Anda di halaman 1dari 5

Unit

3) Pemahaman Petikan

PRAKTIS
1
Baca petikan-petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya menggunakan ayat anda sendiri.
berikutnya
dengan

Petikan
1

"Mana Bawod, pak?" “Bawod sudah disembelih. Bukankah kita akan adakan
kenduri kesyukuran?"
Beluntung bingkas bangun sungguhpun kepalanya masih terasa pening. Dia
tersungkurban tetapi berjaya bangun sendiri, kemudian dia melangkah dengan lemah
menuju ke arah Bawod yang sudah terkujur kaku berlumuran darah. Beluntung melutut di
hadapan Bawod yang tidak bernafas lagi. Dia menangis sekuat-kuatnya. Apabila
kesedihannya memuncak dia melolong Tanpa sedar, dia memeluk Bawod. Mereka yang
berada di tempat itu melopong melihat seekor binatang yang bakal dimakan tetapi diratapi
oleh yang diraikan.
Beluntung memandang orang ramai yang mengelilinginya. "Binatang ini seperti
manusia, dia sahabat saya ..." Beluntung mengesat air matanya lalu memandang bapanya.
Orang ramai memujuk Beluntung. Bapa menghampiri Beluntung dan memeluknya.

(Dipetik daripada cerpen “Bawod", dalam antologi Bintang Hati, Tingkatan 3,


Kementerian Pendidikan
Malaysia)

Petikan
2

“Bolehkah orang seperti Selva itu kita jadikan kawan? Dia itu sudah menjadi
pembunuh! Awak bukannya tidak tahu betapa sayangnya saya kepada Labun."
"Saya tahu abang. Abang betul-betul pastikah bahawa Encik Selva itu yang melanggar
Labun?"
"Saya nampak dengan mata kepala saya Encik Selva yang mengangkat Labun yang
terbaring di atas jalan itu. Kalau bukan dia yang melanggarnya, siapa
lagi?”
Sementara itu, Encik Selva terus berfikir tentang kesalahannya. Akhirnya, dia
memberanikan diri untuk berjumpa dengan Encik Adli.
"Saya mahu Encik Adli berterus terang kalau saya ada membuat salah. Kita ini
bagaikan adik-beradik. Saya tidak mahu kita bermasam muka seperti sekarang." Encik
Adli serba salah. Dia tidak menduga bahawa Encik Selva akan datang berjumpa
dengannya. Dia hanya terdiam.
“Sebenarnya, suami saya ini marah kerana arnab kesayangannya mati
dilanggar. Sudah bertahun-tahun dia memelihara arnab itu."
"Oh, macam itu! Tentu Encik Adli menganggap bahawa sayalah yang melanggar
arnab itu. Sebenarnya, saya tidak melanggar arnab itu. Saya hanya menyelamatkannya
selepas dilanggar kereta lain."
Wajah Encik Adli berubah. Selama ini jelaslah bahawa dia sudah
berprasangka kepada Encik Selva kerana seekor arnab.
(Dipetik daripada cerita “Kerana Seekor
Arnab” dalam
buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 3
KSSM)

1 Masalah yang dialami oleh Beluntung ialah kehilangan haiwan peliharaan yang
dianggap sebagai kawan akrab tanpa diberitahu manakala masalah yang dialami
oleh Encik adli ialah kehilangan haiwan kesayangan akibat dilanggar kereta.
2 Pengajaran yang sama yang terdapat dalam kedua- dua petikan tersebut
adalah kita haruslah menyayangi haiwan dan jangan sesekali menyakiti
mereka.seterusnya,kita perlu menyiasat kebenaran sesuatu perkara
sebelum membuat kesimpulan dan tidak sesekali bertindak sebelum
bertanya orang lain.

3 Pada pendapat saya,pihak swasta dan kerajaan perlu mendirikan pusat


perlindungan haiwan terbiar dengan kemudahan yang lengkap. Hal ini demikian
kerana untuk memberi kehidupan yang bebas daripada kezaliman. Selain itu pihak
yang bertanggungjawab

PRAKTIS
2

Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

vasal.
Kita berasa risau melihat anak-anak muda yang hanyut dalam budaya kepenggunaan
yang mengkhayalkan. Golongan ini lebih mudah membicarakan tentang telefon pintar
terbaharu dan fesyen terkini. Malangnya, budaya membaca dan berfikir sudah tidak lagi
meresap dalam jiwa golongan muda. Pembentukan budaya berfikir dalam kalangan
golongan muda sudah menjadi satu cabaran baharu kerana sikap mereka yang tidak
memberi penekanan terhadap kepentingan menimba ilmu yang kompleks dan
pelbagai.
Dalam hal ini, bagaimanakah harus kita membudayakan budaya berfikir dalam
kalangan golongan muda? Media massa, termasuklah radio, televisyen, majalah
dan akhbar masih menjadi penggerak utama untuk membudayakan budaya berfikir.
Namun, terdapat juga golongan muda yang menolak media massa tersebut kerana
stesen radio berbahasa Melayu misalnya, lebih gemar dengan gelak tawa
hiburan yang kosong. Amat sukar untuk kita mendengar bual bicara yang
membuatkan kita berfikir. Rancangan televisyen pula menyajikan drama hiburan yang
kebanyakannya diadaptasi daripada novel cinta. Jarang sekali karya sastera
kebangsaan diadaptasi menjadi drama atau filem.
Tidak dinafikan bahawa bidang sains dan teknologi itu amat penting. Namun, sastera
tidak harus dipinggirkan kepentingannya.
(Dipetik dan diubah suai daripada “Membentuk Budaya Berfikir Golongan Muda"
oleh Abdul Quayyun Mohamad Nasri, Dewan Siswa, Bil. 8, 2018)

Bahan 2

KEMPEN B GALAKAN MEMBACA


) Pelancaran Program
Nilam
123
APR

Jom Baca Bersama 10 Minit (APR 3) Hari


Buku Sedunia
APR
Pertandingan Sudut Nilam (
APP
24 Wakaf Buku fem
ΜΕΙ
IND
1 Berdasarkan Bahan 1, jelaskan punca golongan muda menolak sesetengah jenis media
massa
yang terdapat di negara
ini.

2 Budaya membaca yang subur dapat melahirkan masyarakat yang berilmu dan terbuka mindanya.
Nyatakan dua peribahasa yang dapat dikaitkan dengan pernyataan di atas. KBAT
Menganalisis

3. Pada pendapat anda, apakah peranan para pendidik di negara ini bagi
melahirkan golongan
muda yang memiliki budaya berfikir yang tinggi?
KBAT Menilal

Anda mungkin juga menyukai