Anda di halaman 1dari 10

KERTAS CADANGAN

PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE ALOR SETAR KEDAH

Nama Program : Lawatan Sambil Belajar

Sasaran Peserta : Murid-murid miskin dan yatim

Anjuran : Sekolah Kebangsaan Seri Aman, Bedong, 08100 Kedah

Tarikh Cadangan : 11 November 2018

Hari : Ahad

Tempat : Alor Setar

A. PENDAHULUAN

Unit HEM, SK Seri Aman, Bedong, Kedah telah bercadang untuk mengadakan lawatan sambil
belajar ke Alor Setar untuk memberi pendedahan dan pengalaman belajar secara langsung kepada pelajar-
pelajar yatim dan miskin. Melalui program ini juga, diharapkan guru-guru dapat mengambil inisiatif untuk
berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam menghasilkan corak pengajaran dan pembelajaran yang lebih
memberangsangkan minat pelajar.

B. RASIONAL

Program ini diadakan untuk memberi pendedahan belajar melalui pengalaman secara langsung
kepada pelajar-pelajar yatim dan miskin 2018. Melalui aktiviti seperti ini, mereka dapat pengalaman secara
langsung pendedahan tentang budaya , sejarah dan social sesuatu tempat. Di samping itu , keyakinan mereka
untuk berhadapan dengan masyarakat akan dapat dipertingkatkan. Lawatan seperti ini merupakan satu
1
aktiviti sosial yang penting dalam usaha membuka minda dan memberi inspirasi kepada pelajar untuk
meneroka masa depan yang lebih baik.

C. OBJEKTIF

I. Dapat memberi peluang kepada murid miskin dan yatim menyertai lawatan dan mengutip
pengalaman belajar melalui pengalaman.
II. Dapat membuka minda pelajar-pelajar dengan suasana dan pengalaman yang baru.
III. Dapat memberi keyakinan kepada murid-murid untuk berhadapan dengan dunia luar dan
masyarakat.
IV. Memberikan inspirasi kepada pelajar dan guru dalam merancang pengajaran dan pembelajaran

D. DESTINASI

Alor Setar : Muzium Padi , Pusat Sains Negara ,Muzium Negeri Kedah , Balai Seni Negeri

Rumah Kelahiran Mahathir.

E. PERLAKSANAAN LAWATAN

2
Tarikh : 11 November 2018

Hari : Ahad

Masa : 8.30am – 4.00 pm

F. KUMPULAN SASARAN

Program ini disasarkan kepada anak yatim dan miskin 2018

G. SENARAI NAMA PELAJAR

Sila rujuk lampiran.

H. SENARAI NAMA GURU PENGIRING

3
NAMA NO IC

1. PN FAUZAH BTMOHD AMIN

2. EN MUHAMMAD REDZUAN B MOHD NOOR

3. EN ABD RANI MAN

4. PN MAZLINA BINTI MANAH

5. PN RODZIAH BT MD ISA

6. PN NAZIROH BT WAHAB

I. ANGGARAN PERBELANJAAN

PENDAPATAN PERBELANJAAN

PERKARA RM PERKARA RM

1. Kutipan Murid & Guru RM 880.00 1. Muzium Padi RM 132.00


(RM20 X 44 orang)
(RM 3.00 x 44)

2. Bas

2. Sumbangan lain
RM 120.00 RM 500.00

3. Makan

4. Perubatan RM 308.00

RM 60.00

4
JUMLAH RM 1000 JUMLAH RM 1000 .00

J. AHLI JAWATANKUASA KERJA PROGRAM

Penasihat : Tn. Hj. Md Bakri bin Abdullah (Guru besar )

Pengerusi : Pn Fauzah Bt Mohd Amin ( PK HEM)

Penyelaras : En. Muhammad Redzuan B Mohd Noor

Setiausaha : Pn. Mazlina Binti Manah

Bendahari : Pn. Rodziah Bt Md Isa

5
Ahli Jawatankuasa

Bendahari /AJK Pengangkutan


AJK Makanan Dan Minuman
Pn Rodziah Bt Md Isa
Pn Naziroh Wahab

AJK Disiplin/Kebersihan/Keselamatan
Penyelaras /AJK Keselamatan/Kebajikan
Mohd Rani Abd Rani
En Muhammad Redzuan Mohd Noor

Setiausaha , Jurufoto & Dokumentasi


-
Pn Mazlina Bt Manah

6
K. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB AHLI JAWATANKUASA

1. Setiausaha :

Menyediakan surat menyurat, menghubungi pihak-pihak yang terlibat

dengan proram lawatan. Memaklumkan kepada Pengerusi/Naib

Pengerusi tentang perkembangan terkini urusan program. Membuat

susulan terhadap setiap AJK. Menyediakan semua tindakan AJK.

2. Bendahari :

Menerima wang pendapatan, kutipan dan sumbangan. Mengawasi

perbelanjaan dan menyelaraskan wang keluar masuk.

3. AJK Pengangkutan :

Menghubungi pihak bas – sebuah buah bas, bayaran, memastikan bas

mempunyai permit dan insurans serta memastikan kedudukan pelajar

semasa di dalam bas.

4. AJK Makanan & Minuman :

Menguruskan makan dan minum pelajar sepanjang lawatan.

7
5. AJK Disiplin :

Memastikan disiplin pelajar sepanjang aktiviti dijalankan.

6. AJK Keselamatan & Kebajikan :

Mengawasi keselamatan peserta sepanjang program berjalan.

Menyediakan plastik (sampah dan muntah) serta ‘first aid’.

7. AJK Kebersihan

Memastikan kebersihan di dalam bas, sepanjang perjalanan dan tempat lawatan.

8. Jurufoto & Dokumentasi

Merakam foto semasa aktiviti dijalankan dan menyediakan laporan lawatan

L TENTATIF LAWATAN

Tempat Yang Dilawati


Nama dan Alamat Penuh
Tarikh Masa (Catatkan nama tempat dan negeri
Tempat Bermalam
yang berkenaan)

Berkumpul di sekolah dan taklimat


11 8.15am
Oleh Ustaz Muhammad Redzuan
Nov
2018 Bertolak Ke Alor Setar

8.30am Tiba di Muzium Padi

Ke Pusat Sains Negara


8
Makan dan Solat- Masjid Zohir
9.30am
Ke Muzium Negeri Kedah
Balai Seni Negeri
10.30am Rumah kelahiran Mahadthir.

Bertolak pulang ke sekolah.


12.30 pm

Dijangka sampai di sekolah.


2.00 pm

4.00 pm

5.00 pm

9
M. PENUTUP

Dengan adanya program lawatan ini diharap dapat memberi satu pengetahuan dan pengalaman baru
kepada pelajar-pelajar yatim dan miskin SK Seri Aman. Pengetahuan dan pengalaman ini juga boleh
digunakan sebagai panduan hidup pada masa hadapan Di samping itu, melalui program ini para peserta dapat
membuat penambahbaikan prestasi dari segi pencapaian, sahsiah dan disiplin agar berjaya dalam bidang
kurikulum dan kokurikulum.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah, Disemak oleh,

.............................................. ............................................................
(MAZLINA BINTI MANAH)
Setiausaha

Disahkan oleh,

10

…………………………………………..

Anda mungkin juga menyukai