Anda di halaman 1dari 9

PENGARAH PROGRAM: MOHD ROSLAN BIN

SEOL
NO TEL: 013-5481466

GURU BULAN SABIT MERAH II


UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
35900, TANJONG MALIM,
PERAK DARUL RIDZUAN

KERTAS KERJA

PENGENALAN PERTOLONGAN CEMAS DAN CPR


TARIKH:
7 MEI 2016 (SABTU)

TEMPAT:
DEWAN KULIAH PUSAT 14

ANJURAN:
CUN 2021 :GURU BULAN SABIT MERAH II
KUMPULAN A

DENGAN KERJASAMA:
PUSAT KOKURIKULUM UPSI

1.0

DIANJURKAN OLEH

Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang Tanjong Malim/ Slim River, Perak Darul Ridzuan
dengan kerjasama Pusat Kokurikulum Universiti Pendidikan Sultan Idris.

2.0

TUJUAN

Kertas kerja ini dikemukakan adalah untuk:


a) mendapatkan pertimbangan dan kelulusan untuk mengadakan ceramah tentang
Pertolongan Cemas dan CPR;
b) menempah tempat program pada masa dan tarikh yang ditetapkan;
c) mendapatkan peruntukan bagi menjalankan program ini;
d) mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang pengenalan pertolongan
cemas dan CPR.

3.0

PENGENALAN

Program ini dilaksanakan bagi mendedahkan masyarakat tentang kaedah memberi


pertolongan cemas kepada mangsa mengikut keadaan dan jenis kecederaan yang dialami
serta mengambil langkah betul pada waktu kecemasan untuk menyelamatkan mangsa
yang mengalami kemalangan, keracunan, kejutan elektrik, kebakaran dan sebagainya.
Pada masa yang sama, program ini berfungsi sebagai medan mendapatkan jawapan bagi
soalan berkaitan dengan pertolongan cemas yang ingin diketahui oleh masyarakat dan
cara memberi CPR kepada bayi, kanak-kanak dan orang dewasa.

4.0

OBJEKTIF

Untuk mengecapi tujuan program ini, terdapat beberapa objektif yang perlu dicapai
seperti:

i) Mendukung aspirasi Bulan Sabit Merah Malaysia dan Universiti Pendidikan Sultan
Idris;
ii) Menjadi urusetia pelajar yang terkehadapan, proaktif dan berkarisma;
iii) Menyampaikan informasi yang berguna tentang pertolongan cemas dan CPR kepada
masyarakat sekeliling.

5.0

JUSTIFIKASI

Program ini diadakan bagi memenuhi keperluan kursus Guru Bulan Sabit Merah II.

6.0

TARIKH, HARI, MASA DAN TEMPAT PROGRAM

Tarikh : 7 Mei 2016


Hari

: Sabtu

Masa : 8.00 pagi 2.00 petang


Tempat : Dewan Kuliah Pusat 14, Kampus Sultan Azlan Shah UPSI

7.0

KUMPULAN SASARAN

Semua pelajar UPSI dan pelajar yang mengambil kursus GBSM 1. Anggaran bilangan
peserta adalah seramai 30 orang.

8.0

TENTATIF PROGRAM
Tarikh: 7 Mei 2016 (Sabtu)

9.0

Masa

Aktiviti

8.00 -8.30 pagi


8.30-9.00 pagi
9.00 pagi- 1.00 petang

Pendaftaran peserta
Sarapan pagi
Perasmian program

1.00-1.30 petang

Ceramah tentang pengenalan Pertolongan Cemas dan CPR


Sesi soal-jawab dan penutup

1.30-2.00 petang

Makan tengah hari dan bersurai

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengarah Program
Mohd Roslan Bin Seol @ Sulaiman

Timbalan Pengarah Program


Parameswary A/P Shanmugam

Setiausaha
Marliyana Binti Ismil @ Ismail

Bendahari
Thaarane A/P Jayaretnam

AJK Makanan
Lilyana Anak Sli
Aina Mardihah Binti Ab Malek

AJK Protokol
Subashini A/P Jaiseelan
Amutha A/P Panirsilvam

AJK Pendaftaran
Thivya A/P Jorie

AJK Keselamatan, Kebajikan dan Kebersihan (3K)


Nooraini Izzaty Binti Abdul Rahman
Parameswary A/P Shanmugam

AJK Persiapan Tempat


Janenetty Anak Karek
Ebronica Ivy Anak Dehan

AJK Penerbitan dan Informasi (PDI)


Nisha A/P Muniandy
Kalyani A/P Ravi

10.0

ANGGARAN KEWANGAN

A) Pendapatan
Bil
.
1.

Butiran

Jumlah

Peruntukan dari Pusat Kokurikulum

RM 250.50

JUMLAH PENDAPATAN

RM 250.50

B) Perbelanjaan
Bil
.
1.

Butiran

Jumlah

Pengurusan dan Pentadbiran

RM 50.00

Fotokopi
Cetakan

JUMLAH

2.

Jamuan dan Makanan


Sarapan pagi
(1.20 x 40)

RM 50.00

RM 48.00

Makan Tengah Hari


(3.50 x 35)

RM 122.50

Air Mineral
(1.00 x 30)

RM 30.00
JUMLAH

JUMLAH PERBELANJAAN

RM 200.50
RM 250.50

Jumlah Keseluruhan Kewangan


6

Jumlah Pendapatan (A) Jumlah Perbelanjaan (B)


RM 250.50 RM 250.50 = RM 0
11.0 KEPERLUAN PERALATAN

12.0

Peralatan

Bilangan

PA System

1 set

First Aid Kit

1 unit

Kerusi VIP

2 unit

Coffee Table

1 unit

Papan Pameran

2 set

Meja

2 unit

HARAPAN

Diharapkan kertas kerja yang dikemukakan ini mendapat kelulusan daripada pihak
pentadbiran dan pengurusan. Semoga program ini berjalan dengan lancar dan mendapat
sambutan ramai serta mencapai objektif yang digariskan. Pihak kami berharap agar usaha
ini mendapat keberkatan dari Tuhan serta mencapai matlamat program.

13.0

PENUTUP
Kertas kerja ini dibuat untuk memberi gambaran awal tentang perjalanan program yang
dirancang. Pihak kami ingin merakamkan ribuan terima kasih di atas segala kerjasama dan

sokongan serta perhatian yang telah diberikan oleh semua pihak yang terlibat secara
langsung ataupun tidak langsung dalam menjayakan program yang akan dianjurkan ini
sama ada dalam bentuk kewangan, fizikal dan moral. Semoga dengan sumbangan dan
kerjasama yang diberikan dapat membantu merealisasikan objektif penganjuran program
7

ini. Sekalung penghargaan terima kasih diucapkan kepada Pusat Kokurikulum Universiti
Pendidikan Sultan Idris supaya pertimbangan untuk melaksanakan program ini diluluskan
secepat yang mungkin.
PENGESAHAN:

Disediakan oleh:

Mohd Roslan Bin Seol @ Sulaiman


Pengarah,
Program Pertolongan Cemas dan CPR,
Kursus Guru Bulan Sabit Merah 2,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim, Perak.
Tandatangan:
Tarikh : .

Disemak dan disokong oleh:

LT KOLONEL (RC) MOHAMAD FAIS BIN


JAMIL, PJK. PJT. PPL

Timbalan Pengerusi BSMM,


Cabang Tanjong Malim,
35900 Tanjong Malim, Perak.

Tandatangan: .
Tarikh: ..

Disahkan oleh:

En. Mohd Azraai Bin Arifin

Penolong Pendaftar,
Pusat Kokurikulum,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
8

35900 Tanjong Malim, Perak.


Tandatangan: .
Tarikh: .

Anda mungkin juga menyukai