Anda di halaman 1dari 4

Kupasan 

Cerpen: Oren
Karya: Saifullizan Yahaya

SINOPSIS
Cerpen ini mengisahkan mengenai seekor kucing yang diberi nama Oren. Ayah yang pada
mulanya enggan membenarkan anak-anaknya memelihara kucing telah membawa Oren
pulang dan dijadikan sebahagian daripada ahli keluarga mereka. Pertanyaan ibu mengenai
Oren terjawab juga apabila ayah memberitahu bahawa dia telah melanggar ibu Oren. Tidak
beberapa lama kemudian, seekor kucing lain juga telah dibawa pulang, iaitu Kelabu yang
akhirnya telah menimbulkan konflik kepada Oren. Kehilangan Oren telah disedari oleh ayah
dan seisi keluarga. Mereka mengaitkan kehilangan itu dengan sikap Oren yang berasa iri hati
dengan Kelabu yang berjaya menawan hati mereka sekeluarga. Setelah ketiadaan Oren, ayah
amat berasa kehilangannya sehingga bermimpi Oren pulang ke rumah tetapi realitinya Oren
telah ditemui mati oleh Anis di celah pokok tua yang tumbang.

TEMA

Kasih sayang kepada binatang.

Buktinya ayah sekeluarga telah memelihara dua ekor kucing yang diberi nama Oren dan
Kelabu. Seluruh ahli keluarga telah menunjukkan minat masing-masing untuk memelihara
binatang ini. Kedua-dua kucing ini dijaga dengan baik dan diberikan kasih sayang yang
sepenuhnya.

PERSOALAN

i.      Hubungan baik antara manusia dan haiwan


Contoh: Ayah dan ahli keluarga memelihara dua ekor kucing dan sangat menyayangi kedua-
dua kucing tersebut

ii.    Konflik antara Oren dan Kelabu


Contoh: Oren lebih banyak mengalah dan selalu mendiamkan diri. Malahan Oren akan
membiarkan Kelabu makan dahulu dan baharulah dia mengahabiskan sisa-sisa makanan
Kelabu.

iii.   Berkongsi minat yang sama


Contoh: Ayah berkongsi minat memelihara kucing dengan ahli keluarganya.

Plot
Binaan Plot

(a) Permulaan – Ayah “aku” bertanya tentang Oren, iaitu kucing peliharaannya yang tidak
pulang ke rumah. Kegelisahan ayah “aku” tentang kehilangan Oren turut mendapat perhatian
anggota keluarganya.
(b) Perkembangan – Ayah “aku” telah melanggar ibu Oren sehingga menyebabkan ibu Oren
mati. Ayah “aku” telah membawa Oren pulang ke rumahnya. Ibu “aku” mengerti sebab Oren
dibawa pulang setelah mendengar alasan ayah “aku. Kemudian, ayah “aku” membawa
Kelabu pulang ke
rumahnya, iaitu seekor anak kucing yang telah mengekorinya ke kereta. Kelabu lebih manja
dan pandai menarik perhatian anggota keluarga ayah “aku”. Oren pula bersikap pasif dan
suka menyendiri.

(c) Klimaks – Lebih seminggu Oren masih tidak pulang ke rumah. Ayah “aku” berasa
bersalah dan gelisah akan kehilangan Oren. Kehilangan Oren telah terbawa-bawa dalam
mimpi ayah “aku”.

(d) Peleraian – Ayah “aku” menceritakan mimpinya kepada anggota keluarga di meja
makan. Tiba-tiba, Anis masuk ke dapur dengan membawa bangkai Oren. Oren telah mati dan
ditemukan di celah-celah pokok tua yang tumbang semalam. Semua anggota keluarga
tertumpu kepada ayah “aku” dan matanya mulai berkaca.

TEKNIK PENCERITAAN
i.      Pemerian
Contoh:  Pengarang menceritakan kejadian kemalangan yang melibatkan ayah dan ibu Oren.

ii.    Dialog
Contoh: Perbualan antara ahli keluarga dan ayah mengenai kehilangan Oren.

iii.   Monolog
Contoh: Ayah yang bercakap dengan Oren bertanyakan ke mana Oren menghilangkan diri
selama empat hari.

iv.   Monolog Dalaman


Contoh: Semasa kejadian kemalangan yang menimpa ibu Oren, Oren datang mengiau
memanggil ibunya dan terdetiklah dalam hati ayah bahawa kucing yang dilanggarnya itu
adalah ibu Oren.

v.    Imbas Kembali
Contoh: Pengarang yang teringat semula kejadian ayah membawa pulang Kelabu ke rumah
mereka.

vi.   Imbas Muka


Contoh: Anis ada melihat Oren sedang bermain-main di bawah pokok tua di taman
permainan dan empat hari selepas itu bangkai Oren ditemui di bawah pokok tua yang sudah
tumbang.
WATAK DAN PERWATAKAN

Watak Utama

Ayah
i.      Seorang ayah yang penyayang
ii.    Membela dua ekor kucing, iaitu Oren dan Kelabu
iii.   Hilang selera makan setelah menyedari kehilangan Oren
iv.   Menunjukkan kasih sayang kepada Oren dengan membelai-belai bulu di badan Oren
v.    Merindui Oren, sehingga bermimpi jumpa Oren
vi.   Menangisi kematian Oren

Watak Sampingan
1.    Oren
i.      Seekor kucing yang mempunyai bulu yang berwarna oren
ii.    Dibela sejak kecil selepas kematian ibunya
iii.   Seekor kucing yang suka mengalah contohnya, memakan sisa makanan selepas Kelabu
makan
iv.   Menghilangkan diri dari rumah kerana merajuk dengan ayah yang melebih-lebihkan
Kelabu

2.    Kelabu
i.      Salah seekor daripada kucing belaan ayah
ii.    Dinamakan Kelabu sempena bulu badannya yang berwarna kelabu
iii.   Menjadi saingan kepada Oren dalam merebut perhatian daripada ayah dan keluarganya
iv.   Digambarkan sebagai kucing yang tidak tahu membuang najisnya
v.    Pandai bermanja dan menggesel-geselkan badannya ke kaki ayah

LATAR
Latar Masa
i.      Kehilangan Oren selama empat hari
ii.    Sudah seminggu hujan turun
iii.   Setiap malam
iv.   Hujung pertengahan Disember
v.    Makan malam
vi.   Dua hari yang lalu

Latar Tempat/ Ruang


i.      Rumah – ayah membawa Oren pulang ke rumah
ii.    Halaman – Anis ada melihat kelibat Oren dua hari sebelum kehilangannya di kawasan
halaman rumah
iii.   Taman permainan – tempat bangkai Oren ditemui oleh Anis
iv.   Dapur – ayah membawa Oren ke dapur den menghidangkan susu
v.    Ruang tamu – setiap kali ayah pulang dari kerja, Kelabu akan datang ke ruang tamu
untuk bermanja dengan ayah
vi.   Tepi longkang – tempat Oren membuang najisnya
Latar Masyarakat
i.      Masyarakat yang menyayangi binatang belaan seperti kucing – ayah dan keluarganya
sangat menyayangi binatang dan telah memelihara dua ekor kucing
ii.    Masyarakat yang bertanggungjawab – ayah yang melanggar ibu Oren telah
bertanggungjawab dengan membawa Oren pulang ke rumah untuk dipelihara
iii.   Masyarakat yang pemurah – ayah dan anak-anaknya menjaga kucing peliharaan mereka
dengan memberi makanan yang berkhasiat seperti susu

GAYA BAHASA
i.     Simile – seperti ada yang membersihkannya
ii.    Personifikasi – setiap kali mata Oren dan matanya bertemu
iii.   Personifikasi – Oren cemburu akan kehadiran Kelabu
iv.   Sinkope – tika (ketika)

NILAI
i.      Kasih sayang – ayah dan keluarganya menyayangi kucing peliharaan mereka
ii.    Bertanggungjawab – ayah bertanggungjawab memelihara Oren selepas kematian ibunya
iii.   Baik hati – ayah memberikan makanan yang berkhasiat kepada kucing peliharaannya

PENGAJARAN
i.      Kita hendaklah mengamalkan sikap berkasih sayang walaupun kepada makhluk selain
manusia.
ii.    Kita perlulah bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu perbuatan dan tidak
menganiayai orang lain,
iii.   Sifat baik hati adalah sifat yang terpuji dan perlu diamalkan oleh semua orang untuk
menjamin kesejahteraan dalam hidup.

Anda mungkin juga menyukai