayatkan bahawa: Islamnya
Saidina Umar selepas penganut islam berjumlah 40 lelaki dan 10 perempuan,setelah
keislaman Umar maka dizahirkan islam di Mekah.( manhajun Nabiy fid Dakwah min khilali
sirah sahihah-Dr Muhammad Makhzun m/s 146)

Pelajaran dan Pengajaran Sirah

1. Rasulullah s.a.w berdakwah secara rahsia bukanlah kerana takut kepada ancaman
dikenakan terhadap diri baginda kerana baginda yakin bahawa Allah berkuasa memelihara
diri baginda dari sebarang ancaman.Sekiranya Allah mengarahkan supaya berdakwah secara
terang-terangan dari awal pasti baginda akan melaksanakannya biarpun mendapat ancaman .
Allah mengilhamkan kepada baginda untuk berdakwah secara rahsia kerana untuk mengajar
kepada para pendakwah selepas baginda,dan menunjukkan kepada pendakwah jalan-jalan
yang boleh menyampaikan kepada matlamat dakwah.Dengan itu harus bagi pendakwah pada
setiap zaman menggunakan kaedah fleksibel dalam berdakwah-sama ada secara rahsia atau
terus terang,lembut atau kasar-mengikut suasana tempat pendakwah dan pendakwah harus
melihat maslahah umat islam di tempat tersebut dan maslahah dakwah islam.

Jumhur fuqaha’ bersetuju menyatakan jika bilangan pendakwah sedikit dan mad’u mereka
ramai serta bersepakat untuk membunuh pendakwah maka pendakwah perlu mendahulukan
maslahah menjaga nyawa.

(fiqh sirah-ramadhan albuti m/s 69)

Menyembunyikan dakwah bukanlah bermakna menghentikan dakwah tetapi ianya adalah


kaedah persediaan pembinaan dalam mengasaskan tarbiyah.(manhajun nabiy fid Dakwah min
khilali siirah sahihah-Dr Muhammad Makhzun m/s 147)

2. Mana-mana ajaran atau dakwah apabila berlainan dan tidak sama dengan pegangan orang
ramai,apatah lagi bertentangan dengan fikiran mereka,hendaklah lebih dahulu dijalankan
secara sembunyi jangan lagi berterus -terang.Tunggulah sehingga ada orang yang beriman
yang sanggup mengorbankan segala-galanya baik harta benda mahupun jiwa raga mereka
kerana islam,dikala itu barulah boleh berterus terang.
Ini kerana apabila pendakwah atau pemimpinnya menerima seksaan daripada pihak musuh
atau ditahan atau sebagainya akan bangunlah pengikut-pengikutnya yang beriman dan setia
tadi meneruskan kewajipan mereka.Dengan demikian akan menjaminkan kesinambungan
dakwah berterusan dan tidak tergendala perjuangannya disebabkan kehilangan pemimpin
tersebut.
(Sirah Nabawiyah durus wa ibar-Mustafa Sibaie m/s 22)

3. Para juru dakwah hendaklah berusaha mengadakan perjumpaan dengan pengikut dan
pendokongnya secara beberapa ketika dalam setiap hari dan minggu supaya dapat
menambahkan lagi keyakinan mereka terhadap dakwahnya.Dan sekaligus dapat pula
mengajar mereka cara-cara ,pendekatan-pendekatan dan tatacara dakwah yang harus
dipelajari.Sekiranya suasana tidak mengizinkan perjumpaan itu dilakukan secara terbuka
maka hendaklah diadakan secara sembunyi agar tidak dapat dikesani musuh yang sentiasa
menunggu peluang untuk menghancurkan kegiatan dakwah itu atau sekurang-kurangnya
dapat mereka memperkuatkan lagi tekanan ke atas para pendakwah tadi.
( Sirah Nabawiyah durus wa ibar-Mustafa Sibaie m/s 24)

4. Para pendakwah hendaklah menyediakan tempat perlindungan yang aman daripada


gangguan musuh bagi para pengikutnya,apabila didapati mereka berada didalam bahaya dan
terancam,sama ada nyawa mahupun pegangan yang mereka anuti.Dengan itu tidaklah bererti
bahawa setiap pejuang kebenaran tidak harus melakukan pengorbanan.Yang demikian kerana
bilangan mereka masih sedikit dan masih lemah,mudah dipatah dan dihancurkan oleh
musuh.Oleh itu mereka perlu diselamatkan di satu tempat yang aman dan terjamin demi
kelangsungan dakwah mereka.( Sirah Nabawiyah durus wa ibar-Mustafa Sibaie m/s 24)

5. Teknik dan strategi para sahabat ketika pergi ke rumah al-arqam perlu dititik beratkan oleh
pendakwah . Para sahabat Rasulullah s.a.w sangat menjaga teknik penyampaian islam di
zaman penentangan islam agar agama islam dapat diteruskan sehingga akhirnya islam itu
sampai kepada kita pada hari ini.Jika para sahabat tidak berhati-hati dalam menjaga
kerahsiaan perjumpaan bersama Rasulullah s.a.w lalu musuh menghidu gerakan dakwah
Rasulullah s.a.w maka islam tidak akan tersebar kerana disekat.Sekiranya kita mengambil
mudah penyebaran risalah dakwah dalam keadaan musuh cuba menyelidik gerakan dakwah
di sesuatu tempat yang akhirnya menyebabkan kebocoran risalah dakwah,maka kita
menanggung dosa besar kerana kita telah menyebabkan usaha dakwah di sesuatu kawasan itu
terhenti akibat musuh menyekat dakwah kita.
6. Seorang pendakwah harus teguh pendirian dan tetap jiwa untuk menjamin kelangsungan
dakwahnya,sekalipun jalan yang dilaluinya penuh dengan dugaan dan cubaan,samada dalam
bentuk susah dan duka mahupun dalam bentuk senang dan suka.Sesungguhnya duka nestapa
bagi seorang mukmin dalam perjalanannya menuju pantai kebenaran adalah ketenangan hati
dan jiwa kerana keredhaan Allah dan keindahan syurga jauh lebih mulia dan mahal bagi
mereka daripada segala pangkat kebesaran dan segala mata benda dunia.
(Sirah Nabawiyah durus wa ibar-Mustafa Sibaie m/s 24)

7. Sesungguhnya musuh-musuh islam tidak akan mudah menyerah kalah kepada pejuang-
pejuang kebenaran.Setiap kali mereka gagal dalam apa cara dan teknik untuk menghalang
dan menghancurkan pejuang-pejuang kebenaran,mereka akan terus berusaha mencari dan
mencipta pelbagai cara lain pula untuk menghadapinya.Bagitulah seterusnya hinggalah
kebenaran itu benar-benar mencapai kemenangan akhirnya dan kebatilan pula menemui
kekalahan total serta menghembuskan nafasnya yang terakhir dan terkubur lenyap.
(Sirah Nabawiyah durus wa ibar-Mustafa Sibaie m/s 25)

Penyusun.
Ahmad Kamal Hafizullah Bin Sidek
Bukit Tumbuh 23 Jamadil Akhir 1435h.

Rujukan
 Al-Quran
 Fiqh Sirah Nabawiyah keluaran Dar Salam,Mesir oleh Syeikh Dr Muhammad said Ramadhan
Albuti

 Perjalanan Hidup Nabi Muhammad s.a.w Kajian dan Pengajaran(sirah nabawiyah durus wa
ibar) oleh Syeikh Dr Mustafa As Sibaie,alih bahasa oleh Prof.Dr Abdul Rashid Hj Ahmad
keluaran Pustaka Darussalam ,Kedah.

 Manhajun Nabiy Fid Dakwah Min Khilalis Siirah Sahihah oleh Syeikh Dr. Muhammad
Makhzun keluaran Darus Salam,Mesir.

Anda mungkin juga menyukai