Anda di halaman 1dari 3

Pengerusi (Syamimi): Tinggi-tinggi dipaku pepara, Tempat meletak kain pua, Salam sembah pembuka bicara, Selamat datang

untuk semua. Bismillahirahmanirrahim,Assalamualaikum,salam sejahtera dan salam 1 Malaysia saya ucapkan kepada hadirin sekalian yang saya hormati.Dalam arena forum pada hari ini,kita akan membincangkan isu hangat lagi sensasi yang sedang giat diperdebatkan pada hari ini iaitu Kepentingan Memperkasakan Bahasa Melayu.Dari kedai kopi sehinggalah ke dewan parlimen,isu ini sering kali dibangkitkan dan dijadikan bahan bualan.Seperti yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan bahasa telah dimartabatkan sebagai Bahasa Kebangsaan dan asas pembinaan negara. Sesungguhnya Perkara 152 ini telah mengiktiraf dan mengisytiharkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta bahasa rasmi negara. Semestinya sebagai warga Malaysia yang merdeka kita harus bangga kerana memiliki bahasa kita sendiri sebagai identiti jati diri yang unggul sejajar dengan tuntutan Wawasan 2020. Baiklah molek rasanya saya memperkenalkan heroin-heroin jelita ini yang akan berperanan sebagai ahli panel pada hari ini.Di sebelah kanan saya,saudari Sharlina Sharizal iaitu ahli panel pertama kita.Apa khabar saudari? Ahli panel 1:Khabar baik saudari pengerusi.Saudari pula bagaimana? Pengerusi :Alhamdulillah sihat sahaja.Seterusnya ahli panel kedua,ikal mayang rambutnya,ayu berbaju kurung,saudari NurLisa Mohamed Nor.Selamat datang saudari.Dan dihujung sana,nampak senyap namun saya percaya di sebalik senyap itu beliau lantang bersuara.Saya memperkenalkan saudari Nurul Alia.Sebelum saya menyimpang jauh,saya menjemput saudari Sharlina untuk membuat pencerahan tentang kepentingan memperkasakan bahasa melayu.Dipersilakan. Ahli panel 1(Sharlina):Terima kasih saudari pengerusi,yang saya hormati barisan tetamu terhormat,para hakim,rakan-rakan panel serta hadirin yang saya hormati sekalian. Peranan atau kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa pengucapan ilmu dapat dilihat apabila bahasa ini dijadikan bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan negara kita. Apabila bahasa ini digunakan maka bahasa Melayu dapat mengisi erti pendemokrasian pendidikan kerana sebahagian besar rakyat mendapat ilmu melalui satu bahasa sahaja. Apabila semua orang mengunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu maka jurang pendidikan dapat dielakkan kerana kita sudah mempunyai sistem pendidikan kebangsaan dan bukan sistem yang memisahkan jurang antara rakyat. Selain daripada itu penggunaan bahasa kebangsaan ini juga dapat mengembangkan ilmu dan memudahkan proses penyampaian ilmu kepada masyrakat menjadi lebih berkesan.

Pengerusi: Terima kasih saudari Sharlina.Ada benarnya hujah-hujah yang diutarakan oleh saudari Sharlina sebentar tadi.Penggunaan satu bahasa sahaja dalam bidang pendidikan iaitu bahasa Melayu dapat merapatkan jurang pendidikan dalam kalangan pelajar.Saya percaya jika hal ini diberi perhatian khusus,proses penyampaian ilmu kepada para pelajar akan menjadi lebih efektif.Tanpa membuang masa,kita beralih pula kepada ahli panel kedua iaitu saudari NurLisa.Saudari,pada pendapat saudari,apa kepentingan lain usaha memperkasakan bahasa melayu ini? Ahli Panel 2(NurLisa): Bagi saya dengan memperkasakan bahasa kebangsaan kita dapat menaikkan taraf bahasa tersebut serta boleh menuju menjadikannya salah satu lingua franca sedunia. Dengan bertutur dalam bahasa Malaysia iaitu bahasa kebangsaan kita, orang luar akan berminat untuk belajar bahasa Malaysia. Apabila bahasa kita sudah dapat mencapai tahap itu, barulah bahasa kita boleh setanding dengan bahasa Inggeris yang banyak diggunakan oleh orang ramai.Selain itu, apabila kita pergi ke luar negara dan bertutur dalam Bahasa Melayu, mereka akan berminat dan berusaha untuk datang ke Malaysia kerana mereka mahu mengambil kelas ataupun belajar bertutur dengan masyarakat Malaysia. Dengan ini, kita mampu menaikkan ekonomi negara dan memajukan pelancongan negara serta dapat mengharumkan nama negara apabila ramai orang mengunjungi Malaysia. Pengerusi:Terima kasih saudari NurLisa.Satu hujah yang boleh saya taksirkan sebagai hujah yang mempunyai sudut pandangan yang jauh.Bahasa Melayu bukan sahaja berperanan sebagai bahasa kebangsaan tetapi mampu menjadi daya penarik pelancong luar negara untuk berkunjung ke Malaysia.Sekarang,kita dengar pula hujah-hujah dari ahli panel ketiga,saudari Nurul Alia.Dipersilakan. Ahli Panel 3:Terima kasih saudari pengerusi kerana sudi menjemput saya ke arena forum pada hari ini.Pada pendapat saya,bahasa Melayu wajar diperkasakan atas kepentingan untuk meningkat martabat karya sastera bahasa Melayu yang semakin dilupakan sedangkan dahulu,negara kita terkenal dengan penghasilan sajak,puisi,syair dan prosa yang puitis dan mempunyai nilai estetika yang tinggi.Namun,pada zaman yang moden ini,saya melihat unsur penghakisan penggunaan bahasa Melayu dalam penghasilan sesuatu karya.Banyak pihak cenderung menghasilkan karya sastera dalam bahasa Inggeris.Bukan tiada karya dalam bahasa Melayu namun jumlahnya menurun dan saya mendapati penulis masa kini suka mencampur adukkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris atau bahasa pasarnya,bahasa rojak.Hal ini tidak sepatutnya terjadi kerana perbuata itu seolah-olah cuba merendah-rendahkan martabat bahasa Melayu yang sudah wujud zaman-berzaman di Malaysia.Jika bukan rakyat Malaysia sendiri memperjuangkan kepentingan memperkasakan bahasa Melayu,siapa lagi?

Pengerusi:Ya.Siapa lagi yang akan memperkasakan bahasa Melayu kalau bukan kita rakyat Malaysia.Penggunaan bahasa rojak dalam karya sastera Melayu tidak harus dipraktikkan sama sekali kerana perbuatan itu menunjukkan kita rakyat Malaysia tidak berbangga dengan bahasa kebangsaan kita. Saya amat berminat dengan hujah ahli panel pertama berkenaan kepentingan memperkasakan bahasa Melayu dalam aspek pendidikan.Bolehkan saya mendengar serba-sedikit tentang kepentingan subjek Bahasa Melayu dari aspek peperiksaan besar seperti SPM? Ahli Panel 1:Kecil tapak tangan,nyiru saya tadahkan.Seperti yang kita sedia maklum,subjek bahasa Melayu sangat penting dalam peperiksaan besar seperti peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Hal ini kerana subjek bahasa Melayu merupakan subjek wajib lulus yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Jika kita gagal dalam peperiksaan Bahasa Malaysia untuk SPM, maka kita akan gagal seluruh peperiksaan SPM dan sijil SPM tidak akan diberi sijil.Hal ini menunjukkan betapa pentingnya kita untuk memperkasakan bahasa Melayu itu sendiri sehingga mampu mempengaruhi aspek peperiksaan besar seperti SPM. Pengerusi:Terima kasih saya ucapkan kepada saudari Sharlina di atas kesudiannya berkongsi pandangan dalam forum ini. Konklusinya,bahasa Melayu mempunyai kepentingan dan peranan yang khusus dalam pelbagai aspek kehidupan kita.Saya percaya jika semua pihak berganding bahu,bahasa Melayu akan terus kekal perkasa dan kepentingannya senantiasa dijamin selama-lamanya,tak akan goyah bak kata pepatah tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas.Aduhai,nampaknya masa begitu mencemburui saya pada kali ini.Tidak puas rasanya hendak mendengar hujah-hujah bernas dari ahli-ahli panel kita pada hari ini.Akhir kata,jutaan terima kasih ingin saya sampaikan kepada ahli-ahli panel yang sudi hadir dan berkongsi ilmu di forum perdana pada kali ini. Kuih lapis kuih cara, Manis rasanya memikat hati, Jika silap tutur bicara, Maaf ku pohon dari hati. Sekian,Assalamualaikum.

Anda mungkin juga menyukai