Anda di halaman 1dari 77

KESALAHAN

KATA dan FRASA


KESALAHAN FRASA
1. Hukum D-M
2. Frasa Nama Jamak
3. Kata Ganda
4. Penjodoh Bilangan
5. Kata Bilangan
6. Rumus Frasa Adjektif
7. Rumus Frasa Kerja Transitif
8. Rumus Frasa Kerja Tak Transitif
9. Rumus Frasa Adjektif
10. Rumus Frasa Sendi Nama
11. Rumus Penggunaan Kata Pemeri
12. Rumus Penggunaan Kata Bantu
13. Hukum Aneksi Pesona


18-May-14
1. Kredit kad perlu digunakan secara berhemah.
( )

2. Ayam telur yang dipeliharanya itu diserang
penyakit selesema burung. ( )

3 Saya akan menaiki bas Nasional Ekspres apabila
balik bercuti ke Kota Bahru. ( )

4. Esok Menteri Perdana Singapura akan melawat
Malaysia. ( )


5. Murid-murid banyak menghabiskan masa di siber
kafe. ( )
HUKUM D - M
18-May-14
1. Kredit kad perlu digunakan secara berhemah.
( X )

2. Ayam telur yang dipeliharanya itu diserang
penyakit selesema burung. ( / )

3 Saya akan menaiki bas Nasional Ekspres apabila
balik bercuti ke Kota Bahru. ( X )

4. Esok Menteri Perdana Singapura akan melawat
Malaysia. ( X )

5. Murid-murid banyak menghabiskan masa di siber
kafe. ( X )
HUKUM D - M
18-May-14
Hukum D-M menetapkan bahawa perkara yang
diterangkan hendaklah mendahului perkara yang
menerangkan.

Contoh: ayam telor (Perkara yang hendak
diterangkan atau diberikan penekanan ialah ayam)

Hal ini demikian kerana terdapat banyak jenis
ayam seperti ayam daging, ayam kampung, ayam
pencen dan sebagainya.



HUKUM D - M
18-May-14
Salah Betul
Murni Hotel Hotel Murni
Cili Sos Sos Cili
Rahmat Restoran Restoran Rahmat
Servis stesen Stesen servis
Kejohanan Mini
Olahraga
Kejohanan Olahraga
Mini
Goreng pisang Pisang goreng
contoh-contoh lain
18-May-14 JALALLUDIN IBRAHIM
FRASA NAMA JAMAK
1. Koleksi lagu penyanyi terkenal itu mendapat
sambutan yang hangat daripada peminatnya( )

2. Segala bukti-bukti itu akan dikemukakan di
mahkamah nanti. ( )

3. Pekerja syarikat itu kebanyakannya terdiri
daripada pesara perkhidmatan awam. ( )

4. Masalah sosial dalam kalangan remaja adalah
antara isu-isu yang akan dibincangkan ( )

5. Gugusan pulau-pulau di sekitar Filipina sering
menjadi tempat tumpuan pelancong. ( ) 18-May-14 JALALLUDIN IBRAHIM
FRASA NAMA JAMAK
1. Koleksi lagu penyanyi terkenal itu mendapat
sambutan yang hangat daripada peminatnya( / )

2. Segala bukti-bukti itu akan dikemukakan di
mahkamah nanti. ( X )

3. Pekerja syarikat itu kebanyakannya terdiri
daripada pesara perkhidmatan awam. ( / )

4. Masalah sosial dalam kalangan remaja adalah
antara isu-isu yang akan dibincangkan ( X )

5. Gugusan pulau-pulau di sekitar Filipina sering
menjadi tempat tumpuan pelancong. ( X ) 18-May-14 JALALLUDIN IBRAHIM
Perkataan yang mendukung konsep
jamak (banyak) tidak boleh diikuti oleh
kata jamak sebaliknya hendaklah diikuti
oleh kata tunggal (satu).

Contoh: semua pelajar ( / )
semua pelajar-pelajar ( X )

banyak perkara ( / )
banyak perkara-perkara ( X )
FRASA NAMA JAMAK
18-May-14
KATA GANDA
1. Murid-murid yang menaiki bas itu saling tolak-
menolak ( )

2. Mereka saling menuduh antara satu sama lain.( )

3. Pihak polis sedang tembak-menembak dengan
penjenayah itu. ( )

4. Mereka saling baling-membaling ketika kejadian
itu berlaku. ( )

5. Kita janganlah kata-mengata kerana tindakan itu
boleh menimbulkan pergaduhan. ( )

18-May-14
KATA GANDA
1. Murid-murid yang menaiki bas itu saling tolak-
menolak ( X )

2. Mereka saling menuduh antara satu sama lain.( / )

3. Pihak polis sedang tembak-menembak dengan
penjenayah itu. ( / )

4. Mereka saling baling-membaling ketika kejadian
itu berlaku. ( X )

5. Kita janganlah kata-mengata kerana tindakan itu
boleh menimbulkan pergaduhan. ( / )

18-May-14
Kata ganda apabila digandakan membawa
maksud jamak, saling dan berulang.

Contoh: potong-memotong ( / )
saling potong-memotong ( X )
saling memotong ( / )

tolong-menolong ( / )
saling tolong-menolong ( X )
saling menolong ( / )



KATA GANDA
18-May-14
PENJODOH BILANGAN ..sebuah
1. Beliau mengidamkan sebuah kejayaan menerusi
filem arahannya. ( )

2. Dia menyimpan sebuah cita-cita untuk menjadi
pegawai tentera.( )

3. Ayah membeli sebuah rumah di bandar itu. ( )

4. Kakak mempunyai sebuah impian untuk menjadi
usahawan tani.( )

5. Bapa saudara saya membeli sebuah tanah
daripada Pak Hamid untuk dijadikan dusun
durian.( )

18-May-14
PENJODOH BILANGAN ..sebuah
1. Beliau mengidamkan sebuah kejayaan menerusi
filem arahannya. ( X )

2. Dia menyimpan sebuah cita-cita untuk menjadi
pegawai tentera.( X )

3. Ayah membeli sebuah rumah di bandar itu. ( / )

4. Kakak mempunyai sebuah impian untuk menjadi
usahawan tani.( X )

5. Bapa saudara saya membeli sebuah tanah
daripada Pak Hamid untuk dijadikan dusun
durian.( X )

18-May-14
PENJODOH BILANGAN ..sebuah
Kata nama abstrak tidak memerlukan
penjodoh bilangan.
Contoh : sebuah pemikiran ( X )
sebuah harapan ( X )

Penjodoh bilangan sebuah hanya digunakan
untuk kata nama konkrit.
Contoh: sebuah rumah ( / )
sebuah kereta ( / )


-
18-May-14
KATA BILANGAN TAK TENTU. TIDAK DIIKUTI
OLEH PENJODOH BILANGAN
1. Semua orang peserta perlu membawa komputer
riba ketika mengikuti kursus itu.( )

2. Dia menumpahkan beberapa tompok cat di atas
lantai itu.( )

3. Beberapa kenderaan telah terlibat dalam
kemalangan yang dahsyat itu.( )

4. Segala kelengkapan telah disiapkan sebelum
kumpulan itu bertolak. ( )

5. Beberapa bilah parang terpaksa digunakan untuk
memotong kayu itu. ( )

18-May-14
KATA BILANGAN TAK TENTU. TIDAK DIIKUTI
OLEH PENJODOH BILANGAN
1. Semua orang peserta perlu membawa komputer
riba ketika mengikuti kursus itu.( X )

2. Dia menumpahkan beberapa tompok cat di atas
lantai itu.( / )

3. Beberapa kenderan telah terlibat dalam
kemalangan yang dahsyat itu.( X )

4. Segala kelengkapan telah disiapkan sebelum
kumpulan itu bertolak. ( / )

5. Beberapa bilah parang terpaksa digunakan untuk
memotong kayu itu. ( / )

18-May-14
-Kata bilangan tak tentu tidak memerlukan
penjodoh bilangan. Namun terdapat satu kata
bilangan tak tentu yang memerlukan penjodoh
bilangan iaitu beberapa.

Contoh: segala ekor binatang ( X )
segala binatang ( / )

semua orang guru ( X )
semua guru ( / )

Kekecualian: beberapa buah kereta ( / )
beberapa kereta ( X )

KATA BILANGAN TAK TENTU. TIDAK DIIKUTI
OLEH PENJODOH BILANGAN
18-May-14
FRASA ADJEKTIF
1. Datuk Siti Nurhaliza ialah penyanyi yang
terhebat sekali di negara kita ( )

2. Pemandangan di pantai itu sungguh indah
nian.( )

3. Begitu malang sekali nasib pemuda itu kerana
keretanya dicuri orang.( )

4. Ronaldo merupakan pemain bola sepak yang
termasyhur sekali di dunia.( )

5. Pelakon lelaki yang terkenal sekali di negara
kita ialah Rosyam Noor.( )

18-May-14
FRASA ADJEKTIF
1. Datuk Siti Nurhaliza ialah penyanyi yang
terhebat sekali di negara kita ( X )

2. Pemandangan di pantai itu sungguh indah
nian.( / )

3. Begitu malang sekali nasib pemuda itu kerana
keretanya dicuri orang.( / )

4. Ronaldo merupakan pemain bola sepak yang
termasyhur sekali di dunia.( X )

5. Pelakon lelaki yang terkenal sekali di negara
kita ialah Rosyam Noor.( / )

18-May-14
FRASA ADJEKTIF
Kata adjektif boleh disertai oleh kata penguat
depan, belakang atau bebas

amat pandai sekali ( / )
sangat pandai sekali ( / )
sungguh pandai sekali ( / )
indah nian ( / )
nian indah (x)
sangat indah nian ( x )
paling pandai sekali ( x )
terpandai sekali ( x )
sungguh terindah sekali ( x )

18-May-14
Frasa Kerja Transitif (FKT)
Kata Kerja Transitif (KKT) (diikuti) Kata Nama (KN)
1. Pegawai penyiasat kes itu akan menyelidiki dahulu
kebenaran kata-kata saksi itu.( )

2. Atlet negara dijangka akan memperoleh dua pingat emas
dalam Sukan Olimpik di Beijing nanti.( )

3. Wartawan akan melaporkan dari kota London berita
terkini tentang kejadian pengeboman itu.( )

4. Perdana Menteri mengucapkan setinggi-tinggi tahniah
kepada Nicol Ann David atas kejayaannya ( )

5. Mereka membeli juga barang-barang itu walaupun
harganya mahal dan tidak munasabah.( )


18-May-14
Frasa Kerja Transitif (FKT)
Kata Kerja Transitif (KKT) (diikuti) Kata Nama (KN)
1. Pegawai penyiasat kes itu akan menyelidiki dahulu
kebenaran kata-kata saksi itu.( X )

2. Atlet negara dijangka akan memperoleh dua pingat emas
dalam Sukan Olimpik di Beijing nanti.( / )

3. Wartawan akan melaporkan dari kota London berita
terkini tentang kejadian pengeboman itu.( X )

4. Perdana Menteri mengucapkan setinggi-tinggi tahniah
kepada Nicol Ann David atas kejayaannya ( X )

5. Mereka membeli juga barang-barang itu walaupun
harganya mahal dan tidak munasabah.( X )


18-May-14
Frasa Kerja Transitif (FKT)
Kata Kerja Transitif (KKT) (diikuti) Kata Nama (KN)
Frasa kerja transitif mestilah terdiri daripada kata
kerja transitif yang diikuti oleh kata nama sebagai
objek.

menendang bola itu ( / )
menyatakan perkara itu (/)
menyatakan tentang perkara itu (x)
meningkatkan lagi pencapaian (x)
memahami akan perkara itu (x)
menulis semula karangan itu. (x)

Dia menendang bola dengan sekuat-kuat hatinya.( / )
Dia menendang lagi dengan sekuat-kuat hatinya bola itu.( x)

18-May-14
Frasa Kerja Tak Transitif (FKTT)
Kata Kerja Tak Transitif (KKTT) (diikuti) Kata Sendi (KS)
1. Azhar dan Azman pergi sekolah pada setiap pagi
dengan menaiki bas.( )

2. Pasukan Itali muncul juara dalam pertandingan bola
sepak Piala Dunia 2006.( )

3. Guru menjelaskan bahawa peperiksaan akan
berlangsung bulan hadapan.( )

4. Saya terserempak ahli sukan itu ketika berkelah di pantai
Teluk Cempedak.( )

5. Kami telah berbincang tentang isu kontroversi dalam
mesyuarat tergempar semalam.( )

18-May-14
Frasa Kerja Tak Transitif (FKTT)
Kata Kerja Tak Transitif (KKTT) (diikuti) Kata Sendi (KS)
1. Azhar dan Azman pergi sekolah pada setiap pagi
dengan menaiki bas.( X )

2. Pasukan Itali muncul juara dalam pertandingan bola
sepak Piala Dunia 2006.( X )

3. Guru menjelaskan bahawa peperiksaan akan
berlangsung bulan hadapan.( X )

4. Saya terserempak ahli sukan itu ketika berkelah di pantai
Teluk Cempedak.( X )

5. Kami telah berbincang tentang isu kontroversi dalam
mesyuarat tergempar semalam.( / )

18-May-14
Frasa Kerja Tak Transitif (FKTT)
Kata Kerja Tak Transitif (KKTT) (diikuti) Kata Sendi (KS)
Frasa kerja tak transitif mestilah terdiri daripada
binaan kata kerja tak transitif yang diikuti oleh kata
sendi nama.

Contoh:
Kapal itu sedang menuju ke garisan penamat. ( / )
Kapal itu sedang menuju garisan penamat.(x)

Pak Sahak bermandikan ( x )
Pak Sahak bermandikan peluh ( / )

18-May-14
Frasa Kerja Pasif Diri Pertama (KGD1) (diikuti)
Kata Kerja Tanpa Awalan
1. Bola itu telah saya tendang ke arah pintu gol.( )

2. Laporan itu akan disediakan oleh kami dalam masa
seminggu.( )

3. Berita itu akan saya sampaikan kepada
keluarganya.( )

4. Anugerah itu akan disampaikan oleh beta.( )

5. Segala titah perintah tuanku akan dilaksanakan oleh
patik.( )

18-May-14
Frasa Kerja Pasif Diri Pertama (KGD1) (diikuti)
Kata Kerja Tanpa Awalan
1. Bola itu telah saya tendang ke arah pintu gol.( / )

2. Laporan itu akan disediakan oleh kami dalam masa
seminggu.( X )

3. Berita itu akan saya sampaikan kepada
keluarganya.( / )

4. Anugerah itu akan disampaikan oleh beta.( X )

5. Segala titah perintah tuanku akan dilaksanakan oleh
patik.( X )

18-May-14
Frasa Kerja Pasif Diri Pertama (KGD1) (diikuti)
Kata Kerja Tanpa Awalan
Frasa kerja pasif diri pertama menetapkan bahawa
kata ganti nama diri pertama diikuti oleh kata
kerja tanpa awalan.

Contoh: Buku itu saya baca ( / )
Buku itu saya membaca ( X )
Buku itu dibaca oleh saya ( X )

Tugas itu mesti kita pikul ( / )
Tugas itu mesti kita memikul ( X )
Tugas itu mesti dipikul oleh kita ( X )

18-May-14
Frasa Kerja Pasif Diri Kedua (KGD2) (diikuti)
Kata Kerja Tanpa Awalan
1. Kerja itu mestilah disiapkan oleh awak esok.( )

2. Tiket kapal terbang itu telah diambil oleh engkau
tadi.( )

3. Keputusan itu hendaklah tuan hamba terima.( )

4. Wang itu telah saudara terima pada minggu
lepas.( )

5. Pemilihan itu hendaklah dibuat oleh anda. ( )

18-May-14
Frasa Kerja Pasif Diri Kedua (KGD2) (diikuti)
Kata Kerja Tanpa Awalan
1. Kerja itu mestilah disiapkan oleh awak esok.( X )

2. Tiket kapal terbang itu telah diambil oleh engkau
tadi.( X )

3. Keputusan itu hendaklah tuan hamba terima.( / )

4. Wang itu telah saudara terima pada minggu
lepas.( / )

5. Pemilihan itu hendaklah dibuat oleh anda. ( X )

18-May-14
Frasa Kerja Pasif Diri Kedua (KGD2) (diikuti)
Kata Kerja Tanpa Awalan
Frasa kerja pasif diri kedua menetapkan
bahawa kata ganti nama diri kedua diikuti oleh
kata kerja tanpa awalan.

Contoh: Pinggan itu kamu basuh.( / )
Pinggan itu kamu membasuh ( X )
Pinggan itu dibasuh oleh kamu. ( X )

Surat itu awak tulis. ( / )
Surat itu awak menulis ( X )
Surat itu ditulis oleh awak ( X )

18-May-14
Frasa Kerja Pasif Diri Ketiga (di --- (oleh) KGD3)

1. Barang itu telah diambil mereka semalam.( )

2. Majlis itu akan baginda rasmikan.( )

3. Permohonan itu diluluskan oleh beliau pada pagi
tadi.( )

4. Lagu tema perayaan itu akan dia nyanyikan
nanti.( )

5. Gaji kami telah dibayar oleh pihak syarikat
tersebut.( )

18-May-14
Frasa Kerja Pasif Diri Ketiga (di --- (oleh) KGD3)

1. Barang itu telah diambil mereka semalam.( / )

2. Majlis itu akan baginda rasmikan.( X )

3. Permohonan itu diluluskan oleh beliau pada pagi
tadi.( / )

4. Lagu tema perayaan itu akan dia nyanyikan
nanti.( X )

5. Gaji kami telah dibayar oleh pihak syarikat
tersebut.( / )

18-May-14
Frasa Kerja Pasif Diri Ketiga (di --- (oleh) KGD3)

Frasa kerja pasif diri ketiga menetapkan bahawa
kata kerja yang berawalan di- hendaklah diikuti
oleh kata ganti diri ketiga. Kata sendi nama oleh
selepas kata kerja pasif diri ketiga boleh
digugurkan dengan syarat kata nama atau pelaku
mengikuti selepasnya.

Contoh: Kereta yang dinaiki mereka. ( / )
Kereta yang dinaiki oleh mereka. ( / )
Kereta yang mereka naiki. ( x )

Surat yang ditulis beliau ( / )
Surat yang ditulis oleh beliau ( / )
Surat yang beliau tulis ( X )



18-May-14
Hukum Aneksi Pesona: Kata Bantu (diikuti)
KGD1 & 2 (diikuti) Kata Kerja Tanpa Awalan
1. Tajuk itu telah saya ajarkan pada minggu
lepas. ( )

2. Mereka boleh kamu hadiahi dengan sehelai
baju kurung Kedah. ( )

3. Nabil yang menghadapi masalah keluarga itu
kita akan bantu. ( )

4. Tetamu yang hadir itu kalian akan layani. ( )

5. Kami akan hantar rayuan itu sebelum hari
Selasa. ( )


18-May-14
Hukum Aneksi Pesona: Kata Bantu (diikuti)
KGD1 & 2 (diikuti) Kata Kerja Tanpa Awalan
1. Tajuk itu telah saya ajarkan pada minggu
lepas. ( / )

2. Mereka boleh kamu hadiahi dengan sehelai
baju kurung Kedah. ( X )

3. Nabil yang menghadapi masalah keluarga itu
kita akan bantu. ( X )

4. Tetamu yang hadir itu kalian akan layani. ( X )

5. Kami akan hantar rayuan itu sebelum hari
Selasa. ( X )


18-May-14
Hukum Aneksi Pesona: Kata Bantu (diikuti)
KGD1 & 2 (diikuti) Kata Kerja Tanpa Awalan
Hukum Aneksi Pesona menegaskan bahawa ruang
di antara KGD1 & 2 dengan kata kerja tanpa awalan
tidak boleh diletakkan kata bantu , kata nafi atau
unsur-unsur lain.

Contoh: Kucing itu telah saya beri makan. ( / )
Kucing itu saya telah beri makan. ( X )

Bilakah buku itu akan kamu ambil? ( / )
Bilakah buku itu kamu akan ambil? ( X )

18-May-14
Frasa Kerja tak Transitif (FKTT) ber-...-kan
(diikuti) Kata Nama (KN)
1. Negara mendapatkan alat berasaskan teknologi
yang canggih. ( )

2. Pasukan pencari dan penyelamat itu bergerak
berpandukan pada kompas. ( )

3. Pemergian mereka ke Melaka berbekalkan doa
daripada seluruh ahli keluarga. ( )
4. Budak-budak yang ketinggalan bas itu tidur
berbantalkan lengan di bangku stesen bas. ( )

5. Hujah-hujah yang dikemukakan itu sungguh
bernas kerana berdasarkan pada bukti yang
jelas.( )


18-May-14
Frasa Kerja tak Transitif (FKTT) ber-...-kan
(diikuti) Kata Nama (KN)
1. Negara mendapatkan alat berasaskan teknologi
yang canggih. ( / )

2. Pasukan pencari dan penyelamat itu bergerak
berpandukan pada kompas. ( X )

3. Pemergian mereka ke Melaka berbekalkan doa
daripada seluruh ahli keluarga. ( / )
4. Budak-budak yang ketinggalan bas itu tidur
berbantalkan lengan di bangku stesen bas. ( / )

5. Hujah-hujah yang dikemukakan itu sungguh
bernas kerana berdasarkan pada bukti yang
jelas.( X )


18-May-14
Frasa Kerja tak Transitif (FKTT) ber-...-kan
(diikuti) Kata Nama (KN)
Frasa kerja tak transitif (FKTT) yang mempunyai
kata kerja berapitan ber-..-kan mestilah diikuti
oleh kata nama.

Contoh: berdasarkan perkara itu. ( / )
berdasar pada perkara itu. ( / )
berdasarkan pada perkara itu. ( x )

berbekalkan doa ( / )
berbekal dengan doa ( / )
berbekalkan dengan doa ( X )




18-May-14
Pasangan apitan meN-...kan dan meN-...i :
meN-...kan (diikuti) objek bergerak
meN-...i (diikuti) objek tak bergerak
1. Ayah melontarkan kambing itu dengan batu. ( )
2. Ayah melontari kambing itu dengan batu. ( )
3. Ayah melontarkan batu ke arah kambing itu.( )
4. Ayah melontari batu ke arah kambing itu.( )
5. Hidayah menaikkan kereta untuk ke sekolah.( )
6. Hidayah menaiki kereta untuk ke sekolah. ( )
7. Pihak sekolah mengirimkan surat kepada ibu bapa. ( )
8. Pihak sekolah mengirimi surat kepada ibu bapa. ( )



18-May-14
Pasangan apitan meN-...kan dan meN-...i :
meN-...kan (diikuti) objek bergerak
meN-...i (diikuti) objek tak bergerak
1. Ayah melontarkan kambing itu dengan batu. ( X )
2. Ayah melontari kambing itu dengan batu. ( / )
3. Ayah melontarkan batu ke arah kambing itu.( / )
4. Ayah melontari batu ke arah kambing itu.( X )
5. Hidayah menaikkan kereta untuk ke sekolah.( X )
6. Hidayah menaiki kereta untuk ke sekolah. ( / )
7. Pihak sekolah mengirimkan surat kepada ibu bapa. ( / )
8. Pihak sekolah mengirimi surat kepada ibu bapa. ( X )



18-May-14
Pasangan apitan meN-...kan dan meN-...i :
meN-...kan (diikuti) objek bergerak
meN-...i (diikuti) objek tak bergerak
Apitan meN-...kan dan meN-..i yang berpasangan
dalam ayat yang mempunyai dua objek
kebanyakannya diikuti oleh objek bergerak dan
objek tidak bergerak.

Contoh:
Ayah menghadiahkan sehelai kain batik kepada
ibu. (kain batik sebagai objek bergerak)

Ayah menghadiahi ibu sehelai kain batik
(Ibu sebagai objek tidak bergerak)

18-May-14 JALALLUDIN IBRAHIM
Pasangan apitan di-...kan dan di-...i:
Subjek bergerak (diikuti) di-...kan
Subjek tak bergerak (diikuti) di-... i
1. Kambing dilontarkan oleh ayah dengan batu.( )
2. Kambing dilontari oleh ayah dengan batu.( )
3. Batu dilontarkan ayah ke arah kambing itu.( )
4. Batu dilontari ayah ke arah kambing itu. ( )
5. Kereta dinaikkan oleh Hidayah untuk ke sekolah.( )
6. Kereta dinaiki oleh Hidayah untuk ke sekolah.( )
7. Surat dikirimkan oleh pihak sekolah kepada ibu bapa.( )
8. Surat dikirimi oleh pihak sekolah kepada ibu bapa.( )


18-May-14
Pasangan apitan di-...kan dan di-...i:
Subjek bergerak (diikuti) di-...kan
Subjek tak bergerak (diikuti) di-... i
1. Kambing dilontarkan oleh ayah dengan batu.( X )
2. Kambing dilontari oleh ayah dengan batu.( / )
3. Batu dilontarkan ayah ke arah kambing itu.( / )
4. Batu dilontari ayah ke arah kambing itu. ( X )
5. Kereta dinaikkan oleh Hidayah untuk ke sekolah.( X )
6. Kereta dinaiki oleh Hidayah untuk ke sekolah.( / )
7. Surat dikirimkan oleh pihak sekolah kepada ibu bapa.( / )
8. Surat dikirimi oleh pihak sekolah kepada ibu bapa.( X )


18-May-14
Pasangan apitan di-...kan dan di-...i:
Subjek bergerak (diikuti) di-...kan
Subjek tak bergerak (diikuti) di-... i
Dalam ayat pasif, subjek yang bergerak hendaklah
diikuti oleh apitan di-kan dan subjek yang tidak
bergerak hendaklah diikuti oleh apitan di-i.

Contoh:
Sehelai kain batik dihadiahkan oleh ayah kepada
ibu ( Kain batik sebagai subjek bergerak)

Ibu dihadiahi oleh ayah sehelai kain batik.
( Ibu sebagai subjek tidak bergerak)


18-May-14
Apitan meN-kan dan awalan meN- :

meN-...kan (diikuti) objek bernyawa
meN-. (diikuti) objek tidak bernyawa
1. Ibu menjahitkan adik baju sekolah. ( )
2. Ibu menjahitkan baju sekolah untuk adik.( )
3. Ibu menjahit adik baju sekolah.( )
4. Ibu menjahit baju sekolah untuk adik.( )
5. Pelayan itu membawakan kami minuman sejuk. ( )
6. Ibu membacakan adik buku cerita. ( )
7. Kakak membeli baju baharu untuk adik ( )
8. Azman mencarikan ubat batuk untuk Pak Hussein ( )

18-May-14
Apitan meN-kan dan awalan meN- :

meN-...kan (diikuti) objek bernyawa
meN-. (diikuti) objek tidak bernyawa
1. Ibu menjahitkan adik baju sekolah. ( / )
2. Ibu menjahitkan baju sekolah untuk adik.( X )
3. Ibu menjahit adik baju sekolah.( X )
4. Ibu menjahit baju sekolah untuk adik.( / )
5. Pelayan itu membawakan kami minuman sejuk. ( / )
6. Ibu membacakan adik buku cerita. ( / )
7. Kakak membeli baju baharu untuk adik ( / )
8. Azman mencarikan ubat batuk untuk Pak Hussein ( X )

18-May-14
Apitan meN-kan dan awalan meN- :

meN-...kan (diikuti) objek bernyawa
meN-. (diikuti) objek tidak bernyawa
Apitan meN-.....kan dan awalan meN-.. yang
berpasangan dalam ayat yang mempunyai dua
objek sahaja kebanyakannya diikuti oleh objek
bernyawa dan tidak bernyawa.

Contoh:
Ibu memasakkan ayah sup kambing.
(ayah sebagai objek bernyawa)

Ibu memasak sup kambing untuk ayah.
(sup kambing sebagai objek tidak bernyawa)

18-May-14
Apitan di-....kan dan awalan di-... :
Subjek bernyawa di-...kan
Subjek tak bernyawa di-....
1. Adik dijahitkan baju sekolah oleh ibu.( )
2. Baju sekolah dijahitkan oleh ibu untuk adik.( )
3. Adik dijahit baju sekolah oleh ibu.( )
4. Baju sekolah dijahit oleh ibu untuk adik. ( )
5. Kami dibawakan minuman sejuk oleh pelayan itu.( )
6. adik dibacakan buku cerita oleh ibu.( )
7. Baju baharu dibeli oleh kakak untuk adik.( )
8. Ubat batuk dicarikan oleh Azman untuk Pak Hussein.( )

18-May-14
Apitan di-....kan dan awalan di-... :
Subjek bernyawa di-...kan
Subjek tak bernyawa di-....
1. Adik dijahitkan baju sekolah oleh ibu.( / )
2. Baju sekolah dijahitkan oleh ibu untuk adik.( X )
3. Adik dijahit baju sekolah oleh ibu.( X )
4. Baju sekolah dijahit oleh ibu untuk adik. ( / )
5. Kami dibawakan minuman sejuk oleh pelayan itu.( / )
6. Adik dibacakan buku cerita oleh ibu.( / )
7. Baju baharu dibeli oleh kakak untuk adik.( )
8. Ubat batuk dicarikan oleh Azman untuk Pak Hussein.( )

18-May-14
Apitan di-....kan dan awalan di-... :
Subjek bernyawa di-...kan
Subjek tak bernyawa di-....
Dalam ayat pasif ini, subjek bernyawa hendaklah
diikuti oleh apitan di-...kan dan subjek tidak
bernyawa diikuti perkataan berawalan di...

Contoh:
Ayah dimasakkan sup kambing oleh ibu.
( ayah sebagai subjek bernyawa)
Sup kambing dimasak oleh ibu untuk ayah.
(sup kambing sebagai objek tidak bernyawa)

18-May-14
1. Kerajaan akan memperlebar jalan raya untuk
mengurangkan kesesakan.( )

2. Mereka sedang mempereratkan hubungan antara
ahli persatuan.( )

3. Penyanyi itu memperdengarkan suaranya kepada
para hadirin.( )

4. Beliau mengupah buruh Indonesia untuk
memperbesarkan rumahnya. ( )

5. Pihak kami akan memperuntuk sejumlah RM50,000.00
untuk projek itu.( )

Pasangan apitan memper... dan memper...kan.
18-May-14
1. Kerajaan akan memperlebar jalan raya untuk
mengurangkan kesesakan.( / )

2. Mereka sedang mempereratkan hubungan antara
ahli persatuan.( X )

3. Penyanyi itu memperdengarkan suaranya kepada
para hadirin.( / )

4. Beliau mengupah buruh Indonesia untuk
memperbesarkan rumahnya. ( X )

5. Pihak kami akan memperuntuk sejumlah RM50,000.00
untuk projek itu.( X )

Pasangan apitan memper... dan memper...kan.
18-May-14
Perkataan yang berawalan memper.... tidak boleh
diikuti oleh akhiran ...kan jika kata dasarnya terdiri
daripada kata adjekltif.

Contoh:
memperluas ( / ) memperkecil ( / )
meluaskan ( / ) mengecilkan ( / )
memperluaskan ( X ) memperkecilkan ( X )

mempercantik ( / )
mencantikkan ( / ) memperkasakan ( / )
mempercantikkan ( X )

Pasangan apitan memper... dan memper...kan.
18-May-14 JALALLUDIN IBRAHIM
Kelewahan Bahasa
1. Kita perlu bekerja kuat demi untuk bangsa dan
negara. ( )

2. Sejak dari semalam saya tidak nampak
kelibatnya. ( )

3. Jika sekiranya saya lulus dalam peperiksaan
ini, saya akan mengadakan kenduri
kesyukuran. ( )

4. Pegawai itu berjaga hingga ke pagi. ( )

5. Selain daripada itu, pembakaran terbuka juga
mencemarkan udara.( )


18-May-14
Kelewahan Bahasa
1. Kita perlu bekerja kuat demi untuk bangsa dan
negara. ( X )

2. Sejak dari semalam saya tidak nampak
kelibatnya. ( X )

3. Jika sekiranya saya lulus dalam peperiksaan
ini, saya akan mengadakan kenduri
kesyukuran. ( X )

4. Pegawai itu berjaga hingga ke pagi. ( X )

5. Selain daripada itu, pembakaran terbuka juga
mencemarkan udara.( X )


18-May-14
Kelewahan Bahasa
a) Kata hubung tidak boleh berderetan.

Contoh: jika sekiranya (x)
jika ( / )
sekiranya ( / )

b) Kata sendi tidak boleh berderetan.

Contoh: demi untuk negara ( x )
demi negara( / )
untuk negara ( / )

18-May-14
Kata Sendi dari dan daripada
1. Kami akan berada di sini daripada pagi hingga
petang.( )
2. Anda berasal daripada mana? ( )
3. Projek buku ini lahir daripada perbincangan itu.( )
4. Ahli PIBG terdiri daripada ibu bapa dan guru. ( )
5. Ukiran itu diperbuat dari logam.( )
6. Perkara itu diketahui dari semalam lagi.( )
7. Cara berfikirnya lain dari yang lain. ( )
8. Saya menerima surat daripada kenalan saya yang
tinggal di Bandung, Indonesia.( )
9. Orang itu wakil dari Pejabat Daerah.( )
10. Dia lebih tinggi dari abangnya.( )

18-May-14
Kata Sendi dari dan daripada
1. Kami akan berada di sini daripada pagi hingga
petang.( X )
2. Anda berasal daripada mana? ( X )
3. Projek buku ini lahir daripada perbincangan itu.( / )
4. Ahli PIBG terdiri daripada ibu bapa dan guru. ( / )
5. Ukiran itu diperbuat dari logam.( X )
6. Perkara itu diketahui dari semalam lagi.( / )
7. Cara berfikirnya lain dari yang lain. ( X )
8. Saya menerima surat daripada kenalan saya yang
tinggal di Bandung, Indonesia.( / )
9. Orang itu wakil dari Pejabat Daerah.( / )
10. Dia lebih tinggi dari abangnya.( X )

18-May-14
Kata Sendi dari dan daripada
Kata sendi dari digunakan untuk:
arah (A), tempat (T) dan masa (M): (ATM)
Kata sendi daripada digunakan untuk:
Keanggotaan (K), Abstrak (A), Bandingan (B), Orang atau
Organisasi (O) dan Sumber (S) : (KABOS)

Contoh:
Angin bertiup dari utara. (arah)
Ayah baru sampai dari Kucing, Sarawak (tempat)
Saya menunggu kedatangannya dari semalam. (masa)
Pasukan itu terdiri daripada lima orang remaja. (keanggotaan)
Kejayaannya bermula daripada kesusahan (abstrak)
Budak itu lebih pandai daripada abangnya. (bandingan)
Dia selalu mendapat bantuan daripada abangnya.(orang)
Borang itu boleh didapati daripada Kementerian Pelajaran.
(organisasi)
Beg itu diperbuat daripada kulit buaya. (sumber)

18-May-14 JALALLUDIN IBRAHIM
Penggunaan Kata Nafi Tidak dan Bukan
1. Projek itu bukan usaha saya.( )

2. Bas itu tidak dari Ipoh, tetapi dari Gemas.( )

3. Bangunan itu tidak besar sangat.( )

4. Dia bukan hendak belajar, tetapi hendak bemain
sahaja.( )

5. Ucapannya bukan menghina kita sekadar
mengingatkan sahaja.( )

18-May-14
Penggunaan Kata Nafi Tidak dan Bukan
1. Projek itu bukan usaha saya.( / )

2. Bas itu tidak dari Ipoh, tetapi dari Gemas.( X )

3. Bangunan itu tidak besar sangat.( / )

4. Dia bukan hendak belajar, tetapi hendak bemain
sahaja.( / )

5. Ucapannya bukan menghina kita sekadar
mengingatkan sahaja.( / )

18-May-14
Penggunaan Kata Nafi Tidak dan Bukan
Kata nafi Tidak (diikuti) kata kerja dan kata adjektif
Kata nafi Bukan (diikuti) kata nama atau kata sendi nama

Kata nafi tidak hendaklah diikuti oleh kata kerja dan kata
adjektif manakala kata nafi bukan hendaklah diikuti oleh kata
nama atau kata sendi nama.
Contoh:



Kata nafi bukan hanya boleh digunakan di hadapan kata kerja
dan kata adjektif apabila digunakan untuk mendukung maksud
pertentangan maklumat.

Contoh: Dia bukan tinggal di kota tetapi di desa.( / )

TIDAK BUKAN
tidak menyanyi / Kata kerja bukan menyanyi X Kata kerja
tidak cantik / Kata adjektif bukan cantik X Kata adjektif
tidak nyanyian X Kata nama bukan nyanyian / Kata nama
tidak dari X Kata sendi bukan dari / Kata sendi
18-May-14
Kata Pemeri ialah dan adalah.
1. Proton Saga adalah kereta yang pertama
dikeluarkan oleh negara Malaysia.( )

2. Rencana itu adalah tentang budaya masyarakat
Iban di Sarawak.( )

3. Maklumat yang terkandung dalam risalah itu
adalah tidak tepat.( )

4. Berbohong adalah perbuatan yang tidak baik. ( )

5. Buaya adalah sejenis reptilia yang boleh hidup di
dalam air dan dan di atas daratan.( )

18-May-14
Kata Pemeri ialah dan adalah.
1. Proton Saga adalah kereta yang pertama
dikeluarkan oleh negara Malaysia.( X )

2. Rencana itu adalah tentang budaya masyarakat
Iban di Sarawak.( / )

3. Maklumat yang terkandung dalam risalah itu
adalah tidak tepat.( / )

4. Berbohong adalah perbuatan yang tidak baik.( X )

5. Buaya adalah sejenis reptilia yang boleh hidup di
dalam air dan dan di atas daratan.( X )

18-May-14 JALALLUDIN IBRAHIM
Kata Pemeri ialah dan adalah.
ialah : Frasa Nama (FN)
adalah : Frasa Adjektif (FA) & Frasa Sendi (FS)

Kata pemeri ialah digunakan sebelum kata nama atau frasa
nama.
Contoh:
Sepak takraw ialah acara sukan yang telah diwarisi sejak
berzaman lagi. (frasa nama)

Kata pemeri adalah digunakan sebelum kata atau frasa
adjektif dan juga frasa sendi.
Contoh:
-Tema cogan kata itu adalah tepat sekali. (frasa adjektif)
- Harta benda awam itu adalah untuk kegunaan orang ramai.
(frasa sendi)


18-May-14
Kata pemeri adalah tidak boleh hadir dihadapan kata kerja atau
frasa kerja. Contoh:
Kegagalan projek itu adalah disebabkan oleh kecuaian pihak
pemandu.( x )
Kegagalan projek itu disebabkan oleh kecuaian pihak pemandu.(/)

Kata pemeri tidak boleh hadir bersama-sama kata nafi.Contoh:
Siswazah yang baru lulus itu ialah bukan pensyarah maktab.(x)
Siswazah yang baru lulus itu bukan pensyarah maktab.( / )

Namun demikian, kata pemeri boleh wujud dalam binaan
kata nafi dan frasa adjektif.
Contoh:Kenyataan itu adalah tidak benar.

Kata pemeri adalah dan ialah tidak perlu diikuti oleh kata
merupakan. Contoh:
Dia adalah merupakan murid sekolah ini ( X )
Dia ialah murid sekolah ini.(/) Dia merupakan murid sekolah ini.(/)

18-May-14
Frasa Sendi Nama Berpasangan
1. Tindakan akan diambil dari masa ke semasa
untuk memastikan semua murid mematuhi
peraturan sekolah( )

2. Dari masa ke masa, pihak polis akan membuat
pemantauan tentang keadaan keselamatan
negara.( )

3. Ibu menunggu kepulangan abang daripada
hari ke hari.( )


18-May-14
Frasa Sendi Nama Berpasangan
1. Tindakan akan diambil dari masa ke semasa
untuk memastikan semua murid mematuhi
peraturan sekolah( X )

2. Dari masa ke masa, pihak polis akan membuat
pemantauan tentang keadaan keselamatan
negara.( / )

3. Ibu menunggu kepulangan abang daripada
hari ke hari.( X )


18-May-14
Frasa Sendi Nama Berpasangan
Frasa Sendi nama berpasangan mempunyai
satu bentuk ulangan yang sama dan
berpasangan.

Contoh:
masa ke masa ( / ) masa ke semasa ( X )
semasa ke semasa( / ) semasa ke masa ( X )
hari ke hari ( / ) hari ke sehari ( X )
sehari ke sehari sehari ke hari ( X )

18-May-14
Penggunaan Kata Sendi Nama di dan ke
1. Mereka masih berada di sana.( )

2. Dari petang ke malam, dia masih berada di
Dataran Putrajaya.( )

3. Sebagai adik beradik, kita semua perlu sepakat
di dalam semua perkara. ( )

4. Gambar yang terpampang di ruang tamu
rumahnya ialah gambar arwah ayahnya.( )

18-May-14
Penggunaan Kata Sendi Nama di dan ke
1. Mereka masih berada di sana.( / )

2. Dari petang ke malam, dia masih berada di
Dataran Putrajaya.( / )

3. Sebagai adik beradik, kita semua perlu sepakat
di dalam semua perkara. ( X )

4. Gambar yang terpampang di ruang tamu
rumahnya ialah gambar arwah ayahnya.( / )

18-May-14
Kata sendi nama di digunakan untuk tempat dan
dieja secara terpisah.
Contoh: di sana, di samping, di Kedah

Kata sendi nama di tidak boleh digunakan untuk
waktu, masa atau zaman.
Contoh: di zaman (x), pada zaman ( / ),
di waktu (x) pada waktu ( / )

Kata sendi nama ke digunakan untuk menunjukkan
tempat atau arah, waktu dan masa.
Contoh: ke sana, ke bawah, ke petang, ke pagi


Penggunaan Kata Sendi Nama di dan ke
18-May-14
SEKIAN
BIASAKAN YANG BETUL
BETULKAN YANG BIASA
18-May-14

Anda mungkin juga menyukai