Anda di halaman 1dari 56

PEMBENTUKAN KATA

BAHASA MELAYU

Oleh:
Pn. Sarimah binti Ahmad
Jabatan Pengajian Melayu
IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka

1
• Catatkan perkataan-perkataan yang terd

2
SEMAK

3
Bentuk Kata

Kata Kata Kata Kata


Tunggal Terbitan Majmuk Ganda

4
PEMBENTUKAN KATA
• PROSES PENGIMBUHAN
• PROSES PEMAJMUKAN
• PROSES PENGGANDAAN
• PROSES PENGAKRONIMAN

5
PROSES PEMAJMUKAN
• proses merangkaikan dua kata dasar
atau lebih dan bentuk yang terhasil
membawa makna tertentu
• dieja terpisah dan bertindak sebagai satu
unit, iaitu bentuknya tidak boleh
menerima sebarang penyisipan unsur
lain.

6
Jenis Contoh kata majmuk
kelompok
Rangkai kata biru laut terima kasih kapal terbang
bebas merah muda tengah hari program tentatif
perdana menteri naib canselor penolong pendaftar

Istilah khusus garis pusat reka bentuk batu kapur


segi tiga kertas kerja kemas kini
hak milik kanta tangan atur cara

Maksud kiasan buah hati anak emas kaki bangku


makan angin manis mulut buaya darat
ringan tulang bulan madu mata keranjang

7
KATA MAJMUK YANGTELAH MANTAP

antarabangsa beritahu bumiputera


olahraga matahari setiausaha
suruhanjaya tandatangan tanggungjawab
jawatankuasa kakitangan warganegara
sukarela kerjasama pesuruhjaya

8
Kekecualiaan
- Terdapat sejumlah perkataan yang bukan kata majmuk yang
tergolong dalam kata tertentu tetapi lazimnya dieja
bercantum. (TD ms. 74)
Contoh:

- peribadi, dinihari, peribahasa, hari bulan


- daripada, kepada
- sukacita, dukacita
- apabila, manakala, padahal, darihal, barangkali,
kadangkala, apakala, walhal
- bagaimana, kenapa

9
PENGIMBUHAN KATA MAJMUK
Kata majmuk yang menerima imbuhan awalan atau akhiran sahaja

campur bercampur aduk ambil alih mengambil


aduk alih
temu bual ditemu bual daya serap daya serapan

Kata majmuk yang menerima imbuhan apitan


campur mencampuradukan ambil alih pengambilalihan
aduk
satu padu menyatupadukan urus niaga diurusniagakan

10
PENGGANDAAN

11
PROSES PENGGANDAAN

• penuh
• separa
• berentak

12
PENGGANDAAN PENUH
(MENYELURUH)
 kesemua kata dasar itu diulang tanpa
perubahan
 CONTOH:
bunga bunga-bunga rajin rajin-rajin

makan makan-makan ketua Ketua-ketua

13
PENGGANDAAN SEPARA KATA DASAR
• proses menggandakan sebahagian kata dasar
sahaja
• Kata dasar boleh merupakan kata tunggal atau
kata terbitan.
• dilakukan di hadapan atau di belakang kata
dasar.
• Penggandaan separa yang berlaku pada kata
dasar tunggal lazimnya melibatkan pengulangan
suku kata pertamanya dan letak gandaannya
pada bahagian hadapan kata dasar.
• Vokal dalam bentuk gandaan itu mengalami
proses pelemahan menjadikannya vokal e pepet.
14
Contoh:

laki lalaki lelaki

rambut rarambut rerambut

siku sisiku sesiku

15
PENGGANDAAN SEPARA KATA
BERIMBUHAN
• hanya menggandakan kata dasar utama dan tidak
melibatkan imbuhannya sekali
• Bentuk gandaan itu boleh terletak di bahagian
belakang kata dasar atau di bahagian hadapan kata
dasar
• Contoh:
berlari berlari-lari
mencari mencari-cari
bantu bantu-membantu
tolong tolong-menolong
16
PENGGANDAAN BERENTAK
• proses yang menggandakan kata dasar mengikut
rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu
• Seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi
tertentu diulang atau diubah
• Ada tiga jenis penggandaan berentak:
i. penggandaan berentak pengulangan vokal
ii. pengulangan konsonan
iii. bebas.

17
Jenis Contoh
penggandaan
berentak
pengulangan sayur-mayur kuih-muih lauk-pauk
vokal

pengulangan gunung-ganang bolak-balik kayu-kayan


konsonan

berentak lintang-pukang anak-pinak huru-hara


bebas

18
PENGGANDAAN KATA MAJMUK
• melibatkan penggandaan unsur pertama kata
sahaja.
• Contohnya:
alat tulis alat-alat tulis

kapal terbang kapal-kapal terbang

19
PENGGANDAAN KATA MAJMUK YANG
TELAH MANTAP
• penggandaan melibatkan seluruh kata
• Contohnya:

setiausaha setiausaha-setiausaha

jawatankuasa jawatankuasa-jawatankuasa

20
MAKNA KATA GANDA
Makna Contoh kata ganda

Perbuatan berulang bertalu-talu, menarik-narik,


terangguk-angguk
perbuatan yang berangan-angan, teringat-
berpanjangan ingat, tertunggu-tunggu
perbuatan bercerai-berai, bertungkus-
bersungguh-sungguh lumus, mengharu-birukan

21
PROSES PENGAKRONIMAN
• satu proses pemendekan dan penggabungan
untuk membentuk kata.
• Contohnya:
Bernama – Berita Nasional Malaysia
kugiran - kumpulan gitar rancak

22
CARA PENULISAN KATA AKRONIM
Cara Contoh

Gabungan beberapa huruf awal LUTH – Lembaga Urusan Tabung


rangkai kata yang disingkatkan, Haji
keseluruhannya ditulis dengan MAS - Malaysia Airline System
huruf besar jika kata nama ABIM- Angkatan Belia Islam
khas. Malaysia

23
CARA PENULISAN KATA AKRONIM
Cantuman huruf dan suku kata Proton - Perusahaan Otomobil
sejumlah perkataan. Kata Nasional
akronim jenis ini juga Mara - Majlis Amanah Rakyat
membentuk kata nama khas; Intan - Institut Tadbir Awam
oleh itu, ejaannya bermula Negara
dengan huruf besar

24
CARA PENULISAN KATA AKRONIM

Gabungan huruf awal dan/atau tabika – taman bimbingan kanak-


suku kata ditulis dengan huruf kanak
kecil keseluruhannya, jika bukan purata – pukul rata
kata nama khas. pawagam – panggung wayang
gambar

25
PROSES PENGIMBUHAN
• AWALAN
• AKHIRAN
• APITAN
• SISIPAN

26
IMBUHAN AWALAN
imbuhan contoh perkataan
Awalan me- mewarna
ber- berjuang
ter- terbaik
se- sebaik
pe- pelakon
pra- prasejarah
juru- juruterbang
anti- antipengganas
pra- prasekolah
27
IMBUHAN AKHIRAN
imbuhan contoh perkataan
Akhiran -i akhiri
-an senyuman
-man budiman
-kan tinggikan
-wan hartawan
-isme nasionalisme
-at hadirat

28
IMBUHAN APITAN
imbuhan contoh perkataan
apitan ke-…-an kemajuan
pe-…-an perasaan
me-…-kan memainkan
di-…-kan dibiarkan
menge-…-kan mengepinkan
me-…-kan memainkan
mem-…-i mempercayai

29
IMBUHAN SISIPAN

imbuhan contoh perkataan


sisipan -er- serabut
-el- telunjuk
-em- semerbak

30
IMBUHAN KATA NAMA

AWALAN AKHIRAN APITAN SISIPAN

peN- -an peN-...-an -el-


pe- pe-...-an -em-
peR- peR-...-an -er-
ke- ke-...-an
juru-

31
IMBUHAN KATA KERJA

AWALAN AKHIRAN APITAN SISIPAN

meN- -kan meN-...-kan -el-


beR- -i beR-...-an -em-
teR- beR-...-an -er-
di- di-…-kan
mempeR- meN-...-i
dipeR- di-…-i
mempeR-..-kan
mempeR-…-i
ke-…-an
dipeR-…-kan
dipeR-…-i

32
IMBUHAN KATA ADJEKTIF

AWALAN APITAN SISIPAN

ter- ke-...-an -el-


se- -em-
-er-
-in-

33
Kekeliruan

34
MENCINTAI DAN MENCANGKUL

1.*Oleh sebab Suraya sangat menyintai


suaminya, dia sanggup melakukan apa-apa
sahaja.

2. *Pak Kamal sedang menyangkul tanah di


kebun sayurnya.

35
Huraian

• Berpandukan aturan penerbitan kata kerja dengan


imbuhan meN-..., kata dasar yang bermula dengan huruf
c akan dikekalkan hurufnya
•contohnya, mencantas, mencuba, mencari, dan
mencegah.
•Bagi ayat di atas, kesalahan berlaku apabila huruf c
digantikan dengan ny sehingga menerbitkan bentuk yang
tidak tepat.
• Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:
1. Oleh sebab Suraya sangat mencintai suaminya,
dia sanggup melakukan apa-apa sahaja.
2. Pak Kamal sedang mencangkul tanah di kebun
sayurnya.
36
PENGEMBALA ATAU PENGGEMBALA

1.*Pengembala itu sedang melihat kambingnya


meragut rumput.

2. *Budak lelaki itu mengembala lembu di


sebuah ladang.

37
Huraian

Bagi kata dasar yang bermula dengan huruf g,


apabila diimbuhkan dengan awalan peN-... dan meN-...
huruf g tersebut tidak digugurkan, contohnya,
pengganas, penggali, menggamit, dan menggulai.
Oleh sebab itu, ayat di atas perlu dibetulkan seperti
ayat di bawah:

1.Penggembala itu sedang melihat kambingnya


meragut rumput.

2. Budak lelaki itu menggembala lembu di sebuah


ladang.

38
MEMBERITAHU DAN MEMBERITAHUKAN

1.*Gadis itu memberitahu perkara itu kepada ibunya.

2.*Pelajar yang memberitahukan gurunya hal itu


telah dipanggil.

39
 Dalam bahasa Melayu, terdapat kedua-dua perkataan
tersebut, iaitu memberitahu dan memberitahukan.
 Kedua-duanya merupakan kata kerja transitif dan
memerlukan objek atau penyambutnya.
 Ayat-ayat di atas tidak tepat kerana kesalahan objek
yang mengikuti kata kerja transitif tersebut.
 Selepas memberitahu, objeknya mestilah sesuatu yang
bernyawa untuk menjawab persoalan siapa, manakala
selepas memberitahukan, objeknya mestilah sesuatu
perkara yang dapat menjawab persoalan apa.

Ayat-ayat tersebut dapat dibetulkan seperti yang berikut:


1. Gadis itu memberitahukan perkara itu kepada ibunya.
2. Pelajar yang memberitahu gurunya tentang hal itu
telah dipanggil

40
MENEMUI DAN MENEMUKAN

•*Samad telah menemui kad pengenalannya yang hilang di


dalam bilik tidur.

•*Samad akan menemukan kawan lamanya di pusat


beli-belah.

•*Kad pengenalan Samad yang hilang telah ditemuinya di


dalam bilik tidur.

•*Kawan lama Samad akan ditemukannya di pusat beli-


belah.

41
Huraian:

Ayat-ayat di atas salah kerana kata kerja menemui


bermaksud “bertemu dengan” sementara menemukan
pula bermaksud “berjumpa dengan sesuatu yang dicari”.

•Samad telah menemukan kad pengenalannya yang


hilang di dalam bilik tidur.

•Samad akan menemui kawan lamanya di pusat beli-


belah.

•Kad pengenalan Samad yang hilang telah


ditemukannya di dalam bilik tidur.

•Kawan lama Samad akan ditemuinya di pusat


beli-belah.
42
MEMAGAR, MEMAGARI DAN MEMAGARKAN

Pak Yusuf memagar buluh di sekeliling rumahnya.

Pak Yusuf memagari rumahnya dengan buluh.

Buluh memagarkan rumah Pak Yusuf.

43
• Huraian:
• Ketiga-tiga ayat di atas salah penggunaan
imbuhannya
• memagar bermaksud “memasang pagar”
• memagari bermaksud “berada di sekeliling
sebagai pagar pada”
• memagarkan bermaksud “menggunakan
sesuatu sebagai pagar”.

44
Oleh itu, ayat-ayat di atas boleh diperbetul seperti
yang di bawah:

•Pak Yusuf memagarkan buluh di sekeliling


rumahnya.

• Pak Yusuf memagar rumahnya dengan buluh.

• Buluh memagari rumah Pak Yusuf.

45
MENAMAKAN DAN MENAMAI

Encik Wong menamakan anaknya John.

Encik Wong menamai John kepada anaknya.

46
• Huraian:
• Kedua-dua ayat di atas salah penggunaan
imbuhannya kerana menamakan bermaksud
“memberikan sesuatu nama kepada
seseorang” sementara menamai bermaksud
“memberi seseorang suatu nama”.

• Encik Wong menamai anaknya John.


• Encik Wong menamakan John kepada
anaknya.
47
PeN-…-an atau peR-…-an

KNT ---- peR-…-an --- berasal daripada bentuk kata kerja berawalan beR-

KNT ---- peN- …-an ---berasal daripada bentuk kata kerja berimbuhan
meN-…-i/-kan
Contoh:

perlumbaan ----- berlumba (melumba)


perbualan ----- berbual (membual)
pergaduhan ----- bergaduh (menggaduh)
perhentian ----- berhenti (menghenti)

penarikan ----- menarik (bertarik)


pelaksanaan ----- melaksanakan (berlaksana)
penyampaian ----- menyampaikan (bersampaikan)
pemeriksaan ----- memeriksa (berperiksa)
penantian ----- menanti (bernanti)
pelantikan ----- melantik (berlantik)
pelucutan ----- melucut (berlucut
48
Penglibatan dan Pelibatan
Penglihatan dan Pelihatan

•Penglibatan sukarelawan Malaysia dalam kerja mencari


dan menyelamatkan mangsa gempa bumi di Jawa Tengah
telah mendapat pujian penduduk tempatan.

•Pelibatan kaum belia dalam pembangunan luar bandar


semakin meningkat dari setahun ke setahun.

•Penglihatan datuk saya semakin baik setelah menjalani


pembedahan selaput mata.

•Pada pelihatan saya, beliau merupakan calon yang


paling layak untuk menyandang jawatan itu.

49
Huraian
•Kedua-dua bentuk imbuhan peN-…-an di atas
adalah betul dari segi tatabahasa dan boleh
digunakan secara bertukar ganti dalam ayat.

• Perkataan “penglibatan” dan “penglihatan”


merupakan bentuk yang mantap dan digunakan
secara meluas

•Perkataan “pelibatan” dan”pelihatan” dianggap


betul dari segi rumus tatabahasa walaupun
jarang-jarang digunakan.

50
Perlantikan atau Pelantikan

•Encik Muhammad telah menerima surat perlantikan


sebagai pengurus syarikat perabot itu.

•Perletakan batu asas di pusat pelancongan itu telah


disempurnakan oleh YAB Menteri Besar semalam.

•Perlaksanaan program pembangunan luar bandar


telah banyak membantu meningkatkan taraf hidup
penduduk.

•Berita perlucutan jawatan pengerusi syarikat


multinasional itu telah diumumkan tengah hari tadi.

51
Huraian

•Imbuhan beR- akan membentuk kata nama terbitan peR-…-


an. Contohnya, perkataan “bergaduh” boleh menerima
imbuhan peR-…-an menjadi pergaduhan.

•Manakala imbuhan meN- akan membentuk kata nama


terbitan peN-…-an.

•Oleh sebab itu, tidak wujud bentuk kata nama perlantikan,


perletakan, perlaksanaan, dan perlucutan.

• Hal ini demikian kerana tidak terdapat perkataan


“berlantik”, “berletak”, “berlaksana”, dan “berlucut”.

52
PEMBALAKAN ATAU PEMBALAKKAN

1.Sektor pembalakkan merupakan satu sektor


penting di negara ini.

2. Kebanyakkan ahli sukan di negara ini


kurang menguasai aspek sains sukan.

3. Ibu bapa saya sering mengalakan saya agar


belajar bersungguh-sunguh.

4. Ayah dimasakan oleh ibu rendang daging.

53
Huraian :

•Masalah yang timbul dalam ayat yang dikemukakan di atas


ialah penggunaan k atau kk. Bagi menyelesaikan masalah
tersebut, kita perlu memahami pembentukan kata
terbitannya.
•Dalam ayat 1, pembalakan terhasil apabila apitan peN-…-
an diapitkan dengan kata dasar balak.
• Sementara itu, dalam ayat 2, kata dasar banyak
diapitkan dengan apitan ke-…-an.
•Dalam ayat 3, kata dasar galak menerima apitan meN-…-
kan
• Dalam ayat 4, kata dasar masak menerima apitan di-…-
kan seperti ayat-ayat yang berikut:

54
• semua kata dasar yang menerima apitan peN-
…-an atau ke-…-an akan membentuk kata
nama terbitan.

• kata dasar yang menerima apitan meN-…-kan


atau di-…-kan akan membentuk kata kerja
terbitan.

• penggunaan pembalakkan dan kebanyakkan


menyalahi ejaan yang tepat.

• Perkataan itu perlu ditukarkan kepada


pembalakan , kebanyakan , menggalakkan
atau dimasakkan.

55
SEKIAN

56

Anda mungkin juga menyukai