Anda di halaman 1dari 2

Syair Burung Nuri karya Rahman Kaeh

Syair Burung Nuri Maksud


Bermula warkah surat rencana, Penyair menceritakan warkah yang
Ikatan fakir yang sangat hina, ditulis oleh orang hina banyak
Sajak dan nazam banyak tak kena, kekurangan berdasarkan
Daripada pendapat kurang pendapatnya yang tidak sempurna.
sempurna.

Gerangan sungguh amatlah leta, Penyair menyatakan bahawa dia


Perinya akal gelap-gelita, dipandang hina, pemikirannya
Hemat pun rendah daif berserta, yang tidak luas dan hidup dalam
Tambahan badan miskin dan nista. keadaan miskin.
Beribu ampun kiranya tuan, Penyair memohon maaf atas
Atasnya hulu fakir nistawan, coretan kata-katanya yang ditulis
Daripada masyghul gundah dalam perasaan sedih.
merawan,
Terperilah madah patik nin tuan.
Dituliskan sahifah supaya nyata, Penyair menulis surat untuk
Barang yang ghairah di dalam meluahkan perasaan cinta kepada
cinta, pasangannya.
Terfikir-fikir bukan menderita,
Dakwat dan kertas tempat berkata.
Sudahlah nasib untung yang Penyair menceritakan perjalanan
malang, hidupnya yang sering dirundung
Mengambah lautan berulang-ulang, malang dan terpaksa menghadapi
Mudaratnya bukan lagi kepalang, pelbagai cabaran.
Senantiasa di dalam nasib dan
walang.
Hanyutlah badan ke sana ke mari, Penyair menceritakan
Segenap pesisir desa negeri, kehidupannya yang tiada hala tuju
Bertambahlah pula sopan dan dan terumbang-ambing hinggakan
negeri, tidak makan dan minum.
Santap nan tidak minum pun kari.
Bangun terjunun badan suatu, Penyair tersedar bahawa kesedihan
Gundahlah fikir tiada tertentu, dan kekecewaan boleh
Laksana cermin jatuh ke batu, mengakibatkan hidupnya musnah.
Remuk dan redam hancur di situ.

Remuk dan redam rasanya hati, Penyair sedar kekecewaan boleh


Lenyaplah fikir budi pekerti, menyebabkan seseorang itu
Jikalau kiranya hamba turuti, bertindak di luar kawalan fikiran
Daripada hidup sebaiknya mati. yang waras dan rasional. Jika
penyair menurut perasaannya lebih
baik dia memilih mati daripada
hidup.
Mohd Yusof Md Nor dan Dr. Abd.
Rahman Kaeh (Penyelenggara)
Puisi Melayu Tradisi, 1996 Fajar
Bakti Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai