Anda di halaman 1dari 2

Syair Burung Nuri : Maksud

Rangkap 1
Penyair menceritakan sebuah warkah yang ditulis oleh seorang yang dipandang
hina sehinggakan kata-kata yang ditulisnya itu mungkin dianggap salah berdasarkan
buah fikirannya yang kurang sempurna.

Rangkap 2
Menurut penyair, seseorang itu dianggap hina jika dia tidak berakal, bersikap kurang
sopan, berakhlak rendah, dan hidup dalam keadaan miskin.

Rangkap 3
Penyair juga memohon maaf sekiranya perkara yang ditulis daripada perasaan
kecewanya itu menghasilkan kata-kata yang kurang menarik dalam warkah tersebut.

Rangkap 4
Penyair menulis lembaran yang jelas tentang adab kepada pasangan yang sedang
bercinta agar mereka tidak kecewa dan menjadikan surat sebagai saluran
meluahkan perasaan.

Rangkap 5
Penyair menceritakan nasib malang yang ditempuhinya secara berulang kali
sehingga boleh membawa kemudaratan dan menyebabkan dirinya sentiasa dalam
keadaan sedih dan kecewa.

Rangkap 6
Penyair mengisahkan kehidupannya terumbang-ambing tanpa arah tuju, tidak
terurus hingga melupakan makan dan minum.

Rangkap 7
Namun penyair tersedar bahawa tiada guna hidup dalam kekecewaan sehingga
boleh menyebabkan kehidupannya menjadi hancur.

Rangkap 8
Penyair sedar apabila berada dalam keadaan yang sangat kecewa boleh
menyebabkan fikirannya tidak waras. Sekiranya dituruti perasaan kecewa itu,
penyair berfikir lebih baik mati daripada hidup dalam keadaan sebegitu
Syair Burung Nuri : Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi

(a) Inversi. Contohnya, Dituliskan sahifah supaya nyata.


(b) Simile. Contohnya, Laksana cermin jatuh ke batu.
(c) Sinkope. Contohnya, Sajak dan nazam banyak tak kena.
(d) Repetisi. Contohnya, Hanyutlah badan ke sana ke mari.
(e) Asonansi. Contohnya, Bermula warkah surat rencana. (perulangan vokal a).
(f) Aliterasi. Contohnya, Gundahlah fikir tiada tertentu. (perulangan konsonan t).

Syair Burung Nuri : Bentuk dan Ciri-ciri Syair

(a) Terdiri daripada lapan rangkap.

(b) Berisi empat baris dalam setiap rangkap.

(c) Semua baris merupakan maksud.

(d) Bilangan katanya tiga hingga enam patah kata sebaris.

(e) Terdiri daripada sepuluh hingga tiga belas suku kata sebaris.

(f) Bentuknya terikat.

Anda mungkin juga menyukai