Anda di halaman 1dari 4

PERATURAN PEMARKAHAN BAHAGIAN MEMBINA AYAT :

Bil Kemungkinan-kemungkinan Markah

1 Jika pelajar membina ayar yang betul/ gramatis. 1

2 Jika pelajar membina ayat yang betul maksudnya tetapi mengandungi kesalahan ejaan atau Tolak ½
kesalahan-kesalahan tatabahasa yang lain

3 Jika pelajar menggunakan perkataan tersebut sebagai peribahasa 0

4 Jika pelajar menggunakan perkataan tersebut sebagai kata nama khas 0

5 Jika pelajar memberi makna perkataan dan makna tersebut tepat 1

6 Jika pelajar membina seolah-olah satu ayat tetapi sebenarnya dua ayat atau lebih Tolak ½

7 Jika pelajar menggunakan beberapa perkataan untuk dijadikan satu ayat, perimbangan diberi 1
sebagai satu ayat sahaja

8 Jika pelajar menambah/ meninggalkan imbuhan 0

9 Jika pelajar membina ayat yang tidak jelas maksudnya Tolak ½

10 Jika pelajar membina ayat yang tidak logik dari segi fakta. 0

11 Jika pelajar hanya membuat satu ayat dan meninggalkan pasangan kata yang satu lagi. 0
CONTOH PEMBINAAN AYAT OLEH PELAJAR DAN PERATURAN PEMARKAHAN :

Bil Kemungkinan-kemungkinan ayat pelajar : Markah

1 Jika pelajar membina ayar yang betul/ gramatis.


Contoh : Winston Churchill ialah seorang negarawan Inggeris yang ulung 1

2 Jika pelajar membina ayat yang betul maksudnya tetapi mengandungi kesalahan ejaan atau kesalahan-
kesalahan tatabahasa yang lain.
Contoh : Kakak telah menyusun pinggan mangkuk diatas para-para. 1- ½ = ½

3 Jika pelajar menggunakan perkataan tersebut sebagai peribahasa


Contoh : Ayah Ahmad bersifat kepala batu. 0

4 Jika pelajar menggunakan perkataan tersebut sebagai kata nama khas


Contoh : Nani telah menubuhkan Syarikat Usahawan Kreatif Sdn.Bhd. untuk mengedarkan produk 0
kosmetik ciptaannya.

5 Jika pelajar memberi makna perkataan dan makna tersebut tepat.


Contoh : Maksud melayurkan ialah mengganggang sesuatu benda dengan tujuan untuk memanaskan 1
benda tersebut.

6 Jika pelajar membina seolah-olah satu ayat tetapi sebenarnya dua ayat atau lebih
Contoh : Ramli pulang ke rumah pada jam 10 pagi dan Ah Chong mengajak Leman pergi menonton 1- ½ = ½
perlawanan hoki.

7 Jika pelajar menggunakan beberapa perkataan untuk dijadikan satu ayat, perimbangan diberi sebagai
satu ayat sahaja
Contoh : Negarawan Indonesia itu pernah berkecimpung sebagai usahawan setelah menjadi
cendekiawan dalam bidang ekonomi di samping terkenal sebagai budayawan dalam permainan 1
wayang kulit Jawa.

8 Jika pelajar menambah/ meninggalkan imbuhan


Contoh : Kakak saya sangat berkira ketika berbelanja di pasar. 0

9 Jika pelajar membina ayat yang tidak jelas maksudnya.


Contoh : Wajah pari-pari itu sangat mengerikan. 1- ½ = ½

10 Jika pelajar membina ayat yang tidak logik dari segi fakta negara
Contoh : Pak Kassim ialah seorang negarawan Malaysia yang terkenal. 0

11 Jika pelajar hanya membuat satu ayat dan meninggalkan pasangan kata yang satu lagi.
Contoh : Seekor ular sawa yang besar telah membelit tubuh wanita itu. 0
Perkataan kedua : berbelit-belit ( calon tidak membuat ayat )

KOLEKSI SOALAN-SOALAN MEMBINA AYAT

SPM TAHUN 2008 ( JULAI )

Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan dalam pasangan perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham
akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan
perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas

(i) bila - bila-bila


(ii) banyak - banyak-banyak
(iii) rata - rata-rata

SPM TAHUN 2007 ( NOVEMBER )

Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan
maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa dan nama khas

(i) muka (ii) terkemuka (iii) bersemuka


(iv) permukaan (v) mengemukakan (vi) Bermuka-muka

SPM TAHUN 2007 ( JULAI )

Tulis dua ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan
maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas

(i) Diam
(ii) Tanggal
(iii) Tawar

SPM TAHUN 2006 ( NOVEMBER )


Tulis satu ayat bagi tiap-tiap pasangan perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan
maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambah, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu
sebagai peribahasa dan nama khas.

(i) Sabut - Serabut


(ii) Tunjuk - Telunjuk
(iii) Guruh - Gemuruh

SPM TAHUN 2006 ( JULAI )

Tulis satu ayat daripada setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan
penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan
nama khas.

1. Kuota 2. Konvoi 3. Kontras


4. Kontena 5. Komplot 6. komisen

SPM TAHUN 2005 ( NOVEMBER )

Tulis satu ayat daripada perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan maksudnya. Anda tidak boleh menambahkan
imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas.

1. Tatasusila 2. Tatacara 3. Prasyarat


4. Prasejarah 5. Dwibahasa 6. Dwitahunan

Anda mungkin juga menyukai