Anda di halaman 1dari 14

1

PENGENALAN
SEJARAH PERMAINAN BADMINTON

Permainan badminton merupakan satu permainan yang tertua didunia.
Terdapat catatan sejarah menunjukkan permainan mirip badminton dimainkan oleh
penduduk Yunani dan Mesir seawal tahun 2000 masihi. Di Jepun, permainan ini
dikenali dengan nama Hanetsuki dan telah dimainkan pada abad ke-16. Manakala di
England permainan ini terkenal dengan nama battledore and shuttlecock. Walau
bagaimanapun sejarah awal perkembangan badminton bermula pada pertengahan
abad ke 18 di India, di mana askar British mencipta permainan badminton dengan
menambah jaring pada permainan battledore and shuttlecock. Semenjak itu ia telah
menjadi satu permainan yang popular di kalangan askar British yang ditempatkan di
bandar Poona dan seterusnya permainan ini dikenali dengan nama Poona. Kemudian
permainan ini dibawa oleh pegawai tentera british yang pencen ke England dan
dimainkan oleh golongan kelas atasan.



Rajah 1: Permainan battledore and shuttlecock

Permainan ini diperkenalkan secara rasmi pada tahun 1873 di Badminton
House, Gloucestershire, yang dimiliki oleh Duke of Beaufort. Pada waktu itu, sukan ini
2

kenali sebagai "The Game of Badminton" dan kemudian menjadi Badminton. Sehingga
tahun 1887 sukan ini dimainkan di England dengan peraturan asal dari India. Pada
tahun ini juga, Bath Badminton Club telah menstruktur semula peraturan permainan
dengan mengambil kira idea masyarakat Inggeris. Pada tahun 1893, Badminton
Association of England telah menerbitkan satu set peraturan pertama mengikut
ketetapan, seakan-akan menyamai peraturan ketika ini. Mereka juga mula
menganjurkan Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England, kejohanan badminton
pertama di dunia, pada tahun 1899.

Pada tahun 1934, Pertubuhan Badminton Antarabangsa (IBF) yang telah
ditubuhkan. Ia dianggotai oleh 9 buah negara iaitu Kanada, Denmark, England,
Perancis, Belanda, Ireland, New Zealand, Scotland, dan Wales. Pada tahun 2006,
International Badminton Federation (IBF) ditukar nama kepada Badminton World
Federation (BWF) manakala Asian Badminton Confederation (ABC) ditukar nama
kepada Badminton Asia Confederation (BAC). Meskipun asal-usul sukan terletak di
England, badminton di peringkat antarabangsa mempunyai rekod tradisi yang
didominasi oleh beberapa negara Asia, termasuk Denmark dari Eropah. China,
Indonesia, Korea Selatan, dan Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai
pemain bertaraf-dunia secara konsisten sejak beberapa dekad yang lalu dan
mendominasi pertandingan peringkat antarabangsa, yang mana China sering menjadi
pendominasi sejak kebelakangan ini. Berikut adalah urutan sejarah perkembangan
badminton di Malaysia.

Permainan badminton dipercayai dibawa ke Semenanjung Malaya oleh
pegawai-pegawai British yang bertugas di Syarikat India Timur seawal 1809,
dan kemudian pada permulaan kurun ke 20, oleh orang British melalui sekolah-
sekolah missionari, terutamanya di Pulau Pinang, Melaka, Ipoh, Kuala Lumpur
dan Singapura.

Pulau Pinang merupakan negeri pertama menubuhkan persatuan badminton
pada 1925, dituruti oleh Perak pada tahun 1929.

3

Persatuan Badminton Malaya telah secara rasmi ditubuhkan pada 11
November 1934 dengan J.L. Woods, dari Perak merupakan Presiden BAM
yang pertama. Sejak itu persatuan ini telah mengorak langkah memainkan
peranannya dengan menjadikan penyebaran permainan ini di kalangan setiap
lapisan sebagai objektifnya yang utama, sambil mengelola dan mengawasi
pertandingan pertandingan badminton untuk menarik minat serta
mempopularkannya dikalangan setiap lapisan masyarakat.

1937 Kejohanan Badminton Terbuka Malaya telah mula diadakan, manakala
pada tahun 1956 pertandingan berpasukan untuk wanita telah diperkenalkan.

KEMAHIRAN DALAM BADMINTON

Pergerakan kaki melibatkan gerakan memulakan dan menghentikan langkah,
membuat pusingan,menerkam, merenggang, berlari, berjalan, melompat, membengkok
serta semua yang memerlukan pergerakan yang dapat membantu pemain untuk
mencapai bulutangkis. Antara pergerakan yang penting adalah :

Lompatan dibuka untuk memudahkan pergerakan
Pergerakan kaki diakhiri dengan gerakan maju ke depan untuk mencapai
bulutangkis dengan gerakan mengiring. Semua pergerakan termasuklah di
setiap penjuru gelanggang
Pergerakan secara mengiring atau sisi untuk untuk mencapai bulutangkis
Lompat dan pusing untuk gerakan seterusnya apabila memukul bulutangkis
Kaki dijjangkau atau dilangkah jauh untuk mencapai bulutangkis


4



Servis

Terdapat dua servis asas dalam badminton iaitu servis tinggi dan servis rendah.
Servis tinggi kerapkali digunakan oleh pemain perseorangan.

Servis Tinggi

Servis tinggi menyebabkan bulu tangkis jatuh secara menegak ke garisan
belakang dan menyebabkan pihak lawan sukar untuk melakukan pukulan agresif.
Pihak lawan terpaksa :-
1. Bergerak kebelakang.
2. Perlu menggunakan lebih hayunan kebelakang dan lebih banyak pergerakan
bahagian tubuh badan untuk menghasilkan daya yang lebih tinggi.
3. Tali raket akan menyentuh bahagian bulu tangkis dahulu dari gabus. Ini akan
mengakibatkan kuasa pukulan pihak lawan di kurangkan.

Servis Rendah
5


Tujuan servis ini adalah memastikan bulu tangkis melepasi hampir dekat
dengan jaring dan memasuki petak servis pihak lawan. Ini menyebabkan pihak lawan
sukar untuk membuat pukulan bagi mematikan bulu tagkis di depan jaring. Servis
rendah boleh dilakukan secara servis hadapan atau forehand atau kilas atau
backhand untuk kedua-dua acara peseorangan atau beregu.

Pukulan Belakang Gelanggang



Prinsip melakukan pukulan overhead atau atas kepala adalah senang. Gambarajah
diatas menunjukkan titik sentuhan dan sudut sentuhan permukaan raket dengan bulu
tangkis untuk menentukan samada pukulan itu lob, junam atau smasy. Penerbangan
bulu tangkis untuk semua pukulan overhead adalah ditunjukkan dalam gambarajah di
atas.

Pukulan-Pukulan Overhead

Forehand Lob (Attacking Lob and Defensive Lob)
6


Lob adalah pukulan yang sangat penting dalam pukulan overhead. Ia
digunakan dalam acara peseorangan bagi memastikan pihak lawan berada di garisan
belakang gelanggang dan mewujudkan ruang di depan gelanggang. Dengan
menggunakan pukulan lob, seseorang pemain mempunyai masa dan dapat memulih
ke kawasan tengah atau pusat operasi. Jika pukulan lob dilakukan dengan mendatar
dan laju maka ia dikenali sebagai pukulan lob serangan. Ini akan memaksa pihak
lawan untuk bergerak cepat ke belakang gelanggang.

Apabila bulu tangkis diberi pukulan yang tinggi, maka ia dikenali sebagai lob
defensif. Pukulan ini dimainkan apabila pemain-pemain memerlukan masa atau
apabila mereka dalam keadaan bertahan atau defensif. Pukulan lob secara asasnya
adalah satu aksi membuat balingan. Ia merupakan asas untuk semua pukulan-pukulan
overhead. Adalah baik jika pemain baru memperlajari badminton melakukan latihan
melakukan aksi balingan dengan menggunakan bulu tangkis. Seorang pemain yang
mempunyai balingan yang baik mempunyai pontensi untuk melakukan pukulan clear
yang baik. Berikut adalah gambarajah menunjukkan forehand lob.



Pukulan Junam (Drop)

Tujuan pukulan junam adalah untuk membawa pihak lawan bergerak dekat
dengan jaring dan membuka ruang di belakang dan tengah gelanggang. Persediaan
untuk pukulan junam adalah sama seperti pukulan lob hanya beza adalah semasa
sentuhan bulu tangkis.
7


Sebelum membuat sentuhan bulu tangkis, kurangkan kuasa dengan memeriksa
kelajuan raket dan memastikan gengaman raket relak.

Titik sentuhan dengan bulu tangkis adalah lebih kedepan sedikit dari pukulan
lob.




Pukulan Smasy

Pukulan smasy merupakan satu pukulan utama dalam serangan. Pukulan ini
kerapkali digunakan untuk mematikan satu rali atau mempercepatkan permainan.
Persediaan untuk pukulan smasy adalah sama seperti lob dan junam.

Titik kontak bulu tangkis dengan raket dalam pukulan smasy adalah jauh ke
atas dari badan dan sedilit depan bahu raket.

Pemindahan berat badan ke atas bulu tangkis.
8


Gunakan pinggang raket, rotasi hadapan dan gengaman yang ketat pada ketika
menyentuh bulu tangkis menambahkan kuasa smasy.

Hayunan kedepan raket yang laju dan eksplosif akan emebantu dalam
menghasilkan pukulan smasy yang lebih berkuasa.

Jika pukulan smasy diambil pada ketinggian yang maksima, sudut rejaman
adalah lebih tajam dan ini akan menyebabkan pihak lawan sukar untuk balas balik
pukulan tersebut.





9

ULASAN KRITIS

Dalam tugasan PJM3113 Permainan Badminton Dan Hoki ini saya telah
memilih untuk merakamkan permainan Badminton yang berupa latihan untuk
kemahiran asas dalam Badminton terhadap murid tahun lima di sekolah yang saya
ditempatkan. Kemahiran yang saya masukkan dalam latihan yang telah saya jalankan
adalah kemahiran servis yang melibatkan servis forehand, dan servis backhand. Selain
itu kemahiran yang turut saya masukkan adalah kemahiran pukulan lob, dan
kemahiran pukulan smasy.


Dalam rakaman yang saya lakukan, dapat dilihat dengan jelas latihan yang
dilakukan untuk ketiga-tiga kemahiran yang saya masukkan sebagai kemahiran yang
ingin dipelajari dalam latihan kemahiran untuk permainan badminton. Dalam
permulaan rakamaan yang saya lakukan, terdapat fasa pemanasan badan yang
dilakukan bagi menyediakan murid ataupun peserta dalam latihan kemahiran
badminton yang akan dilakukan oleh mereka. Hal ini bagi mengelakkan sebarang
kecederaan yang tidak dingini berlaku semasa latihan kemahiran badminton ini
dijalankan.


Dalam kemahiran pertama yang dipelajari dalam latihan kemahiran badminton
ini merupakan kemahiran servis yang terbahagi kepada dua jenis kemahiran iaitu
kemahiran servis forehand dan juga kemahiran servis backhand. Dalam latihan
kemahiran servis forehand, kebanyakkan peserta latihan tidak dapat melakukan
kemahiran dengan teknik yang betul. Antara kesilapan yang mereka lakukan adalah
memegang raket pada bahagian atas pemegang yang menyukarkan mereka untuk
melakukan pukulan dengan baik.


Mereka juga melakukan pukulan dengan menggunakan pergerakan pada bahu
ataupun siku sahaja bukan pada bahu, siku dan juga pergelangan tangan yang
membolehkan mereka melakukan pukulan yang kemas, menepati sasaran dan
menjimatkan tenaga berbanding cara yang mereka gunakan iaitu pergerakan pada
bahu atau siku sahaja yang menyukarkan mereka untuk membuat pukulan dan
hantaran bulu tangkis juga tidak menepati sasaran yang mereka sasarkan sekiranya
mereka bermain dalam gelanggang yang sebenar.
10



Dalam kemahiran kedua yang dipelajari dalam latihan kemahiran badminton ini
yang merupakan kemahiran servis yang kedua iaitu kemahiran servis backhand.
Dalam latihan kemahiran servis backhand, kebanyakkan peserta latihan tidak dapat
melakukan kemahiran dengan teknik yang betul juga. Antara kesilapan yang mereka
lakukan adalah memegang raket pada bahagian atas pemegang yang menyukarkan
mereka untuk melakukan pukulan dengan baik sepertimana yang mereka lakukan
dalam latihan kemahiran servis forehand.


Mereka juga melakukan pukulan dengan menggunakan pergerakan yang sama
sepertimana yang mereka lakukan dalam latihan servis forehand iaitu menggunakan
pergerakan pada bahu ataupun siku sahaja bukan pada bahu, siku dan juga
pergelangan tangan yang membolehkan mereka melakukan pukulan yang kemas,
menepati sasaran dan menjimatkan tenaga berbanding cara yang mereka gunakan itu
yang jelas menyukarkan mereka untuk membuat pukulan dan hantaran bulu tangkis
juga tidak menepati sasaran yang mereka sasarkan sekiranya mereka bermain dalam
gelanggang yang sebenar ataupun dalam mana-mana pertandingan badminton
ataupun permainan badminton yang biasa.


Jika dilihat pada rakaman yang disertakan, kemahiran ketiga yang digunakan
dlaam latihan kemahiran badminton adalah kemahiran pukulan lob iaitu pukulan tinggi
yang melepasi paras kepala. Semasa melakukan kemahiran ini saya dapat melihat
peserrta latihan hany sebilangan sahaja yang dapat melakukan kemahiran ini dengan
betul. Kebanyakkan peserta latihan hanya menggunakan tenaga pada pergelangan
tangan sahaja untuk melakukan pukulan lob yang pada asasnya merupakan pukulan
yang memerlukan tenaga yang banyak seperti melkukan kemahiran pukulan smasy.
Antara kesilapan yang turut dilakukan oleh peserta latiha juga adalah cara mereka
berdiri atau pergerakan kaki yang statik sahaja, penempatan kaki ataupun footplacing
yang tidak tepat mengakibatkan mereka sukar untuk melakukan kemahiran pukulan lob
yang kemas dan betul.


Hal ini akan mngakibatkan pukulan tersebut tidak sampai ke sasaran iaitu
bahagian belakang gelanggang dan mudah untuk disambut atau dibalas oleh pihak
11

lawan apabila dalam perlawanan yang sebenar. Kemahiran ini memerlukan pemain
untuk memfleksikan badan kebelakang dan melakukan pukulan menggunakan tenaga
daripada pergerakan bahu yang diikuti oleh pergerakn pada siku dan seterusnya
disalurkan pada pergerakan pergelangan tangan untuk menghasilkan pukulan yang
membolehkan pemain menghantar bulu tangkis ke bahagian belakang gelanggang
dengan kencang dan kemas serta menepati sasaran yang disasarkan oelh pemain itu
sendiri.

Bagi kemahiran yang terakhir yang digunakan dalam latihan kemahiran
badminton yang telkah dirakamkan adalah kemairan membuat pukulan smasy ataupun
kemahiran pukulan rejam yang membolehkan pemain untuk mematikan relay atau
hantaran yang dilakukan oleh pihak lawan. Daripada rakaman yang saya lakukan
dapat saya lihat dengan jelas aspek-aspek yang boleh diperbaiki oleh peserta latihan
dalam melakukan kemahiran pukulan smasy ini.


Antara kelemahan yang dapat saya kenalpasti adalah peserta melakukan
kesilapan yang sama sepertimana yang dilakukan oleh mereka semasa melakukan
kemahiran pukulan lob. Peserta latihan hanya menggunakan tenaga daripada
pergelangan tangan sahaja yang mengakibatkan pukulan yang mereka lakukan tidak
cukup kuat untuk mematikan hantaran yang dilakukan oleh lawan. Hal ini juga aka
mengakibatkan pukulan yang mereka lakukan tidak menjunam kebawah sepertimana
yang perlu dalam pukulan smasy iaitu bulu tangkis yang dipukul perlu menjunam
kebawah bagi memastikan pukulan tersebut dapat mematikan hantaran lawan dan
menyukarkan pihak lawan untuk menghantar semula atau menyambut pukulan yang
dilakukan.


Peserta latihan juga tidak melakukan lompatan yang merupakan fasa penting
dalam melakukan pukulan smasy terutamanya apabila kita melakukan pukulan smasy
untuk mematikan hantaran pukulan lob yang dilakukan oleh pihak lawan ke bahagian
belakang gelanggang kita. Hal ini mustahak kerana pada bahagian belakang
gelanggang, sekiranya ingin melakukan pukulan smasy untuk mematikan hantaran
pukulan lob yang dilakukan oleh pihak lawan, pemain perlu melakukan lompatan bagi
mendapatkan sudut pukulan yang membolehkan bulu tangkis menjunam kebawah
pada garis yang lurus. Hal ini bagi membolehkan bulu tangklis yag dipukul bergerak
12

dengan laju tanpa memberikan masa atau peluang kepada pihak lawan untuk
menyambut atau membalas pukulan smasy yang dilakukan oleh pemain.


Sekiranya pemain tidak melakukan lompatan, pukulan smasy yang dilakukan
akan dihalang oleh jaring pada gelanggang, ini mengakibat pukulan yang dilakukan
tidak berjaya. Peserta juga akan cenderung untuk melakukan pukulan yang tidak
menjunam ke bawah bagi mengelakkan bulu tangkis daripada terhalang oleh jaring
pada gelanggang sekaligus memudahkan pihak lawan untuk menyambut atau
membalas pukulan smasy yang dilakukan oleh pemain dengan mudah. Keadaan ini
akan mengakibatkan pemain kehilangan tenaga dengan sia-sia kerana pukulan yang
dilakukan dapat disambut dan dibalas semula oleh pihak lawan.


Sebagai kesimpulan daripada pemerhatian terhadap rakaman yang saya
lakukan, dapat saya rumuskan dalam pelaksanaan latihan kemahiran badminton,
selain daripada perlakuan yang dilakukan oleh peserta latihan dalam mengaplikasi apa
yang diajarkan oleh jurulatih, jurulatih itu sendiri perlu melakukan atau menggunakan
pendekatan yang lebih produktif dalam melatih kemahiran permainan seumpama
badminton bagi membolehkan peserta latihan dapat mengaplikasi kemahiran yang
ditunjuk ajar oleh jurulatih.
















13

REFLEKSI

Syukur alhamdulillah dapat saya melaksanakan dan menyiapkan tugasan bagi
kursus PJM3113 Permainan Badminton dan Hoki yang telah diberikan pada 08 Mac
2014 dan diserahkan kepada pensyarah penilai pada 13 April 2014. Terimah kasih
yang tak terhingga saya ucapakan pada pensyarah kursus yang telah memberikan
tunjuk ajar kepada saya dan terima kasih juga saya ucapkan pada rakan-rakan yang
turut memberikan kerjasama dalam memberi info serta makluma yang berguna dalam
menyiapkan tugasan yang diberikan dibawah kursus Permainan Badminton dan Hoki
ini.


Melalui tugasan yang diberikan ini, saya dapat melatih diri untuk menjadi guru
pendidikan jasmani yang berkesan dalam memberikan tunjuk ajar semasa
melaksanakan satu- satu pengajaran dalam pendidikan jasmani. Saya dapat menilai
pengajaran yang saya lakukan dan meneliti semua aspek yang penting dalam
pengajaran satu-satu kemahiran dalam permainan yang terdapat dalam sukatan
pendidikan jasmani. Saya juga dapat melatih diri untuk melihat dan mengkritik
perlakuan murid semasa melakukan satu-satu kemahiran yang saya ajar dalam
pengajran dan pembelajaran pendidikan jasmani.


Hal ini membolehkan saya menilai prestasi murid semasa mengikuti sesi
pengajaran dan pembelajaran yang saya berikan sama ada didalam kelas atau diluar
kelas. Saya juga dapat mengenalpasti kelemahan yang dilakukan oleh murid dan
mencari kaedah atau teknik yang lebih baik untuk membantu murid dan memudahkan
mereka menguasai satu-satu kemahiran yang saya tunjuk ajarkan dalam sesi
pengajran dan pembelajaran pendidikan jasmani. Selari dengan peranan seorang guru
pendiidkan jasmani dalam memberikan tunjuk ajar yang betul bagi membolehkanmurid
atau pelajar mempelajari kemahiran dalam satu-satu jenis permainan atau bidang
sukan dengan betul.


Adalah mustahak bagi seorang guru pendidikan jasmani untuk mempunyai
kemahiran mengkritik prestasi murid dengan tepat dan mencari kaedah atau teknik
yang berkesan bagi membolehkan murid atau pelajar menguasai apa yang diajarkan
oleh seorang guru pendidikan jasmani. Hal ini bagi membolehkan objektif yang telah
14

ditetapkan dalam sukatan pelajaran pendidikan jasmani dicapai serta membolehkan
murid berkembang dengan seimbang selaras dengan matlamat kerajaan bagi
membentuk generasi yang mampu bersaing bukan sahaja dari segi akademik,
malahan dalam bidang sukan dan juga semua jenis bidang yang melibatkan aktiviti
fizikal.

Anda mungkin juga menyukai