Anda di halaman 1dari 141

Peribahasa

Tak beban, batu digalas.


Takrif
Mendapat susah kerana mencampuri urusan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Tiada beban dicari
[= mencari] beban).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Tiada beban dicari (= mencari) beban.
Takrif
Mendapat susah kerana mencampuri urusan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Tak beban, batu
digalas).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Selauk senasi.
Takrif
Sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dua badan senyawa, b. Satu nyawa dua badan, c. Sejiwa
dua tubuh, d. Sekain sebaju, sebantal sekalang hulu, setikar seketiduran, e. Setikar seketiduran).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Lain yang bengkak, lain yang bernanah; lain yang untut, lain yang mengisut.
Takrif
Orang lain yang melakukan kesalahan, orang lain pula yang dituduh. (Peribahasa lain yang sama makna: Lain
orang yang makan nangka, lain orang yang kena getah). (Bandingkan dengan: Lain luka lain menyiuk, lain sakit
lain mengaduh).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Setikar seketiduran.
Takrif
Sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dua badan senyawa, b. Satu nyawa dua badan, c. Sejiwa
dua tubuh, d. Sekain sebaju, sebantal sekalang hulu, setikar seketiduran, e. Selapik seketiduran, sebantal sekalang
hulu, f. Selauk senasi, g. Seperti dua senyawa).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Berulat mata melihat.
Takrif
Sangat benci. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai melihat ulat).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Berbulu mata melihat.
Takrif
Sangat benci. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai melihat ulat).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa
Banyak makan garam.
Takrif
Banyak pengalaman. (Peribahasa lain yang sama makna: Tahu di asin garam).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Terpijak bara hangat.
Takrif
Sangat gelisah. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai tidur di atas miang).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Bagai rupa tungkahan.
Takrif
Sangat buruk. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai rupa tokak dibasuh). tungkahan = kayu landasan di
dapur.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Pantasnya seperti kilat.
Takrif
Cepat sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai belut digetir [= diketil] ekor, b. Seperti kilat
pantasnya).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Seperti kilat pantasnya.
Takrif
Cepat sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai belut digetir [= diketil] ekor, b. Pantas seperti kilat).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Beruras katang-katang.
Takrif
Sangat marah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai diurap dengan daun katang-katang, b. Dilumas
dengan daun katang-katang). beruras = dilumas.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Cembul dengan tutupnya.
Takrif
Sesuai benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai cembul dapat tutupnya, b. Bagai dulang dengan
tudung saji, c. Seperti telap dengan tudungnya).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa
Sejiwa dua tubuh.
Takrif
Sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dua badan senyawa, b. Satu nyawa dua badan, c. Selapik
seketiduran, sebantal sekalang hulu, d. Selauk senasi, e. Seperti dua senyawa, f. Setikar seketiduran).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Lain padang lain belalang.
Takrif
Adat negeri selalu berlain-lainan. (Peribahasa lain yang sama makna: Lain lubuk, lain ikannya).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Lain lubuk, lain ikannya.
Takrif
Adat negeri selalu berlain-lainan. (Peribahasa lain yang sama makna: Lain padang lain belalang).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Dua badan senyawa.
Takrif
Sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Satu nyawa dua badan, b. Sejiwa dua tubuh, c. Sekain
sebaju, sebantal sekalang hulu, setikar seketiduran, d. Selapik seketiduran, sebantal sekalang hulu, e. Selauk
senasi, f. Seperti dua senyawa, g. Setikar seketiduran).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Seperti dua senyawa.
Takrif
Sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dua badan senyawa, b. Satu nyawa dua badan, c. Sejiwa
dua tubuh, d. Sekain sebaju, sebantal sekalang hulu, setikar seketiduran, e. Selapik seketiduran, sebantal
sekalang hulu, f. Selauk senasi, g. Setikar seketiduran).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Ukur baju di badan sendiri.
Takrif
Kejahatan diri sendiri janganlah diukur dengan kejahatan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna:
Biasa di sayak dibawa ke dulang, biasa kepada awak dibawa kepada orang).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Jatuh berjolok.
Takrif
Memperoleh sesuatu kerana diminta. (Peribahasa lain yang sama makna: Jatuh berkait).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa
Direndam tak basah.
Takrif
Sangat sukar dikalahkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Direbus tak empuk).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Rendam tak basah.
Takrif
Tak mudah dikalahkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Rebus tak empuk).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Rebus tak empuk.
Takrif
Tak mudah dikalahkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Rendam tak basah).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Tahu di asin garam.
Takrif
Banyak pengalaman. (Peribahasa lain yang sama makna: Banyak makan garam).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Bulan turun ke ribaannya.
Takrif
Beruntung besar. (Peribahasa lain yang sama makna: Bulan jatuh di ribaannya).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Menyukat penuh sudah.
Takrif
Sudah habis kesabarannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Telah penuh sebagai bersukat).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Seperti batu di pulau.
Takrif
Amat banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti kersik di pulau).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Bunyi Cina karam.
Takrif
Ramai (= riuh) sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai bunyi perempuan di air).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa
Serasa di liang lahad.
Takrif
Dalam kesempitan. (Peribahasa lain yang sama makna: Bak rasa di liang lahad).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Menggeriak bagai anak nangui.
Takrif
Banyak sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai anak nangui). geriak = berkerumun banyak-banyak.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Anak seorang, menantu malim.
Takrif
Sangat berbahagia. (Peribahasa lain yang sama makna: Anak baik, menantu molek). malim = ahli agama.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Bagai tupai bergelut.
Takrif
Kehebatan rupa seseorang. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai kuau mengigal [= menyesar], b. Bagai
kucing main daun).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Seperti pinang dibelah dua.
Takrif
Serupa benar. (Peribahasa lain yang sama makna: Salin [= sesalin] tak tumpah, b. Seperti peluru dua
setuangan).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Tinggal tulang dengan kulit.
Takrif
Kurus kering. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tinggal jangat pemalut tulang, b. Tinggal kulit pemalut
tulang).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Tinggal kulit pemalut tulang.
Takrif
Kurus kering. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tinggal kulit pemalut tulang, b. Tinggal tulang dengan
kulit).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa
Tinggal jangat pemalut tulang.
Takrif
Kurus kering. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tinggal kulit pemalut tulang, b. Tinggal tulang dengan
kulit). jangat = kulit luar.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Bagai cembul dapat tutupnya.
Takrif
Sesuai benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai dulang dengan tudung saji, b. Cembul dengan
tutupnya, c. Seperti telap dengan tudungnya).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Laki pulang kelaparan, dagang lalu ditanakkan.
Takrif
Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: a.
Anak dipangku dilepaskan, beruk di hutan disusukan, b. Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui, c.
Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran, d. Anak monyet di hutan disusui, anak sendiri di
rumah kekeringan).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Seperti telap dengan tudungnya.
Takrif
Sesuai benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai cembul dapat tutupnya, b. Bagai dulang dengan
tudung saji, c. Cembul dengan tutupnya). telap (telepa) = tempat bau-bauan.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Serupa burak.
Takrif
Kecantikan wajah seseorang wanita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai bulan empat belas, b.
Serupa bulan penuh). burak = sebangsa haiwan ghaib, bertubuh binatang, bersayap seperti burung, berkepala
sebagai manusia.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Satu nyawa dua badan.
Takrif
Sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dua badan senyawa, b. Sejiwa dua tubuh, c. Sekain
sebaju, sebantal sekalang hulu, setikar seketiduran, d. Selapik seketiduran, sebantal sekalang hulu, e. Selauk
senasi, f. Seperti dua senyawa, g. Setikar seketiduran).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa
Kasihkan padi buangkan rumput-rumput.
Takrif
Jika kasihan anak isteri, hendaklah berhenti daripada mengasihi perempuan lain. (Peribahasa lain yang sama
makna: Jikalau kasihkan padi, buanglah rumput).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Berkelambukan gua.
Takrif
Tidak mempunyai rumah tempat tinggal. (Peribahasa lain yang sama makna: Berkandilkan bulan).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Bagai tidur di atas miang.
Takrif
Sangat gelisah. (Peribahasa lain yang sama makna: Terpijak bara hangat).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Diberi bertali panjang.
Takrif
Diberi kebebasan sepenuh-penuhnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Diberi berpadang luas).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Menjual tangkai cangkul sekah.
Takrif
Membual; omong kosong. (Peribahasa lain yang sama makna: Menjual petai hampa).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Menghadapkan bedil pulang.
Takrif
Mencelakakan kaum keluarga sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Menggunting dalam lipatan).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Telah penuh sebagai bersukat.
Takrif
Sudah habis kesabarannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Menyukat penuh sudah).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Dendang menggonggong telur.
Takrif
Perempuan hodoh berpakaian bagus. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai gagak menggonggong telur).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa
Misai pulang ke bibir.
Takrif
Kembali ke asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Belut pulang ke lumpur).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Serupa bulan penuh.
Takrif
Kecantikan wajah seseorang wanita. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai bulan empat belas).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Seperti elang menyongsong angin.
Takrif
Kehebatan rupa seseorang. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai kuau mengigal [= menyesar]).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Seperti rusa masuk kampung.
Takrif
Tercengang-cengang kehairanan. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai kerbau terkejut oleh gong).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Tahu makan, tahu simpan.
Takrif
Pandai menyimpan rahsia. (Peribahasa lain yang sama makna: Kalau pandai makan, pandai simpan).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Bertilam pasir.
Takrif
Tidak mempunyai rumah tempat tinggal. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Berkandilkan bulan, b.
Berkelambukan gua).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Belum tentu hilir mudiknya.
Takrif
Belum ada keputusan. (Peribahasa lain yang sama makna: Belum tahu lagi, ayam sedang berlaga [=
disabung]).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Berbelok kucing main daun.
Takrif
Kehebatan rupa seseorang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai kuau mengigal [= menyesar], b.
Bagai kucing main daun).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa
Belut pulang ke lumpur.
Takrif
Kembali ke asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Misai pulang ke bibir). Bandingkan dengan: Belut
jatuh ke lumpur).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Bagai belut digetir (= diketil) ekor.
Takrif
Cepat sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pantasnya seperti kilat, b. Seperti kilat pantasnya). digetir
= dicubit.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Dilumas dengan daun katang-katang.
Takrif
Sangat marah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai diurap dengan daun katang-katang, b. Beruras
katang-katang).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Belum tentu hitam putihnya.
Takrif
Belum ada keputusan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belum tahu lagi, ayam sedang berlaga [=
disabung], b. Belum tentu hilir mudiknya).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Bagai dulang dengan tudung saji.
Takrif
Sesuai benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai cembul dapat tutupnya, b. Cembul dengan
tutupnya, c. Seperti telap dengan tudungnya).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Anak dipangku dilepaskan, beruk di hutan disusukan.
Takrif
Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: a.
Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui, b. Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah
kebuluran, c. Anak monyet di hutan disusui, anak sendiri di rumah kekeringan).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Bagai kucing main daun.
Takrif
Kehebatan rupa seseorang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai kuau mengigal [= menyesar], b.
Bagai tupai bergelut, c. Berbelok kucing main daun, d. Seperti elang menyongsong angin).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa
Bagai kuau mengigal (= menyesar).
Takrif
Kehebatan rupa seseorang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai kucing main daun, b. Bagai tupai
bergelut, c. Seperti elang menyongsong angin). kuau = sejenis burung; menyesar = menguak.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Selapik seketiduran, sebantal sekalang hulu.
Takrif
Sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dua badan senyawa, b. Satu nyawa dua badan, c. Sejiwa
dua tubuh, d. Sekain sebaju, sebantal sekalang hulu, setikar seketiduran, e. Setikar seketiduran).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Sudah basah kehujanan.
Takrif
Berturut-turut mendapat kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Lagi jatuh ditimpa tangga, b.
Sudah hamba diperhambakan pula, c. Sudah jatuh ditimpa tangga, d. Sudah kering terjemur pula, sudah
garing kena ramas pula, e. Terjatuh dihimpit janjang).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Sekebat bagai sirih.
Takrif
Seia-sekata; sehina semalu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seikat bagai sirih, serumpun bagai serai, b.
Seliang bagai tebu, serumpun bagai serai, c. Serangkap bak lembing, serumpun bak serai, d. Serumpun bagai
serai, selubang [= seliang] bagai tebu.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Terjatuh dihimpit janjang.
Takrif
Berturut-turut mendapat kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Lagi jatuh ditimpa tangga, b.
Sudah basah kehujanan, c. Sudah hamba diperhamba pula, d. Sudah jatuh ditimpa tangga, e. Sudah kering
terjemur pula, sudah garing kena ramas pula).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Lidah biawak.
Takrif
Selalu berubah-ubah, tidak dapat dipercayai. (Peribahasa lain yang sama makna: Lidah bercabang).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Kuman menjadi barah (= pekung).
Takrif
Perkara kecil menjadi besar. (Peribahasa lain yang sama makna: Kudis menjadi tokak).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

10

Peribahasa
Mendapat badar tertimbakan.
Takrif
Mendapat untung dengan tidak disengajakan. (Peribahasa lain yang sama makna: Sepasin dapat bersiang).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Sepasin dapat bersiang.
Takrif
Mendapat untung dengan tidak disengajakan. (Peribahasa lain yang sama makna: Mendapat badar
tertimbakan).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Bagai kerbau terkejut oleh gong.
Takrif
Tercengang-cengang kehairanan. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti rusa masuk kampung).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Kain sehelai sepinggang habis.
Takrif
Mengalami kerugian atau kecurian. (Peribahasa lain yang sama makna: Kain sehelai peminggang habis).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Kecil-kecil cabai rawit.
Takrif
Meskipun kecil tetapi berani. (Peribahasa lain yang sama makna: Kecil-kecil anak harimau).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Kerana mulut kepala terpenggal.
Takrif
Mendapat kecelakaan kerana perkataannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kerana mulut badan binasa).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Menggali lubang, menutup lubang.
Takrif
Berhutang untuk membayar hutang. (Peribahasa lain yang sama makna: Tutup lubang, gali lubang).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Menating minyak penuh.
Takrif
Diperlakukan dengan sangat hati-hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Ditating bagai minyak penuh).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

11

Peribahasa
Pelanduk di dalam cerang.
Takrif
Dalam ketakutan; sangat gelisah. (Peribahasa lain yang sama makna: Pelanduk di cerang rimba).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Sebagai kepiting batu.
Takrif
Sangat berhati-hati mengeluarkan wang. (Peribahasa lain yang sama makna: Air digenggam tiada tiris).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Seperti lalat buta.
Takrif
Terpusing-pusing tiada tentu arah. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti kucing berakkan rambut).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Tutup lubang, gali lubang.
Takrif
Berhutang untuk membayar hutang. (Peribahasa lain yang sama makna: Menggali lubang, menutup lubang).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Tidak mengetahui hulu hilirnya.
Takrif
Tidak mengetahui hujung pangkalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Tak tentu hilir mudiknya).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Belum tahu di pedas lada.
Takrif
Belum ada pengalaman. (Peribahasa lain yang sama makna: Belum tahu di masin garam).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Utang (hutang) tiap helai bulu.
Takrif
Sangat banyak hutangnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Utang [hutang] sebelit [selilit] pinggang).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Geruh tak mencium bau.
Takrif
Kemalangan terjadi tanpa diketahui. (Peribahasa lain yang sama makna: Geruh tak berbunyi, malang tak
berbau).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

12

Peribahasa
Menggeletik-geletik seperti udang dalam tangguk.
Takrif
Sangat gelisah. (Peribahasa lain yang sama makna: Menggeletik-geletik bagai ulat nangka [= cempedak]).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Untung melambung, malang menimpa.
Takrif
Mendapat kemalangan silih berganti. (Peribahasa lain yang sama makna: Tuah melambung tinggi, celaka
menimpa badan).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Bagai bulan empat belas.
Takrif
Kecantikan wajah seseorang wanita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Serupa bulan penuh, b. Serupa
burak).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Seperti kucing biang.
Takrif
Berkeluh kesah tak tentu sebab. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti kodok ditimpa kemarau). biang =
induk atau gatal.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Telur sesangkak, pecah satu pecah semua.
Takrif
Bersatu hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti telur dua sebandung, pecah satu pecah keduanya).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Mengusik anjing tidur.
Takrif
Sengaja mencari kesusahan atau bahaya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak badak dihambathambat, b. Menjolok sarang tabuan).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Kecil-kecil cili Melaka.
Takrif
Meskipun kecil tetapi berani. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kecil-kecil anak harimau, b. Kecil-kecil
cabai rawit).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

13

Peribahasa
Masuk lima keluar sepuluh.
Takrif
Besar belanja daripada penghasilan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Masuk bagai [= sebesar] lubang
penjahit, keluar bagai [= sebesar] lubang tabuh).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Jangan merempuh sarang lebah.
Takrif
Bahaya jangan dicari-cari. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Jangan menggerak ular tidur, b. Jangan
menggegai sempada di bawah batang).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Talam dua muka.
Takrif
Bermuka dua; mendua hati; munafik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seperti sekelat muka dua, b.
Seperti yu kia-kia: kepala yu ekor pari).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Harimau mati kerana belangnya.
Takrif
Mendapat kecelakaan kerana kelebihannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gajah mati dicatuk katak,
b. Kasturi mati kerana baunya, c. Mati kuang kerana bunyi).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Bulat segiling, pecak setapik.
Takrif
Telah sepakat benar-benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pecak boleh dilayangkan, bulat boleh
digulingkan, b. Pipih [= pecak] boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan). pecak = pipih.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Kecil-kecil anak harimau.
Takrif
Meskipun kecil tetapi berani. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kecil-kecil cabai rawit, b. Kecil-kecil cili
Melaka, c. Kecil-kecil lada api, besar-besar limau abung).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Masuk tiga, keluar empat.
Takrif
Besar belanja daripada penghasilan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Masuk bagai [= sebesar]) lubang
penjahit, keluar bagai [= sebesar] lubang tabuh, b. Masuk lima keluar sepuluh, c. Masuk meliang penjahit,
keluar meliang tabuh).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

14

Peribahasa
Sudah jatuh ditimpa tangga.
Takrif
Berturut-turut mendapat kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Lagi jatuh ditimpa tangga, b.
Sudah basah kehujanan, c. Sudah hamba diperhamba pula, d. Sudah kering terjemur pula, sudah garing kena
ramas pula, e. Terjatuh dihimpit janjang).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Gajah mati kerana gadingnya.
Takrif
Mendapat kecelakaan kerana kelebihannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Harimau mati kerana
belangnya, b. Kasturi mati kerana baunya, c. Mati kuang kerana bunyi, d. Mati rusa kerana jejak, mati kuau
kerana bunyi, e. Mati rusa kerana tanduknya).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Lagi jatuh ditimpa tangga.
Takrif
Berturut-turut mendapat kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a.Sudah basah kehujanan, b. Sudah
dieban, dibela pula, c. Sudah hamba diperhamba pula, d. Sudah jatuh ditimpa tangga, e. Sudah kering
terjemur pula, sudah garing kena ramas pula).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui.
Takrif
Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: a.
Anak di pangku dilepaskan, beruk di hutan disusukan, b. Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah
kebuluran, c. Anak monyet di hutan disusui, anak sendiri di rumah kekeringan, d. Laki pulang kelaparan,
dagang lalu ditanakkan).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Sudah terantuk baru tengadah.
Takrif
Berturut-turut mendapat kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah jatuh ditimpa tangga, b.
Sudah kalah baru berkubu, c. Sudah kecurian baru mengunci pintu, d. Sudah kering terjemur pula, sudah
garing kena ramas pula, e. Sudah lulus maka hendak melantai).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Sudah hamba diperhamba pula.
Takrif
Berturut-turut mendapat kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Lagi jatuh ditimpa tangga, b.
Sudah basah kehujanan, c. Sudah dieban, dihela pula, d. Sudah jatuh ditimpa tangga, e. Sudah kering
terjemur pula, sudah garing kena ramas pula, f. Terjatuh dihimpit janjang).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

15

Peribahasa
Sudah dieban, dihela pula.
Takrif
Berturut-turut mendapat kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Lagi jatuh ditimpa tangga, b.
Sudah basah kehujanan, c. Sudah hamba diperhamba pula, d. Sudah jatuh ditimpa tangga, e. Sudah kering
terjemur pula, sudah garing kena ramas pula, f. Terjatuh dihimpit janjang). dieban = dihempas, dilempar.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Ditating bagai minyak penuh.
Takrif
Diperlakukan dengan sangat hati-hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Menating minyak penuh).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Seperti kucing berakkan rambut.
Takrif
Terpusing-pusing tiada tentu arah. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti lalat buta).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Air digenggam tiada tiris.
Takrif
Sangat berhati-hati mengeluarkan wang. (Peribahasa lain yang sama makna: Sebagai kepiting batu).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Besar kayu besar bahannya.
Takrif
Banyak penghasilan, banyak pula belanjanya. (Peribahasa lain yang sama makna: Gedang kayu, gedang
dahannya).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Bagai ayam mengeram telur.
Takrif
Peri keelokan, merah muka seseorang. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai ayam mengarang telur).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Gedang kayu, gedang dahannya.
Takrif
Banyak penghasilan, banyak pula belanjanya. (Peribahasa lain yang sama makna: Besar kayu besar
bahannya).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Lagi tongkat lagi senjata.
Takrif
Makin kaya, makin banyak sahabatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Lagi lauk lagi nasi).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

16

Peribahasa
Manis laksana gula Sarawak.
Takrif
Persesuaian dalam segenap hal-ehwal. (Peribahasa lain yang sama makna: Manis bagai gula Jawa).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Seperti kena pedang bermata dua.
Takrif
Sakit hati kerana disindir. (Peribahasa lain yang sama makna: Kena parang bermata dua).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Ada air, adalah ikan.
Takrif
Ada negeri tentulah ada rakyatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada padang, ada belalang).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Muda diajun, kikir diperbuat.
Takrif
Mahu bersukaria, tidak mahu merugi. (Peribahasa lain yang sama makna: Dunia diadang, saku-saku dijahit).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Naik basuh kaki saja.
Takrif
Mengerjakan sesuatu pekerjaan dengan mudah. (Peribahasa lain yang sama makna: Tak payah basuh kaki
tangan).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Taruh beras dalam padi.
Takrif
Rahsia hendaklah disimpan baik-baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada beras, taruh dalam padi).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Air mata jatuh ke perut.
Takrif
Berdukacita dengan diam-diam. (Peribahasa lain yang sama makna: Air mata jatuh ke dalam).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Langit runtuh, bumi telah terban.
Takrif
Segala harapan sudah musnah. (Peribahasa lain yang sama makna: Langit runtuh, bumi cair). terban =
runtuh.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

17

Peribahasa
Besar senggulung daripada beban.
Takrif
Belanja lebih besar daripada pendapatan. (Peribahasa lain yang sama makna: Besar pasak daripada tiang,
besar sendal daripada gelegar).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Mulut manis, hati berkait.
Takrif
Manis perkataannya, tetapi jahat maksudnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mulut disuapi pisang,
pantat dikait dengan onak).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Menjolok sarang tabuan.
Takrif
Sengaja mencari bahaya (kesukaran dan sebagainya). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak badak
dihambat-hambat, b. Mengusik anjing tidur).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Seperti kucing keguguran anak.
Takrif
Berkeluh kesah tak tentu sebab. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seperti kodok ditimpa kemarau, b.
Seperti kucing biang).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Seperti kodok ditimpa kemarau.
Takrif
Berkeluh kesah tak tentu sebab. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seperti kucing biang, b. Seperti kucing
keguguran anak).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Besar periuk besar kerak.
Takrif
Banyak penghasilan, banyak pula belanjanya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Besar kayu besar
bahannya, b. Gedang kayu, gedang dahannya).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Besar suap daripada mulut.
Takrif
Belanja lebih besar daripada pendapatan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Besar pasak daripada tiang,
besar sendal daripada gelegar, b. Besar senggulung daripada beban).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

18

Peribahasa
Dapat harta karun.
Takrif
Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian
runtuh, b. Kura-kura kakinya tiada basah, c. Mendapat pisang terkubak).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Harta orang hendak dikebas.
Takrif
Orang yang mahu mengambil harta orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Harta orang hendak
digalas).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Ada padang, ada belalangnya.
Takrif
Ada negeri tentulah ada rakyatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada air, adalah ikan).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Dapat tebu rebah.
Takrif
Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian
runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat harta timbul, d. Dapat kijang teruit).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Dapat harta timbul.
Takrif
Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian
runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat kijang teruit, d. Dapat tebu rebah).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Belum tentu si upik si buyungnya.
Takrif
Belum ada keputusan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belum tahu lagi, ayam sedang berlaga [=
disabung], b. Belum tentu hilir mudiknya, c. Belum tentu hitam putihnya).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Seperti sekelat muka dua.
Takrif
Bermuka dua; mendua hati; munafik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seperti yu kia-kia: kepala yu
ekor pari, b. Talam dua muka). sekelat = kain tenun daripada bulu domba.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

19

Peribahasa
Dapat kijang teruit.
Takrif
Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian
runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat harta timbul, d. Dapat tebu rebah). teruit = tersangkut kaki atau tanduk
pada akar atau belukar.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Sekain sebaju, sebantal sekalang hulu, setikar seketiduran.
Takrif
Sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dua badan senyawa, b. Satu nyawa dua badan, c. Sejiwa
dua tubuh, d. Selapik seketiduran, sebantal sekalang hulu, e. Selauk senasi, f. Seperti dua senyawa, g. Setikar
seketiduran).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Mendapat pisang terkubak.
Takrif
Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian
runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat harta timbul, d. Dapat kijang teruit, e. Dapat tebu rebah, f. Kura-kura
kakinya tiada basah, g. Rusa dijumpai tiada dikejar).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Kata dulu bertepati, kata kemudian berceraian (= bercari).
Takrif
Janji hendaklah ditetapi. (Peribahasa lain yang sama makna: Kata biarlah kota).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Musang berbulu ayam.
Takrif
Orang jahat menyamar sebagai orang baik-baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Serigala berbulu
domba).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Serigala berbulu domba.
Takrif
Orang jahat menyamar sebagai orang baik-baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Musang berbulu ayam).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Bukan budak-budak makan pisang.
Takrif
Tidak dapat diperdayakan dengan mudah. (Peribahasa lain yang sama makna: Budak-budak makan pisang).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

20

Peribahasa
Daun mengenalkan pohonnya.
Takrif
Daripada kelakuan (perkataan) dapat dikenal asal usulnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Sebab buah
dikenal pohonnya).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Dunia diadang, saku-saku dijahit.
Takrif
Mahu bersuka ria, tidak mahu merugi. (Peribahasa lain yang sama makna: Muda diajun, kikir diperbuat).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Hendak terbang tiada bersayap.
Takrif
Ingin berbuat sesuatu tetapi tidak berdaya. (Peribahasa lain yang sama makna: Hendak hinggap tiada
berkaki).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Hilang kabus, teduh hujan.
Takrif
Telah mendapat kesenangan sesudah menderita kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: Terang kabut,
teduh hujan).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Pantang patah di tengah.
Takrif
Tidak mahu mundur sebelum maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: Sebelum tercapai pantang
surut).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Sebelum tercapai pantang surut.
Takrif
Tidak mahu mundur sebelum maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: Pantang patah di tengah).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Tak payah basuh kaki tangan.
Takrif
Mengerjakan sesuatu pekerjaan dengan mudah. (Peribahasa lain yang sama makna: Naik basuh kaki saja).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

21

Peribahasa
Tuah melambung tinggi, celaka menimpa badan.
Takrif
Mendapat kemalangan silih berganti. (Peribahasa lain yang sama makna: Untung melambung, malang
menimpa).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Terang kabut, teduh hujan.
Takrif
Telah mendapat kesenangan sesudah menderita kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: Hilang kabus,
teduh hujan).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Ada beras, taruh dalam padi.
Takrif
Rahsia hendaklah disimpan baik-baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Taruh beras dalam padi).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Besar umpan besar ikannya.
Takrif
Tiap sesuatu hendaklah dipadankan dengan tarafnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Besar ikan
hendaklah besar umpannya).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Bagai si mandul mendapat anak.
Takrif
Gembira kerana mendapat barang kesukaannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai perempuan
bunting bertemu idamannya).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Bagai perempuan bunting bertemu idamannya.
Takrif
Gembira kerana mendapat barang kesukaannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai si mandul
mendapat anak).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Menggerenyut-gerenyut bagai kambing berulit.
Takrif
Sebagai kanak-kanak tingkah lakunya. (Peribahasa lain yang sama makna: Menggelinjang-gelinjang seperti
kambing berulit).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

22

Peribahasa
Seperti pedang bermata dua.
Takrif
Menarik keuntungan daripada kedua belah pihak. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti parang [=
pisau] mata dua).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Menggenggam erat, membuhul mati.
Takrif
Perjanjian harus dibuat dengan sebaik-baiknya. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengebat erat-erat,
membuhul mati-mati).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Tuah sebesar bukit, celaka sebesar gunung.
Takrif
Mendapat kemalangan silih berganti. (Peribahasa lain yang sama makna: Tuah melambung tinggi, celaka
menimpa badan).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Nasi sudah menjadi bubur.
Takrif
Sudah terlanjur, tak dapat diubah lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: Apa boleh buat, sakit menimpa
sesal terlambat).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Di luar berkilat di dalam berongga.
Takrif
Lahirnya baik, batinnya jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: Di luar bagai madu, di dalam bagai
empedu).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Jangan menggegai sempada di bawah batang.
Takrif
Bahaya jangan dicari-cari. (Peribahasa lain yang sama makna: Jangan menggerak ular tidur). menggegai =
mengusik; sempada = ketam.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Seperti telur dua sebandung, pecah satu pecah keduanya.
Takrif
Bersatu hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Telur sesangkak, pecah satu pecah semua). sebandung =
serangkai.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

23

Peribahasa
Anak badak dihambat-hambat.
Takrif
Sengaja mencari bahaya (kesukaran dan sebagainya). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mengusik anjing
tidur, b. Menjolok sarang tabuan).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Belum menetas sudah dibilang.
Takrif
Sudah bersenang-senang sebelum tercapai maksudnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belum beranak
sudah berbesan, b. Belum beranak sudah ditimang).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Belum beranak sudah ditimang.
Takrif
Sudah bersenang-senang sebelum tercapai maksudnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belum beranak
sudah berbesan, b. Belum menetas sudah dibilang).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Hendak hinggap tiada berkaki.
Takrif
Ingin berbuat sesuatu tetapi tidak berdaya. (Peribahasa lain yang sama makna: Hendak terbang tiada
bersayap). (Bandingkan dengan: Sampan ada pengayuh tidak).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Mudah terbelingut bagai pisau belik.
Takrif
Mudah tersinggung dan berkecil hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Mudah bengkok bagai parang
timah). terbelingut = terpelecok; belik = tin, timah.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Mati-mati berdakwat biar hitam.
Takrif
Berbuat sesuatu jangan kepalang tanggung. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Alang-alang berdakwat,
biarlah hitam, b. Alang-alang berminyak, biar licin).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Ada laut, ada perampok.
Takrif
Tiap-tiap suatu itu ada pasangannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ada jarum hendaklah ada
benangnya, b. Ada ulam hendaklah ada sambalnya).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

24

Peribahasa
Pecak boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan.
Takrif
Telah sepakat benar-benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bulat segiling, pecak setapik, b. Pilih [=
pecak] boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Patah sayap bertongkat paruh.
Takrif
Terus berusaha dengan tiada putus harap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Patah dihubung, hilang
diganti, b. Patah kepala bertongkat paruh, patah paruh bertelekan).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Lurus bagai piarit.
Takrif
Kelihatannya baik, tetapi di dalam hatinya jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Telunjuk lurus,
kelingking berkait, b. Ujung [hujung] lurus, pangkal berkait). piarit = serampang, seruit.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Diberi betis hendak paha.
Takrif
Diberi sedikit, lalu hendak minta banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dibenarkan duduk di
serambi, hendak bermaharajalela di tengah rumah, b. Seperti Belanda minta tanah).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Beraja di mata, bersultan di hati.
Takrif
Menurut kehendak hati sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Beraja di hati, bersultan di mata, b.
Nafsu-nafsi, raja di mata sultan di hati).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Beraja di hati, bersultan di mata.
Takrif
Menuruti kehendak hati sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bersultan di mata, beraja di hati, b.
Nafsu-nafsi, raja di mata sultan di hati).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Di luar merah di dalam pahit.
Takrif
Lahirnya baik, batinnya jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Di luar bagai madu, di dalam bagai
empedu, b. Di luar berkilat di dalam berongga).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

25

Peribahasa
Masuk meliang penjahit, keluar meliang tabuh.
Takrif
Besar belanja daripada penghasilan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Masuk bagai [= sebesar] lubang
penjahit, keluar bagai [= sebesar] lubang tabuh, b. Masuk lima keluar sepuluh).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Telunjuk mencocok (= merosok, menikam) mata.
Takrif
Dikhianati oleh orang kepercayaan sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pagar makan padi [=
tanaman], b. Pancing makan umpan, c. Sokong membawa rebah, d. Tongkat membawa rebah).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Mati-mati berminyak biar licin.
Takrif
Berbuat sesuatu jangan kepalang tanggung. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Alang-alang berdakwat,
biarlah hitam, b. Alang-alang berminyak, biar licin, c. Mati-mati berdakwat biar hitam).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Patah dihubung, hilang diganti.
Takrif
Terus berusaha dengan tiada putus harap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Patah kepala bertongkat
paruh, patah paruh bertelekan, b. Patah sayap bertongkat paruh, c. Patah tongkat berjermang [= bertelekan]).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Bersultan di mata, beraja di hati.
Takrif
Menuruti kehendak hati sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Beraja di hati, bersultan di mata, b.
Beraja di mata, bersultan di hati, c. Nafsu-nafsi, raja di mata sultan di hati).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Mati-mati mandi biar basah.
Takrif
Berbuat sesuatu jangan kepalang tanggung. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Alang-alang berdakwat,
biarlah hitam, b. Alang-alang berminyak, biar licin, c. Mati-mati berdakwat biar hitam, d. Mati-mati
berminyak biar licin).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Patah tongkat berjermang (= bertelekan).
Takrif
Terus berusaha dengan tiada putus harap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Patah dihubung, hilang
diganti, b. Patah kepala bertongkat paruh, patah paruh bertelekan, c. Patah sayap bertongkat paruh). jermang
= kayu pendek untuk menopang perahu.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

26

Peribahasa
Seperti Belanda minta tanah.
Takrif
Diberi sedikit, lalu hendak minta banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dibenarkan duduk di
serambi, hendak bermaharajalela di tengah rumah, b. Diberi betis hendak paha, c. Diberi sejengkal hendak
sehasta, diberi sehasta hendak sedepa).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Alang-alang berminyak, biar licin.
Takrif
Berbuat sesuatu jangan kepalang tanggung. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Alang-alang berdakwat,
biarlah hitam, b. Mati-mati berdakwat biar hitam, c. Mati-mati berminyak biar licin, d. Mati-mati mandi biar
basah).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Serangkap bak lembing, serumpun bak serai.
Takrif
Seia-sekata; sehina semalu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seikat bagai sirih, serumpun bagai serai, b.
Sekebat bagai sirih, c. Seliang bagai tebu, serumpun bagai serai, d. Serumpun bagai serai, selubang [= seliang]
bagai tebu).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Seliang bagai tebu, serumpun bagai serai.
Takrif
Seia-sekata; sehina semalu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seikat bagai sirih, serumpun bagai serai, b.
Sekebat bagai sirih, c. Serangkap bak lembing, serumpun bak serai, d. Serumpun bagai serai, selubang [=
seliang] bagai tebu).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Seikat bagai sirih, serumpun bagai serai.
Takrif
Seia-sekata; sehina semalu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sekebat bagai sirih, b. Seliang bagai tebu,
serumpun bagai serai, c. Serangkap bak lembing, serumpun bak serai, d. Serumpun bagai serai, selubang [=
seliang] bagai tebu).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Rusa dijumpai tiada dikejar.
Takrif
Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian
runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat harta timbul, d. Dapat kijang teruit, e. Dapat tebu rebah, f. Kura-kura
kakinya tiada basah, g. Mendapat pisang terkubak).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

27

Peribahasa
Sepala-pala mandi, biarlah basah.
Takrif
Berbuat sesuatu jangan kepalang tanggung. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Alang-lang berdakwat,
biarlah hitam, b. Alang-alang berminyak, biar licin, c. Mati-mati berdakwat biar hitam, d. Mati-mati
berminyak biar licin, e. Mati-mati mandi biar basah). sepala-pala = jika hendak atau terpaksa.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Anak monyet di hutan disusui, anak sendiri di rumah kekeringan.
Takrif
Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: a.
Anak dipangku dilepaskan, beruk di hutan disusukan, b. Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui, c.
Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran, d. Laki pulang kelaparan, dagang lalu
ditanakkan).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran.
Takrif
Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: a.
Anak dipangku dilepaskan, beruk di hutan disusukan, b. Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui, c.
Anak monyet di hutan disusui, anak sendiri di rumah kekeringan, d. Laki pulang kelaparan, dagang lalu
ditanakkan).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Lain orang, lain pendapat.
Takrif
Masing-masing orang dengan kesukaannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Lain dulang lain kaki, lain
orang lain hati).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Berkayuh sambil bertimba.
Takrif
Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belayar sambil
memapan, merapat sambil belayar, b. Merapat sambil berlayar, berlayar sambil memapan, c. Sambil
berdendang, biduk hilir, d. Sambil berdiang, nasi masak, e. Sambil menyelam minum air, f. Sekali membuka
pura, dua tiga hutang terbayar, g. Sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Berkayuh sambil ke hilir.
Takrif
Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: Berkayuh sambil
bertimba).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

28

Peribahasa
Lurus sumpitan hendak mengena.
Takrif
Tipu muslihat untuk mencari keuntungan diri sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Lurus-lurus
sumpitan).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Memancing dalam belanga.
Takrif
Mencari keuntungan dalam lingkungan keluarga atau kawan sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna:
Memepas dalam belanga).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Sebab buah dikenal pohonnya.
Takrif
Daripada kelakuan (perkataan) dapat dikenal asal usulnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Daun
mengenalkan pohonnya).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Mulut bagai ekor ayam dihembus.
Takrif
Tak berhenti-henti bercakap; tiada diam. (Peribahasa lain yang sama makna: Moncong seperti ekor ayam).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Seperti parang (= pisau) mata dua.
Takrif
Menarik keuntungan daripada kedua belah pihak. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti pedang bermata
dua).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Tak tahu menganyam, pandan disalahkan.
Takrif
Tidak mahu mengaku kebodohan diri sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Buruk muka cermin
dibelah).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Tinggi kelepur, rendah tikam.
Takrif
Banyak cakap, tetapi tidak ada buktinya; sombong. (Peribahasa lain yang sama makna: Tinggi gelepur,
rendah laga).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

29

Peribahasa
Tinggi disusupi, rendah dilangkahi.
Takrif
Diselidiki dan diperiksa dengan saksama sehingga bertemu. (Peribahasa lain yang sama makna: Disigai
sampai ke langit).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Udang tak tahu di bongkoknya.
Takrif
Tak insaf akan kekurangan diri sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Udang hendak mengatai ikan).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Singkap daun, ambil isi (= buah).
Takrif
Pembicaraan atau perundingan secara berterus terang. (Peribahasa lain yang sama makna: Buka kulit, ambil
[= tampak] isi).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Menumbuk di lesung, bertanak di periuk.
Takrif
Mengerjakan sesuatu hendaklah menurut aturannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Memikul di bahu,
menjunjung di kepala).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Memikul di bahu, menjunjung di kepala.
Takrif
Mengerjakan sesuatu hendaklah menurut aturannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Menumbuk di
lesung, bertanak di periuk).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Memepas dalam belanga.
Takrif
Mencari keuntungan dalam lingkungan keluarga atau kawan sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna:
Memancing dalam belanga). pepas = kail, pancing.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Naik di janjang, turun di tangga.
Takrif
Membuat sesuatu pekerjaan menurut aturannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Naik dari janjang, turun
dari tangga).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

30

Peribahasa
Bersarak serasa hilang, bercerai serasa mati.
Takrif
Sangat rindu; sangat berkasih-kasihan. (Peribahasa lain yang sama makna: Berjarak serasa hilang, bercerai
serasa mati). sarak = pisah.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Tinggi gelepur, rendah laga.
Takrif
Banyak cakap, tetapi tidak ada buktinya; sombong. (Peribahasa lain yang sama makna: Tinggi kelepur,
rendah tikam). gelepur = melompat menyerang kelepur.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Malu makan, perut lapar.
Takrif
Kalau segan berusaha tak akan mendapat kemajuan. (Peribahasa lain yang sama makna: Malu bertanya sesat
di jalan, malu berdayung [= berkayuh] perahu hanyut).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Ada umur ada rezeki.
Takrif
Asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ada hari, ada nasi, b. Ada
nyawa ada rezeki).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Ada nyawa ada rezeki.
Takrif
Asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ada hari, ada nasi, b. Ada
umur ada rezeki).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Ada hari, ada nasi.
Takrif
Asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ada nyawa ada rezeki, b.
Ada umur ada rezeki).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Belum diajun sudah tertarung.
Takrif
Baru hendak memulai sesuatu sudah mendapat kemalangan. (Peribahasa lain yang sama makna: Baru
dianjur, sudah tertarung). ajun = maksud hendak (berbuat, berjalan dan sebagainya).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

31

Peribahasa
Menarik rambut di dalam tepung.
Takrif
Bersikap bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu masalah. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti
memalu ular dalam benih: ular biar mati, benih jangan rosak).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Ada ulam hendaklah ada sambalnya.
Takrif
Tiap-tiap suatu itu ada pasangannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ada jarum hendaklah ada
benangnya, b. Ada laut, ada perampok).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Ada jarum hendaklah ada benangnya.
Takrif
Tiap-tiap suatu itu ada pasangannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ada laut, ada perampok, b. Ada
ulam hendaklah ada sambalnya).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Gigi tanggal, rawan murah.
Takrif
Keinginan datang sesudah tak ada kesempatan lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: Mata telah rabun,
bandar pun terbuka; gigi telah gugur, tebu pun menjadi).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Pipih (= pecak) boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan.
Takrif
Telah sepakat benar-benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bulat segiling, pecak setapik, b. Pecak
boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Telunjuk lurus, kelingking berkait.
Takrif
Kelihatannya baik, tetapi di dalam hatinya jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hujung lurus,
pangkal berkait, b. Lurus basai piarit, c. Ujung [hujung] lurus, pangkal berkait).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Ke sungai sambil mandi.
Takrif
Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belayar sambil
memapan, merapat sambil belayar, b. Berkayuh sambil bertimba, c. Berkayuh sambil ke hilir).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

32

Peribahasa
Segan bergalah, hanyut serantau.
Takrif
Kalau segan berusaha tak akan mendapat kemajuan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Malu bertanya
sesat di jalan, malu berdayung [= berkayuh] perahu hanyut, b. Malu makan, perut lapar).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Kura-kura kakinya tiada basah.
Takrif
Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian
runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat harta timbul, d. Dapat kijang teruit, e. Dapat tebu rebah).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Segan bertanya sesat jalan.
Takrif
Kalau segan berusaha tak akan mendapat kemajuan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Malu bertanya
sesat di jalan, malu berdayung [= berkayuh] perahu hanyut, b. Segan bergalah, hanyut serantau, c. Segan [=
malu] berkayuh, perahu hanyut).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Sudah kalah baru berkubu.
Takrif
Sesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah
kecurian baru mengunci pintu, b. Sudah lulus maka hendak melantai, c. Sudah terantuk baru tengadah, d.
Teperlus maka hendak menutup lubang).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Sambil berdendang, biduk hilir.
Takrif
Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belayar sambil
memapan, merapat sambil belayar, b. Berkayuh sambil bertimba, c. Berkayuh sambil ke hilir, d. Merapat
sambil berlayar, berlayar sambil memapan).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Serumpun bagai serai, selubang (= seliang) bagai tebu.
Takrif
Seia-sekata; sehina semalu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seikat bagai sirih, serumpun bagai serai, b.
Sekebat bagai sirih, c. Seliang bagai tebu, serumpun bagai serai, d. Serangkap bak lembing, serumpun bak
serai).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

33

Peribahasa
Umpama kasturi, kerana baunya hilang nyawanya.
Takrif
Mendapat kecelakaan kerana memperlihatkan keunggulannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gajah
mati kerana gadingnya, b. Kasturi mati kerana baunya, c. Mati kuang kerana bunyi, d. Mati rusa kerana jejak,
mati kuau kerana bunyi, e. Mati rusa kerana tanduknya).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Bagai mestika embun.
Takrif
Mendengar nasihat yang baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai menelan mestika embun).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Jaring berbangkit kuaran tiba.
Takrif
Perhitungan yang salah. (Peribahasa lain yang sama makna: Getah terbangkit [= diangkat] kuaran tiba.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Bagai punggur rebah.
Takrif
Jatuhnya orang yang gemuk. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai nangka masak gugur). punggur =
tunggul.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Sambil berdiang, nasi masak.
Takrif
Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belayar sambil
memapan, merapat sambil belayar, b. Berkayuh sambil bertimba, c. Berkayuh sambil ke hilir, d. Sambil
berdendang, biduk hilir, e. Sekali membuka pura, dua tiga hutang terbayar, f. Sekali merengkuh dayung, dua
tiga pulau terlampau).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Sambil menyelam minum air.
Takrif
Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belayar sambil
memapan, merapat sambil belayar, b. Berkayuh sambil bertimba, c. Berkayuh sambil ke hilir, d. Sambil
berdendang, biduk hilir, e. Sambil berdiang, nasi masak, f. Sekali membuka pura, dua tiga hutang terbayar, g.
Sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Buta baru celik (= melihat).
Takrif
Angkuh dan sombong kerana beroleh kekayaan atau pangkat. (Peribahasa lain yang sama makna: Bungkuk
[bongkok] baru betul).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

34

Peribahasa
Bungkuk (bongkok) baru betul.
Takrif
Angkuh dan sombong kerana beroleh kekayaan atau pangkat. (Peribahasa lain yang sama makna: Buta baru
celik [= melihat]).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Mulut bau madu, pantat bawa sengat.
Takrif
Pada lahirnya baik, tetapi hatinya jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: Muka licin, ekor berkedal).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Mengebat erat-erat, membuhul mati-mati.
Takrif
Perjanjian harus dibuat dengan sebaik-baiknya. (Peribahasa lain yang sama makna: Menggenggam erat,
membuhul mati).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Belum berkuku hendak mencubit (= menggaruk).
Takrif
Belum berkuasa sudah berangan-angan untuk menindas. (Peribahasa lain yang sama makna: Belum bergigi
sudah hendak menggigit).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Galas terdorong kepada Cina.
Takrif
Telah terlanjur, tidak dapat dicabut atau ditarik kembali. (Peribahasa lain yang sama makna: Gadai terdorong
ke [pada] Cina).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Biar ular mati, kayu tiada patah.
Takrif
Maksud biar tercapai, kerugian jangan ada. (Peribahasa lain yang sama makna: Ikan biar dapat, serampang
jangan pukah).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Berapa panjang sarung begitulah kerisnya.
Takrif
Berbuat sesuatu hendaklah menurut kesanggupan diri sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Berapa
panjang lunjur, begitulah panjang selimut).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

35

Peribahasa
Datang tiada dijemput, dihalau dia berpaut, salah hemat kita diangkut.
Takrif
Tentang penyakit. Peribahasa lain yang sama makna: Datang seperti ribut, pergi seperti semut).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Habis manis sepah dibuang.
Takrif
Digunakan sewaktu ada perlunya saja, setelah itu ditinggalkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Gunaguna alu, sesudah menumbuk dicampakkan).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Sebagai minyak dengan air.
Takrif
Tak akan dapat bersatu (kerana bermusuhan dan sebagainya). (Peribahasa lain yang sama makna: Minyak
dengan air adakah [= bolehkah] bercampur?).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Siang berpanas, malam berembun.
Takrif
Sangat melarat dan miskin, tiada mempunyai rumah tangga. (Peribahasa lain yang sama makna: Malam
berselimut embun, siang bertudung awan).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Alang dijawat, tepuk dibalas.
Takrif
Baik dibalas dengan baik, jahat dibalas dengan jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: Alang berjawab,
tepuk berbalas). jawat = terima.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Biar berputih tulang, jangan berputih mata.
Takrif
Lebih baik mati daripada menanggung malu. (Peribahasa lain yang sama makna: Lebih baik berputih tulang
daripada berputih mata).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan.
Takrif
Ingin mendapat sebanyak-banyaknya; sangat berbesar hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Kurang luas
tapak tangan, nyiru saya tampungkan).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

36

Peribahasa
Putih di luar, kuning di dalam.
Takrif
Baik pada lahirnya, tetapi hatinya jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: Pepat di luar, pancung [=
rancung] di dalam).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Bak rasa ubi pula gadung.
Takrif
Orang miskin melakukan dirinya seperti orang kaya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bak rasa kuda pula
kukuran). gadung = ubi hutan.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Setinggi-tinggi melambung surutnya ke tanah juga.
Takrif
Selalu kembali ke tempat asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Sebagaimana tangan di lenggang, ke
ketiak juga lekatnya).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Hujung lurus, pangkal berkait.
Takrif
Kelihatannya baik, teta[I di dalam hatinya jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Lurus bagai piarit, b.
Telunjuk lurus, kelingking berkait).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Habis miang kerana bergeser.
Takrif
Sesuatu kesukaran akan hilang apabila sudah menjadi kebiasaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Habis
geli oleh geletek, habis rasa [= bisa] oleh biasa).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Sebagai durian, pangsa menunjukkan bangsa.
Takrif
Daripada kelakuan (perkataan) dapat dikenal asal usulnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Daun
mengenalkan pohonnya, b. Sebab buah dikenal pohonnya).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Ujung (hujung) lurus, pangkal berkait.
Takrif
Kelihatannya baik, tetapi di dalam hatinya jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Lurus bagai piarit, b.
Telunjuk lurus, kelingking berkait).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

37

Peribahasa
Cemperling nak jadi bayu.
Takrif
Orang kecil hendak menyama-nyamai orang besar-besar. (Peribahasa lain yang sama makna: Cacing hendak
menjadi naga). bayu = sejenis burung asmara dalam dongengan.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Hendak panjang terlalu, patah.
Takrif
Kerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu. (Peribahasa lain yang sama makna: a.
Hendak harum terlalu hangit, b. Hendak masak langsung hangus).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Hendak masak langsung hangus.
Takrif
Kerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu. (Peribahasa lain yang sama makna: a.
Hendak harum terlalu langit, b. Terlampau panggang jadi hangus).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Hendak harum terlalu hangit.
Takrif
Kerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu. (Peribahasa lain yang sama makna: a.
Hendak masak langsung hangus, b. Terlampau panggang jadi hangus).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Menguap-nguap bagai orang ombak.
Takrif
Sangat ketagih (minuman, candu, rokok dan sebagainya). (Peribahasa lain yang sama makna: Menguapnguap bagai ikan kekeringan). orang ombak = orang hampir mati.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Terlampau panggang jadi hangus.
Takrif
Kerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu. (Peribahasa lain yang sama makna: a.
Hendak harum terlalu hangit, b. Hendak masak langsung hangus).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Ikan biar dapat, serampang jangan pukah.
Takrif
Maksud biar tercapai, kerugian jangan ada. (Peribahasa lain yang sama makna: Biar ular mati, kayu tiada
patah). serampang = tempuling; pukah = bengkok, patah.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

38

Peribahasa
Bak pinang dianduh, putus tali dia berdiri.
Takrif
Melakukan sesuatu pekerjaan kerana dipaksa. (Peribahasa lain yang sama makna: Terbit air kerana dipercik,
terbit minyak kerana dikempa). dianduh = ditarik dengan tali.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Seperti cacing kepanasan.
Takrif
Tidak tenang, selalu gelisah (kerana susah, malu dan sebagainya). (Peribahasa lain yang sama makna: a.
Bagai cacing kena air panas, b. Melanting-lanting bagai cacing kepanasan).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Bagaimana rupa begitulah bayangnya.
Takrif
Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagaimana
acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya, b. Bapa burik anaknya tentu rintik).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Hendak tinggi terlalu, jatuh.
Takrif
Kerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu. (Peribahasa lain yang sama makna: a.
Hendak harum terlalu hangit, b. Hendak masak langsung hangus, c. Hendak panjang terlalu, patah).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Segan (= malu) berkayuh, perahu hanyut.
Takrif
Kalau segan berusaha tak akan mendapat kemajuan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Malu bertanya
sesat di jalan, malu berdayung [= berkayuh] perahu hanyut, b. Segan bergalah, hanyut serantau).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Kecil-kecil lada api, besar-besar limau abung.
Takrif
Meskipun kecil tetapi berani. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kecil-kecil anak harimau, b. Kecil-kecil
cabai rawit, c. Kecil-kecil cili Melaka). limau abung = sebangsa limau besar.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Takut titik lalu tumpah.
Takrif
Kerana takutkan rugi sedikit, lalu menderita kerugian banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Takut
akan hantu, lari ke pandam, b. Takut akan mayat terpeluk bangkai, c. Takut di hantu, terpeluk ke bangkai).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

39

Peribahasa
Nafsu-nafsu, raja di mata sultan di hati.
Takrif
Menuruti kehendak hati sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Beraja di hati, bersultan di mata, b.
Bersultan di mata, beraja di hati). nafsu = keinginan hati; nafsi = mementingkan diri sendiri.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Sudah kecurian baru mengunci pintu.
Takrif
Sesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah kalah
baru berkubur, b. Sudah lulus maka hendak melantai, c. Sudah terantuk baru tengadah, d. Teperlus maka
hendak menutup lubang).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Teperlus maka hendak menutup lubang.
Takrif
Sesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah kalah
baru berkubu, b. Sudah kecurian baru mengunci pintu, c. Sudah lulus maka hendak melantai, c. Sudah
terantuk baru tengadah).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Sudah lulus maka hendak melantai.
Takrif
Sesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah kalah
baru berkubu, b. Sudah kecurian baru mengunci pintu, c. Sudah terantuk baru tengadah, d. Teperlus maka
hendak menutup lubang). melantai = memasang lantai.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Ikan di kuali, habis melompat.
Takrif
Nasib yang malang. (Peribahasa lain yang sama makna: Ikan digulai sudah melompat).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Jadi alas cakap.
Takrif
Hadiah kepada orang yang berjasa. (Peribahasa lain yang sama makna: Akan pembasuh kaki [= tangan]).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Orang mengantuk disorongkan bantal.
Takrif
Memperoleh apa yang diingininya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Orang haus diberi air, b. Orang
lapar diberi nasi).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

40

Peribahasa
Orang lapar diberi nasi.
Takrif
Memperoleh apa yang diingininya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Orang haus diberi air, b. Orang
mengantuk disorongkan bantal).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Lain dulang lain kaki, lain orang lain hati.
Takrif
Masing-masing orang dengan kesukaannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Lain orang, lain pendapat).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Bagai menyukat belut hidup.
Takrif
Melakukan pekerjaan yang sulit. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai menyukat anak ayam, masuk
empat keluar lima, b. Menggantang anak ayam, c. Menggantang asap, mengukir langit).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Tak beras antah dikisik.
Takrif
Segala daya upaya akan dilakukan, untuk menyampaikan maksudnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a.
Tak air, hujan ditampung [= peluh diurut], b. Tak air talang dipancung; peluh diurut, hujan ditampung, c. Tak
emas bungkal diasah, tak ada kayu tangga dibelah, d. Tak mara berdayung; bergalah; patah galah bercemat,
sesudahnya sampai juga ke hulu). dikisik = ditumbuk perlahan-lahan.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Bagai membelah betung.
Takrif
Pendirian yang berat sebelah. (Peribahasa lain yang sama makna: Memijakkan betung sebelah).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Harimau menunjukkan belangnya.
Takrif
Orang yang memperlihatkan kekuasaannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Harimau memperlihatkan
kukunya).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Memijakkan betung sebelah.
Takrif
Pendidikan yang berat sebelah. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai membelah betung).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

41

Peribahasa
Rumput mencari kuda.
Takrif
Perempuan yang mencari lelaki. (Peribahasa lain yang sama makna: Perigi mencari timba).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Menanam mumbang.
Takrif
Melakukan sesuatu yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Menamai anak dalam kandungan).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Pelesit dua sejinjang.
Takrif
Perempuan yang menduakan suaminya. (Peribahasa lain yang sama makna: Perahu satu nakhoda dua).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Seperti ketiak ular.
Takrif
Cakap yang tak berkeputusan. (Peribahasa lain yang sama makna: Kecek bagai ketiak ular).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Wau melawan angin.
Takrif
Perbuatan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Laksana layang-layang melawan angin).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Lain biduk lain digalang.
Takrif
Jawab yang bersalahan dengan pertanyaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Lain sakit lain diubat, lain
luka lain dibebat). galang = penyangga, landasan.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Asal terbang burunglah, asal berinsang ikanlah.
Takrif
Tidak memilih (pekerjaan, makanan, perempuan dan sebagainya). (Peribahasa lain yang sama makna: Asal
berinsang ikanlah).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Gigi telah gugur, tebu pun menjadi.
Takrif
Keinginan datang sesudah tak ada kesempatan lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: Gigi tanggal, rawan
murah).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

42

Peribahasa
Paksa tekukur padi rebah, paksa tikus lengkiang terbuka.
Takrif
Mendapat keuntungan tanpa bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: Padi rebah, paksa
tekukurlah.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Tabur bijan ke tasik.
Takrif
Membuang-buang wang, waktu dan tenaga dengan sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Menabur
bijan ke tasik).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Bagai inai dengan kuku.
Takrif
Sangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan). (Peribahasa lain yang sama makna:
Bagai empedu lekat di hati).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Tidak terkayuhkan lagi biduk hilir.
Takrif
Tidak berdaya lagi, sudah lemah benar. berbiak = basah. (Peribahasa lain yang sama makna: Tidak terindang
dedak, berbiak lagi).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Ada gula, ada semut.
Takrif
Di tempat orang mudah mendapat rezeki, banyaklah orang berkumpul. (Peribahasa lain yang sama makna:
Ada padi masak, adalah pipit).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Kaki naik, kepala turun.
Takrif
Bekerja tak berhenti-henti siang dan malam, selalu sibuk. (Peribahasa lain yang sama makna: Kepala ke
bawah, kaki ke atas).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Kawin (kahwin) naik basuh kaki saja.
Takrif
Kahwin dengan tidak kena belanja apa-apa. (Peribahasa lain yang sama makna: Naik ke rumah bercuti kaki
saja).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

43

Peribahasa
Lebih baik berputih tulang daripada berputih mata.
Takrif
Lebih baik mati daripada menanggung malu. (Peribahasa lain yang sama makna: Biar berputih tulang, jangan
berputih mata).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Naik ke rumah bercuci kaki saja.
Takrif
Kahwin dengan tidak kena belanja apa-apa. (Peribahasa lain yang sama makna: Kawin [kahwin] naik basuh
kaki saja).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Takut akan mayat terpeluk bangkai.
Takrif
Kerana takutkan rugi sedikit, lalu menderita kerugian banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: Takut akan
hantu, lari ke pandam).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Santan masuk ke pasu, ampasnya tumpah ke tanah.
Takrif
Sesudah tak berguna lalu dibuang. (Peribahasa lain yang sama makna: Santan ke pasu, ampas pun ke tanah).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Terbit air kerana dipercik, terbit minyak kerana dikempa.
Takrif
Melakukan sesuatu pekerjaan kerana dipaksa. (Peribahasa lain yang sama makna: Bak pinang dianduh, putus
tali dia berdiri).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Suruh kerja golok Keling, suruh makan parang puting.
Takrif
Malas bekerja tetapi banyak makan. (Peribahasa lain yang sama makna: Hendak kerja golok Keling, hendak
makan parang punting).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Pepat di luar, pancung (= rancung) di dalam.
Takrif
Baik pada lahirnya, tetapi hatinya jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: Putih di luar, kuning di dalam).
pancung = bersegi runcing.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

44

Peribahasa
Seperti yu kia-kia: kepala yu ekor pari.
Takrif
Bermuka dua; mendua hati; munafik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seperti sekelat muka dua, b.
Talam dua muka).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Tinggal kelopak salak.
Takrif
Telah habis hartanya kerana rugi dalam perniagaan ataupun kerana kecurian. (Peribahasa lain yang sama
makna: a. Tinggal gigi dengan lidah saja, b. Tinggal kain sehelai sepinggang).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Menaikkan bendar sondai.
Takrif
Pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai menghitung bulu kambing, b.
Membandarkan air ke bukit). bendar = serokan, parit (di sawah); sondai = miring, landai.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Berbilang dari esa, mengaji dari alif.
Takrif
Jika mengerjakan sesuatu hendaklah dimulai dari permulaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengaji
daripada alif, membilang daripada esa; sakit bermula, mati bersebab, hujan berpokok, kata berpangkal).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Bapa burik anaknya tentu rintik.
Takrif
Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagaimana
acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya, b. Bagaimana rupa begitulah
bayangnya).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Patah kepala bertongkat paruh, patah paruh bertelekan.
Takrif
Terus berusaha dengan tiada putus harap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Patah dihubung, hilang
diganti, b. Patah sayap bertongkat paruh, c. Patah tongkat berjermang [= bertelekan]).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Membuhul jangan membuku, mengulas jangan mengesan.
Takrif
Jika merahsiakan sesuatu hendaklah dengan sebaik-baiknya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Memakan
habis-habis, menyuruk [menyorok] hilang-hilang, b. Menyuruk [menyorok] hilang-hilang, memakan habishabis).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

45

Peribahasa
Bagai lesung dengan antan.
Takrif
Sangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan). (Peribahasa lain yang sama makna: a.
Bagai empedu lekat di hati, b. Bagai inai dengan kuku, c. Bagai kuku dengan isi [= daging]).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Sebagaimana tangan di lenggang, ke ketiak juga lekatnya.
Takrif
Selalu kembali ke tempat asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Setinggi-tinggi melambung surutnya
ke tanah juga, b. Setinggi-tinggi terbang bangau, hinggap di belakang kerbau juga).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Sudah kering terjemur pula, sudah garing kena ramas pula.
Takrif
Berturut-turut mendapat kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Lagi jatuh ditimpa tangga, b.
Sudah basah kehujanan, c. Sudah hamba diperhamba pula, d. Sudah jatuh ditimpa tangga, e. Terjatuh
dihimpit janjang).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Akan pembasuh kaki (= tangan).
Takrif
Hadiah kepada orang yang berjasa. (Peribahasa lain yang sama makna: Jadi alas cakap).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Bertemu beliung dengan ruyung.
Takrif
Bertemu dengan lawan yang sepadan. (Peribahasa lain yang sama makna: Bersua baji dengan matan).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Menegakkan sumpit tak berisi.
Takrif
Mencuba menegakkan sesuatu yang mustahil. (Peribahasa lain yang sama makna: Mendirikan [=
menegakkan] benang basah).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Mendirikan (= menegakkan) benang basah.
Takrif
Mencuba menegakkan sesuatu yang mustahil. (Peribahasa lain yang sama makna: Menegakkan sumpit tak
berisi).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

46

Peribahasa
Seperti pacat melompat.
Takrif
Membungakan wang dengan bunga yang mahal. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti lintah menghisap
darah).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Sejengkal menjadi sehasta.
Takrif
Berlebih-lebihan daripada hal yang sebenar. (Peribahasa lain yang sama makna: Cakapan sejengkal dibawa
sehasta).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Bersua baji dengan matan.
Takrif
Bertemu dengan lawan yang sepadan. (Peribahasa lain yang sama makna: Tahan baji oleh kelidai). matan =
teras.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Hendak untung menjadi buntung.
Takrif
Hendakkan laba, rugi yang diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: Hendak menangguk ikan,
tertangguk akan batang).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Kura-kura pandai kerabat kayu.
Takrif
Berbuat sesuatu yang mustahil. (Peribahasa lain yang sama makna: Kura-kura [hendak] memanjat kayu.
kerabat = panjat.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Biasa di sayak dibawa ke dulang, biasa kepada awak dibawa kepada orang.
Takrif
Kejahatan diri sendiri janganlah diukur dengan kejahatan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna:
Ukur baju di badan sendiri).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Bertemu teras dengan beliung.
Takrif
Bertemu dengan lawan yang sepadan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bersua baji dengan matan, b.
Bertemu beliung dengan ruyung).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

47

Peribahasa
Dientak (hentak) alu luncung.
Takrif
Dialahkan oleh orang yang bodoh. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai ditembak petus tunggal).
luncung = lancip tetapi tidak runcing di hujungnya.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Kelapa ditebuk tupai.
Takrif
Gadis yang sudah kehilangan daranya. (Peribahasa lain yang sama makna: Labu dikerbuk tikus).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Kasihan gajah berusung.
Takrif
Kasihan yang tidak pada tempatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Menangiskan gajah berusung).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Labu dikerbuk tikus.
Takrif
Gadis yang sudah kehilangan daranya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kelapa ditebuk tupai).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Menangiskan gajah berusung.
Takrif
Kasihan yang tidak pada tempatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kasihan gajah berusung).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Merapat sambil berlayar, berlayar sambil memapan.
Takrif
Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belayar sambil
memapan, merapat sambil belayar, b. Berkayuh sambil bertimba, c. Berkayuh sambil ke hilir, d. Sambil
berdendang, biduk hilir, e. Sambil berdiang, nasi masak, f. Sekali membuka pura, dua tiga hutang terbayar, g.
Sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar.
Takrif
Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Berkayuh
sambil bertimba, b. Berkayuh sambil ke hilir, c. Ke sungai sambil mandi, d. Merapat sambil berlayar, berlayar
sambil memapan, e. Sambil berdendang, biduk hilir, f. Sambil berdiang, nasi masak, g. Sambil menyelam
minum air, h. Sekali membuka pura, dua tiga hutang terbayar, i. Sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau
terlampau). memapan = memasang papan untuk dinding, lantai dan sebagainya.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

48

Peribahasa
Kecek bagai ketiak ular.
Takrif
Cakap yang tak berkeputusan. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti ketiak ular).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Perahu satu nakhoda dua.
Takrif
Perempuan yang menduakan suaminya. (Peribahasa lain yang sama makna: Pelesit dua sejinjang).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Bakarlah air ambil abunya.
Takrif
Pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Bakar air hendakkan abu).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Bagai menghitung bulu kambing.
Takrif
Pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Membandarkan air ke bukit).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Seperti kiamat bunyinya.
Takrif
Bunyi (tempikan) yang sangat kuat. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti halilintar membelah bumi).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Seperti kersik di pulau.
Takrif
Cakap yang tak berkeputusan. (Peribahasa lain yang sama makna: Kecek bagai ketiak ular).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Telah jauh maka dipanggil.
Takrif
Tindakan yang sudah terlambat. (Peribahasa lain yang sama makna: Telah busuk maka dipeda).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Angin bersiru, ombak bersabung.
Takrif
Perkara yang amat sulit. (Peribahasa lain yang sama makna: Angin berputar, ombak bersabung).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

49

Peribahasa
Lenggang patah sembilan.
Takrif
Gaya langkah yang lemah-lembut. (Peribahasa lain yang sama makna: Lenggang lenggok bagai cupak
hanyut).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Telah busuk maka dipeda.
Takrif
Tindakan yang sudah terlambat. (Peribahasa lain yang sama makna: Telah jauh maka dipanggil). dipeda =
diasinkan.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Pelanduk dua serupa.
Takrif
Dua orang yang serupa benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Salin [= sesalin] tak tumpah, b. Seperti
peluru dua setuangan).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Perahu satu nakhoda dua.
Takrif
Perempuan yang menduakan suaminya. (Peribahasa lain yang sama makna: Pelesit dua sejinjang).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Bakarlah air ambil abunya.
Takrif
Pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Bakar air hendakkan abu).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Bagai menghitung bulu kambing.
Takrif
Pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Membandarkan air ke bukit).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Seperti kiamat bunyinya.
Takrif
Bunyi (tempikan) yang sangat kuat. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti halilintar membelah bumi).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Seperti kersik di pulau.
Takrif
Cakap yang tak berkeputusan. (Peribahasa lain yang sama makna: Kecek bagai ketiak ular).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

50

Peribahasa
Telah jauh maka dipanggil.
Takrif
Tindakan yang sudah terlambat. (Peribahasa lain yang sama makna: Telah busuk maka dipeda).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Angin bersiru, ombak bersabung.
Takrif
Perkara yang amat sulit. (Peribahasa lain yang sama makna: Angin berputar, ombak bersabung).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Lenggang patah sembilan.
Takrif
Gaya langkah yang lemah-lembut. (Peribahasa lain yang sama makna: Lenggang lenggok bagai cupak
hanyut).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Telah busuk maka dipeda.
Takrif
Tindakan yang sudah terlambat. (Peribahasa lain yang sama makna: Telah jauh maka dipanggil). dipeda =
diasinkan.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Pelanduk dua serupa.
Takrif
Dua orang yang serupa benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Salin [= sesalin] tak tumpah, b. Seperti
peluru dua setuangan).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Lidah terkalang.
Takrif
Tidak dapat membantah sesuatu permintaan orang kerana telah berhutang budi dan sebagainya. (Peribahasa
lain yang sama makna: Lidah terganjal).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Mengajar buaya berenang.
Takrif
Mengajar orang yang telah pandai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Memperjuali orang Cina penjahit,
b. Orang tua diajar makan pisang).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

51

Peribahasa
Membandarkan air ke bukit.
Takrif
Pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai menghitung bulu kambing, b. Menaikkan
bendar sondai). membandarkan = mengalirkan.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Minyak dengan air adakah (= bolehkah) bercampur?
Takrif
Tak akan dapat bersatu (kerana bermusuhan dan sebagainya). (Peribahasa lain yang sama makna: Sebagai
minyak dengan air).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Malam berselimut embun, siang bertudung awan.
Takrif
Sangat melarat dan miskin, tiada mempunyai rumah tangga. (Peribahasa lain yang sama makna: Siang
berpanas, malam berembun).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Ada padi masak, adalah pipit.
Takrif
Di tempat orang mudah mendapat rezeki, banyaklah orang berkumpul. (Peribahasa lain yang sama makna:
Ada gula, ada semut).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Menggantang anak ayam.
Takrif
Melakukan pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai menyukat anak ayam, masuk
empat keluar lima, b. Bagai menyukat belut hidup).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Kurang luas tapak tangan, nyiru saya tampungkan.
Takrif
Ingin mendapat sebanyak-banyaknya; sangat berbesar hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Kecil tapak
tangan, nyiru ditadahkan).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Membuang bunga ke jirat.
Takrif
Berbuat baik bukan pada tempatnya; membuang tenaga dengan sia-sia, (Peribahasa lain yang sama makna:
Menabur bunga di atas kubur).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

52

Peribahasa
Mengajar limau berduri.
Takrif
Mengajar orang yang telah pandai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Memperjuali orang Cina penjahit,
b. Mengajar buaya berenang, c. Orang tua diajar makan pisang).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Biarlah tersalah kain, janganlah tersalah cakap.
Takrif
Hendaklah selalu berhati-hati dalam mengeluarkan sesuatu perkataan. (Peribahasa lain yang sama makna:
Biar salah kain, jangan salah mulut).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Mengukur baju di badan sendiri.
Takrif
Menentukan baik buruk perbuatan orang berdasarkan kepada perasaan sendiri. (Peribahasa lain yang sama
makna: Mengenakan baju di badan maka sesuai).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Sepanjang-panjang tali, tidak sepanjang mulut manusia.
Takrif
Cakap orang dapat dilakukan dengan sesuka hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Sepanjang-panjang
lorong masih panjang mulut).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Angus (hangus) tiada berapi, karam tiada berair.
Takrif
Menderita kesusahan kerana kematian atau kehilangan kekasih. (Peribahasa lain yang sama makna: Hanya
tiada berapi, sejuk tiada berair).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Bahasa menunjukkan bangsa.
Takrif
Baik buruk adat kelakuan orang menunjukkan tinggi rendah keturunannya (asal usulnya). (Peribahasa lain
yang sama makna: Bahasa dan bangsa itu tidak dijual beli).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Biar lambat laga, asal menang.
Takrif
Membuat sesuatu perkara hendaklah dengan cermat dan hati-hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Biar
lambat asal selamat, tak lari gunung dikejar).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

53

Peribahasa
Bagai kapak naik cerana.
Takrif
Tidak pada tempatnya; kurang cukup alat (= kepandaian) untuk mengerjakan sesuatu. (Peribahasa lain yang
sama makna: Seperti kapak naik pemidangan [= peminangan]). cerana = tempat sirih.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Sedikit-sedikit tekun, lama-lama menjadi bukit.
Takrif
Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Sehari selembar
benang, lama-lama jadi sehelai kain).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Tersaukkan ikan, suka; tersaukkan batang, masam.
Takrif
Ketika untung bersuka-ria, waktu rugi marah-marah. (Peribahasa lain yang sama makna: Terkena pada ikan
bersorak, terkena pada batang, masam).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Bagai cacing kena air panas.
Takrif
Tidak tenang, selalu gelisah (kerana susah, malu dan sebagainya). (Peribahasa lain yang sama makna: a.
Melanting-lanting bagai cacing kepanasan, b. Seperti cacing kepanasan).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Belum lepas tali uri sudah hendak bangkit berdiri.
Takrif
Hendak berlagak seperti orang tua-tua. (Peribahasa lain yang sama makna: Belum betul membilang jari,
sudah hendak berkuasa sendiri). uri = tembuni.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Melanting-lanting bagai cacing kepanasan.
Takrif
Tidak tenang, selalu gelisah (kerana susah, malu dan sebagainya). (Peribahasa lain yang sama makna: a.
Bagai cacing kena air panas, b. Seperti cacing kepanasan).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Tinggal kain sehelai sepinggang.
Takrif
Telah habis hartanya kerana rugi dalam perniagaan ataupun kerana kecurian. (Peribahasa lain yang sama
makna: a. Tinggal gigi dengan lidah saja, b. Tinggal kelopak salak).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

54

Peribahasa
Bagai wau putus teraju.
Takrif
Tinggal berserah kepada nasib saja, daya upaya sudah tiada lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a.
Laksana layang-layang putus teraju, b. Layang-layang putus talinya).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Bagai kuku dengan isi (= daging).
Takrif
Sangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan). (Peribahasa lain yang sama makna: a.
Bagai empedu lekat di hati, b. Bagai inai dengan kuku).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Layang-layang putus talinya.
Takrif
Tinggal berserah kepada nasib saja, daya upaya sudah tiada lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai
wau putus teraju, b. Laksana layang-layang putus teraju).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Penyapu diikat sutera.
Takrif
Sesuatu yang tidak pada tempatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Perahu papan bermuat intan, b.
Permata lekat di pangkur, c. Seperti penyapu bersimpati dengan benang sutera, d. Seperti sapu diikat dengan
benang sutera).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Hati bagai baling-baling.
Takrif
Pendirian yang tidak tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai pancang digoncang arus, b. Balingbaling di atas bukit, c. Sebagai pimping di lereng bukit, d. Seperti panji-panji ditiup angin).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Menghapuskan arang di muka.
Takrif
Menghilangkan malu; membalas dendam. (Peribahasa lain yang sama makna: Membasuhkan arang yang
terconteng di muka).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Neraca palingan bungkal, hati palingan Tuhan.
Takrif
Pendirian orang mudah berubah atau selalu berubah-ubah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Neraca
palingan Allah, mata palingan setan, b. Teraju palingan angin, hati palingan Tuhan).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

55

Peribahasa
Teraju palingan angin, hati palingan Tuhan.
Takrif
Pendirian orang mudah berubah atau selalu berubah-ubah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Neraca
palingan Allah, mata palingan setan, b. Neraca palingan bungkal, hati palingan Tuhan).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Diberi sejengkal hendak sehasta, diberi sehasta hendak sedepa.
Takrif
Diberi sedikit, lalu hendak minta banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dibenarkan duduk di
serambi, hendak bermaharajalela di tengah rumah, b. Seperti Belanda minta tanah).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Menyuruk (menyorok) hilang-hilang, memakan habis-habis.
Takrif
Jika merahsiakan sesuatu hendaklah dengan sebaik-baiknya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Memakan
habis-habis, menyuruk [menyorok] hilang-hilang, b. Membuhul jangan membuku, mengulas jangan
mengesan).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Memakan habis-habis, menyuruk (menyorok) hilang-hilang.
Takrif
Jika merahsiakan sesuatu hendaklah dengan sebaik-baiknya. (Peribahasa lain yang sama makna: a.
Membuhul jangan membuku, mengulas jangan mengesan, b. Menyuruk [menyorok] hilang-hilang, memakan
habis-habis).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Kain panjang empat, ditarik ke atas ke bawah tak sampai.
Takrif
Serba tak cukup (miskin). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai berkain tiga hasta, b. Berselimut kain
cukin; ditutup kepala kaki terbuka, ditutup kaki kepala terdedah).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Setinggi-tinggi terbang bangau, hinggap di belakang kerbau juga.
Takrif
Selalu kembali ke tempat asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sebagaimana tangan di lenggang, ke
ketiak juga lekatnya, b. Setinggi-tinggi melambung surutnya ke tanah juga).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Belum pandai membuang hingus sudah hendak berjuang lidah.
Takrif
Hendak berlagak seperti orang tua-tua. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belum betul membilang jari,
sudah hendak berkuasa sendiri, b. Belum lepas tali uri sudah hendak bangkit berdiri).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

56

Peribahasa
Di mana lalang habis, di situ api padam.
Takrif
Di mana mati di situlah dikuburkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Di mana api padam, di situlah [= di
sanalah] puntung tercampak; di mana periuk pecah, di situlah tembikar tinggal).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Takut di hantu, terpeluk ke bangkai.
Takrif
Kerana takutkan rugi sedikit, lalu menderita kerugian banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Takut
akan hantu, lari ke pandam, b. Takut akan mayat terpeluk bangkai, c. Takut titik lalu tumpah).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Menantikan kucing bertanduk.
Takrif
Mengharapkan sesuatu yang tak mungkin. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menantikan ara tak
bergetah, b. Menantikan buah rumbia masak, c. Menantikan kuaran bertelur, d. Menantikan putih gagak
hitam, buntar-buntar daun lalang, luas-luas daun merunggai, sampai tumbuh damar cindapung).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Menantikan kuaran bertelur.
Takrif
Mengharapkan sesuatu yang tak mungkin. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menantikan ara tak
bergetah, b. Menantikan buah rumbia masak, c. Menantikan kucing bertanduk, d. Menantikan putih gagak
hitam, buntar-buntar daun lalang, luas-luas daun merunggai, sampai tumbuh damar cindapung).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Takut akan hantu, lari ke pandam.
Takrif
Kerana takutkan rugi sedikit, lalu menderita kerugian banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Takut
akan mayat terpeluk bangkai, b. Takut di hantu, terpeluk ke bangkai, c. Takut titik lalu tumpah). pandam =
pekuburan.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Bagai pancang digoncang arus.
Takrif
Pendirian yang tidak tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak sungai lagi berubah, inikan pula hati
orang, b. Baling-baling di atas bukit, c. Hati bagai baling-baling, d. Sebagai pimping di lereng bukit, e. Seperti
panji-panji dituip angin).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

57

Peribahasa
Cakapan sejengkel dibawa sehasta.
Takrif
Berlebih-lebihan daripada hal yang sebenarnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Sejengkal menjadi
sehasta).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Mati dicatuk katak.
Takrif
Orang kuat dialahkan oleh orang yang lemah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gajah dialahkan oleh
pelanduk, b. Gajah ditelan ular lidi, c. Gajah mati dicatuk katak). catuk = patuk.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Bujur lalu, lintang patah.
Takrif
Sesuatu yang tak dapat dihalang-halangi. (Peribahasa lain yang sama makna: Yang terbujur lalu, yang
terlindung patah).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Dirintang siamang berbuai.
Takrif
Asyikkan sesuatu yang tidak ada gunanya. (Peribahasa lain yang sama makna: Dilengah [= dimabuk] beruk
berayun).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Laksana layang-layang melawan angin.
Takrif
Pebuatan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Wau melawan angin).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Seperti halilintar membelah bumi.
Takrif
Bunyi (tempikan) yang sangat kuat. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti kiamat bunyinya).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Bergantung di hujung kuku.
Takrif
Dalam keadaan yang sangat berbahaya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bergantung [di] rambut sehelai).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

58

Peribahasa
Jerat halus kelindan sutera.
Takrif
Tipu muslihat yang sangat halus. (Peribahasa lain yang sama makna: Jarum halus kelindan sutera).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Jarum halus kelindan sutera.
Takrif
Tipu muslihat yang sangat halus. (Peribahasa lain yang sama makna: Jerat halus kelindan sutera).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Menyurat di atas air.
Takrif
Memberi ajaran yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Menulis di atas air).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Menyimpan embacang masak.
Takrif
Menyimpan rahsia yang telah diketahui umum. (Peribahasa lain yang sama makna: Bacang dibungkus tentu
baunya keluar juga).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Menulis di atas air.
Takrif
Memberi ajaran yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Menyurat di atas air).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Mengisi perian bobos.
Takrif
Melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan hasil. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengisi gantang
pesuk). bobos = berlubang besar.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Pukat terlabuh, ikan tak dapat.
Takrif
Usaha yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Pisang ditanam tak bergantung).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

59

Peribahasa
Menamai anak dalam kandungan.
Takrif
Melakukan sesuatu yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Menerka ayam di dalam telur).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau.
Takrif
Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belayar sambil
memapan, merapat sambil belayar, b. Berkayuh sambil bertimba, c. Berkayuh sambil ke hilir, d. Merapat
sambil berlayar, berlayar sambil memapan, e. Sambil berdendang, biduk hilir, f. Sambil berdiang, nasi masak,
g. Sambil menyelam minum air). rengkuh = menarik kuat-kuat.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Sekali membuka pura, dua tiga hutang terbayar.
Takrif
Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belayar sambil
memapan, merapat sambil belayar, b. Berkayuh sambil bertimba, c. Berkayuh sambil ke hilir, d. Merapat
sambil berlayar, berlayar sambil memapan, e. Sambil berdendang, biduk hilir, f. Sambil berdiang, nasi masak,
g. Sambil menyelam minum air). pura = pundi-pundi tempat wang.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Bagai bertepuk sebelah tangan.
Takrif
Cinta kasih yang tidak berbalas. (Peribahasa lain yang sama makna: Tepuk sebelah tangan tidak akan
berbunyi).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Mahal dibeli sukar dicari.
Takrif
Sesuatu yang amat susah diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: Mahal tak dapat dibeli, murah tak
dapat diminta).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Tinggilah pohon kenduduk di tengah padang.
Takrif
Dalam kalangan orang-orang bodoh, orang yang berpengetahuan sedikit akan mengakui dirinya pandai
daripada yang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Tak lang, si pungguk menjadi lang).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Bagai si kudung pergi berbelut.
Takrif
Pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai si buta pergi bergajah). berbelut =
menangkap belut.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

60

Peribahasa
Bertiraikan banir.
Takrif
Tidak mempunyai rumah tempat tinggal. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Berkandilkan bulan, b.
Berkelambukan gua, c. Bertilam pasir). banir = akar yang tumbuh pada pangkal pohon.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Bagai kerbau runcing tanduk.
Takrif
Orang yang sudah terkenal kejahatannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kerbau [= lembu] tanduk
panjang, tiada menanduk pun dikata orang menanduk juga).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Mandi dalam cupak.
Takrif
Sesuatu keadaan yang menyebabkan serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai melompati pagar
tiga hasta: akan dilompati rendah, akan dilangkahi tinggi).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Seperti peluru dua setuangan.
Takrif
Dua orang yang serupa benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pelanduk dua serupa, b. Salin [=
sesalin] tak tumpah).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Salin (= sesalin) tak tumpah.
Takrif
Dua orang yang serupa benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pelanduk dua serupa, b. Seperti peluru
dua setuangan).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Kera dapat bunga.
Takrif
Mendapat sesuatu yang tak dapat dipergunakan. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai kera diberi kaca).
(Bandingkan dengan: a. Memberi bunga kepada kera [monyet]).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Lain sakit lain diubat, lain luka lain dibebat.
Takrif
Jawab yang bersalahan dengan pertanyaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Lain biduk lain digalang).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

61

Peribahasa
Memperjuali orang Cina penjahit.
Takrif
Mengajar orang yang telah pandai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mengajar buaya berenang, b.
Mengajar limau berduri, c. Orang tua diajar makan pisang).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Besar bungkus tak berisi.
Takrif
Orang bodoh yang banyak bualnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Macam daun terap: bunyinya
degah-deguh, degah-deguh jatuh ke bawah, b. Tong kosong berbunyi nyaring).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Dibenarkan duduk di serambi, hendak bermaharajalela di tengah rumah.
Takrif
Diberi sedikit, lalu hendak minta banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti Belanda minta tanah).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Kepala ke bawah, kaki ke atas.
Takrif
Bekerja tak berhenti-henti siang dan malam, selalu sibuk. (Peribahasa lain yang sama makna: Kaki naik,
kepala turun).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Laksana apung di tengah laut; dipukul ombak jatuh ke tepi.
Takrif
Hidup melarat di negeri asing. (Peribahasa lain yang sama makna: Laksana apung dipermainkan gelombang).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Menabur bunga di atas kubur.
Takrif
Berbuat baik bukan pada tempatnya; membuang tenaga dengan sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna:
Membuang bunga ke jirat).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Dalam laut boleh diduga, dalam hati siapa tahu.
Takrif
Pengetahuan (fikiran) seseorang itu tidak dapat diduga. (Peribahasa lain yang sama makna: Dada manusia
tidak dapat diselam).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

62

Peribahasa
Mengenakan baju di badan maka sesuai.
Takrif
Menentukan baik buruk perbuatan orang berdasarkan kepada perasaan sendiri. (Peribahasa lain yang sama
makna: Mengukur baju di badan sendiri).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Biar mati berkapankan kain cindai, jangan kain kadut.
Takrif
Lebih baik mati daripada merosakkan nama baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Mati berkapan cindai).
kadut = kain karung.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Daripada hidup bercermin bangkai, lebih baik mati berkalang tanah.
Takrif
Lebih baik mati daripada menanggung malu. (Peribahasa lain yang sama makna: Biar berputih tulang, jangan
berputih mata).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Perahu papan bermuat intan.
Takrif
Sesuatu yang tidak pada tempatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Penyapu diikat sutera, b. Permata
lekat di pangkur, c. Seperti penyapu bersimpai dengan benang sutera, d. Seperti sapu diikat dengan benang
sutera).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Permata lekat di pangkur.
Takrif
Sesuatu yang tidak pada tempatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Penyapu diikat sutera, b. Perahu
papan bermuat intan, c. Seperti penyapu bersimpai dengan benang sutera, d. Seperti sapu diikat dengan
benang sutera).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Berkelahi dulu pendapatan, berkelahi kemudian kerugian.
Takrif
Fikirkan masak-masak, sebelum berbuat sesuatu supaya jangan menyesal. (Peribahasa lain yang sama makna:
Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Cekur jerangau belum habis lagi.
Takrif
Belum dewasa sudah hendak melawan orang tua; belum ada pengalaman. (Peribahasa lain yang sama makna:
Cekur jerangau ada lagi di ubun-ubun).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

63

Peribahasa
Sehari selembar benang, lama-lama jadi sehelai kain.
Takrif
Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Sedikit-sedikit
tekun, lama-lama menjadi bukit).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Takkan pisang berbuah dua kali.
Takrif
Sekali merugi (tertipu dan sebagainya) tentu jera dan berhati-hati. (Peribahasa lain yang sama makna:
Takkan dua kali orang tua kehilangan tongkat).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Menantikan buah rumbia masak.
Takrif
Mengharapkan sesuatu yang tak mungkin. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menantikan ara tak
bergetah, b. Menantikan putih gagak hitam, buntar-buntar daun lalang, luas-luas daun merunggai, sampai
tumbuh damar cindapung).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Seperti panji-panji ditiup angin.
Takrif
Pendirian yang tidak tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai pancang digoncang arus, b. Balingbaling di atas bukit, c. Hati bagai baling-baling, d. Sebagai pimping di lereng bukit).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Di mana kapak jatuh, di situ baji makan.
Takrif
Di mana timbul perkara di situlah diselesaikan. (Peribahasa lain yang sama makna: Di mana batang terguling,
di situ cendawan tumbuh).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Pasar jalan kerana diturut, lancar kaji kerana diulang.
Takrif
Kepandaian atau kemahiran didapat kerana selalu berlatih. (Peribahasa lain yang sama makna: Lancar kaji
kerana diulang, pasar jalan kerana diturut).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Seperti kapak naik pemidangan (= peminangan).
Takrif
Tidak pada tempatnya; kurang cukup alat (= kepandaian) untuk mengerjakan sesuatu. (Peribahasa lain yang
sama makna: Bagai kapak naik cerana). pemidangan (peminangan) = tempat sirih.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

64

Peribahasa
Harap hendak meraup, tidak boleh menggenggam.
Takrif
Segala harta-benda habis dibelanjakan, kerana hendak hidup mewah. (Peribahasa lain yang sama makna:
Harap hendak melonjak, kopiah pesuk). meraup = mencedok dengan tangan.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Asyik memangku tangan, mati dalam angan-angan.
Takrif
Tak akan tercapai maksudnya, kalau tak mahu berusaha. (Peribahasa lain yang sama makna: Jika tidak
dipecah ruyung, di mana boleh mendapat sagu).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Bak anjing tersepit.
Takrif
Ketika menderita merendah diri meminta tolong, terlepas daripada kesusahan, meninggikan diri kembali.
(Peribahasa lain yang sama makna: a. Anjing terpanggang ekor, b. Bagai anjing tersepit di pagar).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Laksana layang-layang putus teraju.
Takrif
Tinggal berserah kepada nasib saja, daya upaya sudah tiada lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai
wau putus teraju, b. Layang-layang putus talinya).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Asal ayam pulang ke lumbung, asal itik pulang ke pelimbahan.
Takrif
Tabiat orang tak mungkin berubah. (Peribahasa lain yang sama makna: Asal ayam hendak ke lesung, asal itik
hendak ke pelimbahan).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Berjalan selangkah menghadap surut, berkata sepatah difikirkan.
Takrif
Hendaklah selalu beingat-ingat dalam melakukan sesuatu pekerjaan. (Peribahasa lain yang sama makna:
Berjalan peliharakan kaki, berkata peliharakan lidah). menghadap surut = menengok ke belakang.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Baling-baling di atas bukit.
Takrif
Pendirian yang tidak tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai pancang digoncang arus, b. Hati
bagai baling-baling, c. Sebagai pimping di lereng bukit, d. Seperti panji-panji ditiup angin). baling-baling =
penunjuk angin.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

65

Peribahasa
Lancar kaji kerana diulang, pasar jalan kerana diturut.
Takrif
Kepandaian atau kemahiran didapat kerana selalu berlatih. (Peribahasa lain yang sama makna: Pasar jalan
kerana diturut, lancar kaji kerana diulang). pasar = licin, mati rumput.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Pelabur habis, Palembang tak alah.
Takrif
Pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Arang habis besi binasa, b. Arang habis binasa,
tukang hembus penat saja, c. Penat tukang menempa, besi binasa senjata tak jadi). pelabur = rangsum, catu
makanan atau wang.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Biar berkelahi dulu, jangan berkelahi kemudian.
Takrif
Fikirkan masak-masak, sebelum berbuat sesuatu supaya jangan menyesal. (Peribahasa lain yang sama makna:
a. Berkelahi dulu pendapatan, berkelahi kemudian kerugian, b. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada
berguna).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Senduk dan periuk lagi berantuk.
Takrif
Suami isteri, kaum keluarga, sahabat handai, ada kalanya berselisih juga. (Peribahasa lain yang sama makna:
a. Pinggan dengan mangkuk, salah sedikit hendak terantuk, b. Salangkan lidah lagi tergigit oleh gigi).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Gajah lalu kumpai layu.
Takrif
Hendak meniru-niru perbuatan orang besar (kaya), akhirnya diri sendiri binasa. (Peribahasa lain yang sama
makna: Gajah berak besar, kancil [=pelanduk] pun hendak berak besar, akhirnya mati kebebangan). kumpai =
sebangsa rumput layu.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Daripada hidup bergelumang (= berlumur) tahi, baik mati bertimbun bunga.
Takrif
Lebih baik mati daripada menanggung malu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Biar berputih tulang,
jangan berputih mata, b. Daripada hidup bercermin bangkai, lebih baik mati berkalang tanah).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

66

Peribahasa
Sebagai pimping di lereng bukit.
Takrif
Pendirian yang tidak tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai pancang digoncang arus, b. Balingbaling di atas bukit, c. Hati bagai baling-baling, d. Seperti panji-panji ditiup angin). (Bandingkan dengan:
Lampai bagai pimping di lereng, lemah bagai lenggundi muda).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Di mana tembilang terentak, di situ cendawan tumbuh.
Takrif
Di mana timbul perkara di situlah diselesaikan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Di mana batang
terguling, di situ cendawan tumbuh, b. Di mana kapak jatuh, di situ baji makan).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Senduk dengan belanga lagi berlaga.
Takrif
Suami isteri, kaum keluarga, sahabat handai, ada kalanya berselisih juga. (Peribahasa lain yang sama makna:
a. Pinggan dengan mangkuk, salah sedikit hendak terantuk, b. Salangkan lidah lagi tergigit oleh gigi, c.
Senduk dan periuk lagi berantuk).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Lagi murah, lagi ditawar.
Takrif
Makin diberi, makin banyak lagi yang diminta. (Peribahasa lain yang sama makna: Makin murah, makin
menawar).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Makin murah, makin menawar.
Takrif
Makin diberi, makin banyak lagi yang diminta. (Peribahasa lain yang sama makna: Lagi murah, lagi ditawar).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Api makan sekam (= dedak).
Takrif
Perbuatan jahat atau rindu dendam yang tersembunyi. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti api makan
[= dalam] sekam).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Sekepal menjadi gunung, setitik menjadi laut.
Takrif
Membesar-besarkan perkara yang kecil. (Peribahasa lain yang sama makna: Air setitik dilautkan, tanah
seketul digunungkan).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

67

Peribahasa
Air setitik dilautkan, tanah seketul digunungkan.
Takrif
Membesar-besarkan perkara yang kecil. (Peribahasa lain yang sama makna: Sekepal menjadi gunung, setitik
menjadi laut).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Terbang bertumpu, hinggap mencengkam.
Takrif
Jika merantau hendaklah mencari keluarga atau kawan kenalan tempat menumpangkan diri. (Peribahasa lain
yang sama makna: a. Hinggap mencengkam [dahan], terbang menumpu [dahan]). (Bandingkan dengan: a.
Datang nampak muka, pergi nampak belakang, b. Datang tampak muka, pulang tampak punggung).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Berselimut kain cukin; ditutup kepala kaki terbuka, ditutup kaki kepala terdedah.
Takrif
Serba tak cukup (miskin). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai berkain tiga hasta, b. Kain panjang
empat, ditarik ke atas ke bawah tak sampai). cukin = kain basahan atau kain kecil penutup dada waktu makan.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Seperti berseru di tengah padang.
Takrif
Meminta pertolongan tetapi siapa yang mengendahkannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai
berseru di padang pasir, b. Seperti memekik di tengah padang luas).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Awak sakit daging menimbun.
Takrif
Orang kaya yang berpura-pura miskin. (Peribahasa lain yang sama makna: Awak kurus daging menimbun).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Bermulut di mulut orang.
Takrif
Hanya menurut apa yang dikatakan orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Berlidah di lidah orang).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Menghendaki pucuk alu.
Takrif
Ingin kepada barang yang tak mungkin diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: Menghendakkan cirit
harimau tergantung di ekornya).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

68

Peribahasa
Menerka ayam di dalam telur.
Takrif
Melakukan sesuatu yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Menamai anak dalam kandungan).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Alu pencungkil duri.
Takrif
Tak mungkin dilakukan; pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti antan pencungkil
duri).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Diraih siku ngilu, direngkuh lutut sakit.
Takrif
Keadaan yang serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: Dipukul lutut sakit, direngkuh siku ngilu).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Kasihkan raja di atas usungan.
Takrif
Kasihan yang tidak pada tempatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kasihan gajah berusung, b.
Menangiskan gajah berusung).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Dilengah (= dimabuk) beruk berayun.
Takrif
Asyikkan sesuatu yang tidak ada gunanya. (Peribahasa lain yang sama makna: Dirintang siamang berbuai).
(Bandingkan dengan: Mabuk kerana beruk berayun).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Bagai kera diberi kaca.
Takrif
Mendapat sesuatu yang tak dapat dipergunakan. (Peribahasa lain yang sama makna: Kera dapat bunga).
(Bandingkan dengan: Memberi bunga kepada kera [monyet]).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Menghendaki urat lesung.
Takrif
Ingin kepada barang yang tak mungkin diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menghendakkan
cirit harimau tergantung di ekornya, b. Menghendaki pucuk alu).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

69

Peribahasa
Bagai berseru di padang pasir.
Takrif
Seruan yang tidak diendahkan orang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seperti berseru di tengah padang,
b. Seperti memekik di tengah padang luas).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Orang tua diajar makan pisang.
Takrif
Mengajar orang yang telah pandai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Memperjuali orang Cina penjahit,
b. Mengajar buaya berenang, c. Mengajar limau berduri).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Tong kosong berbunyi nyaring.
Takrif
Orang bodoh yang banyak bual-bualnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Besar bungkus tak berisi, b.
Macam daun terap: bunyinya degah-deguh, degah-deguh jatuh ke bawah).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Daun keladi dimandikan.
Takrif
Memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Air di daun keladi [= talas], b.
Bagai air titik ke batu, c. Kalis bagai air di daun keladi).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Emas berpeti, kerbau berkandang.
Takrif
Harta-benda harus disimpan baik-baik di tempatnya masing-masing supaya selamat. (Peribahasa lain yang
sama makna: Kerbau berkandung, emas berpura).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Gajah seekor gembala dua.
Takrif
Sesuatu pekerjaan dikepalai oleh dua orang; dua orang lelaki mencintai seorang perempuan. (Peribahasa lain
yang sama makna: Enau sebatang dua sigainya).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Kerbau kandang, emas berpura.
Takrif
Harta-benda harus disimpan baik-baik di tempatnya masing-masing supaya selamat. (Peribahasa lain yang
sama makna: Emas berpeti, kerbau berkandang).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

70

Peribahasa
Kata berjawab, gayung bersambut.
Takrif
Serangan ditangkis, kata dijawab; baik dibalas dengan baik, jahat dibalas dengan jahat. (Peribahasa lain yang
sama makna: Gayung bersambut, kata berjawab).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Menyinggung mata bisul orang.
Takrif
Menyakiti hati seseorang dengan sindiran (perkataan, perbuatan dan sebagainya) dalam sesuatu pertemuan.
(Peribahasa lain yang sama makna: Menggetil puncak kedal orang).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Air di tulang bumbungan, turunnya ke cucur atap.
Takrif
Sesuatu itu, meskipun sedikit, akan menurut asalnya juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Air cucuran
atap, jatuhnya kepelimbahan).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Menyandang lukah tiga.
Takrif
Pekerjaan yang ringan, tetapi sukar melakukannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai menyandang
galas tiga).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Besar diambak, tinggi dianjung.
Takrif
Orang besar atau mulia kedudukannya kerana dibesarkan dan dimuliakan oleh pengikut-pengikutnya.
(Peribahasa lain yang sama makna: Subur kerana dipupuk, besar kerana diambak).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna.
Takrif
Fikirkan masak-masak, sebelum berbuat sesuatu supaya jangan menyesal. (Peribahasa lain yang sama makna:
Berkelahi dulu pendapatan, berkelahi kemudian kerugian).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Tinggi dianjung, besar dilambuk.
Takrif
Orang besar atau mulia kedudukannya kerana dibesarkan dan dimuliakan oleh pengikut-pengikutnya.
(Peribahasa lain yang sama makna: Besar diambak, tinggi dianjung). dilambuk = digembur.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

71

Peribahasa
Terkena pada ikan bersorak, terkena pada batang, masam.
Takrif
Ketika untung bersuka-ria, waktu rugi marah-marah. (Peribahasa lain yang sama makna: Tersaukkan ikan,
suka; tersaukkan batang, masam).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Adat bersendi syarak, syarak bersendi adat.
Takrif
Pergaulan di dalam masyarakat hendaklah sesuai dengan adat dan syarak. (Peribahasa lain yang sama
makna: Adat bersendi syarak, syarak bersendi kitabullah).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Baru hendak bertunas sudah dipetik, lama-lama matilah pokok.
Takrif
Belum banyak untungnya sudah belanja besar-besaran. (Peribahasa lain yang sama makna: Baru bertunas
sudah dipetik, masakan boleh hidup).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Ilmu padi, makin berisi makin runduk.
Takrif
Makin banyak ilmu atau makin tinggi pangkat makin merendah diri. (Peribahasa lain yang sama makna:
Bawa resmi padi, makin berisi makin tunduk).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Bodoh tak dapat diajar, pandai tak dapat mengajar.
Takrif
Berlagak pandai dan tiada mahu menurut bicara orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Bingung tak
dapat diajar, cerdik tak dapat diikuti).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Cencang air tidak putus, pancung abu tak berbekas.
Takrif
Perselisihan sesama keluarga itu akhirnya akan berbaik kembali. (Peribahasa lain yang sama makna: Carikcarik bulu ayam, lama-lama bercantum juga).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Menggetil puncak kedal orang.
Takrif
Menyakiti hati seseorang dengan sindiran (perkataan, perbuatan dan sebagainya) dalam sesuatu pertemuan.
(Peribahasa lain yang sama makna: Menyinggung mata bisul orang). getil = mencubit; kedal = kudis.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

72

Peribahasa
Besi lemah tak patah.
Takrif
Pada lahirnya kelihatan lemah tetapi sebenarnya tidak dapat dipengaruhi atau dipermain-mainkan.
(Peribahasa lain yang sama makna: Lemah liat kayu akar, dilentur boleh dipatah tak dapat).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Ada wang abang sayang, tak ada wang abang melayang.
Takrif
Kasih sayang hanya kerana memandang harta benda. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada wang abang
saya, tak ada wang abang payah).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Barang yang dikata, itulah kota.
Takrif
Janji hendaklah ditepati. (Peribahasa lain yang sama makna: Siapa yang berkata harus berkota).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Siapa yang berkata harus berkota.
Takrif
Janji hendaklah ditepati. (Peribahasa lain yang sama makna: Barang yang dikata, itulah kota).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Kerbau sekandang dapat digembalakan, manusia seorang tiada terjaga.
Takrif
Kerbau sekawan boleh dikandang, manusia seorang tiada terkawal. (Peribahasa lain yang sama makna: Kalau
kerbau sekawan dapat dikawali, manusia seorang tiada dapat dimaklumi).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Air diminum terasa duri, nasi dimakan terasa sekam.
Takrif
Sangat sedih, sehingga tidak enak makan dan minum. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Air diminum
sembiluan, b. Tidur tak lelap, makan tak kenyang).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Naik seperti semut, turun seperti ribut.
Takrif
Hendak memperoleh kejayaan selalunya lambat, tetapi hendak jatuh mudah sekali. (Peribahasa lain yang
sama makna: a. Naik melompat, turun terjun, b. Naik membilang anak tangga, turun selangkah jejaklah ke
bumi).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

73

Peribahasa
Bagai menumbuk padi hampa.
Takrif
Perkhabaran selalu dilebih-lebihkan daripada keadaan yang sebenarnya. (Peribahasa lain yang sama makna:
Indah khabar daripada rupa).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Indah khabar daripada rupa.
Takrif
Perkhabaran selalu dilebih-lebihkan daripada keadaan yang sebenarnya. (Peribahasa lain yang sama makna:
Bagai menumbuk padi hampa).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Seperti api makan (= dalam) sekam.
Takrif
Perbuatan jahat atau rindu dendam yang tersembunyi. (Peribahasa lain yang sama makna: Api makan sekam
[= dedak]).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Panas setahun dihapuskan oleh hujan sehari.
Takrif
Kebaikan hilang kerana kejahatan yang sedikit. (Peribahasa lain yang sama makna: Hilang kemarau setahun
oleh hujan sehari).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Salangkan lidah lagi tergigit oleh gigi.
Takrif
Suami isteri, kaum keluarga, sahabat handai, ada kalanya berselisih juga. (Peribahasa lain yang sama makna:
a. Pinggan dengan mangkuk, salah sedikit hendak terantuk, b. Senduk dan periuk lagi berantuk, c. Senduk
dengan belanga lagi berlaga).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Pecah tempayan, buyung ada.
Takrif
Hilang seorang, masih ada orang lain yang akan menggantinya. (Peribahasa lain yang sama makna: Pecah
buyung, tempayan ada).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Bagai menyukat anak ayam, masuk empat keluar lima.
Takrif
Melakukan pekerjaan yang sulit. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menggantang anak ayam, b.
Menggantang asap, mengukir langit).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

74

Peribahasa
Bagai kucing tidur di bantai.
Takrif
Hidup senang dan mewah. (Peribahasa lain yang sama makna: Ayam bertelur di atas padi). bantai = daging
binatang yang disembelih.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Kasturi mati kerana baunya.
Takrif
Mendapat kecelakaan kerana kelebihannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gajah mati kerana
gadingnya, b. Harimau mati kerana belangnya, c. Mati kuang kerana bunyi, d. Mati rusa kerana jejak, mati
kuau kerana bunyi, e. Mati rusa kerana tanduknya). kasturi = tikus kecil yang harum baunya.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Merebut merampas, membunuh membangun.
Takrif
Segala perbuatan jahat harus mendapat hukuman yang setimpal. (Peribahasa lain yang sama makna: a.
Mencencang memampas, membunuh membangun, b. Salah bunuh memberi balas, salah cencang memberi
pampas).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Sudah tahu di tepi kain.
Takrif
Orang melarat yang sudah baik penghidupannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Sudah tahu di kain
beragi).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Seperti antan pencungkil duri.
Takrif
Tak mungkin dilakukan; pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Alu pencungkil duri).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.
Takrif
Cinta kasih yang tidak berbalas. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai bertepuk sebelah tangan).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Bagai mencari kutu di dalam ijuk.
Takrif
Mengerjakan pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai mencari belalang di atas
akar).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

75

Peribahasa
Minta darah pada daing.
Takrif
Minta bantuan pada orang yang tidak punya. (Peribahasa lain yang sama makna: Minta darah pada dabung).
daing = dendeng.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Seperti cincin dengan permata.
Takrif
Cocok segala-galanya; jodoh yang sesuai benar. (Peribahasa lain yang sama makna: Setumbuk bagai gelang,
sejodoh bagai cincin).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Seperti memekik di tengah padang luas.
Takrif
Seruan yang tidak diendahkan orang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai berseru di padang pasir, b.
Seperti berseru di tengah padang).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Menyuruk (menyorok) di balik lumbung.
Takrif
Menyembunyikan sesuatu yang mudah diketahui orang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mengendap di
balik lalang sehelai, b. Menyuruk (menyorok) di balik lalang sehelai).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Mengendap di balik lalang sehelai.
Takrif
Menyembunyikan sesuatu yang mudah diketahui orang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menyuruk
[menyorok] di balik lalang sehelai, b. Menyuruk [menyorok] di balik lumbung).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Minta pucuk pada alu.
Takrif
Ingin kepada barang yang tak mungkin diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menghendakkan
cirit harimau tergantung di ekornya, b. Menghendaki pucuk alu, c. Menghendaki urat lesung).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Minta sisik pada limbat.
Takrif
Ingin kepada barang yang tak mungkin diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menghendakkan
cirit harimau tergantung di ekornya, b. Menghendaki pucuk alu, c. Menghendaki urat lesung, d. Minta pucuk
pada alu).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

76

Peribahasa
Seperti sapu diikat dengan benang sutera.
Takrif
Sesuatu yang tidak pada tempatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Penyapu diikat sutera, b. Perahu
papan bermuat intan, c. Permata lekat di pangkur, d. Seperti penyapu bersimpai dengan benang sutera).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Seperti penyapu bersimpai dengan benang sutera.
Takrif
Sesuatu yang tidak pada tempatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Penyapu diikat sutera, b. Perahu
papan bermuat intan, c. Permata lekat di pangkur, d. Seperti sapu diikat dengan benang sutera).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Arang habis binasa, tukang hembus penat saja.
Takrif
Pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Arang habis besi binasa, b. Pelabur habis,
Palembang tak alah, c. Penat tukang menempa, besi binasa senjata tak jadi).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Sokong membawa rebah.
Takrif
Orang yang kita percayai berkhianat kepada kita. (Peribahasa lain yang sama makna: Pagar makan padi [=
tanaman]).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Bagai anjing buruk kepala.
Takrif
Orang yang sangat benci oleh masyarakat. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti anjing kepala busuk).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Dalam menyelam, cetek bertimba.
Takrif
Penghasilan yang sedikit itu dipada-padakan. (Peribahasa lain yang sama makna: Dalam berselam, dangkal
berjingkat).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Minta tanduk pada kuda.
Takrif
Ingin kepada barang yang tak mungkin diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menghendakkan
cirit harimau tergantung di ekornya, b. Menghendaki pucuk alu, c. Menghendaki urat lesung, d. Minta pucuk
pada alu, e. Minta sisik pada limbat).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

77

Peribahasa
Mencari kutu dalam ijuk.
Takrif
Pekerjaan yang sukar dan sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Mencari jejak dalam air).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Seperti anjing kepala busuk.
Takrif
Orang yang sangat dibenci oleh masyarakat. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai anjing buruk kepala).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Zaman puntung berasap.
Takrif
Zaman yang telah lalu; sudah lama sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: Zaman Tuk Nadur berkajang
kain).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Riuh seperti Cina karam.
Takrif
Bercakap yang tidak ketentuan buah tuturnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Riuh gigil seperti Cina
kayuh).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Bagai kambing dimandikan pagi.
Takrif
Orang yang enggan mengerjakan sesuatu pekerjaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai kambing
dihalau [= diseret ke air]).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Tampak duri takkan mengait.
Takrif
Mengetahui bahawa seseorang itu tidak dapat berbuat apa-apa kerana bodoh atau penakut. (Peribahasa lain
yang sama makna: Tampak ranggas takkan meleting).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Bagai menyandang galas tiga.
Takrif
Pekerjaan yang ringan, tetapi sukar melakukannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Menyandang lukah
tiga). galas tiga = tiga bungkus dagangan.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

78

Peribahasa
Kalau kumbang bukan seekor, kalau bunga bukan sekaki.
Takrif
Lelaki ataupun perempuan bukan seorang di atas dunia ini. (Peribahasa lain yang sama makna: Kalau bunga
bukan [= tidak] sekuntum.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Seperti memalu ular dalam benih: ular biar mati, benih jangan rosak.
Takrif
Bersikap bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu masalah. (Peribahasa lain yang sama makna: Menarik
rambut di dalam tepung).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Takkan dua kali orang tua kehilangan tongkat.
Takrif
Sekali merugi (tertipu dan sebagainya) tentu jera dan berhati-hati. (Peribahasa lain yang sama makna:
Takkan pisang berbuah dua kali).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Anjing terpanggang ekor.
Takrif
Mendapat kesusahan besar sehingga tak tentu tingkah lakunya, meminta pertolongan ke sana ke mari.
(Peribahasa lain yang sama makna: Bagai anjing tersepit di pagar).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Seperti pisau raut: bengkok orang dapat dibetulkan, bengkok sendiri tak dapat dibetulkan.
Takrif
Hendak laba, langsung jadi rugi. (Peribahasa lain yang sama makna: Nak menangguk ikan, tertangguk ke
batang).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Berbaur bagaikan muntah, bercerai bagaikan demam.
Takrif
Sanak saudara, bila jauh selalu terkenang tetapi bila dekat selalu bertengkar. (Peribahasa lain yang sama
makna: Jauh bau bunga, dekat bau tahi [= kencing]).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Mujur tiada berbunyi, malang tiada berbau.
Takrif
Nasib buruk tak dapat dihindarkan, nasib baik tak dapat dicari-cari. (Peribahasa lain yang sama makna:
Malang tak boleh ditolak, mujur tak boleh diraih).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

79

Peribahasa
Tampak ranggas takkan meleting.
Takrif
Mengetahui bahawa seseorang itu tidak dapat berbuat apa-apa kerana bodoh atau penakut. (Peribahasa lain
yang sama makna: Tampak duri takkan mengait). ranggas = ranting kayu mati.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Ada ubi ada batas, ada masa boleh balas.
Takrif
Perbuatan jahat itu sewaktu-waktu akan mendapat balasan juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada
hujan ada panas, ada hari boleh balas).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Ada hujan ada panas, ada hari boleh balas.
Takrif
Perbuatan jahat itu sewaktu-waktu akan mendapat balasan juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada ubi
ada batas, ada masa boleh balas).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Main air basah, main api letur, main pisau luka.
Takrif
Tiap-tiap perbuatan atau pekerjaan akan meninggalkan akibatnya. (Peribahasa lain yang sama makna:
Bermain air basah, bermain api letur, bermain pisau luka).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Seperti ayam makan rumput.
Takrif
Hidup melarat: kerja pagi-pagi untuk makan pagi, kerja petang untuk makan petang. (Peribahasa lain yang
sama makna: Seperti ayam: kais pagi makan pagi, kais petang makan petang).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Mencari umbut dalam batu.
Takrif
Pekerjaan yang sukar dan sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mencari jejak dalam air, b. Mencari
kutu dalam ijuk, c. Mencari penjahit dalam rumput).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Pancing makan umpan.
Takrif
Orang yang kita percayai berkhianat kepada kita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pagar makan padi [=
tanaman], b. Sokong membawa rebah, c. Telunjuk mencocok [= merosok, menikam] mata, d. Tongkat
membawa rebah).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

80

Peribahasa
Tongkat membawa rebah.
Takrif
Orang yang kita percayai berkhianat kepada kita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pagar makan padi [=
tanaman], b. Pancing makan umpan, c. Sokong membawa rebah, d. Telunjuk mencocok [= merosok, menikam]
mata).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Mencungkil kuman dengan alu.
Takrif
Pekerjaan yang sukar dan sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mencari jejak dalam air, b. Mencari
kutu dalam ijuk, c. Mencari penjahit dalam rumput, d. Mencari umbut dalam batu).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Silang berpangkal kerakap berjumpa junjung.
Takrif
Dalam tiap-tiap pekerjaan mestilah ada yang dituakan. (Peribahasa lain yang sama makna: Silang berpangkal,
kerja berjunjung).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Malu bertanya sesat di jalan, malu berdayung (= berkayuh) perahu hanyut.
Takrif
Kalau segan berusaha tak akan mendapat kemajuan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Segan bergalah,
hanyut serantau, b. Segan [= malu] berkayuh, perahu hanyut, c. Segan bertanya sesat jalan).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Mengepit kepala harimau.
Takrif
Menggunakan kekuasaan orang lain untuk menakut-nakuti orang. (Peribahasa lain yang sama makna:
Memakai kulit harimau).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Memakai kulit harimau.
Takrif
Menggunakan kekuasaan orang lain untuk menakut-nakuti orang. (Peribahasa lain yang sama makna:
Mengepit kepala harimau).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Pinggan dengan mangkuk, salah sedikit hendak terantuk.
Takrif
Suami isteri, kaum keluarga, sahabat handai, ada kalanya berselisih juga. (Peribahasa lain yang sama makna:
a. Salangkan lidah lagi tergigit oleh gigi, b. Senduk dan periuk lagi berantuk, c. Senduk dengan belanga lagi
berlaga).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

81

Peribahasa
Bacang dibungkus tentu baunya keluar juga.
Takrif
Menyimpan rahsia yang telah diketahui umum. (Peribahasa lain yang sama makna: Menyimpan embacang
masak).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Dulu intan, sekarang jadi batu buatan.
Takrif
Orang berpangkat yang telah diturunkan pangkatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Dulu besi,
sekarang timah).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Jadi penghubung mata telinga.
Takrif
Tempat harapan atau kepercayaan yang selalu memberi pertolongan. (Peribahasa lain yang sama makna: Jadi
penghubung kaki tangan).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Sumbing melalui (= meluaki), retak melampaui tara (= garis).
Takrif
Perbuatan yang sudah melampaui batas. (Peribahasa lain yang sama makna: Retak melampaui tara [= garis]).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Menyuruk (menyorok) di balik lalang sehelai.
Takrif
Menyembunyikan sesuatu yang mudah diketahui orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengendap di
balik lalang sehelai).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Bersilat kepada si buta.
Takrif
Menunjukkan kelebihan kepada orang yang tidak dapat menghargainya. (Peribahasa lain yang sama makna:
Meragakan pakaian cantik kepada si buta).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Anak sungai lagi berubah, inikan pula hati orang.
Takrif
Pendirian yang tidak tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai pancang digoncang arus).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

82

Peribahasa
Bagai air titik ke batu.
Takrif
Memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Air di daun keladi [= talas]).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Mengebat tidak erat, memancung tidak putus.
Takrif
Kedudukan atau pekerjaan yang tidak tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: Langau di ekor kerbau, debu
di atas tunggul).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Dulu permata intan, sekarang batu Belanda.
Takrif
Orang berpangkat yang telah diturunkan pangkatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dulu besi,
sekarang timah, b. Dulu intan, sekarang jadi batu buatan).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Minta dedak kepada orang mengubik.
Takrif
Minta bantuan pada orang yang tidak punya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Minta darah pada
dabung, b. Minta darah pada daing).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Bagai tulisan di atas air.
Takrif
Memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Air di daun keladi [= talas], b.
Bagai air titik ke batu).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Tak emas bungkal diasah, tak ada kayu tangga dibelah.
Takrif
Segala daya upaya akan dilakukan, untuk menyampaikan maksudnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a.
Tak air, hujan ditampung [= peluh diurut], b. Tak air talang dipancung; peluh diurut, hujan ditampung, c. Tak
beras antah dikisik, d. Tak mara berdayung; bergalah; patah galah bercemat, sesudahnya sampai juga ke
hulu).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Air di daun keladi (= talas).
Takrif
Memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai air titik ke batu, b.
Kalis bagai air di daun keladi).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

83

Peribahasa
Penat tukang menempa, besi binasa senjata tak jadi.
Takrif
Pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Arang habis besi binasa, b. Arang habis binasa,
tukang hembus penat saja, c. Pelabur habis, Palembang tak alah).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Mulut terdorong, emas padahannya.
Takrif
Perkataan (janji) yang sudah diucapkan harus ditepati. (Peribahasa lain yang sama makna: Mulut terlanjur,
emas tentangannya).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Kicang-kecoh ciak.
Takrif
Sesuatu perkara yang akan diperiksa hendaklah ada buktinya. (Peribahasa lain yang sama makna: Samun
sakal berdarah tangan). kicang-kecoh = tipu daya; ciak = dakwa.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Minta tulang kepada lintah (= lidah).
Takrif
Ingin kepada barang yang tak mungkin diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menghendakkan
cirit harimau tergantung di ekornya, b. Menghendaki pucuk alu, c. Menghendaki urat lesung, d. Minta pucuk
pada alu, e. Minta sisik pada limbat, f. Minta tanduk pada kuda).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Memukul kucing di dapur.
Takrif
Menganiaya orang yang sangat rapat dengan kita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Melakak kucing di
dapur, b. Melukah ikan dalam panai).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Subur kerana dipupuk, besar kerana diambak.
Takrif
Orang besar atau mulia kedudukannya kerana dibesarkan dan dimuliakan oleh pengikut-pengikutnya.
(Peribahasa lain yang sama makna: Besar diambak, tinggi dianjung).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Titah lalu, sembah berlaku.
Takrif
Jika kehendak orang kita turut, tak dapat tidak kehendak kita pun akan diturut juga. (Peribahasa lain yang
sama makna: Bertitah lalu, sembah berlaku).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

84

Peribahasa
Mata tidur, bantal berjaga.
Takrif
Perempuan yang membuat kejahatan ketika suaminya lengah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kepala
rebah mata melayang, bantal bangkit main wayang, b. Mata kejam, bantal membuat ragam).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Seperti kerbau menanduk anak, dengan kaparan tanduk, bukan dengan hujungnya.
Takrif
Marah bapa akan anaknya itu tiada sampai membahayakan. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti ayam
patuk [= mematuk] anaknya).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Melakak kucing di dapur.
Takrif
Menganiaya orang yang sangat rapat dengan kita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Melukah ikan dalam
panai, b. Memukul kucing di dapur). melakak = memukul dengan barang keras.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Jauh bau bunga, dekat bau tahi (= kencing).
Takrif
Sanak saudara, bila jauh selalu terkenang tetapi bila dekat selalu bertengkar. (Peribahasa lain yang sama
makna: Berbaur bagaikan muntah, bercerai bagaikan demam).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Masuk ke dalam kandang kambing mengembik, masuk ke dalam kandang kerbau menguak.
Takrif
Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Masuk di dalam kawan
gajah berdering).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Menjemur sementara hari panas.
Takrif
Hendaklah berusaha sekuat-kuatnya pada ketika badan masih kuat atau ketika kesempatan masih ada.
(Peribahasa lain yang sama makna: Pepatah asing: Besi ditempa selagi panas).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Melukah ikan dalam panai.
Takrif
Menganiaya orang yang sangat rapat dengan kita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Melakak kucing di
dapur, b. Memukul kucing di dapur). panai = kolam kecil biasanya di depan perkarangan.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

85

Peribahasa
Pagar makan padi (= tanaman).
Takrif
Orang yang kita percayai berkhianat kepada kita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pancing makan
umpan, b. Sokong membawa rebah, c. Telunjuk mencocok [= merosok, menikam] mata, d. Tongkat membawa
rebah).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu, tiga kali jalan jera.
Takrif
Sekali terkena tipu, kedua kali sudah tahu. (Peribahasa lain yang sama makna: Sekali bekas kena, dua kali
bekas tahu, tiga kali baru jera).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Karam Kampar oleh Kuantan.
Takrif
Mendapat kerugian kerana perbuatan orang kepercayaannya atau orang yang dikasihinya. (Peribahasa lain
yang sama makna: Rosak anak oleh menantu).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Tepuk nyamuk menjadi daki.
Takrif
Tak akan mendapat nama baik kalau melawan orang yang lemah. (Peribahasa lain yang sama makna:
Menepak nyamuk menjadi daki).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Niat hati nak getah bayan, sudah tergetah burung serindit.
Takrif
Lain yang dihajati, lain yang diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: Niat hati hendak memancing
temenung, sudah terpancing ikan setoka).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Mati semut kerana gula (= manisan).
Takrif
Mendapat bencana kerana bujukan atau kerana sesuatu yang menyenangkan. (Peribahasa lain yang sama
makna: Mati ikan kerana umpan, mati sahaya kerana budi).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Sedang rebung baik dipatah, jadi buluh melepuh jari.
Takrif
Masa kecillah diajar dan dididik, jangan ditunggu sampai sudah besar. (Peribahasa lain yang sama makna: a.
Masa lagi rebunglah hendak dilentur, jangan dinantikan sampai menjadi aur, b. Melentur biarlah waktu
rebung).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

86

Peribahasa
Bertanjak baru bertinjau.
Takrif
Menurut derajat (darjat) dan kedudukan masing-masing; menurut aturan yang lazim. (Peribahasa lain yang
sama makna: a. Berjanjang naik, bertangga turun, b. Bertangga naik, berjanjang turun).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Karam sambal oleh belacan.
Takrif
Mendapat kerugian kerana perbuatan orang kepercayaannya atau orang yang dikasihinya. (Peribahasa lain
yang sama makna: a. Karam Kampar oleh Kuantan, b. Rosak anak oleh menantu).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Rosak anak oleh menantu.
Takrif
Mendapat kerugian kerana perbuatan orang kepercayaannya atau orang yang dikasihinya. (Peribahasa lain
yang sama makna: a. Karam Kampar oleh Kuantan, b. Karam sambal oleh belacan).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Lekuk batu dititik air selalu.
Takrif
Biar bodoh sekalipun kalau belajar dengan bersungguh-sungguh, nescaya akan menjadi pandai juga.
(Peribahasa lain yang sama makna: a. Belakang parang lagi kalau diasah nescaya tajam, b. Punggung lading
kalau diasah, lama-lama tajam juga).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Bagai tanduk diberkas.
Takrif
Sangat susah hendak menyatukan orang-orang yang berbagai-bagai fikirannya. (Peribahasa lain yang sama
makna: Bagai mengepal pasir kering).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Merantau ke hujung bendul.
Takrif
Pergi mencari penghidupan ke tempat yang tak berapa jauh. (Peribahasa lain yang sama makna: Merantau di
sudut dapur).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Panas setahun hujan sehari, liput tanjung dengan pulau.
Takrif
Kebaikan hilang kerana kejahatan yang sedikit. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hilang kemarau
setahun oleh hujan sehari, b. Panas setahun dihapuskan oleh hujan sehari). liput = genang.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

87

Peribahasa
Seperti kemi lekat di ikan.
Takrif
Pasangan kekasih (suami isteri) yang tak dapat dipisahkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti gemi
berjodoh dengan ikan).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Dilihat galas berlaba, dihitung pokok termakan.
Takrif
Lahirnya saja untung, tetapi yang sebenarnya rugi. (Peribahasa lain yang sama makna: Dibilang genap,
dipapar ganjil).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Setumbuk bagai gelang, sejodoh bagai cincin.
Takrif
Cocok segala-galanya; jodoh yang sesuai benar. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti cincin dengan
permata).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Tak boleh dibaiki, jangan dipecahkan.
Takrif
Jangan rosakkan (mencela) perkara yang tidak kita ketahui. (Peribahasa lain yang sama makna: Jikalau tiada
dapat dibaiki, jangan pula dipecahkan).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Jangan diajar orang tua makan kerak.
Takrif
Tidak usah diajar orang yang sudah tahu. (Peribahasa lain yang sama makna: Jangan diajar orang tua makan
dadih).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Kalau dibalun sebalun kuku, kalau digumpal segumpal tanah.
Takrif
Alam rohani yang tak terbatas. (Peribahasa lain yang sama makna: Dibalun sebalun kuku, dibuka selebar
alam).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Kalis bagai air di daun keladi.
Takrif
Memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Air di daun keladi [= talas], b.
Bagai air titik ke batu). kalis = tidak berbekas.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

88

Peribahasa
Bagai biawak mengulangi bangkai.
Takrif
Lelaki yang suka pergi ke tempat perempuan jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti anjing
mengulangi bangkai).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Seperti anjing mengulangi bangkai.
Takrif
Lelaki yang suka pergi ke tempat perempuan jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai biawak
mengulangi bangkai).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Seperti anjing menggonggong tulang.
Takrif
Orang yang tamak mendapat sesuatu barang dengan mudah. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti
anjing beroleh bangkai).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Seperti anjing beroleh bangkai.
Takrif
Orang yang tamak mendapat sesuatu barang dengan mudah. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti
buaya bertemu bangkai hanyut).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Tiada berorang di rumah.
Takrif
Anak perempuan yang belum bersuami tetapi sudah rosak. (Peribahasa lain yang sama makna: Tiada
berorang di air).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Bagai perahu karam sebelah.
Takrif
Hukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai
limau masam sebelah).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Diasak (= pindah) layu, dicabut mati.
Takrif
Keputusan yang tidak dapat diubah-ubah lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: Dianjak layu, dibubut [=
dianggur] mati).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

89

Peribahasa
Hari guruh takkan hujan.
Takrif
Orang yang terlalu marah biasanya tidak sampai memukul. (Peribahasa lain yang sama makna: Harimau
bertempek tak [kan] makan orang).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Tak usah itik diajar berenang.
Takrif
Orang yang sudah tahu tak perlu diajar. (Peribahasa lain yang sama makna: Tak diajar anak buaya
berenang).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Ular menyusur akar.
Takrif
Orang besar yang merendahkan diri tidak akan jatuh martabatnya. (Peribahasa lain yang sama makna:
Jikalau ular menyusur akar, tiada hilang bisanya).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Keluar tak mengganjilkan, masuk tak menggenapkan.
Takrif
Orang yang tidak berharga dalam masyarakat. (Peribahasa lain yang sama makna: Masuk tak genap, keluar
tak ganjil).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Masuk tak genap, keluar tak ganjil.
Takrif
Orang yang tidak berharga dalam masyarakat. (Peribahasa lain yang sama makna: Keluar tak mengganjilkan,
masuk tak menggenapkan).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Samun sakal berdarah tangan.
Takrif
Sesuatu perkara yang akan diperiksa hendaklah ada buktinya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kicangkecoh ciak). samun sakal = merampas dan menganiaya.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Terdorong gajah kerana besarnya.
Takrif
Berbuat sesuatu yang kurang baik oleh kerana kelebihannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Gajah
terdorong kerana gadingnya, harimau terlompat kerana belangnya.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

90

Peribahasa
Lain bengkak lain bernanah.
Takrif
Orang lain yang bersalah, orang lain pula yang menanggung akibatnya. (Peribahasa lain yang sama makna:
Meletup di sana, di sini bunyinya).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Harimau mengaum takkan menangkap.
Takrif
Orang yang terlalu marah biasanya tidak sampai memukul. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hari guruh
takkan hujan, b. Harimau bertempek tak [kan] makan orang).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Mata kejam, bantal membuat ragam.
Takrif
Perempuan yang membuat kejahatan ketika suaminya lengah. (Peribahasa lain yang sama makna: Kepala
rebah mata melayang, bantal bangkit main wayang). ragam = tingkah laku.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Bak ajung berat sebelah.
Takrif
Hukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai
limau masam sebelah, b. Bagai perahu karam sebelah). ajung = jung, sebangsa kapal.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Bagai anjing tersepit di pagar.
Takrif
Mendapat kesusahan besar sehingga tak tentu tingkah lakunya, meminta pertolongan ke sana ke mari.
(Peribahasa lain yang sama makna: Anjing terpanggang ekor).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Naik membilang anak tangga turun selangkah jejaklah ke bumi.
Takrif
Hendak memperoleh kejayaan selalunya lambat, tetapi hendak jatuh mudah sekali. (Peribahasa lain yang
sama makna: Naik melompat, turun terjun).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Hendak air pancuran terbit.
Takrif
Yang diperoleh lebih daripada yang dikehendaki. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hendak ulam, pucuk
menjulai, b. Pucuk dicita ulam tiba).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

91

Peribahasa
Hendak ulam, pucuk menjulai.
Takrif
Yang diperoleh lebih daripada yang dikehendaki. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hendak air pancuran
terbit, b. Pucuk dicita ulam tiba).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Pucuk dicita ulam tiba.
Takrif
Yang diperoleh lebih daripada yang dikehendaki. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hendak air pancuran
terbit, b. Hendak ulam, pucuk menjulai).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Mulut kamu harimau kamu, mengerkah batu kepala kamu.
Takrif
Berkata-kata dengan tak ada batasnya kerap kali mencelakakan diri sendiri. (Peribahasa lain yang sama
makna: Mulut hang lebih daripada gedembai).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Malang tak boleh ditolak, mujur tak boleh diraih.
Takrif
Nasib buruk tak dapat dihindarkan, nasib baik tak dapat dicari-cari. (Peribahasa lain yang sama makna:
Mujur tiada berbunyi, malang tiada berbau).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Kaki tertarung inai padahannya, mulut terdorong emas padahannya.
Takrif
Segala janji harus ditepati, bila berbuat sesuatu, harus berani menanggung akibatnya. (Peribahasa lain yang
sama makna: Kaki terdorong badan merasa; lidah terdorong emas padahnya).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Bertangga naik, berjanjang turun.
Takrif
Menurut derajat (darjat) dan kedudukan masing-masing; menurut aturan yang lazim. (Peribahasa lain yang
sama makna: Berjanjang naik, bertangga turun).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Naik tangga dari bawah.
Takrif
Menurut derajat (darjat) dan kedudukan masing-masing; menurut aturan yang lazim. (Peribahasa lain yang
sama makna: Berjanjang naik, bertangga turun).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

92

Peribahasa
Garam di laut, asam di gunung, bertemu dalam belanga juga.
Takrif
Perempuan dan lelaki, kalau sudah jodoh, bertemu juga akhirnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Asam
di darat ikan di laut, bertemu dalam belanga juga).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Asam di darat ikan di laut, bertemu dalam belanga juga.
Takrif
Perempuan dan lelaki, kalau sudah jodoh, bertemu juga akhirnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Garam
di laut, asam di gunung, bertemu dalam belanga juga).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Mata telah rabun, bandar pun terbuka; gigi telah gugur, tebu pun menjadi.
Takrif
Keinginan datang sesudah tak ada kesempatan lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gigi tanggal,
rawan murah, b. Gigi telah gugur, tebu pun menjadi).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Yang terbujur lalu, yang terlintang patah.
Takrif
Sesuatu yang tak dapat dihalang-halangi. (Peribahasa lain yang sama makna: Bujur lalu, lintang patah).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Mati rusa kerana tanduknya.
Takrif
Mendapat bencana kerana perbuatannya atau kerana sesuatu yang menjadi kemegahannya. (Peribahasa lain
yang sama makna: Mati kuang kerana bunyi).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Bulat bersegi, bersanding melukai.
Takrif
Kelihatannya baik tetapi di dalam atau keadaan yang sebenarnya jahat. (Peribahasa lain yang sama makna:
Masak di luar mentah di dalam).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Salah cencang memberi pampas, salah bunuh membangun.
Takrif
Segala perbuatan jahat harus mendapat hukuman yang setimpal. (Peribahasa lain yang sama makna: a.
Mencencang memampas, membunuh membangun, b. Merebut merampas, membunuh membangun, c. Salah
bunuh memberi balas, salah cencang memberi pampas).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

93

Peribahasa
Berjanjang naik, bertangga turun.
Takrif
Menurut derajat (darjat) dan kedudukan masing-masing; menurut aturan yang lazim. (Peribahasa lain yang
sama makna: a. Naik dari janjang, turun dari tangga, b. Naik di janjang di tangga, c. Naik tak bertangga,
turun tak berpintu).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Pengayuh sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke seberang.
Takrif
Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama
makna: a. Jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mendapat sagu, b. Kurang sisik, tinggal lidi di buku;
kurang selidik, tinggal kaji di guru).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Buruk muka cermin dibelah.
Takrif
Diri sendiri yang kurang pandai, orang lain yang disalahkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Tiada tahu
menari, dikatakan lantai jungkang-jungkit).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Burung terbang dipipiskan lada.
Takrif
Sudah bersiap sedia untuk mengecap hasil yang belum lagi diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: a.
Ikan lagi di laut, lada garam sudah di sengkalan, b. Rusa di hutan, kancah sudah dijerang). pipis = giling.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Beremas kemas, berpadi menjadi.
Takrif
Orang yang mampu (= kaya, berilmu) segala maksudnya mudah tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna:
Ada padi segala menjadi).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Langau di ekor kerbau, debu di atas tunggul.
Takrif
Kedudukan atau pekerjaan yang tidak tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mengebat tidak erat,
memancung tidak putus, b. Seperti abu di atas tunggul, datang angin terbanglah ia).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Ada padi, segala menjadi.
Takrif
Orang yang mampu (= kaya, berilmu) segala maksudnya mudah tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna:
Beremas kemas, berpadi menjadi).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

94

Peribahasa
Seperti buaya bertemu bangkai hanyut.
Takrif
Orang yang tamak mendapat sesuatu barang dengan mudah. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti
anjing beroleh bangkai).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Air ditetak tiadakan putus.
Takrif
Dua orang yang bersaudara tidak dapat dipisahkan oleh perselisihan. (Peribahasa lain yang sama makna: Air
dicencang tiada putus).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Ayam terlepas, tangan tercirit.
Takrif
Kejahatan yang tidak mendatangkan hasil, melainkan malu semata-mata. (Peribahasa lain yang sama makna:
Ayam terlepas, tangan bau tahi).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Bagai sambau di pintu kandang.
Takrif
Keadaan yang tidak tetap (sakit atau hidup melarat). (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai sambau di
tengah jalan).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Di bawah lantai nan tiris.
Takrif
Seseorang yang mendapat kehinaan, merasa dirinya rendah sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: Di
bawah lancung nan tiris).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Hinggap saja bagai langau.
Takrif
Hal yang terjadi dengan tiba-tiba (kemalangan dan sebagainya). Peribahasa lain yang sama makna: Hinggap
bak langau, titik bak hujan).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Bagaimana tepuk begitulah tarinya.
Takrif
Bagaimana perintah, begitulah yang diturut; bagaimana aksi begitulah reaksinya. (Peribahasa lain yang sama
makna: Bagaimana bunyi gendang, begitulah tarinya).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

95

Peribahasa
Putus tali keluan, putus keluan rampung hidung.
Takrif
Perselisihan yang tidak dapat diperdamaikan lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: Putus kelikir, rampung
hidung).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Tahan baji oleh kelidai.
Takrif
Bertemu dengan lawan yang sepadan. (Peribahasa lain yang sama makna: Bersua baji dengan matan). kelidai
= sebangsa kayu yang susah dibelah.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Bagai ditembak petus tunggal.
Takrif
Dialahkan oleh orang yang bodoh. (Peribahasa lain yang sama makna: Dientak [hentak] alu luncung). putus
tunggal = petir yang sangat keras bunyinya.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Bagai jelongak kerbau rampung.
Takrif
Orang bodoh yang sombong, tiada sedar dirinya dibodohi orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Hidung
sudah rampung diatur orang). jelongak = selalu menengadah; rampung = rosak cuping hidungnya.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Bertandang ke surau.
Takrif
Bertamu ke rumah orang yang tidak memberi jamu apa-apa. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai
ayam naik ke surau, b. Bagai bertandang ke rumah janda).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Mati kuang kerana bunyi.
Takrif
Mendapat bencana kerana perbuatannya atau kerana sesuatu yang menjadi kemegahannya, (Peribahasa lain
yang sama makna: a. Gajah mati kerana gadingnya, b. Kasturi mati kerana baunya, c. Mati rusa kerana jejak,
mati kuau kerana bunyi, d. Mati rusa kerana tanduknya). kuang = burung kuau.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Nampak gabak di hulu.
Takrif
Ada tanda-tanda yang menunjukkan akan terjadi sesuatu hal. (Peribahasa lain yang sama makna: Gabak di
hulu tanda akan hujan, cewang di langit tanda akan panas).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

96

Peribahasa
Retak menanti (= mencari, tanda akan) belah (= pecah).
Takrif
Sesuatu yang sudah pasti akan berlaku. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pecah menanti sebab, retak
menanti belah, b. Raga menanti pecah).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Seperti rabuk dengan api.
Takrif
Mudah menimbulkan sesuatu hal yang tak baik kalau diperdekatkan. (Peribahasa lain yang sama makna: a.
Bagai api dengan rabuk, b. Pantang elang dengan ayam, lambat-laun disambarnya juga, c. Sepantun elang
dengan ayam, lambat-laun disambar juga).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Jerih menentang boleh, rugi menentang laba.
Takrif
Suka menolong kerana ingin mendapat pertolongan pula; berani bersusah payah tentu akan mendapat
keuntungan. (Peribahasa lain yang sama makna: Rugi menentang laba, jerih menentang boleh).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Rugi menentang laba, jerih menentang boleh.
Takrif
Suka menolong kerana ingin mendapat pertolongan pula; berani bersusah payah tentu akan mendapat
keuntungan. (Peribahasa lain yang sama makna: Jerih menentang boleh, rugi menentang laba).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Meletup di sana, di sini bunyinya.
Takrif
Orang lain yang bersalah, orang lain pula yang menanggung akibatnya. (Peribahasa lain yang sama makna:
Lain bengkak lain bernanah).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Bagai api dengan rabuk.
Takrif
Mudah menimbulkan sesuatu hal yang tak baik kalau diperdekatkan. (Peribahasa lain yang sama makna: a.
Bagai kucing dengan panggang [= balur], b. Pantang elang dengan ayam, lambat-laun disambarnya juga, c.
Sepantun elang dengan ayam, lambat-laun disambar juga, d. Seperti rabuk dengan api).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Salah bunuh memberi balas, salah cencang memberi pampas.
Takrif
Segala perbuatan jahat harus mendapat hukuman yang setimpal. (Peribahasa lain yang sama makna: a.
Mencencang memampas, membunuh membangun, b. Merebut merampas, membunuh membangun).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

97

Peribahasa
Belakang parang lagi kalau diasah nescaya tajam.
Takrif
Biar bodoh sekalipun kalau belajar dengan bersungguh-sungguh, nescaya akan menjadi pandai juga.
(Peribahasa lain yang sama makna: a. Lekuk batu dititik air selalu, b. Punggung lading kalau diasah, lamalama tajam juga).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Masa lagi rebunglah hendak dilentur, jangan dinantikan sampai menjadi aur.
Takrif
Masa kecillah diajar dan dididik, jangan ditunggu sampai sudah besar. (Peribahasa lain yang sama makna: a.
Sedang rebung baik dipatah, jadi buluh melepuh jari). (Lihat juga: Melentur biarlah waktu rebung).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Akan surut, air 'lah besar; akan lalu, jalan 'lah semak.
Takrif
Dalam keadaan yang serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: Akan mengaji, surat 'lah hilang; akan
bertanya, guru 'lah mati). surut = undur.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Bunganya dipersunting, pangkalnya diberaki.
Takrif
Seseorang yang gemar akan hak seseorang, tetapi benci kepada tuannya. (Peribahasa lain yang sama makna:
Bunga dipetik, perdu ditendang).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Menambak gunung, menggarami laut.
Takrif
Menolong orang yang tidak perlu ditolong; berbudi kepada orang kaya. (Peribahasa lain yang sama makna:
Memberi garam kepada laut).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Harimau bertempek tak (kan) makan orang.
Takrif
Orang yang terlalu marah biasanya tidak sampai memukul. (Peribahasa lain yang sama makna: Hari guruh
takkan hujan).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Hidung sudah rampung diatur orang.
Takrif
Orang bodoh yang sombong, tiada sedar dirinya dibodohi orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai
jelongak kerbau rampung).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

98

Peribahasa
Jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mencapat sagu.
Takrif
Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama
makna: a. Asyik memangku tangan, mati dalam angan-angan, b. Kurang sisik, tinggal lidi di buku; kurang
selidik, tinggal kaji di guru, c. Pengayuh sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke seberang).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Orang pindah-pindahan, bertanam tak boleh dimakan.
Takrif
Pekerjaan yang tidak tetap, selalu mendatangkan kerugian. (Peribahasa lain yang sama makna: Orang binibinian, beranak tak boleh disuruh).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Orang bini-binian, beranak tak boleh disuruh.
Takrif
Pekerjaan yang tidak tetap, selalu mendatangkan kerugian. (Peribahasa lain yang sama makna: Orang
pindah-pindahan, bertanam tak boleh dimakan).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Takkan rintang rusa oleh tanduknya.
Takrif
Tidak akan terganggu seseorang yang cekap itu melakukan pekerjaannya. (Peribahasa lain yang sama makna:
Tiada akan rintang kerbau oleh tanduknya).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Menuangkan air ke laut.
Takrif
Menolong orang yang tidak perlu ditolong; berbudi kepada orang kaya. (Peribahasa lain yang sama makna: a.
Memberi garam kepada laut, b. Membuang garam ke laut).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Membuang garam ke laut.
Takrif
Menolong orang yang tidak perlu ditolong; berbudi kepada orang kaya. (Peribahasa lain yang sama makna: a.
Memberi garam kepada laut, b. Memberi lauk kepada orang membantai).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi.
Takrif
Seseorang yang cakapnya tinggi tetapi keluarganya dalam kemelaratan. (Peribahasa lain yang sama makna:
Bagai ayam si tombong, kokok berderai-derai, ekor bergelimang tahi). bergelumang = kotor berlumur.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

99

Peribahasa
Ular berkepala dua.
Takrif
Tidak tentu pihak mana yang diikuti; orang yang munafik. (Peribahasa lain yang sama makna: Sekerat ular,
sekerat belut).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Ikan sekambu rosak oleh ikan seekor.
Takrif
Kerana yang sedikit rosak yang banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ikan seekor rosakkan ikan
setajau, b. Sebab nila setitik, rosak susu [= santan] sebelanga). kambu = bakul.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Melonjak badar, melonjak gerundang.
Takrif
Hendak meniru-niru perbuatan orang besar-besar akhirnya diri sendiri juga yang binasa. (Peribahasa lain
yang sama makna: Main badar, main gerundang).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Penjahit hilang di tiga hari dengan kerbau.
Takrif
Lebih banyak ongkos perkara daripada harga barang-barang yang diperkarakan. (Peribahasa lain yang sama
makna: Hilang penjahit berkerbau-kerbau).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Retak melampaui tara (= garis).
Takrif
Perbuatan yang sudah melampaui batas. (Peribahasa lain yang sama makna: Sumbing melalui [= meluaki],
retak melampaui tara [= garis]). tara = kayu yang diberi berpaku akan pembuat garis pada kayu; melampaui
cara = melampaui garis.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Yang berbaris yang berpahat, yang bertakuk yang bertebang.
Takrif
Pekerjaan yang dilakukan menurut aturannya. (Peribahasa lain yang sama makna: 'Lah baris nan berpahat,
'lah jalan nan berturut).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Bagai kucing dengan panggang (= balur).
Takrif
Mudah menimbulkan sesuatu hal yang tak baik kalau diperdekatkan. (Peribahasa lain yang sama makna: a.
Bagai api dengan rabuk, b. Pantang elang dengan ayam, lambat-laun disambarnya juga, c. Sepantun elang
dengan ayam, lambat-laun disambar juga, d. Seperti rabuk dengan api). balur = dendang.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

100

Peribahasa
Lemah liat kayu akar, dilentur boleh dipatah tak dapat.
Takrif
Pada lahirnya kelihatan lemah tetapi sebenarnya tidak dapat dipengaruhi atau dipermain-mainkan.
(Peribahasa lain yang sama makna: Besi lemah tak patah).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Kecil gunung dipandang, besar hutang disandang.
Takrif
Hutang itu walau sedikit sekalipun berat juga bagi orang yang menanggungnya. (Peribahasa lain yang sama
makna: Besar, besar gunung dipandang; kecil, kecil hutang disandang).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Mengaji daripada alif, membilang daripada esa; sakit bermula, mati bersebab, hujan berpokok, kata
berpangkal.
Takrif
Jika mengerjakan sesuatu hendaklah dimulai dari permulaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Berbilang
dari esa, mengaji dari alif).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Kalau kerbau sekawan dapat dikawali, manusia seorang tiada dapat dimaklumi.
Takrif
Sangatlah sukar untuk menghadapi manusia kerana tiap-tiap orang berlainan pendapatnya. (Peribahasa lain
yang sama makna: Kerbau sekandang dapat digembalakan, manusia seorang tiada terjaga).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Anak sendiri disayang, anak tiri dibengkeng.
Takrif
Kaum keluarga sendiri dilebihkan daripada orang asing, atau rakyat sendiri lebih diutamakan daripada orang
dagang. (Peribahasa lain yang sama makna: Anak kandung ditimang-timang, anak tiri ditengking-tengking).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Kerbau (= lembu) tanduk panjang, tiada menanduk pun dikata orang menanduk juga.
Takrif
Orang yang sudah terkenal kejahatannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai kerbau runcing tanduk).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Masak di luar mentah di dalam.
Takrif
Kelihatannya baik tetapi di dalam atau keadaan yang sebenarnya jahat. (Peribahasa lain yang sama makna:
Bulat bersegi, bersanding melukai).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

101

Peribahasa
Gajah hendak berak besar, kita pun hendak berak besar juga.
Takrif
Hendak meniru-niru perbuatan orang besar (kaya), akhirnya diri sendiri binasa. (Peribahasa lain yang sama
makna: Gajah berak besar, kancil [= pelanduk] pun hendak berak besar, akhirnya mati kebebangan).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Punggung lading kalau diasah, lama-lama tajam juga.
Takrif
Biar bodoh sekalipun kalau belajar dengan bersungguh-sungguh, nescaya akan menjadi pandai juga.
(Peribahasa lain yang sama makna: a. Belakang parang lagi kalau diasah nescaya tajam, b. Lekuk batu dititik
air selalu).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Gajah berjuang sama gajah, pelanduk (= kancil) mati di tengah-tengah.
Takrif
Kalau raja-raja berselisih, rakyat mendapat susah. (Peribahasa lain yang sama makna: Gajah bergajah-gajah,
pelanduk mati tersepit). (Bandingkan dengan: Dua ekor gajah berjuang, seekor kancil mati tersepit di tengah).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Macam daun terap: bunyinya degah-deguh, degah-deguh jatuh ke bawah.
Takrif
Orang bodoh yang banyak bualnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Besar bungkus tak berisi, b. Tong
kosong berbunyi nyaring).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Bunga yang layu balik kembang.
Takrif
Orang tua yang bersolek seperti orang muda. (Peribahasa lain yang sama makna: Bunga layu kembang
semula).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Rusa di hutan, kancah sudah dijerang.
Takrif
Sudah bersiap sedia untuk mengecap hasil yang belum lagi diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: a.
Burung terbang dipipiskan lada, b. Ikan lagi di laut, lada garam sudah di sengkalan).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Kena kecipak orang berbelut.
Takrif
Terlibat dalam urusan orang lain; mendapat kecelakaan kerana kesalahan orang lain. (Peribahasa lain yang
sama makna: Lalang yang terbakar, sicerek menumpang mati). kecipak = gerak tangan ketika merenggutkan
belut yang tertangkap dilubangnya.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

102

Peribahasa
Berkemudi ke rusuk.
Takrif
Orang yang menurut nasihat atau perintah anaknya (isterinya, orang sebawahannya dan sebagainya).
(Peribahasa lain yang sama makna: Berkemudi di haluan, bergilir ke buritan).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Berlapik seketiduran, sebantal sekalang hulu.
Takrif
Persahabatan yang sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: Berkuah sama menghirup, bersambal
sama mencolek).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Esa hilang, dua terbilang.
Takrif
Berusaha dengan keazaman yang bersungguh-sungguh dan tidak takut menanggung risikonya. (Peribahasa
lain yang sama makna: Pertama hilang, kedua terbilang).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Pertama hilang, kedua terbilang.
Takrif
Berusaha dengan keazaman yang bersungguh-sungguh dan tidak takut menanggung risikonya. (Peribahasa
lain yang sama makna: Esa hilang, dua terbilang).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Bersukat sama paras, bertimbang sama berat.
Takrif
Sama setaraf. (Peribahasa lain yang sama makna: Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Seperti hendak menepung tiada berberas.
Takrif
Tiadalah akan sempurna pekerjaan yang diperbuat dengan tiada cukup syarat. (Peribahasa lain yang sama
makna: Menepung tiada berberas).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Bunga gugur putik pun gugur.
Takrif
Tiap-tiap yang hidup akan mati dengan tidak memandang umur. (Peribahasa lain yang sama makna:
Mumbang jatuh [= runtuh], kelapa jatuh [= runtuh]).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

103

Peribahasa
Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah.
Takrif
Sama setaraf. (Peribahasa lain yang sama makna: Duduk sama rendah, berdiri [= tegak] sama tinggi).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Bagai bertandang ke rumah janda.
Takrif
Bertamu ke rumah orang yang tidak memberi jamu apa-apa. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai ayam
naik ke surau).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Tiada akan rintang kerbau oleh tanduknya.
Takrif
Tidak akan terganggu seseorang yang cekap itu melakukan pekerjaannya. (Peribahasa lain yang sama makna:
Takkan rintang rusa oleh tanduknya).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Umpan habis pancing putus, punca terlepas daripada tangan.
Takrif
Usaha yang sia-sia dan mendatangkan kerugian. (Peribahasa lain yang sama makna: Umpan habis, ikan tak
kena [= dapat]).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Angguk enggan, geleng mahu, unjuk tidak diberikan.
Takrif
Lain di mulut, lain di hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Angguk bukan, geleng ia).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Kering pengayuh di tangan, kering wang di pinggang.
Takrif
Orang miskin yang harus bekerja setiap masa. (Peribahasa lain yang sama makna: Kais pagi makan pagi, kais
petang makan petang).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Berat sepikul, ringan sejinjing.
Takrif
Baik buruk sama-sama dipikul; bekerja gotong-royong. (Peribahasa lain yang sama makna: Ringan sama
menjinjing, berat sama memikul).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

104

Peribahasa
Sekerat ular, sekerat belut.
Takrif
Tidak tentu pihak mana yang diikuti; orang yang munafik. (Peribahasa lain yang sama makna: Ular berkepala
dua).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Kepala rebah mata melayang, bantal bangkit main wayang.
Takrif
Perempuan yang membuat kejahatan ketika suaminya lengah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mata
kejam, bantal membuat ragam, b. Mata tidur, bantal berjaga).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Memberi lauk kepada orang membantai.
Takrif
Menolong orang yang tidak perlu ditolong; berbudi kepada orang kaya. (Peribahasa lain yang sama makna: a.
Memberi garam kepada laut, b. Membuang garam ke laut). membantai = memotong, menyembelih.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Meragakan suara kepada si pekak.
Takrif
Tidak berfaedah menunjukkan kepandaian kepada orang-orang yang tidak dapat menghargainya. (Peribahasa
lain yang sama makna: a. Apa gunanya bulan terang di dalam hutan, jikalau di dalam negeri betapa baiknya,
b. Apa gunanya merak mengigal di hutan, c. Meragakan pakaian cantik kepada si buta).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Sebab nila setitik, rosak susu (= santan) sebelanga.
Takrif
Kerana kejahatan yang sedikit, semua kebaikan menjadi rosak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ikan
seekor rosakkan ikan setajau, b. Ikan sekambu rosak oleh ikan seekor).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Hangat tiada berapi, sejuk tiada berair.
Takrif
Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan
jahatnya itu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anjing itu, meskipun dirantai dengan rantai emas,
nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis, b. Arang itu, jika dibasuh dengan air mawar sekalipun, tiada
akan putih, c. Gagak dimandikan tujuh kali sehari pun, takkan putih bulunya).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Raga menanti pecah.
Takrif
Perkara kecil yang akan menimbulkan bencana yang lebih besar. (Peribahasa lain yang sama makna: Retak
menanti [= mencari, tanda akan] belah [= pecah]).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

105

Peribahasa
Ringan sama menjinjing, berat sama memikul.
Takrif
Baik buruk sama-sama dipikul; bekerja gotong-royong. (Peribahasa lain yang sama makna: Berat sepikul,
ringan sejinjing).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Bagai melompati pagar tiga hasta: akan dilompati rendah, akan dilangkahi tinggi.
Takrif
Sesuatu keadaan yang menyebabkan serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: Mandi dalam cupak).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Sebagai garam dengan asam.
Takrif
Sepadan benar; akan bertemu juga akhirnya, (tentang lelaki dan perempuan yang memang jodohnya).
(Peribahasa lain yang sama makna: Sebagai asam dengan garam).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Sebagai asam dengan garam.
Takrif
Sepadan benar; akan bertemu juga akhirnya, (tentang lelaki dan perempuan yang memang jodohnya).
(Peribahasa lain yang sama makna: Sebagai garam dengan asam).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Suarang diagih, sekutu dibelah.
Takrif
Harta perserikatan dibahagi sebagaimana mestinya apabila suami isteri atau orang yang berkongsi bercerai.
(Peribahasa lain yang sama makna: Buntar dikeping, suarang diagih).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Lalang yang terbakar, sicerek menumpang mati.
Takrif
Terlibat dalam urusan orang lain; mendapat kecelakaan kerana kesalahan orang lain. (Peribahasa lain yang
sama makna: Kena kecipak orang berbelut). sicerek = sebangsa tumbuhan yang biasa tumbuh dalam lalang.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Biar titik, jangan tumpah.
Takrif
Lebih baik rosak sedikit asal jangan rosak semuanya; sebelum sesuatu kemelaratan itu menjadi besar baiklah
diusahakan untuk menghindarkannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Biar merangkak jangan
menjalar, b. Biar senget jangan tertiarap).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

106

Peribahasa
Duduk sama rendah, berdiri (= tegak) sama tinggi.
Takrif
Sama setaraf. (Peribahasa lain yang sama makna: Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Tiada tahu menari, dikatakan lantai jungkang-jungkit.
Takrif
Diri sendiri yang kurang pandai, orang lain yang disalahkan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Buruk
muka cermin dibelah, b. Tak tahu menganyam, pandan disalahkan).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Buntar dikeping, suarang diagih.
Takrif
Harta perserikatan dibahagi sebagaimana mestinya apabila suami isteri atau orang yang berkongsi bercerai.
(Peribahasa lain yang sama makna: Suarang diagih, sekutu dibelah). buntar = bulat; suarang = harta milik.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Belut kena ranjau (= getah).
Takrif
Sepandai-pandai orang, ada kalanya salah juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ikan yang di dalam
lautan yang besar-besar sekalipun, termasuk juga ke dalam pukat, b. Sepandai-pandai tupai melompat, sekali
gawal [= terjatuh] juga, c. Walau ikan diam di dalam tujuh lautan sekalipun, termasuk ke dalam pukat juga).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Di mana ranting dipatah, di situ air disauk.
Takrif
Hendaklah menurut adat dan aturan tempat yang kita diami. (Peribahasa lain yang sama makna: Di mana
bumi [= tanah] dipijak, di sana [= di situ] langit dijunjung).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Menahan (= memasang) lukah di penggentingan.
Takrif
Mencari keuntungan dalam keadaan kacau; mengambil keuntungan daripada orang yang sedang menderita.
(Peribahasa lain yang sama makna: a. Memancing di air keruh, b. Menahan jerat di tempat genting).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Berlurah di balik pendakian.
Takrif
Ada sesuatu maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan, perkataan dan sebagainya. (Peribahasa
lain yang sama makna: Ada udang [= berudang] di balik batu).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

107

Peribahasa
Mumbang jatuh (= runtuh), kelapa jatuh (= runtuh).
Takrif
Tiap-tiap yang hidup akan mati dengan tidak memandang umur. (Peribahasa lain yang sama makna: Bunga
gugur putik pun gugur).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Menangguk dalam air keruh.
Takrif
Mencari keuntungan dalam keadaan kacau; mengambil keuntungan daripada orang yang sedang menderita
kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Memancing di air keruh, b. Menahan jerat di tempat
genting, c. Menahan [= memasang] lukah di penggentingan).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Memancing di air keruh.
Takrif
Mencari keuntungan dalam keadaan kacau; mengambil keuntungan daripada orang yang sedang menderita
kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menahan jerat di tempat genting, b. Menahan [=
memasang] lukah di penggentingan, c. Menangguk dalam air keruh).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Memilih tebu dapat teberau.
Takrif
Kerana terlampau sangat menghendaki yang baik, akhirnya mendapat yang buruk. (Peribahasa lain yang
sama makna: Memilih sangat, terpilih buku). teberau = gelagah.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Apa gunanya merak mengigal di hutan.
Takrif
Tidak berfaedah menunjukkan kepandaian kepada orang-orang yang tidak dapat menghargainya. (Peribahasa
lain yang sama makna: Apa gunanya bulan terang di dalam hutan, jikalau di dalam negeri betapa baiknya).
(Bandingkan dengan: Seperti merak mengigal di hutan). mengigal = menegakkan dan membentangkan bulu
ekor.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Meragakan pakaian cantik kepada si buta.
Takrif
Tidak berfaedah menunjukkan kepandaian kepada orang-orang yang tidak dapat menghargainya. (Peribahasa
lain yang sama makna: a. Apa gunanya bulan terang di dalam hutan, jikalau di dalam negeri betapa baiknya,
b. Apa gunanya merak mengigal di hutan). (Biasa juga: Bersifat kepada si buta).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

108

Peribahasa
Satu dijentik, sepuluh rebah.
Takrif
Seorang yang dikata-katai sekalian yang mendengar ikut merasa. (Peribahasa lain yang sama makna: Satu
ditetak, sepuluh rebah).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Kurang sisik, tinggal lidi di buku; selidik, tinggal kaji di guru.
Takrif
Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama
makna: a. Jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mendapat sagu, b. Pengayuh sayang dibasahkan, sampan
takkan sampai ke seberang). sisik = menyisik, membuang sisik; di guru = pada guru.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Memilih sangat, terpilih buku.
Takrif
Kerana terlampau sangat menghendaki yang baik, akhirnya mendapat yang buruk. (Peribahasa lain yang
sama makna: Pilih-pilih ruas [= tebu], terpilih pada buku [= dilabu muda]. buku = buku buluh atau buku
tebu).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Gajah terdorong kerana gadingnya, harimau terlompat kerana belangnya.
Takrif
Berbuat sesuatu yang kurang baik oleh kerana kelebihannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kuat
gajah terdorong, kuat harimau terlompat-lompat, b. Terdorong gajah kerana besarnya). (Bandingkan dengan:
Gajah mati kerana gadingnya).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Biar merangkak jangan menjalar.
Takrif
Lebih baik rosak sedikit asal jangan rosak semuanya; sebelum sesuatu kemelaratan itu menjadi besar baiklah
diusahakan untuk menghindarkannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Biar miring asal jangan
tertelungkup; atau Biar rebah jangan roboh, atau Biar serpih jangan tumbang; atau Biar sipi asal jangan tepat
[= sesat]; atau Biar terletak asal jangan terhempas; atau Biar terselar jangan terbakar hangus; atau Biar
terteleng asal jangan tertungkup).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Habis air setelaga, arang dibasuh tak putih.
Takrif
Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan
jahatnya itu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anjing itu, meskipun dirantai dengan rantai emas,
nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis, b. Arang itu, jika dibasuh dengan air mawar sekalipun, tiada
akan putih, c. Gagak dimandikan tujuh kali sehari pun, takkan putih bulunya).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

109

Peribahasa
Mencencang memampas, membunuh membangun.
Takrif
Segala perbuatan jahat harus mendapat hukuman yang setimpal. (Peribahasa lain yang sama makna: a.
Merebut merampas, membunuh membangun, b. Salah bunuh memberi balas, salah encang memberi pampas).
(Bandingkan dengan: Yang mencencang memampas). pampas = ganti rugi; membangun = denda, ganti rugi.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Yang sehasta takkan jadi sedepa.
Takrif
Sesuatu yang tidak dapat diubah lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Yang secupak [= sesukat] takkan
jadi segantang, b. Yang sejengkal tidak dapat jadi sedepa).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Besar, besar gunung dipandang; kecil, kecil hutang disandang.
Takrif
Hutang itu walau sedikit sekalipun berat juga bagi orang yang menanggungnya. (Peribahasa lain yang sama
makna: Kecil gunung dipandang, besar hutang disandang).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Menahan jerat di tempat genting.
Takrif
Mencari keuntungan dalam keadaan kacau; mengambil keuntungan daripada orang yang sedang menderita
kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: Memancing di air keruh).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Mati rusa kerana jejak, mati kuau kerana bunyi.
Takrif
Mendapat bencana kerana perbuatannya atau kerana sesuatu yang menjadi kemegahannya. (Peribahasa lain
yang sama makna: Mati kuang kerana bunyi).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Laut ditimba akan kering.
Takrif
Harta yang banyak sekalipun akan habis, jika selalu dibelanjakan. (Peribahasa lain yang sama makna:
Gunung yang tinggi akan runtuh, jika setiap hari digali).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Anak kandung ditimang-timang, anak tiri ditengking-tengking.
Takrif
Kaum keluarga sendiri dilebihkan daripada orang asing, atau rakyat sendiri lebih diutamakan daripada orang
dagang. (Peribahasa lain yang sama makna: Anak sendiri disayang, anak tiri dibengkeng).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

110

Peribahasa
Sekali perahu lalu, sekali kiambang berkuak.
Takrif
Dua pihak yang berselisih akan berbaik kembali bila pengacum telah tersingkir. (Peribahasa lain yang sama
makna: Biduk lalu kiambang bertaut).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Tunggul kayu kalau ditarah pelicin; elok juga.
Takrif
Perempuan yang hodoh kalau dihiasi tentu akan cantik juga kelihatannya. (Peribahasa lain yang sama
makna: Tunggul itu kalau dipakaikan, elok juga).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturut.
Takrif
Hendaklah patuh kepada undang-undang negeri yang kita diami. (Peribahasa lain yang sama makna:
Haruslah air disauk, dan ranting dipatah; lama hidup banyak merasa, jauh berjalan banyak dilihat).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Habis minyak sepasu, ekor anjing diurut tiada akan lurus.
Takrif
Tabiat seseorang yang jahat, sangat sukar hendak diubah. (Peribahasa lain yang sama makna: Ekor anjing
berapa pun diulurut [akan dia] tiada juga betul).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Tak lang, si pungguk menjadi lang.
Takrif
Di tempat yang tiada orang pandai, si bodoh mengaku dirinya pandai. (Peribahasa lain yang sama makna: Di
tempat tiada 'lang, kata belalang: akulah 'lang!). (Bandingkan dengan: Tinggilah pohon kenduduk di tengah
padang).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Menggali paya menimbun bukit.
Takrif
Membantu orang kaya dengan jalan menganiaya orang-orang miskin. (Peribahasa lain yang sama makna:
Menimbun tanah yang tinggi, menggali tanah yang lekuk).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Gajah empat kaki lagi tersaruk.
Takrif
Orang besar-besar itu ada waktunya akan kehilangan kebesarannya; nasib tidak dapat ditentukan.
(Peribahasa lain yang sama makna: Sedangkan gajah yang besar dan berkaki empat lagi tersandung). tersaruk
= tersandung.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

111

Peribahasa
Yang sejengkal tidak dapat jadi sedepa.
Takrif
Sesuatu yang tidak dapat diubah lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Yang secupak [= sesukat] takkan
jadi segantang, b. Yang sehasta takkan jadi sedepa).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Sepantun elang dengan ayam, lambat-laun disambar juga.
Takrif
Mudah menimbulkan sesuatu hal yang tak baik kalau diperdekatkan. (Peribahasa lain yang sama makna: a.
Bagai api dengan rabuk, b. Pantang elang dengan ayam, lambat-laun disambarnya juga, c. Seperti rabuk
dengan api). sepantun = seperti, serupa.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Utang (hutang) samir belum selesai, hutang kajang tumbuh pula.
Takrif
Hutang yang dulu belum dibayar, sudah berhutang lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Samir tak
habis, kajang pula, b. Utang [hutang] biduk belum langsai, utang [hutang] pengayuh datang pula, c. Utang
[hutang] tembilang belum langsai, utang [hutang] tajak tiba pula).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Busuk yang tak tahu dibaunya.
Takrif
Orang bodoh atau miskin yang tiada tahu akan kekurangan dirinya. (Peribahasa lain yang sama makna:
Buruk tak tahu akan hinanya).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Tak air talang dipancung; peluh diurut, hujan ditampung.
Takrif
Segala daya upaya akan dilakukan, untuk menyampaikan maksudnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a.
Tak air, hujan ditampung [= peluh diurut], b.Tak beras antah dikisik, c. Tak emas bungkal diasah, tak ada
kayu tangga dibelah, d. Tak mara berdayung; bergalah; patah galah bercemat, sesudahnya sampai juga ke
hulu). talang = sebangsa buluh yang banyak berisi air.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Periuk mengumpat belanga.
Takrif
Orang yang memburukkan orang lain, sedangkan ia sendiri pun buruk juga. (Peribahasa lain yang sama
makna: a. Kata periuk belanga hitam, b. Kuali mengatakan belanga hitam).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

112

Peribahasa
Seruas tebu yang berulat, sebatangnya dibuang.
Takrif
Seorang yang berbuat salah, semuanya terbawa-bawa. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seekor kerbau
berkubang, sekandang kena luluknya, b. Seekor kerbau membawa lumpur, segala kerbau dikatakan membawa
lumpur juga, c. Seekor kerbau membawa lumpur, habis mercik merata-rata, d. Seekor kerbau membawa
lumpur, semuanya terpalit).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah.
Takrif
Kalau raja-raja berselisih, rakyat mendapat susah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gajah bergajahgajah, pelanduk mati tersepit, b. Gajah berjuang sama gajah, pelanduk [= kancil] mati di tengah-tengah).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Ikan lagi di laut, lada garam sudah di sengkalan.
Takrif
Sudah bersiap sedia untuk mengecap hasil yang belum lagi diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna:
Burung terbang dipipiskan lada). sengkalan = pengisar rempah-rempah.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Tua-tua penyakit, muda ubat; sesudah tersepit baru tahu akan sifat.
Takrif
Sesudah menderita kecelakaan, baru berikhtiar atau berunding hendak melepaskan diri daripada kecelakaan
itu. (Peribahasa lain yang sama makna: Sudah kalah baru berkubu).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Kemudi di haluan, bergilir ke rusuk.
Takrif
Orang yang menurut nasihat atau perintah anaknya (isterinya, orang sebawahannya dan sebagainya).
(Peribahasa lain yang sama makna: Berkemudi di haluan, bergilir ke buritan).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Ada udang (= berudang) di balik batu.
Takrif
Ada sesuatu maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan, perkataan dan sebagainya. (Peribahasa
lain yang sama makna: Berlurah di balik pendakian).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Genting menanti putus, biang menanti tembuk.
Takrif
Suami isteri yang hampir bercerai; perkara yang hampir putus. (Peribahasa lain yang sama makna: Biang
menanti tembuk).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

113

Peribahasa
Bukit sama didaki, lurah sama dituruni.
Takrif
Persahabatan yang sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: Berkuah sama menghirup, bersambal
sama mencolek).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Tak ada elok yang tidak bercacat.
Takrif
Tak ada yang tak ada cacatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bunga yang harum itu ada juga durinya).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Gajah mati dicatuk katak.
Takrif
Orang berkuasa dapat dialahkan oleh orang lemah; perempuan bangsawan yang diperisteri oleh orang
kebanyakan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gajah dialahkan oleh pelanduk, b. Gajah ditelan ular lidi,
c. Mati dicatuk katak).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Gajah ditelan ular lidi.
Takrif
Orang berkuasa dapat dialahkan oleh orang lemah; perempuan bangsawan yang diperisteri oleh orang
kebanyakan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gajah dialahkan oleh pelanduk, b. Gajah mati dicatuk
katak, c. Mati dicatuk katak).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia bagaimana menutupnya.
Takrif
Rahsia yang sudah diketahui orang akan tersiar ke mana-mana. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mulut
buyung dapat dipendam, mulut manusia siapa dapat menutup, b. Mulut tabuh dapat disumbat, mulut orang
bagaimana menyumbatnya).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Mulut tabuh dapat disumbat, mulut orang bagaimana menyumbatnya.
Takrif
Rahsia yang sudah diketahui orang akan tersiar ke mana-mana. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mulut
buyung dapat dipendam, mulut manusia siapa dapat menutup, b. Mulut tempayan boleh ditutup, mulut
manusia bagaimana menutupnya).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

114

Peribahasa
Daun 'lah melayang, buah jatuh ke perdu juga.
Takrif
Tiada sama kasih kepada anak sendiri dengan kasih kepada anak saudara. (Peribahasa lain yang sama
makna: Daun dapat dilayangkan, getah jatuh ke perdu juga).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Utang (hutang) tembilang belum langsai, utang (hutang) tajak bila pula.
Takrif
Hutang yang dulu belum dibayar, sudah berhutang lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Samir tak
habis, kajang pula, b. Utang [hutang] biduk belum langsai, utang [hutang] pengayuh datang pula, c. Utang
[hutang] samir belum selesai, hutang kajang tumbuh pula).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Utang (hutang) biduk belum langsai, utang (hutang) pengayuh datang pula.
Takrif
Hutang yang dulu belum dibayar, sudah berhutang lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Samir tak
habis, kajang pula, b. Utang [hutang] samir belum selesai, hutang kajang tumbuh pula, c. Utang [hutang]
tembilang belum langsai, utang [hutang] tajak tiba pula).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Gagak dimandikan tujuh kali sehari pun, takkan putih bulunya.
Takrif
Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan
jahatnya itu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anjing itu, meskipun dirantai dengan rantai emas,
nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis, b. Arang itu, jika dibasuh dengan air mawar sekalipun, tiada
akan putih).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Bertampuk bertangkai.
Takrif
Perjanjian yang tidak dapat dimungkiri lagi kerana ada bukti yang dapat dipegang. (Peribahasa lain yang
sama makna: Bertali boleh diheret, bertampuk boleh dijinjing).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Bagai kucing menjemput api.
Takrif
Yang dikehendaki tiada tercapai sedang alat (= syarat) yang digunakan untuk mencapai maksudnya itu pun
hilang juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Yang dijolok tiada jatuh, penjolok tinggal di atas).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

115

Peribahasa
Sepantun kasau dengan bubungan.
Takrif
Suami isteri yang sangat berkasih-kasihan; persahabatan yang sangat karib. (Peribahasa lain yang sama
makna: Sebagai aur dengan tebing).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Kuali mengatakan belanga hitam.
Takrif
Orang yang memburukkan orang lain, sedangkan ia sendiri pun buruk juga. (Peribahasa lain yang sama
makna: a. Kata periuk belanga hitam, b. Periuk mengumpat belanga).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Kata periuk belanga hitam.
Takrif
Orang yang memburukkan orang lain, sedangkan ia sendiri pun buruk juga. (Peribahasa lain yang sama
makna: a. Kuali mengatakan belanga hitam, b. Periuk mengumpat belanga).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Berkaul kepada (= ke tempat) keramat.
Takrif
Meminta sesuatu hendaklah pada tempatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Merajuk kepada yang kasih.
Manja kepada yang sayang, berkaul kepada yang keramat).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Sekali tersengat, selalu beringat.
Takrif
Orang yang telah pernah menderita kesusahan (kecelakaan), maka berhati-hatilah ia dalam semua gerakgerinya. (Peribahasa lain yang sama makna: Sekali dipatuk ular, tali pun ditakutkannya juga).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras.
Takrif
Orang yang mampu (= kaya, berilmu) segala maksudnya mudah tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna:
Ada padi, segala menjadi).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Kecil-kecil anak sudah besar menjadi onak.
Takrif
Anak pada masa kecilnya menyukakan hati tetapi apabila sudah besar keraplah pula ia mendatangkan
kesusahan kepada ibu bapanya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kecil anak besar onak).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

116

Peribahasa
Jangan membuat baik, memberi itik bertaji; membuat jahat, sampai ayam dikerat susuhnya.
Takrif
Memberi sesuatu yang baik hendaklah pada tempatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Jangan memberi
bunga kepada monyet).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Kuat ikan kerana radai, kuat burung kerana sayap, kuat ketam kerana sepit.
Takrif
Merasa kuat (berkuasa) kerana ada kelebihannya; tiap-tiap orang sedikit banyak ada kuasanya. (Peribahasa
lain yang sama makna: Kuat burung kerana sayap; kuat ikan kerana radai).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Tak lekang oleh panas, tak lapuk oleh hujan.
Takrif
Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh. (Peribahasa lain yang sama makna: Tak lapuk di hujan, tak
lekang di panas).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Mulut buyung dapat dipendam, mulut manusia siapa dapat menutup.
Takrif
Rahsia yang sudah diketahui orang akan tersiar ke mana-mana. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mulut
tabuh dapat disumbat, mulut orang bagaimana menyumbatnya, b. Mulut tempayan boleh ditutup, mulut
manusia bagaimana menutupnya).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Berlompat sama jatuh, menyorok sama membongkok.
Takrif
Persahabatan yang sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Berkuah sama menghirup, bersambal
sama mencolek, b. Berlapik seketiduran, sebantal sekalang hulu).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Hitam-hitam kereta api, putih-putih kapur sirih.
Takrif
Yang buruk lebih mahal harganya daripada yang cantik. Peribahasa lain yang sama makna: Hitam-hitam
bendi, putih-putih sadah).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Menimbun tanah yang tinggi, menggali tanah yang lekuk.
Takrif
Membantu orang kaya dengan jalan menganiaya orang-orang miskin. (Peribahasa lain yang sama makna:
Menggali paya menimbun bukit).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

117

Peribahasa
Lepas putih hitam tak dapat.
Takrif
Yang diharapkan tak dapat, sedang apa yang telah ada, hilang. (Peribahasa lain yang sama makna: Putih
dikejar, hitam tak dapat).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Putih dikejar, hitam tak dapat.
Takrif
Yang diharapkan tak dapat, sedang apa yang telah ada, hilang. (Peribahasa lain yang sama makna: Lepas
putih hitam tak dapat).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Tidur tak lelap, makan tak kenyang.
Takrif
Orang yang bersusah hati (gelisah), kerana sangat banyak yang difikirkannya. (Peribahasa lain yang sama
makna: a. Air diminum sembiluan, b. Air diminum terasa duri, nasi dimakan terasa sekam).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Samir tak habis, kajang pula.
Takrif
Hutang yang dulu belum dibayar, sudah berhutang lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: Utang [hutang]
samir belum selesai, hutang kajang tumbuh pula). samir = daun nipah yang dikeringkan dipakai untuk
menutup muatan: kajang = sebangsa tikar.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Ular biar mati, tanah jangan lekuk, buluh jangan pukah.
Takrif
Menyelesaikan sesuatu perkara (= menghukum, memperdamaikan) hendaklah dengan adil, sehingga keduadua belah pihak merasa puas hati. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menarik rambut di dalam tepung, b.
Seperti memalu ular dalam benih: ular biar mati, benih jangan rosak). (Bandingkan dengan: a. Bagai
menghela rambut dalam tepung: rambut jangan putus, tepung jangan terserak, b. Bagai menghela tali jala:
rasa tegang dikendurkan, rasa kendur ditegangkan).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Bersawah seperempat piring, ke sawah sama dengan orang.
Takrif
Orang miskin yang berkelakuan seperti orang kaya. (Peribahasa lain yang sama makna: Berkerbau
seperempat ekor, berkandang sebagai orang).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

118

Peribahasa
Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit.
Takrif
Seorang yang berbuat salah, semuanya terbawa-bawa. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seekor kerbau
berkubang, sekandang kena luluknya, b. Seekor kerbau membawa lumpur, segala kerbau dikatakan membawa
lumpur juga, c. Seekor kerbau membawa lumpur, habis mercik merata-rata, d. Seruas tebu yang berulat,
sebatangnya dibuang).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Menantikan putih gagak hitam, buntar-buntar daun lalang, luas-luas daun merunggai, sampai tumbuh damar
cindapung.
Takrif
Mengharapkan sesuatu yang tak mungkin. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menantikan ara tak
bergetah, b. Menantikan buah rumbia masak, c. Menantikan kuaran bertelur, d. Menantikan kucing
bertanduk).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Sedangkan gajah yang besar dan berkaki empat lagi tersandung.
Takrif
Orang besar-besar itu ada waktunya akan kehilangan kebesarannya; nasib tidak dapat ditentukan.
(Peribahasa lain yang sama makna: Gajah empat kaki lagi tersaruk). tersandung = terserandung, tersaruk.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Kuah sama dihirup, sambal sama dicolek.
Takrif
Bersama-sama dalam senang dan susah. (Peribahasa lain yang sama makna: Laba sama dibagi, rugi sama
diterjuni).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Marahkan tikus rengkiang dibakar.
Takrif
Takutkan bahaya yang kecil, maka keuntungan yang banyak dibuang, akhirnya meranalah badan.
(Peribahasa lain yang sama makna: Marahkan pijat kelambu dibakar, tidur terdedah).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Air tenang menghanyutkan.
Takrif
Orang yang pendiam itu biasanya berilmu dan dapat melakukan pekerjaan yang besar-besar. (Peribahasa lain
yang sama makna: Air gedang menghanyutkan).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

119

Peribahasa
Air gedang menghanyutkan.
Takrif
Orang yang pendiam itu biasanya berilmu dan dapat melakukan pekerjaan yang besar-besar. (Peribahasa lain
yang sama makna: Air tenang menghanyutkan). gedang = besar.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Kerbau sakit, sapi beroleh nama.
Takrif
Orang lain yang berbuat kebaikan (berlelah payah), orang lain pula yang mendapat pujian. (Peribahasa lain
yang sama makna: a. Hilang jasa beliung, timbul jasa rimbas, b. Kerbau punya susu, sapi punya nama).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Bintang di langit boleh dibilang, tetapi arang di mukanya tak sedar.
Takrif
Cacat-cela orang lain tampak, cacat-cela sendiri tidak kelihatan. (Peribahasa lain yang sama makna:
Bicarakan rumput di halaman orang, di halaman sendiri rumput sampai di kaki tangga).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Arang itu, jika dibasuh dengan air mawar sekalipun, tiada akan putih.
Takrif
Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan
jahatnya itu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anjing itu, meskipun dirantai dengan rantai emas,
nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis, b. Burung gagak itu jika dimandikan dengan air mawar
sekalipun, tiada akan menjadi putih bulunya, c. Gagak dimandikan tujuh kali sehari pun, takkan putih
bulunya).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Tertungkup sama termakan tanah, tertelentang sama terminum air.
Takrif
Orang yang seia-sekata dalam pergaulan. (Peribahasa lain yang sama makna: Telentang sama tertiarap
bersama memakan pasir).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Pilih-pilih ruas (= tebu), terpilih pada buku (= dilabu muda).
Takrif
Kerana terlampau sangat menghendaki yang baik, akhirnya mendapat yang buruk. (Peribahasa lain yang
sama makna: Memilih sangat, terpilih buku).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Kalau takut dilimbur pasang, jangan berumah di tepi pantai (= laut).
Takrif
Kalau takut susah lebih baiklah jangan membuat sesuatu pekerjaan yang sukar-sukar. (Peribahasa lain yang
sama makna: Lamun takut dilanggar batang, jangan duduk di kepala pulau).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

120

Peribahasa
Kuat gajah terdorong, kuat harimau terlompat-lompat.
Takrif
Orang besar-besar yang membuat kesalahan kerana kekuasaannya. (Bandingkan dengan: Gajah mati kerana
gadingnya). (Peribahasa lain yang sama makna: Gajah terdorong kerana gadingnya, harimau terlompat
kerana belangnya).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Sepandai-pandai tupai melompat, sekali gawal (= terjatuh) juga.
Takrif
Sepandai-pandai orang, ada kalanya salah juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belut kena ranjau [=
getah], b. Ikan yang di dalam lautan yang besar-besar sekalipun, termasuk juga ke dalam pukat, c. Walau ikan
diam di dalam tujuh lautan sekalipun, termasuk ke dalam pukat juga). gawal = berbuat kesalahan.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Seperti abu di atas tunggul, datang angin terbanglah dia.
Takrif
Kedudukan atau pekerjaan yang tidak tetap, sewaktu-waktu dapat dipecat dan sebagainya. (Peribahasa lain
yang sama makna: Langau di ekor kerbau, debu di atas tunggul).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Gabak di hulu tanda akan hujan, cewang di langit tanda akan panas.
Takrif
Ada tanda-tanda yang menunjukkan akan terjadi sesuatu hal. (Peribahasa lain yang sama makna: Nampak
gabak di hulu). gabak = redup.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Maksud hati memeluk gunung, apa daya tangan tak sampai.
Takrif
Ingin akan sesuatu yang besar tetapi tidak berdaya mencapainya, kerana kekurangan alat. (Peribahasa lain
yang sama makna: Niat hati nak peluk gunung, apakan daya tangan tak sampai).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Buaian pun digoncang, anak pun dicubit.
Takrif
Menyelimuti kelakuan jahat dengan perbuatan yang baik atau tutur kata yang manis. (Peribahasa lain yang
sama makna: Buaian diayun anak dicubit.)
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Seperti lintah menghisap darah.
Takrif
Membungakan wang dengan bunga yang terlalu mahal; menipu dengan cara yang lemah lembut. (Peribahasa
lain yang sama makna: Seperti pacat melompat).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

121

Peribahasa
Dari lecah, lari ke duri.
Takrif
Menghindarkan diri daripada kesukaran yang kecil, jatuh dalam kesukaran yang lebih besar. (Peribahasa lain
yang sama makna: Takut akan lumpur, lari ke duri).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Guru kencing berdiri, murid kencing berlari.
Takrif
Murid yang mencontohi kelakuan gurunya terutama dalam hal yang tidak baik. (Peribahasa lain yang sama
makna: Bak nyiru bak tampian, bak guru bak anak sasian).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Kerbau punya susu, sapi punya nama.
Takrif
Orang lain yang berbuat kebaikan (berlelah payah), orang lain pula yang mendapat pujian. (Peribahasa lain
yang sama makna: Hilang jasa beliung, timbul jasa rimbas).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Telentang sama menadah embun, tertiarap bersama memakan pasir.
Takrif
Orang yang seia-sekata dalam pergaulan. (Peribahasa lain yang sama makna: Tertungkup sama termakan
tanah, tertelentang sama terminum air).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Kemenyan sebesar lutut jika tiada dibakar manakan berbau.
Takrif
Kepandaian hendaklah diajarkan kepada orang lain, kerana kalau disimpan ia akan hilang begitu saja.
(Peribahasa lain yang sama makna: Apakah gunanya kemenyan disimpan sebesar tungku, kalau tidak
dibakar).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Tak ada laut yang tidak berombak.
Takrif
Segala uaha tetap ada kesukaran atau bahayanya. (Peribahasa lain yang sama makna: Laut mana yang tak
berombak, bumi mana yang tak ditimpa hujan).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Seekor kerbau membawa lumpur, habis mercik merata-rata.
Takrif
Seorang yang berbuat salah, semuanya terbawa-bawa. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seekor kerbau
berkubang, sekandang kena luluknya, b. Seekor kerbau membawa lumpur, segala kerbau dikatakan membawa
lumpur juga, c. Seruas tebu yang berulat, sebatangnya dibuang).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

122

Peribahasa
Hilang jasa beliung, timbul jasa rimbas.
Takrif
Orang lain yang berbuat kebaikan (berlelah payah), orang lain pula yang mendapat pujian. (Peribahasa lain
yang sama makna: a. Kerbau punya susu, sapi punya nama, b. Kerbau sakit, sapi beroleh nama). rimbas =
perkakas untuk penarah kayu.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Tak mara berdayung; bergalah; patah galah bercemat, sesudahnya sampai juga ke hulu.
Takrif
Segala daya upaya akan dilakukan, untuk menyampaikan maksudnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a.
Tak air, hujan ditampung [= peluh diurut], b. Tak air talang dipancung; peluh diurut, hujan ditampung, c. Tak
beras antah dikisik, d. Tak emas bungkal diasah, tak ada kayu tangga dibelah). bercemat = menarik perahu
dengan tali yang diikatkan kepada perahu itu.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Ikan yang di dalam lautan yang besar-besar sekalipun, termasuk juga ke dalam pukat.
Takrif
Sepandai-pandai orang, ada kalanya salah juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belut kena ranjau [=
getah], b. Sepandai-pandai tupai melompat, sekali gawal [= terjatuh] juga, c. Walau ikan diam di dalam tujuh
lautan sekalipun, termasuk ke dalam pukat juga).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Sekali dipatuk ular, tali pun ditakutkannya juga.
Takrif
Orang yang telah pernah menderita kesusahan (kecelakaan), maka berhati-hatilah ia dalam semua gerakgerinya. (Peribahasa lain yang sama makna: Sekali tersengat, selalu beringat).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang.
Takrif
Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah. (Peribahasa lain yang sama
makna: a. Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu, b. Bagai
memegang buah kepantangan beruk: ditelan mati emak, diludahkan mati bapa, c. Bak membelah kepayang
muda: dimakan mabuk, dicampak sayang, d. Dikatakan mati emak, tak dikatakan mati bapa, e. Dimakan mati
emak, diluahkan mati bapa, f. Seperti Kur'an [Quan] buruk: dibaca tak boleh dipersebarangan dosa).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Dimakan mati emak, diluahkan mati bapa.
Takrif
Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah. (Peribahasa lain yang sama
makna: a. Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu, b. Bagai
memegang buah kepantangan beruk: ditelan mati emak, diludahkan mati bapa, c. Bak membelah kepayang
muda: dimakan mabuk, dicampak sayang, d. Digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang, e. Dikatakan
mati emak, tak dikatakan mati bapa, f. Seperti Kur'an [Quan] buruk: dibaca tak boleh dipersebarangan dosa).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

123

Peribahasa
Hilang rona kerana penyakit, hilang bangsa tidak berwang.
Takrif
Orang yang tidak berharta (berwang) kurang dihargai orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Jikalau
tiada rial di pinggang, saudara yang rapat menjadi renggang).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Berkelahi di hujung batang, berbaik di pangkal batang.
Takrif
Orang berkelahi atau bertengkar yang akhirnya berbaik kembali. (Bandingkan dengan: Biduk lalu kiambang
bertaut). (Peribahasa lain yang sama makna: Sekali perahu lalu, sekali kiambang berkuak).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Marahkan pijat kelambu dibakar, tidur terdedah.
Takrif
Takutkan bahaya yang kecil, maka keuntungan yang banyak dibuang, akhirnya meranalah badan.
(Peribahasa lain yang sama makna: Marahkan tikus rengkiang dibakar).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Jikalau ular menyusur akar, tiada hilang bisanya.
Takrif
Orang besar yang merendahkan diri tidak akan jatuh martabatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tak
akan hilang bisa ular yang menyusur di bawah akar, b. Ular menyusur akar).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Kalau anjing biasa makan tahi, tak makan hidu ada juga.
Takrif
Orang yang biasa berbuat jahat, sekali-sekala teringat juga akan mengulangnya lagi. (Peribahasa lain yang
sama makna: Anjing biasa makan tahi, jika tak makan mencium ada juga).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Anjing biasa makan tahi, jika tak makan mencium ada juga.
Takrif
Orang yang biasa berbuat jahat, sekali-sekala teringat juga akan mengulangnya lagi. (Peribahasa lain yang
sama makna: Kalau anjing biasa makan tahi, tak makan hidu ada juga).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Niat hati nak peluk gunung, apakan daya tangan tak sampai.
Takrif
Ingin akan sesuatu yang besar tetapi tidak berdaya mencapainya, kerana kekurangan alat. (Peribahasa lain
yang sama makna: Maksud hati memeluk gunung, apa daya tangan tak sampai).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

124

Peribahasa
Jangan difikirkan kalau tebu itu bengkok, manisnya itu pun bengkok juga.
Takrif
Nasihat yang baik tidak memandang orang yang mengatakannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Jangan
difikirkan bengkok tebu itu bengkok pula manisnya.).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Betul, betul ekor anjing; walau bagaimanapun ada juga bengkoknya.
Takrif
Orang yang biasa jahat itu, biarpun kelihatan baik, tetapi hatinya masih jahat juga. (Peribahasa lain yang
sama makna: a. Betapapun lurus paku, hujungnya berbentuk juga, b. Lurus-lurus ekor anjing, walau
bagaimanapun ada juga bengkoknya).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Datang tampak muka, pulang tampak punggung.
Takrif
Datang dengan baik, pergi pun harus dengan baik pula; orang yang datang atau pergi hendaklah
memberitahu. (Peribahasa lain yang sama makna: Datang nampak muka, pergi nampak belakang).
(Bandingkan dengan: Hinggap mencengkam [dahan], terbang menumpu [dahan]).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Takut akan lumpur, lari ke duri.
Takrif
Menghindarkan diri daripada kesukaran yang kecil, jatuh dalam kesukaran yang lebih besar. (Peribahasa lain
yang sama makna: Dari lecah, lari ke duri).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Bersuluh tengah hari.
Takrif
Perbuatan yang pandir, bertanya tentang sesuatu yang sudah diketahui; mensia-siakan tenaga dan wang.
(Peribahasa lain yang sama makna: a. Bersuluh menjemput [= minta] api, b. Lagi terang lagi bersuluh).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Apakah gunanya kemenyan disimpan sebesar tungku, kalau tidak dibakar.
Takrif
Kepandaian hendaklah diajarkan kepada orang lain, kerana kalau disimpan ia akan hilang begitu saja.
(Peribahasa lain yang sama makna: Kemenyan sebesar lutut jika tiada dibakar manakan berbau).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Adat teluk timbunan kapal (= kapar).
Takrif
Orang yang berpangkat atau berpengaruh biasanya menjadi tempat tumpuan orang mengadukan halnya.
(Peribahasa lain yang sama makna: Adat lurah timbunan sarap). kapar = kayuan yang hanyut di sungai dan
sebagainya.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

125

Peribahasa
Hendak ditelan termengkelan, hendak diludah tiada keluar.
Takrif
Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah. (Peribahasa lain yang sama
makna: a. Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu, b. Bagai
memegang buah kepantangan beruk; ditelan mati emak, diludahkan mati bapa, c. Bak membelah kepayang
muda: dimakan mabuk, dicampak sayang, d. Digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang, e. Dimakan mati
emak, diluahkan mati bapa). termengkelan = tersangkut dalam kerongkongan.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak.
Takrif
Kesalahan orang lain, biar pun kecil, tampak; tetapi kesalahan sendiri tidak disedari. (Peribahasa lain yang
sama makna: a. Langit dapat dilukis, sudut kambut diserayakan, b. Seekor kuman di negeri China dapat
dilihat, tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Dikatakan mati emak, tak dikatakan mati bapa.
Takrif
Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah. (Peribahasa lain yang sama
makna: a. Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu, b. Bagai
memegang buah kepantangan beruk: ditelan mati emak, diludahkan mati bapa, c. Bak membelah kepayang
muda: dimakan mabuk, dicampak sayang, d. Digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang, e. Dimakan mati
emak, diluahkan mati bapa, f. Kuda tua: diperkerjakan tak boleh, nak dibunuh sayang).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Seekor kerbau membawa lumpur, segala kerbau dikatakan membawa lumpur juga.
Takrif
Seorang yang berbuat salah, semuanya terbawa-bawa. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seekor kerbau
berkubang, sekandang kena luluknya, b. Seruas tebu yang berulat, sebatangnya dibuang).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Apa gunanya bulan terang di dalam hutan, jikalau di dalam negeri betapa baiknya.
Takrif
Tidak berfaedah menunjukkan kepandaian kepada orang-orang yang tidak dapat menghargainya. (Peribahasa
lain yang sama makna: a. Meragakan pakaian cantik kepada si buta, b. Meragakan suara kepada si pekak).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Bagai menghela tali jala: rasa tegang dikendurkan, rasa kendur ditegangkan.
Takrif
Pekerjaan yang sulit yang harus dikerjakan dengan hati-hati sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: a.
Bagai menghela rambut dalam tepung: rambut jangan putus, tepung jangan terserak, b. Tali jangan putus,
kaitan jangan serkah). (Bandingkan dengan: Ular biar mati, tanah jangan lekuk, buluh jangan pukah).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

126

Peribahasa
Hati yang suka peringan beban.
Takrif
Semua pekerjaan yang dilakukan dengan kerelaan nescaya menjadi mudah. (Peribahasa lain yang sama
makna: Hati yang ringan meringankan beban yang berat).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Jikalau tiada rial di pinggang, saudara yang rapat menjadi renggang.
Takrif
Orang yang tidak berharta (berwang) kurang dihargai orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Hilang rona
kerana penyakit, hilang bangsa tidak berwang).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Lalu penjahit, lalu kelindan.
Takrif
Apabila usaha yang pertama telah berhasil, maka usaha yang berikutnya pun akan tercapai juga. (Peribahasa
lain yang sama makna: Lulus [= lalu] jarum, lulus [= lalu] kelindan).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Lagi terang lagi bersuluh.
Takrif
Perbuatan yang pandir, bertanya tentang sesuatu yang sudah diketahui; mensia-siakan tenaga dan wang.
(Peribahasa lain yang sama makna: a. Bersuluh menjemput [= minta] api, b. Bersuluh tengah hari).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Anjing dengan tahi, tidak makan atau menjilat, tetapi mencium ada juga.
Takrif
Orang yang biasa berbuat jahat, sekali-sekala teringat juga akan mengulangnya lagi. (Peribahasa lain yang
sama makna: a. Anjing biasa makan tahi, jika tak makan mencium ada juga, b. Kalau anjing biasa makan
tahi, tak makan hidu ada juga).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Langit dapat dilukis, sudut kambut diserayakan.
Takrif
Kesalahan orang lain, biar pun kecil, tampak; tetapi kesalahan sendiri tidak disedari. (Peribahasa lain yang
sama makna: a. Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak, b. Seekor kuman di
negeri China dapat dilihat, tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar). kambut = sebangsa bakul;
diserayakan = dimintakan pertolongan orang lain.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Kalau guru makan berdiri, maka muridnya makan berlari.
Takrif
Murid yang mencontohi kelakuan gurunya terutama dalam hal yang tidak baik. (Peribahasa lain yang sama
makna: a. Bak nyiru bak tampian, bak guru bak anak sasian, b. Guru kencing berdiri, murid kencing berlari).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

127

Peribahasa
Pantang elang dengan ayam, lambat-laun disambarnya juga.
Takrif
Mudah menimbulkan sesuatu hal yang tak baik kalau diperdekatkan. (Peribahasa lain yang sama makna: a.
Bagai api dengan rabuk, b. Sepantun elang dengan ayam, lambat-laun disambar juga, c. Seperti rabuk dengan
api). pantang = sesuatu yang terlarang.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Bak membelah kepayang muda: dimakan mabuk, dicampak sayang.
Takrif
Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang seba salah. (Peribahasa lain yang sama
makna: a. Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu, b. Bagai
memegang buah kepantangan beruk: ditelan mati emak, diludahkan mati bapa).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Laba sama dibagi, rugi sama diterjuni.
Takrif
Persahabatan yang sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Berkuah sama menghirup, bersambal
sama mencolek, b. Kuah sama dihirup, sambal sama dicolek).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Yang dijolok tiada jatuh, penjolok tinggal di atas.
Takrif
Yang dikehendaki tiada tercapai sedang alat (= syarat) yang digunakan untuk mencapai maksudnya itu pun
hilang juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai kucing menjemput api).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Kuda tua: diperkerjakan tak boleh, nak dibunuh sayang.
Takrif
Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah. (Peribahasa lain yang sama
makna: a. Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu, b. Bagai
memegang buah kepantangan beruk: ditelan mati emak, diludahkan mati bapa, c. Digenggam takut mati,
dilepaskan takut terbang, d. Dikatakan mati emak, tak dikatakan mati bapa, e. Seperti Kur'an [Quran] buruk:
dibaca tak boleh dipersebarangan dosa).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Tak ada gading yang tak retak.
Takrif
Tak ada yang tak ada cacatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bunga yang harum itu ada juga
durinya, b. Tak ada elok yang tidak bercacat).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

128

Peribahasa
Barang siapa yang berketuk, ialah yang bertelur.
Takrif
Siapa yang berasa bila disindir maka dialah yang bersalah. (Peribahasa lain yang sama makna: Siapa
berkotek, siapa bertelur).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Jika ada padi, tentu ada hampanya; jika ada hati tentu terasa.
Takrif
Siapa merasa tersindir, dialah yang berbuat sebagai yang disindirkan itu. (Peribahasa lain yang sama makna:
Jika ada padi berhampalah; jika ada hati berasalah).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Tak akan hilang bisa ular yang menyusur di bawah akar.
Takrif
Orang besar yang merendahkan diri tidak akan jatuh martabatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a.
Jikalau ular menyusur akar, tiada hilang bisanya, b. Ular menyusur akar).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Yang bingung makanan yang cerdik, yang tidur makanan yang jaga.
Takrif
Orang yang bodoh itu menjadi mangsa penipuan orang yang cerdik. (Peribahasa lain yang sama makna:
Bingung makanan si cerdik, orang tidur makanan si jaga).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Bak nyiru bak tampian, bak guru bak anak sasian.
Takrif
Murid yang mencontohi kelakuan gurunya terutama dalam hal yang tidak baik. (Peribahasa lain yang sama
makna: a. Guru kencing berdiri, murid kencing berlarian, b. Kalau guru makan berdiri, maka muridnya
makan berlari). anak sasian = murid.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Bunga yang harum itu ada juga durinya.
Takrif
Tak ada yang tak ada cacatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tak ada elok yang tidak bercacat, b.
Tak ada gading yang tak retak).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Sementara menanti padi masak, berjagung-jagunglah dulu.
Takrif
Sementara belum ada yang lebih baik, maka yang kurang baik pun baiklah dipakai dulu. (Peribahasa lain
yang sama makna: Baik berjagung-jagung, sementara padi belum masak).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

129

Peribahasa
Biduk lalu kiambang bertaut.
Takrif
Dua pihak yang berselisih akan berbaik kembali bila pengacum telah tersingkir. (Bandingkan dengan:
Berkelahi di hujung batang, berbaik di pangkal batang). (Peribahasa lain yang sama makna: Sekali perahu
lalu, sekali kiambang berkuak).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Yang bertakuk yang ditebang, yang bergaris yang dipahat.
Takrif
Pekerjaan yang dilakukan menurut aturannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. 'Lah baris nan
berpahat, 'lah jalan nan berturut, b. Yang berbaris yang berpahat, yang bertakuk yang bertebang).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Bertunjang kayu ara, bertunjang pula mali-mali.
Takrif
Orang miskin yang berkelakuan seperti orang kaya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Berkerbau
seperempat ekor, berkandang sebagai orang, b. Bersawah seperempat piring, ke sawah sama dengan orang).
mali-mali = sebangsa tumbuhan yang mempunyai tunjang juga.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Semut terpijak tidak mati, alu tertarung patah tiga.
Takrif
Perjalanan seorang perempuan yang baik, tidak terlampau lambat dan tidak pula terlampau cepat, tetapi kuat
dan tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: Semut dipijak tak mati, antan dilanda patah tiga).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Semut dipijak tak mati, antan dilanda patah tiga.
Takrif
Perjalanan seorang perempuan yang baik, tidak terlampau lambat dan tidak pula terlampau cepat, tetapi kuat
dan tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: Semut terpijak tidak mati, alu tertarung patah tiga).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Baik berjagung-jagung, sementara padi belum masak.
Takrif
Sementara belum ada yang lebih baik, maka yang kurang baik pun baiklah dipakai dulu. (Peribahasa lain
yang sama makna: a. Sementara menanti padi masak, berjagung-jagunglah dulu, b. Sementara mendapat
rotan, akar-akar pun jadilah).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

130

Peribahasa
Sementara mendapat rotan, akar-akar pun jadilah.
Takrif
Sementara belum ada yang lebih baik, maka yang kurang baik pun baiklah dipakai dulu. (Peribahasa lain
yang sama makna: a. Baik berjagung-jagung, sementara padi belum masak, b. Sementara menanti pada
masak, berjagung-jgunglah dulu).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Tersenget-senget bagai katung di bawah reba.
Takrif
Orang kecil yang takut dan malu hendak mendekati orang besar dan mulia. (Peribahasa lain yang sama
makna: Tersendeng-sendeng bagai sepat di bawah mengkuang). katung = sebangsa penyu; reba = ranting
daripada dahan kering yang bertompok-tompok bekas ditebas.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Kayu yang berakar tunjang tak endahkan ribut.
Takrif
Orang yang banyak kawan tidak takut akan susah. (Peribahasa lain yang sama makna: Kayu yang banyak
akarnya, tak takutkan ribut). tunjang = akar yang di atas tanah.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Lulus (= lalu) jarum, lulus (= lalu) kelindan.
Takrif
Apabila usaha yang pertama telah berhasil, maka usaha yang berikutnya pun akan tercapai juga. (Peribahasa
lain yang sama makna: Lalu penjahit, lalu kelindan). lulus = masuk
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Anjing itu, meskipun dirantai dengan rantai emas, nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis.
Takrif
Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan
jahatnya itu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Arang itu, jika dibasuh dengan air mawar sekalipun, tiada
akan putih, b. Gagak dimandikan tujuh kali sehari pun, takkan putih bulunya, c. Habis air setelaga, arang
dibasuh tak putih).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Putus tali boleh disambung, patah arang mudah (= putus) sekali.
Takrif
Persahabatan atau perkahwinan yang sudah putus sama sekali hingga tidak dapat diperbaiki lagi. (Peribahasa
lain yang sama makna: Putus benang boleh dihubung, putus arang bercerai lalu).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

131

Peribahasa
Walau ikan diam di dalam tujuh lautan sekalipun, termasuk ke dalam pukat juga.
Takrif
Sepandai-pandai orang, ada kalanya salah juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belut kena ranjau [=
getah], b. Ikan yang di dalam lautan yang besar-besar sekalipun, termasuk juga ke dalam pukat, c. Sepandaipandai tupai melompat, sekali gawal [= terjatuh] juga).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Seperti Kur'an (Quran) buruk: dibaca tak boleh dipersebarangan dosa.
Takrif
Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah. (Peribahasa lain yang sama
makna: a. Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu, b. Bagai
memegang buah kepantangan beruk; ditelan mati emak, diludahkan mati bapa, c. Digenggam takut mati,
dilepaskan takut terbang, d. Dikatakan mati emak, tak dikatakan mati bapa, e. Dimakan mati emak, diluahkan
mati bapa, f. Kuda tua: diperkerjakan tak boleh, nak dibunuh sayang).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Bergantung tidak bertali.
Takrif
Hal seorang yang menjadi gundik yang tidak sah atau yang telah ditinggalkan suaminya tetapi belum ditalak.
(Peribahasa lain yang sama makna: Bergantung sehasta tali).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Lamun takut dilanggar batang, jangan duduk di kepala pulau.
Takrif
Kalau takut susah lebih baiklah jangan membuat sesuatu pekerjaan yang sukar-sukar. (Peribahasa lain yang
sama makna: Kalau takut dilimbur pasang, jangan berumah di tepi pantai [= laut]). kepala pulau = tepi sungai
yang menghadap mudik, tempat batang-batang tersangkut apabila air bah.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Digantung tidak bertali.
Takrif
Hal seorang yang menjadi gundik yang tidak sah atau yang telah ditinggalkan suaminya tetapi belum ditalak.
(Peribahasa lain yang sama makna: a. Bergantung sehasta tali, b. Bergantung tidak bertali).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Kecil jangan (= tak boleh) di sangka anak, besar jangan (= tak boleh) disangka bapa.
Takrif
Pengetahuan dan kelebihan itu bukan tertentu kepada orang tua-tua saja, selalu juga terdapat pada orang
muda-muda. (Peribahasa lain yang sama makna: Besar tak boleh disangka bapa, kecil tak boleh disangka
anak).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

132

Peribahasa
Tuak terbeli, tunjang hilang.
Takrif
Nasib yang malang, waktu maksud yang kedua diperoleh, barang yang sudah di tangan pula hilang.
(Peribahasa lain yang sama makna: Malang celaka Raja Genggang, tuak terbeli tunjang hilang).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Bagai memegang buah kepantangan beruk; ditelan mati emak, diludahkan mati bapa.
Takrif
Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang seba salah. (Peribahasa lain yang sama
makna: a. Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo; dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu, b. Seperti
Kur'an [Quran] buruk: dibaca tak boleh dipersebarangan dosa).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Pandai seperti pisau raut: bongkok orang dapat dibetulkan (= dilepaskan), bongkok diri sendiri tinggal kekal.
Takrif
Hanya pandai memperbaiki kesalahan orang lain, tetapi tak dapat memperbaiki kesalahan diri sendiri.
(Peribahasa lain yang sama makna: Seperti pisau raut: bengkok orang dapat dibetulkan, bengkok sendiri tak
dapat dibetulkan).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Seekor kuman di negeri China dapat dilihat, tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar.
Takrif
Kesalahan orang lain, biar pun kecil, tampak; tetapi kesalahan sendiri tidak disedari. (Peribahasa lain yang
sama makna: a. Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak, b. Langit dapat
dilukis, sudut kambut diserayakan).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Haruslah air disauk, dan ranting dipatah; lama hidup banyak merasa, jauh berjalan banyak dilihat.
Takrif
Orang yang merantau haruslah menurut adat kebiasaan tempat yang didiaminya. (Peribahasa lain yang sama
makna: Air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturut).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Telah dapat gading bertuah, terbuang tanduk kerbau mati.
Takrif
Kerana sudah mendapat yang lebih baik, yang lama atau yang kurang baik dibuang. (Peribahasa lain yang
sama makna: a. Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi, b. Sudah dapat gubah dikarang,
bunga sekaki dicampak buang).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

133

Peribahasa
Siapa berkotek, siapa bertelur.
Takrif
Siapa yang dulu bersuara, dialah yang mengerjakan apa yang disuarakannya itu. (Peribahasa lain yang sama
makna: Barang siapa yang berketuk, ialah yang bertelur).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Mencencangkan sesuatu lading yang hilang.
Takrif
Membanggakan kebesaran dan kekayaan yang telah hilang, membanggakan sesuatu yang tak ada harganya
sama sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: Mencencangkan lading patah).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Kelapa tebal sabut, terhempas ke batu tak pecah, dibuang ke laut tak tenggelam.
Takrif
Orang yang ramai anak cucunya, dikasihi oleh kaum kerabatnya, suka tolong-menolong, maka selamatlah
hidupnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kerana sabut tebal, tempurungnya pun menjadi kebal).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Hinggap mencengkam (dahan), terbang menumpu (dahan).
Takrif
Jika merantau hendaklah mencari keluarga atau kawan kenalan tempat menumpangkan diri. (Bandingkan
dengan: a. Datang nampak muka, pergi nampak belakang, b. Datang tampak muka, pulang tampak
punggung). (Peribahasa lain yang sama makna: Terbang bertumpu, hinggap mencengkam).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Harapkan kuning kuah kambeh, cangkuk terubuk ditinggalkan.
Takrif
Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi
sudah pasti, dilepaskan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Harapkan burung terbang tinggi, punai di
tangan dilepaskan, b. Harapkan guruh [= guntur] di langit, air tempayan ditumpahkan). kambeh = peria;
cangkuk = pekasam.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Di tempat tiada 'lang, kata belalang: akulah 'lang!
Takrif
Orang yang mengaku dirinya pandai atau mempunyai kelebihan, apabila diketahuinya di tempat itu tidak ada
orang yang pandai. (Peribahasa lain yang sama makna: Belalang hendak menjadi elang).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

134

Peribahasa
Siapa sakit, siapa menyiuk.
Takrif
Yang merasa tersindir, dialah yang berbuat pekerjaan yang disindirkan itu; yang berbuat salah akan merasa.
(Peribahasa lain yang sama makna: a. Siapa luka siapa menyiuk, siapa sakit siapa mengaduh, b. Siapa makan
cabai [= lada], ialah berasa pedas [= kepedasan]).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Bagai ikan lampam di ulak jamban.
Takrif
Anak-anak yang subur tubuhnya, lekas besar dan tinggi; orang-orang yang mengutip hasil daripada
pekerjaan-pekerjaan maksiat. (Peribahasa lain yang sama makna: Merayap-rayap seperti kangkung di ulak
jamban).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Lalu hangus, surut layu.
Takrif
Keadaan yang serba salah, diperbuat salah tak diperbuat pun salah. (Bandingkan dengan: Bagai bertemu [=
makan] buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu). (Peribahasa lain yang sama makna:
Bagai memegang buah kepantangan beruk: ditelan mati emak, diludahkan mati bapa).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Harapkan si untung menggamit, kain di badan didedahkan.
Takrif
Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi
sudah pasti, dilepaskan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Harapkan burung terbang tinggi, punai di
tangan dilepaskan, b. Harapkan guruh [= guntur] di langit, air tempayan ditumpahkan, c. Harapkan kuning
kuah kambeh, cangkuk terubuk ditinggalkan).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Kura-kura di kaki ditinggalkan, burung terbang dikejar.
Takrif
Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi
sudah pasti, dilepaskan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Harapkan burung terbang tinggi, punai di
tangan dilepaskan, b. Harapkan guruh [= guntur] di langit, air tempayan ditumpahkan, c. Harapkan kuning
kuah kambeh, cangkuk terubuk ditinggalkan, d. Harapkan si untung menggamit, kain di badan didedahkan).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Merayap-rayap seperti kangkung di ulak jamban.
Takrif
Anak-anak yang subur tubuhnya, lekas besar dan tinggi; orang-orang yang mengutip hasil daripada
pekerjaan-pekerjaan maksiat. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai ikan lampam di ulak jamban).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

135

Peribahasa
Merajuk kepada yang kasih. Manja kepada yang sayang, berkaul kepada yang keramat.
Takrif
Berbuat sesuatu hendaklah sesuai dengan tempat dan keadaannya, supaya perbuatan itu berhasil dengan baik.
(Peribahasa lain yang sama makna: Berkaul kepada [= ke tempat] keramat).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Kura-kura di kaki ditinggalkan, penyu di pantai dikejar.
Takrif
Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi
sudah pasti, dilepaskan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Harapkan burung terbang tinggi, punai di
tangan dilepaskan, b. Harapkan guruh [= guntur] di langit, air tempayan ditumpahkan, c. Harapkan kuning
kuah kambeh, cangkuk terubuk ditinggalkan, d. Harapkan si untung menggamit, kain di badan didedahkan, e.
Kura-kura di kaki ditinggalkan, burung terbang dikejar).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Sebagai aur dengan tebing.
Takrif
Suami isteri yang sangat berkasih-kasihan; persahabatan yang sangat karib. (Bandingkan dengan: Bagai aur
bergantung ke tebing, bagai tebing bergantung ke aur). (Peribahasa lain yang sama makna: Sepantun kasau
dengan bubungan).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Hujan keris lembing di negeri kita, hujan emas perak di negeri orang; baik juga di negeri kita.
Takrif
Walau bagaimanapun mewah dan makmurnya negeri orang, namun negeri sendiri juga yang lebih baik.
(Peribahasa lain yang sama makna: a. Hujan emas di negeri orang, hujan batu [= keris lembing] di negeri
sendiri, baik juga di negeri sendiri, b. Hujan emas perak di negeri orang; hujan keris lembing di negeri kita).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Hujan emas perak di negeri orang; hujan keris lembing di negeri kita; baik juga di negeri kita.
Takrif
Walau bagaimanapun mewah dan makmurnya negeri orang, namun negeri sendiri juga yang lebih baik.
(Peribahasa lain yang sama makna: a. Hujan emas di negeri orang, hujan batu [= keris lembing] di negeri
sendiri, baik juga di negeri sendiri, b. Hujan keris lembing di negeri kita, hujan emas perak di negeri oang;
baik juga di negeri kita).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Jaras katanya raga jarang.
Takrif
Orang yang mencela orang lain, padahal dia sendiri pun ada celanya juga; orang yang tiada ilmu kerap kali
salah pilih. (Peribahasa lain yang sama makna: Jaras dikatakan raga jarang).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

136

Peribahasa
Sudah dapat gubah dikarang, bunga sekaki dicampak buang.
Takrif
Kerana sudah mendapat yang lebih baik, yang lama atau yang kurang baik dibuang. (Peribahasa lain yang
sama makna: a. Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi, b. Telah dapat gading bertuah,
terbuang tanduk kerbau mati). gubah dikarang = bunga=bunga yang dikarang.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Biar mati seperti kutu, jangan mati seperti tuma.
Takrif
Mati di tempat yang mulia kerana membuat kebaikan lebih baik daripada mati di tempat yang hina kerana
membuat kejahatan. (Peribahasa lain yang sama makna: Kutu mati di atas kepala, tuma mati di tepi kain).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Siapa makan cabai (= lada), ialah berasa pedas (= kepedasan).
Takrif
Yang merasa tersindir, dialah yang berbuat pekerjaan yang disindirkan itu; yang berbuat salah akan merasa.
(Peribahasa lain yang sama makna: Siapa luka siapa menyiuk, siapa sakit siapa mengaduh).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Yang pipit sama pipit, yang enggang, sama enggang.
Takrif
Setiap orang selalu mencari orang yang sama derajat (darjat, pangkat ataupun kedudukan) dengannya.
(Peribahasa lain yang sama makna: a. Antah berkumpul sama antah, beras bersama beras, b. Burung pipit
sama enggang, mana boleh sama terbang, c. Yang enggang sama enggang juga, yang pipit sama pipit juga).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Sembunyi-sembunyi tuma; kepala tersorok ekor kelihatan.
Takrif
Berpura-pura tidak mahu tahu akan perkara-perkara yang benar-benar akan terjadi; mencuba menutup-nutup
perbuatan jahat yang sudah diketahui orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Sembunyi-sembunyi puyuh).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Terlepas daripada rahang harimau, termasuk ke dalam rahang buaya.
Takrif
Perempuan yang bernasib malang, bercerai daripada suami hartawan yang hina dan kahwin dengan seorang
hamba yang miskin. (Peribahasa lain yang sama makna: Terlepas daripada babi gemuk, terpeluk anjing
kurap).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

137

Peribahasa
Malang celaka Raja Genggang, tuak terbeli tunjang hilang.
Takrif
Nasib yang malang, waktu maksud yang kedua diperoleh, barang yang sudah di tangan pula hilang.
(Peribahasa lain yang sama makna: Tuak terbeli, tunjang hilang). tuak = nira yang diberi beragi; tunjang =
kaki.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Antah berkumpul sama antah, beras bersama beras.
Takrif
Setiap orang selalu mencari orang yang sama derajat (darjat, pangkat ataupun kedudukan) dengannya.
(Peribahasa lain yang sama makna: a. Burung pipit sama enggang, mana boleh sama terbang, b. Yang
enggang sama enggang juga, yang pipit sama pipit juga).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Merajuk pada yang kasih, marah kepada yang takut.
Takrif
Berbuat sesuatu hendaklah sesuai dengan tempat dan keadaannya, supaya perbuatan itu berhasil dengan baik.
(Peribahasa lain yang sama makna: a. Merajuk kepada yang kasih. Manja kepada yang sayang, berkaul
kepada yang keramat).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Pelanduk yang dekat ditinggalkan, rusa yang jauh yang dikejar.
Takrif
Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi
sudah pasti, dilepaskan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Harapkan burung terbang tinggi, punai di
tangan dilepaskan, b. Harapkan guruh [= guntur] di langit, air tempayan ditumpahkan, c. Harapkan kuning
kuah kambeh, cangkuk terubuk ditinggalkan, d. Harapkan si untung menggamit, kain di badan didedahkan, e.
Kura-kura di kaki ditinggalkan, burung terbang dikejar, f. Kura-kura di kaki ditinggalkan, penyu di pantai
dikejar).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Yang enggang sama enggang juga, yang pipit sama pipit juga.
Takrif
Setiap orang selalu mencari orang yang sama derajat (darjat, pangkat ataupun kedudukan) dengannya.
(Peribahasa lain yang sama makna: a. Antah berkumpul sama antah, beras bersama beras, b. Burung pipit
sama enggang, mana boleh sama terbang, c. Yang pipit sama pipit, yang enggang, sama enggang).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Buang kuali ambil belanga.
Takrif
Menceraikan isteri yang jahat, kemudian kahwin dengan perempuan yang lebih jahat lagi; meninggalkan
sesuatu yang buruk, mendapat yang buruk pula. (Peribahasa lain yang sama makna: Buang daun keladi,
berselimut daun birah).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

138

Peribahasa
Dari semak ke belukar.
Takrif
Menceraikan isteri yang jahat, kemudian kahwin dengan perempuan yang lebih jahat lagi; meninggalkan
sesuatu yang buruk, mendapat yang buruk pula. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Buang daun keladi,
berselimut dauh birah, b. Buang kuali ambil belanga).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Enggang apa kepada enggang; orang apa kepada orang.
Takrif
Memang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya. (Peribahasa
lain yang sama makna: a. Apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa, b. Apa peduli pada kukuran, nyiur juga
yang akan habis, c. Kukur apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Bagai bertemu (= makan) buah si malakamo; dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu.
Takrif
Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah. (Bandingkan dengan: Lalu
hangus, surut layu). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai memegang buah kepantangan beruk; ditelan
mati emak, diludahkan mati bapa, b. Bak membelah kepayang muda: dimakan mabuk, dicampak sayang, c.
Digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang, d. Dikatakan mati emak, tak dikatakan mati bapa, e.
Dimakan mati emak, diluahkan mati bapa, f. Kuda tua: diperkerjakan tak boleh, nak dibunuh sayang, g.
Seperti Kur'an [Quran] buruk: dibaca tak boleh dipersebarangan dosa).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Siapa luka siapa menyiuk, siapa sakit siapa mengaduh.
Takrif
Yang merasa tersindir, dialah yang berbuat pekerjaan yang disindirkan itu; yang berbuat salah akan merasa.
(Peribahasa lain yang sama makna: a. Barang siapa yang berketuk, ialah yang bertelur, b. Siapa berkotek,
siapa bertelur).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Dipegang lengan sudah bak lengan, dipegang betis sudah bak betis.
Takrif
Orang yang menyangka dirinya telah cukup kuat (tentang wang atau akal) sehingga tidak perlu meminta
bantuan daripada orang lain lagi; angkuh dan sombong. (Peribahasa lain yang sama makna: Dikacak betis
sudah bak betis, dikacak lengan sudah bak lengan).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Gar-gar, kata gelegar, rasuk juga yang menahannya.
Takrif
Memang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya. (Peribahasa
lain yang sama makna: a. Apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa, b. Apa peduli pada kukuran, nyiur juga
yang akan habis, c. Enggang apa kepada enggang; orang apa kepada orang, d. Kukur apa kepada kukur, nyiur
juga yang binasa). gelegar = balok tempat memakukan lantai papan.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

139

Peribahasa
Kutu mati di atas kepala, tuma mati di tepi kain.
Takrif
Biar mati di tempat yang mulia kerana membuat pekerjaan yang baik, daripada mati di tempat yang hina
kerana melakukan pekerjaan jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: Biar mati seperti kutu, jangan mati
seperti tuma).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Harapkan guruh (= guntur) di langit, air tempayan ditumpahkan.
Takrif
Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi
sudah pasti, dilepaskan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Harapkan burung terbang tinggi, punai di
tangan dilepaskan, b. Kura-kura di kaki ditinggalkan, burung terbang dikejar, c. Kura-kura di kaki
ditinggalkan, penyu di pantai dikejar, d. Pelanduk yang dekat ditinggalkan, rusa yang jauh yang dikejar).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Burung pipit sama enggang, mana boleh sama terbang.
Takrif
Persahabatan atau perjodohan yang tidak sepadan tidak akan selamat; tiap-tiap orang mesti mencari
golongannya sendiri, barulah sempurna. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Antah berkumpul sama antah,
beras bersama beras, b. Yang enggang sama enggang juga, yang pipit sama pipit juga).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Penyu itu bertelur beribu-ribu, seorang pun tidak tahu; ayam bertelur sebiji, pecah khabar sekampung.
Takrif
Keuntungan yang diperoleh orang kaya sedikit pun tidak menjadi sebutan orang, tetapi keuntungan yang
diperoleh orang miskin walaupun sedikit riuhlah orang memperkatakannya. (Peribahasa lain yang sama
makna: Penyu bertelur beratus-ratus banyaknya, senyap; ayam bertelur sebutir saja hingar sekampung).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Mata memandang apa yang hendak sakit, bahu yang memikul timpa perasaan.
Takrif
Memang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya. (Peribahasa
lain yang sama makna: a. Apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa, b. Apa peduli pada kukuran, nyiur juga
yang akan habis, c. Kukur apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa, d. Mata tahu memandang saja, bahu
juga yang tahu beratnya).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Kukur apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa.
Takrif
Memang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya. (Peribahasa
lain yang sama makna: a. Apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa, b. Apa peduli pada kukuran, nyiur juga
yang akan habis, c. Enggang apa kepada enggang; orang apa kepada orang, d. Mata memandang apa yang
hendak sakit, bahu yang memikul timpa perasaan, e. Mata tahu memandang saja, bahu juga yang tahu
beratnya).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

140

Peribahasa
Mata tahu memandang saja, bahu juga yang tahu beratnya.
Takrif
Memang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya. (Peribahasa
lain yang sama makna: a. Apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa, b. Apa peduli pada kukuran, nyiur juga
yang akan habis, c. Kukur apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa, d. Mata memandang apa yang hendak
sakit, bahu yang memikul timpa perasaan).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa.
Takrif
Memang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya. (Peribahasa
lain yang sama makna: a. Apa peduli pada kukuran, nyiur juga yang akan habis, b. Enggang apa kepada
enggang; orang apa kepada orang, c. Gar-gar, kata gelegar, rasuk juga yang menahannya, d. Kukur apa
kepada kukur, nyiur juga yang binasa, e. Mata memandang apa yang hendak sakit, bahu yang memikul timpa
perasaan, f. Mata tahu memandang saja, bahu juga yang tahu beratnya).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Apa peduli pada kukuran, nyiur juga yang akan habis.
Takrif
Memang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya. (Peribahasa
lain yang sama makna: a. Apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa, b. Enggang apa kepada enggang; orang
apa kepada orang, c. Gar-gar, kata gelegar, rasuk juga yang menahannya, d. Kukur apa kepada kukur, nyiur
juga yang binasa, e. Mata memandang apa yang hendak sakit, bahu yang memikul timpa perasaan, f. Mata
tahu memandang saja, bahu juga yang tahu beratnya).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Kalau menyeberang sungai biarlah ditelan oleh ibunya, tetapi janganlah dipagut oleh ikan kecil.
Takrif
Kalau berbuat salah biarlah dihukum oleh orang yang berkuasa atau ditegur oleh orang yang berilmu, jangan
dianiaya oleh orang-orang kecil dan tak tahu apa-apa. (Peribahasa lain yang sama makna: Kalau kena tampar
biarlah dengan tangan yang pakai cincin, kalau kena tendang biarlah dengan kaki yang pakai kasut).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Mahal tak dapat dibeli, murah tak dapat diminta.
Takrif
Sesuatu yang amat susah diperoleh. (Perbezaan lain yang sama makna: Mahal dibeli sukar dicari).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Peribahasa
Main badar, main gerundang.
Takrif
Hendak meniru-niru perbuatan orang besar-besar akhirnya diri sendiri juga yang binasa. (Perbezaan lain
yang sama makna: Melonjak badar, melonjak gerundang).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Disusun dan disediakan oleh Dr. Tan CL


141

Anda mungkin juga menyukai