Anda di halaman 1dari 30

BAHAGIAN A – SISTEM DAN APLIKASI BAHASA

Oleh : Cikgu Rai

SOALAN 1 : MORFOLOGI
 KATA TUNGGAL
 Kata tunggal ialah perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu yang tidak menerima imbuhan atau
tidak mengalami proses penggandaan.
 Contoh :

KATA TUNGGAL CONTOH


Satu suku kata yu, cat, stor, tin, gred, roh, trak, skru, bank, teks, lap, brek, dram,
sen
Dua suku kata aku, aib, adik, ubat, undi, ambil, ombak, kapal, perang, bakul, mulut
Tiga suku kata suara, biola, siasat, usia, idea, mulia, belia, setia, rasuah, berlian
Empat suku kata dan lebih Keluarga, bijaksana, bidadari, masyarakat, universiti, maharajalela

 Tips Membina Ayat Daripada Kata Kerja Tunggal

Untuk menulis ayat daripada golongan kata ini, anda boleh menulis ayat dalam bentuk ayat pasif diri
pertama, ayat pasif diri kedua, dan ayat perintah.

Contoh:

Selak = menyingkap/ menarik sesuatu supaya terbuka

1. Langsir itu saya selak untuk melihat pemandangan di luar.


(ayat pasif diri pertama)

2. Langsir itu kamu selak untuk melihat pemandangan di luar.


(ayat pasif diri kedua)

3. “Tolong selak langsir itu,” pinta emak kepada adik.


(ayat perintah)

 KATA MAJMUK
 Proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna yang tertentu.

BENTUK KATA MAJMUK CONTOH


Kata Majmuk berbentuk rangkai kata bebas gambar rajah, biru laut, terima kasih, alat tulis,
kipas angin, jalan raya, Ketua Menteri
Kata Majmuk berbentuk istilah khusus. garis pusat, kertas kerja, model linear, batu
kapur, garam mineral, kanta lengkap, akar
tunjang
Kata Majmuk berbentuk kiasan (peribahasa) Kaki ayam, buah tangan, pilih kasih, mansi

1
mulut, duit kopi, anak emas, kaki bangku,
makan angin

2
 Kata Majmuk mantap (dieja rapat)

1. Antarabangsa
2. Bumiputera
3. Beritahu
4. Jawatankuasa Anak bapak botak jalan
5.
6.
Kerjasama
Kakitangan
kedek-kedek macam
7. Matahari orang pening sampai satu
8. Olahraga
9. Pesuruhjaya simpang terjatuh tergolek
10.
11.
Sukarela
Setiausaha
waduh
12. Suruhanjaya
13. Tandatangan Sumber : Abdul Ghalib bin Yunus
14. Tanggungjawab
15. Warganegara

 KATA TERBITAN
 Bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang mendapat atau menerima imbuhan sama ada
awalan,sisipan,akhiran atau apitan.

 Jenis Imbuhan
a.Awalan – hadir sebelum kata dasar.
b.Akhiran – hadir sesudah kata dasar
c.Apitan – hadir secara mengapit kata dasar secara serentak di awal dan akhir kata dasar.
d.Sisipan – hadir di celahan kata dasar

 Awalan dapat wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan dan kata adjektif
terbitan.

CONTOH
Awalan kata nama Awalan kata kerja Awalan kata adjektif
pe-     ( pelari,perakus,penyapu ) me- ( melawan,menyikat,merasa) ter- ( terbesar,terputih)
pem-  ( pembawa,pembuka ) memper- te- ( teruncing,terendah)
pen-   ( pendatang,pendua ) ( memperhamba,memperisteri) se-
peng- ( penggali,penggubal ) ber- ( berjalan,berganti, berserta ) ( secantik,secerah,setebal )
pel-    ( pelajar ) ter- ( terjebak,terbentuk )
ke-     ( ketua,kelepek ) di- ( diatur,ditimbang,disusun )
juru-  ( juruukur,juruwang ) diper- ( dipercepat, diperoleh )
pra-    ( prakata,prasejarah )
dwi-   ( dwifungsi,dwibahasa )

3
 Kata terbitan berakhiran dapat wujud dalam kata nama terbitan dan kata kerja terbitan.

CONTOH
Akhiran kata nama Akhiran kata kerja
pakaian (...an) gunakan, besarkan, buatkan (...kan)
sasterawan (...wan) duduki, turuti (...i)
budiman (...man)
peragawati (...wati)
nasionalisme (...isme)

 Apitan wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan dan kata adjektif terbitan.

CONTOH
Apitan kata nama Apitan kata kerja Apitan kata adjektif
pe…an me…kan ke…an
( pelaksanaan,perasaan ) ( memainkan,melukakan ) ( keinggerisan,kearaban,kecinaan
penge…an mem…kan )
( pengesahan,pengehadan ( membaharukan,membaikkan )
) ber…kan
ke…an ( beralaskan,berlaukkan )
( kelaianan,kelebihan ) diper…kan
( diperdengarkan,diperbahaskan )
ke…an
( kehujanan,kehausan,kepanaskan
)
di…i
( didekati,dimulai,diadili )
memper..i
( memperingati )

 Kata Terbitan Bersisipan dapat wujud dalam kata nama dan kata adjektif.

CONTOH
Sisipan kata nama Sisipan kata kerja
-el- ( kelengkeng,telunjuk,kelabut ) -el- ( selerak,gelembung )
-er- ( keruping,seruling,serabut ) -er- ( serabut,gerigi )
-em- ( gemilang,semerbak,gemerlap )
-in- ( sinambung )

4
 KATA GANDA
 Kata ganda ialah perkataan yang terbentuk melalui proses mengulang atau menggandakan
kata dasar.

 Dalam bahasa Melayu terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu penggandaan penuh, penggandaan
separa dan penggandaan berentak.

 Kata ganda seluruh ialah kata dasar yang digandakan seluruhnya. Kata dasarnya boleh
mengambil bentuk kata nama, kata adjektif, kata kerja, atau kata keterangan. Kata ganda seluruh
digabungkan dengan tanda sempang (-).

CONTOH KATA
Gandaan kata nama Gandaan kata kerja Gandaan kata adjektif
buku-buku baring-baring awal-awal
kereta-kereta jalan-jalan bulat-bulat
pagi-pagi pandang-pandang manis-manis

 Kata ganda separa terbentuk apabila sebahagian daripada kata saja yang digandakan. Semua
kata ganda separa terdiri daripada kata nama, khususnya yang memberi maksud kepada benda
atau konsep yang memiliki sifat atau keserupaan dengan kata dasar. Misalnya:

i. cecair (mana-mana bahan yang berada dalam keadaan cair, seperti air atau bendalir)
ii. kekunci (butang untuk menaip dari komputer, diilhamkan dari perkataan Inggeris key yang
juga bermaksud kunci)
iii. lelangit ("langit" atau daerah teratas dalam rongga mulut)
iv. Pepohon
v. Berenang-renang
vi. Melambai-lambai
vii. Menari-nari

 Kata ganda bersajak atau berima ialah kata ganda yang mengalami persamaan atau
penyesuaian bunyi (rima) di pangkal, di hujung, atau seluruhnya apabila digandakan.

CONTOH
Persamaan bunyi di pangkal Persamaan bunyi di hujung Penyesuaian bunyi
seluruhnya
lalu-lalang karut-marut compang-camping
beli-belah cerai-berai dolak-dalik
dentam-dentum calar-balar huyung-hayang
bengkang-bengkok sayur-mayur gunung-ganang
desas-desus selok-belok bukit-bukau

5
 AKRONIM
 Akronim ialah kata singkatan yang terbentuk daripada gabungan huruf awal suku kata atau
gabungan huruf awal suku kata dengan suku kata daripada satu rangkai kata sehingga terbentuk
perkataan baharu yang ditulis dan dilafazkan sebagai perkataan yang utuh.

 Akronim ada empat jenis:

(i) Akronim yang terbentuk daripada cantuman huruf awal perkataan. Jikalau akronim yang
terbentuk ialah kata nama khas, akronim itu dieja dengan huruf besar kesemuanya.
Contohnya;

 Awas – anda waspada anda selamat


 JUSA – Jawatan Utama Sektor Awam
 ILIM – Institut Latihan Islam Malaysia
 JAS - Jabatan Alam Sekitar

(ii) Akronim yang terbentuk daripada cantuman huruf dan suku kata perkataan. Jikalau
akronim yang terbentuk itu kata nama khas, huruf pertama ditulis dengan huruf besar.
Contohnya;

 Intan – Institut Tadbiran Awam Negara


 Proton – Perusahaan Otomobil Nasional
 Mara – Majlis Amanah Rakyat

(iii) Akronim yang terbentuk daripada cantuman suku kata awal perkataan. Jikalau akronim
yang terbentuk itu kata nama khas, huruf pertama ditulis dengan huruf besar.

 Bernama – Berita Nasional Malaysia


 pawagam – panggung wayang gambar
 Perkeso – Pertubuhan Keselamatan Sosial
 tadika – taman didikan kanak-kanak
 komsas – komponen sastera
 berdikari – berdiri di atas kaki sendiri
 cerpen – cerita pendek

(iv) Akronim cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian lain perkataan
yang mengikutinya. Jikalau akronim yang terbentuk itu kata nama khas, huruf pertama
ditulis dengan huruf besar.

 halaju – had laju


 jalurah – jalan lurah
 hartanah- harta tanah
 jenama – jenis nama
 selembu – seladang lembu

6
 GOLONGAN KATA
 KATA NAMA

 Golongan kata nama merangkumi sejumlah perkataan yang dapat menjadi unsur inti dalam binaan
frasa nama dan lazimnya golongan kata ini menamakan orang, haiwan, tempat, benda atau
konsep.
 Golongan kata nama dibahagikan kepada:

Kata Nama

Kata Nama Khas Kata Nama Am Kata Ganti Nama

Rujukan khusus nama


Merujuk kepada kata
Orang, benda, haiwan, Merujuk kepada benda nama yang menjadi
tempat, institusi, atau perkara yang pengganti sesuatu
bangsa, bahasa, bersifat umum. benda, perkara, manusia
pangkat, undang- atau tunjuk arah.
undang, Perkataan ini dieja
dengan huruf kecil. Perkataan ini dieja
Huruf pertama ejaannya dengan huruf kecil.
adalah huruf besar.

Contoh :
Ahmad, Ali, Saloma, Contoh :
Rumah, sekolah, Contoh :
Kuala Lumpur, Britain, Saya, aku, kami, patik,
Harimau Malaya, pekerja, kambing,
monyet, mangga, kita, awak, beliau, dia,
Melayu, India, Tamil, itu, ini
Dato’, Tan Sri rambutan

 Cara mengenal pasti golongan kata nama:

a. Kata nama didahului oleh kata bilangan, penjodoh bilangan atau kedua-duanya.

Kata bilangan/penjodoh bilangan Kata Nama


tiga hari
dua ekor kucing

b. Kata nama diikuti oleh kata ganti nama tunjuk ini atau itu.

Kata Nama Kata Ganti Nama Tunjuk


rumah ini
peristiwa itu

7
8
c.Kata nama didahului oleh kata sendi nama atau didahului oleh kata sendi nama dan kata
arah.

Kata Sendi Nama Kata Nama


di sekolah saya
pada hari Isnin

Kata Sendi Nama Kata Arah Kata Nama


dari - Kuala Lumpur
Dari selatan Kuala Lumpur

 KATA KERJA

 Kata kerja merupakan salah satu golongan kata yang digunakan untuk menyatakan makna
perbuatan atau perlakuan. Kata kerja biasanya didahului oleh kata bantu.

 Kata kerja terbahagi kepada :

KATA KERJA
KATA KERJA TRANSITIF KATA KERJA TAK TRANSITIF
 Perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya  Perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu
kepada benda lain. kepada dirinya sendiri.
 Benda yang kena oleh perbuatan itu  Contoh : pergi, duduk, tumbuh, hinggap,
dipanggil penyambut (objek) menyanyi, bergurau
 Kata kerja ini biasanya mempunyai
imbuhan meN-
 Contoh : menulis, menyepak, menembak

 Kata kerja transitif terbahagi kepada :

KATA KERJA TRANSITIF


KATA KERJA TRANSITIF AKTIF KATA KERJA TRANSITIF PASIF
 Mengandungi kata kerja berawalan meN-  Mengandungi kata kerja tanpa awalan atau
(me-, mem-, men-, menge-, meny-) kata kerja yang berawalan di berserta
 Contoh : melukis, membasuh, menjahit, dengan kata sendi oleh
mengepam, menyiram  Contoh : dilukis, dibasuh, dijahit, dipam,
disiram

 Kata kerja tak transitif terbahagi kepada :

KATA KERJA TAK TRANSITIF


KATA KERJA TAK TRANSITIF TANPA KATA KERJA TAK TRANSITIF
PELENGKAP BERPELENGKAP
 Boleh berdiri sendiri tanpa objek.  Diikuti oleh pelengkap untuk
 Contoh : pulang, pergi, duduk, menangis, menyempurnakan maksud ayat.
tersenyum, bangun, menguning  Pelengkap berbeza daripada objek atau
penyambut.
 Ayat yang mengandungi pelengkap tidak
boleh dipasifkan.
 Ada tiga jenis pelengkap iaitu kata adjektif,
frasa sendi nama,
 Contoh : beransur (baik), membelok (ke
kanan), menjadi (jurutera), berbantalkan
(lengan)

9
 KATA ADJEKTIF

 Kata adjektif yang juga dikenali sebagai kata sifat.


 Kata adjektif boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat seperti amat, sangat, paling, sungguh,
sekali.
 Terbahagi kepada sembilan jenis :

i. kata adjektif sifatan atau keadaan ( baru, baik, berani, lemah, kukuh, kemas, cantik, kuat )
ii. kata adjektif warna ( merah, jingga, ungu, putih, hitam, kuning langsat )
iii. kata adjektif ukuran ( pendek, panjang, tebal, nipis, dalam, besar, kecil, lebar, ramai, cetek )
iv. kata adjektif bentuk ( bujur, lurus, lonjong, petak, segitiga, segiempat, bengkok, bulat )
v. kata adjektif waktu ( siang,malam,pagi,petang )
vi. kata adjektif jarak ( dekat, hampir, jauh, nyaris )
vii. kata adjektif cara ( selalu, jarang, kadang-kadang, kerap, lambat, deras, laju )
viii.kata adjektif perasaan ( takut, seram, benci, rindu, marah, senang, sayang, gembira, sedih )
ix. kata adjektif pancaindera :
 rasa: sedap, lazat, manis, pedas, payau, masam, masin
 pandang: buruk, hodoh, jelita, cantik, tampan, kacak
 dengar: bising, sunyi, senyap
 bau: busuk, wangi, hangit, hapak, hamis, hanyir
 sentuh: kesat, kasar, lembap, halus, licin

 KATA TUGAS

 Kata tugas ialah perkataan yang hadir dalam ayat, klausa atau frasa dan mendukung sesuatu
tugas sintaksis tertentu, sama ada sebagai penghubung, penerang, penentu, penguat,
pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri atau tugas-tugas lain.

Empat kelompok 17 jenis kata Contoh


kata tugas tugas
Kata Kata hubung dan, atau, tetapi, lalu, malahan, sambil, walaupun, tatkala,
penyambung ayat apabila, untuk, kerana, jikalau, semasa, sementara
Kata seru cis, aduh, wahai, amboi, oh, eh, wah, syabas
Kata tanya apa, mengapa, bila, bagaimana, siapa, berapa, kenapa
Kata Praklausa Kata perintah jangan, usah, tak usah, sila, jemput, minta, tolong, harap
Kata pembenar ya, benar, betul
Kata pangkal ayat maka, hatta, adapun, kalakian, alkisah, syahadan
Kata bantu Telah, pernah, akan, sudah, masih, belum, hendak, harus
Kata penguat terlalu, paling, amat, sangat, sungguh, betul, benar, sekali
Kata penegas -kah, -lah, -tah, juga, pun, sahaja, memang, lagi, cuma
Kata Prafrasa dan Kata nafi bukan, tidak
kata Pascafrasa Kata pemeri adalah, ialah
Kata sendi nama di, ke, dari, daripada, kepada, terhadap, oleh, untuk, tentang
Kata arah atas, bawah, antara, tepi, belakang, tengah, sisi, penjuru, barat
Kata bilangan tiga, berkotak-kotak, para, semua, setengah, keempat-empat
Kata adverba Jarang-jarang, sentiasa, kerap kali, sekali gus, selama-lamanya
Kata Pascakata Kata penekan sesungguhnya, nampaknya, sebetulnya, sebaik-baiknya
Kata pembenda Lajunya pentingnya, datangnya, perginya, sakitnya, lantangnya

10
 PANDUAN MENJAWAB SOALAN MORFOLOGI

1. Baca dan faham arahan soalan.


2. Senaraikan perkataan yang diuji. (bilangan ikut kehendak soalan)
3. Bina satu ayat daripada perkataan yang dipilih dengan betul dan gramatis.
4. Ayat yang dibina tidak boleh ambil daripada petikan ataupun mana-mana
soalan.
5. Ayat yang dibina mesti menunjukkan anda faham akan maksud dan
penggunaannya.

 CONTOH SOALAN MORFOLOGI

MORFOLOGI 1

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata kerja dan dua kata adjektif.
Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang
dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak
boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama
khas.
Penekanan inovasi dalam kalangan murid pendidikan khas dapat menambah baik sahsiah
diri dan kualiti kehidupan, serta memudahkan pengurusan aktiviti harian murid. Jika diberi
pendedahan yang tepat, mereka mampu bersaing dengan rakan murid yang normal. Inovasi
berkaitan dengan persekitaran sekolah bukan sahaja memudahkan pengurusan dan
meringankan beban pendidikan sepanjang proses pembelajaran di sekolah, malah dapat
mewujudkan persekitaran yang mesra kepada murid kelainan upaya ini. Hal ini akan dapat
melahirkan murid yang sentiasa berfikir dan berani menghadapi cabaran.

Dipetik dan diubah suai daripada Inovasi Kreatif Memacu Kejayaan Pendidikan Khas
oleh Hayati Adlin Mohd Abdul Majid dalam Dewan Siswa, Bil 1/2019

( 8 markah)
Jawapan
Kata kerja
1. memudahkan
Kita perlu memudahkan urusan orang lain kerana amalan itu dituntut oleh
agama.
2. melahirkan
Kakak telah selamat melahirkan seorang anak perempuan yang comel dan
sempurna sifatnya.
Kata adjektif
1. baik
Ibu bersyukur kerana mempunyai anak-anak yang cemerlang dalam akademik dan
baik akhlaknya.
2. berani
Leftenan Adnan berani mempertahankan Bukit Candu daripada srangan Jepun
hingga titisan darah terakhir.

11
MORFOLOGI 2

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata majmuk. Kemudian
anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang
dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya.
Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.

Sebagai warganegara Malaysia, tugas menghormati institusi raja Melayu


sememangnya terletak pada bahu mereka. Dalam kalangan generasi muda, lima
prinsip Rukun Negara telah diterapkan sejak bangku sekolah demi membentuk jati
diri mereka. Namun demikian terdapat segelintir rakyat yang telah memuat naik kata-
kata yang menghina institusi tersebut melalui laman sosial. Oleh itu, hukuman yang
lebih berat perlu dikenakan terhadap pihak yang terlibat kerana setiap rakyat Malaysia
perlu akur bahawa kesetiaan kepada raja dan negara ialah tanggungjawab kita
bersama.
Dipetik dan diubah suai daripada Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
oleh Nurul Muhaminah Dewan Masyarakat, bil 2/2017

( 6 markah)
Jawapan

1. warganegara

Saya berbangga menjadi warganegara Malaysia kerana rakyatnya hidup dalam


suasana harmoni.

2. laman sosial

Golongan remaja terutamanya mempunyai akaun di laman sosial seiring


dengan perkembangan teknologi terkini.

3. tanggungjawab

Anak-anak mempunyai tanggungjawab yang besar untuk membahagiakan ibu


bapa mereka.

12
MORFOLOGI 3

Baca petikan di bawah dengan teliti. Senaraikan empat kata bilangan. Kemudian
anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang
dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya.
Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.

Perjalanan penulis dan beberapa orang pelancong lain ke Giethoorn dengan


menaiki bas mengambil masa hampir empat jam. Walau bagaimanapun, penulis dan
para pelancong yang ada di dalam bas itu berasa perjalanan itu sangat berbaloi.
Sepanjang perjalanan itu, pemandu pelancong banyak bercerita tentang tempat yang
bakal dilawati kepeada semua pelancong. Menurut hemat penulis, Netherlands ialah
sebuah negara yang sangat indah. Pada tahun 2019, berpuluh-puluh juta pelancong
telah mengunjungi negara ini.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Keindahan Perkampungan Air di Giethoorn, Netherlands’,
oleh Masni Mustafa,
Dewan Siswa Bil. 6, 2020.

[ 8 markah ]

Jawapan

1. Beberapa

Saya membeli beberapa batang pen kerana kebanyakan pen saya telah
kehabisan dakwat.

2. Empat

Empat orang pemain bola jaring SMA Dato’ Klana Petra Maamor telah
terpilih menyertai Pertandingan Bola Jaring MSSD.

3. Para

Para ibu bapa sentiasa diingatkan supaya memantau pergerakan dan pergaulan
anak-anak mereka.

4. Banyak

Penceramah motivasi itu memberi banyak tips untuk berjaya dengan


cemerlang kepada calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia.

13
MORFOLOGI 4

Baca petikan di bawah dengan teliti. Senaraikan empat kata terbitan akhiran.
Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata
terbitan akhiran tersebut untuk menunjukkan anda faham akan maksud dan
penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Jiran yang baik dan bertanggungjawab sentiasa menghormati antara satu sama lain.
Kini, amalan mulia ini mulai terhakis dan kian luntur. Malang sekali sekiranya
kehidupan harmoni, saling bertegur sapa telah hilang dalam kehidupan masyarakat.
Kesannya jelas kini dapat dilihat, iaitu semakin banyak berlakunya masalah sosial
dalam masyarakat seperti rompakan, penculikan, merempit dan masalah dadah.
Semua perbuatan yang tidak baik ini perlu kita jauhi dalam masyarakat. Sewajarnya
budaya dan konsep kejiranan serta saling menasihati kita hidupkan semula dengan
semangat Satu Malaysia

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Hidup Berjiran Amalan Mulia’,
Oleh Mohamad Farhan Hamzah,
Dewan Siswa Bil. 7, 2016

[8 markah ]

Jawapan

1. amalan

Amalan bergotong-royong sering diamalkan oleh penduduk kampung


sehingga hari ini.

2. Mulai

Murid-murid akan belajar dalam darjah atau tingkatan yang baharu mulai
bulan Mac 2022.

3. Rompakan

Dalam kejadian rompakan malam tadi, polis telah menembak mati tiga orang
penjenayah.

4. Jauhi
Perbuatan tidak bermoral perlu kita jauhi agar hidup lebih bermakna.

14
SOALAN 2 : SINTAKSIS

 AYAT SUSUNAN BIASA DAN AYAT SUSUNAN SONGSANG

 Ayat tunggal dibina oleh dua konsituen, iaitu subjek dan predikat.

AYAT

SUBJEK PREDIKAT

 Bahagian ayat yang menerangkan subjek


 Bahagian ayat yang diterangkan.
 Terletak di belakang ayat.
 Terletak di hadapan ayat
 Terdiri daripada frasa nama, frasa kerja,
 Terdiri daripada frasa nama
frasa adjektif dan frasa sendi nama.

 Ayat susunan biasa : Subjek + Predikat

 Ayat songsang : Predikat + Subjek


i) pendepanan seluruh predikat
ii) pendepanan sebahagian predikat

Contoh :
Ayat susunan biasa
Pelakon popular itu/ sangat cantik ketika menghadiri majlis sidang media tersebut.

Ayat songsang
i. Sangat cantik ketika menghadiri majlis sidang media tersebut pelakon popular itu. (seluruh
predikat)
ii. Sangat cantik pelakon popular itu ketika menghadiri majlis sidang media tersebut. (sebahagian
predikat)
iii. Ketika menghadiri majlis sidang media tersebut, pelakon popular itu sangat cantik. (sebahagian
predikat)

15
 Formula Ayat Susunan Biasa Dan Ayat Susunan Songsang

Ayat Biasa : 1+2+3

Ayat songsang:

i.        2+3+1

ii.       2+1+3

iii.      3+1+2

iv.     3+2+1

Ayat Biasa:
1 2 3
Dia membeli buku di kedai itu.

Contoh ayat songsang (i)


2 3 1
Membeli buku di kedai itu dia

 Contoh ayat songsang (ii)


2 1 3
Membeli buku dia di kedai itu

 Contoh ayat songsang (iii)


3 1 2
Di kedai itu dia membeli buku

 Contoh ayat songsang (iv)


3 2 1
Di kedai itu membeli buku dia

16
 AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK

 Ayat  tunggal ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat sahaja.

1 subjek 1 predikat
Saya sakit
Rumah Ali cantik
Ahmad tidak pergi ke sekolah hari ini.

 Ayat majmuk ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu subjek atau predikat
yang digabungkan dengan kata hubung.

Ayat majmuk Kata Ayat tunggal


hubung
Suhaili suka makan nasi lemak dan (a)      Suhaili  suka makan nasi
dan mi sup. lemak.
(b)      Suhaili suka makan mi
sup.
Rumah yang besar itu rumah yang (a)      Rumah itu besar.
Fazli. (b)      Rumah itu rumah Fazli.
Dia memberitahu bahawa bahawa (a)      Dia memberitahu.
kakaknya akan melanjutkan (b)      Kakaknya akan
pelajaran ke luar negara. melanjutkan pelajaran ke
luar negara.
Dia akan balik ke kampung apabila (a)      Dia akan balik ke
apabila ada masa lapang. kampung.
(b)      Dia ada masa lapang.

 Terdapat tiga jenis ayat majmuk, iaitu:

a) Ayat majmuk gabungan


b) Ayat majmuk pancangan
c) Ayat majmuk campuran

(a) Ayat Majmuk Gabungan

1. Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua atau lebih ayat tunggal.
2. Ayat majmuk gabungan digabungkan dengan menggunakan kata hubung gabungan seperti dan,
serta, atau, tetapi, sambil dan sebagainya.

Pembentukan Ayat Majmuk Gabungan

Ayat Tunggal --> Ayat Majmuk Gabungan

a) Idayu belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Utama.


b) Moqrieyz belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Utama.
#Idayu dan Moqrieyz belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Utama.

a) Fareeza seorang pelajar yang cerdik.


b) Fareeza seorang pelajar yang malas.
#Fareeza seorang pelajar yang cerdik tetapi malas.

17
a) Ain masuk ke dalam bilik.
b) Ain tidur.
#Ain masuk ke bilik lalu tidur.

a) Naqiuddin memandang saya.


b) Naqiuddin ketawa.
#Naqiuddin memandang saya sambil ketawa.

a) Arash mahu minum kopi?


b) Arash mahu minum teh?
#Arash mahu minum kopi atau teh?

(b) Ayat Majmuk Pancangan

1. Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang mengandungi satu ayat induk dan satu atau beberapa
ayat kecil lain yang dipancangkan ke dalam ayat induk dengan menggunakan kata hubung
pancangan.

2. Terdapat tiga jenis ayat majmuk pancangan, iaitu:


i) Ayat majmuk pancangan relatif
ii) Ayat majmuk pancangan komplemen
iii) Ayat majmuk pancangan keterangan

(i) Ayat Majmuk Pancangan Relatif

1. Ayat majmuk pancangan relatif ialah ayat majmuk yang menggunakan kata hubung "yang"  untuk
membentuk Ayat Majmuk Pancangan Relatif.

Pembentukan Ayat Majmuk Pancangan Relatif

Ayat induk : Nurisma membaca majalah itu.


Ayat kecil : Majalah itu dibeli di kedai.
#Nurisma membaca majalah yang dibeli di kedai itu.

Ayat induk : Ikram duduk di atas bangku.


Ayat kecil : Ikram itu adik saya.
#Ikram yang duduk di atas bangku itu adik saya.

Ayat induk : Ayuni mempunyai dua helai baju.


Ayat kecil : Dua helai baju itu berwarna biru.
#Ayuni mempunyai dua helai baju yang berwarna biru.

Ayat induk : Zulaikha membeli kain sutera.


Ayat kecil : Kain sutera itu berwarna merah.
#Zulaikha membeli kain sutera yang berwarna merah.

Ayat induk : Bas itu bas sekolah.


Ayat kecil : Bhihabil menaiki bas.
#Bas yang dinaiki Bhihabil itu bas sekolah.

18
(ii) Ayat Majmuk Pancangan Komplemen

Ayat majmuk pancangan komplemen ialah ayat yang menggunakan kata hubung
"bahawa" dan "untuk".

Cara Pembentukan Ayat Majmuk Komplemen

Ayat induk : Wais  berjanji.


Ayat kecil : Wais tidak akan ponteng sekolah lagi.
#Wais berjanji bahawa dia tidak akan ponteng sekolah lagi.

Ayat induk : Ismaliyana pergi ke pasar.


Ayat kecil :  Ismaliyana membeli daging dan sayur-sayuran.
#Ismaliyana pergi ke pasar untuk membeli daging dan sayur-sayuran.

(iii) Ayat Majmuk Pancangan Keterangan

1.Ayat majmuk pancangan keterangan ialah ayat majmuk yang terdiri daripada ayat induk dan ayat
lain berfungsi untuk memberi keterangan.
2. Terdapat beberapa jenis keterangan yang digunakan dalam ayat majmuk pancangan keterangan,
iaitu:

-Keterangan sebab/ musabab  --> kerana, lantaran, oleh sebab, sebab

-Keterangan syarat --> jika, jikalau, kalau, sekiranya, andai kata

-Keterangan waktu --> sejak, semenjak, setelah, sewaktu, tatkala, ketika, apabila, sementara

-Keterangan pertentangan --> walaupun, meskipun, kendatipun, biarpun, walau bagaimanapun,


namun, sedangkan

-Keterangan harapan--> supaya, agar, semoga, moga-moga,kalau-kalau

-Keterangan cara --> dengan

-Keterangan perbandingan --> seperti, macam, seolah-olah, ibarat, bak, bagaikan, ibarat

-Keterangan tujuan --> untuk , demi ,bagi

-Keterangan akibat --> hingga , sehingga

Pembentukan Ayat Majmuk Pancangan Keterangan

Ayat induk : Meon tidak pergi ke padang.


Ayat kecil : Hari hujan.
#Meon tidak pergi ke padang kerana hari hujan.(Keterangan  sebab)

Ayat induk : Nik akan berjaya dalam peperiksaan


Ayat kecil : Nik rajin berusaha.
#Nik akan berjaya dalam peperiksaan jika rajin berusaha.(Keterangan syarat)

Ayat induk : Yoong Leng sedang tidur nyenyak.


Ayat kecil : Saya tiba di rumahnya.
#Aisyah sedang tidur nyenyak apabila saya tiba di rumahnya.(Keterangan waktu)

19
Ayat induk : Najihah masih belum balik lagi.
Ayat kecil : Hari sudah lewat malam.
#Najihah masih belum balik lagi walaupun hari sudah lewat malam.(Keterangan pertentangan)

Ayat induk : Ikhsan berdoa.


Ayat kecil : Ibunya cepat sembuh.
#Ikhsan berdoa agar ibunya cepat sembuh.(Keterangan harapan)

Ayat induk : Alia menghiris bawang.


Ayat kecil : Dia menggunakan pisau.
#Alia menghiris bawang dengan menggunakan pisau.(Keterangan cara)

Ayat induk : Azihim kebingungan


Ayat kecil : Rusa masuk kampung
#Azihim kebingungan seperti rusa masuk kampung. (Keterangan perbandingan)

Ayat induk : Udara bersih amat diperlukan.


Ayat kecil : Udara bersih menjamin kehidupan manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan.
#Udara bersih amat diperlukan bagi menjamin kehidupan manusia, haiwan dan tumbuh- tumbuhan.
(keterangan tujuan)

Ayat induk : Zaim ketawa terbahak-bahak.


Ayat kecil : Serak suaranya.
#Zaim ketawa terbahak-bahak sehingga serak suaranya. (Keterangan akibat)

(c) Ayat Majmuk Campuran

1. Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, iaitu terdiri
daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau beberapa ayat majmuk.

Pembentukan Ayat Majmuk Campuran


Ayat tunggal : Luqman sedang membaca surat khabar.
Ayat pancangan komplemen : Adik sedang memasak untuk tetamu yang akan datang ke rumah.
#Luqman sedang membaca surat khabar manakala adik sedang memasak untuk tetamu yang akan
datang ke rumah.

Ayat pancangan relatif : Persekitaran yang bersih amat penting.


Ayat pancangan keterangan : Persekitaran yang bersih menjamin kesihatan seseorang supaya tidak
dijangkiti penyakit.
#Persekitaran yang bersih amat penting bagi menjamin kesihatan seseorang supaya tidak dijangkiti
penyakit.

Ayat majmuk gabungan : Bee Choo dan kawan-kawannya masih berdegil.


Ayat pancangan relatif : Mereka ditegur oleh guru disiplin yang garang itu.
#Bee Choo dan kawan-kawannya masih berdegil meskipun/walaupun ditegur oleh guru disiplin yang
garang itu.

Ayat majmuk gabungan : Adik bangun lalu turun ke serambi.


Ayat komplemen : Kawan-kawan adik sedang menunggunya untuk pergi pergi bermain bola.
#Adik bangun lalu turun ke serambi kerana kawan-kawannya sedang menunggunya untuk pergi
bermain bola.

20
Ayat tunggal : Murid-murid rajin mengulang kaji pelajaran.
Ayat komplemen : Guru Besar mengumumkan bahawa peperiksaan akan diadakan pada bulan
hadapan.
#Murid-murid rajin mengulang kaji pelajaran setelah Guru Besar mengumumkan bahawa peperiksaan
akan diadakan pada bulan hadapan.

 JENIS-JENIS AYAT

AYAT PERINTAH
JENIS TUJUAN CONTOH AYAT
AYAT SURUHAN -memberi perintah atau arahan. *Pergi kamu dari sini.
-boleh letak partikel -lah untuk *Pergilah kamu dari sini.
melembutkannya.
AYAT -menegah seseorang melakukan sesuatu. *Jangan ambil harta orang.
LARANGAN -menggunakan perkataan seperti jangan, *Usah dikenang lagi kisah yang pahit
usah, tak usah sebelum kata kerja. itu.
*Awak tak usah datang lagi ke
pejabat.
AYAT SILAAN -menjemput atau mempersilakan *Sila serahkan borang permohonan
seseorang. tersebut ke pejabat.
-menggunakan perkataan seperti sila atau *Jemput masuk.
jemput.
AYAT -memohon permintaan dan pertolongan. *Minta kamu semua bertenang.
PERMINTAAN -menggunakan perkataan seperti minta *Tolong tutup lampu sebelum kamu
dan tolong. tidur.

21
 AYAT DASAR

 Ayat dasar bermaksud ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat
lain dalam sesuatu bahasa.
 Terdapat empat pola ayat dasasr :

POLA SUBJEK PREDIKAT


Pola 1 Frasa Nama (FN) Frasa Nama (FN)

i. Tun Mahathir seorang negarawan.


ii. Bapa saudara saya seorang pensyarah.

Pola 2 Frasa Nama (FN) Frasa Kerja (FK)

i. Kita perlu memantapkan integriti kita.


ii. Abang saya menjadi jurutera.

Pola 3 Frasa Nama (FN) Frasa Adjektif (FA)

i. Perkara ini amat membimbangkan.


ii. Pemandangan di pantai itu sungguh indah.

Pola 4 Frasa Nama (FN) Frasa Sendi Nama (FS)

i. Novel itu tentang perbezaan dua darjat.


ii. Amran ke perpustakaan pagi tadi.

 FRASA (FRASA NAMA, FRASA KERJA, FRASA ADJEKTIF, FRASA SENDI NAMA)

 FRASA NAMA
 Frasa nama ialah binaan frasa yang boleh terdiri daripada satu patah perkataan atau beberapa
patah perkataan yang mengandungi kata nama sebagai intinya.
 Frasa nama berfungsi sebagai subjet ayat dan juga boleh berfungsi sebagai objek yang hadir
sesudah kata kerja transitif dalam frasa kerja.

 FRASA KERJA
 Frasa kerja ialah binaan yang terdiri daripada satu perkataan atau lebih dan kata intinya ialah kata
intinya ialah kata kerja.
 Frasa kerja terdiri daripada frasa kerja tidak transitif, frasa kerja transitif dan
frasa kerja pasif.

 FRASA ADJEKTIF
 Frasa adjektif ialah susunan perkataan yang terdiri daripada satu perkataan atau beberapa
perkataan yang mengandungi kata sifat atau adjektif sebagai kata intinya.
 Frasa adjektif ialah frasa yang berfungsi sebagai predikat dan juga sebagai unsur keterangan
dalam predikat. Sebagai unsur keterangan, kata adjektif hadir sesudah frasa kerja dan frasa sendi
nama.

 FRASA SENDI NAMA


 Frasa sendi nama ialah satu binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu kata sendi nama dan satu
frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu.
 Kata sendi nama ialah bentuk morfem atau kata yang letaknya di hadapan frasa nama. Frasa sendi
nama boleh juga sebagai pilihan, didahului oleh kata bantu.

22
 AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF

AYAT AKTIF AYAT PASIF

 Mengutamakan pelaku sebagai  Mengutamakan objek sebagai judul/subjek


judul/subjek  Terdiri daripada ayat pasif diri pertama, ayat
 Mengandungi kata kerja berawalan meN- pasif diri kedua dan ayat pasif diri ketiga.

 Contoh :  Contoh : Ayat pasif diri pertama.


Saya mencuci kasut sekolah. Kasut sekolah saya cuci.
Kami sudah menyusun jadual itu. Jadual itu sudah kami susun.

 Contoh :  Contoh : Ayat pasif diri kedua.


Awak mesti menyerahkan surat itu. Surat itu mesti awak serahkan.
Kamu perlu membaiki kereta itu. Kereta itu perlu kamu baiki.

 Contoh :  Contoh : Ayat pasif diri ketiga.


Baginda meminta rakyat supaya bersabar. Rakyat diminta oleh baginda supaya
Salmah memukul adiknya dengan kuat. bersabar.
Adiknya dipukul oleh Salmah dengan kuat.

23
CONTOH SOALAN SINTAKSIS

SINTAKSIS 1

Berdasarkan petikan di bawah, kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi tiga ayat
yang anda pilih seperti yang berikut.

Subjek : ________________________________________________
Predikat : ________________________________________________

Pembuat kek lapis Sarawak juga telah melakukan pelbagai inovasi dari segi rasa dan rupa
agar kek ini terus mendapat sambutan daripada pelanggan. Namun demikian, hanya mereka yang
mempunyai kesabaran dan daya kreativiti yang tinggi mampu menghasilkan corak kek lapis yang
unik serta menarik. Industri kek lapis Sarawak mampu berkembang dengan pesatnya. Badan
kerajaan bersedia untuk membantu usahawan yang berminat. MARDI telah menghasilkan mesin
yang berfungsi untuk menggantikan tenaga kerja manusia.

Dipetik dan diubah suai daripada


Petikan Kek Lapis Sarawak
Buku Teks Tingkatan 4,
Dewan Bahasa dan Pustaka, 2019
[6 markah]

Jawapan.

1. Pembuat kek lapis Sarawak juga telah melakukan pelbagai inovasi dari segi rasa dan rupa agar
kek ini terus mendapat sambutan daripada pelanggan.

Subjek : Pembuat kek lapis Sarawak


Predikat : juga telah melakukan pelbagai inovasi dari segi rasa dan
rupa agar kek ini terus mendapat sambutan daripada pelanggan.

2. Industri kek lapis Sarawak mampu berkembang dengan pesatnya.

Subjek : Industri kek lapis Sarawak


Predikat : mampu berkembang dengan pesatnya.

3. Badan kerajaan bersedia untuk membantu usahawan yang berminat.

Subjek : Badan kerajaan


Predikat : bersedia untuk membantu usahawan yang berminat.

SINTAKSIS 2

Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan ayat bersusunan biasa yang bergaris kepada ayat
bersusunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya.

Bidang keusahawanan wajar diterokai oleh golongan remaja. Bidang ini dapat mendidik remaja
menjadi lebih berdaya kreatif. Sesungguhnya amat luas ruang bagi golongan remaja menceburi bidang
ini. Remaja yang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi juga boleh menceburi bidang
tersebut. Oleh hal yang demikian para remaja yang berminat dalam bidang ini tidak mempunyai
masalah untuk mengikuti kursus dan latihan keusahawanan. Ibu bapa perlu memberikan sokongan
kepada anak-anak yang berminat dalam bidang ini.

Dipetik dan diubah suai daripada Ayuh, Jadilah Usahawan!


Oleh Syed Mahadzir bin Syed Ibrahim Dewan Siswa, Bil 7/2019

24
( 6 markah )

25
Jawapan.

1. Bidang keusahawanan wajar diterokai oleh golongan remaja.

Wajar diterokai oleh golongan remaja bidang keusahawanan.

2. Remaja yang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi juga boleh menceburi
bidang tersebut.

Boleh menceburi bidang tersebut remaja yang melanjutkan pengajian di institusi pengajian
tinggi juga.

3. Ibu bapa perlu memberikan sokongan kepada anak-anak yang berminat dalam bidang ini.

Perlu memberi sokongan ibu bapa kepada anak-anak yang berminat dalam bidang ini.

SINTAKSIS 3

Gabungkan ayat-ayat di bawah supaya menjadi tiga ayat sahaja dengan menggunakan kata hubung
yang sesuai tanpa mengubah maksud dan struktur asalnya.

Seketika dahulu kita dikejutkan dengan kematian tiga ekor badak sumbu Sumatera terakhir di
Malaysia. Kepupusan ini merupakan satu kehilangan besar buat khazanah negara. Pelbagai usaha
yang dipergiat demi menjaga kelestarian alam semula jadi. Masih ramai yang tidak peduli usaha
memulihara spesies terancam. Menurut rekod Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman
Negara (PERHILITAN), spesies Harimau Malaya tergolong dalam kategori spesies terancam di
Malaysia. Spesies seladang juga tergolong dalam kategori terancam di Malaysia. Malah penyu
juga merupakan spesies terancam.

(Dipetik dan diubah suai daripada Astro Awani, 3 Mac 2020)

(6 markah)

Jawapan

Seketika dahulu kita dikejutkan dengan kematian tiga ekor badak sumbu Sumatera terakhir di
Malaysia yang merupakan satu kehilangan besar buat khazanah negara. Pelbagai usaha yang dipergiat
demi menjaga kelestarian alam semula jadi tetapi masih ramai yang tidak peduli usaha memulihara
spesies terancam. Menurut rekod Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara
(PERHILITAN), spesies Harimau Malaya, seladang dan penyu tergolong dalam kategori spesies
terancam di Malaysia.

SINTAKSIS 4

Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan ayat majmuk yang bergaris kepada ayat tunggal
tanpa mengubah maksud asalnya.

Cabaran sebagai remaja memang kritikal. Kesilapan menguruskannya akan menjadikan remaja
hilang arah dan tertewas. Hal ini akan membantutkan usaha pembangunan negara yang bercita-cita
menjadi negara maju pada masa akan datang. Remaja pada hari ini harus memahami mereka akan
mentadbir negara ini pada masa hadapan. Kesan kegagalan remaja menangani perkara ini dengan
baik amat besar kepada bangsa dan negara.

(Dipetik dan diubah suai daripada “Aman Dunia di Tangan Kita”


Dewan Siswa, Bil. 6/2014)

(6 markah)

26
Jawapan

1. Kesilapan menguruskannya akan menjadikan remaja hilang arah dan tertewas.

Kesilapan menguruskannya akan menjadikan remaja hilang arah.


Kesilapan menguruskannya akan menjadikan remaja tertewas.

2. Hal ini akan membantutkan usaha pembangunan negara yang bercita-cita menjadi negara maju pada
masa akan datang.
Hal ini akan membantutkan usaha pembangunan negara.
Negara bercita-cita menjadi negara maju pada masa akan datang.

3. Kesan kegagalan remaja menangani perkara ini dengan baik amat besar kepada bangsa dan negara.
Kesan kegagalan remaja menangani perkara ini dengan baik amat besar kepada bangsa.
Kesan kegagalan remaja menangani perkara ini dengan baik amat besar kepada negara.

SINTAKSIS 5

Baca petikan di bawah dengan teliti. Nyatakan jenis-jenis ayat bagi setiap ayat yang bergaris dalam
petikan.

"Lewat pulang hari ini?" tegur Erisya di sofa ruang tamu. Elyana yang baru sahaja menapak masuk ke
dalam rumah mendengus. Cis, menyampah sungguh melihat kakaknya yang sedang menanti
kepulangannya ! Dia malas untuk bersoal jawab. Dia mahu segera masuk ke dalam bilik. Erisya melirik
matanya mengarah ke jam dinding rumah. Sudah hampir pukul 7.00 malam, adik bongsunya baru
muncul di rumah. Hendak dikatakan jarak rumah dari sekolah tidaklah terlalu jauh.
"Elyana duduk dahulu, akak nak bercakap dengan Elyana," pinta Erisya lembut.
"Elyana penatlah. Lain kali sahajalah kita bercakap," Elyana mengelak, bosan untuk berbicara dengan
Erisya.
Dipetik dan diubah suai daripada
Seteguh Kasihmu
Oleh Ummi Nabila Mat Adam
Dewan Siswa 2016
[5 markah]
Jawapan
1. "Lewat pulang hari ini?" tegur Erisya di sofa ruang tamu.
Ayat tanya.

2. Cis, menyampah sungguh melihat kakaknya yang sedang menanti kepulangannya !


Ayat seruan.

3. Dia mahu segera masuk ke dalam bilik.


Ayat penyata.

4. Sudah hampir pukul 7.00 malam, adik bongsunya baru muncul di rumah.
Ayat penyata.

5. "Elyana duduk dahulu, akak nak bercakap dengan Elyana," pinta Erisya lembut.
Ayat perintah.

27
SINTAKSIS 6

Berdasarkan petikan di bawah, kenal pasti pola ayat dasar sama ada FN+FN, FN+FK, FN+ FA, atau
FN+FS bagi tiga ayat yang anda pilih.

Siem Reap merupakan bandar kedua yang pesat membangun di Kemboja selepas ibu negaranya,
Phnom Penh. Siem Reap juga lebih tenang berbanding Phnom Penh. Namun begitu, dari sudut
pelancongan Siem Reap banyak dikunjungi oleh pelancong saban tahun gara-gara daya tarikan
monumen purba Kompleks Angkor Wat. Penulis telah memasang impian untuk datang ke sini dari
bangku sekolah lagi apabila menonton sebuah rancangan dokumentari yang memaparkan sejarah serta
keindahan Angkor Wat. Impian untuk sampai di situ membuahkan hasil apabila penulis berpeluang
untuk menjejakan kaki di negara ini.

Dipetik dan diubah suai daripada ‘MembentukPemikiran yang Sihat’


Oleh Mohammad Farkhan Kamarolzaman, Dewan Siswa, Bil 12/2017

Jawapan

1. Siem Reap merupakan bandar kedua yang pesat membangun di Kemboja selepas ibu
negaranya, Phnom Penh. (FN +FN)

2. Siem Reap juga lebih tenang berbanding Phnom Penh. (FN+FA)

3. Penulis telah memasang impian untuk datang ke sini dari bangku sekolah lagi apabila menonton
sebuah rancangan dokumentari yang memaparkan sejarah serta keindahan Angkor Wat. (FN+FK)

SINTAKSIS 7

Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan ayat aktif yang bergaris kepada ayat pasif tanpa
mengubah maksud asalnya.

Kerajaan harus mengambil inisiatif bagi membendung pencemaran bahasa Melayu dengan
mengadakan Kempen Memartabatkan Bahasa Melayu. Ibu bapa perlu menerapkan amalan
penggunaan bahasa Melayu yang baik dalam kalangan anak-anak sejak di bangku sekolah rendah. Ibu
bapa mestilah berganding bahu untuk membuahkan hasil yang lumayan. Pihak sekolah wajar
membantu ibu bapa memupuk generasi muda membaca bahan bacaan berbahasa Melayu.

Dipetik dan diubah suai daripada


Memartabatkan Bahasa Melayu
Oleh Noor Nabila Husna Noor Heshamuddin , Dewan Siswa, Jan/2012
[6 markah]

Jawapan

1. Kerajaan harus mengambil inisiatif bagi membendung pencemaran bahasa Melayu dengan
mengadakan Kempen Memartabatkan Bahasa Melayu.
Inisiatif harus diambil oleh kerajaan bagi membendung pencemaran bahasa Melayu dengan
mengadakan Kempen Memartabatkan Bahasa Melayu.

2. Ibu bapa perlu menerapkan amalan penggunaan bahasa Melayu yang baik dalam kalangan
anak-anak sejak di bangku sekolah rendah.
Amalan penggunaan bahasa Melayu yang baik perlu diterapkan oleh ibu bapa dalam kalangan
anak-anak sejak di bangku sekolah rendah.

3. Pihak sekolah wajar membantu ibu bapa memupuk generasi muda membaca bahan bacaan
berbahasa Melayu.

28
Ibu bapa wajar dibantu oleh pihak sekolah memupuk generasi muda membaca bahan bacaan
berbahasa Melayu.

29
-SEMOGA BERJAYA DENGAN CEMERLANG DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU-

Sumber rujukan :

1. MODUL TERBEZA SPM BAHASA MELAYU KERTAS 2 PANITIA BAHASA MELAYU DAERAH
SEREMBAN
2. PANDUAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TATABAHASA BAHASA MELAYU MENENGAH ATAS
3. MODUL INSPIRASI PENDIDIKAN YaPEIM 2021
4. INTERNET

30

Anda mungkin juga menyukai