Anda di halaman 1dari 14

TEKNIK DAN LANGKAH

PENGAJARAN MEMODENKAN
PETIKAN KLASIK


ISNIN
6 APRIL 2021
Memahami konsep petikan prosa klasik


Prosa
Karangan yang ditulis dalam bahasa yang biasa (tidak dalam
bentuk pantun, sajak dan lain-lain) ; karangan bebas

Klasik
Mempunyai sifat-sifat yang lama atau yang tidak dipakai lagi.
(lawan moden)

Bagi pelajar aras sederhana / tinggi:


Tesaurus klasik: lama, kuno, antik, asli, tradisional, lazim, tipikal,
konvensional.
Ciri-ciri Prosa Klasik

1. Ayat-ayat panjang dan berbelit-belit.
2. Banyak dipengaruhi oleh bahasa Arab, Sanskrit dan
klasik.
3. Banyak menggunakan struktur ayat pasif
4. Banyak menggunakan ayat songsang
5. Banyak menggunakan imbuhan ‘lah’ dan ‘pun’.
6. Lebih bersifat bahasa Istana
7. Banyak menggunakan kata pangkal ayat yang agak
usang
Memodenkan Petikan Prosa Klasik

Arahan soalan:
Pindahkan bahasa Melayu lama di atas kepada bahasa
Melayu moden.

“Memindahkan” bermaksud menuliskan atau


menceritakan semula dengan ayat sendiri, berpandukan
watak dan perwatakan serta peristiwa yang asal.

✖ memindahkan ayat demi ayat, perkataan demi


perkataan
Panduan memindahkan petikan prosa
klasik kepada bahasa Melayu moden

 Baca keseluruhan petikan

 Kenalpasti persoalan utama dalam petikan

 Tidak berusaha menukarkan ayat demi ayat atau perkataan


demi perkataan

 Petikan soalan yang diberikan tidak lengkap dan tidak ketahui


sebelum dan sesudah peristiwa

 Tugasan ialah “memindahkan” bukannya “menterjemahkan”


Jadi, bagaimana memindahkannya?

 Kenal pasti dan senaraikan watak dan perwatakan.
 Kenal pasti peristiwa melalui kata kerja / frasa kerja setiap ayat dan latar
tempat / masa.
 Tulis ayat sendiri (dalam bentuk laporan / penceritaan semula
berpandukan kata kerja / frasa kerja yang digarisi dengan
✓susunan ayat biasa
✓ayat aktif
✓ayat majmuk
✓penanda wacana
✓Cakap pindah (bahasa laporan)

 Gantikan peribahasa, perbandingan, kata klasik dengan maksud yang


sebanding dengannya
CONTOH
Telah didengar oleh Raja 
Jin akan sembah Tuanku Malim
Deman terlalu bijaksana pandai berkata-kata dengan halus
manis serta pula lemah lembut aturannya, makin bertambah-
tambah kasih sayangnya akan Tuanku Malim Deman. Maka
Raja Jin pun bertitah, “Ayuhai anakanda, jika sekiranya
anakanda hendak pergi ke mana-mana pun Insya Allah Taala
bolehlah ayahanda menyampaikan seperti maksud anakanda
itu, akan tetapinya hendaklah anakanda berjanji dahulu
dengan ayahanda”.
Peristiwa berpandukan kata kerja / frasa
kerja

 Di dengar - mendengar
 Pandai berkata-kata – bijak
 Bertambah-tambah kasih sayangnya – semakin bersimpati
 Bertitah – bertitah
 Pergi – pergi
 Menyampaikan seperti maksud – menunaikan hajat
 Berjanji – berjanji
Bina ayat sendiri untuk menceritakan
semula:

 Raja Jin mendengar sembah Tuanku Malim Deman
yang bijak dan sopan itu
 Baginda semakin bersimpati terhadapnya.
 Raja jin bertitah
 Jika Tuanku Malim Deman hendak pergi ke mana-
mana
 Baginda (Raja Jin) akan menunaikan hajatnya
 Tuanku Malim Deman mesti berjanji dengan
baginda dahulu.
JAWAPAN LENGKAP

Setelah Raja Jin mendengar sembah Tuanku Malim
Deman yang bijak dan sopan itu, baginda semakin
bersimpati terhadapnya. Raja Jin bertitah bahawa jika
Tuanku Malim Deman hendak pergi ke mana-mana,
baginda akan menunaikan hajatnya tetapi dengan
syarat Tuanku Malim Deman mesti berjanji dengan
baginda dahulu.
CONTOH 2

Awang Sulung pun lalulah berkayuh lagi serta mengucapkan
doa atas orang itu supaya ia dapat ikan banyak. Maka
sebelum kail jatuh ke laut, didapatiya ikan oleh si pengail itu.
Maka takjub hati si pengail itu serta ia berfikir, “Kerana
budak hitam itu yang melalui tadi, sebab itu barangkali akan
mendapat ikan semacam ini.”

Watak dan perwatakan:


Awang Sulung, sipengail, budak hitam.
Mendapatkan peristiwa

Kata kerja / frasa kerja:
berkayuh – mengucapkan doa – dapat ikan – jatuh ke
laut – didapati – takjub - berfikir – melalui – mendapat
ikan
Peristiwa

Bina ayat daripada panduan kata kerja / frasa kerja:

✓susunan ayat biasa


✓ayat aktif
✓ayat majmuk (sambung ayat-ayatnya)
✓gunakan penanda wacana sesuai
✓gunakan cakap pindah (bahasa laporan)
Contoh Jawapan

berkayuh – mengucapkan doa – dapat ikan – jatuh ke
laut – didapati – takjub - berfikir – melalui – mendapat
ikan

Awang Sulung berkayuh sambil mendoakan pengail


agar mendapat ikan yang banyak. Setelah pengail
menjatuhkan kailnya ke laut, pengail itu segera
mendapat ikan. Pengail itu terkejut lalu berfikir
kemungkinan budak yang melintas tadinya yang
menyebabkan dia mendapat ikan yang banyak.

Anda mungkin juga menyukai