Anda di halaman 1dari 7

MODUL PDPR T3 BULAN SEPTEMBER

LATIHAN 1 (SKEMA JAWAPAN)

Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Garis kesalahan bahasa
tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan.

1) Jalan yang senyap itu jarang dilalui oleh pemandu kerana mereka berasa takut untuk
melaluinya terutama pada waktu malam.
sunyi

2) Ahmad terlalu sayangkan emaknya yang sudah lanjut usia dan tinggal sendirian di kampung.
sayang akan

3) Jambatan yang diperbuat daripada kayu itu usang amat dan tidak selamat untuk dilalui lagi.
amat usang

4) Ali berasa sungguh terkejut benar-benar ketika menerima surat tawaran pelantikan sebagai
jurubahasa.
benar

5) Para pejuang kemerdekaan sentiasa dikenang oleh kerana jasa mereka yang sanggup
berkorban nyawa demi kedaulatan tanah air.
kerana

6) Ahmad sudah lama menetap di bandar sebaliknya dia masih bersikap kekampungan.
namun

7) Bilatah agaknya Mary akan berkunjung sini lagi kerana dia tinggal jauh di seberang laut.
bilakah

8) Semua jenis lauk-pauk yang dijual di warung kecil itu mahal-mahal belaka.
semua jenis lauk

9) Pemuda itu tidur berbantalkan di atas lengan kerana bilik tidurnya terkunci dari dalam.
berbantalkan lengan

10) Beratus kenderaan masih tersadai di jalan raya kerana laluan utama terputus akibat kejadian
banjir.
terhalang

2
11) Pejabat baharu Puan Shila terletak di antara pejabat pos dan rumah pangsa
kos sederhana.
dengan

12) Seniman P.Ramlee telah melakonkan dalam beberapa buah filem


bersama dengan biduanita Saloma.
berlakon

13) Persatuan Alam Sekitar akan mendermakan sebahagian dari wang yang
diperoleh semasa jualan barang terpakai.
daripada

14) Nyanyian peserta paling termuda dalam pertandingan itu mendapat


tepukan yang amat gemuruh.
paling muda/termuda

15) Beberapa orang karyawan dari Unversiti Malaya sedang


membentangkan kertas-kertas kerja mereka dalam seminar keilmuan itu.
Universiti

16) Rambut adik sungguh kusut-masai kerana tidak disikat dengan rapi.
kusut-masai

17) Kelvin mengemukakan sebuah pendapat yang bernas dalam sesi


percambahan idea sebelum memulakan projek tersebut.
pendapat

18) Kami akan perjelaskan perkara yang sebenar kepada pihak penganjur
demi menjernihkan keadaan.
menjelaskan

19) Kerja-kerja pelebaran jalan itu mengambil masa selama tiga bulan untuk siap
sepernuhnya.
sepenuhnya

20) Encik Halim yang budiman itu telah bermurah hati untuk membiaya kos
pembinaan rumah anak-anak yatim di kampung kami.
itu bermurah hati

3
LATIHAN 2
Betulkan kesalahan ejaan berikut.
Bil Salah Betul

1 mee mi

2 keretapi kereta api

3 juru ulas juruulas

4 pensil pensel

5 koewteow kuey teow

6 taekwando taekwondo

7 email e-mel

8 internet Internet

9 tengahari tengah hari

10 nasionalisma nasionalisme

11 cinggay cingge

12 setor stor

13 cop rasmi cap rasmi

14 pasca-merdeka pascamerdeka

15 merbahaya berbahaya

16 mengembeleng menggembeleng

17 squash skuasy

18 ko kurikulum kokurikulum

19 nenas nanas

20 maksima maksimum

4
Bil Salah Betul

21 Ramadhan Ramadan

22 efisyen efisien

23 cendiakawan cendekiawan

24 ibubapa ibu bapa

25 karenah kerenah

26 kolestrol kolesterol

27 ambulan hospital ambulans hospital

28 lagenda legenda

29 pasaraya pasar raya

30 lanskap landskap

31 otomatik automatik

32 perabut perabot

33 spesis spesies

34 sekaligus sekali gus

35 bowling boling

36 tele perubatan teleperubatan

37 stesyen stesen

38 mempamirkan mempamerkan

39 1970 an 1970-an

40 silaturrahim silaturahim

5
LATIHAN 3
Cerakinkan bahagian subjek dan predikat dalam ayat-ayat di bawah.

1. Penduduk kampung itu bergotong-royong membersihkan kawasan kediaman


mereka.
Subjek : Penduduk kampung itu

Predikat : bergotong-royong membersihkan kawasan kediaman mereka.

2. Baju yang sudah dijahit itu belum diseterika oleh ibu saya.
Subjek : Baju yang sudah dijahit itu

Predikat : belum diseterika oleh ibu saya.

3. Gadis yang senyum dengan saya tadi pernah bekerja di kedai kopi ayah
Nora.
Subjek :Gadis yang senyum dengan saya tadi

Predikat :pernah bekerja di kedai kopi ayah Nora.

4. Anak Puan Wong yang bermain di padang itu tidak mahu pulang
walaupun hari sudah senja.

Subjek :Anak Puan Wong yang bermain di padang itu Predikat


: tidak mahu pulang walaupun hari sudah senja.

5. Buku-buku cerita yang dipinjam oleh kakak masih belum dipulangkan lagi.
Subjek :Buku-buku cerita yang dipinjam oleh kakak

Predikat :masih belum dipulangkan lagi.

6. Adik menangis semahu-mahunya kerana ibu tidak memberikan wang


kepadanya.
Subjek :Adik menangis semahu-mahunya

Predikat :kerana ibu tidak memberikan wang kepadanya.

7. Rumah kedai yang usang itu akan dirobohkan oleh pihak berkuasa tempatan.
Subjek :Rumah kedai yang usang itu

Predikat :akan dirobohkan oleh pihak berkuasa tempatan

8. Telah saya siapkan tugasan yang diberikan oleh guru.


Subjek :Telah saya siapkan tugasan

Predikat :yang diberikan oleh guru

6
9. Sejak peristiwa itu, Andrew tidak bercakap bohong lagi dengan ibunya.
Subjek :Andrew tidak bercakap bohong lagi dengan ibunya
Predikat :sejak peristiwa itu

LATIHAN 4

Berdasarkan pernyataan yang diberi, bina ayat tanya yang gramatis.

1. Pertandingan drama itu diadakan di dewan sekolah pada hari Rabu yang
lalu.
Dimanakah pertandingan drama itu diadakan? /Bilakah pertandingan
drama itu diadakan di dewan sekolah?

2. Semua penduduk menyertai aktiviti gotong-royong membaiki dewan yang


rosak.
Siapakah yang menyertai aktiviti gotong-royong membaiki dewan
yang rosak itu?

3. Kek berperisa strawberi dibuat oleh ibu saya petang semalam.


Bilakah kek berperisa strawberi dibuat oleh ibu kamu?

4. Penduduk dinasihati agar tidak turun ke laut pada musim tengkujuh.


Bilakah penduduk dinasihati agar tidak turun ke laut?

5. Ya, saya sudah membawa buku yang dipesan oleh rakan saya.
Adakah anda sudah membawa buku yang dipesan oleh rakan kamu?

6. Sebanyak 30 bungkus mi sup telah dijual oleh Azizah.


Berapakah bungkus mi sup yang telah dijual oleh Azizah?

7. Mereka menghadiahi Cikgu Hasan sebuah jam tangan.


Apakah yang mereka hadiahkan kepada Cikgu Hasan?

8. Kita mesti menghargai jasa ibu bapa serta guru-guru.


Siapakah mesti kita hargai?

7
9. Encik Tan mengarahkan pekerjanya supaya mengamalkan sikap
bertanggunggjawab.
Apakah yang Encik Tan arahkan kepada pekerjanya?

10. Puan Devi menguruskan syarikat penerbitan itu semenjak ayahnya


meninggal dunia.
Sejak bilakah Puan Devi menguruskan syarikat penerbitan itu?

11. Aku belum menyiapkan kerja-kerja sekolah yang diberi oleh Cikgu Salman
semalam.
Adakah kamu sudah menyiapkan kerja-kerja sekolah yang diberi oleh
Cikgu Salman semalam?

12. Guru disiplin telah memberi amaran kepada pelajar lelaki.


Siapakah yang memberi arahan kepada pelajar lelaki?

Anda mungkin juga menyukai