Anda di halaman 1dari 25

PANDUAN MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN PETIKAN UMUM

BAHASA MELAYU SPM KSSM


(KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI)
Oleh
Cikgu Elias
MRSM ATM Bera Pahang.

SPM Kertas 2 (1103/2)


Bahagian B
Soalan No. 6 ,7 dan 8

Pemahaman Umum
SK 2.3 Membaca untuk memproses maklumat daripada pelbagai bahan.
SP 2.2.2 Membaca dan membuat kesimpulan daripada bahan dengan betul

Petikan Sastera
SK 4.1 Memahami dan mengekspresi karya sastera.
SP 4.1.1 Memahami dan mengapresiasi untuk menghubung kait aspek yang menarik
dalam prosa moden dan prosa tradisional.

Novel
SK 4.1 Memahami dan mengapresiasi karya sastera
SP 4.1.2 Memahami dan mengapresiasi untuk menghubung kait aspek yang menarik
dalam puisi moden dan puisi tradisional.

Kandungan

1. Teknik Menjawab Soalan Pemahaman


2. Konsep Soalan Pemahaman Umum Dan Petikan Sastera
3. Contoh-Contoh Soalan Pemahaman
4. Aspek Seni Bahasa- Soalan Novel

1
TEKNIK HEBAT KBAT

1. Baca soalan
Murid perlu membaca semua soalan terlebih dahulu
2. Catat kata kunci
Murid perlu mencatat kata kunci soalan di sebelah bahan petikan.
3. Baca petikan
Murid perlu membaca petikan dengan teliti dan menggariskan perkara yang
berkaitan dengan kata kunci.
4. Jawab soalan.
Murid perlu menjawab soalan mengikut teknik yang akan saya tunjukkan.

Konsep Soalan

Soalan Pemahaman Umum

1. Soalan 6 Bahagian B dalam kertas 2

2. Calon akan diberikan dua atau tiga bahan pelbagai bentuk berita/ rencana /
jadual dan pelbagai sumber seperti majalah/ internet / dan sebaginya.

3. Calon akan diuji dengan 4 soalan berjumlah 12 markah.

Soalan Pemahaman Petikan Sastera

1. Soalan 7 Bahagian B dalam Kertas 2.

2. Sekurang-kurangnya 2 bahan disediakan yang terdiri daripada bahan prosa dan


bukan prosa.

3. Calon akan diuji dengan 4 soalan berjumlah 13 markah.

2
4. Bentuk-bentuk soalan

Soalan 1 Soalan 2

Beri maksud kata/ Banding beza Bahan


frasa 1 dan Bahan 2

Soalan 3 Soalan 4

KBAT KBAT
Pemikiran Kreatif Penyelesaian Masalah

Model Kemahiran Berfikir

3
Tahap Pemikiran

Tahap pemikiran melalui kata kerja

Menganalisis Menilai Mencipta


Mencerakin Mempertimbangkan Menaik taraf
Membezakan Memilih Mengubah
Memeriksa Membuat keputusan Merancang
Membanding Mencadangkan Membina
Mengesan Mentafsir Menyediakan
Menyiasat Menyokong Membangun
Menilai Meramal Merumuskan
Menguji Membuat kesimpulan Menghasilkan

4
SOALAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

SOALAN 6 : PEMAHAMAN PETIKAN UMUM

1. Jawapan tidak terdapat dalam petikan

2. Sekiranya jawapan terdapat dalam petikan, jawapan tersebut tidak boleh


diambil sebagai jawapan.

3. Analisis soalan sebelum menulis jawapan.

▪ Lihat isu atau permasalahan dalam soalan.


▪ Siapa yang kena dalam soalan?
▪ Kehendak soalan

4. Calon mesti menjawab menggunakan ayat sendiri secara gramatis


berasaskan atau mengikut prinsip-prinsip nahu atau tatabahasa

Contoh soalan KBAT

Penggunaan telefon pintar sangat penting dalam kehidupan manusia, tetapi alat
yang serba canggih ini telah banyak disalahgunakan terutamanya murid-murid
hari ini.

Pada pendapat anda, apakah kepentingan penggunaan telefon pintar dalam


kalangan murid sekolah (3markah)

TIPS Menjawab.

PITISAN + SUKA

PI Pihak yang kena Murid


(subjek)
TI Tindakan dapat mengakses maklumat
(kata kerja transitif)
SAN alasan untuk menambahkan ilmu pengetahuan
S supaya
U untuk
K kerana
A agar

5
PI Pihak yang kena Murid
(subjek)
TI tindakan dapat meningkat kemahiran penggunaan
teknologi
SAN alasan kerana dapat mempelajari teknologi
S supaya terkini.
U untuk
K kerana
A agar

Belakangan ini adik anda mudah leka dengan peranti elektronik dan seterusnya
membawa perubahan terhadap tingkah lakunya seperti bersikap tidak sabar dan
biadab.

Sebagai abang yang prihatin, bagaimanakah anda dapat membantu adik anda yang
kelekaan?
[4 markah]

TEKNIK PITISAN + SUKA

PI Pihak yang kena Sebagai abang yang prihatin


(subjek)
TI Tindakan saya akan menasihatinya
(kata kerja transitif)
SAN alasan
S supaya
U untuk
K kerana
A agar

PI Pihak yang kena Sebagai abang yang prihatin


(subjek)
TI Tindakan Saya akan mengajaknya melakukan
(kata kerja transitif) aktiviti lain
SAN alasan supaya dapat menghilangkan
S supaya ketagihannya kepada peranti elektronik
U untuk
K kerana
A agar

6
Pihak yang kena.

Diri Sendiri Menasihati rakan


-remaja Memberi cadangan
-pelajar Mengajak rakan
-rakan Menunjukkan contoh
Menyatakan

Ibu bapa/ keluarga Mendidik / Menasihati


Menegur
Mengajak
Menjadi suri teladan/ role model
Memantau/mengawasi
Memberikan pengukuhan/ganjaran
Memberikan sokongan / motivasi

Pihak Sekolah / Guru Mendidik


Menyediakan kemudahan
Melaksanakan/ Menjalankan program
Membantu murid
Memberikan pendedahan
Memberikan peluang
Memberikan sokongan / motivasi/ menggalakkan

Pihak kerajaan Menyediakan kemudahan/ prasarana


Memberikan bantuan/ pinjaman modal
Menggubal dasar/ peraturan
Menganjurkan program/ rancangan
Menguar-uarkan di media massa
Menyediakan kursus/latihan kemahiran

Media massa Menyiarkan dokumentari/filem


Menyediakan slot
Menguar-uarkan kempen berkaitan
Menjadi agen penyebar maklumat

7
Skor Pemarkahan Jawapan Calon

Soalan 3 markah

DESKIRPSI MARKAH
Isi cukup (2 isi) dan lengkap/relevan dengan tugasan 3
dan ayat gramatis

Isi cukup dan lengkap/relevan tetapi ayat kurang 2


gramatis.

Isi tidak cukup/kurang lengkap tetapi ayat


gramatis.

Isi tidak cukup/kurang lengkap dan ayat kurang 1


gramatis.

Isi tidak betul/tidak relevan dengan tugasan, ayat 0


gramatis

Soalan 4 markah

DESKIRPSI MARKAH
Isi cukup (3 isi) dan lengkap/relevan dengan tugasan 4
dan ayat gramatis
Isi cukup dan lengkap/relevan tetapi ayat kurang 3
gramatis
Isi tidak cukup/kurang lengkap tetapi ayat masih 2
gramatis.
Isi tidak cukup/kurang lengkap dan ayat kurang 1
gramatis.
Isi tidak betul/tidak relevan dengan tugasan, ayat 0
gramatis

8
Contoh Soalan 1

Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-
soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

KUALA NERUS: Kerakusan segelintir pihak mengejar keuntungan telah


mengabaikan aspek menjaga alam sekitar sebagai punca utama kemusnahan alam
sehingga mengakibatkan pemanasan global, pencemaran air, udara dan tanah serta
peningkatan pelupusan pepejal. membazir. Pengarah Institut Penyelidikan Alam
Sekitar Pantai Timur (ESERI), Dr Hafizan Jauhari berkata, pencemaran alam
sekitar sekarang berpunca daripada kerakusan segelintir pihak yang tidak peka
dengan kepentingan memelihara keindahan alam sekitar. “Mereka menggunakan
sumber asli atas nama pembangunan, tetapi dijalankan tanpa sebarang reka bentuk
biasa, sekaligus memberi kesan negatif terhadap banyak aspek persekitaran
semula jadi. “

Sumber Berita Harian


18 September 2018

Bahan 2

9
(iii) Alam sekitar yang bersih memberikan pelbagai manfaat kepada kepada
manusia.
Pada pendapat anda, apakah kepentingan alam sekitar dalam kehidupan
seharian kita?

Jawapan:
Pada pendapat saya, kepentingan alam sekitar kepada kita ialah kita
___________________________________________________

___________________________________________________

___________________________________________________

___________________________________________________

___________________________________________________

(iv) Ketika anda sedang beriadah di taman permainan kawasan perumahan anda,
anda terlihat beberapa orang remaja membuang sampah merata-rata
walaupun terdapat tong sampah disediakan.

Sebagai remaja yang prihatin terhadap isu alam sekitar, bagaimanakah


cara anda untuk menyelesaikan masalah tersebut?

Jawapan:
Sebagai remaja yang prihatin terhadap isu alam sekitar, saya akan
menasihat remaja tersebut supaya membuang sampah di tempat yang
sepatutnya.____________________________________________
_____________________________________________________

_____________________________________________________

_____________________________________________________

_____________________________________________________.

10
Contoh Soalan 2

Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-
soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Vektor ialah apa-apa serangga termasuk nyamuk yang mampu menyebabkan


penyakit. Nyamuk adalah salah satu vektor yang membawa penyakit demam
denggi, malaria, untut, Japanese Encephalitis (JE), Fever, Jl'est Nile Fever,
Chikungunya, dan penyakit yang sekarang menarik perhatian global, iaitu virus
Zika. Penyakit bawaan ini mampu mengancam nyawa manusia sekiranya tidak
mendapat pencegahan di peringkat awal. Penyakit ini juga mampu menjejaskan
kesihatan hidup seseorang. Langkah-langkah yang kita boleh lakukan adalah
seperti mendapatkan suntikan vaksin bagi penyakit bawaan vektor yang ada
vaksinnya. Tidur di bawah kelambu dan memakai ubat penghalau serangga juga
amatlah digalakkan. Usaha-usaha yang telah dinyatakan memang berguna, tetapi
langkah yang paling efektif adalah dengan menghapuskan tempat-tempat
pembiakan nyamuk. Sesungguhnya, kurangnya kesedaran tentang kesihatan serta
kecuaian dalam tindakan menyebabkan penyakit bawaan vektor sukar dibendung
dan mendatangkan kebimbangan dalam kalangan keluarga yang terlibat.

Dipetik dan diubah suai daripada 'Kesedaran Orang Awam Mengenai Kawalan
Vektor' oleh Haji Jaafar bin Haji Jais, Pegawai Kesihatan Kanan, Bahagian
Kesihatan Alam Sekitar, Kementerian Kesihatan Malaysia

11
Bahan 2

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan mengingatkan rakyat Malaysia agar


sentiasa mementingkan kesihatan terutama dalam aspek pemakanan. Perkara ini
perlu dipandang serius kerana kecuaian dalam tindakan mampu mendatangkan
kesan negatif kepada keluarga yang terlibat.
Pengambilan kuantiti makanan juga perlu dikawal dengan mengurangkan makanan
tinggi kandungan gula, lemak, dan garam kerana pengambilan makanan seumpama
ini mampu mendedahkan diri kepada penyakit kronik. Hal ini pastinya akan
menyebabkan kualiti hidup seseorang individu itu merosot. Individu disarankan
mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan, serta banyak minum air kosong bagi
memastikan tubuh sihat. Individu yang memandang enteng akan perkara ini akan
membahayakan diri lebih-lebih lagi apabila disahkan menghidap penyakit yang
berpotensi meragut nyawa manusia.
Amalan merokok bagi mengelakkan rasa mengantuk semasa memandu perlu
dihindari kerana kelak akan mengundang penyakit kronik. Bagi yang memandu
pulang ke kampung, pastikan anda mendapat rehat mencukupi sebelum
memulakan perjalanan yang jauh.

Dipetik dan diubah suai daripada 'Amal Cara Hidup Sihat, Jaga Kebersihan
Rumah Elak Penyakit' oleh Mohd Husni Mohd Nor, Berita Harian, Jun 2019

(iii) Merokok membahayakan kesihatan. Demikianlah ungkapan yang tertera


pada setiap kotak rokok di pasaran negara kita.

Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan merokok terhadap perokok


tegar?
[3 markah]

PITISAN

PI Pihak yang kena Perokok tegar


(subjek)
TI Tindakan mengalami
(kata kerja transitif)
SAN alasan
S supaya
U untuk
K kerana
A agar

12
Jawapan lengkap:

Pada pendapat saya, kesan-kesan merokok terhadap perokok tegar ialah perokok

tegar mengalami masalah kesihatan yang serius kerana rokok mengandungi bahan

berbahaya.

___________________________________________________________

___________________________________________________________

___________________________________________________________

(iv) Rakan anda sering mengalami masalah kesihatan akibat amalan gaya hidup
yang tidak sihat. Nasihat daripada ahli keluarganya juga tidak pernah
diendahkan.
Anda merupakan salah seorang rakannya yang paling akrab dan
berpengaruh, bagaimanakah cara anda mengajak rakan tersebut agar
mengamalkan gaya hidup yang sihat?
[4 markah]

PITISAN

PI Pihak yang kena Sebagai rakan paling akrab saya akan


(subjek)
TI Tindakan mengajak
(kata kerja transitif)
SAN alasan
S supaya
U untuk
K kerana
A agar

Jawapan lengkap :

___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________

13
SOALAN 7 : PETIKAN SASTERA

Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang


berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Wad Unit Rawatan Rapi dilimpahi cahaya kalimantang. Kilau kilatnya gagal memadamkan
amarah hati. "Doktor Murni, semalam 50 pek darah masuk ke tubuhnya, 50 pek darah juga
yang keluar. Hari ini dia mahu diberi darah lagi? Prognosisnya terlalu tipis."

"Ini arahan, Nusia." Suara doktor yang berkerudung ungu itu kendur. Mukanya muram.

"Darah dan manusia itu, berbezakah nilainya? Kalau harganya pangkat dan darjat, padamkan
saja istilah kemanusiaan dalam hati. Untuk apa kalau semuanya boleh dibeli?"

"Nusla!"

Aku cepat-cepat beredar. Suara Doktor Mumi melantun ke dinding pejal wad Unit Rawatan
Rapi. Solehah yang tenat, yang pundi janinnya pecah di ovari, juga sedang koma. Al-Hafiz
masih terlantar, tulang selangkanya patah riuk, diheret kereta sejauh dua meter di I tar
keras, tidak pernah pun dijenguk Profesor Doktor Juaidi.

Juga si kecil, bayi buangan yang hampir kekeringan darah. Gadis malang yang dibelasah
hingga tinggal nyawa-nyawa ikan dan mahasiswa leukemia yang semakin cair sel darah merah
di tubuhnya itu, tidak perlukah mereka itu diberi darah'?

Dipetik daripada cerpen 'Gerhana Manusia' Oleh Aminah Mokhtar dalam antologi
Sejadah Rindu Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahan 2

Tenang-tenang air di laut,


Sampan kolek mudik ke tanjung;
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi yang baik rasa nak junjung.

Bunga melati bunga di darat,


Bunga seroja di tepi kali;
Hina besi kerana karat,
Hina manusia tidak berbudi.

Bunga Cina di atas batu,


Jatuh daunnya ke dalam ruang;
Adat dunia memang begitu,
Sebab emas budi terbuang.
Dipetik daripada 'Pantun Budi' Arah Pendidikan Sdn. Bhd. Antologi Baik Budi,
Indah Bahasa

14
Bahan 3

ERTI HIDUP BERERTI

Aku selalu didatangi


malam sepi
bagai kalung
yang melingkari leherku
tidak berubah keesokan hari
siapa yang akan datang menjengukku
keluhan seorang tua sunyi.

Keheningan tasik
kehijauan rumput
hanya menjadi bayangan
di penjuru ruang zaman
cinta dalam rahim dilupai
dari sulung ditendang ke bongsu
dari angah ditendang kesulung balik
kucari erti hidup
menderita mengerang sakit
berdiri tanpa ruang.

Dipetik daripada sajak 'Erti Hidup Bererti'


oleh Teo Wei Sing
Antologi Sejadah Rindu
Kementerian Pendidikan Malaysia

(iii) Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri untuk menjadi seorang yang disanjung
dan dihormati?
[3 markah]

PITISAN

PI Pihak yang kena Seorang yang disanjungi


(subjek)
TI Tindakan
(kata kerja transitif)
SAN alasan
S supaya
U untuk
K kerana
A agar

15
PITISAN

PI Pihak yang kena Seorang yang disanjungi


(subjek)
TI Tindakan
(kata kerja transitif)
SAN alasan
S supaya
U untuk
K kerana
A agar

(iv) Sikap pilih kasih perlulah dijauhi kerana kita sewajarnya bersikap adil
sesama manusia. Anda mempunyai seorang rakan yang suka membanding-
bandingkan guru sehingga ada dalam kalangan guru yang berkecil hati dengan
sikapnya itu.

Anda pernah menerima Anugerah Murid Contoh sempena Hari Anugerah


Kecemerlangan Sahsiah di sekolah, bagaimanakah anda menasihatinya agar
bersikap adil terhadap guru-guru?
[4 markah]
PITISAN

PI Pihak yang kena Sebagai rakan saya akan


(subjek)
TI Tindakan menasihati
(kata kerja transitif)
SAN alasan
S supaya
U untuk
K kerana
A agar

Jawapan lengkap :

Sebagai rakan saya akan menasihati mereka menghargai pengorbanan guru agar
mendapat keberkatan ilmu. Saya juga akan menyatakan kepada rakan manfaat kita
menghormati mati guru supaya rakan-rakan memahaminya. Seterusnya saya akan
menghadiahkan buku berkaitan perlunya sifat adil dalam diri manusia.

16
Soalan 2

Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti,kemudian jawab soalan-soalan yang


berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Sekali lagi Hakim menghentikan lamunanku. Dia menjuih bibir isyarat


menunjukkan ke arah ayah yang sedang berada di luar pagar sekolah. Melihat sahaja
kelibat ayah, aku berlari pantas menuju ke arahnya lantas mendakap ayah seat-eratnya.
Ayah kelihatan sangat tercenggang namun tidak pula ditolaknnya aku. Dalam pelukan itu
aku terasa nyaman dan tenang. Tanpa sedar air mataku rupanya sudah membasahi baju
ayah.
“Humairah minta maaf, ayah. Humairah sayang ayah. Maaf, Humairah sudah jauh
sangat daripada ayah selama ni. Humairah sudah tinggalkan ayah.” Ayah tidak
mengucapkan sepatah kata. Namun aku lihat matanya sudah merah. Aku meleraikan
pelukan untuk memberikan laluan kepada ayah melihat Hakim yang sedang belajar rehat
sendirian pada hari pertama persekolahannya.

(Dipetik daripada cerpen “Anugerah Ayah”


Oleh Saidatul Mazlina Najwa Mazlan, Dewan Siswa, Bil. 07/2018)
Bahan 2
Maafkan Aku, Ayah

Dahulu,
telingaku berat menerima teguranmu
ingkar setiap arahanmu Ayah,
sehingga memilukan hatimu. akan kuubah dan bertaubat
setelah hanyut dalam dunia yang pura-
Bukan aku sengaja pura
menentang kewibawaanmu dibuai-buai impian kosong
mengingkari perintahmu yang menelan kemuliaan akhlakku.
tetapi dunia yang berbeza
memisahkan kita. Maafkan aku ayah
aku berjanji akan bangkit
Maafkan aku, ayah menjadi insan berguna demi membalas
pada saat aku tersungkur dalam hidup jasamu.
engkau menyambutku dengan tangan terbuka
menerimaku tanpa sebarang persoalan

Kini,
aku sedar
betapa perbuatanku Teo Rui Zhi,
bagai sembilu menghiris hatimu SMK Ledang,Tangkak
bagai kacang melupakan kulit Puisi Siswa, Dewan Siswa, Bil.09/2018
sehingga menjadi anak derhaka.

17
Bahan 3

“Kenapa kau pakai baju ni? Kau tahu kan ni jubah siapa? Tengking Arman kepada
Zaki. Zaki yang ketakutan terus merentap tangannya daripada genggaman Arman.
Disebabkan tindakan drastiknya, Zaki hilang keseimbangan lalu jatuh ke atas lantai.
“Zrek!” Jubah yang dipakai Zaki terkoyak di bahagian tepi badan. Arman yang melihat
jubah arwah ayahnya terkoyak terasa ingin sahaja melempang Zaki. Darah yang tadinya
panas terus mendidih. Tanpa berfikir Panjang, dia mencabut taling pinggang yang
dipakainya. “Paapp” satu libasan terkena di kaki Zaki. Zaki meraung kesakitan dan
berulang-ulang perkataan maaf yang pelat keluar daripada mulutnya. “Ayah mayaf, ayah
maaf yan Zyaki (Ayah maaf, ayah maafkan Zaki”,” Zaki merintih di atas lantai sambil
menangis.

“Kau ni hidup menyusahkan aku sahaja! Tengok apa yang dah kau buat?! Kau lahir
dan menyusahkan aku sahaja!”. Tengking Arman dalam amarahnya yang menggunung.

(Dipetik daripada cerpen


“Permata Syurga yang Hilang”.
Oleh Nurfarhana Syahzani,
Dewan Siswa, Bil.07/2019

(iii) Manusia tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Oleh itu, amalan
memohon maaf harus dilakukan tidak kira masa, tempat atau dengan sesiapa
sahaja supaya kehidupan sentiasa diberkati Tuhan.

Pada hemat anda,mengapakah seseorang yang melakukan kesalahan itu


perlu memohon maaf?

[4 markah]

PITISAN

PI Pihak yang kena Seseorang yang melakukan kesalahan


(subjek)
TI Tindakan perlu memohon maaf
(kata kerja transitif)
SAN alasan agar mengelakkan diri daripada stress
S supaya
U untuk
K kerana
A agar

18
PITISAN

PI Pihak yang kena Seseorang yang melakukan kesalahan


(subjek)
TI Tindakan perlu memohon maaf
(kata kerja transitif)
SAN alasan agar dapat melindungi kesihatan mental
S supaya seseorang
U untuk
K kerana
A agar

Jawapan lengkap :

Pada hemat saya saya, seseorang yang melakukan kesalahan perlu memohon maaf

agar dapat agar mengelakkan diri daripada stress. Seterunya seseorang yang

melakukan kesalahan perlu memohon maaf agar dapat melindungi kesihatan mental

seseorang.

(iv) Gejala sosial seperti lumba motosikal haram, basikal lajak,penyalahgunaan


dadah dan vandalisme semakin menular dalam kalangan remaja. Sekiranya
tiada tindakan segera sudah tentu hasrat kerajaan untuk melahirkan
masyarakat yang harmonis tidak akan tercapai.

Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, apakah tindakan yang anda


lakukan sekiranya anak anda terlibat dengan gejala sosial?
[4 markah]
INGAT SEMULA TIPS KATA KERJA

Ibu bapa/ keluarga Mendidik / Menasihati


Menegur
Mengajak
Menjadi suri teladan/ role model
Memantau/mengawasi
Memberikan pengukuhan/ganjaran
Memberikan sokongan / motivasi

19
PITISAN

PI Pihak yang kena Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab


(subjek)
TI Tindakan
(kata kerja transitif)
SAN alasan
S supaya
U untuk
K kerana
A agar

Jawapan lengkap :

Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab tindakan yang anda lakukan sekiranya

anak anda terlibat dengan gejala sosial ialah saya menasihati anak saya agar tidak

mengulangi kesalahan yang sama. Seterusnya saya juga berusaha menjadi suri

telada kepadanya supaya menjadi insan yang terbaik. Saya juga akan mengawasi

perilaku anak dengan sentiasa mengikuti perkembangannya.

20
SOALAN 8 (ii) : NOVEL

TIPS PENTING

1. Kenal pasti jawapan berdasarkan aspek KOMSAS iaitu nilai, persoalan,


watak perwatakan, latar dan pengajaran.
2. Jawapan berdasarkan sebuah novel yang dipelajari.
3. Jawapan hendaklah ditulis dalam ayat-ayat lengkap.

Teknik Ingat Peristiwa Penting (IPP)

Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib

PERISTIWA :
Adnan sentiasa mencontohi ayahnya Pak Saidi. Adnan rajin
membantu ayahnya di kebun getah dan sawah walaupun usianya
masih muda. Dia tidak seperti anak-anak-anak muda yang lain,
mereka banyak menghabiskan masa berborak kosong di kedai kopi.
(Bab 2)
NILAI Nilai yang terdapat dalam novel ini ialah
kerajinan.
PERSOALAN Persoalan rajin bekerja untuk menambah
pendapatan keluarga.
WATAK UTAMA Seorang yang rajin bekerja.
(ADNAN)
WATAK Seorang yang rajin bekerja.
SAMPINGAN
(PAK SAIDI)
LATAR Latar tempat
Kebun getah dan sawah padi
Latar Masyarakat
Masyarakat yang rajin bekerja untuk
menambah pendapatan keluarga.
PENGAJARAN Kita haruslah rajin bekerja untuk
menambah pendapatan keluarga.

21
Novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop

PERISTIWA :
Peristiwa Nurul Hafsa, Muhammad Taufik dan Budiman gigih
berusaha untuk memastikan pembentangan projek Kawasan Simpan
Langit Gelap dapat dilakukan di hadapan Menteri Besar Selangor.
Nurul Hafsa berusaha dengan gigih agar pembentangan itu nanti
dapat meyakinkan Menteri Besar sekali gus projek tersebut dapat
dilaksanakan di Kuala Selangor.
NILAI Nilai kegigihan/kerajinan
PERSOALAN Persoalan tentang kegigihan melaksanakan
sesuatu tugas.
WATAK UTAMA Seorang yang gigih melakukan sesuatu
(Nurul Hafsa) tugasan.
WATAK Seorang yang gigih melakukan sesuatu
SAMPINGAN tugasan.
(Muhamad Taufik)
LATAR Latar masyarakat
Masyarakat yang gigih berusaha melakukan
sesuatu pekerjaan.
Latar tempat
Pejabat Menteri Besar Selangor
PENGAJARAN Kita hendaklah gigih berusaha melakukan
sesuatu tugasan hingga berjaya tanpa kenal
erti penat lelah.

22
Soalan ii ( 6 markah)

1 isi – 2 markah Pernyataan


1 markah

Isi 4 markah Huraian/Alasan


1 markah
1 isi – 2 markah Pernyataan
1 markah

Huraian/Alasan
1 markah
Bahasa 2 markah 1 isi + 1 Huraian/Alasan (lengkap)
Jumlah 6 markah

Soalan 1

(ii) Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib.

b) Di Sebalik Dinara karya, Dayang Nor.

c) Jendela Menghadap Tingkap, karya Ruhaini Matdarin.

d) Pantai Kasih, karya Azmah Nordin.

e) Songket Bebenang Emas, karya Khairuddin Ayip.

f) Tirani, karya Beb Sabariah.

g) Silir Daksina, karya Nizar Parman.

h) Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop.

23
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan sebab-sebab permulaan
cerita tersebut menarik perhatian pembaca.
[6 markah]

Novel yang saya kaji ialah Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib.

Terdapat beberapa sebab permulaan cerita novel ini menarik perhatian pembaca.

Antaranya, novel ini mengetengahkan watak utama iaitu Adnan.

___________________________________________________________

___________________________________________________________

___________________________________________________________

___________________________________________________________

Selain itu, peristiwa ____________________________________________

___________________________________________________________

___________________________________________________________

___________________________________________________________

___________________________________________________________

24
Soalan 2
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan peristiwa kecekalan
seseorang watak utama yang boleh dijadikan teladan.
[6 markah]

Novel yang saya kaji ialah Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop.
Antara peristiwa yang menunjukkan kecekelan seseorang watak utama ialah Nurul
Hafsa cekal menghadapi cabaran menyiapkan kertas kerja projek Kawasan Simpan
Langit Langit Gelap di Kuala Selangor. Nurul Hafsa menghdapi rintangan apabila
Datuk Johan Arlington tidak bersetuju dengan projek tersebut sehingga
mengupah orang menculik Nurul Hafsa. Peristiwa ini menunjukkan kecekalan
kerana Nurul Hafsa mengharungi pelbagai cabaran untuk mendapatkan kejayaan.

___________________________________________________________

___________________________________________________________

___________________________________________________________

___________________________________________________________

___________________________________________________________

25

Anda mungkin juga menyukai