Anda di halaman 1dari 9

11/5/22, 5:34 PM Contoh Karangan - Punca tekanan perasaan remaja - Karangan Net

Karangan Net
Nota Komsas, Isi Karangan, Contoh karangan SPM, PT3, STPM

KaranganNet » Contoh Karangan

Contoh Karangan – Punca tekanan perasaan remaja


Contoh Karangan, Bahasa Malaysia

Kandungan

https://karangan.net/punca-tekanan/ 1/9
11/5/22, 5:34 PM Contoh Karangan - Punca tekanan perasaan remaja - Karangan Net

1. Punca remaja mengalami tekanan


1.1. Kekuatan dalaman dan benteng keimanan yang lemah
1.2. Pertengkaran antara ibu dan bapa
1.3. Kegiatan buli di sekolah
1.4. Aktiviti persekolahan dan pembelajaran
1.5. Penutup Karangan Punca tekanan

Masalah tekanan semakin serius dalam kalangan remaja. Untuk mengatasi masalah ini, kita hendak
mengetahui punca tekanan. Huraikan faktor yang menyebabkan masalah tekanan.

Punca remaja mengalami tekanan


Dalam era pasca-2020 yang penuh cabaran lantaran pandemik COVID-19 yang melanda negara, banyak
orang yang terkesan dengan cabaran yang tidak terduga ini. Terdapat golongan yang kehilangan punca
pendapatan, kehilangan orang tersayang akibat jangkitan penyakit COVID-19 dan tidak kurang pula
yang menghadapi masalah tekanan akibat tidak boleh bergerak ke mana-mana tanpa tujuan lantaran
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Oleh itu, kita hendaklah mengkaji setiap faktor yang menyebabkan
masalah tekanan ini berlaku dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya remaja yang masih bersekolah.
Persoalannya ialah, apakah punca tekanan berlaku pada seseorang remaja?

CERAMIC PRO Kuala Lumpur - Car Coating & Auto Detailing


Ceramic Pro
We Have Automobile Paint Protection Products.

Website Direction

Kekuatan dalaman dan benteng keimanan yang lemah

Punca seseorang remaja mengalami tekanan adalah disebabkan oleh kekuatan dalaman dan benteng
keimanan yang lemah. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka terlalu mengikut perasaan seperti
peribahasa ada menyebut ikut rasa binasa, ikut nafsu lesu, ikut hati mati. Sebagai contoh, seseorang
remaja berasa sedih atas kegagalannya dalam peperiksaan. Keadaan ini menyebabkan dia kemurungan
lalu menyendiri di dalam bilik tanpa mahu berbual-bual dengan ibu bapa atau ahli keluarga. Oleh itu,
tekanan berpunca daripada kelemahan iman seseorang kerana sesungguhnya kesabaran itu sebahagian
daripada iman.

https://karangan.net/punca-tekanan/ 2/9
11/5/22, 5:34 PM Contoh Karangan - Punca tekanan perasaan remaja - Karangan Net

Pertengkaran antara ibu dan bapa

Tekanan juga berpunca daripada pertengkaran antara ibu dan bapa. Hal ini dikatakan demikian kerana
mereka menghadapi masalah kewangan yang meruncing. Apatah lagi jika pergaduhan ibu bapa turut
dikaitkan dengan hubungan terlarang ibu atau bapa dengan orang ketiga. Keadaan ini boleh
menyebabkan berlakunya perceraian. Akibatnya, anak-anak tidak dapat menghadapi masalah keretakan
rumah tangga ibu bapa mereka bagai retak menanti belah. Oleh itu, anak-anak akan memendam
perasaan lalu mengalami tekanan jiwa sehingga sampai satu tahap tekanan ini memberi impak negatif
pada remaja.

Kegiatan buli di sekolah

Selain masalah rumah tangga menjadi punca tekanan pada remaja, kegiatan buli di sekolah turut
menjadi faktor remaja mengalami tekanan. Hal ini dikatakan demikian kerana anak-anak yang menjadi
mangsa buli di sekolah akan memendamkan perasaan lalu jiwa remaja tertekan disebabkan terlalu
marah atas perbuatan buli terhadap dirinya, namun dia tidak mampu untuk membalas atau
mempertahan dirinya. Oleh itu, remaja perlu berani menghadapi kegiatan buli daripada pembuli di
sekolah dengan membuat aduan kepada guru atau pentadbir sekolah.

CERAMIC PRO Kuala Lumpur - Car Coating & Auto Detailing


Ceramic Pro
We Also Have Automobile Paint Protection Products.

Website Direction
https://karangan.net/punca-tekanan/ 3/9
11/5/22, 5:34 PM Contoh Karangan - Punca tekanan perasaan remaja - Karangan Net

Aktiviti persekolahan dan pembelajaran

Punca terakhir yang menyebabkan tekanan pada diri remaja adalah disebabkan aktiviti persekolahan
dan pembelajaran. Lazimnya bagi kelas yang akan menduduki peperiksaan penting seperti PT3 dan
SPM, guru-guru akan memberikan tugasan yang banyak. Keadaan ini menyebabkan mereka tidak
mendapat rehat yang cukup. Ibu bapa pula akan memaksa anak- anak untuk menghadiri kelas tuisyen.
Akibatnya, anak-anak tiada masa rehat yang cukup lalu mereka menghadapi tekanan akibat desakan
ibu bapa yang keterlaluan. Oleh itu ibu bapa hendaklah memastikan anak-anak mendapat tidur yang
cukup, makanan yang seimbang dan kesihatan yang baik untuk memastikan mereka bersedia
menghadapi peperiksaan.

Penutup Karangan Punca tekanan

Kesimpulannya, tekanan hendaklah diurus dengan cara yang betul agar tekanan tersebut menjadi
pembakar semangat untuk memajukan diri pelajar. Oleh itu, pihak sekolah terutamanya Unit Bimbingan
dan Kaunseling hendaklah memastikan pelajar dapat mengurus tekanan yang dihadapi oleh mereka
dengan bijak bagai menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak putus tepung tidak berselerak agar
mereka terus dapat mencapai kejayaan demi kejayaan untuk kecemerlangan masa hadapan.

https://karangan.net/punca-tekanan/ 4/9
11/5/22, 5:34 PM Contoh Karangan - Punca tekanan perasaan remaja - Karangan Net

Contoh Karangan – Kesan tekanan terhadap remaja | Langkah Menghadapi tekanan

Leave a Reply
Your email address will not be published. Required fields are marked *

Comment *

Name

Email

Website

https://karangan.net/punca-tekanan/ 5/9
11/5/22, 5:34 PM Contoh Karangan - Punca tekanan perasaan remaja - Karangan Net

POST COMMENT

Search

Carian Karangan SEARCH

Senarai Nota KOMSAS Semakan Keputusan

Contoh Karangan UPSR Rangka Karangan UPSR

Contoh Karangan PT3 Rangka Karangan PT3

Contoh Karangan SPM Rangka Karangan SPM

Contoh Karangan STPM Rangka Karangan STPM

https://karangan.net/punca-tekanan/ 6/9
11/5/22, 5:34 PM Contoh Karangan - Punca tekanan perasaan remaja - Karangan Net

Contoh Karangan yang cemerlang


Karangan STPM: Punca penularan penyakit berjangkit
Contoh Karangan SPM: Punca keruntuhan akhlak remaja
Contoh Karangan SPM: Kepentingan Bimbingan dan Kaunseling
Contoh Karangan: Kepentingan menyertai kesukarelawanan
Contoh Karangan SPM: Langkah Mengatasi Gejala Sosial
Karangan SPM: Kepentingan Industri Kecil Dan Sederhana
Karangan SPM: Cara Memajukan Industri Kecil Dan Sederhana
Contoh Karangan SPM: Peranan Koperasi Sekolah
Contoh Karangan SPM: Keburukan Makanan Ringan
Contoh Karangan SPM: Kepentingan Menyertai Koperasi

Contoh Karangan Baru


Contoh Karangan SPM Kesan Peperangan
Contoh Karangan Langkah Membendung Hidupan Liar
Contoh Karangan SPM: Usaha untuk mengekalkan Budaya
Karangan SPM: Kepentingan Budaya dan Adat Resam
Contoh Karangan SPM: Kelebihan E-Wallet (E-Dompet)
K P P l j
https://karangan.net/punca-tekanan/
tid k M t i Akti iti k k ik l 7/9
11/5/22, 5:34 PM Contoh Karangan - Punca tekanan perasaan remaja - Karangan Net
Karangan Punca Pelajar tidak Menyertai Aktiviti kokurikulum
Contoh Karangan SPM: Punca pemanasan global
Contoh Karangan SPM: Kebaikan Melancong
Teknik Menulis Karangan: Contoh Pendahuluan dan Penutup
Karangan PT3: Cara Menjaga Kesihatan Mental

Contoh Karangan yang cemerlang?

Karangan yang cemerlang harus mempunyai isi-isi yang menarik. Pelajar juga dinasihat untuk
menggunakan peribahasa atau ungkapan menarik dalam karangan anda.

Semak: Contoh Karangan

https://karangan.net/punca-tekanan/ 8/9
11/5/22, 5:34 PM Contoh Karangan - Punca tekanan perasaan remaja - Karangan Net

https://karangan.net/punca-tekanan/ 9/9

Anda mungkin juga menyukai