Anda di halaman 1dari 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS TAWAU,
KM 36 JALAN BALUNG, BEG BERKUNCI 27,
91009 TAWAU, SABAH.

KERTAS KERJA
PERTANDINGAN PIDATO PIALA PENGARAH

ANJURAN:

KELAB ORATOR
IPG KAMPUS TAWAU

TARIKH:
26 JANUARI 2017

TEMPAT:
IPG KAMPUS TAWAU
KERTAS KERJA PERTANDINGAN PIDATO PIALA PENGARAH

1.0 TAJUK

Tujuan kertas kerja ini disediakan adalah untuk memohon pertimbangan dan
persetujuan daripada pihak tuan untuk merealisasikan Pertandingan Pidato Piala Pengarah

2.0 PENDAHULUAN

Pertandingan Pidato Piala Pengarah adalah salah satu aktiviti dalam Kelab Orator
IPG Kampus Tawau. Tujuan utama Pertandingan Pidato Piala Pengarah dilaksanakan
adalah untuk meningkatkan lagi kemahiran berbahasa dalam diri guru pelatih. Selain itu
juga, dapat memberi peluang kepada semua guru pelatih yang menyertai program ini untuk
menonjolkan diri dengan kemahiran bakat sedia ada. Di samping itu, pertandingan pidato ini
juga diharapkan dapat meningkatkan keyakinan diri pelajar terutama dalam berkomunikasi
di khalayak ramai.

Program yang dirancang ini, diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki
kemahiran yang mantap dalam berbahasa serta dapat membentuk pemikiran guru yang
kritis dan kreatif. Hal ini demikian, Pertandingan Pidato Piala Pengarah ini memerlukan
seseorang itu untuk berfikir dan bertindak secara terus semasa aktiviti dijalankan.

3.0 RASIONAL

Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi dan menjadi kepentingan untuk dikuasai
oleh semua guru kerana ia merupakan bahasa penghantar di sekolah walaupun
pengkhususan bidang yang diajar oleh guru itu bukanlah subjek bahasa Melayu.

Oleh itu, untuk meningkatkan lagi kemahiran berbahasa dan seterusnya


memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Kelab Orator merealisasikan
hasrat ini melalui Pertandingan Pidato Piala Pengarah yang dirancang khusus untuk
melahirkan guru yang mempunyai ketrampilan berbahasa.

4.0 OBJEKTIF

Objektif utama program ini ialah:


4.1 Meningkatkan kemahiran berbahasa sedia ada dalam kalangan guru pelatih;

4.2 Membentuk jati diri dan ketahanan jasmani, emosi, rohani, sosial dan intelek
para guru pelatih;

4.3 Memupuk semangat kerjasama dan toleransi dalam kumpulan;

4.4 Mendapatkan pengalaman secara langsung dalam kemahiran pengucapan


awam melalui aktiviti yang dijalankan;

4.5 Meningkatkan keyakinan diri ketika berhadapan di khalayak ramai

5.0 BUTIRAN AKTIVITI

Tarikh/ Hari : 26 Januari 2017/Khamis


Masa : 1:00 - 4:30 petang
Tempat : IPG Kampus Tawau

Pertandingan Pidato Piala Pengarah merupakan satu aktiviti bahasa yang akan
disertai oleh guru pelatih IPG Kampus Tawau. Pertandingan pidato ini dijalankan secara
spontan mengikut tajuk yang dicabut oleh para peserta.
KUMPULAN SASARAN

 PISMP Ambilan Jun 2014


 PISMP Ambilan Jun 2015
 PISMP Ambilan Jun 2016

6.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran A

7.0 AHLI JAWATANKUASA

7.1 AHLI JAWATANKUASA INDUK

Jawatankuasa Nama
Tuan Hj Mohd Zain bin Badui
Penaung
Pengarah IPG Kampus Tawau
Mazania Bin Haji Kasimin
Penasihat
Ketua Jabatan Pengajian Melayu

8.2 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Jawatankuasa Nama
Pengerusi Program Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin
Penolong Pengerusi Nor Syafikah binti Ambotuo
Setiausaha Ezlan bin Mansah
Bendahari Nur Shazana Zuardy
AJk Peralatan & Teknikal Darayani binti Johari
AJK Borang Penyertaan & Chrisline Pius
Publisiti
AJK Dokumentasi Azwan Suzairy Asri
8.0 ANGGARAN KOS PERBELANJAAN PROGRAM

Rujuk Lampiran B

9.0 PENUTUP

Program yang dianjurkan ini merupakan program yang telah dimasukkan dalam
perancangan tahunan Kelab Orator yang perlu dicapai oleh kelab ini. Justeru itu adalah
diharapkan agar permohonan ini diluluskan untuk memastikan program ini dapat dijalankan
dengan sebaiknya dan seterusnya dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………………………………….. ……………………………………..
(EZLAN BIN MANSAH) (MAZANIA BIN HAJI KASIMIN)
Setiausaha Ketua Jabatan Pengajian Melayu
Kelab Orator
Institut Pendidikan Guru Kampus
Institut Pendidikan Guru Kampus
Tawau Tawau
Tarikh : Tarikh :

Disokong oleh, (HAJI MOHD ZAIN BIN BADUI)


Pengarah,
Institut Pendidikan Guru Kampus
…………………………………………….. Tawau
(NAIMA BINTI KADIR) Tarikh:
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar,
Institut Pendidikan Guru Kampus
Tawau
Tarikh:

Diluluskan oleh,

……………………………………
Lampiran A

TENTATIF BENGKEL LAGU RAKYAT

TARIKH/ MASA PERKARA CATATAN


HARI

1:00-1:30  Pendaftaran - AJK Pendaftaran


pm
- Semua Peserta

26 Januari 1:30-4:00 Pertandingan Pidato Piala - Semua Peserta


2017 pm Pengarah bermula.
- AJK Peralatan dan
Teknikal

- AJK Dokumentasi

4:00-4:30 Pertandingan Pidato Piala - Semua Peserta


pm Pengarah dijangka tamat
- Semua AJK
Lampiran B

ANGGARAN KOS PERBELANJAAN PROGRAM

Bil Perkara Kuantiti Jumlah (RM)

1. Sumber HEP -

- Kertas A4 100 Keping

- Sijil Penyertaan Keping

- Sijil Penghargaan Keping

JUMLAH -

Anda mungkin juga menyukai