Anda di halaman 1dari 20

KAJIAN TINDAKAN

LATAR BELAKANG
Kajian tindakan berada di bawah payung Guru Reflektif. Oleh itu, dari segi prosedur pelaksanaannya sama seperti melakukan jurnal reflektif; Dalam kajian tindakan orang yang dikaji ialah guru itu sendiri. Oleh itu, pengkaji perlukan orang lain untuk membantu beliau membuat kajian. Mereka mungkin rakan, guru pembimbing, pensyarah dan pelajar;

Fokus utama dalam kajian tindakan ialah guru (pengkaji) berusaha sedaya upaya memperbaiki amalan pengajarannya. Ini bermakna, jika pengajaran tidak berkesan soalan yang harus ditanyakan ialah: Di manakah kelemahan saya? Bagaimanakah kelemahan itu dapat dibaiki? Siapakah yang dapat membantu saya membaiki kelemahan saya?

DEFINISI
Kemmis & McTaggart (1988) Kajian tindakan merupakan satu bentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan secara kolektif bertujuan meningkatkan pendidikan mereka sendiri, di samping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan-amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan.

Ebbut (1985) Kajian tindakan merupakan suatu pengkajian yang sistematik oleh sekumpulan pengamal terhadap usaha-usaha untuk mengubah dan memperbaiki amalan pendidikan melalui tindakan praktis mereka sendiri serta refleksi terhadap kesan atau akibat tindakan tersebut.

McNiff (1988) Kajian tindakan sebagai satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan dengan menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk mengubahnya. Ianya melibatkan guru dalam inkuiri yang dijalankan oleh mereka serta melibatkan guru-guru lain secara bersama.

MODEL KAJIAN TINDAKAN (Model


Kemmis dan Mc Taggart, 1988)

Contoh Merancang
Saya kurang bersetuju dengan buku teks yang ada tetapi itulah sahaja yang ada. Bolehkan saya menukar kaedah menggunakannya? Saya perlu mencubanya secara berpasangan.

Bertindak
Saya tunjukkan kepada pelajar bagaimana untuk menyoal dan menjawab soalan secara berpasangan. Kami mencubanya di dalam kelas.

Memerhati
Saya masuk ke dalam pasangan dan mendengar mereka bersoal jawab. Saya merekod sebahagian perbualan untuk kajian saya.

Mereflek
Aktiviti nampak hidup, tapi sebahagian soalan yang dikemukakan kurang terarah.

Merancang Semula
Saya akan mencuba teknik temu duga. A menyoal B dengan soalan yang mencungkil maklumat berdasarkan teks. Adakah itu akan membosankan pelajar? Bagaimanakah dapat saya kawal keadaan ini? Saya akan libatkan mereka secara aktif.

Bertindak
Pelajar merekod perbualan mereka. Oleh sebab tidak cukup pita rakaman mereka bekerja dalam kumpulan berempat, dijalankan secara bergilir-gilir. Pada akhir dua set temu duga mereka mendengar dan memberi komen.

Memerhati
Pelajar nampak ceria. Mereka mengambil maklumat daripada teks dan menggunakan maklumat tersebut untuk membina soalan dan jawapan.

Mereflek
Yang perlu diberi perhatian: Adakah kaedah saya betul? Saya mesti mendapat nasihat ketua jabatan. (Kemmis mencadangkan supaya dilibatkan rakan sejawat sebagai pembantu, rakan kerja dan rakan kritik). Perlukah saya lakukannya secara kerap dan libatkan kelas lain? Saya bimbang dengan gerak kerja pelajar (1) terlalu bising (2) tidak cukup alat (pita rakaman).

CIRI KAJIAN TINDAKAN


Dilakukan oleh guru atau pendidik dalam konteks tugas seharian atau dalam konteks mata pelajaran dan kelas yang diajar oleh mereka; Dilakukan secara berkumpulan dan secara kolaboratif dengan
membentuk kumpulan-kumpulan guru yang bersifat kritis kendiri (self-critical) berkomitmen untuk meningkatkan kefahaman praktis mereka; menggunakan tindakan praktis bagi menyelesaikan masalah dan mengembangkan pengetahuan secara serentak;

Pengkaji terlibat secara langsung dalam usaha memperbaiki amalan pendidikan dan menambahkan kefahaman terhadap amalan tersebut; Banyak menggunakan aktiviti atau kaedah refleksi kendiri; Dilakukan secara sistematik dan rigorous (ketat/berdisiplin); dan Dilakukan secara berterusan, berkembang mengikut kitar refleksi kendiri iaitu tinjauan, perancangan, pelaksanaan dan renungan atau refleksi.

CIRI UTAMA KAJIAN TINDAKAN


MERANCANG BERSAMA FOKUS MEMPERSETUJUI KRITERIA KEMAHIRAN MEMERHATI MAKLUM BALAS

MERANCANG BERSAMA
ANTARA PEMERHATI DENGAN YANG AKAN DIPERHATI MEMBINA KEPERCAYAAN BERBINCANG TENTANG ISI PELAJARAN MENETAPKAN MASA, TEMPAT TEMPAT PEMERHATIAN DLL.

FOKUS
BOLEH JADI SECARA UMUM ATAU KHUSUS FOKUS UMUM AKAN TERHASIL PENILAIAN SUBJEKTIF INTERPRETASI BERCAPAH FOKUS KHUSUS DAN BERFOKUS MEMBERI MANFAAT KEPADA KAJIAN FOKUS YANG BERKAITAN DENGAN PERANCANGAN MENYUMBANGKAN KEBAIKAN KEPADA GURU DAN PENDIDIKAN

MEMPERSETUJUI KRITERIA
DIPERSETUJUI SEBELUM SESUATU SESI PEMERHATIAN KRITERIA BOLEH BERUBAH MENGIKUT OBJEKTIF PEMERHATIAN FOKUS, MASA DLL(ONGOING REVIEW)

KEMAHIRAN MEMERHATI
TIDAK TERLALU CEPAT MENGHUKUM KEMAHIRAN INTERPERSONAL MEMBANTU DAN MEMPERCAYAI KEMAHIRAN TEKNIKAL MERANGKA JADUAL MEMERHATI, MERANGKA SENARAI SEMAK UNTUK DIGUNAKAN SEMASA PEMERHATIAN DLL. BERKEUPAYAAN MEMBERI MAKLUM BALAS

MAKLUM BALAS
HENDAKLAH DIBERI SEGERA DALAM MASA 24 JAM BERASASKAN REKOD YANG SISTEMATIK DATA YANG BERFAKTA INTERPRETASI DIBUAT DENGAN MERUJUK KEPADA KRITERIA YANG TELAH DIPERSETUJUI INTERPRETASI MULA DATANGNYA DARIPADA GURU YANG DIPERHATI MAKLUM BALAS DARIPADA KEDUA-DUA PIHAK BERMATLAMAT MEMBINA STRATEGI APA-APA YANG DIPELAJARI.

LINGKARAN PEMERHATIAN
MESYUARAT PERANCANGAN

DISKUSI MAKLUM BALAS

PEMERHATIAN BILIK DARJAH

FORMAT PELAPORAN
Isi Kandungan Penghargaan Abstrak 1.0 Refleksi P & P yang lalu 2.0 Isu Keperihatinan 3.0 Objektif Kajian 4.0 Kumpulan Sasaran 5.0 Pelaksanaan Kajian Merancang Bertindak Memungut data Merefleks 6.0 Cadangan Kajian Seterusnya Bibliografi Lampiran

Anda mungkin juga menyukai