Anda di halaman 1dari 46

MODUL BAHASA MELAYU TINGKATAN 4 1

MODUL BAHASA MELAYU TINGKATAN 4 2

MODUL

BAHASA MELAYU

TINGKATAN 4
MODUL BAHASA MELAYU TINGKATAN 4 3

SISTEM DAN APLIKASI BAHASA

1) MORFOLOGI

NOTA
KATA KERJA
MAKSUD
- Kata yang menyatakan maksud perbuatan.
JENIS
1) Kata kerja aktif
1.1 Tak Transitif
1.1.1 Kata kerja tak transitif tak berpelengkap
✓ Tidak perlu objek untuk melengkapkan ayat.
✓ Boleh berdiri sendiri
✓ Contoh: berdiri, tidur, berbual
✓ Contoh ayat: ayah sedang tidur
1.1.2 Kata kerja tak transitif berpelengkap
✓ Perlu objek sebagai pelengkap
1.1.2.1 Kata Kerja tak transitif berpelengkap kata sendi
✓ Contoh: menuju (ke)
✓ Contoh ayat: Taksi itu menuju ke utara.
1.1.2.2 Kata kerja tak transitif berpelengkap kata adjektif
✓ Contoh: menjadi (kurus)
✓ Ayat: Badan Abu menjadi kurus.
1.1.2.3 Kata kerja tak transitif berpelengkap kata nama
✓ Contoh: berdasarkan (bukti)
✓ Contoh ayat: Guru disiplin membuat keputusan berdasarkan
bukti yang kukuh.
1.2 Transitif
1.2.1 Kata kerja transitif satu objek
✓ Contoh: membaca, menaiki, melastik
Contoh ayat:
✓ Amanda membaca majalah.
✓ Jerry menaiki taksi.
✓ Adnan melastik burung.
1.2.2 Kata kerja transitif dua objek
✓ Perlu objek menghadiahi, menjahitkan, mengambilkan
Contoh ayat:
✓ Alvin menghadiahi kekasihnya sekuntum bunga.
✓ Ibu menjahitkan kakak baju kurung.
✓ Aminah mengambilkan suaminya minuman.
MODUL BAHASA MELAYU TINGKATAN 4 4

KATA KERJA
2) Kata kerja pasif
2.1 Kata Ganti Nama Diri
✓ Kata kerja pasif dengan kata ganti nama diri pertama
• Contoh: (saya) jual
• Kuih itu telah saya jual semalam.
✓ Kata kerja pasif dengan kata ganti nama diri kedua
• Contoh: (kamu) bawa
• Buku itu perlu kamu bawa esok.
✓ Kata kerja pasif dengan kata ganti nama diri ketiga
• Contoh: ditulis
• Surat cinta itu ditulis oleh Awang.
2.2 Kata bantu “kena”
• (kena) tangkap, (kena) pukul
• Penjenayah itu kena tangkap pagi tadi.
• Saua kena pukul petang tadi.
2.3 Kata berimbuhan
✓ Berawalan beR-
• bersolek, berbasuh
• Kakak bersolek sebelum ke tempat kerja.
• Pakaian dalam bakul itu belum berbasuh.
✓ Awalan terR-
• terbuka
• Contoh: Pintu ramah kami sentiasa terbuka.
✓ Apitan ke-…-an
• kehujanan
• Kami kehujanan ketika pulang dari kedai.
MODUL BAHASA MELAYU TINGKATAN 4 5

KATA MAJMUK
MAKSUD
- Proses pergabungan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tersendiri
daripada maksud asal kata tersebut.
JENIS
1) Kata Majmuk :Rangkai Kata Bebas
✓ Kapal terbang, perdana menteri, kerusi batu, alat tulis, bandar raya, guru besar
2) Kata majmuk: istilah khusus
✓ Mata pelajaran, susu isian sejati, segi tiga, reka bentuk, muat turun, hasil bahagi
3) Kata majmuk: maksud kiasan (simpulan bahasa)
✓ Berat mulut, anak angkat, kembang hidung, buaya darat, gelap mata, naik minyak
KATA MAJMUK BENTUK MANTAP (DIEJA SECARA TERCANTUM)
✓ 15 kata majmuk mantap.
✓ Pelajar perlu menghafal/ mengingati kata majmuk ini.
✓ Antarabangsa, setiausaha, sukarela, bumiputera, suruhanjaya, jawatankuasa,
tandatangan, kakitangan, tanggungjawab, kerjasama, warganergara, olahraga,
pesuruhjaya, matahari.

TIPS
 Tidak boleh digandakan sesuka hati kerana menghasilkan ayat yang tidak gramatis.
Hanya perkataan pertama yang perlu digandakan bagi maksud jamak.
✓ Contoh: balai raya- balai raya (x), balai-balai raya (√).
 Kata majmuk bentuk kiasan dan bentuk mantap – perlu digandakan seluruhnya bagi
melibatkan bentuk jamak.
✓ Contoh: anak angkat- anak angkat (√), anak-anak angkat (x)
 Jika menerima apitan – kata majmuk perlu dieja secara tercantum/ rapat.
✓ Contoh: menyatupadukan (√), menyatu padukan (x)
 Kata majmuk tidak boleh disisipkan oleh perkataan. Hal ini berbeza dengan frasa
kerana frasa boleh disisipkan dengan perkataan lain.
✓ Contoh: Kata majmuk: urus setia(√), urus yang setia(x)
MODUL BAHASA MELAYU TINGKATAN 4 6

KATA ADJEKTIF
MAKSUD
- Kata yang menerangkan sifat seseorang atau sifat sesuatu perkara.
- Boleh disertai dengan kata penguat seperti: sangat, amat, dan sekali.
9 JENIS KATA ADJEKTIF
1) Sifat
✓ Memberikan pengertian konsep perasaan atau keadaan sebagai unsur keterangan.
✓ Baik, segar, gelojoh, takut, gopoh, kecewa, sihat, cerdik, malas, berani, jahat.
2) Bentuk
✓ Memberikan pengertia rupa bentuk sebagai unsur keterangan.
✓ Bulat, leper, buncit, kempis, tirus, lonjong, meleding, bengkok, lekuk.
3) Cara
✓ Memberi pegertian keadaan, kelakuan, atau ragam.
✓ Tenang, jelas, cepat, lambat, deras, sengit.
4) Pancaindera
✓ Memberi konsep rasa, pandang, bau, dengar, sentuh dan gabungan pancaindera.
✓ Pahit, sedap, manis, tawar, cantik, hodoh, senyap, harum, kasar, selesa, tenteram,
merdu, hanyir, jelita.
5) Perasaan
✓ Memberi konsep perasaan dan perlu diikuti kata sendi nama.
✓ Sayang, rindu, percaya, cemburu, benci, ghairah, riang, segan, sedih.
6) Waktu
✓ Memberi pengrtian konsep masa sebagai keterangan.
✓ Lambat, cepat, segera, silam, awal, sekejap, lampau, spontan.
7) Jarak
✓ Memberi pengertian konsep jauh dan ruang antara dua benda atau keadaan.
✓ Jauh, dekat, hampir, nyaris.
8) Warna
✓ Memberi pengertian warna sebagai unsur keterangan.
✓ Kuning, biru, ungu, merah, putih, hitam.
9) Ukuran
✓ Memberi pengertian konsep ukuran sebagai unsur keterangan.
✓ Panjang, pendek, tinggi, rendah, cetek, nipis, tebal, lebar, dalam.
MODUL BAHASA MELAYU TINGKATAN 4 7

KATA HUBUNG
MAKSUD
- Kata yang digunakan untuk menggabungkan perkataan dengan perkataan, rangkai
kata dengan rangkai kata dan ayat dengan ayat.
JENIS KATA HUBUNG
1) KATA HUBUNG GABUNGAN
✓ Menggabungkan klausa dengan klausa yang sama tarafnya.
✓ Contoh: dan, atau, serta, tetapi, malahan, sambil, tetapi, sementara, sebaliknya,
seterusnya, lalu, lantas, sambil, maka, supaya.
2) KATA HUBUNG PANCANGAN
2.1 Kata Hubung Pancangan Relatif
✓ Menghubungkan klausa utama dengan klausa pancangan (kecil).
✓ Contoh : yang
2.2 Kata Hubung Pancangan Komplemen
✓ Menghubungkan satu klausa sebagai komplemen (komplemen bermaksud
pelengkap).
✓ Contoh: bahawa dan untuk
2.3 Kata Hubungan Pancangan Keterangan
✓ Menghubungkan klausa keterangan kepada klausa utama.
✓ Contoh: kerana, agar, meskipun, sekiranya, semoga, supaya, kalau, andaikata,
kadipatipun, hingga, jika, jikalau, semasa, sementara, setelah, sekiranya,
sehingga,, sejak, manakala, meskipun, kecuali, biarpun, apabila, ketika,
sungguhpun, semenjak, takala, selama, selagi/seraya.
3) KATA HUBUNG BERPASANGAN
✓ .kata hubung ini selalunya wujud dalam berpasangan dan merupakan
gabungan kata hubung pancangan dan kata hubung gabungan.
✓ Baik…ataupun, baik…mahupun, bukan saja….bahkah juga,
sedangkan…apatah lagi, semakin…semakin, walaupun…namun,
sungguhpun…namun, sama ada…ataupun,
MODUL BAHASA MELAYU TINGKATAN 4 8

KATA SENDI NAMA


MAKSUD
- Kata depan kepada kata nama yang berfungsi untuk merangkaikan frasa nama
dengan kata-kata atau frasa-frasa lain.
CONTOH
1) di dan ke
✓ Digunakan untuk tempat dan dieja terpisah daripada kata nama/ frasa nama
✓ Tidak boleh digunakan di hadapan kata nama/ frasa nama yang merujuk manusia/
haiwan.
2) dari
✓ Digunakan untuk tempat, arah atau masa.
3) daripada
✓ Digunakan untuk orang, perbandingan, asal kejadian, benda abstrak, pertentangan,
dan untuk menunjukkan keanggotaan.
4) Kepada/ akan/ terhadap
✓ Digunakan selepas kata adjektif yang menyatakan perasaan atau sikap dan
penyambutnya mestilah orang, haiwan atau benda.
✓ Contoh: Ali suka akan rambutan.
✓ Halim amat sayang kepada/akan ibunya.
5) Pada
✓ Digunakan untuk masa, manuia, binatang, benda abstrak, dan benda konkrit
tertentu.
6) Contoh lain
✓ Bagi, untuk, demi, tentang, seperti, umpama, laksana, bagi, dengan, oleh, dalam,
antara, dan lain-lain
MODUL BAHASA MELAYU TINGKATAN 4 9

Praktis 1
Baca petikan dibawah dengan teliti dan senaraikan dua kata hubung dan dua kata sendi nama.
Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada perkataan yang dipilih
untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.
Masyarakat kita kurang peduli tentang kes denggi. Terkini penyakit itu telah membunuh 33 orang
hanya dalam tempoh kira-kira dua bulan pertama tahun ini. Denggi ini berbahaya kerana tiada
ubat untuk merawat dan tiada vaksin untuk mencegahnya. Namun demikian, pelbagai pendekatan
boleh diambil bagi meminimukan risiko terdedah kepada denggi adalah memastikan kawasan
rumah dan sekitar kita bebas dari tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Dipetik dan diubahsuai daripada


“Ambil tahu Fakta demam Denggi”Oleh Siti Farah Eliani Solleh
https://www.sinarharian.com.my26 Februari 2020

[6 markah]
Praktis 2
Baca petikan dibawah dengan teliti dan senaraikan dua kata kerja dan dua kata adjektif
Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada perkataan yang dipilih
untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.
Kepentingan alam sekitar untuk kehidupan yang lebih sihat dan sejahtera antara nilai murni yang
perlu disemai sejak kecil meskipun awalnya sukar untuk dilakukan. Program “Nature is Our
Treasure” (NIOT) telah dilaksanakan sebagai usaha mendidik generasi muda lebih peka terhadap
alam sekitar. Murid hari ini bukan sahaja terikat mengikuti pembelajaran di sekolah tetapi
memikul nggungjawab lebih besar memastikan kepentingan alam sekitar terpeihara dan dapat
dinikmati oleh generasi akan datang.

Dipetik dan diubahsuai daripada


“Didik pelajar sayangi dan peka alam sekitar”
oleh Aiman Sadiq Abdullah
https://www.sinarharian.com.my/17 Januari 2019

[6 markah]
MODUL BAHASA MELAYU TINGKATAN 4 10

Praktis 3
Baca petikan dibawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata majmuk. Kemudian anda
dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada perkataan yang dipilih untuk menunjukkan
bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
“Tanggungjawab menyemarakkan semangat cinta akan negara bukan sahaja dipikul oleh kerajaan
tetapi memerlukan kerjasama daripada semua pihak,” kata Menteri Komunikasi dan Multimedia,
Gobind Sing Deo.
“Saya merakamkan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak yang terbabit
dalam usaha menjayakan program Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Merdeka pada tahun ini,”
kata beliau lagi.

Dipetik dan diubahsuai daripada


“Semarak Semangat Cinta akan Negara Tanggungjawab Bersama”
28 November 2018
http:///www.bharian.com.my

[6 markah]
MODUL BAHASA MELAYU TINGKATAN 4 11

2) SINTAKSIS

NOTA

MENGGABUNGKAN AYAT.
- Dalam bahagian ini, anda dikehendaki menggabungkan ayat-ayat tunggal menjadi ayat
majmuk dengan menggunakan kata hubung.
- Dua ayat boleh disatukan secara singkatan dengan menggabungkan unsur-unsur yang
berlainan sahaja manakala unsur yang sama digugurkan.
- Contoh;
i. Kamal membeli buah limau di Kedai Buah Amin. (ayat tunggal)
ii. Kelvin membeli buah limau di Kedai Buah Amin. (ayat tunggal)
iii. Kamal dan Kelvin membeli buah limau di Kedai Buah Amin. (ayat gabungan)

Ayat majmuk Kamal dan Kelvin membeli buah limau di Kedai Buah Amin
Ayat tunggal (1) Kamal membeli buah limau di Kedai Buah Amin
Ayat tunggal (2) Kelvin membeli buah limau di Kedai Buah Amin.
Kata hubung dan

MENUKARKAN
- AYAT SUSUNAN BIASA KEPADA SUSUNAN SONGSANG.
- Ayat susunan biasa ialah ayat yang subjeknya terletak pada bahagian hadapan yang diikuti
oleh bahagian predikat selepasnya.
- Ayat songsang ialah ayat yang mendahulukan predikat dan dikuti oleh objek selepasnya.
- Contoh;
i. Mereka menaiki kereta api ke Kota Kinabalu
Ayat bersusunan biasa
Subjek Predikat
Mereka menaiki kereta api ke Kota Kinabalu

Ayat bersusunan songsang


Perdikat Subjek
Menaiki kereta api ke Kota Kinabalu mereka.
MODUL BAHASA MELAYU TINGKATAN 4 12

SUBJEK DAN PREDIKAT


- Subjek merupakan konstituen dalam ayat yang terdiri daripada satu perkataan atau beberapa
perkataan yang berfungsi sebagai frasa nama dan menjadi unsur yang diterangkan.
- Predikat ialah kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang
menerangkan subjek.
- Contoh;
i. Petani itu membajak sawah.
Subjek: Petani itu
Predikat: membajak sawah

ii. Rumah kediaman yang baharu itu dibeli oleh Avril.


Subjek: Rumah kediaman yang baharu itu
Predikat: dibeli oleh Avril.
MODUL BAHASA MELAYU TINGKATAN 4 13

Praktis 1
Berdasarkan petikan di bawah, gabungkan ayat-ayat tersebut menjadi tiga ayat sahaja dengan
mengekalkan maksudnya.

Sambutan hari kemerdekaan pada setiap tahun membawa makna. Makna tersebut besar kepada
masyarakat di negara ini. Kemeriahannya memberi makna. Kita memiliki sebuah negara. Negara
berdaulat. Oleh itu, setiap warganegara Malaysia perlu menyambut hari kemerdekaan. Sambutan
ini dapat menyemai rasa cinta akan negara dalam diri masing-masing.

[6 markah]

Praktis 2
Berdasarkan petikan di bawah, kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi tiga
ayat yang anda pilih seperti berikut.

Subjek : ________________________________________________________
Predikat : ________________________________________________________

Rakyat Sabah percaya bahawa Gunung Kinabalu menjadi tempat persemadian roh nenek
moyang mereka. Agama dan kepercayaan yang dianggap suci perlu dihormati daripada pelbagai
aspek, termasuk berkelakuan sopan, tidak membuat bising, menjaga kebersihan dan tidak sengaja
mendatangkan kerosakan. Pelancong asing yang berbogel dan membuang air kecil di puncak
tersebut dianggap tidak menghormati adat dan kepercayaan kaum ini. Oleh itu, bukanlah sesuatu
yang pelik apabila kaum Kadazandusun meluahkan kemarahan mereka terhadap kumpulan
pelancong asing ini.
Dipetik dan diubahsuai daripada
“Menghormati” Gunung Kinabalu
http://dwnmasyarakat.dbp.my

[6 markah]

Praktis 3
Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan ayat bersusunan biasa yang bergaris kepada ayat
bersusunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya.
Penggunaan robot ketika konvekesyen pelajar adalah yang pertama di Malaysia. Robot
ini membolehkan Tuanku Cancelor dapat berinteraksi secara langsung dengan pelajar-pelajar
melalui sidang video. Graduan yang berada di dalam negara mahupun luar negara akan menerima
secara “live” tetapi melalui steaming. Kaedah ini adalah paling tepat dalam usaha menjaga jarak
sosial dalam kalangan pelajar. Penggunaan robot dapat mencegah penularan wabak “Covid-19”.
Dipetik dan diubahsuai daripada
“Naseem” dan “Seebaa” ganti graduan terima skrol pada konvo UniSZA
30 Mei 2020, https://www.astroawani.com

[6 markah]
MODUL BAHASA MELAYU TINGKATAN 4 14

3) PENYUNTINGAN

NOTA

KONSEP KESALAHAN
1) KESALAHAN EJAAN
i) Huruf besar atau huruf kecil
- Kata nama khas: ditulis dengan huruf besar
- Kata nama am: tulis dengan huruf kecil (jika ditengah ayat).
ii) Ada atau tiada tanda sempang
- Untuk kata ganda. (tiba-tiba)
- Apabila kata dikuti oleh kata nama khas yang dimulai dengan huruf
besar.(anti-Israel)
- Merujuk kepada Tuhan. (hamba-Mu)
- Untuk merangkaikan huruf dengan angka dan angka dengan akhiran –an. (ke-
2, tahun 90-an).
- Untuk mengasingkan sebutan daripada huruf “e” yang membawa maksud
“elektronik”. (e-mel, e-dagang).
iii) Dieja rapat atau tidak
- Perkataan yang dieja bercantun dengan paetikel “pun”. (Contoh: adapun,
mahupun, andaipun, meskipun, lagipun, walaupun, sekalipun, sungguhpun,
biarpun).
- Kata tunggal yang dieja secara bercantum. (Contoh: sukacita, dukacita,
padahal, barangkali, kadangala, manakala)
- Kata majmuk yang dieja bercantum (kerana telah mantap penggunannya);
antarabangsa, kerjasama, suruhanjaya, beritahu, olahraga, tandatangan,
matahari, bumiputera, jawatankuasa, pesurujaya, kakitangan,
tanggungjawab, sukarela).
- Penggunaan “di”
 “di” - dieja dekat apabila disambung dengan kata kerja. Contoh: dimakan,
ditulis, dikejar)
 “di” - dieja jauh apabila disambung selain kata kerja atau dieja jauh
apabila disambungkan dengan perkataan yang merujuk kepada
tempat.(Contoh: di bandar, di sekolah).
iv) Ikut atau tidak pola keselarasan vokal
- Contoh: buloh (x) – buluh (√)
- Dalam bahasa Melayu, vocal “u” sepatutnya diikuti oleh vokal “u” seperti “buluh”
bukan “buloh”.
v) Kelainan konsonan
- Contoh: jawap (x) – jawab (√)
- Konsonan “p” betul dalam bentuk kata nama terbitan. Jika dalam bentuk kata akar,
ejaan yang betul ialah jawab.
vi) Kelainan vokal
- Contoh: guris (x) – gores (√)
- Perkataan yang tepat ialah “gores” yang bermaksud calar. “guris” tiada dalam
Kamus Dewan Edisi Keempat.
vii) Ejaan kata pinjaman
- Contoh: silaturrahim (x) – silaturahim (√), ramadhan (x) – ramadan (√), redha
(x) – reda (√)
-
MODUL BAHASA MELAYU TINGKATAN 4 15

2) KESALAHAN IMBUHAN
• Dalam kesalahan imbuhan, pelajar perlu membetulkan kesalahan imbuhan sahaja dan
mengekalkan kata dasar.
i. Awalan. Contoh:- pengbom(x) – pengebom (√)
ii. Akhiran. Contoh: masakkan (x) – masakan (√)
iii. Apitan. Contoh: perlanggaran (x) – pelanggaran (√)
3) KESALAHAN PENGGUNAAN ISTILAH
- Pelajar perlu menggantikan istilah yang salah kepada istilah yang tepat mengikut
konteks ayat tersebut.
i. Kesalahan istilah mengikut konteks
- Contoh: Kapal itu berhenti di Pelabuhan Klang. (x).
- Kapal itu berlabuh di Pelabuhan Klang. (√).
- Alasan: “berhenti” bermaksud henti dan istilah ini tidak sesuai untuk kapal.
Istilah yang sesuai ialah ‘berlabuh” yang bermaksud berhenti atau singgah.
4) KESALAHAN BAHASA
i. Kata pemeri
- Ialah – mesti diikuti frasa nama.
- Adalah – diikuti selain daripada frasa nama seperti frasa adjektif.
ii. Kata sendi nama
iii. Kata nafi
- Bukan – digunakan untuk menafikan frasa nama
- Tidak – digunakan untuk menafikan frasa kerja dan frasa adjektif
iv. Kata ganda
- Contoh: Semua kerja-kerja itu telah saya siapkan. (x).
- Semua kerja itu telah saya siapkan. (√).
- Perkataan semua mendukung maksud jamak. Kata ganda kerja-kerja juga
bermaksud jamak. Oleh itu, kata jamak tidak boleh bergandingan. Kata kerja
tidak perlu digandakan.
v. Kata bilangan
- Contoh: Tiap pekerja dikehendaki membawa makanan esok. (x).
- Setiap pekerja dikehendaki membawa makanan esok. . (√).
- “Tiap” harus digandakan untuk merujuk maksud yang tepat seperti tiap-tiap
atau setiap.
vi. Kata tanya
- Apa :- untuk binatang/ benda - Bila:- untuk masa
- Siapa :- untuk manusia - Mengapa:- Untuk sebab
- Di mana:- untuk tempat
MODUL BAHASA MELAYU TINGKATAN 4 16

5) KESALAHAN TATABAHASA
i. Hukum D-M
- Menetapkan perkataan yang diterangkan (D) mestilah diikuti oleh menerangkan
(M).
- Contoh: Kakak membeli goreng pisang di gerai Amy.(x)
- Kakak membeli pisang goreng di gerai Amy.(√)
ii. Frasa kerja Transitif
iii. Frasa kerja tak transitif
iv. Frasa kerja pasif (Kata Ganti Nama Diri 1, 2 dan 3)
- Kata ganti nama diri pertama dan kedua tidak boleh awalan “di” dan frasa sendi
“oleh”. Contoh:
a. Karangan itu dikarang oleh saya. (x)
b. Karangan itu saya karang. (√)
- Awalan “di” dan frasa sendi “oleh” hanya digunakan untuk kata ganti nama diri
ketiga. Contoh:
a) Karangan itu Ali karang. (x)
b) Karangan itu dikarang oleh Ali(√)
v. Frasa sendi nama
vi. Frasa nama jamak
- Dalam frasa nama jamak, kata bilangan jamak mestilah diikuti kata nama
tunggal.
- Penggunaan frasa nama jamak dengan kata bilangan jamak adalah salah dan
menjadikan ayat tidak gramatis.
- Contoh: deretan rumah-rumah (x) – deretan rumah (√)
vii. Frasa adjektif
- Dalam frasa adjektif, kata penguat amat, sungguh, dan sangat boleh diikuti
dengan kata penguat sekali kerana ketiga-tiga kata penguat ini tidak membawa
maksud darjah penghabisan.
- Namun begitu, kata penguat “paling” tidak boleh diikuti oleh kata penguat
“sekali” kerana kata penguat ini membawa maksud darjah penghabisan. Oleh
itu, salah satu daripada kata penguat ini perlu digugurkan.
- paling tinggi sekali (x) – tinggi sekali (√) – paling tinggi (√)
MODUL BAHASA MELAYU TINGKATAN 4 17

Praktis 1
Dalam petikan 1, terdapat lima kesalahan bahasa manakala petikan 2 terdapat enam kesalahan
bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak
perlu menyalin petikan-petikan tersebut.

Petikan 1

Aktiviti ko-kurikulum merupakan suatu acara yang dijalankan di luar bilik darjah.
Aktiviti ini termasuklah kegiatan sukan dan permainan, pertubuhan pakaian seragam, dan
kelab atau persatuan. Setiap murid di wajibkan supaya menyertai sekurang-kurangnya satu
dari setiap aktiviti tersebut. Aktiviti ini juga merupakan wadah pembinaan jasmani, emosi,
dan rohani untuk dibentuk generasi yang seimbang.
[5 markah]

Petikan 2

Kemarahan rakyat sabah berasas. Mereka percaya bahawa Gunung Kinabalu menjadi
tempat perkuburan roh nenek moyang mereka, maka siapa pun perlu menghormatinya. Hal
ini demikian kerana dalam konteks agama dan kepercayaan, sesuatu yang dianggap suci perlu
dihormati dari pelbagai aspek, termasuk berkelakuan sopan, bukan membuat bising, menjaga
kebersihan dan tidak sengaja didatangkan kerosakan. Oleh itu, bukanlah sesuatu yang pelik
apabila kaum Kadazandusun meluahkan kemarahan mereka terhadap kumpulan pelancung
asing yang berbogel dan membuang air kecil di puncak tersebut

Dipetik dan diubahsuai daripada


“Menghormati” Gunung Kinabalu
http://dwnmasyarakat.dbp.my

[6 markah]
MODUL BAHASA MELAYU TINGKATAN 4 18

Praktis 2
Dalam petikan 1, terdapat lapan kesalahan bahasa manakala petikan 2 terdapat tiga kesalahan
bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak
perlu menyalin petikan-petikan tersebut.

Petikan 1
Pandemik “COVID-19” yang melanda seluruh dunia membawa hikma tersendiri apabila
bidang sains dan teknologi mula di terima dan menjadi sebahagian dari cara hidup masyarakat.
“COVID-19” telah berjaya melonjakan peranan sains, teknoloji dan inovasi menjadi perkara
asas di dalam kehidupan. Penularan pendemik menjadikan masyarakat tergantung kepada
teknologi dan sains termasuk dalam hal mengurus kehidupan peribadi, seperti pembelajaran
dan perniagaan dalam talian. Norma baharu membuka lebih luas untuk masyarakat berhijrah
sepenuhnya kepada gaya hidup digital. Hal ini secara tidak langsung akan memberi peluang
kepada kita melaksanakan transformasi negara menjadi sebuah negara berteraskan teknologi
dan sains.
Dipetik dan diubahsuai daripada
“Pandemik buka mata kepentigan sains dan teknologi” oleh Madiha Abdullah
30 Jun 2020
https://www.astroawani.com

Petikan 2

Perkembangan teknologi juga berlaku dalam bidang makanan. Seringkali berlaku masalah
dan kerumitan sama ada dalam proses membuat atau menyediakan makanan. Teknologi amat
penting bagi memudahkan tugasan harian di rumah serta menjimatkan masa. Terdapat
pelbagai peralatan-peralatan yang telah dicipta khusus untuk bidang makanan seperti Fork
Fan. Masyarakat perlu menggunakan teknologi untuk meninggikan hasil, mengurangkan kos
operasi, serta memberikan kepuasan maksimum.
Dipetik dan diubahsuai daripada
“Kepentingan teknologi”
https://cahayahatiku101010.wordpress.com/kepentingan-teknologi/

[11 markah]
MODUL BAHASA MELAYU TINGKATAN 4 19

Praktis 3
Petikan di bawah mengandungi 13 kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan
itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada 13 kesalahan yang terdapat dalam petikan. Anda
tidak perlu menyalin petikan tersebut.

Tan Sri Dato' Profesor Ungku Dr. Zeti Akhtar Binti Ungku Abdul Aziz menjadi wanita
Pertama memikul jawatan paling terkemuka dalam dunia perbankan negara iaitu gabenor
Bank Negara Malaysia. Anak tunggal kepada tokoh ilmuwan terkenal, Profesor Diraja Ungku
Abdul Aziz dan tokoh budaya negara, Sharifah Azah Aziz ini dianugerahkan dengan
kebijaksanaan yang diwarisi dari kedua orang tuanya menjadikan beliau seorang yang sangat
berjaya dalam bidang yang diceburinya. Dia juga digelar sebagai pemimpin kewangan negara
dan telah menjadi salah seorang wanita yang paling berkuasa di Malaysia. Beliau adalah
seorang daripada Sembilan gabenor bank terkemuka didunia dan mendapat anugerah Gabenor
bank Pusat terbaik dunia pada 2015. Pada 2016 beliau menerima Anugerah Kecemerlangan
sepanjang Hayat atas pecapaiannya dalam menangani krissis kewangan 1997/98.
Dipetik dan diubahsuai daripada
“Tan Sri Dr.Zetti Akhtar Aziz”.
http://penatokoh.blogspot.com/2014/04/tan-sri-dr-zetti-akhtar-aziz.html

[13 markah]
MODUL BAHASA MELAYU TINGKATAN 4 20

4) BAHASA MELAYU STANDARD

CIRI-CIRI
- Sebelum menukar penggunaan bahasa Melayu klasik kepada bahasa Melayu
standard, beberapa perkara perlu diambil perhatian iaitu;
1) Huruf dan perkataan
a) Penggunaan huruf Jawi.
- Huruf ini diadaptasi daripada huruf Arab. Terdapat tambahan beberapa
huruf lain untuk mencukupkan sebuatan bahasa Melayu iaitu ca, nga,
ga, pa dan nya
b) Pengaruh bahasa Arab terutamanya istilah berkaitan hukum Islam. Contoh
Allah taala, daulat, wallahualam
c) Penggunaan bahasa istana. Contoh, beradu (tidur), bersiram (mandi),
gering (sakit), santap (makan).
d) Kosa kata klasik: berahi (cinta), ceritera (cerita), masyghul (sedih).
e) Penggunaan kata pangkal ayat: adapun, alkisah, arakian, hatta, maka,
sebermula, syahdan.
2) Sintaksis
a) Penggunaan ayat majmuk – ayatnya panjang ala ayat Arab kerana
menggunakan kata hubung.
b) Terdapat ayat susunan songsang.
c) Penggunaan ayat pasif.

APA YANG PATUT KITA BUAT UNTUK MENUKARKAN BAHASA


KALSIK KEPADA BAHASA STANDARD?

- Baca keseluruhan petikan sehingga faham.


- Gariskan perkataan-perkataan bahasa klasik yang dapat ditukar.
- Jangan menambah apa-apa perkara lain yang tiada dalam petikan.
- Jangan tukar nama-nama khas.
- Kenal pasti bahasa klasik dengan bahasa istana.
- Bahasa istana tidak perlu tukar.
- Struktur ayat bahasa klasik bertentangan dengan bahasa moden.

Contoh: Bahasa Klasik: Maka berangkatlah baginda ke istana.


Bahasa standard: Lalu baginda berangkat ke istana.
* baginda tidak perlu ditukar kerana bahasa istana.

- Bahasa klasik banyak menggunakan struktur ayat pasif.


Contoh: Maka oleh diparang oleh Hang Tuah kepada dua orang yang
mengamuk itu terbelah dua.
Bahasa moden: Lalu Hang Tuah memarang kepada dua orang yang mengamuk
itu terbelah dua.
MODUL BAHASA MELAYU TINGKATAN 4 21

PERKARA YANG PELAJAR HARUS BUAT SEBELUM JAWAB SOALAN.

1. Senaraikan watak-watak yang terdapat dalam petikan. Tujuan: anda dapat


kenal pasti watak yang sama dan pemilihan kata ganti nama diri yang
digunakan tepat dan sesuai.
2. Senaraikan latar tempat yang terdapat dalam petikan.
3. Nyatakan isu utama/ pokok persoalan dalam petikan.
4. Buang perkataan klasik seperti maka, arakian, syahdan, lah, pun, ataupun
perkataan yang tidak perlu.
5. Perkataan kalasik tukar kepada bahasa moden.

CIRI-CIRI BAHASA KLASIK YANG PERLU DITUKAR.

1. Unsur subjek dalam bahasa klasik perlu digugurkan


2. Perkataan yang sukar difahami dan tidak boleh ditukarkan maksudnya, boleh
dikekalkan. Contoh: ditambangkan (dibaling), genta (lonceng), cerpu
(sejenis lapik kaki).
3. Perkataan mudah seperti cindai, cangkir boleh ditukar kepada bahasa
moden.
4. Gelaran, jawatan, alat peperangan perlu dikekalkan. Kekecualian frasa
“Tuan” (Tuan Puteri Hang Li Po) perlu digugurkan kerana “tuan”
menunjukkan galaran jantina untuk perempuan pada masa dahulu tetapi
tidak pada masa sekarang.
5. Pelajar TIDAK BOLEH menambah idea, meninggalkan sebarang ayat atau
isi penting kerana ini akan menjejaskan markah.
6. Penanda wacana klasik perlu ditukarkan kepada penanda wacana moden
ataupun digugurkan. Contoh:
i. Adapun Raja itu memiliki puteri yang…”
Raja itu memiliki seorang puteri yang”.
ii. “…syahdan adapun Paduka Demang pun masuk…”
“...Paduka Demang masuk…”
7. Kata ganti nama diri “nya” juga merujuk kepada sultan perlu digantikan
dengan “baginda”. Contoh:
“..Sultan Mansor Syah pun kembali ke istananya…”
“…Sultan Mansur Syah embali ke istana baginda…”
8. Penjodoh bilangan yang tidak tepat perlu ditukar.
- “…maka ditimbangnya suatu geliga sakti lalu…”
- “…maka ditimbangnya sebutir geliga sakti lalu…”
MODUL BAHASA MELAYU TINGKATAN 4 22

Praktis 1
Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan
tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Maka Kertala Sari pun berdirilah atas kepala Laksamana itu, katanya, “Teririk bangkai
pula aku ini!”
Adapun akan Laksamana tidur itu kerisnya sudah terhunus, lalu ia bangun melompat
menikam dada Kertala Sari terus ke belakangnya.
Maka Laksamana pun berkata, “Ceh, mati engkau olehku!”
Setelah Kertala Sari merasai luka itu, maka dihunusnya kerisnya pula mengusir
Laksamana. Dua tiga langkah maka ia pun rebah terjerumus lalu mati. Maka oleh Laksamana
dihirisnya syahwatnya lalu ia kembali ke rumah.

Dipetik daripada “Kepimpinan Melalui Teladan”


dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia

[6 markah]
Bahasa klasik Bahasa Moden
Maka Kertala Sari pun berdirilah atas kepala
Laksamana itu, katanya, “Teririk bangkai pula
aku ini!”
Adapun akan Laksamana tidur itu kerisnya
sudah terhunus, lalu ia bangun melompat
menikam dada Kertala Sari terus ke
belakangnya
Maka Laksamana pun berkata, “Ceh, mati
engkau olehku!”
Setelah Kertala Sari merasai luka itu, maka
dihunusnya kerisnya pula mengusir
Laksamana. Dua tiga langkah maka ia pun
rebah terjerumus lalu mati.
Dua tiga langkah maka ia pun rebah terjerumus
lalu mati.
oleh Laksamana dihirisnya syahwatnya lalu ia
kembali ke rumah.

Jawapan lengkap:
MODUL BAHASA MELAYU TINGKATAN 4 23

Praktis 2
Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan
tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Hatta maka hari pun malamlah. Maka Kertala Sari pun masuk mencuri pula sebuah rumah
saudagar yang lain. Setelah sudah banyaklah ia beroleh harta, maka ia pun kembali pada
tempatnya pula. Dengan demikian habislah segala harta saudagar yang kaya-kaya itu
dicurinya. Maka segala saudagar dan orang kaya-kaya itu pun masuk menghadap raja
berdatang sembah, “Ya tuanku, patik mohon ampun, adapun patik sekalian ini habis kecurian
tinggal sehelai sepinggang.”
Dipetik daripada “Kepimpinan Melalui Teladan”
dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia

[6 markah]

Praktis 3
Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan
tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Maka Laksamana pun membahagi tiga, diambil oleh Laksamana harta itu sebahagi. Maka
yang sebahagi Laksamana ambil itu dibahagi tiga pula; yang sebahagi itu didermakan pada
segala fakir miskin dan sebahagi lagi diberikan pada segala pegawai yang tiada penguasaan
dan sebahagi diberikan pada segala orangnya. Maka segala harta itu pun habislah, suatu pun
tiada diambil oleh Laksamana.

Dipetik daripada “Kepimpinan Melalui Teladan”


dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia

[6 markah]
MODUL BAHASA MELAYU TINGKATAN 4 24

5) PERIBAHASA

- Soalan peribahasa mempunyai pelbagai bentuk.


- Sebagai contoh, menyatakan peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam
petikan dan menyatakan peribahasa yang mempunyai sama maksud dengan
peribahasa yang diberikan dalam petikan.
- Pelajar perlu menguasai peribahasa-peribahasa yang terdapat dalam buku teks
Tingkatan 4.

Praktis 1
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian nyatakan tiga peribahasa yang sesuai dengan
situasi dalam petikan tersebut.
Kehidupan Amy semakin tidak tentu arah setelah kedua-dua orang tuanya meninggal dunia.
Walau bagaimanapun, Amy bernasib baik kerana dia telah dibantu oleh jirannya iaitu keluarga
Azraai. Keluarga Azraai sentiasa memberikan semangat kepada Amy supaya dia belajar
bersungguh-sungguh. Amy belajar bersungguh-sungguh sehingga larut malam. Akhirnya,
Amy berjaya masuk ke universiti. Amy yang sentiasa mengenang jasa jiranya itu berazam
untuk membalas jasa baik keluarga Azraai.

[6 markah]
Praktis 2
Petikan di bawah mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan dua peribahasa sahaja,
kemudian berikan peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan
peribahasa tersebut.
Thrump memang merupakan seorang yang keras kepala kerana tidak mendengar nasihat orang
tuanya. Segala nasihat mereka bagai mencurah air ke daun keladi kerana nasihat yang
diberikan tidak pernah diendahkannya. Dia sering melakukan sesuatu perkara secara
membuta tuli dan serta tidak memikirkan kesan buruk yang akan menimpa dirinya suatu hari
nanti.

[4 markah]
Praktis 3
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian nyatakan tiga peribahasa yang sesuai dengan
situasi dalam petikan tersebut.
Selepas kemalangan jalan raya itu, Azmi sentiasa berwaspada semasa memandu. Peristiwa itu
menyebabkan dia sentiasa mengingatkan rakan-rakanya supaya sentiasa berhati-hati sebelum
sesuatu musibah melanda. Kini, Azmi sedar bahawa sesuatu peristiwa yang berlaku akan
membawa penyesalan yang berpanjangan.

[6 markah]
MODUL BAHASA MELAYU TINGKATAN 4 25

BAHAGIAN B: PEMAHAMAN

- Pelajar dikehendaki menjawab soalan-soalan yang diberikan dengan


menggunakan ayat sendiri.
- Pelajar perlu memahami bahan yang diberikan agar dapat menjawab soalan
yang diberikan.

6) PETIKAN UMUM

Praktis 1
Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1

(Sumber: Internet)
MODUL BAHASA MELAYU TINGKATAN 4 26

(Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia)


Bahan 2
Difteria ialah jangkitan akut yang menjejaskan sistem pernafasan. Wabak difteria berlaku
di Rusia, Ukraine, Mongolia dan Ecuador pada tahun 1990-an. Penyakit difteria meningkat
semasa musim sejuk di kawasan yang beriklim sederhana dan melibatkan kanak-kanak berumur
dibawah 15 tahun yang belum mendapat imunisasi. Selain itu, Penyakit ini juga dikesan dalam
kalangan orang dewasa di kawasan yang tidak mendapat imunisasi.
Penyakit difteria disebabkan oleh bakteria Corynebacterium diphtheria yang menjangkiti
tekak dan menghasilkan toksin. Keadaan ini akan menyebabkan keradangan di sekitar tekak dan
leher bengkak sehingga pesakit sukar bernafas sehingga membawa maut.
Penyakit ini sangat berbahaya dan mudah berjangkit. Namun begitu, penyakit ini masih
boleh dicegah dengan mendapatkan suntikan pelalian agar penularannya dapat dicegah. Selain
itu, vaksin yang perlu diambil ialah kombinasi vaksin lima serangkai (DTap-IPV/Hib) yang
diberikan kepada kanak-kanak berumur dua bulan, tiga bulan, lima bulan, 18 bulan, dan tujuh
tahun. Pesakit yang dijangkiti pula akan diberikan antitoksin serta-merta.

(Sumber: http://www.myhealth.gov.my/difteria/ )

(i) Apakah maksud difteria? [2 markah]

(ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, jelaskan langkah-langkah pencegahan yang boleh
diambil untuk mengelakkan jangkitan penyakit ini? [3 markah]

(iii) Penyakit berjangkit yang melanda dunia memberikan kesan negatif kepada pembangunan
negara.
Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan penyakit berjangkit kepada masyarakat?
[3 markah]
(iv) Ketika negara-negara miskin di seluruh dunia berjuang untuk mengalahkan koronavirus,
mereka secara tidak sengaja menyumbang kepada lonjakan penyakit dan kematian akibat
penyakit lain seperti defteria, kolera, polio, dan campak.
Pada pendapat anda, bagaimanakah kita dapat membantu negara-negara miskin
menyelesaikan masalah ini? [4 markah]
MODUL BAHASA MELAYU TINGKATAN 4 27

Praktis 2
Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Ramai ibu bapa kini gemar menghantar anak mereka ke pusat tuisyen. Hal ini bagi mereka,
belajar di pusat tuisyen boleh memberikan keputusan peperiksaan yang lebih baik. Selain itu,
ibu bapa yang menghadapi masalah kekangan masa untuk memberikan tunjuk ajar kepada anak
mereka turut mengambil inisiatif untuk menghantar anak ke pusat tuisyen sebagai tempat bagi
menambahkan ilmu pengetahuan, meningkatkan kualiti pembelajaran dan prestasi anak mereka.
Kelas tuisyen lazimnya dilaksanakan dalam bentuk “kelas”, yakini secara beramai-
ramai. Dalam keadaan ini, seorang guru tuisyen akan membimbing sejumlah pelajar biasanya
melebihi 10 orang. Kelas tuisyen biasanya beroperasi di pusat tuisyen. Guru tuisyen boleh
memberikan latihan tambahan yang boleh meningkatkan keupayaan pelajar itu untuk menjawab
soalan. Tuisyen ini juga membolehkan pelajar menumpukan perhatian semasa guru mengajar
kerana mempunyai persekitaran yang baik untuk belajar dan bilangan pelajar dalam satu kelas
kecil.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Pentingkah Tuisyen’
https://www.gpsbestari.com/artikel/rencana/pentingkah-tuisyen-1.519249

Bahan 2

Setiap perkara mempunyai kebaikan serta keburukannya yang tersendiri, begitu juga dengan
penggunaan gajet. Terdapat segelintir masyarakat yang beranggapan segala aplikasi dalam gajet
itu hanya akan melalaikan dan memberi kesan yang tak berfaedah serta negatif. Namun
sebaliknya pula penggunaan gajet dalam pengajaran dan pembelajaran. Gajet dapat menjadi alat
bantu mengajar kepada guru dalam meningkatkan kualiti pembelajaran dan prestasi murid.
Aplikasi seperti Facebook dapat menjadi platform kepada guru dan murid untuk meningkatkan
proses pembelajaran yang lebih mesra dan terbuka. Menerusi laman sosial Facebook, guru dan
murid dapat berkongsi bahan-bahan seperti jurnal, artikel dan bahan bacaan dengan rakan-
rakan. Selain itu, melalui laman web, pengajaran atas talian juga dapat menjimatkan waktu dan
kos kerana penggunaanya yang fleksibel dan dapat dicapai pada bila-bila masa dari mana-mana
tempat. Pembelajaran atas talian mampu meningkatkan keberkesanan yang maksima dalam
dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana kandungan pelajaran dapat dipersembahkan
dalam bentuk yang tersusun dan menarik.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Penggunaan gajet dalam PdP beri impak besar’
oleh Roshilawaty Raieh,
https://www.gpsbestari.com/tip/sinar-di-sekolah/penggunaan-gajet-dalam-pdp-beri-impak
9 Oktober 2020.
MODUL BAHASA MELAYU TINGKATAN 4 28

(i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud keberkesanan yang maksima. [2 markah]

(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan pembelajaran dalam
talian dan pembelajaran kelas tuisyen. [3markah]

(iii) Penggunaan “gajet” yang tidak terkawal memberikan impak negatif kepada masyarakat
terutamanya golongan remaja.
Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan penggunaan “gajet” yang melampau kepada
golongan remaja? [3 markah]

(iv) Kumpulan anda diminta untuk menyiapkan tugasan oleh guru anda dengan menggunakan
aplikasi-aplikasi seperti Quizzizz, dan Kahoot!, pada masa yang ditetapkan. Namun,
tugasan tersebut tidak berjaya diselesaikan.
Sekiranya kumpulan anda diberikan peluang kedua untuk menyiapkan tugasan yang sama
dalam masa yang ditetapkan, cadangkan langkah-langkah untuk memastikan tugasan
tersebut dapat diselesaikan. [4 markah]
MODUL BAHASA MELAYU TINGKATAN 4 29

Praktis 3
Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Nanoteknologi menjanjikan impak yang besar dalam ekonomi dunia dan merubah
landskap hampir keseluruhan industri dengan ketara. Oleh sebab manfaatnya yang banyak,
nanoteknologi digunakan dalam pelbagai aplikasi dan proses. Dalam bidang ketenteraan,
nanoteknologi boleh menukar kaedah peperangan dengan penghasilan kenderaan tanpa
pemandu. Nanoteknologi juga boleh digunakan dalam pembuatan pakaian tentera yang ringan
dan pintar.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Nanoteknologi Pedang Dua Mata’ oleh Halila Faiza Zainal Abdin,
Dewan Kosmik, November 2019.

Bahan 2

MELAKA: Kementerian Kesihatan (KKM) akan


memperluas penggunaan teknologi dron dalam usaha
perangi pembiakan nyamuk-nyamuk aedes mulai tahun
depan. Menurut jurucakap, walaupun harganya
mencecah RM20,000 seunit, dron adalah pelaburan yang
baik dan sangat muasabah. Dron amat efektif dalam
membantu mengesan pembiakan aedes terutama sekali di
lokasi yang terlindung dan tinggi.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Guna dron cari aedes”,
Berita Harian, 10 November 2018.
MODUL BAHASA MELAYU TINGKATAN 4 30

(i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud amat efektif. [2 markah]

(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan kepentingan teknologi ini.


[3markah]

(iii) Akibat kemajuan teknologi, sisa elektroni atau e-waste semakin hari semakin meningkat.
Sisa elektoronik ini mengandungi bahan kimia termasuklah logam berat yang membawa
kesan toksik kepada manusia dan alam sekitar seperti plumbum, raksa dan kadium.
Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan pelupusan sisa elektronik yang tidak sempurna?
[4 markah]

(iv) Penggunaan nanoteknologi secara meluas mencetuskan kebimbangan pelbagai pihak


tentang ancaman keselamatan dan kesihatan kepada manusia dan alam sekitar.
Sebagai rakyat yang prihatin, apakah cadangan langkah-langkah kepada kerajaan untuk
mengurangkan risiko nanaoteknologi terhadap manusia dan alam sekitar?
[4 markah]
MODUL BAHASA MELAYU TINGKATAN 4 31

7) PETIKAN SASTERA

Praktis 1
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Gelanggang

Ini gelanggang kita


yang diwariskan oleh pendekar-pendekar datuk moyang lebih
lima dekad yang lalu
satu persepakatan kaum untuk diturunkan kepada anak cucu
di kemudian hari.

Hari ini kitalah pewaris gelanggang yang terbina dari keringat


dan air mata
dengan gelanggang inilah negara aman makmur rakyat
berpadu
kita pelihara gelanggang ini dengan kejap sepenuh hati
kita mempertahankan kedaulatan watan dari anasir jahat
kerana telah terbukti dapat menyatupadukan pelbagai
keturunan.

Para pendekar kita harus berani berjuang menangkis tohmahan


demi mempertahankan maruah gelanggang keramat suci ini
suara-suara momokan sumbang memperlekehkan menyentuh
hati nurani
kita sanggah nyah tanpa kompromi dari menggugah
gelanggang
jangan sekali bermain api kelak membinasakan diri sendiri.

Marilah pahlawan setia kita kukuhkan ukhuwah


elakkan pertelingkahan sesama sendiri.

Kitalah pewaris abadi yang menjunjung amanah ini


agar kecemerlangan tercerna di persada arena
terus memacu kejayaan demi maruah harga jati diri
membina sebuah negara bangsa yang harmoni dan dihormati
kita junjung dan taat hingga ke akhir hayat.
Onn Malini
Antalogi Jaket Kulit Kijang dari Istambul
Dewan Bahasa dan Pustaka
MODUL BAHASA MELAYU TINGKATAN 4 32

Bahan 2
Saya ingin memahirkan lidah dengan bahasa ibunda kerana inilah saja khazanah warisan
tinggalan bangsa yang mendiami bumi ini sejak sekian lama. Ilmu-ilmu berkaitan kewajipan
perlu memenuhi dada saya sebagai benteng ampuh daripada segala anasir dan gejala hitam yang
boleh meruntuhkan keperibadian sebelum bersedia untuk mengatur gerak langkah membina
dunia baharu di ibu kota agung itu.
Lantas, berkali-kali bonda berpesan kepada saya supaya memelihara agama dan bahasa
ibunda jika ingin terus dihormati dan disegani sebagai bangsa agung dan bermaruah…
… saya faham bonda hanya ingin menghidupkan roh patriotisme dan jati diri dalam diri
saya. Semangat cinta akan bangsa kian terhakis dalam jiwa anak-anak generasi material ini.
Harapan bonda moga-moga saya menjadi pejuang yang berani mempertahankan nilai dan
kepentingan bangsa saya sendiri…
Dipetik daripada cerpen ‘Munsyi’Oleh Husna Nazri
Antologi Jaket kulit kijang dari Istambul,
Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud kukuhkan ukhuwah. [2


markah]

(ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan cara-cara mempertahankan kedaulatan agar
negara terus dihormati dan disegani. [4 markah]

(iii) Semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat perlu dipupuk sejak di bangku sekolah
lagi.
Pada pendapat anda, apakah aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan bagi mewujudkan
perpaduan dalam kalangan pelajar? [3 markah]

(iv) Peranan media massa dalam menyebarkan maklumat sangat pantas dan menjadi bahan
termudah, termurah dan terkini. Kemajuan teknologi media massa telah mengakibatkan
penularan budaya barat yang menyebabkan keruntuhan moral dan secara tidak langsung
mengikis semangat cinta akan negara.
Sebagai rakyat yang prihatin, bagaimanakah anda dapat membantu untuk mengatasi
masalah ini? [4 markah]
MODUL BAHASA MELAYU TINGKATAN 4 33

Praktis 2
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Gurindam Dua Belas (Fasal yang ketiga)

Apabila terpelihara mata,


Sedikitlah cita-cita.

Apabila terpelihara kuping,


Khabar yang jahat tiadalah damping.

Apabila terpelihara lidah,


Nescaya dapat daripadanya faedah.

Bersungguh-sungguh engkau memelihara tangan,


Daripada segala berat dan ringan.

Apabila perut terlalu penuh,


Keluarlah fiil yang tiada senonoh.

Anggota tengah hendaklah diingat,


Di situlah banyak orang yang hilang semangat.

Hendaklah peliharakan kaki,


Daripada berjalan yang membawa rugi.

Antalogi Jaket Kulit Kijang dari Istambul


Dewan Bahasa dan Pustaka
MODUL BAHASA MELAYU TINGKATAN 4 34

Bahan 2

“You are not a good Muslim. If you don’t want to buy why you try this jacket? You only
waste my time? You think who are you? An artist?”
Kenapa hendak mengaitkan agama pula ni? Dia yang menyuruh aku mencuba jaket itu.
Dia juga yang memuji penampilanku seperti artis dalam balutan jaket kulit kijang. Aku tiba-tiba
teringat akan kata-kata Dr. Shaiful Bahari sebelum terbang ke Turki. Berhati-hati kerana
kebanyakan peniaga Turki suma mengambil kesempatan.
“Sorry, sir! I didn’t mean to hurt your feeling. Please give me way to leave” balasku
dengan perasaan agak sebal. Aku ingin melangkah keluar, tetapi dia menghalangku di muka
pintu. Wajahnya kelihatan marah.
…“Please…,” aku belum menghabiskan kata-kata. Dia tiba-tiba mengiringkan badan.
Tangan kirinya diangkat melepasi kepala dan berkata, “You can go to hell”.
Dua orang pembantu kedai rakannya Cuma mendiamkan diri. Barangkali kejadian seperti
itu sudah biasa berlaku.
Perasaanku begitu terganggu…

Dipetik daripada cerpen ‘Jaket Kulit Kijang dari Istambul’


Oleh Maskiah Haji Masrom.
Antologi Jaket kulit kijang dari Istambul,
Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud fiil yang tiada senonoh. [2 markah]

(ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, apakah nasihat yang boleh dijadikan teladan hidup?
[4 markah]

(iii) Belakangan ini, golongan remaja semakin hilang nilai sopan santun malah mereka juga
banyak terlibat dalam masalah sosial.
Pada pendapat anda, apakah langkah anda sekiranya menerima berita yang belum pasti
kebenarannya? [3 markah]

(iv) Segelintir peniaga bersikap tidak bertanggungjawab, suka mendesak dan menggunakan
kata-kata kesat kepada pelancong tempatan mahupun asing yang hanya melihat barang
dagangan mereka tanpa membeli apa-apa. Sikap peniaga seperti ini secara tidak langsung
akan menjatuhkan nama baik negara.

Sebagai rakyat yang prihatin, apakah cadangan langkah yang wajar dilakukan untuk
mengatasi masalah ini?
[4 markah]
MODUL BAHASA MELAYU TINGKATAN 4 35

Praktis 3
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1
Seminggu selepas itu, ketika saya sampai di kampung pinggir kota itu, keadaan sudah
kelam-kabut. Jentera-jentera berat bersiap sedia merobohkan rumah-rumah kayu usang. Puluhan
anggota penguatkuasa mengawal suasana sekitar yang dipanaskan dengan demonstrasi penduduk
membantah pencerobohan itu.
Saya mencari Munsyi. Saya bimbang akan puluhan buku lama yang dihadiahkan oleh
bonda kepada Munsyi. Ketika sesi meroboh bermula, saya jadi terkedu melihat puluhan buku ini
ranap dan berkecai bersama-sama ranapnya rumah Munsyi dihentam taring-taring tajam jentera
berat yang melanggar dan meredah apa-apa saja. Air mata saya menitis dan pilu bukan sahaja
mengenang khazanah berharga yang musnah, tetapi membayangkan satu-satunya tanah rezab
milik bangsa di kota besar ini akan berpindah kepada tuan-tuan saudagar asing yang bakal
mengaut keuntungan di bumi ini.
Dipetik daripada cerpen ‘Munsyi” oleh Husna Nazri
dalam antologi Jaket kulit kijang dari Istambul,
Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahan 2

Kau kenal Kaduk bukan? Ya, Kaduk itulah. Kaduk yang mana lagi. Kaduk yang kau ejek
siang dan malam dari tahun ke tahun, dari zaman ke zaman. Kau kata dia bodoh kerana bertukar
ayam dengan raja. Kau ejek dia kerana ayamnya menang tetapi kampungnya tergadai.
Tapi kau tidak pernah marah kepada raja yang sanggup mengambil tanah Kaduk. Raja
sanggup menggambil tanah rakyatnya yang miskin. Bukan hanya tanah Kaduk malah ramai lagi
rakyat yang ditipu dan dirompak pada siang hari. Kau tau apa terjadi kepada Kaduk selepas
tanahnya diambil? Dia dan isteri serta seorang anak lelaki, hidup merempat dan menumpang di
atas tanah yang sebenarnya tanahnya sendiri. Dari miskin menjadi bertambah miskin. Dari susah
menjadi lebih susah. Masa berganti masa, anak lelakinya pun dewasa dan mula berumah tangga.
Kaduk sudah bercucu, seorang lelaki juga.

Dipetik daripada cerpen ‘Kaduk, ayam dan Raja” oleh Zurinah Hassan
dalam antologi Jaket kulit kijang dari Istambul,
Kementerian Pendidikan Malaysia
MODUL BAHASA MELAYU TINGKATAN 4 36

(i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud hidup merempat. [2 markah]

(ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, apakah isu yang berlaku dalam kalangan masyarakat?
[4 markah]

(iii) Demonstrasi jalanan bukanlah satu jalan penyelesaian yang baik untuk menyelesaikan
sesuatu masalah yang melibatkan pihak berkuasa atau golongan atasan.
Pada pendapat anda, mengapakah penganjuran demonstrasi tidak digalakkan untuk
menyatakan bantahan terhadap sesuatu isu yang tidak disenangi? [3 markah]

(iv) Masyarakat bawahan atau golongan miskin sering kali ditindas sehingga mereka terpaksa
melalui banyak kesusahan hidup seperti kehilangan tanah dan rumah.
Sebagai rakyat yang berpengetahuan, apakah cadangan langkah untuk mengatasi masalah
penindasan dalam kalangan masyarakat bawahan?
[4 markah]
MODUL BAHASA MELAYU TINGKATAN 4 37

8) NOVEL

Praktis 1
i. Baca petikan novel di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

… Dari jauh Haiqal dapat melihat ombak yang memutih menghempas ke pantai. Tiba-
tiba dia teringatkan Pantai Batu Buruk. Teringatkan juga Ratna yang kini menyepikan diri.
Mungkin juga gadis itu terlalu sibuk menguruskan perniagaannya.
“Kita jalan-jalan di tepi pantai, nak tak?” ajak See Hwa selepas mengunci keretanya.
Haiqal tidak membantah. Dia senang sekali berjalan beriringan dengan See Hwa di tepi
pantai yang bersih dan mulus pasirnya. Menurut See Hwa, pantai ini dahulunya merupakan
tempat riadah yang terkenal di daerah ini. Kini pantai ini menjadi mangsa hakisan ombak yang
teruk. Bahagian tepi pantai ini terpaksa ditahan dengan bongkah-bongkah batu besar untuk
mengelakkan hakisan lebih jauh lagi.
Dipetik daripada
Novel Silir Daksina Karya Nizar Parman
Kementerian Pendidikan Malaysia

Berdasarkan petikan di atas, nyatakan faktor perubahan pantai dan langkah mengatasinya.
[4 markah]

(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(i) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latif Talib


(ii) Di Sebalik Dinara, karya Dayang Noor
(iii) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin
(iv) Pantai Kasih, karya Azmah Nordin

Berdasarkan novel yang anda pelajari, jelaskan peristiwa-peristiwa yang menunjukkan


kritikan masyarakat dalam novel tersebut.
[6 markah]
MODUL BAHASA MELAYU TINGKATAN 4 38

Praktis 2
i. Baca petikan novel di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Kampung ini tidaklah terlalu mundur jika dilhat dari segi fizikalnya. Lampu kuning juga
dipasang berselang tiga tiang elektrik. Jalannya sudah berturap malah rasanya jauh lebih baik
daripada sesetengah tempat. Lengkap dengan sekolah, balai raya dan klinik desa. Ada pula
sebuah bangunan yang dijadikan pusat komoditi pertanian. Di hadapan kampung ini ada papan
tanda besar menunjukkan arah bangunan-bangunan ini. Terpampang juga logo Gerakan Daya
Wawasan. Jika diukur berdasarkan itu, kampung ini memang tidak ada kurangnya.
Dipetik daripada
“Novel Silir Daksina” Karya Nizar Parman
Kementerian Pendidikan Malaysia

Berdasarkan petikan di atas, apakah bukti bahawa sesebuah kampung itu tidak terlalu
mundur? [4 markah]

(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(i) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latif Talib


(ii) Di Sebalik Dinara, karya Dayang Noor
(iii) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin
(iv) Pantai Kasih, karya Azmah Nordin

Berdasarkan novel yang anda pelajari, huraikan dua peristiwa pada permulaan cerita dan
nyatakan sebab kepentingan peristiwa tersebut untuk anda meneruskan pembacaan.
[6 markah]
MODUL BAHASA MELAYU TINGKATAN 4 39

Praktis 3
i. Baca petikan novel di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Walaupun catatan itu pendek-pendek tetapi dia pasti catatan itu merupakan sesuatu
yang penting. Perkara yang menarik perhatiannya adalah tentang jenis-jenis tarian zapin
yang dimainkan di negeri ini – ada lima belas jenis tarian yang disenaraipendekkan. Angka
yang keenam belas terbiar kosong.
Peralatan yang digunakan untuk persembahan tarian zapin juga turut disenaraikan.
Antaranya, gambus, rebana, gendang, dok (gendang panjang), akordian, biola, dan marakas.
Dia membayangkan akan keharmonian iramanya andai kesemua alat muzik itu dimainkan;
bertingkah-tingkah. Dia juga benar-benar ingin mendengar alunan iramanya. Sunguh-
sungguh.
Dipetik daripada
“Novel Silir Daksina” Karya Nizar Parman
Kementerian Pendidikan Malaysia

Berdasarkan petikan di atas, berapakah jenis tarian zapin dan apakah peralatan yang
digunakan untuk persembahan tarian ini?
[4 markah]

(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(i) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latif Talib


(ii) Di Sebalik Dinara, karya Dayang Noor
(iii) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin
(iv) Pantai Kasih, karya Azmah Nordin

Berdasarkan novel yang anda pelajari, huraikan dua peristiwa yang membawa kepada
klimaks dalam novel tersebut.
[6 markah]
MODUL BAHASA MELAYU TINGKATAN 4 40

BAHAGIAN C: RUMUSAN
[30 markah]

1. Calon perlu mengenal pasti SEMUA fokus yang terdapat dalam semua bahan.
2. Markah keseluruhan isi ialah 20 markah.
Pendahuluan: 2 markah,
Isi: 16 markah (8 isi tersurat)
Kesimpulan: 2 markah

3. Calon perlu mengemukakan 8 isi lengkap (Isi wajib diambil daripada setiap bahan dan
menyentuh setiap fokus
4. Markah bahasa dinilai secara holistik sebanyak 10 markah. a.
Cemerlang: 8-10
Baik: 5-7
Sederhana: 3-4
Lemah: 1-2

5. Rumusan tidak melebihi 120 patah perkataan.


6. Kesimpulan perlu berdasarkan tema bahan, cadangan dan kesan.
7. Jawapan hendaklah ditulis dalam bentuk esei

PANDUAN RINGKAS PENDAHULUAN


PENDAHULUAN 2 FOKUS
• Rumusan membincangkan ___fokus 1___ dan ___fokus 2___. (2 markah)
• Rumusan membincangkan ___fokus 1___. (1 markah)
PENGIRAAN MARKAH ISI
BILANGAN ISI BILANGAN ISI CALON BILANGAN ISI DITERIMA
BAHAN 1
Fokus 1 (usaha – 2 isi) 2 2/1/0
Fokus 2 (langkah – 6 isi) 6 5/6

BAHAN 2
Fokus 1 (langkah – 3 isi) 2 1/2
JUMLAH 8
PENDAHULUAN 3 FOKUS
• Rumusan membincangkan ___fokus 1___, ___fokus 2___ dan __fokus 3___. (2 markah)
• Rumusan membincangkan ___fokus 1___ dan ___fokus 2___. (1 markah)
PENGIRAAN MARAH ISI
BILANGAN ISI BILANGAN ISI CALON BILANGAN ISI DITERIMA
BAHAN 1
Fokus 1 (usaha – 6 isi) 6 5
Fokus 2 (langkah –2 isi) 1 1/0

BAHAN 2
Fokus 1 (langkah – 2 isi) 1 1
BAHAN 3
Fokus 3 (kesan – 3 isi) 2 1/2
JUMLAH (Kombinasi setiap bahan) 8
MODUL BAHASA MELAYU TINGKATAN 4 41

Praktis 1
Baca petikan dan sajak di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak
melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa
mengubah maksud asal petikan dan gambar.

Bahan 1
Plastik dan rakyat Malaysia sememangnya amat akrab, ibarat kata pepatah “bagai isi dengan
kuku”. Boleh dikatakan 99 peratus masyarakat negara ini melakukan perbelanjaan barangan harian
di pusat membeli-belah pasti menggunakan medium perantara seperti beg plastik. Di Malaysia,
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia (KPKT) telah menganggarkan jumlah
sisa pepejal tersebut meningkat kepada 30,000 tan sehari menjelang 2020, namun jumlah itu
sudahpun melebihi dari jangkaan 2020.
Penggunaan plastik yang tidak terkawal akan menimbulkan impak negatif kepada hidupan
di bumi kerana plastik mengambil masa jutaan tahun untuk terlerai. Antara kesan yang mungkin
bakal terjadi adalah dari segi gangguan ekosistem hidupan laut dan darat akibat pencemaran sisa
plastik yang dibuang di merata-rata tempat. Perlepasan sisa toksik yang tercemar dari pepejal plastik
tersebut menyebabkan kematian haiwan dan populasi spesis haiwan semakin terancam. Bukan itu
sahaja, kesan ketara yang boleh dilihat adalah dari segi pencemaran udara. Kerja-kerja pelupusan
sisa pepejal yang menyebabkan perlepasan sisa toksik melalui udara hingga mengakibatkan udara
tercemar dan lapisan ozon semakin menipis. Keadaan ini amat membahayakan bukan sahaja
terhadap flora dan fauna, bahkan turut memberi kesan negatif kepada manusia terutamanya kanak-
kanak dan warga emas.
Oleh itu, satu langkah proaktif perlu digerakkan dalam membendung penggunaan plastik
secara optimum dalam kalangan rakyat Malaysia. Di peringkat awal, kerajaan mungkin boleh
menguatkuasakan akta khusus terhadap penggunaan plastik dengan menguatkuasakan larangan
menggunakan beg plastik terhadap semua pasar raya di seluruh Malaysia. Selain itu, semua pasar
raya di Malaysia juga digalakkan untuk mendidik para pembeli menggunakan beg kitar semula
secara kumpulan mata.
Sebenarnya, bukan mudah untuk mendidik masyarakat tentang bahayanya penggunaan
plastik terhadap alam sekitar. Justeru, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita seharusnya
menyahut seruan kerajaan dalam usaha melestarikan penggunaan plastik ke tahap paling minimum
agar dapat menjayakan segala kempen yang dilaksanakan oleh kerajaan agar persekitaran serta udara
negara ini dapat dipelihara.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Rakyat Malaysia dan Penggunaan Plastik Berpisah Tiada,’
https://seribuombak.wordpress.com/
MODUL BAHASA MELAYU TINGKATAN 4 42

Bahan 2

Bahan 1: Petikan
Fokus 1 Fokus 2

1. 1.
2. 2.
3. 3.
Bahan 2: grafik/petikan
Fokus 1

1.
2.
3.
MODUL BAHASA MELAYU TINGKATAN 4 43

Praktis 2
Baca petikan dan sajak di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak
melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa
mengubah maksud asal petikan dan gambar rajah.

Bahan 1
Baru-baru ini, Presiden Indonesia ada membincangkan syarat-syarat yang perlu dimiliki oleh
seseorang untuk menjadi pemimpin. Beliau berpendapat bahawa untuk menjadi pemimpin itu
seharusnya dapat memberikan semangat, inspirasi, contoh dan teladan. Presiden juga mengajak
murid untuk berani bercita-cita menjadi pemimpin terbaik pada masa mendatang. Persoalannya,
apakah cara-cara terbaik untuk menyemai sifat kepimpinan dalam kalangan murid?
Pemimpin tidak muncul dalam sekelip mata kerana sifat itu perlu disemai sejak kecil lagi.
Oleh itu, pembabitan murid dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum di sekolah perlu ditekankan.
Tamsilnya, murid diberi peluang menjadi pemimpin seperti pengawas atau pengerusi kelab dan
persatuan. Selain itu, guru perlu mengenal pasti murid yang berbakat menjadi pemimpin. Sudah
pasti mereka menjadi pemimpin berwibawa jikalau terdapat bimbingan khusus seperti bimbingan
pengendalian mesyuarat, penulisan laporan, dan berkomunikasi. Latihan pengucapan awam melalui
aktiviti debat dan pidato tentu dapat membantu. Langkah pemupukan bakat kepimpinan ini, akan
dapat memperbaiki kemahiran komunikasi murid.
Di samping itu, pihak sekolah perlu mengadakan program latihan kepimpinan dalam
kalangan murid. Walaupun terdapat pemimpin yang memiliki bakat semula jadi, namun program
terancang perlu dilakukan. Pelan pembangunan dan pelan latihan bagi membangunkan kopentensi
murid juga perlu disediakan. Bagi murid yang berbakat perlu menjalani latihan dan praktikal agar
mereka terdedah kepada pelbagai pengalaman, kemahiran dan tuntutan kerja. Pemupukan bakat
kepimpinan ini penting kerana dapat membuka minda murid tentang kepentingan motivasi diri untuk
menjadi seorang pemimpin.
Sesungguhnya, murid merupakan golongan remaja yang memerlukan bimbingan dan tunjuk
ajar dalam usaha mempertajam bakat dan meneroka potensi kepimpinan mereka. Negara
memerlukan pemimpin muda untuk memahami jiwa orang muda dan seterusnya memimpin mereka.
Banyak manfaat yang dapat diperoleh dengan memupuk bakat kepimpinan termasuklah dapat
memajukan negara pada perigakat antarabangsa. Pemimpin muda merupakan harapan negara dan
dunia untuk masa hadapan.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Kepimpinan Remaja Tonggak Masa Hadapan Negara”
Oleh Jeniri Amir, Dewan Siswa, April 2019
MODUL BAHASA MELAYU TINGKATAN 4 44

Bahan 2
MODUL BAHASA MELAYU TINGKATAN 4 45

Praktis 3
Baca petikan dan sajak di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak
melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa
mengubah maksud asal petikan dan infografik.

Bahan 1

Bagai api dalam sekam merupakan perumpamaan paling tepat digunakan untuk penyakit
hipertensi atau tekanan darah tinggi kerana memudaratkan pesakit tanpa disedari. Hipertensi juga
menjadi punca utama sakit jantung, strok dan kegagalan buah pinggang. Penyakit tekanan darah
tinggi ini adalah penyakit kardiovaskular yang paling mudah dirawat, namun begitu kematian yang
disebabkan pembunuh secara senyap ini terus meningkat dan membimbangkan semua pihak.
Salah satu faktor peningkatan penyakit tekanan darah tinggi ini ialah hanya segelintir pesakit
yang sedar, mendapatkan rawatan. Menurut Ketua Nefrologi Hospital Kuala Lumpur, Datuk Dr.
Zaki Morad Mohd Zaher, banyak pesakit yang sedar bahawa mereka yang menghadapi hipertensi
tetapi tidak mendapatkan rawatan. Pesakit yang mendapatkan rawatan pula, hanya segelintir sahaja
yang dapat mengawal tekanan darah mereka kerana tidak semua daripada penghidap penyakit ini
berjaya dirawat menerusi pengambilan ubat. Kewujudan keadaan ini disebabkan penghidap
mungkin tidak mendapat ubat atau kombinasi ubat yang betul dan tidak mematuhi arahan rawatan
seperti tidak mematuhi jadual pengambilan ubat. Selain itu, doktor mereka mungkin tidak cukup
agresif merawat masalah tekanan darah mereka. Oleh itu, jumlah penghidap penyakit ini terus
meningkat.
Selain itu, sikap segelintir doktor yang tidak yakin bahawa hipertensi adalah masalah serius
menjadi punca peningkatan hipertensi. Sikap ini telah menyebabkan mereka tidak menekankan
betapa pentingnya rawatan kepada pesakit. Di samping itu, sikap masyarakat yang tidak suka makan
ubat-ubat menyebabkan penyakit ini sukar dirawat. Kecenderungan masyarakat menggunakan herba
atau ubat tradisional boleh menyukarkan lagi rawatan.
Hipertensi merupakan pembunuh secara senyap pesakit yang mengabaikan aspek kesihatan,
terutamanya mereka yang tidak mengambil ubat bagi mengelakkan penyakit ini semakin
memudaratkan. Justeru, masyarakat perubatan dan orang ramai mestilah mengambil langkah dengan
mengubah sikap mereka terhadap bahaya penyakit ini. Selain itu, mereka perlu menyedari keperluan
merawat hipertensi secara agresif pada peringkat awal dengan mengawal dan mengetahui tekanan
darah masing-masing agar penyakit ini mampu dibendung.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Darah tinggi membimbangkan’, oleh Nor Afzan Mohamad Yusof
Berita Harian, 2011
MODUL BAHASA MELAYU TINGKATAN 4 46

Bahan 2

Sumber: @bernamadotcom

Anda mungkin juga menyukai