Anda di halaman 1dari 6

Soalan 2 (b) Petikan Drama

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan


yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
NEK SINAH : Nak Aiman, mari makan. Nek dah siapkan makanan
kegemaran Aiman, ayam masak asam pedas.
AIMAN : Hei, jangan panggil saya nak Aiman! Saya bukan anak Nek Sinah.
Nek Sinah tu cuma orang gaji di rumah ini, faham? Saya belum lapar.
Belum nak makan lagi. Saya nak tunggu Kak Dapnia baik, saya nak
makan dengan dia.
NEK SINAH : Nenek sedar siapa diri nenek dalam rumah ini. Tadi Dapnia
ada telefon beritahu yang dia tak baik makan tengah hari, dia banyak
tugasan di universiti. Malam baru dia pulang. Datin juga sibuk, malam
baru dia pulang.
AIMAN : Kak Dapnia tak baik, mummy pun sama? Semua orang dalam
rumah ini sentiasa sibuk saja. Macamlah esok dah nak kiamat.
NEK SINAH : Tak baik cakap begitu, mereka pastinya ada urusan yang
penting.
AIMAN : Sudahlah, Nek Sinah boleh keluar dari bilik saya ini. Nanti kalau
saya lapar, saya pergi makan. Tak perlu sentiasa nak aturkan perkara
yang perlu saya buat. Saya bukannya budak kecil lagi.
(Dipetik daripada drama Berkhidmat untuk Negara oleh Affin.
Zulkarnaen Adam, dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari
Istanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i)

Apakah alasan-alasan yang diberikan oleh Aiman untuk menolak


pelawaan makan tengah hari oleh Nek Sinah?
(2 markah )

(ii)

Pada pendapat anda, wajarkah seseorang anak muda


menggunakan kata-kata yang kasar dan kurang sopan apabila
bercakap dengan orang yang lebih tua?
Berikan tiga sebab.
( 3 markah )

(iii)

Huraikan satu nilai kemanusiaan yang terdapat dalam petikan di


atas dan satu nilai kemanusiaan lain yang terkandung dalam
keseluruhan drama.
( 4 markah )

Soalan 2 (c) Petikan Prosa Tradisional


Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab
soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Setelah hari hampir siang maka orang pun lalu. Maka dilihatnya
seorang perlente mati; maka segera dikeratnya telinga dibawa kepada
raja, sembahnya, Ya tuanku, inilah tandanya patik membunuh penjurit
yang terlalu buas itu.
Maka datang pula seorang lagi, dikeratnya kepala, lalu dibawa
menghadap raja katanya, Inilah tandanya patik membunuh penjurit malam
tadi.
Dengan demikian habislah kaki tangan Kertala Sari dikeratnya
dibawanya kepada raja. Maka baginda pun menjadi hairan.
Maka titah baginda kepada Bendahara, Ayo mamak Bendahara, kita
pun hairan kelakuan ini. Siapakah juga yang sungguh ini?
Maka sembah Bendahara, Ya tuanku, pada bicara patik, dua
pertandaan lagi maka sungguh; tambahan Laksamana belum datang.
Seketika lagi maka Laksamana pun datang membawa syahwat dan
keris Kertala Sari. Maka sembah Bendahara, Inilah, tuanku pertandaan
yang sungguh. Pada bicara patik, jika lain daripada Laksamana, tiada akan
dapat membunuh penjurit itu. Janganlah membunuh dia, menentang
matanya pun tiada dapat. Maka segala mereka itu pun masing-masing
tunduk kemalu-maluan, lalu kembali.
(Dipetik daripada prosa Kepimpinan Melalui Teladan
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka.)
(i)

Berikan maksud penjurit yang terlalu buas.

( 2 markah )

(ii)

Apakah reaksi Bendahara setelah melihat Laksamana masuk


menghadap Raja Melaka?
Nyatakan reaksi-reaksi tersebut.

(iii)

( 3 markah )

Sekiranya anda Raja Melaka, apakah tindakan-tindakan yang


akan anda ambil terhadap orang-orang yang membuat pengakuan
palsu bahawa merekalah yang telah membunuh Kertala Sari?
(3
markah )

Soalan 2 (d) Petikan Sajak


Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Ini gelanggang kita
yang diwariskan oleh pendekar-pendekar datuk nenek moyang lebih
lima dekad yang lalu
satu persepakatan kaum untuk diturunkan kepada anak cucu
di kemudian hari
hari ini kitalah pewaris gelanggang yang terbina dari keringat
dan air mata
dengan gelanggang inilah negara aman makmur rakyat
berpadu
kita pelihara gelanggang ini dengan kejap sepenuh hati
kita mempertahankan kedaulatan watan dari anasir jahat
kerana telah terbukti dapat menyatupadukan pelbagai
keturunan.
para pendekar kita harus berani berjuang menangkis tohmahan
demi mempertahankan maruah gelanggang keramat suci ini
suara-suara momokan sumbang memperlekehkan menyentuh
hati nurani

kita sanggah nyah tanpa kompromi dari menggugah


gelanggang
jangan sekali bermain api kelak membinasakan diri sendiri
marilah para pahlawan setia kita kukuhkan ukhwah
elakkan pertelingkahan sesama sendiri
kitalah pewaris abadi yang menjunjung amanah ini
agar kecemerlangan tercerna di persada arena
terus memacu kejayaan demi maruah harga jati diri
membina sebuah negara bangsa yang harmoni dan dihormati
kita junjung dan taat hingga akhir hayat.
Onn Malini
Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka.

(i)

Nyatakan dua cara untuk mengekalkan perpaduan seperti yang


dinyatakan dalam sajak ini.
( 2 markah )

(ii)

Pada pendapat anda, apakah faktor yang menyebabkan sesebuah


negara dijajah?
( 3 markah )

(iii)

Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam sajak ini.


( 4 markah )

Soalan 4 : Novel
( 15 markah )

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:


i)

Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib

ii)

Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor

iii)

Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin

iv)

Pantai Kasih karya Azman Nordin

v)

Tirani karya Beb Sabariah

a) Berdasarkan novel yang telah anda kaji, jelaskan latar tempat


berserta dengan peristiwa yang berlaku di tempat tersebut.
( 8 markah)
b) Huraikan tiga nilai yang terdapat dalam novel yang anda kaji.

( 7 markah)

Anda mungkin juga menyukai