Anda di halaman 1dari 13

PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim,
Alhamdullilah, bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,
nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada kami kerana dapat menyiapkan tugasan ini
dengan jayanya.
Pertamanya, Kami ingin merakamkan setinggi- tinggi ucapan penghargaan kepada
pensyarah tercinta saya, En. Andy Mirza Hussin kerana dengan tunjuk ajar serta
bimbingannya, telah membuka ruang untuk kami menyiapkan tugasan ini dengan
mudahnya.
Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada
keluarga kami yang memberi dorongan dan sokongan untuk menyiapkan kerja kursus ini.
Mereka telah memberikan kami segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak
terhingga bagi menyiapkan tugasan ini.
Ucapan penghargaan ini juga kami tujukan kepada ahli- ahi kumpulan yang telah
bersama- sama berusaha giat untuk menjayakan aktivivti ini.
Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung dalam menyiapkan kerja komuniti ini.

PENGENALAN

Kertas kerja ini bertujuan untuk mendapatkan kelulusan projek pelajar untuk menganjurkan
Program LAWATAN KE RUMAH ANAK ANAK YATIM SUNGAI BUAYA bagi memenuhi
syarat kerja kursus mata pelajaran Khidmat Masyarakat (MPU 3422). Sekumpulan pelajar
pengajian Nursing Practice Development (Top Up Degree) bercadang untuk mengadakan
Program Masih Ada Yang Sayang di Rumah Anak-Anak Yatim Sungai Buaya, Kuala
Langat, 42700 Banting Selangor. Program ini merupakan salah satu daripada aktiviti wajib
yang perlu dijalankan untuk memenuhi syarat pengajian matapelajaran universiti (MPU). Di
dalam program ini pelajar-pelajar secara tidak langsung dapat mengeratkan ukhwah antara
satu sama lain serta dapat menyelami penderitaan dan kesedihan yang dialami oleh
golongan yang kurang bernasib baik seperti anak yatim di rumah anak-anak yatim Sungai
Buaya ini. Maklumat lawatan adalah seperti berikut:

Tajuk Program : LAWATAN KE RUMAH ANAK ANAK YATIM SUNGAI BUAYA


Tarikh Tentatif : 25 April 2016
Masa : 7:00 pagi hingga 6:30 petang
Tempat : Rumah Anak-Anak Yatim Sungai Buaya, Kuala Langat, 42700 Banting
Selangor.
Bil Pelajar : 7 orang
Bil Pensyarah : 1 orang

OBJEKTIF PROGRAM

1.1

Melengkapkan komponen kerja kursus Khidmat Masyarakat 1 (MPU3422).

1.2

Merancang, melaksana, memimpin program, bekerjasama dan mengambil


peranan secara aktif dalam kumpulan.

1.3

Memupuk rasa keperihatinan dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara


pelajar Universiti MAHSA dengan masyarakat luar khususnya kepada
masyarakat di tempat yang terpilih.

1.4

Memberi pendedahan dan kesedaran kepada pelajar tentang tanggungjawab


sosial terhadap masyarakat.

VISI
Melahirkan insan yang berakhlak mulia
MISI
Memperkasakan nilai-nilai murni dalam kalangan anak-anak yatim

ISU UTAMA
Setiap manusia memerlukan kasih sayang dan sokongan sosial dalam mengharungi
kehidupan terutamanya anak-anak yang mana mereka amat memerlukan orang dewasa
sebagai pelindung dan sumber mendapatkan keperluan makan, minum, tempat tinggal,
pendidikan selain daripada kasih sayang. Namun begitu tidak semua anak-anak yang
bernasib baik, ada yang ditimpa duka, derita mahupun kepahitan hidup. Di antara golongan
yang merasai kepahitan hidup ini adalah golongan anak yatim iaitu mereka yang kehilangan
ibu atau bapa atau kedua-duanya sekali. Walaupun anak-anak yatim ini merupakan
golongan yang terpinggir namun mereka adalah sebahagian daripada rakyat negara ini,
maka meraka juga berhak mendapat hak seperti mana rakyat yang lain.
Derita yang dialami anak yatim akan terasa ringan apabila datangnya bantuan sama
ada daripada masyarakat umum mahupun saudara mara mereka sendiri. Oleh sebab itu,
lawatan ini dapat memberi sedikit sebanyak bantuan kepada anak-anak yatim serta
mengembirakan mereka dengan menunjukkan ada yang masih prihatin tentang mereka.

MATLAMAT

Projek ini berhasrat mendedahkan pelajar kepada pengaplikasian pengetahuan,


kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan di luar kampus pengajian. Selain
daripada memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara, program ini juga
bertujuan untuk melahirkan warganegara yang patriotik, prihatin, penyayang dan
bertanggungjawab.

KUMPULAN SASARAN
Peserta terdiri daripada 7 orang iaitu Pelajar daripada pengajian Ijazah Sarjana Muda
Nursing Practice Development (Top Up) daripada fakulti kejururawatan dan seramai 90
orang anak-anak yatim daripada rumah anak anak yatim Sungai Buaya. Mereka terdiri
daripada kanak kanak lelaki dan perempuan yang berumur di antara 4 tahun hingga 17
tahun.
5

AHLI JAWATANKUASA

Pengerusi

SITI FAZIRATUL HANIM BINTI ABDUL RAHMAN

Setiausaha

MOHD HAFIZUDIN BIN ISMAIL

Bendahari

KASHVIR SINGH
6

AJK

PARVINTH A/L SUPPAIAH


JOHN BRITTO
MOHAMED ZAKRI BIN BOKHARI
WAN SAIFUL SOFIAN BIN MOHAMED

PENSYARAH TERLIBAT
En. Andy Mirza Hussin Universiti MAHSA

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

1.

2.

3.

4.

5.

6.

SITI FAZIRATUL HANIM BINTI ABDUL RAHMAN

Penyelaras program dan


ketua projek yang meyelia
keseluruhan persiapan
lawatan serta aktiviti
sepanjang lawatan.

MOHD HAFIZUDIN BIN ISMAIL

Setiausaha projek dan


memasti segala
perbincangan dalam
kumpulan diminitkan,
menyediakan surat surat
yang berkaitan serta
sentiasa berhubung dengan
peyelaras projek sekiranya
mempunyai sebarang
masalah berbangkit.

KASHVIR SINGH

Bendahari Projek. Mengurus


kewangan dan perbelanjaan
projek lawatan serta
memyimpan kira kira
perbelanjaan.

PARVINTH A/L SUPPAIAH

Ahli Jawatan Kuasa


Menguruskan perancangan
untuk menganjurkan
sukaneka.

JOHN BRITTO

Ahli Jawatan Kuasa


menguruskan kemudahan
kenderaan untuk projek
lawatan. Memastikan semua
ahli kumpulan selamat tiba
ke lokasi dengan selamat.

MOHAMED ZAKRI BIN BOKHARI

Ahli Jawatan Kuasa


Pembelian barangan serta
hadiah untuk sumbangan
kepada rumah anak anak
yatim.

WAN SAIFUL SOFIAN BIN MOHAMED


7.

Bacaan Doa semasa


program.

Menguruskan
pemeriksaan kesihatan,
promosi kesihatan.

TENTATIF PROGRAM
Tentatif program seperti ketentuan berikut :Tarikh
: 24 April 2016 (Ahad)
Masa
: 7.00 a.m 6.30 p.m
Tempat
: Rumah Anak-Anak Yatim Sungai Buaya, Kuala Langat,
Selangor.
Peserta

: 1 Orang Pensyarah Universiti MAHSA


7 Pelajar BNUP (Lampiran A)

06.30 pagi
07.00 pagi

Berkumpul di Universiti MAHSA (JUC)


Bertolak ke Rumah Anak-Anak Yatim
Sungai

Buaya,Kuala

Langat,Banting,

08.00 pagi

Selangor.
Dijangka tiba Rumah Anak-Anak Yatim

08.30 pagi

Sungai Buaya, Kuala Langat, Banting.


-Bacaan Doa
-Ucapan

Pengerusi

Program

Khidmat

Masyarakat.
- Ucapan Pegawai Pengurus Rumah Anak
Anak Yatim.
Aktiviti 1 Ice breaking bersama anak-

09.00 pagi

anak yatim)
Senamrobik (semua)
9

09.45 pagi
10.00 pagi

Kudapan pagi)
Aktiviti 2 Pemeriksaan Kesihatan dan

12.00 pagi
1.45 tengahari
02.30 petang

Promosi Kesihatan.
Aktiviti 3 Permainan (Treasure Hunt)
Berehat dan makan tengahari
Solat Berjemaah bersama anak-anak

02.45 petang

yatim
Aktiviti 4 Sukaneka (gula-gula dalam
tepung,

permainan

berantai,

musical

chair)
Solat & Minum Petang
Penutup dan penyampaian hadiah
bersurai

04.45 petang
05.15 petang
06.00 petang

ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil
1.

Perkara
Makanan
Sarapan Pagi:
Makan Tengahari;
Minum Petang

2.

Cenderahati /
Goodie Bag /
Hamper

Anggaran Perbelanjaan
(Anak-anak yatim,
Kakitangan dan peserta
program,)

Jumlah
RM1800.00

- 120XRM15.00 (sarapan,
makan tengahari, minum
petang)
- 90 X RM5=RM225

RM950.00

- Hamper 10 X RM50=RM500

-Buku Nota;
-Air Kotak; Air
Mineral, kismis,
biskut
3.

Sumbangan

Beras 10kg
Gula
Tepung
Telur papan
Milo

Beras x 3 = rm81.00
Gula x 5 = rm15.00
Tepung x 5 = rm12.50
Telur x 2 tray = rm20.00
Milo x 3 paket = rm90.00
Susu tin x sekotak = rm36.00
10

RM279.50

4.

Teh x 5pek = rm25.00

Susu Tin
Teh

Alat tulis

Latihan Dalam Kumpulan

RM50.00

A4 (2rim);
Pen dan Pensel,
pensel warna

Kad manila

Jumlah keseluruhan

3079.50

Penutup

Kami berharap program ini mendapat perhatian dan pertimbangan serta kerjasama yang
sewajarnya dari pihak Tuan dan pihak Universiti MAHSA khususnya. Kami juga berharap
agar mendapat bantuan kewangan bagi melancarkan program ini dilaksanakan. Semoga
projek ini akan berjalan dengan jayanya serta mencapai matlamat dan objektif yang telah
digariskan. Segala jasa baik dan sokongan yang diberikan amatlah dihargai dan didahului
dengan ucapan terima kasih.

11

MAHSA UNIVERSITY
Jalan Elmu off Jalan Universiti, 59100 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : 603 7965 2555 Fax : 603 7965 2688
___________________________________________________________________________
Pengurus,
Rumah Anak- Anak Yatim
Sungai Buaya,
Kuala Langat,
42700 Banting,
Selangor.

23 Mac 2016

Tuan,
MEMOHON KEBENARAN MENGADAKAN PROGRAM LAWATAN AMAL
KEBAJIKAN KE RUMAH ANAK-ANAK YATIM SUNGAI BUAYA
12

Saya mewaliki pelaksanaan program Lawatan Amal Kebajikan Ke Rumah AnakAnak yatim Sungai Buaya. Lawatan ini melibatkan pelajar-pelajar pengajian Nursing
Practice Development dan pensyarah Universiti MAHSA seramai 8 orang.
2.
Untuk pengetahuan pihak tuan, lawatan tersebut akan di adakan sepertimana
yang berikut:
Tarikh
: 24 April 2016
Hari
: Ahad
Tempat
: Rumah Anak-Anak Yatim Sungai Buaya
Anjuran
: Universiti MAHSA .
Penglibatan : Pelajar dan Pensyarah Universiti MAHSA
3.
Lawatan ini adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim
antara para pelajar dengan penghuni rumah anak yatim ini. Disamping itu pelajar
juga dapat menjalankan pemeriksaan kesihatan dan promosi dengan penghuni
rumah anak yatim.
Bersama-sama surat ini dilampirkan Kertas Kerja Lawatan. Pihak kami juga ingin
menerima maklumbalas dari pihak tuan secepat yang mungkin bagi pihak kami
melaksanakan persiapan sebelum ke rumah kebajikan tersebut. Segala kerjasama
dari pihak tuan kami ucapkan jutaan terima kasih.

Berkhidmat Untuk Negara


Yang menjalankan tugas,
..
(SITI FAZIRATUL HANIM BINTI ABDUL RAHMAN)
Wakil Pelajar,
Universiti MAHSA
Jalan Elmu off Jalan Universiti
59100 Kuala Lumpur

13

Anda mungkin juga menyukai