Anda di halaman 1dari 11

UNGKAPAN MENARIK DALAM KARANGAN

UNGKAPAN MENARIK DALAM KARANGAN RESPONS TERBUKA

PENDAHULUAN

Sedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir di segenap empat penjuru negara ini tentang isu usaha
ibu bapa untuk memastikan anak-anak berjaya dalam kehidupan. Isu tersebut semakin mendapat
perhatian dalam kalangan masyarakat dan tokoh ilmuan negara baik di warung-warung kopi mahupun di
Dewan Parlimen

Dari segi konsepsinya, kejadian tanah runtuh ialah kejadian yang berlaku akibat daripada gelongsoran
tanah di lereng-lereng bukit. Implikasinya, fenomena ini boleh menyebabkan kerosakan harta benda dan
boleh meragut nyawa pengguna jalan raya mahupun penduduk yang berdekatan. Persoalan yang
bermain dalam kotak fikiran kita ialah mengapakah fenomena ini boleh berlaku dan siapakah yang patut
dipersalahkan? Oleh itu, cara membalas jasa ibu bapa yang mewarnai fokus perbincangan akan
dihuraikan secara terperinci demi manfaat semua.

Pada era globalisasi ini, amalan berjimat cermat amat digalakkan dalam kehidupan. Isu ini sering
diperkatakan. Amalan ini sering menjadi buah mulut dalam kalangan masyarakat. Dari segi istilah, amalan
berjimat cermat adalah berbelanja secara berhemah dengan berhati-hati dan bukan secara boros

Dari segi konsepnya ,amalan berjimat cermat boleh ditakrifkan sebagai amalan membelanjakan wang
secara berhemah dan merangka perbelanjaan barang sebelum membeli . Biasanya ,amalan ini dilakukan
oleh masyarakat yang dilabelkan sebagai pengguna yang bijak dan berhemah ketika membeli
barang .Pengguna yang bijak boleh diaforismekan seperti alah membeli menang memakai.

Tetapi malangnya , masyarakat zaman kini terlalu obsess dengan barangan import yang mahal harganya
walaupun cukai yang tinggi telah dikenakan oleh pihak yang berkuasa . Sedar atau tidak ,sebenarnya
barangan buatan tempatan adalah sama kualiti dengan barangan import

Pada era modenisasi ini, Malaysia semakin gah menempa nama di persada dunia kerana peningkatan
ekonomi yang maju. Hal ini kerana, industri pelancongan telah menjadi peneraju utama yang
menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara ini.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa melalui industri pelancongan telah menaikkan taraf ekonomi
negara.Persoalan yang bermain dalam kotak minda sanubari kita ialah siapakah yang memainkan
peranan penting untuk memajukan industri pelancongan ini?

KESAN / IMPLIKASI /IMPAK


Makanan tradisional yang bebas daripada bahan kimia bukan sahaja lebih sihat, malah dapat
memperkukuhsilaturahim dan ukhuwah antara golongan tua dengan yang muda.
Menurut Dato Misbun Sidek, negara Malaysia akan ketandusan atlit-atlit yang berbakat jika tidak dicari
dan dilatih dari usia yang muda. Ungkapan ini dapat membuktikan bahawa industri sukan negara
memang memerlukan pelapis dalam bidang sukan dunia. Oleh itu, menjadi pasukan pelapis kepada
negara adalah penting untuk kejayaan industri sukan negara.

Sudah terang lagi bersuluh, program 1 Murid 1 Sukan yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri yang ke-6
iaitu Dato’ Seri Najib Bin Abdul Razak mampu memupuk semangat juang yang tinggi dalam kalangan
murid sekolah

Pada era globalisasi ini, masalah sosial semakin meningkat seperti cendawan tumbuh selepas
hujan. Berdasarkan laporan daripada pihak kerajaan, terdapat sebanyak 60 peratus daripada kalangan
remaja terlibat dalam masalah sosial.

Masalah yang semakin meruncing ini amat menyedihkan para ibu bapa. Sebagai anak yang
bertanggungjawab, kita tidak seharusnya terlibat dalam sebarang gejala sosial, pastilah ibu bapa kita akan
berasa sedih dan kecewa atas perlakuan kita

Dasar kerajaan yang mewajibkan program 1 Murid 1 Sukan di setiap sekolah bukan sekadar
hangat-hangat tahi ayam tetapi jika dikaji, tanpa dasar-dasar seperti ini masa yang diibaratkan seperti
emas hanya terbiar dan tidak dimanfaatkan dengan sebaiknya. Natijahnya, kita khususnya golongan
remaja akan berpeleseran di kaki-kaki lima pusat beli belah dan akan terdedah dengan pelbagai gejala
sosial yang tidak memberi manfaat dalam kehidupan

Menurut pakar motivasi, melalui penglibatan sukan dalam kalangan murid-murid dapat memupuk
semangat juang untuk negara kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Sekiranya tiada program
seperti ini, sikap juang murid-murid untuk negara akan pudar dari lubuk hati mereka.

Sebagai tamsilnya, ketika membeli atau memilih barang yang hendak dibeli, kita perlu mengetahui isi
kandungan dan sumber barang tersebut sebelum membelinya. Masyarakat juga dapat hidup dengan
lebihkondusif.

Menurut Tun Dr Mahathir , amalan berjimat-cermat ini adalah satu cara bagi memastikan pembangunan
negara terus pesat membangun. Hal ini boleh dianalogikan seperti sampan yang bergerak dengan
bantuan enjin bot . Sekiranya , semua pengguna di Malaysia bersama-sama membuat keputusan dengan
membeli barangan buatan tempatan , maka secara tidak langsung dapat meningkatkan permintaan
terhadap barangan tempatan sekali gus dapat menstabilkan kewangan negara .
Dari sudut kodifikasi yang berrbeza , mInhaj yang berkesan untuk menangani berjimat-cermat ialah
menabung . Dengan menabung kita dapat menyimpan wang untuk masa hadapan jikalau mempunyai
masalah kecemasan.

Disebabkan itu amalan menabung sangat penting bagi setiap individu . Hal ini bertepatan dengan
aforisme sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit . Hal ini boleh dianalogikan sebagai tanah yang
bertimbun . Menurut pandangan tokoh Tun Dr Mahathir, wang daripada tabungan juga boleh digunakan
untuk masa hadapan , seperti melanjutkan pelajaran ke luar negara

Pada realitinya,memang tidak dapat dinafikan bahawa membantu seseorang ketika merupakan
kepentingan utama amalan berjimat-cermat yang semakin kerap menjadi polemik masyarakat di negara
ini.Menelusuri maslahat ini,dapat kita saksikan bahawa pada era langit terbuka ini,kebanyakan
penduduk di dunia lebih gemar hidup secara berjiran dan bermasyarakat. Bertepatan dengan
aforisme lain padang lain belalang, lain orang lain ragam.Hal ini kerana, setiap hamba Allah yang hidup
di dunia ini pastinya akan diuji dengan pelbagai masalah kehidupan

Oleh itu, apabila terdapat jiran yang menemui jalan buntu dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi,
kita sebagai individu yang terhampir haruslah menjadi wahana bagi mereka melepaskan diri dari
kepompong masalah yang menyelubungi kehidupan mereka agar mereka tidak menjadi seperti duduk
dalam duri. Pada saat-saat genting seperti ini, wang simpanan yang disimpan seharusnya digunakan bagi
membantu mereka seperti peribahasa Melayu,berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Sesungguhnya
terbuktilah bahawa amalan berjimat-cermat dapat diimplimentasikan dalam usaha untuk membantu
orang lain.

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI
PERANAN IBU BAPA
Dengan menunjukkan contoh yang baik, ibu bapa merupakan suri teladan yang terdekat dalam
membentuk institusi keluarga yang utuh. Anak-anak juga memainkan peranan penting dalam membentuk
peranan penting dalam membentuk institusi keluarga yang kukuh. Hal ini bolehdianalogikan seperti,
tentera semut bekerjasama mengumpul makanan. Hal ini juga bertepatan dengan aforisme, bagai aur
dengan tebing.

Ibu bapa yang bertanggunjawab tidak seharusnya leka dan bersikap bena tak bena dalam menerapkan
akhlak terpuji dalam diri anak-anak.

Memetik wasitah nirmala seterusnya,ibu bapa haruslah menyediakan makanan yang berkhasiat dan
seimbang dapat membantu pembesaran anak-anak dengan sempurna. Natijahnya,tubuh anak-anak yang
sihat dapat membantu menjamin keluarga bahagia.Amsalnya, ibu bapa perlu menyediakan sarapan
yang bercoklat untuk anak-anak mendapat tenaga di pagi hari.
Dari sudut kodifikasi yang berbeza,semua ahli keluarga perlu menjaga kebersihan tempat tinggal agar
persekitaran tempat tinggal bersih dan ceria. Hal ini kerana,persekitaran tempat tinggal yang bersih dan
ceria dapat menenangkan fikiran

Anak-anak yang mempunyai peribadi yang mulia dan berbudi pekerti yang tinggi dapat memenuhi
tuntutan sebuah keluarga yang bahagia . Natijahnya , anak-anak yang soleh dan solehah dapat menjaga
nama baik keluarga di samping melahirkan generasi yang cemerlang dan sifar jenayah .

Keluarga terdekat perlulah mengadakan rumah terbuka pada hari-hari tertentu untuk mngeratkan
hubungan kekeluargaan yang kita tidak kenal . Aktiviti kunjung-mengunjung ke rumah saudara-mara juga
dapat membina keluarga harmoni terutamanya pada musim perayaan.

Ibu bapa tidak seharusnya cepat berputus asa malah meneruskan usahanya sedikit demi sedikit tanpa
sebarang rungutan di hadapan anak-anak yang kian membesar dan memahami.Sekiranya ibu bapa
berjaya melaksanakan usaha sedemikian,nescaya apabila anak-anak sudah bergelar remajamereka akan
lebih memahami soal semangat patriotik dan akan menghormatinya.

Sebagai ibu bapa lagi lebai lagi berjanggut harus memikirkan langkah yang perlu di pragmatik lagi
sistematik yang boleh dilakukan untuk menggalakkan anak-anak mempunyai masa depan yang cerah dan
berjaya dalam kehidupan

Ibu bapa merupakan penjaga kita dalam kehidupan sejak kita kecil lagi dan merupakan watak terpenting
bagi memuliakan kehidupan kita. Ibu bapa memastikan bahawa anak-anaknya mendapat keperluan
kehidupan yang sempurna serta peluang mendapat pendidikan

Sejak zaman nenek moyang kita lagi, mereka sudahpun mengenali peribahasa dan juga terkenal dengan
ahli-ahli falsafah yang ternama. Ahli-ahli falsafah atau saintis yang ternama seperti Hippocrates, Aristotle
dan Plato merupakan orang yang amat berilmu dan berperanan penting dalam memajukan sesebuah
tamadun.

Justeru, sudah terang lagi bersuluh bahawa ilmu pengetahuan tidak kurang pentingnya dalammenjamin
masa depan yang gilang-gemilang. Justifikasinya, ibu bapa haruslah menggalakkan anak mereka bergaul
dengan orang yang berilmu.

Pada realitinya , memang tidak dapat dinafikan bahawa membeli bahan bacaan yang berbentuk ilmiah
dan dijadikan sebagai hadiah ialah prakarsa utama yang dapat menggalakkan anak-anak mereka
membaca karya-karya ilmiah di negara kita kita . Dalam konteks ini , anak-anak akan berasa teruja dan
dapat meningkatkan keinginan anak – anak untuk membaca apabila ibu bapa menghadiahkan bahan
bacaan kepada mereka.

Jika ditelusuri secara mendalam antara usaha lain yang boleh diimplementasikan ialah ibu bapa
menggalakkan anak-anak menyertai sesuatu aktiviti bersifat ilmiah seperti diskusi ilmiah tentang
sesebuah buku yang baharu diterbitkan. Hal ini kerana, anak-anak berpeluang untuk berkongsi idea
antara satu sama lain melalui diskusi yang diadakan. Tambahan pula, mereka dapat memperoleh
informasi baharu dan pengetahuan terkini.
Oleh itu, tiada penyakit yang tiada penawarnya maka usaha yang konkrit ,sistematik dan pragmatik
seyogia dilakukan oleh anak-anak agar harapan yang diinginkan oleh ibu bapa dapat dicapai dengan
jayanya.

Sebagai ibu bapa yang lebai lagi berjanggut, mereka haruslah membuka mata mereka dan menyedari
bahawa mereka adalah khalifah Allah yang paling penting dalam kehidupan anak-anak supaya
mereka berjaya dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. Ibu bapa haruslah berganding bahu dalam
mendidik anak-anak mereka. Sebagai langkah pertama dan langkah utama, ibu bapa mestilah
memastikan anak-anak mereka berusaha untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan

Langkah lain yang tidak boleh dikesampingkan ialah ibu bapa perlulah berdoa menadah tangan dan
memohon kepada Allah S.W.T supaya anak- anak mereka mempunyai peribadi yang
terpuji.Sesungguhnya doa ibu bapa tiada hijabnya dengan Allah dan doa ibu adalah lebih diterima
kerana ibu memiliki sifat penyayang yang sangat banyak maka doa orang yang penyayang tidak
sia-sia.William Shakespeare turut berkata, “ jangan kamu berhenti dari melakukan usaha yang mulia
selagi kamu belum kecapi hasilnya”.

Dengan ini, ibu bapa perlu menjadi tulang belakang anak-anak bagi merealisasikan impian anak-anak
untuk cemerlang dalam hidup.

Oleh itu, ibu bapa perlu memberikan penegasan kepada anak – anak mereka untuk menunaikan solat
lima waktu , mengaji dan memberi didikan fardu ain bagi membendung anak – anak terjebak dengan
perkara yang sia – sia . Natijahnya , remaja tidak akan terpesong dari landasan yang betul

Selain itu, anak-anak akan lebih cenderung untuk mencontohi perilaku ibu bapa umpama peribahasa
Melayu, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Jika ibu bapa tersebut mengamalkan sifat tersebut, maka
anak-anak akan mengikut jejak langkah mereka. Sifat anak-anak ini akan dapat diwarisi oleh generasi
seterusnya menjadikan amalan ini tidak lenyap ditelan zaman dan tak lapuk dek hujan tak lekang dek
panas.

Jika ditelusuri secara mendalam, ibu bapa haruslah mendidik anak-anak agar menyahut kempen yang
dianjurkan oleh kerajaan. Langkah ini perlu diimplementasikan kerana pada zaman kontemporari ini
mahaen terlalu memandang enteng terhadap penjagaan alam sekitar. Natijahnya, generasi muda akan
datang tidak lagi dapat merasai dan melihat keindahan alam sekitar yang tuhan kurniaka

REMAJA/GENERASI MUDA
Remaja seperti saya memainkan peranan penting untuk mengembalikan zaman kegemilangan untuk
warisan rakyat Malaysia supaya tinggalan nenek moyang kita sentiasa subur dalam sanubari kita.

Dengan menghadiri perjumpaan dan belajar bermain permainan seperti congkak dan gasing, kita dapat
mengetahui betapa halusnya dan tingginya tahap pemikiran nenek moyang kita yang mewariskan
permainan ini kepada kita. Oleh hal yang demikian, warisan bangsa ini dapat diturunkan dari satu
generasi kepada satu generasi.

Jika dilihat dari sudut lain, pantang larang ini sebenarnya mendisiplinkan diri kita selain dapat
menglakkan anak gadis daripada terjerumus dalam kebejatan sosial. Oleh sebab itu, warisan rakyat
Malaysia yang juga amalan nenek moyang harus dijadikan tunjang kehidupan agar kita berjati diri teguh
untuk menangkis segala godaan anasir yang jahat

Jika kita hanya berpeluk tubuh dan menunggu warisan ini tenggelam dalam arus perdana ini, ke mana
akan kita gapai kehidupan sebenar? Apakah erti sebenar kehidupan ini jika kita hanya mampu
merosakkan yang baik dan membinasakan yang murni?

Sebagai remaja yang lagi lebai lagi berjanggut,kita seharusnya menghargai tokoh-tokoh pejuangan
kemerdekaan yang telah sanggup berkorban nyawa demi negara tercinta daripada terus menjadi hamba
abdi penjajah yang rakus dengan kuasa dan tamak haloba dengan cara melawat ke tempat bersejarah
Ramai anak muda dalam kalangan kita yang semakin menghiraukan dan memandang remeh soal patriotik
dan hanya memejam mata,memekakkan telinga,menongkatkan dagu, tidak menghiraukan apa-apa yang
dilaksanakan oleh kerajaan sejurus menjadikan usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan tersebut sebagaia
mainan semata-mata.

Anak-anak patut rajin bergaul dengan orang yang berilmu untuk meluaskan ilmu pengetahuan diri. Hal ini
kerana, ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir. Melalui
pergaulan, kita boleh mendapat maklumat dari mulut orang lain dan juga boleh mempelajari cara
pergaulan yang baik. Pengalaman yang diperolehi oleh orang lain juga dapat menjadi panduan dalam
kehidupan kita

Kejayaan memerlukan pengorbanan yang besar daripada kita dan jalan yang kita harus lalui untuk
kejayaan pastinya dipenuhi dengan halangan dan unsur-unsur negatif yang boleh mematahkan semangat
kita. Walaupun begitu, jika kita berusaha untuk menempuhi segala halangan dan cabaran yang menanti,
pastinya kita mendapat kejayaan yang dikejari itu.
Dengan kejayaan kita dalam peperiksaan pastinya akan lupa segala kesakitan yang dilalui
selepasmengukir senyuman manis di atas muka ibu bapa kita.

Langkah yang lebih efisien lagi pragmatik yang harus diamalkan oleh anak-anak agar terus berjaya dalam
kehidupan ialah menghormati orang yang lebih tua terutamnya ibu bapa dan guru. Seyogianya, sikap
menghormati orang yang lebih tua sudah sepatutnya disemai dalam setiap individu.
Untuk menjadi orang yang berjaya di dunia dan di akhirat kita perlulah menghormati orang yang
memanifestasikan kita selama sembilan bulan. Ibu dan bapa adalah orang yang paling berharap untuk
kita sebagai anak yang berjaya di dunia dan di akhirat. Hati dan naluri seorang ibu mudah rapuh dan
terasa, maka kita perlulah menghormati dan mendengar setiap nasihat yang diberi.

Dari sudut kodifikasinya yang berbeza, sebagai seorang pelajar kita perlu mendapat restu seorang guru
supaya ilmu yang dibekalkan direstui oleh seorang yang bergelar guru. Setiap apayang diberikan oleh
guru itu adalah ilmu agar anak didiknya terus berjaya. Maka untuk menjadi seorang pelajar yang berjaya
kita perlulah menghormati guru itu
Memetik wasitah nirmala seterusnya, membaca dapat menjamin keberkesanan dalam melahirkan
masyarakat yang kreatif lagi inovatif. Individu yang telah tersemat dengan kepelbagaian kreativiti dan
inovatif yang tinggi akan sentiasa berusaha untuk menghasilkan produk atau ciptaan baru berpandukan
kepadatan idea yang datangnya daripada membaca.

Hal ini kerana dengan aktiviti membaca yang dijadikan amalan ini akan memberi kesinambungan idea
yang tidak putus-putus. Sebenarnya, masyarakat telah pun mendapat pendedahan secara meluas
bermulanya di peringkat sekolah lagi.
Melalui membaca bahan ilmiah , kita tidak akan menjadi seperti katak di bawah tempurung yakni tidak
mengetahui sebarang perkembangan mahupun pengajaran . Membaca juga dapat membentuk sahsiah
diri yang terpuji dan tinggi dalam kalangan marhaen.

Sebagai deduksinya, kita hendaklah mengimplementasian pendekatan dalam bentuk indoktrinasi kepada
ibu bapa supaya harapannya itu tercapai. Kita sebagai anak-anak haruslah sentiasa menghargai jasa ibu
bapa dan menghormati setiap keputusan yang telah ditetapkan sama ada keputusan itu bercanggah
dengan apa yang kita cadangkan kerana syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
Selain mendapat keputusan yang sangat cemerlang umpama bulan jatuh ke riba, beliau turut
mempunyai nilai-nilai murni lain yang boleh dicontohi oleh semua pelajar berkat asuhan dan didikan
kedua ibu bapanya. Kepatuhan kepada agama tidak akan sama sekali melahirkan remaja yang kurang
sopan dan tidak berakhlak malah mereka yang patuh akan agama tidak akan menjadi orang yang
mundur. Einstein pernah berkata, “agama tanpa ilmu itu lumpuh, ilmu tanpa agama itu buta”.Oleh itu,
terbuktilah bahawa didikan agama yang mencukupi mampu melahirkan remaja yang bersahsiah mulia.

Menurut Dato Dr Hj Fadzillah Kamsah , pengurusan masa merupakan perkara yang harus dipandang
serius dan seterusnya harus dimanfaatkan dengan sebaik mungkin . Sekiranya , remaja gagal
menguruskan masa dengan baik , maka wujudlah kera kena belacan , sejajar dengan perlakuannya . Hal
ini boleh dianalogikan seperti kaca yang jatuh berderai . Sesungguhnya , amatlah rugi kehidupan
seseorang remaja sekiranya membiarkan masa yang bernilai ibarat emas berlian berlalu dengan begitu
sahaja tanpa disedari

PIHAK SEKOLAH
Dari sudut kodifikasi yang berbeza, organisasi pendidikan merupakan satu organisasi yang terpenting
dalam sesebuah negara. Hal ini bukan sahaja sebagai indikator pada tahap pembangunan negara, malah
akan menjadi indikator hala tuju negara pada masa akan datang.Umumnya organisasi pendidikan seperti
sekolah merupakan entiti yang unik kerana mampu menghadapi pelbagai cabaran dan perubahan dalam
menyelesaikan masalah disiplin

Pendidikan yang utuh lagi mapan haruslah dipraktikkan dalam diri remaja bermulanya daripada insan
yang bergelar pendidik. Sekiranya pendidikan memberikan kesan yang mendalam kepada anak-anak
remaja maka golongan perokok di negara kita dapat dikurangkan.

.Hatta , kempen secara berterusan terutamanya pada peringkat institusi pendidikan merupakan salah
satu modus operanda yang efisien dalam menangani tabiat merokok. Hal ini kerana, melalui kempen di
sekolah dan institusi pendidikan dilihat mampu menyalurkan maklumat secara berterusan kepada pelajar
dan masyarakat. Di sekolah misalnya, penerapan kempen bahana merokok bukan sahaja diadakan secara
formal tetapi juga melalui kempen serampang dua mata yang merentas kurikulum dalam bilik darjah.

Perkara ini amat penting kerana dilihat mampu mengurangkan tabiat merokok dalam kalangan pelajar
dan masyarakat madani kini melalui pengajaran berkesan. Uswahnya, melalui mata pelajaran Sains
pelbagai impak daripada tabiat merokok dapat diketaahui oleh pelajar. Kempen Tak Nak Merokok melalui
media massa pada tahun 2010 telah berjaya meningkatkan kesedaran orang ramai.

Menurut Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, guru-guru turut memikul tanggungjawab
untuk menanamkan sikap suka menabung dalam kalangan murid yang bakal menjadi pemimpin negara
kelak melalui pembelajaran di dalam kelas ataupun di luar waktu persekolahan. Oleh itu, individu yang
mengamalkan amalan berjimat cermat mampu memupuk sikap suka menabung.

Dengan pengimplementasian pakej sebegini golongan remaja akan berminat untuk bersukan serta
melakukan aktiviti yang sihat.Hal ini seterusnya memberi impak positif kepada negara kita sendiri yang
mana dapat memanifestasikan pertambahan ekonomi melalui sukan yang mempunyai
swadaya.Justfikasinya dengan tanggungjawab terhadap terhadap peranan dimainkan negara kita mampu
duduk sama rendah,berdiri sama tinggi tidak kira melalui kesukanan malah juga kesihatan.

Sudah terang lagi bersuluh, akhlak yang baik perlu ditanam di dalam kalbu setiap manusiaterutamanya
golongan pelajar. Sehubungan dengan itu, setiap pelajar atau murid haruslah melibatkan diri dalam
aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolah. Justeru, ibu bapa dan guru perlu bersinergi untuk
menggalakkan penyertaan pelajar dalam aktiviti sukan. Ibarat kata pepatah, ‘bersatu kita teguh, bercerai
kita roboh’.

Kita perlu bersinergi untuk mengasah bakat murid-murid yang dianugerahkan oleh Allahuntuk
menajamkan bakat yang sedia ada.
Sekiranya semua pelajar berintegriti dalam menyiapkan tugasan serta memahami tanggunjawab diri,
makaelemen kasih sayang antara guru dan murid semakin terpaut erat. Guru ialah insan yang perlu kita
letakkan pada darjat yang tinggi. Guru banyak berkorban masa dan tenaga mendidik kita sehingga
berjaya

Usaha untuk mendapat ilmu pengetahuan dan pendidikan yang banyak dapat memberi bantuan besar
untuk saya berjaya pada masa depan. Pendidikan yang tinggi dapat membantu saya bersaing untuk
mendapat pekerjaan yang gaji tinggi. Oleh itu, saya harus rajin belajar dengan bersungguh-sungguh serta
melakukan perkara dengan penuh semangat ketekunan, kegigihan, kecekalan, dedikasi dan berdaya
maju.

Aktiviti yang berfaedah boleh dianalogikan seperti lampu jalan yang menerangi jalan raya.Implikasinya,
melalui aktiviti yang diwajibkan setiap murid di sekolah akan lebih membantu murid dari segi rohani
mahupun jasmani. Dalam masa yang sama, murid dapat memenuhi masa lapang dengan aktiviti yang
bermanfaat

Tuntasnya , sudah terang lagi bersuluh , peranan pihak sekolah tidak terkecuali dalam memupuk minat
bersukan dalam kalangan golongan yang berdarah baru setompok pinang sekarang . Pihak sekolah
seharusnya mengadakan pelbagai aktiviti dan program berteraskan sukan yang melibatkan semua pelajar
tanpa membenarkan seorang pun terkecuali

Statistik terkini jelas memaparkan sebahagian daripada remaja yang merupakan pelapis negara ini tidak
berminat untuk menyertai apa – apa aktiviti sukan yang dijalankan. ,Sukan merupakan satu aktiviti
yang mampu memberi seribu satu manfaat kepada individu yang melibatkan diri mereka dalam
aktiviti tersebut .

Kementerian Pelajaran Malaysia juga menyarankan pihak sekolah mengadakan aktiviti ilmiah seperti
resensi buku murid-murid dan guru. Sekiranya hal ini dilaksanakan dengan penuh jaya, sudah pastilah
sikap membaca dalam kalangan anak-anak dapat diterapkan ke dalam sanubari mereka, bak kata
pepatah membaca itu jambatan ilmu.

Oleh itu, Konsep Sekolah Penyayang yang berteraskan budaya kemesraan dan kasih sayang antara guru
dan murid sewajarnya diterapkan di setiap sekolah. Rentetan itu, murid akan lebih menghargai setiap
ilmu yang dititiskan oleh guru. Malahan, terdapat pelbagai variasi uslub dan minhaj boleh
diswadaya bagi menghargai golongan guru. Hal ini kerana, guru sentiasa menganggap murid sebagai
benih yang baik dilemparkan ke darat menjadi permata yakut yang bersinar cemerlang, dilemparkan ke
laut menjadi pulau penuh khazanah.

Jika ditelusuri secara mendalam, didikan agama merupakan usaha yang dominan dalam memastikan
anak-anak berjaya dalam kehidupan.
Agama memainkan peranan penting dalam memastikan anak-anak tidak akan terpesong ke lembah
hina. Agama merupakan lampu suluh yang menerangi jalan anak-anak ke arah masa depan yang cerah.

50,000 satu angka yang sangat besar sekali. Dengan angka sebesar itu, kita boleh memanfaatkan dengan
pelbagai perkara yang diingini. Malangnya, angka sebesar itu sangat digeruni dan ditakuti setiap
golongan marhaen. Mengikut kajian yang telah dilakukan pada akhir tahun 2011, 50,000 orang setiap
hari di seantera dunia mati disebabkan pelbagai penyakit. Hal ini mungkin memeranjatkan semua orang
akan fakta yang telah dinyatakan oleh salah satu universiti di Amerika Syarikat.

KERAJAAN/PIHAK BERKUASA
Jika ditelusuri secara mendalam peranan yang boleh dimainkan oleh pihak kerajaan untuk memajukan
industri pelancongan ialah kerajaan haruslah mengadakan pelbagai promosi kepada pelancong. Hal ini
kerana untuk menarik minat pelancong untuk melancong ke negara ini.

Menurut Tan Sri Mustafa Jabar,tidak ada satu bangsa pun di dunia ini yang mencapai kemajuan dengan
hanya bermodalkan kata-kata,sebaliknya bangsa yang maju ialah mereka yang gigih berusaha.Sekiranya
kata-kata hikmat ini disematkan dalam diri setiap golongan marhaen di Malaysia,tidak industri mustahil
pelancongan Malaysia akan menjadi tumpuan seantero dunia.

Antara langkah yang efektif lagi pragmatik yang boleh dilakukan ialah pihak kerajaan bolehmengadakan
promosi tentang keunikan dan keindahan flora dan fauna yang terdapat di Malaysia ke segenap pelosok
dunia.Dengan adanya promosi sebegini,industri pelancongan akan menjadi tarikan kepada penduduk di
luar negara untuk melawat Malaysia.

Sudah menjadi satu kebiasaan bagi setiap manusia,menyukai sesuatu yang murah tetapi mempunyai
kualiti yang tinggi . Begitu juga dengan para pelancong yang sering keluar masuk ke Malaysia silih
berganti. Jadi agensi-agensi pelancongan di Malaysia bolehlah mengadakan pakej-pakej menarik
supaya pelancong berminat untuk berkongsi peluang keemasan sebegini kepada kawan-kawan mahupun
kaum keluarga. Hal ini seterusnya akan memberi impak positif kepada negara kita sendiri yang
dapat memanifestasikan pertambahan ekonomi yang mempunyai swadaya.

MASYARAKAT
Sikap bagai enau melepaskan pucuk masing-masing haruslah dielakkan masyarakat dalam memajukan
industri pelancongan.Seperti yang diketahui umum,tarikan sesuatu negara itu berpandukan kepada
keindahan budi bahasa yang diamalkan oleh rakyat negara tersebut.Bertepatan dengan
filsafat,kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan bukan kepada wajah dan pakaian.
Sudah terang lagi bersuluh,masyarakat haruslah membuka langkah untuk memajukan industri
pelancongan dengan menyaambut pelancong dengan bersopan. Perilaku yang sopan akan memberikan
mereka tanggapan pertama mengenai keperibadian rakyat sesebuah negara yang membuatkan mereka
berasa selesa dan berminat untuk melancong lagi ke negara tersebut

Kita harus mencontohi sifat-sifat tokoh terdahulu dan mempraktikkannya bagi menjana idea
membangunkan Malaysia sejajar dengan hasrat 1 Malaysia.Sesungguhnya,kita mampu tenggelam sama
basah timbul sama hanyut seiringan dengan negara maju yang lain.Surah Al-Alaq ada menyatakan,
bacalah dengan nama Tuhanmu, wahai Muhammad.

Hal ini menunjukkan akan kepentingan ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.Oleh itu,kita perlu
membaca bagi meningkatkan ilmu pengetahuan.Natijahnya,ilmu yang diperoleh dapat menjadi
pemangkin untuk membangunkan negara tercinta
Dalam menjayakan prakarsa pragmatik ini,semua pihak haruslah sebulat suara berganding bahu
bergerak sederap seia sekata dalam menerapkan rasa cinta akan negara dalam diri setiap individu

Tambahan pula, bukan sahaja ibu bapa yang memainkan peranan penting dalam memupuk budaya
membaca malahan semua pihak seharusnya berganding bahu dalam merealisasikan budaya membaca
sebagai satu budaya dalam kehidupan seharian.

Sudah terang lagi bersuluh, membaca dapat meningkatkan ilmu pengetahuan. Kecermelangan
pembangunan negara bermula dengan permata negara yang dinamik

Di samping itu, peningkatan ilmu pengetahuan dapat memajukan diri kita. Masyarakat yang lebih berdaya
maju akan berusaha untuk mendapatkan ilmu yang terbaik tanpa mengenepikan kepentingan orang
lain dan boleh membantu orang lain bagi menyelesaikan masalah.

Hal ini bertepatan dengan kata-kata Francis Barchan bahawa ilmu ialah kuasa. Menurut Dato’ Dr.
Fadzillah Kamsah, membaca merupakan jambatan ilmu yang perlu diterokai dan dicari. Oleh itu, tabiat
membaca perlu diperkasakan agara peningkatan kualiti wacana nasional dapat dilestarikan.

Dalam mengejar wawasan 2020, semua rakyat perlu memahami amalan membaca supaya amalan ini
mampu menjadi amalan turun temurun. Jika kita halusi dengan lebih terperinci, negara-negara moden
seperti Jepun mengamalkan amalan membaca yang sangat penting dalam diri setiap penghuni yang
berada dalam negara tersebut. Hal ini disebabkan mereka mengamalkan amalan membaca dalam
kehidupan seharian

Selain itu, harapan Perdana Menteri dapat direalisasikan apabila melihat anak-anak didik cemerlang yang
kaya dengan ilmu intelek dapat dilahirkan. Lantaran itu, sudah tentu Malaysia mempunyai lapisan
generasi yang berkualiti dan berilmu pengetahuan yang dapat memartabatkan negara kita. Generasi ini
akan membawa Malaysia memacu ke hadapan untuk mencapai kejayaan yang setanding dengan negara
lain ibarat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. Sesungguhnya, membaca buku ilmiah membawa
banyak maslahat yang positif dan tidak merugikan sesiapa.
PENUTUP
Akhirul kalam, kita haruslah pandai dalam berjimat cermat. Hal ini kerana, amalan berjimat cermat itu
amat penting untuk menjamin kewangan kita pada masa hadapan. Oleh itu, kita haruslah mempraktikkan
amalan ini sejak dari azali lagi. Bak kata pepatah, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

Sebagai pengitlakannya, amalan membaca dapat memberi manfaat yang berguna kepada setiap individu
tidak kira golongan tua mahupun golongan muda. Sekiranya semua pihak tidak memekakkan telinga,
tidak hanya membisukan mulut, membutakan mata mereka, maka negara akan berdiri standing dengan
negara moden pada masa ini. Dalam mengejar wawasan 2020, semua rakyat perlu memahami amalan
membaca supaya amalan ini mampu menjadi amalan turun temurun.

Menggorak langkah berjalan pulang,


Mawar disisip hiasan dara,
Membaca amalan cemerlang terbilang,
Mencorak ke arah kemajuan negara.

Oleh itu , kita perlulah meneruskan amalan ini hingga ke generasi seterusnya yang bakal menaikan negara
kita pada masa hadapan kelak .
Seorang badut melompat – lompat
Disimbah air bajunya basah
Kita perlu berjimat cermat
Agar hidup tidak bermasalah .

Sebagai deduksinya,kita hendaklah melaksanakan pendekatan dalam bentuk indoktrinasikepada


pelancong-pelancong luar supaya Malaysia menjadi tempat yang terbaik untuk mereka lawati dan mesra
kunjungi.Seyogia marhaen Malaysia hendaklah mengamalkan sifat altruisme untuk menjadikan
Malaysia sebagai negara yang memorabilia kepada setiap pelancong.Peranan setiap lapisan masyarakat
perlu di pertingkat dan diperkuat.Kita perlu mengorak langkah sederap untuk menjadikan nama Malaysia
akan menjadi bualan di setiap pelosok dunia.

Prakarsa yang dilakukan bersifat pragmatik dan tidak bersifat impulsif kerana setiap pelancong
mempunyai pelbagai ragam yang perlu di hadapi oleh kita.Kita perlu bijaksana dalam melangkah untuk
menghadapi semua ini.Seumpama kata Elbert Hubbard, kebijaksaan ialah keupayaan untuk bertindak
pada masa yang benar-benar tepat. Jika kita tersalah langkah,kita ibarat menconteng arang ke muka
sendiri. Janganlah kita hanya melepaskan batuk di tangga dalam menaikkan air muka Malaysia
kerana jatuh bangun Malaysia terletak di tangan kita.

Anda mungkin juga menyukai