Anda di halaman 1dari 9

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

KERTAS KERJA

PROGRAM SEHARI MENITI KASIH

Tarikh

27 DISEMBER 2009

Tempat

RUMAH TITIAN KASIH


(PUSAT JAGAAN ANAK IBU TUNGGAL & ANAK YATIM)
62A-2 LORONG MARAN, JALAN KUANTAN
TASIK TITIWANGSA, 53200 KUALA LUMPUR

Anjuran

PELAJAR PERUBATAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM-UNP)

1
KERTAS KERJA

PROGRAM SEHARI MENITI KASIH

1.0 Pendahuluan

Mahasiswa merupakan golongan yang boleh diibaratkan sebagai


tunggak negara yang dilihat sebagai peneraju dan penyambung
kepada tampuk pemerintahan yang akan datang. Dalam hal ini
untuk memastikan wawasan negara tercapai mengikut acuan
dan aspirasi yang dikehendaki, maka persiapan dari aspek
rohani, jasmani dan ilmu pengetahuan perlu dimantapkan untuk
melahirkan pelajar yang lebih disifatkan sebagai golongan yang
menjadi pemangkin kepada pembangunan negara seterusnya
mampu membawa masyarakat ke arah situasi yang lebih baik
lagi. Bertitik tolak daripada usaha untuk memantapkan sahsiah
pelajar, meninggikan martabat ilmu, memupuk semangat
muhibbah dan ukhuwwah, maka satu ahli jawatankuasa telah
dibentuk bagi menjayakan program ini.

2.0 Objektif

2.1 Melahirkan mahasiswa yang serba boleh dan berwibawa


dalam membantu masyarakat.
2.2 Memberi peluang kepada mahasiswa membantu ahli
masyarakat di dalam pembangunan mental dan fizikal.
2.3 Melatih mahasiswa dalam pengurusan berorganisasi dan
membentuk nilai-nilai murni sebagai generasi yang bakal
menerajui pucuk pimpinan dimasa hadapan
2.4 Mempromosikan kesihatan serta kepentingannya secara
menyeluruh bagi meningkatkan kualiti kesihatan dan
produktiviti masyarakat Malaysia.

2
2.5 Merapatkan lagi ukhwah dan silaturrahim antara
mahasiswa PPUKM serta penghuni Rumah Titian Kasih.
2.6 Menerapkan sikap prihatin kepada mahasiswa/i melalui
program amal terhadap badan bukan kerajaan yang
membantu dalam pembangunan anak-anak yatim.
2.7 Mewujudkan mahasiswa/i yang berwajah baru dengan
melengkapkan diri dengan ilmu dan lebih berani
menangani cabaran di peringkat global.

3.0 Matlamat

3.1 Meningkatkan kefahaman dan kesedaran masyarakat


tentang pentingnya menjaga dan mempertingkatkan
status kesihatan dalam kehidupan seharian.
3.2 Menerapkan nilai-nilai keprihatinan serta kerjasama
kepada mahasiswa PPUKM melalui pelbagai program yang
disediakan.
3.3 Menjalankan program-program bercorak amal kepada
golongan anak-anak yatim.
3.4 Membentuk suatu kerjasama erat di antara agensi
kerajaan ataupun swasta bagi meningkatkan kualiti
kesihatan masyarakat dalam membentuk negara yang
sihat dan sejahtera.
3.5 Merealisasikan aspirasi Universiti Kebangsaan Malaysia.

4.0 Tema

“Mahasiswa Prihatin, Masyarakat Terjamin ”

5.0 Anjuran

Pelajar Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM-UNPAD)


6.0 Tarikh

3
Program ini akan diadakan selama satu hari iaitu pada 27
Disember 2009

7.0 Tempat

Program ini akan diadakan di:


Rumah Titian Kasih (Pusat Jagaan Anak Ibu Tunggal & Anak
Yatim)
62A-2 Lorong Maran, Jalan Kuantan, Tasik Titiwangsa
53200 Kuala Lumpur

8.0 Kumpulan Sasaran

8.1 47 orang pelajar pra siswazah Fakulti Perubatan UKM


8.2 Penghuni Rumah Titian Kasih

9.0 Pengisian Program

9.1 Suai Kenal (‘Ice Breaking’)

Program ini merupakan permulaan dalam menjalinkan


hubungan yang mesra antara para pelajar perubatan UKM
dengan anak-anak yatim. Penerimaan mereka terhadap
para pelajar perubatan UKM amat penting dalam
menjayakan program ini di samping merapatkan hubungan
sesama mereka. Para peserta akan dibahagikan kepada
beberapa kumpulan kecil yang diketuai oleh 2 fasilitator
dari UKM. Slot ini adalah selama setengah jam. Aktiviti
yang disertakan dalam slot ini seperti:
• Sesi pengenalan diri
• Sesi berkongsi pengalaman dan masalah

9.2 Slot Pendidikan Kesihatan

Slot ini akan disampaikan oleh pelajar perubatan UKM


dalam kumpulan kecil yang telah ditentukan. Peserta akan
diberi pendedahan tentang cara membasuh tangan yang
betul, amalan pemakanan seimbang dan menjauhi rokok

4
dan dadah. Sesi ini akan mengambil masa selama satu jam
termasuk sesi soal jawab.

9.3 Pemeriksaan Kesihatan

Program ini bermatlamat untuk memberi perkhidmatan


pemeriksaan kesihatan dan saringan penyakit kepada
penghuni anak-anak yatim. Program ini melibatkan pelajar-
pelajar perubatan UKM dan penghuni Rumah Titian Kasih.
Setiap penghuni diberi peluang untuk menjalani
pemeriksaan kesihatan yang dilakukan oleh pelajar
perubatan. Antara pemeriksaan kesihatan yang akan
dijalankan ialah:

• Ujian glukosa darah


• Berat badan unggul (BMI)
• Pemeriksaan tekanan darah
• Pemeriksaan mata

Segala pengalaman ini akan mendidik mahasiswa/i UKM


untuk lebih berdikari dan menambah keyakinan apabila
menghadapi situasi sebenar di alam pekerjaan kelak

9.4 Sukaneka

Slot ini menjurus peserta ke arah aktiviti riadah yang


bukan sahaja memupuk semangat kerjasama berpasukan,
malah dapat merapatkan silaturrahim. Antara aktiviti yang
akan dijalankan ialah:

• Mencari gula-gula dalam tepung


• Belon air

5
• ‘Musical chair’
• Teka kata
• Kotak beracun

10.0 Struktur Organisasi


(rujuk lampiran 1)

11.0 Aturcara Program


(rujuk lampiran 2)

12.0 Anggaran Belanjawan


(rujuk lampiran 3)

13.0 Penutup

Pihak kami amat mengharapkan semoga projek ini dapat


dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang
digariskan dalam melahirkan mahasiswa yang cemerlang dari
semua sudut sama ada akademik, akhlak dan sahsiah, hubungan
dengan manusia dan dengan Maha Pencipta. Semoga apa jua
sumbangan dan bantuan yang diberikan mendapat keberkatan
dari Ilahi. Segala perancangan, pengurusan dan pentadbiran
yang teliti menjadikan pelaksanaan yang dibuat berjalan dengan
lancar berserta hidayah dan pertolongan Allah S.W.T.

Disediakan

Muhammad Izmeer b. Apili


Ketua Pengarah Projek

LAMPIRAN 1

CARTA ORGANISASI
SEHARI MENITI KASIH

6
PENAUNG Y.Bhg. Prof. Tan Sri Dr. Sharifah Hapsah
bt. Syed Hasan Shahabudin, Naib
Canselor UKM

PENASIHAT Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Lokman b. Saim


Dekan Fakulti Perubatan

AHLI MAJLIS TERTINGGI

PENGERUSI Mohd. Faris b. Mohd. Fadi


KETUA PENGARAH Muhammad Izmeer b. Apili
TIMB. KETUA PENGARAH Junita bt. Jamaludin
SETIAUSAHA Suhaijah bt. Razali
BENDAHARI Norshilawati bt. Abd. Roshid

AHLI JAWATANKUASA PENYELARAS UNIT-UNIT

PROGRAM Hazwani bt.Mohd Yusop


PROTOKOL Madziani bt. Ab. Majid
TEKNIKAL Syahrul Nizam b. Mohamad Din
JAMUAN Adibah bt. Aziz
CENDERAMATA Nor Syamimi bt. Azaki
PENGANGKUTAN Fadly Syah b. Arsad
HUBUNGAN LUAR &
TUGAS-TUGAS KHAS Alia Suzana bt. Asri
PUBLISITI Nik Aminah bt. Nik Abdul Kadir
DANA DAN PENAJAAN Noradila Salmi bt. Mohamed

LAMPIRAN 2

TENTATIF PROGRAM
SEHARI MENITI KASIH

7
0800-0830 : Ketibaan tetamu jemputan

0830-0930 : Majlis perasmian


• Ucapan aluan
• Bacaan doa
• Ucapan Pengarah Projek
• Ucapan Perasmian oleh Dekan Fakulti
Perubatan UKM
• Ucapan Pengurus Rumah Titian Kasih

0930-1000 : Sesi suai kenal dan latihan dalam kumpulan (LDK)

1000-1030 : Minum pagi

1030-1130 : Slot pendidikan kesihatan

1130-1300 : Slot pemeriksaan kesihatan

1300-1400 : Makan tengahari dan solat Zuhur berjemaah

1400-1600 : Sukaneka

1600-1630 : Minum petang dan solat Asar berjemaah

1700-1830 : Majlis Penutup


• Persembahan oleh para peserta dan pihak
penganjur
• Ucapan penutup
• Penyampaian hadiah dan cenderamata
• Sesi bergambar
• Majlis bersurai

LAMPIRAN 3

BELANJAWAN PROGRAM
SEHARI MENITI KASIH

ANGGARAN PENDAPATAN

8
1. Pusat Kembangan Pendidikan, UKM RM 1500
2. Pusat Perkembangan Pelajar, UKM RM 1500
3. Orang Persendirian/ Syarikat-syarikat RM
3000
RM 6000
ANGGARAN BELANJAWAN
1. Aktiviti
a. Pemeriksaan kesihatan
(peralatan klinik, strip glukosa) RM
500
b. Sukaneka RM 150
RM 650

2. Publisiti
a. Banner RM 200
b. Buku cenderamata RM 300
RM 500

3. Jamuan
a. Minum pagi RM 600
b. Makan tengahari RM 1050
c. Minum petang RM 450
RM 2100

4. Perhubungan
a. Bas RM 500
RM 500

5. Cenderamata dan hadiah RM 1300


RM 1300

5. Rencam RM 1000
RM 1000

JUMLAH RM 6000

Belia Cemerlang Pemangkin Kegemilangan Ummah