Anda di halaman 1dari 8

KETERAMPILAN BERTUTUR DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN

EMPAT SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO KAILAN


















BAB 1
PENDAHULUAN

Pengenalan
Komunikasi merupakan satu saluran penghubung yang penting untuk menyampaikan maklumat.
Sesuatu komunikasi yang berkesan memerlukan aspek keterampilan ketika kita berbahasa.
Aspek berbahasa sangat penting kerana dapat membantu menyampaikan maklumat dengan baik
tanpa sebarang gangguan lain. Komunikasi dapat berlangsung dengan lancar apabila unsur
keterampilan berbahasa digunakan. Keterampilan bermaksud kecekapan atau kemampuan yang
tinggi ( Kamus Dewan, 2005). Keterampilan berbahasa yang digunakan sebagai keterampilan
bertutur memberi maksud kecekapan atau kemampuan yang tinggi semasa berbahasa atau
berkomunikasi secara lisan. Tahap kemahiran komunikasi yang tinggi dan berkesan khususnya
dalam keterampilan bertutur amat penting bagi setiap individu dalam menghadapi cabaran
globalisasi.
Seseorang yang mempunyai kecekapan berkomunikasi dengan baik dalam sesuatu bahasa adalah
seseorang yang bukan sahaja mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang sistem bahasa
tetapi menggunakan bahasa itu untuk tujuan komunikasi dengan spontan bersesuaian dengan
lakuan tutur yang diterima masyarakat masa kini. Pengetahuan tentang nilai nilai ketatasusilaan
bahasa amatlah perlu kerana jika seseorang itu menggunakan bahasa tanpa mengikut nilai nilai
tersebut mungkin akan mewujudkan keadaan yang tidak harmoni antara penutur dengan penutur
yang lain.
Seseorang itu mempunyai kecekapan bertutur jika seseorang itu dapat menggunakan bahasa yang
berkenaan dengan baik mengikut tatabahasa yang betul. Menurut Asmah Hj. Omar, kadang kala
pelajar masih belum mempunyai keyakinan untuk menggunakan bahasa walaupun telah sekian
lama mengikuti kelas bahasa. Mereka kehilangan kata kata apabila disuruh menuturkan tentang
sesuatu konteks tertentu. Sesuatu yang luar biasa jika golongan ini mencapai markah yang tinggi
dalam ujian peperiksaan. Oleh itu, markah ujian peperiksaan tidak bolah dijadikan kayu
pengukur bagi menentukan tahap penguasaan bahasa Melayu sebenar pelajar.

1.0 Latar Belakang Kajian
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, keterampilan membawa maksud kecekapan,
kemampuan yang tinggi manakala bertutur pula membawa maksud bercakap cakap atau
berkata kata. Oleh hal yang demikian, keterampilan bertutur boleh disama ertikan dengan
kebolehan dan kecekapan seseorang dalam berkata kata dengan baik dari segi nahu dan santun
bahasanya. Keterampilan bertutur boleh dilihat dalam pelbagai sudut iaitu dari sudut linguistik (
Kesempurnaan Bahasa ) dan sudut Sosiolinguistik ( Kesantunan Berbahasa ).
I. Keterampilan Bertutur dari aspek Linguistik
II. Keterampilan Bertutur dari aspek Sosiolinguistik
III. Keterampilan Bertutur dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Empat



2.0 Pernyataan Masalah
Di sini dapat dirungkai bahawa terdapat beberapa permasalahan yang dapat digariskan dalam
membuat kajian. Kajian ini melihat kepada permasalahan yang berlaku dalam kalangan pelajar
untuk bertutur secara betul penggunaan tatabahasa dan juga dengan cara sopan. Antaranya :
I. Pelajar tidak mengetahui cara untuk terampil bertutur dari aspek Linguistik dan
Sosiolinguistik.
II. Pelajar lemah dan gugup dalam penggunaan bahasa terutamanya apabila bertutur secara
lisan di hadapan kelas terutamanya melibatkan aktiviti kebahasaan.
III. Pelajar kurang didedahkan dengan kemahiran bertutur dengan baik kerana sebahagian
besar guru hanya mementingkan kemahiran menulis dan membaca sahaja di dalam kelas.

3.0 Objektif Kajian
Beberapa objektif telah dikenalpasti dalam menjalankan kajian ini. Yang berikut ialah objektif
yang ditetapkan iaitu:
I. Mengenal pasti ciri ciri keterampilan bertutur dalam aspek Linguistik dan
Sosiolinguistik.
II. Menganalisis penggunaan bahasa yang digunakan oleh pelajar dalam aktiviti kebahasaan
berdasarkan ciri ciri keterampilan dalam aspek Linguistik dan Sosiolinguistik.
III. Mencirikan aspek aspek keterampilan bertutur dalam percakapan dengan seseorang.

4.0 Persoalan Kajian
Dalam kajian ini, beberapa persoalan telah dikenalpasti berdasarkan objektif yang hendak
dicapai. Persoalan kajian yang hendak dikenalpasti adalah seperti berikut:
i. Apakah ciri ciri keterampilan bertutur dari aspek Linguistik dan Sosiolinguistik ?
ii. Bagaimanakah penggunaan bahasa yang digunakan oleh pelajar dalam aktiviti
kebahasaan melalui aspek Linguistik dan Sosiolinguistik ?
iii. Apakah ciri ciri yang perlu ada pada seseorang untuk terampil bertutur dengan baik
dalam percakapan?

5.0 Kepentingan Kajian
Antara kepentingan kajian yang dapat diperolehi setelah kajian dilakukan ialah :
I. Pelajar dapat mengetahui cara untuk terampil bertutur dengan menggunakan nahu yang
betul dan santun penggunaan bahasanya.
II. Membantu pelajar meningkatkan keyakinan diri apabila bertutur dengan seseorang tanpa
rasa gugup dan gementar.
III. Guru dapat membantu pelajar mempelajari dan mempraktikkan ciri ciri keterampilan
bertutur dari segi Linguistik dan Sosiolinguistik semasa mereka berkomunikasi di dalam
kelas.



6.0 Batasan Kajian
Dalam kajian ini, pengkaji telah menggariskan beberapa batasan kajian dalam melaksanakan
kajian ini supaya pengkaji tidak tersasar daripada skop kajian yang telah ditetapkan. Dalam
kajian ini pengkaji telah memilih sampel sebanyak 40% daripada jumlah keseluruhan pelajar
tingkatan empat. Jumlah sampel ini dibahagikan mengikut jantina iaitu 40% daripada jumlah
keseluruhan pelajar lelaki dan 40% daripada jumlah keseluruhan pelajar perempuan. Setelah
mendapat jumlah sampel bagi pelajar lelaki dan perempuan, pengkaji akan mengumpul hasil
kajian iaitu beberapa buah rakaman video dan borang penilaian ujian lisan karangan mereka
untuk dinilai dan dianalisis untuk tujuan kajian.
Bahan kajian dan analisis ialah hasil rakaman video dan borang ujian lisan yang dipilih secara
rawak. Pengkaji akan melihat penggunaan bahasa yang digunakan oleh pelajar dalam aktiviti
kebahasaan dengan memfokuskan kepada aspek Nahu (Linguistik) dan Santun Bahasa
(Sosiolinguistik). Hal ini untuk memudahkan pengkaji bagi menganalisis penggunaan bahasa
yang digunakan oleh pelajar dalam bertutur.
Pengkaji juga akan melihat ciri ciri keterampilan bertutur dari aspek Linguistik dan
Sosiolinguistik dalam beberapa buah buku ilmiah dan melihat penggunaan bahasa yang
digunakan oleh pelajar dalam bertutur semasa menjalankan aktiviti kebahasaan berdasarkan
aspek Linguistik dan Sosiolinguistik Pengkaji akan menganalisis dan membuat penilaian aspek
bahasa berdasarkan penggunaan bahasa yang digunakan oleh pelajar. Pengkaji juga akan
mencirikan beberapa aspek yang perlu ada pada seseorang individu dalam mengukur tahap
keterampilan bertutur semasa bercakap dengan orang lain.

7.0 Definisi Operasional
Berikut ialah istilah istilah yang digunakan dalam kajian ini :
i. Keterampilan
ii. Bertutur
iii. Pelajar
iv. Tingkatan Empat

Anda mungkin juga menyukai