Anda di halaman 1dari 13

BENGKEL

PEMANTAPAN TATABAHASA

MORFOLOGI
&
SINTAKSIS

Tarikh:
24 JULAI 2021(SABTU)

Pembimbing:
CIKGU ZAMRI SALLEH
MUNSYI DEWAN

Nama : _________________________________________
Tingkatan  : _________________________________________

1
BAHAGIAN A (MORFOLOGI)

Bidang Morfologi
1. Bentuk kata dan proses pembentukan kata
2. Golongan kata

BENTUK KATA
1. Kata tunggal - roh, jalan, dermaga, peribahasa, maharajalela
2. Kata terbitan - berjalan, menjalankan, diambil, memperbesar, telunjuk
3. Kata majmuk - jalan raya, urus niaga, atur cara, olahraga
4. Kata ganda - jalan-jalan, berjalan-jalan, mandi-manda, kekura

Latihan 1
Nyatakan bentuk kata.
1. atur cara 4. cari gali 7. pepohon 10. kecantikan
2. pertandingan 5. jurubahasa 8. diam-diam 11. kakitangan
3. bersih 6. gemilang 9. pentas 12. tanah-tanih

PROSES PEMBENTUKAN KATA


1. Pengimbuhan - menghasilkan kata terbitan:
Awalan – berkata, mencari, memperjelas, jurujual, penyapu
Akhiran – jalankan, hentikan, dekati, naiki, lautan, acuan
Apitan – menjalankan, didekati, memperdengarkan, pemperosesan
Sisipan – gemilang, telunjuk, serabut, gementar, gerigi

Peraturan p, t, k dan s - kata dasar yang bermula dengan konsonan p, t, k, dan s akan luluh dan
digantikan bunyi “sengau” yang hampir dalam daerah artikulasi apabila
diimbuhkan dengan imbuhan meN-… dan peN-…
- pasti - memastikan mempastikan (x)
- kagum - mengagumkan mengkagumkan (x)
- tari - menari
- sapu - penyapu

2. Pemajmukan - menghasilkan kata majmuk


Jenis Kata Majmuk - a) Rangkaian kata bebas:
gambar rajah Ketua Menteri
nasi minyak Naib Canselor
b) Istilah khusus:
garis pusat urus setia
cari gali pita suara
c) Simpulan bahasa:
kaki ayam rabun ayam
buah tangan duit kopi

15 kata majmuk
yang dieja bercantum - antarabangsa, beritahu, bumiputera, jawatankuasa,
kakitangan, kerjasama, olahraga, matahari, setiausaha,
sukarela, suruhanjaya, tandatangan, tanggungjawab,

2
warganegara, pesuruhjaya

Pengimbuhan kata
majmuk - Awalan atau akhiran hendaklah dieja terpisah:
bercampur aduk, mengambil alih, daya serapan

Apitan hendaklah dieja bercantum:


mencampuradukkan, pengambilalihan, menyatupadukan
Penggandaan kata
majmuk - Gandakan unsur pertama sahaja:
alat-alat tulis, gambar-gambar rajah, balai-balai raya

Gandakan seluruh unsur bagi bentuk yang telah mantap:


pesuruhjaya-pesuruhjaya, tandatangan-tandatangan

3. Penggandaan - menghasilkan kata ganda


Jenis Penggandaan - a) Penggandaan penuh:
rumah-rumah guru-guru
pulau-pulau jabatan-jabatan
b) Penggandaan separa:
lelaki berkata-kata
kekura mencari-cari
c) Penggandaan berentak:
sayur-mayur kuih-muih gotong-royong

Latihan 2
Betulkan kesalahan bagi perkataan berimbuhan di bawah.
1. merasa (malu) 5. mengalakkan
2. perlantikan 6. penyuruh (Allah)
3. membasmikan 7. beserban
4. memperindahkan 8. menghadkan

Latihan 3
Nyatakan jenis penggandaan.
1. lintang-pukang 4. kertas-kertas kerja 7. beramai-ramai
2. setiausaha-setiausaha 5. riuh-rendah 8. hiruk-pikuk
3. bebola 6. tadika-tadika

GOLONGAN KATA - terbahagi kepada 4

1. Kata nama - Ali, rumah, mereka, pelajaran


Kesalahan kata nama - Ejaan:
Salah Betul
*kebaikkan kebaikan
*pertunjukkan pertunjukan
*pemerosesan pemprosesan
*juru terbang juruterbang
*ko-kurikulum kokurikulum
Awalan membezakan
makna - pekarangan dan perkarangan

3
pedalaman dan pendalaman

2. Kata kerja - berjalan, mendirikan, diambil, berbalut, kehujanan


Kesalahan kata
kerja - Salah Betul
*memperalatkan memperalat
*memperdayakan memperdaya
*memperolehi memperoleh
*memperluaskan memperluas
*mempertinggikan mempertinggi

Penggunaan imbuhan - menghadiahi dan menghadiahkan


kata kerja mengutusi dan mengutuskan
memperhamba dan memperhambakan
memperisteri dan memperisterikan
menaiki dan menaikkan
menjalani dan menjalankan
memasak dan memasakkan

3. Kata adjektif - besar, putih, bersih, cepat


Darjah penghabisan - sepandai-pandai, terpandai, paling pandai, pandai sekali,
teramat pandai, tersangat pandai, amat pandai sekali, sungguh pandai sekali,
sangat pandai sekali
Salah: *terpandai sekali
*paling pandai sekali

4. Kata tugas - 17 jenis yang terbahagi kepada 4 kelompok:


a) Kata penyambung ayat – kata hubung:
- dan, tetapi, lalu, sambil, malahan
- yang
- bahawa, untuk
- kerana, kalau, setelah, semoga, andai kata, meskipun, setelah, walaupun
b) Kata praklausa yang terdiri daripada:
i) Kata seru - wah, oh, cis, aduh
ii) Kata tanya - siapa, bila, bagaimana
iii) Kata perintah - jangan, usah, sila, tolong
iv) Kata pangkal ayat/penanda wacana - maka, syahdan, namun,
walau bagaimanapun
c) Kata prafrasa dan pascafrasa
i) Kata bantu - aspek: telah, belum, baru, akan
- ragam: hendak, mahu, mesti, boleh, dapat, patut
ii) Kata penguat:
Penguat hadapan - terlalu, kurang, agak
Penguat belakang - sekali, benar, betul, nian
Penguat bebas - amat, sangat, sungguh

iii) Kata penegas - -kah, -lah, -tah, juga, pun, sahaja, lagi
iv) Kata nafi - tidak, bukan
v) Kata pemeri - ialah, adalah

4
Kesalahan kata - Salah: Betul:
pemeri *ialah untuk adalah untuk
*ialah bersenam adalah dengan cara bersenam
*adalah pengawas ialah pengawas
vi) Kata sendi nama - di, ke, dari, daripada, untuk, seperti, oleh, akan
vii) Kata pembenar - ya, benar, betul
viii Kata arah - atas, antara, bawah, tengah, dalam, hadapan
ix) Kata bilangan - 5 jenis
a) Kata bilangan tentu - dua, sebelas, tiga ratus
b) Kata bilangan tak tentu - beberapa, para, segala
c) Kata bilangan himpunan - beratus-ratus, ketiga-tiga
d) Kata bilangan pisahan - setiap/tiap-tiap, masing
e) Kata bilangan pecahan - setengah, sepertiga, seperenam
x) Kata adverba - (duduk) diam-diam, (tinggal) bermalam-malam,
segera (ke pejabat), (sakit) kuat, (putih) berseri
d) Kata pascakata
i) Kata penekan - sesungguhnya, nampaknya, bahawasanya
ii) Kata pembenda - lajunya, sakitnya, lantangnya, datangnya

Cara menentukan golongan kata:


i) Melalui makna - Ali, meja, berjalan, daripada, besar
ii) Melalui imbuhan - pembaca, alasan, kecantikan, dilihat
iii) Melalui kedudukan dalam ayat:
a) Perigi itu sangat dalam. - kata adjektif
b) Wang disimpan di dalam laci. - kata arah (kata tugas)
c) Dalam hal ini, saya bersetuju. - kata sendi nama (kata tugas)

Latihan 5
Nyatakan golongan kata.
1. penulis 5. pengalaman
2. panjang 6. bulan
3. dijawab 7. cerdas
4. kepada 8. beta

Latihan 6
Kenal pasti bentuk kata dan golongan kata.
A.
1. urus setia 5. bernas
2. dewan 6. menanti-nanti
3. pertubuhan 7. memperdengarkan
4. pekedai 8. mandi-manda

B. 1. Saya suka akan warna kuning.


2. Padi Pak Samad sedang menguning di sawah.
3. Dia menguningkan kain itu dengan pencelup.

***************************************************************************

5
BAHAGIAN B (SINTAKSIS)

Definisi Ayat
Ayat ialah unit pengucapan yang mengandungi makna lengkap. Dalam tulisan, ayat didahului oleh huruf besar dan
diakhiri dengan noktah.

Contoh:
1. Bapa saya guru sekolah menengah.
2. Mereka sedang bermain bola sepak di padang.
3. Murid yang baru datang itu bijak sungguh.

Binaan Ayat: Subjek dan Predikat


Ayat terdiri daripada dua bahagian utama, iaitu subjek dan predikat.

Contoh:
1. Pegawai itu / sedang bekerja
2. Dia / sangat rajin.
3. Hamdan / pengawas.
4. Yang biru itu / warna kegemaran ibu saya.

Frasa – terdapat empat frasa dalam binaan ayat bahasa Melayu, iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa
sendi nama

Latihan 1
Betulkan kesalahan frasa nama di bawah.

1. Restoran Shariff Nasi Kandar 7. beberapa buah kereta-kereta


2. mini studio 8. semua maklumat-maklumat
3. Gelugor Klinik 9. lima rumah
4. Kedai Poh Yik Pajak Gadai 10. seluruh buah daerah
5. Jerai Kedai Alat Tulis 11. semua ekor lembu peliharaannya
6. para pemain-pemain 12. setiap orang pelajar

Latihan 2
Betulkan kesalahan frasa kerja dalam ayat-ayat di bawah.

1. Pesakit itu sedang Doktor Zainal rawat.


2. Surat itu saya telah tulis semalam.
3. Tugas-tugas itu sudah disiapkan oleh kami pada minggu lepas.
4. Hukuman terhadap pelajar itu berdasarkan pada peraturan sekolah.
5. Pengurus mahu bertemu wakil pekerja sekarang juga.
6. Saya berjanji tidak akan melakukan lagi perbuatan itu.
7. Pengemis itu tidur berbantalkan dengan lengan.
8. Mereka balik kampung semasa cuti sekolah.

6
Latihan 3
Betulkan kesalahan frasa adjektif dalam ayat-ayat di bawah.

1. Warna pakaiannya agak kebiru-biruan.


2. Kami sungguh benci sikapnya itu.
3. Perangai pemuda itu seperti kebudak-budakan.
4. Dewan seminar itu menjadi sangat gelap-gelita apabila bekalan elektrik terputus secara tiba-tiba.
5. Adik sangat rindukan nenek di kampung.
6. Ahli perniagaan yang sangat kaya-raya itu sungguh dermawan.
7. Kereta lumba itu ialah kereta yang terpantas sekali di dunia.
8. Munir ialah pelajar yang terpandai sekali di kelasnya kerana dia rajin belajar.

Latihan 4
Betulkan kesalahan frasa sendi nama dalam ayat-ayat di bawah.

1. Ahmad bukan ke Perlis tetapi Kedah.


2. Perkara itu akan diteliti dari semasa ke masa.
3. Saudara hendak pergi ke Alor Setar atau Sungai Petani?
4. Kita harus rajin belajar demi untuk masa depan.
5. Adik melihat ke kiri dan kanan sebelum melintas.
6. Warna air itu berubah dari detik ke sedetik.
7. Sejak dari hari itu, saya tidak pernah berjumpa dengan pemuda itu.
8. Petani itu berada di kebunnya dari pagi hingga ke petang.

Klausa
Klausa ialah satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi satu subjek dan satu predikat, dan berpotensi untuk
menjadi konstituen atau bahagian ayat.
Contoh:
1. dia sangat gembira
2. mereka akan pergi
3. wanita itu ibu saya
4. pemuda itu ke pekan

Dalam bahasa Melayu, terdapat dua jenis klausa, iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas.

Klausa Bebas
Klausa bebas ialah klausa yang dapat berdiri sendiri dan bersifat sebagai ayat lengkap apabila diucapkan dengan intonasi
yang sempurna.

Contoh:
1. Dia / sangat gembira.
2. Mereka / akan pergi.
3. Wanita itu / ibu Rosli.
4. Pemuda itu / ke pekan.

Klausa Tak Bebas


Klausa tak bebas ialah klausa yang tidak boleh berdiri sendiri sebagai satu ayat lengkap. Klausa tak bebas lazimnya wujud
dalam ayat majmuk pancangan.

Contoh:

7
Klausa Bebas Klausa Tak Bebas
1 Dia sangat gembira setelah berjaya dalam ujian itu.
2 Mereka akan pergi apabila hari siang.
3 Wanita itu ibu Rosli yang berjaya memenangi peraduan mengubah bunga.
4 Pemuda itu ke pekan dengan menunggang motosikal baharu.
Latihan 5
Kenal pasti klausa bebas dan klausa tak bebas dalam ayat-ayat berikut.

1. Apabila harga getah turun, ekonomi pekebun kecil terjejas.


2. Janganlah ganggu orang itu kerana dia sedang bekerja.
3. Katakanlah kepada ibu bahawa kami sudah makan.
4. Meskipun hari sudah lewat, perbincangan tentang perkara itu tetap dijalankan.
5. Pasukan bola sepak sekolah masih di padang tatkala hujan mula turun.
6. Kami akan hadir sekiranya mempunyai masa lapang.
7. Kamu pandai kerana kamu rajin belajar.
8. Semasa saya menuntut di universiti, pensyarah itu belum menjadi profesor.

Pola Ayat Dasar


1. Semua subjek terdiri daripada frasa nama (FN).
2. Predikat pula terdiri daripada empat jenis frasa, iaitu FN, frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama
(FS).
3. Daripada kombinasi frasa subjek dengan empat frasa predikat ini, lahirlah empat pola ayat dasar, iaitu FN + FN,
FN +FK, FN + FA dan FN + FS.

Contoh:
i) FN + FN - Beliau / guru sekolah rendah.
ii) FN + FK - Mereka / sedang berjalan.
iii) FN + FA - Semua peserta kursus / sangat rajin.
iv) FN + FS - Adik saya / dari rumah.

Susunan Ayat
Ayat yang dibentuk oleh konstituen subjek dan predikat, boleh mempunyai dua susunan, iaitu:

(a) Susunan biasa


(b) Susunan songsang

Ayat Susunan Biasa


Ayat susunan biasa mempunyai unsur subjek mendahului unsur predikat.

Contoh:
1. Wakil sekolah kita / telah memenangi hadiah pertama dalam pertandingan itu.
2. Semua hidangannya / enak belaka pada tengah hari ini.
3. Pemandangan di kampung itu / sungguh indah.

Ayat Susunan Songsang


1. Ayat susunan songsang mengalami proses pendepanan unsur predikat, sama ada keseluruhannya atau
sebahagiannya, dikedepankan mendahului unsur subjek.
2. Ada dua jenis pendepanan yang berlaku terhadap predikat, iaitu:

8
(a) Pendepanan seluruh predikat
Contoh:
(i) Cemerlang sungguh / keputusan peperiksaan sekolah kita.
(ii) Untuk ibu bapa saya / semua barangan di dalam kotak ini.
(iii) Masih belum tiba / kereta api laju dari Padang Besar.

(b) Pendepanan sebahagian daripada predikat


Contoh:
(i) Berhempas-pulas / para pesilat / di gelanggang utama itu.
(ii) Masih bersawah / Pak Kasa / sehingga petang hari.
(iii) Pada janjinya / keluarga itu / berpegang.
(iv) Di dewan itu / para peserta / sedang berbalas pantun.
(v) Amat sakit / hatinya / dengan kerenah mereka.
(vi) Baik betul / perangai anaknya / dalam pergaulan.

Latihan 6
Kenal pasti i) subjek dan predikat
ii) pola ayat
iii) susunan ayat

1. Menantu Lebai Ahmad Pegawai Daerah Jerantut.


2. Belum tiba lagi rombongan pengantin laki-laki.
3. Dia sudah ke rumah jiran baharu kita.
4. Garang betul warna-warna dalam lukisan itu.
5. Buka buku di halaman 31.
6. Sungguh sedih perasaan wanita yang baru mendapat berita buruk itu.
7. Jangan ambil buku yang terletak di atas meja.
8. Surat itu belum diterima oleh Puan Salmah.
9. Bersawah kurang menarik perhatian para belia.
10. Yang berlepas pagi tadi mereka.

Jenis Ayat - a) Ayat penyata - Dia sedang membaca buku.


b) Ayat tanya - Benda itu apa?
c) Ayat perintah - i) Ayat suruhan:
- Tutup pintu itu.
ii) Ayat larangan:
- Usahlah (kamu) dengar khabar
angin
- Jangan ceritakan hal ini
kepada orang lain.
iii) Ayat silaan:
- Sila (anda) kembalikan borang
ini kepada saya.
iv) Ayat permintaan:
- Minta (tuan-tuan) bersabar
sekejap.
- Tolong tutup pintu belakang.
d) Ayat seruan - Wah, garangnya orang itu!

9
Latihan 7
Kenal pasti jenis ayat berikut. Nyatakan subjek dan predikatnya.
1. Sila duduk di kerusi nombor 14.
2. Ke mana hendak kaubawa isterimu?
3. Bersedekahlah kepada anak-anak yatim.
4. Wah, sungguh hebat prestasi pasukan itu!
5. Kami sedar bahawa kami sangat daif.
6. Pak Samad sudah pergi?
7. Dilarang merokok dalam kapal terbang ini.
8. Hancur berderai hatinya.

Ayat Aktif dan Ayat Pasif a) Ayat aktif tak transitif - Ali sedang berjalan.
b) Ayat aktif transitif - Saya sedang membaca buku.
c) Ayat pasif - Buku sedang saya baca.

Ayat pasif songsang:


i. a) Buku itu / sedang dibaca oleh Ali. - pasif biasa
b) Sedang dibaca oleh Ali / buku itu. - pasif songsang
ii. a) Buku itu / sedang saya baca. - pasif biasa
b) Sedang saya baca / buku itu. - pasif songsang

Ejaan:
i) Buku itu aku baca. - Buku itu kubaca.
ii) Buku itu engkau baca. - Buku itu kaubaca.

Latihan 8
Kenal pasti ayat-ayat berikut - aktif/pasif, subjek/predikat, susunan biasa/susunan songsang.

1. Surat itu telah diterima oleh kedua-dua orang pelajar.


2. Kamu jangan pergi dahulu.
3. Mesyuarat itu akan diadakan pada pukul 9.00 pagi.
4. Yang berbaju itu pelajar saya.
5. Berita baik itu akan kusampaikan kepadanya.
6. Kedai emas di kampung saya kecurian malam tadi.
7. Telah saya siapkan semua kerja yang diberikan oleh pensyarah saya.
8. Pakaian di dalam bakul itu belum berbasuh lagi.

Ayat Tunggal
dan Ayat Majmuk Ayat tunggal - satu subjek dan satu predikat
Ayat majmuk - lebih daripada satu subjek dan predikat

Contoh:
i) Saya suka bermain hoki.
ii) Saya suka bermain hoki tetapi adik saya suka bermain tenis.
- Kesalahan ayat majmuk:
i) *Dia mengatakan yang berita itu benar.
ii) *Pelajar yang sering ponteng sekolah itu.
iii) *Bahawa keadaan banjir di Johor semakin pulih.

10
Jenis Ayat Majmuk:
i) Ayat majmuk gabungan (menggunakan kata hubung dan, lagi, lalu, serta, sambil, atau, tetapi, kecuali)
- Ayah membaca akhbar sambil mendengar radio.
- Dia bangun lalu berjalan ke jendela.

ii) Ayat majmuk pancangan


a) Relatif (yang)
- Saya membeli novel yang ditulis oleh A. Samad Said.
- Wanita yang berbaju merah itu tetamu kita.
b) Komplemen (bahawa, untuk)
- Kami amat sedar bahawa kami amat daif.
- Untuk dia lulus ujian itu amatlah senang.
c) Ayat majmuk keterangan (kerana, jika, sekiranya, semasa, meskipun, supaya, dengan)
- Encik Rosli tidak hadir kerana dia sakit./ Kerana dia sakit, Encik Rosli tidak hadir.
- Rombongan itu bertolak meskipun hujan belum reda./ Meskipun hujan belum reda, rombongan itu
bertolak.

iii) Ayat majmuk campuran


i) Ayat tunggal + Ayat majmuk
ii) Ayat majmuk + Ayat majmuk

- Dalam bidang pendidikan zaman penjajah, penggunaan bahasa Melayu amat terbatas kerana bahasa itu
tidak pernah diberikan peluang bertugas sebagai bahasa pengantar bidang sains dan teknologi.

***************************************************************************

BAHAGIAN C (MENGENAL PASTI DAN MEMBETULKAN KESALAHAN BAHASA)

Latihan 1
Kenal pasti dan betulkan kesalahan kata dan frasa dalam ayat-ayat di bawah.

1. Baginda menganugerahkan pahlawan itu bintang kehormatan.


2. Saya berjanji tidak akan melakukan lagi perbuatan itu.
3. Kerajaan sedang menjalankan projek memperlebarkan jalan raya di beberapa jalan raya utama di negeri Kedah.
4. Kehidupan keluarga Pak Kasa semakin senang sejak akhir-akhir ini oleh kerana semua anaknya sudah bekerja
dan berjaya dalam hidup mereka.
5. Hilmi berazam untuk memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun
ini.
6. Kejadian buli di sekolah perlu dibendung dengan segera kerana ianya akan menjejaskan pengajaran dan
pembelajaran.
7. Masyarakat yang saling hormat-menghormati amat diperlukan dalam mengekalkan keharmonian kaum di
negara ini.
8. Mekanik itu sedang berusaha untuk memperbaiki kerosakan pada kereta antik itu.
9. Sesebuah negara akan menjadi kacau-bilau jika sekiranya rakyat negara itu tidak bersatu padu.
10. Kawasan rekreasi yang terdapat di negara kita harus dijaga kerana ia merupakan aset negara yang penting.
11. Pemandu kereta itu didenda di atas kesalahan memotong kenderaan di garisan berkembar.
12. Bilik itu sangat terang-benderang setelah semua lampu dibuka oleh ayah.
13. Penduduk yang tinggal di kawasan rendah telah dipindahkan ke pusat pemindahan banjir kerana paras air di
semua batang sungai sudah melebihi tahap bahaya.

11
14. Kegiatan lumba haram merupakan di antara gejala sosial yang berlaku di negara kita.
15. Kasmini tidak dapat menumpukan perhatiannya dalam pelajaran kerana terlalu memikirkan tentang masalah
peribadinya.
16. Karim tidak dapat melupakan akan peristiwa sedih itu selagi nyawa dikandung badan.
17. Di antara langkah-langkah yang dapat diambil untuk mengurangkan risiko penyakit jantung adalah dengan cara
mengurangkan pengambilan makanan berkolesterol.
18. Murid-murid dikehendaki membawa apa sahaja barang terpakai yang dapat digunakan semasa kelas Pendidikan
Seni nanti.

Latihan 2
Kenal pasti dan betulkan kesalahan bahasa dalam ayat-ayat di bawah.

1. Pengawal keselamatan bertugas untuk mengawal keselamatan sekolah dari ancaman luar seperti penceroboh
dan penculik.
2. Persediaan untuk memasuki alam pekerjaan adalah mempunyai kelulusan akademik yang sesuai dengan bidang
pekerjaan yang dipohon.
3. Kebaikan bergiat dalam aktiviti sukan ialah dapat melancarkan peredaran darah di dalam badan.
4. Kita perlu mempunyai keyakinan diri yang tinggi supaya kita tidak berasa takut bila berhadapan dengan orang
ramai.
5. Ibu bapa perlu meluang masa dengan anak-anak agar mereka dapat menyelami masalah yang dihadapi oleh
anak-anak mereka.
6. Setiap murid perlu bergiat aktif dalam kegiatan kokurikulum kerana ianya penting untuk membina jati diri dalam
diri mereka.
7. Terdapat beberapa langkah-langkah yang wajar saya lakukan untuk menangani tekanan atau stres ke arah
melahirkan remaja yang berjaya.
8. Remaja yang mengalami tekanan perasaan atau stres perlu meluahkan masalah yang mereka hadapi kepada
orang yang dipercayai seperti ibu bapa, kaunselor sekolah atau rakan karib.
9. Aktiviti keceriaan sekolah dapat mengeratkan lagi hubungan antara murid dan guru di sekolah.
10. Sebagai seorang pelajar, saya amat sukakan aktiviti di luar kelas kerana dengan cara itu, saya dapat
menghilangkan rasa bosan di dalam kelas.
11. Pada masa sekarang, terdapat segelintir murid yang tidak sayang sekolah mereka kerana mereka tergamak
melakukan perkara negatif seperti terlibat dalam pergaduhan dan melakukan aktiviti vandalisme.
12. Amalan saling kunjung-mengunjungi amat penting untuk memupuk semangat kejiranan.
13. Marcapada ini, pelbagai alat dicipta untuk memudahkan urusan manusia.
14. Masalah pencemaran udara bukanlah masalah baharu di negara kita. Ini disebabkan oleh pelepasan asap
daripada kenderaan bermotor dan kilang.
15. Masalah kekurangan makanan di dunia berpunca daripada bencana alam. Sebagai contoh, banjir besar dan
kemarau panjang.
16. Pencemaran udara berpunca daripada pembebasan asap kenderaan seperti lori, bas dan motosikal. Selain itu,
daripada asap kilang.
17. Banyak berita-berita yang berkaitan dengan kes remaja disiarkan dalam media sosial, surat khabar dan
televisyen.
18. Cara-cara memupuk budaya penyayang di sekolah ialah dengan cara melibatkan murid dalam aktiviti keceriaan
sekolah.

******************************************************************************

Rujukan

12
Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Musa & Abdul Hamid Mahmood, 2008. Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Musa, Abdul Hamid Mahmood, Muhammed Salehudin Aman & Abdul Ghalib Yunus, 2016.
Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Menengah: Morfologi (Bentuk Kata). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Musa, Abdul Hamid Mahmood, Muhammed Salehudin Aman & Abdul Ghalib Yunus, 2016.
Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Menengah: Morfologi (Golongan Kata). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Musa, Abdul Hamid Mahmood, Muhammed Salehudin Aman & Abdul Ghalib Yunus, 2016.
Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Menengah: Sintaksis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

13

Anda mungkin juga menyukai