Anda di halaman 1dari 6

FORUM : Bahasa kebangsaan cerminan jati diri bangsa Malaysia

Pengerusi :Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada para


hadirin yang sudi hadir pada pagi ini untuk mendengarkan forum yang bakal
dibincangkan . Tajuk isu pada pagi ini ialah ” Bahasa kebangsaan cerminan jati diri
bangsa Malaysia ”. Apakah sebenarnya Bahasa kebangsaan cerminan jati diri
bangsa Malaysia yang tergambar dalam kotak fikiran kita? Apa pula
kepentingannya sehingga kita perlu memartabatkan Bahasa Melayu ini? Akhir
sekali , benarkah arus pemodenan yang dikatakan sebagai punca hilangnya
penghargaan generasi sekarang terhadap bahasa ibunda ini ?Bagi membincangkan
persoalan-persoalan yang dikemukakan , empat orang panel telah dijemput, panel
yang pertama (NAMA) , panel yang kedua (NAMA) ,Panel yang ketiga (NAMA)
dan Panel yang terakhir iaitu ( NAMA).
Pertama sekali , saya persilakan PANEL Pertama (contoh) untuk menceritakan
secara umum sejarah Bahasa Melayu . Bak kata orang tak kenal maka tak cinta .
Jadi , dipersilakan Panel pertama (NAMA)

PANEL 1 : Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan Terima kasih kepada Tuan
Pengerusi serta kepada para hadirin yang sudi hadirkan diri mendengarkan forum kami pada pagi
ini. Secara ringkas sejarah Bangsa Melayu masih kabur .Namun begitu, beberapa orang sarjana
bahasa Barat telah membuat penyelidikan tentang bahasa-bahasa yang tersebar di kepulauan
Melayu dengan membandingkan antara satu bahasa dengan bahasa yang lain. Bangsa Melayu
dikatakan berasal dari Asia Tengah atau dari Nusantara (kepulauan Melayu). Ini berdasarkan dua
teori yang dikemukakan oleh para pengkaji, iaitu R.H. Geldern, iaitu seorang ahli pengkaji
prasejarah yang mengatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari Asia Tengah berdasarkan
kajian yang dibuat terhadap kapak tua (beliung batu) yang ditemui. Kapak tua tersebut ditemui di
sekitar hulu Sungai Brahmaputra, Irrawaddy, Hwang, Salween dan Yangtze yang didapati serupa
dengan kapak tua yang ada di kawasan Nusantara. Beliau menyimpulkan bahawa kapak tua di
Nusantara itu dibawa oleh masyarakat dari Asia Tengah bersama-sama dengan bahasanya sekali.
Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh para pengkaji, Bahasa Melayu didapati tergolong
dalam filum bahasa-bahasa Austris yang mempunyai tiga rumpun utama iaitu Bahasa Austroasia,
Tibet-China dan Austronesia. Itu sahaja serba sedikit yang boleh saya cerita.

Pengerusi : Terima kasih Panel pertama . Dengan ini kita dapat mengetahui serba sedikit
mengenai asal usul Bahasa Melayu kita walaupun sejarahnya masih belum jelas. Seterusnya
saya akan tujukan soalan kepada Panel keempat. Seperti yang kita tahu . Pelbagai inisiatif telah
dilaksakan oleh pihak kerajaan agar semua pihak memartabatkan penggunaan bahasa Melayu.
Oleh itu adakah pada pandanga Panel keempat para pelajar di negara kita mengaplikasikan
dengan baik kemahiran komunikasi Bahasa Melayu ?

Panel 4: Terima kasih. Berdasarkan apa yang telah saya lihat di beberapa akhbar dan jugak di
media sosial, terdapat segelintir guru yang berhadapan dengan pelbagai cabaran untuk mendidik
pelajar agar menggunakan bahasa Melayu dalam komunikasi dengan betul. Apa tidaknya, ketika
guru bahasa Melayu berbuat demikian, terdapat sesetengah guru mata pelajaran bukan bahasa
Melayu tidak mempedulikan langsung tentang aspek kebahasaan. Bagi mereka, soal binaan ayat,
penggunaan imbuhan, dan ejaan yang betul tidak penting asalkan perkara yang disampaikan itu
difahami pelajar. Bukan itu sahaja, apabila keputusan peperiksaan diumumkan, memang
terdapat segelintir pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam bahasa Melayu bagi
peperiksaan bertulis, tetapi pelajar yang berkenaan amat lemah apabila berkomunikasi secara
lisan. Hal ini disebabkan mereka lebih gemar menggunakan dialek yang berterusan. Malahan ada
jugak segelintir guru segelintir guru yang cenderung menggunakan dialek ketika mengendalikan
pengajaran dan pembelajaran dan juga semasa menyampaikan ucapan dalam perhimpunan pagi
di sekolah. Itu sahaja daripada saya terima kasih.

Pengerusi : Begitu jelas perjelasan daripada Panel keempat. Bukan hanya penggunaa dialek
yang menjadi permasaalahan dalam mempertabatkan penggunaan bahasa Melayu . Malahan
penggunaan bahasa rojak di media cetak atau media elektronik turut mempengaruhi penguasaan
bahasa Melayu dikalangan pelajar dan masyarakat. Oleh itu , saya ingin meminta pandangan dan
pencerahan daripada panel ketiga mengenai permasaalahan ini.

Panel 3 : Terima kasih Tuan pengerusi diatas soalan yang telah diajukan sebentar tadi. Seperti
yang telah diterangkan oleh panel ketiga sebentar tadi mengenai permasaalahan dalam
memartabatkan bahasa Melayu di kalangan pelajar sekolah iaitu mengenai penggunaan dialek
dalam kehidupan seharian. Hal ini jugak amat berkait rapat dengan penggunaan bahasa rojak
dikalangan pelajar dan masyarakat. Seperti yang kita dapat lihat kebanyakan pelajar gemar sekali
meniru individu tertentu yang barangkali berasa hebat apabila berbicara dengan menggunakan
bahasa Melayu yang bercampur aduk dengan bahasa Inggeris. Bukan sahaja melalui percakapan
penggunaan bahasa slanga oleh rakan-rakan dan amalan menggunakan bahasa SMS pula tidak
kurang pentingnya dalam mempengaruhi penggunaan bahasa Melayu kepada semua pihak.
Malahan ada segelintir pihak yang berasa sangat gembira menggunakan bahasa rojak berbanding
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan mereka. Ada segelintir pelajar dan
masyarakat yang bertutur menggunakan bahasa Melayu malahan mereka diejek dan
diperlekehkan kerana mereka dikatakan terlalu kuno sehingga mereka tidak mempelajari
pertuturan yang terkini mengikut arus permodenan. Perkara ini telah menjadi cabaran bagi semua
pihak terutamanya pihak kerajaan serta guru bahasa Melayu dalam usaha untuk memperkasakan
penggunaan bahasa Melayu dikalagan pelajar dan masyarakat di negara kita. Sekian , itu sahaja
daripada saya. Terima kasih.

Pengerusi : Terima kasih panel ketiga. Begitu menarik sekali penjelasan daripada panel ketiga.
Seterusnya kita akan teruskan majlis ini dengan menujukan soalan kepada panel kedua.
Berdasarkan apa yang telah diterangkan oleh panel ketiga dan keempat apakah cara yang boleh
dilakukan agar penggunaan bahasa Melayu boleh dimertabatkan dan dengan ini slogan ‘Bahasa
kebangsaan cerminan jati diri bangsa Malaysia’ boleh kita gunakan.

Panel 2 : Terima kasih tuan pengerusi diatas soalan tersebut. Saya akan cuba menjawab dengan
sebaik mungkin. Melalui penjelasan daripada panel tiga dan empat sebentar tadi apa yang boleh
saya simpulkan masalah ini adalah berpunca daripada masalah penggunaan bahasa pertuturan
seharian mereka sehingga telah mempengaruhi penggunaan bahasa Melayu. Bagi menjawab
soalan Tuan pengerusi , terdapat banyak cara yang boleh kita lakukan agar penggunaan bahasa
Melayu iaitu bahasa ibunda kita oleh dimertabatkan kembali seperti zaman-zaman dahulu kala.
Yang pertama pihak kerajaan harus memberikan penegasan yang lebih berat kepada usaha
penbudayaan Bahasa Melayu sebagai asas peneguhan tamadun bangsa Malaysia dalam 2 aspek
yang penting. Yang pertama ialah pelaksanaan penggunaan bahasa melayu sebagai bahasa utama
dalam proses pemerolehan dan pengembangan ilmu, selaras dengan perancangan yang dilakukan
oleh Jawatankuasa Pelajaran Razak 1956 yang diperkukuh oleh Jawatankuasa Penyemak
Pelajaran Rahman Talib 1960 dan dimaktubkan dalam Akta Pelajaran 1961 dan Akta Pendidikan
1996. Aspek yang ke dua ialah pembudayaan bahasa yang baik, teratur, santun dan mewakili
budaya tinggi melalui kegiatan kokurikulum sehingga ragam bahasa tidak rasmi seperti bahasa
sembang internet dan bahasa khidmat pesanan ringkas (SMS) tidak sampai menggugat bahasa
yang mewakili budaya teras. Bukan itu sahaja, malahan pihak kerajaan jugak harus menetapkan
syarat agar pelajar atau pekerja asing untuk menduduki ujian asas bahasa melayu atau sekurang-
kurangnya mengikuti kursus pendek bertutur dalam bahasa melayu harus dijalankan dengan
lebih serius tanpa mengambil remeh. Seperti yang kita tau para pelajar jugak mendapat
pendidikan awal di sekolah. Oleh yang demikian pihak sekolah turut memainkan peranan dalam
memartabatkan penggunaan bahasa melayu dikalangan pelajar. Mereka boleh melaksanakan
aktiviti yang melibatkan penggunaan bahasa Melayu seperti melakukan pertandingan
mendeklamasikan sajak , melagukan syair ataupun membuat persembahan drama di sekolah.
Dengan ini , kita boleh menerapkan nilai untuk mencintai penggunaan bahasa Melayu di sekolah
dan di kalangan pelajar. Sekian daripada saya.

Pengerusi : Terima kasih panel kedua. Yang paling menarik banyak petua yang diberitahu oleh
panel kedua sebentar tadi yang boleh kita laksanakan untuk terus memartabatkan lagi
penggunaan bahasa melayu. Seterusnya tanpa membuang waktu, kita akan membincang lebih
lagi mengenai penggunaan bahasa Melayu sebagai cerminan jati dir rakyat Malaysia. Pertanyaan
selanjutnya saya akan tujukan kepada panel yang pertama. Jika dihalusi, Bahasa Melayu
merupakan elemen penting untuk membina jati diri dan semangat patriotik dalam kalangan
masyarakat. Lebih-lebih lagi, dalam jiwa generasi muda sekarang. Maka, kita dengar pandangan
Panel pertama tentang kepentingan-kepentingan memartabatkan Bahasa Melayu . Silakan Panel
pertama.

Panel 1 : Terima kasih , tuan pengerusi. Kepentingan-kepentingan memartabatkan Bahasa


Melayu antaranya dapat dilihat selama hampir setengah abad setelah negara menikmati
kemerdekaan, bahasa Melayu telah menjadi salah satu asas pembinaan negara yang penting
melalui tiga fungsi iaitu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu. Sebagai
bahasa ilmu, bahasa Melayu telah memungkinkan berlangsungnya pendemokrasian pendidikan
apabila sejumlah besar generasi muda mendapat peluang belajar dalam bahasa kebangsaan, tanpa
kekangan faktor taraf sosioekonomi dan pengasingan etnik serta halangan bahasa penghantar
ilmu yang dahulunya didominasi oleh bahasa Inggeris. Memandangkan Bahasa Melayu dikuasai
dan digunakan oleh majoriti rakyat Malaysia dan pada waktu yang sama ianya juga merupakan
bahasa kebangsaan, maka amat wajar bahasa ini dijadikan bahasa pengantar kepada
matapelajaran di sekolah. Ini bukan sahaja kerana untuk lebih mudah memahami pelajaran tetapi
pada waktu yang sama ianya juga untuk tujuan perpaduan kaum.

Pengerusi : Terima kasih panel pertama. Apa yang boleh saya simpulkan penggunaan bahasa
Melayu amat penting terutamanya dalan tujuan perpaduan kaum. Apakah cara yang boleh kita
gunakan untuk mengelakkan penggunaan bahasa Melayu daripada terus dilupakan oleh semua
pihak. Mungkin persoalan ini boleh dijawab oleh panel ketiga.

Panel 3 : Terima kasih sekali lagi Tuan pengerusi. Soalan yang agar mencabar untuk saya jawab.
Baiklah soalan ini tak kurang lebih sama dengan soalan yang telah ditujukan kepada panel kedua
sebentar tadi. Bagi mengelakkan penggunaan bahasa Melayu daripada terus dilupakan kita boleh
memastikan segala urusan yang melibatkan urusan rasmi negara haruslah menggunakan
sepenuhnya penggunaan bahasa Melayu. Bukan itu sahaja, syarikat-syarikat korporat jugak harus
melibatkan diri mereka dalam aktiviti kebahasaan kerana apa yang kita tahu kebanyakkan
syarikat-syarikat korporat susah untuk melibatkan diri mereka dalam aktiviti kebahasaan.Akhir
sekali, bagi pendapat saya , seperti yang telah diperkatakan diawal perbahasan masalah
penggunaan bahasa Melayu kebanyakkan berpunca daripada media massa dan media elektronik.
Oleh itu bagi mengelakkan masalah ini daripada terus berleluasa kita haruslah menguatkuasakan
penggunaan bahasa Melayu dalam penyiaran dan iklan.
Pengerusi : Terima kasih panel ketiga kerana telah menjawab soalan itu dengan jelas serta
bermanfaat kepada semua. Seperti yang kita tahu , sekiranya kita tidak menitiberatkan
penggunaan bahasa Melayu maka identiti jati diri bangsa Malaysia mungkin akan terus
dilupakan oleh semua pihak. Oleh itu apakah kesan positif jikalau kita terus memperkukuhkan
penggunaan bahasa Melayu ini dikalangan semua pihak tanpa mengira kaum serta agama.
Dengan ini saya ingin tujukan soalan ini kepada panel kedua. Silakan .
Panel 2 : Sekali lagi terima kasih pengerusi. Kesan positif yang boleh diambil melalui
pengukuhan penggunaan bahasa Melayu ini adalah sesuatu ilmu itu paling mudah difahami dan
dikuasai jika diajar di dalam bahasa ibunda, maka jika dijadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar dan teknik pengajaran diperbaiki, maka kita akan mempunyai anak-anak yang sudah
kukuh asas pengajian ilmu Sains dan Matematik di peringkat bawah bagi menyediakan diri
mereka untuk meneruskan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi. Penguasaan asas ilmu yang
lemah di peringkat bawah akan mengakibatkan kesannya merebak ke peringkat yang lebih tinggi
apabila anak-anak ini melanjutkan pelajaran mereka. Pada waktu yang sama, negara dapat
menjimatkan belanja menukar sistem pembelajaran dan melatih guru-guru Sains dan Matematik
yang bukan sahaja di peringkat sekolah tetapi juga melibatkan kesemua institusi-institusi
pendidikan yang menghasilkan mereka. Seperti kata ramai pakar-pakar pendidikan, pendidikan
yang tak berasaskan bahasa ibunda hanya menjadikan kita 'pengguna ilmu', habis belajar
muntahkan balik ilmu di alam pekerjaan, tetapi tak mampu menjadi 'pengeluar ilmu' kerana
kesukaran untuk mengembangkan kefahaman ilmu lantaran kekangan menukarkan kefahaman
dalam minda kepada bahasa asing.

Pengerusi : Terima kasih panel kedua. Tanpa kita sedari penggunaa bahasa Melayu amat penting
bagi melahirkan pelajar yang cemerlang di masa hadapan. Ini adalah soalan terakhir. Saya akan
tujukan soalan ini kepada panel keempat. Setelah kita mendengarkan semua penjelasan daripada
kesemua panel -panel jemputan . Apakah yang boleh disimpulkan oleh panel keempat mengenai
penggunaan bahasa Melayu di kalangan masyarakat di negara kita.

Panel 4 : Terima kasih Tuan Pengerusi. Baiklah apa yang saya boleh nyatakan dan tegaskan
penggunaan bahasa Melayu amat penting bagi mencerminkan jati diri bangsa Malaysia. Oleh itu,
saya amat berharap agar semua pihak terus mengukuhkan penggunaan bahasa Melayu mereka
dan bukan hanya membanggakan diri dengan menggunakan bahasa rojak dalam pertuturan
harian mereka kerana tanpa bahasa ibunda ini mereka mungkin tidak akan pernah mengenali apa
itu bahasa rojak yang mereka gunakan pada masa kini. Akhir kata dari saya, ayuhlah kita
bersama- sama memperkukuhkan penggunaan bahasa Melayu ini agar slogan Bahasa Melayu
adalah cerminan jati diri Malaysia akan terus digunakan sepanjang hayat. Sekian terima kasih.

Pengerusi : Terima kasih panel keempat. Begitulah pandangan-pandangan tajam daripada ahli-
ahli panel kita . Saudara penonton, memang tidak dapat dinafikan bahawa, Bahasa Melayu amat
perlu untuk dipelihara. Oleh itu, pelbagai usaha dilaksanakan bagi memastikan Bahasa Melayu
kita terus mendominasi kehidupan masyarakat. Semangat cinta akan negara sewajarnya
berkobar-kobar dalam jiwa setiap generasi apabila melihat usaha-usaha negara menjadikan
Bahasa Melayu sebagai lingua franca . Oleh itu, mulai hari ini, sama-samalah kita menghargai
Bahasa Melayu . Hanya bangsa yang kenal jati diri ialah bangsa yang dihormati . Maka dengan
saya akan mengakhiri perbahasan ini dengan terima kasih kepada semua terutama para panel
yang sudi berkongsi pandangan mereka. Saya akhiri dengan ucapan assalamualaikum semoga
kita bertemu dilain hari.

Anda mungkin juga menyukai