Anda di halaman 1dari 24

Bahagian Satu: Morfologi

52
BAB 4
KATA TUGAS

Kata tugas ialah golongan perkataan selain kata nama, kata kerja dan kata sifat yang
mendukung sesuatu tugas tertentu dalam binaan ayat, klausa dan frasa. Kehadiran kata tugas
dalam ayat tidak berfungsi sebagai inti dalam sebarang frasa utama, sebaliknya mendukung
sesuatu tugas sintaksis tertentu sama ada sebagai penghubung, penerang, penentu, penguat,
pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar pemeri atau tugas-tugas lain. Terdapat 17
jenis kata tugas yang telah dikenal pasti dalam bahasa Melayu:

1. Kata adverba
2. Kata hubung
3. Kata sendi nama
4. Kata seru
5. Kata bantu
6. Kata perintah
7. Kata pangkal ayat
8. Kata bantu
9. Kata penguat
10. Kata penegas
11. Kata nafi
12. Kata pemeri
13. Kata pembenar
14. Kata arah
15. Kata bilangan
16. Kata penekan
17. Kata pembenda

Untuk perbincangan dalam modul ini, hanya beberapa kata tugas sahaja diperkatakan.

4.1 KATA SENDI NAMA
4.1.1 Takrif/Definisi
Kata sendi nama bertugas sebagai sendi yang merangkaikan frasa nama dengan kata-kata
atau frasa-frasa lain dalam sesuatu ayat dan hadir di hadapan frasa nama, contohnya: di, ke,
dari, daripada, ke, kepada, bagi, demi, tentang, seperti, bagai, umpama, laksana, sejak,
terhadap, akan, oleh, hingga, antara, untuk, dengan, dalam, dan sampai.
4.1.2 Bentuk Kesalahan Lazim
4.1.2.1 Kata Sendi
(a) di
(i) Dia datang ke rumah saya di hari raya.(x)
(ii) Puan Siti mencalitkan gincu di bibirnya. (x)
Bahagian Satu: Morfologi

57
(b) pada
(i) Suraya menulis surat pada keluarganya.(x)

(c) dengan
(i) Emak selalu marah dengan adik. (x)
(ii) Mereka terpesona dengan keindahan pantai itu. (x)

(d) bagi
(i) Hadiah ini bagimu. (x)
(ii) Antara
Jarak antara rumah Zainab dengan sekolah baharu itu kira-kira dua
kilometer. (x)
Tidak ada apa-apa hubungan di antara Hilmi dengan gadis tersebut.(x)

4.1.2.2 Kata sendi + kata sendi
Oleh kerana (x)
Sejak dari itu (x)
Selain daripada itu (x)
Demi untuk negara (x)

4.1.2.3 Frasa sendi berpasangan
(a) dari......ke
dari masa ke semasa (x)
(b) daripada.... kepada
daripada seorang ke seorang (x)
(c) sejak... hingga
sejak dahulu sehingga kini (x)
(d) antara....dengan
antara buku dan pensel.(x)
(e) dari ....hingga
dari atas hingga ke bawah. (x)
4.1.2.3 Frasa sendi gabungan
(a) di.... dan di......
di atas dan bawah (x)
Bahagian Satu: Morfologi

58
(b) ke....dan ke.....
ke kiri dan kanan (x)
4.1.3 Rumus Penyelesaian
1P 2D 2K
1P pada - digunakan untuk orang,
2D dari, daripada - asal kejadian
2K ke, kepada - perbandingan dan abstrak

4.1.3.1 Ayat Contoh
(a) Ayah menggantung lukisan itu pada dinding rumah.
(b) Salman mengulang kaji pelajaran dari tengah malam hingga subuh.
(c) Ukiran itu diperbuat daripada logam.
(d) Mereka berpindah ke Gombak baru-baru ini.
(e) Zulkifli menyerahkan buku itu kepada gurunya.

1L 8S
1L laksana
8S
Seperti
Seumpama
Sebagai
Selama Digunakan untuk menunjukkan
Selain perbandingan dan masa.
Sepanjang
Sejak / Semenjak
Sampai

4.1.3.2 Ayat Contoh
(a) Adik ketakutan seperti dikejar hantu.
(b) Hatinya keras seumpama batu.
(c) Dia telah berkhidmat sebagai guru selama 10 tahun.
(d) Hidupnya menjadi sepi sejak kematian ayahnya.
(e) Rashdan sampai ke sekolah pada pukul 7.00 pagi.
Bahagian Satu: Morfologi

59

2T
Tentang - rujukan hal yang dilakukan dan hadir
terhadap sebelum kata nama

4.1.3.3 Ayat Contoh
(a) Berita tentang kejayaannya telah tersebar luas.
(b) Ketaatan murid itu terhadap gurunya patut dicontohi.

2D Menunjukkan maksud tujuan
Maksud bersama-sama

demi Cara sesuatu dilakukan
dengan Memakai atau menggunakan dan
perbandingan yang serupa

4.1.3.3 Ayat Contoh
(a) Widad rela mengorbankan masa cuti demi menjaga ibunya.
(b) Nurain pergi ke perpustakaan dengan kawannya.
c) Ayah memotong kayu dengan gergaji.
(d) Sifat lemah lembut kakak sama dengan ibu.

Menunjukkan hubungan pembuat (ayat
OU pasif)
- Membawa maksud sebab
Oleh Menunjukkan kegunaan sesuatu
untuk Maksud bahagian yang ditentukan.


4.1.3.4 Ayat Contoh
(a) Nasi lemak itu dimasak oleh ibu.
(b) Hadiah itu adalah untuk suaminya.
(c) Kami amat terpesona dengan suara merdu penyanyi itu.
Bahagian Satu: Morfologi

60

BAA
bagi Menunjukkan kegunaan sesuatu,
akan Maksud bahagian yang ditentukan
Digunakan di hadapan kata nama dan mesti didahului
oleh kata adjektif yang bersifat emotif.
antara Berfungsi sebagai kata arah yang hadir
di hadapan kata nama yang membawa
pengertian lingkungan yang tidak
mempunyai ruang atau jarak.

4.1.3.5 Ayat Contoh

(a) Program motivasi itu diadakan bagi membantu pelajar-pelajar yang lemah.
(b) Ibu bapa sangat sayang akan anak-anak mereka.
(c) Kasih sayang antara keluarga amat penting.

4.1.4 Latihan Pengukuhan
4.1.4.1 Mengenal Pasti Kesalahan Kata Sendi
(a) Dia datang ke rumah saya di hari raya.
(b) Puan Siti mencalit gincu di bibirnya.
(c) Suraya menulis surat pada keluarganya.
(d) Emak selalu marah dengan adik.
(e) Surat itu dari Ramli.
(f) Sejak dari itu, hidupnya semakin merana.
(g) Sejak dahulu sehingga kini sikapnya tidak pernah berubah.
(h) Shafwan berlatih bersungguh-sungguh demi untuk berjaya.
(i) Oleh kerana hujan, Nuruddin tidak hadir ke sekolah.
(j) Rumahnya terletak antara masjid dengan sekolah.




Bahagian Satu: Morfologi

61
4.1.4.2 Membetulkan Kesalahan Kata Sendi

(a) Dia datang ke rumah saya pada hari raya.
( di : tidak boleh digunakan untuk menunjukkan masa)

(b) Puan Siti mencalitkan gincu pada bibirnya.
(pada : menunjukkan konsep ada + pada + manusia)

(c) Suraya menulis surat kepada keluarganya.
(kepada : menunjukkan arah orang yang ditujui)

(d) Emak selalu marah kepada adik.
(dengan: tidak boleh digunakan kerana membawa maksud bersama-sama, cara,
menggunakan sesuatu dan perbandingan)

(e) Surat itu daripada Ramli.
( dari: tidak boleh digunakan kerana menunjukkan tempat asal sesuatu, tempat atau
masa bermulanya sesuatu perkara)

(f) Sejak itu, hidupnya semakin merana.
( sejak dan dari ; kedua-duanya kata sendi dan tidak boleh digunakan serentak)

(g) Sejak dahulu hingga kini sikapnya tidak pernah berubah.
(Kata sendi sejak mesti berpasangan dengan hingga)

(h) Safwan berlatih bersungguh-sungguh untuk berjaya.
( demi dan untuk : kedua-duanya kata sendi dan tidak boleh digunakan serentak)

(i) Oleh sebab hujan, Nuruddin tidak hadir ke sekolah.
(Oleh sebab ialah sebahagian daripada frasa nama manakala kerana ialah kata
hubung)

(j) Rumahnya terletak di antara masjid dengan sekolah.
( di antara : menunjukkan kedudukan)
Bahagian Satu: Morfologi

62
4.1.4.3 Mengenal Pasti Ayat yang Betul
Bil Ayat Betul/ Salah
1. Zalina suka bersiar-siar di taman bunga di waktu petang.
2. Teksi itu membelok daripada Jalan Gombak ke Jalan Ipoh.
3. Emak amat sayang pada abang kerana selalu mengambil
berat terhadapnya.

4. Ayah di Kelantan selama lima tahun untuk mempelajari
ilmu agama.

5. Perbuatan kamu itu salah dari sudut agama.
6. Kami amat terpesona dengan suara merdu penyanyi itu.
7. Semua gambar itu akan kami gantung pada dinding
sekolah.

8. Kita haruslah tekun belajar selain daripada berdoa agar
berjaya dalam pelajaran.

9. Hadiah ini saya beli khas bagi ibu sempena hari lahirnya.
10. Tidak ada apa-apa hubungan antara Hilmi dengan gadis
tersebut.


Bil Ayat Betul/ Salah
1. Zalina suka bersiar-siar di taman bunga di waktu petang. x
2. Teksi itu membelok daripada Jalan Gombak ke Jalan Ipoh. x
3. Emak amat sayang pada abang kerana selalu mengambil
berat terhadapnya.
x
4. Ayah di Kelantan selama lima tahun untuk mempelajari
ilmu agama.
x
5. Perbuatan kamu itu salah dari sudut agama. /
6. Kami amat terpesona dengan suara merdu penyanyi itu. x
7. Semua gambar itu akan kami gantung pada dinding
sekolah.
/
8. Kita haruslah tekun belajar selain daripada berdoa agar
berjaya dalam pelajaran.
x
9. Hadiah ini saya beli khas bagi ibu sempena hari lahirnya. x
10. Tidak ada apa-apa hubungan antara Hilmi dengan gadis
tersebut.
/
Bahagian Satu: Morfologi

63
4.2 KATA HUBUNG
4.2.1 Takrif/Definisi
Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menyambung atau menghubungkan
sesuatu kata atau frasa dalam sesuatu ayat.

4.2.2. Jenis Kata Hubung:
(a) Kata Hubung Gabungan
Contoh: dan, serta, atau, sambil, lalu, maka

(b) Kata Hubung Pancangan:
Contoh : sejak, semenjak, tetapi, kerana, hingga, sehingga, antara, apabila

(c) Kata Hubungan Berpasangan
Contoh: oleh sebab maka, walaupun namun, biarpun tetapi, meskipun namun, baik
mahupun, sama ada mahupun, bukan sahaja malah

4.2.3 Kata Hubung Gabungan Dan
Kata hubung yang menggabungkan dua klausa ayat atau lebih yang setara iaitu:
(i) Objek dengan objek
Contoh: Nazri membeli baju dan kasut di pekan.
(ii) Subjek dengan subjek
Syafiq dan Ekhwan bermain bola sepak di padang sekolah.

(iii) Ayat dengan ayat
Emak menyiram pokok bunga dan ayah mencuci kereta.

4.2.4 Kesalahan Lazim Penggunaan Kata Hubung
(a) Jangan gunakan dua kali perkataan dan untuk tujuan sama dalam satu ayat. (gunakan
berselang dengan serta)



Bahagian Satu: Morfologi

64
Contoh:
Dia bekerja dan berniaga pada waktu siang dan berehat pada waktu malam. (X)
Dia bekerja dan berniaga pada waktu siang serta berehat pada waktu malam.()
(b) Gunakan atau jika bermaksud membuat pilihan
Contoh:
Anda boleh makan dan minum di kantin ini pada waktu rehat nanti. (X)
Anda boleh makan atau minum di kantin ini pada waktu rehat nanti. ()
Kamu boleh berehat di hotel dan di rumah tumpangan. (X)
Kamu boleh berehat di hotel atau di rumah tumpangan.()

(c) Jika atau digunakan, perkataan sebelumnya mesti diulang tulis.

Contoh:
Awak datang dari Melaka atau Johor. (x)
Awak datang dari Melaka atau dari Johor. ()
Kamu boleh membawa buku sejarah atau matematik.(x)
Kamu boleh membawa buku sejarah atau buku matematik.()
Pelajar itu menghisap rokok atau dadah. (x)
Pelajar itu menghisap rokok atau menghisap dadah. ()
4.2.5 Rumus
Jenis ayat Contoh ayat Pola ayat
Ayat tunggal Aisyah mengemas rumah. FN + FK
Ayat tunggal Ibu Aisyah membasuh kain FN +FK
Ayat majmuk
(menggunakan kata hubung
dan untuk menyambung dua
ayat tunggal)
Aisyah mengemas rumah dan ibunya
membasuh kain.
FN +FK+FN+FK
Ayat tunggal: Aisyah mengemas rumah.
Ayat tunggal: Ibu Aisyah membasuh kain.
Ayat majmuk: Aisyah mengemas rumah dan ibunya membasuh kain.
Bahagian Satu: Morfologi

65
4.2.6 Latihan Pengukuhan
Mengenal pasti kesalahan penggunaan kata hubung
1. Anisah gemar akan buah ciku dengan jambu.
2. Nazri membeli baju dengan kasut di pekan.
3. Shafiq dengan Ekhwan bermain bola sepak di padang.
4. Emak menyiram pokok bunga dengan ayah mencuci kereta.
5. Ahmad serta Raju berkawan baik walaupun berlainan bangsa.
6. Kedudukan rumahnya terletak di antara pejabat pos dan kedai.
7. Aminah membaca serta mendengar muzik.
8. Hamidah penyabar dan adiknya pemarah.
9. Ketua pasukan kami menyatakan yang kami perlu berlatih dengan gigih.
10. Dia terjatuh dari atas pokok dan kaki kanannya patah.

Membetulkan kesalahan penggunaan kata hubung
1. Anisah gemar akan buah ciku dan jambu.
2. Nazri membeli baju dan kasut di pekan.
3. Shafiq dan Ekhwan bermain bola sepak di padang.
4. Emak menyiram pokok bunga dan ayah mencuci kereta.
5. Ahmad dan Raju berkawan baik walaupun berlainan bangsa.
6. Kedudukan rumahnya terletak di antara pejabat pos dengan kedai.
7. Aminah membaca sambil mendengar muzik.
8. Hamidah penyabar tetapi adiknya pemarah.
9. Ketua pasukan kami menyatakan bahawa kami perlu berlatih dengan gigih.
10. Dia terjatuh dari atas pokok maka kaki kanannya patah.








Bahagian Satu: Morfologi

66
4.2.7 Latihan
Tandakan () pada ayat yang betul atau (x) pada ayat yang salah.

BIL AYAT () / (X)
1 Dia malas membuat ulang kaji dan dia gagal dalam peperiksaan.
2 Dia kaya tetapi dia kedekut.
3 Oleh kerana sakit, dia tidak hadir ke sekolah pada hari itu
4 Kami terpaksa membatalkan lawatan itu kerana hari hujan.
5 Dia tidak hadir ke sekolah sebab terlibat dengan ujian memandu
kenderaan.

6 Para penonton menepuk tangan bila persembahan drama itu tamat.
7 Fazlin memasang lampu lalu membaca buku di biliknya.
8 Ibu menonton drama sementara menantikan keknya masak
9 Encik Idrus berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke Sarawak
lagipun banyak halangan yang terpaksa ditempuhinya.

10 Beliau mengatakan yang masalah itu perlu diatasi secara bersama.

















Bahagian Satu: Morfologi

67
Jawapan

BIL AYAT

() / (X)
1 Dia malas membuat ulang kaji dan dia gagal dalam peperiksaan. x
2 Dia kaya tetapi dia kedekut.
3 Oleh kerana sakit, dia tidak hadir ke sekolah pada hari itu x
4 Kami terpaksa membatalkan lawatan itu kerana hari hujan.
5 Dia tidak hadir ke sekolah sebab terlibat dengan ujian memandu
kenderaan.
x
6 Para penonton bertepuk tangan bila persembahan drama itu tamat. x
7 Fazlin memasang lampu lalu membaca buku di biliknya.
8 Ibu menonton drama sementara menantikan keknya masak
9 Encik Idrus berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke Sarawak
lagipun banyak halangan yang terpaksa ditempuhinya.

x
10 Beliau mengatakan yang masalah itu perlu diatasi secara bersama. x

4.3 KATA PENGUAT
4.3.1 Takrif/Definisi

Kata penguat ialah kata yang mendahului atau mengikuti kata adjektif. Kata penguat berfungsi
untuk menguatkan maksud yang terkandung dalam kata adjektif. Terdapat tiga jenis kata
penguat iaitu
Kata penguat hadapan - terlalu, paling, agak
Kata penguat belakang - benar, betul, nian, sekali
Kata penguat bebas - amat, sangat, sungguh
4.3.2 Contoh Penggunaan Kata Penguat Hadapan
Soalan itu terlalu rumit untuk diselesaikan oleh murid-murid tahun lima.
Di kampung saya, rumah penghululah yang paling besar.
Kehidupannya kini agak mewah setelah kesemua anaknya bekerja.
4.3.3 Contoh Penggunaan Kata Penguat Belakang
Bahagian Satu: Morfologi

68
Kehidupan Mak Munah daif benar setelah kematian suami.
Terang betul rumah pengantin itu bermandikan cahaya lampu.
Pemandangan di tepi pantai pada waktu senja indah nian.
Tutur bicara anak dara Mak Ani sopan sekali.
4.3.4 Contoh Penggunaan Kata Penguat Bebas
Hujan yang turun petang semalam amat lebat.
Hujan yang turun petang semalam lebat amat.
Aksi pelakon lagak ngeri itu sangat bahaya.
Aksi pelakon lagak ngeri itu bahaya sangat
Kemalangan yang berlaku di persimpangan itu sungguh mengerikan.
Kemalangan yang berlaku di persimpangan itu mengerikan sungguh.
4.3.5 Kesalahan Lazim
Kekeliruan sering terjadi apabila pengguna bahasa ingin menggunakan lebih daripada
satu kata penguat dalam ayat.
Contoh :
Paling laris betul ( x )
Agak payah sekali ( x )
Amat keras benar ( x )

Pengguna bahasa juga berasa tidak yakin untuk membina ayat menggunakan penguat
bebas, terutama meletakkan kata penguat bebas di belakang kata adjektif.
Contoh :
Aksi pelakon lagak ngeri itu bahaya sangat.
Kemalangan yang berlaku di persimpangan itu mengerikan sungguh.

4.3.6 Rumus
Untuk memudahkan pengguna bahasa mengingati contoh-contoh tiga jenis kata
penguat, pengguna bahasa boleh mengingati rumus berikut.

Bahagian Satu: Morfologi

69
Kata penguat Rumus
Kata Penguat Hadapan
hadir di hadapan kata adjektif
tidak boleh terima sekali
T - terlalu
A - agak
P - paling

Kata Penguat Belakang
hadir di belakang kata adjektif
B - benar
S - sekali
N - nian
B - betul
Kata Penguat Bebas
boleh hadir di hadapan atau
belakang kata adjektif
S - sangat
A - amat
S - sungguh

4.3.7 Latihan Pengukuhan
4.3.7.1 Mengenal Pasti Kesalahan
1. Baju itu agak kurang longgar untuk saya.
2. Jarak lontarannya terjauh sekali.
3. Pemidato dari sekolah itu hebat sungguh sekali.
4. Tanggungjawab itu terlalu sangat berat untuk saya pikul.
5. Rasa gulai itu amat tawar sungguh sehingga mematahkan selera saya.
6. Dalam kalangan adik-beradiknya, Ahmadlah yang paling nakal sekali.
7. Sungguh pandai betul Hamizan mengambil hati mentuanya.
8. Angin yang bertiup di tepi pantai itu amat nyaman nian.
9. Harga jam tangan berjenama itu terlalu mahal sekali bagi orang yang berpendapatan
sederhana.
10. Bangunan yang baru siap dibina itu sungguh tinggi amat.

4.3.7.2 Membetulkan Kesalahan
Ayat Asal Ayat yang Dibetulkan Ulasan
Baju itu agak kurang longgar
untuk saya.
Baju itu agak longgar untuk
saya.
Dua kata penguat berurutan
yang tidak sesuai.
Jarak lontarannya terjauh
sekali.
Jarak lontarannya jauh sekali.

Darjah perbandingan
penghabisan ter tidak boleh
digandingkan dengan kata
penguat sekali.
Pemidato dari sekolah itu
hebat sungguh sekali.
Pemidato dari sekolah itu
sungguh hebat sekali.
sungguh + kata adjektif +
sekali
Tanggungjawab itu terlalu
sangat berat untuk saya pikul.
Tanggungjawab itu terlalu
berat untuk saya pikul.

Tanggungjawab itu sangat
Darjah perbandingan
penghabisan ter tidak boleh
digandingkan dengan kata
penguat sangat.
Bahagian Satu: Morfologi

70
berat untuk saya pikul.
Rasa gulai itu amat tawar
sungguh sehingga
mematahkan selera saya.

Rasa gulai itu tawar sungguh
sehingga mematahkan selera
saya.

Rasa gulai itu amat tawar
sehingga mematahkan selera
saya.
Perlu memilih hanya satu kata
penguat sahaja, sama ada
tawar sungguh atau amat
tawar.
Dalam kalangan ahli
keluarganya, Ahmadlah yang
paling nakal sekali.
Dalam kalangan ahli
keluarganya, Ahmadlah yang
paling nakal.

Dalam kalangan ahli
keluarganya, Ahmadlah yang
nakal sekali.
Dalam darjah perbandingan
penghabisan hanya kata
penguat amat, sangat,
sungguh, yang boleh
menerima sekali.
Sungguh pandai betul
Hamizan mengambil hati
mentuanya.
Sungguh pandai Hamizan
mengambil hati mentuanya.

Pandai betul Hamizan
mengambil hati mentuanya.

Penggunaan dua kata
penguat iaitu penguat bebas
dan penguat belakang yang
tidak gramatis. Pilih salah satu
kata penguat.
Angin yang bertiup di tepi
pantai itu amat nyaman nian.

Angin yang bertiup di tepi
pantai itu nyaman nian.

Angin yang bertiup di tepi
pantai itu amat nyaman.

Penggunaan dua kata
penguat iaitu penguat bebas
dan penguat belakang yang
tidak gramatis. Pilih salah satu
kata penguat.

Harga jam tangan berjenama
itu terlalu mahal sekali bagi
orang yang berpendapatan
sederhana.

Harga jam tangan berjenama
itu terlalu mahal bagi orang
yang berpendapatan
sederhana.

Dalam darjah perbandingan
penghabisan hanya kata
penguat amat, sangat,
sungguh, yang boleh
menerima sekali.

Bangunan yang baru siap
dibina itu sungguh tinggi
amat.

Bangunan yang baru siap
dibina itu sungguh tinggi.

Bangunan yang baru siap
dibina itu tinggi amat.

Penggunaan dua kata
penguat bebas darjah
penghabisan yang tidak
gramatis.

amat / sungguh / sangat +
kata adjektif + sekali







Bahagian Satu: Morfologi

71
4.3.7.3 Latihan Betul Salah
Tandakan ( ) pada ayat yang betul dan ( x ) pada ayat yang salah.
Bil Ayat ( ) / ( x )
1.

Pengat yang dimasak oleh kakak amat kurang manis.
2. Taufan yang melanda pesisiran pantai Filipina amat dahsyat sekali.
3. Wajah pengantin yang baru siap disolek itu sungguh cantik nian.
4. Penglihatannya agar kabur sejak akhir-akhir ini.
5. Merdu sungguh suara penyanyi tersohor itu.
6. Rumah Ali yang paling hampir sekali dengan sekolah.
7. Pandai betul Alisya mereka cerita untuk melepaskan dirinya daripada
dituduh mencuri wang.

8. Agak sukar sekali untuk peserta-peserta melepasi halangan itu.
9. Kuih bingka yang baru siap dibakar oleh emak nampak sungguh
menyelerakan.

10. Berat nian kotak ini hingga tidak terangkat oleh abang, kata Saiful.























Bahagian Satu: Morfologi

72
4.4 KATA PEMERI
4.4.1 Takrif/Definisi
Kata pemeri ialah kata yang menjadi unsur pemeri hal dan perangkai antara subjek dengan
frasa-frasa utama dalam predikat. Terdapat tiga kata pemeri iaitu ialah, adalah dan
merupakan.
(i) Ialah dan merupakan: Digunakan di hadapan frasa nama yang
menunjukkan persamaan. Perkataan ialah mempunyai makna yang sama
dengan kata pemeri merupakan.

Contoh: (a) Universiti Malaya ialah universiti yang tertua di Malaysia.
(b) Universiti Malaysia merupakan universiti tertua di Malaysia.

(ii) Adalah: Kata pemeri adalah hanya boleh diikuti oleh kata sendi nama
untuk, pada, dalam, daripada, dengan dan sebagainya. Kata pemeri
adalah menunjukkan huraian.
Contoh: Jambangan bunga mawar ini adalah untuk kakak.

Peringatan: Kata pemeri adalah tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja.
Contoh:
(a) Adalah diisytiharkan bahawa Hari Raya Puasa jatuh pada hari Ahad. (x)
(b) Dengan ini diisytiharkan bahawa Hari Raya Puasa jatuh pada hari Ahad.
()
4.4.2 Kesalahan Lazim:
(i) Kata pemeri ialah:
Baju sejuk yang dikait oleh nenek itu ialah untuk cucu sulungnya. ( x)
Baju sejuk yang dikait oleh nenek itu adalah untuk cucu sulungnya. ()

(ii) Kata pemeri adalah:
Hamid adalah anak angkat Puan Ainon dan Tuan Adam. (x)
Hamid ialah anak angkat Puan Ainon dan Tuan Adam. ()

Bahagian Satu: Morfologi

73
(iii) Kata pemeri merupakan:
Ilmu adalah aset penting untuk mencapai kejayaan. (x)
Ilmu merupakan aset penting untuk mencapai kejayaan.()
4.4.3 Kesilapan Penggunaan Adalah dan Ialah
(i) Kesilapan penggunaan kata adalah di tempat ialah
Contoh:
Anak adalah anugerah Allah. (Salah)
Anak ialah anugerah Allah. (Betul)

Pak Mat adalah orang yang pertama meneroka kawasan itu. (Salah)
Pak Mat ialah orang yang pertama meneroka kawasan itu. (Betul)

Matlamat AMAN adalah pembinaan masyarakat sejahtera. (Salah)
Matlamat AMAN ialah pembinaan masyarakat sejahtera. (Betul

(ii) Kesilapan penggunaan kata ialah di tempat adalah
Contoh:

Majalah ini ialah untuk kaum wanita sahaja. (Salah)
Majalah ini adalah untuk kaum wanita sahaja. (Betul)

Persembahan itu ialah baik. (Salah)
Persembahan itu adalah baik. (Betul)

(iii) Kesilapan penggunaan kata adalah di hadapan kata kerja.

Contoh:
Matlamat utama syarikat ini adalah membantu para golongan muda.
(Salah)
Usaha yang dijalankan adalah menerbitkan risalah. (Salah)

Matlamat utama syarikat ini adalah untuk membantu para golongan muda.
Bahagian Satu: Morfologi

74
(Betul)
Usaha yang dijalankan adalah dengan menerbitkan risalah. (Betul)

(iv) Kesilapan penggunaan kata adalah pada awal ayat
Contoh:
Adalah dengan ini diisytiharkan bahawa... (Salah)
Dengan ini dimaklumkan bahawa... (Betul )
Adalah dimaklumkan bahawa... (Salah )
Dengan ini dimaklumkan bahawa... (Betul)

(v) Kesilapan penggunaan kata adalah dan kata kerja

Contoh:
Keputusan ini diambil adalah berdasarkan... (Salah)
Keputusan ini diambil berdasarkan... (Betul)
Para pelajar adalah dipelawa memohon... (Salah)
Para pelajar dipelawa memohon... (Betul)

4.4.4 Rumus:
Kata pemeri Contoh
ialah (ialah + FN)

.ialah universiti.
adalah (adalah +FA atau FSN)

adalah untuk.
merupakan (merupakan + FN)

merupakan aset

4.4.4.1 Latihan Pengukuhan
Mengenal pasti Kesalahan Penggunaan Kata Pemeri
1. Perkara utama yang diperkatakan oleh penceramah itu adalah amalan membaca
buku.
2. Profesor Adli adalah pensyarah Sains Sukan di Universiti Pendidikan Sultan Idris.
3. Berita kebakaran yang dilaporkan oleh akhbar itu ialah terlalu ringkas.
4. Hadiah yang disusun di atas meja itu ialah untuk pelajar cemerlang PMR.
Bahagian Satu: Morfologi

75
5. Adalah dimaklumkan bahawa sekolah akan dibuka semula pada minggu hadapan.
6. Malaysia adalah negara pengeksport getah dunia.
7. Yang akan merasmikan majlis itu adalah Menteri Kesihatan.
8. Tokoh Maal Hijrah 1426 adalah Tuan Haji Hamzah Muhammad.
9. Dakwaan bahawa dia didera oleh majikannya ialah palsu.
10. Anak adalah anugerah Allah.

4.4.4.2 Membetulkan Kesalahan Penggunaan Kata Pemeri.
1. Perkara utama yang diperkatakan oleh penceramah itu ialah amalan membaca
buku.
2. Profesor Adli ialah/merupakan pensyarah Sains Sukan di Universiti Pendidikan
Sultan Idris.
3. Berita kebakaran yang dilaporkan oleh akhbar itu adalah terlalu ringkas.
4. Hadiah yang disusun di atas meja itu adalah untuk pelajar cemerlang PMR.
5. Dengan ini dimaklumkan bahawa sekolah akan dibuka semula pada minggu
hadapan.
6. Malaysia merupakan/ialah negara pengeksport getah dunia.
7. Yang akan merasmikan majlis itu ialah Menteri Kesihatan.
8. Tokoh Maal Hijrah 1426 ialah Tuan Haji Hamzah Muhammad.
9. Dakwaan bahawa dia didera oleh majikannya adalah palsu.
10. Anak ialah anugerah Allah.
4.4.4.3 Latihan
Tandakan () pada ayat yang betul atau (x) pada ayat yang salah.
BIL AYAT () / (X)
1 Tema cerita itu ialah tentang kasih sayang dalam sebuah keluarga. x
2 Kata-kata semangat itu adalah untuk meyakinkan dirinya.
3 Gunung yang kelihatan itu merupakan Gunung Kinabalu.
4 Matlamat utama syarikat ini ialah untuk membantu para golongan
muda.
x
Bahagian Satu: Morfologi

76
5 Tuduhan yang dilemparkan oleh masyarakat terhadapnya itu ialah
tidak benar.
x
6 Persembahan itu adalah baik.
7 Pak Mat adalah orang yang pertama meneroka kawasan itu. x
8 Bekas banduan itu adalah dalam pemerhatian pihak polis.
9 Pertukaran pelajar tersebut ialah dengan keizinan pihak sekolah. x
10 Kebenaran keluar sewaktu kursus tersebut adalah pada waktu
tertentu sahaja.

.
Sebagai kesimpulannya, kata pemeri adalah hanya boleh diikuti oleh kata sendi nama dan kata
adjektif yang bersifat huraian sahaja, manakala kata pemeri ialah hanya boleh diikuti oleh kata
nama atau frasa nama. Sebaliknya, kata kerja atau frasa kerja tidak perlu didahului oleh kata
pemeri, sama ada ialah atau adalah.

4.5 KATA NAFI
4.5.1 Takrif/Definisi
Kata yang menjadi unsur nafi frasa-frasa predikat seperti frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif,
dan frasa sendi nama. Kata yang tergolong sebagai kata nafi ialah bukan dan tidak.
Contoh :
Dia bukan kakak kandung saya.
Hadiah itu bukan untuk diberi kepada awak.
Saya tidak dapat hadir pada mesyuarat itu kerana mempunyai komitmen di tempat lain.
Harga yang kami tawarkan tidak mahal, kata penjual itu kepada Puan Amira.
4.5.2 Kesalahan Lazim
Pengguna bahasa sering terkeliru menggunakan kata nafi dengan meletakkan kata nafi
bukan di tempat kata nafi tidak dan sebaliknya.
Contoh:
Makcik Timah tidak emak saudara saya. ( x )
Makcik Timah bukan emak saudara saya. ( )
Bahagian Satu: Morfologi

77
Azman bukan menulis kerana tangannya sakit. ( x )
Azman tidak menulis kerana tangannya sakit. ( )


4.5.2 Rumus
Kata bukan digunakan dengan frasa nama dan frasa sendi nama
Kata tidak digunakan dengan frasa kerja dan frasa adjektif
Kata Nafi Contoh
Bukan

FN / FSN

o bukan ibu saya
o bukan ketua saya
o bukan di Kuala Kubu Bharu
o bukan pada dia
Tidak
FK / FA
o tidak bekerja
o tidak membaca
o tidak cantik
o tidak besar

Walau bagaimanapun kata nafi bukan boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif
sekiranya kedua-dua frasa itu membawa maksud pertentangan maklumat.
Contoh:
Dia bukan menulis tetapi menconteng.
Calon isteri abang bukan cantik sangat tetapi sedap mata memandang.

4.5.3 Latihan Pengukuhan
5.5.3.1 Kenal Pasti Kesalahan
1. Tren itu tidak dari utara tetapi dari selatan.
2. Bakul itu bukan besar sangat.
3. Bapa saya bukan pergi ke sekolah.
4. Itu tidak baju yang baru dibeli oleh ayah.
5. Binatang dalam sangkar itu tidak arnab.
6. Harun tidak berfikir tetapi berangan.
Bahagian Satu: Morfologi

78
7. Kumpulan pelajar itu tidak berbincang tetapi berbual.
8. Arini bukan pandai menjahit baju.
9. Buah limau yang dibeli oleh ibu pagi tadi rasanya tidak manis tetapi masam.
10. Saya bukan berani memegang ular itu.

4.5.3.2 Membetulkan Kesalahan Penggunaan Kata Nafi
1. Tren itu bukan dari utara tetapi dari selatan.
( dari kata sendi nama)
2. Bakul itu tidak besar sangat.
(besar kata adjektif)
3. Adik saya tidak pergi ke sekolah.
(pergi kata kerja)
4. Itu bukan baju yang baru dibeli oleh ayah.
(baju kata nama)
5. Binatang dalam sangkar itu bukan arnab.
(arnab kata nama)
6. Harun bukan berfikir tetapi berangan.
(berfikir walaupun kata kerja, tetapi ayat membawa maksud pertentangan)
7. Kumpulan pelajar itu bukan berbincang tetapi berbual.
(berbincang walaupun kata kerja tetapi ayat membawa maksud pertentangan)
8. Arini tidak pandai menjahit baju.
(pandai kata adjektif)
9. Buah limau yang dibeli oleh ibu pagi tadi rasanya bukan manis tetapi masam.
(manis walaupun kata adjektif tetapi ayat membawa maksud pertentangan)
10. Saya tidak berani memegang ular itu.
(tidak kata adjektif)
4.5.3.3 Latihan Betul Salah
Tandakan ( ) pada ayat yang betul dan ( x ) pada ayat yang salah.
Bil Ayat ( ) / ( x )
1. Kenderaan yang dinaiki oleh Ainul bukan buatan Jepun.
2. Saya bukan berasal dari Sabah tetapi dari Sarawak.
3. Azfar bukan suka makan makanan yang pedas.
4. Tunang kakak saya bukan orang Kedah.
5. Kek yang saya buat ini tidak untuk awak.
Bahagian Satu: Morfologi

79
6. Hari hujan bukan alasan untuk kamu tidak hadir ke mesyuarat.
7. Sampah sarap di hadapan kelas bukan disapu oleh murid-murid
kelas 5 Dedikasi.

8. Bukan Puan Umi yang mengeluarkan arahan itu.
9. Ruzana bukan mahu berkawan dengan Raini kerana sikap Raini
yang suka mengadu domba.

10. Pokok rambutan yang ditanam oleh Pak Kassim bukan subur.

Jawapan
Bil Ayat

( ) / ( x )
1. Kenderaan yang dinaiki oleh Ainul bukan buatan Jepun. ( )
2. Saya bukan berasal dari Sabah tetapi dari Sarawak. ( )
3. Azfar bukan suka makan makanan yang pedas. ( x )
4. Tunang kakak saya bukan orang Kedah. ( )
5. Kek yang saya buat ini tidak untuk awak. ( x )
6. Hari hujan bukan alasan untuk kamu tidak hadir ke mesyuarat. ( )
7. Sampah sarap di hadapan kelas bukan disapu oleh murid-murid
kelas 5 Dedikasi.
( x )
8. Bukan Puan Umi yang mengeluarkan arahan itu. ( )
9. Ruzana bukan mahu berkawan dengan Raini kerana sikap Raini
yang suka mengadu domba.
( x )
10. Pokok rambutan yang ditanam oleh Pak Kassim bukan subur. ( x )

Anda mungkin juga menyukai