Anda di halaman 1dari 12

BAHAGIAN A

(20 Markah)

Kertas soalan ini mengandungi 20 soalan.Jawab semua soalan.Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat
pilihan jawapan,iaitu A , B, C, dan D . Bagi setiap soalan,pilih satu jawapan sahaja. Bulatkan
jawapan anda pada kertas objektif yang disediakan.

Soalan 1 hingga Soalan 5

Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. Badan nenek kelihatan __________ akibat tidak berselera untuk makan selama beberapa hari.

    A. kecut           C. susut          
B. surut           D. lurut

2. Tuan Pengetua sedang berucap di perhimpunan rasmi sekolah. ________ menasihati murid -
murid supaya tidak melanggar peraturan sekolah.

A. Baginda C. Dia
B. Beta D. Beliau

3.  “ ________ ganggu kawan kamu yang sedang belajar di dalam kelas, “ nasihat Cikgu Teng
kepada murid-muridnya.

A.  Tolong C.  Jangan
B.  Harap D.  Minta

4. Puan Nancy telah membeli se_____________ permaidani buatan tangan ketika melancong ke
Turki baru-baru ini .

A. bidang                C. lembar
B. helai                   D. keping

5. Kanak-kanak yang dipercayai lemas dalam sungai itu masih belum ditemui kerana arus sungai itu
_____________ .

A. paling laju C. amat kuat

B. sangat dalam D. sungguh deras

1
Soalan 6 hingga Soalan 7

Ayat-ayat di bawah ini mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, tandakan A,
B, atau C. Jika ayat berkenaan tiada kesalahan tandakan D.

6. Setiap orang pelajar hendaklah berdiri tegak semasa lagu Negaraku dimainkan.
A B C
Tiada kesalahan.
D

7. Wendy hanya menaiki bas awam ke sekolah manakala dia berasal daripada keluarga yang
berada.
A B C
Tiada kesalahan.
D

Soalan 8 hingga Soalan 9

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul .

8. I Setiap hari saya akan lalu halaman rumahnya.

II Pada hujung minggu lalu kami sekeluarga telah berkunjung ke Pulau Pangkor.
III Dia tidak lalu makan sejak menghidapi penyakit ganjil.
IV Aida mengambil surat khabar lalu menghulurkannya kepada ayah.

A. I dan III C. II , III dan IV

B. II dan III D. I,II,III dan IV

9. I  Amboi garangnya adik kamu !

II  Amboi, sakitnya kepalaku dari pagi tadi !
III Amboi, bergaya sungguh kamu hari ini !
IV Amboi, makanlah roti ini untuk mengalas perut !

A. I dan III C. II , III dan IV

B. II dan III D. I,II,III dan IV

Soalan 10 hingga Soalan 11

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan bahasa dan
mungkin tidak.Tandakan A, B, atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika
tiada kesalahan.

10. Puan Mary Ann mengambil masa dua setengah jam dari rumahnya untuk sampai ke Kuala
Lumpur.

A. dua jam setengah C. jam dua setengah

B. setengah dua jam D. dua setengah jam

2
11. Zabedah boleh membuat berbagai corak anyaman tikar mengkuang.
A. buat bagai corak C. membuat pelbagai corak
B. buat pelbagai corak-corak D. membuat berbagai corak

Soalan 12

Pilih ayat yang mempunai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat yang dicetak
tebal.

12. Eric melarang adiknya bermain dekat dengan jalan raya itu.
A. Eric dan adiknya dilarang bermain dekat dengan jalan raya itu.
B. Eric dan adiknya menegah jalan raya itu bermain dekat.
C. Eric tidak membenarkan adiknya bermain berhampiran dengan jalan raya itu.
D. Adik Eric ditegah bermain berhampiran dengan jalan raya itu oleh kakak Eric.

Soalan 13

Pilih ayat-ayat yang betul .

13. I Saya tidak suka makan buah itu kerana rasanya masam.
II Bayi itu sedang tidur nyenyak di dalam buai.
III Kakinya melecur kerana terkena air panas.
IV Mak andam membubuh inai pada jari-jemari Sarah sehari sebelum dia bersanding.

A. I dan III
B. II dan IV
C. I , II dan IV
D. I , II , III dan IV

Soalan 14 dan Soalan 15

Pilih peribahasa yang betul .

Apabila melakukan sesuatu pekerjaan yang baik hendaklah

disudahkan sehingga sempurna

14. Pernyataan di atas berkaitan dengan maksud peribahasa ….

A. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.

B. Diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat.
C. Ada gula adalah semut.
D. Alang-alang mandi biar basah.

3
15. Tetamu begitu asyik melihat pasangan raja sehari di atas pela,on itu kerana kedua-duanya
_____________________.

A. bagai pinang dibelah dua.

B. bagaikan langit di awan biru.

C. pipit hendak menjadi enggang.

D. bunga disunting, perdu dibuang.

Soalan 16 hingga Soalan 20

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Adalah konon masa zaman Nabi Allah Sulaiman alaihissalam dengan takdir Allah
Taala kepada masa itu semua binatang bercakap seperti manusia juga. Adapun Nabi Allah
Sulaiman itu lima Perdana Menterinya, suatu menterinya manusia, suatu menterinya daripada jin
bernama Ifrit, suatu menterinya daripada unggas, dua menterinya daripada binatang landak dan
pelanduk; di dalam lima Perdana Menteri yang arif bijaksana: pertama manusia, yang kedua
landak, yang ketiga Syah Alam di Rimba, iaitu pelanduk; tetapi Syah Alam di Rimba itulah
termasyhur arif bijaksananya.
Sebermulanya adalah suatu hari Syah Alam di Rimba pergi berjalan menatapi
sekalian anak buah di dalam pemerintahannya. Berjumpalah ia suatu lubang tempat memerang,
ada anaknya tujuh ekor. Anak memerang itu pun keluarlah daripada lubangnya bermain-main di
situ. Syah Alam di Rimba pun datang menghampiri seraya bertanya,” Hai kanak-kanak, ke
manakah pergi mak bapa kamu? ”
Sahut anak memerang itu, “ Mak bapa hamba sudah mencari akan makanan hamba
sekalian ini. ” Fikir Syah Alam di Rimba, ” Itulah akan memerang ini, selalu sahaja ia membuat
aniaya ke atas ikan-ikan itu, terlalu runsing hatiku mendengar pengaduannya kepada Nabi Allah
Sulaiman, jikalau begitu, baiklah aku perbuat pakatan pula dengan dia.

( Dipetik daripada prosa tradisional Pelanduk Mengajar Memerang antologi

Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan Dua Kemeterian Pendidikan Malaysia.)

16. Siapakah watak utama yang terdapat dalam prosa tradisional Pelanduk Mengajar Memerang?

A. Sang Memerang C. Syah Alam di Rimba

B. Jin Ifrit D. Nabi Allah Sulaiman

4
17. Apakah bukti kebesaran kuasa Nabi Allah Sulaiman?
A. Kerajaan yang luas C. Mempunyai rakyat binatang
B. Mempunyai menteri pelbagai jenis makhluk D. Menguasai seluruh hutan dan rimba

18. Nyatakan dua latar yang terdapat dalam petikan prosa ‘Pelanduk Mengajar Memerang’.
A. lubuk dan laut C. bukit dan gunung
B. kota dan desa D. lubang dan rimba

……… masa itu semua binatang boleh bercakap seperti manusia juga……

19. Apakah gaya bahasa yang terdapat dalam petikan di atas?

A. Simile C. Sinkope
B. Personafikasi D. Anafora

20. Pada pendapat anda, mengapakah pemimpin perlu mengamalkan sikap turun padang?
A. Melahirkan masyarakat yang penyayang
B. Bermesra dengan masyarakat setempat
C. Memahami masalah rakyat dan menyelesaikannya
D. Membentuk masyarakat yang bertanggungjawab

Bulatkan jawapan anda di ruangan yang disediakan :

5
1 A B C D

2 A B C D

3 A B C D

4 A B C D

5 A B C D

6 A B C D

7 A B C D

8 A B C D

9 A B C D

10 A B C D

11 A B C D

12 A B C D

13 A B C D

14 A B C D

15 A B C D

16 A B C D

17 A B C D

18 A B C D

19 A B C D

20 A B C D

6
BAHAGIAN B
(25 Markah)

Soalan 1

(a) Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan bahasa
tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu
menyalin ayat itu semula.

(i) Sidang kemuncak yang berlangsung di ibu negara telah mendapat sambutan di kalangan negara
serantau.
_______________________________________________________________________________

(ii) Dalam kejadian ribut taufan di Kedah, beribu orang telah kehilangan tempat tinggal dan harta
benda
_______________________________________________________________________________

( 2 markah )

(b) Dalam petikan di bawah terdapat tiga kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis
ejaan yang betul pada ruangan jawapan yang disediakan.

Hari minggu yang lalu, kami pulang ke kampung di Kota Bharu, Kelantan. Sebelum
memulakan perjalanan, ayah meminta kami memakai tali-pinggang keledar. Sepanjang
perjalanan, ayah memandu kereta dengan hadlaju yang telah ditetapkan. Selain itu, ayah
juga menjaga jarak kereta kami dalam keadaan yang selamat dengan kenderaan lain di
hadapan kami. Menurut ayah, semua pengguna jalan raya haruslah bertanggung jawab
akan keselamatan diri sendiri. Undang-undang dan peraturan jalan raya haruslah sentiasa
dipatuhi.

(i) ___________________________________________________
(ii) ___________________________________________________
(iii) ___________________________________________________

7
( 3 markah )

Soalan 2
Baca bahan-bahan yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Pendakwaraya : Pada hemat saya, Bulat bin Leper ialah pihak yang bertanggungjawab
dalam kes ini. Kalau Bulat tidak membuang kulit pisang, maka kambing
tidak boleh mengaisnya ke jalan raya dan seorang nenek tua tidak akan
memijaknya. Atas alasan itu, saya mohon mahkamah keadilan ini
menjatuhkan hukuman seberat-beratnya kepada Bulat bin Leper.
Sekian yang arif, terima kasih.

Hakim : Ya, peguam bela… kalau ada hujah-hujah tambahan, dipersilakan.

Peguam bela : Ya, yang arif, saya tegaskan kembali hujah saya bahawa Bulat bin Leper
telah membuang kulit pisang ke tempat yang wajar dan betul. Maka,
dengan itu ternyatalah Bulat bin Leper tidak melakukan apa-apa kesalahan.

( Dipetik daripada drama Mahkamah antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan Dua,
Kemeterian Pendidikan Malaysia )

Bahan 2

(i) Berdasarkan Bahan 1, apakah kes yang sedang dibicarakan dalam mahkamah tersebut?
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
(3 markah)
8
(ii) Huraikan nilai yang terdapat daripada Bahan 1 dan Bahan 2 .
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
(3 markah)

(iii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang harus diambil oleh masyarakat agar isu
pembuangan sampah ini dapat diatasi ?
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
( 4 Markah)
Soalan 3
Jawapan anda hendaklah berdasarkan daripada novel Jalan Ke Puncak yang anda kaji di Tingkatan 2.
Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan watak dan perwatakan bagi watak utama dan dua
watak sampingan yang lain dalam novel tersebut .

( 10 markah)
_______________________________________________________________________________________

9
BAHAGIAN C
(15 Markah)

Bahagian ini mengandungi dua soalan. Jawab satu soalan sahaja

Soalan 1

Lihat rajah di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam rajah tersebut, tulis ulasan
tentang ciri-ciri pelajar cemerlang yang panjangnya hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan.

Ciri-Ciri
Pelajar Cemerlang

Mempunyai Belajar Penglibatan aktif

- sikap yang baik bersungguh-sungguh dalam pelbagai bidang

___________________________________________________________________________________________

10
___________________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________________

Soalan 2

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang cara
membendung jenayah dalam kalangan pelajar dan remaja. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak
melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan perkataan anda sendiri tanpa mengubah
maksud asal petikan.

Dewasa ini, kita sering dikejutkan dengan pelbagai kes jenayah yang melibatkan pelajar dan remaja. Hal ini
telah menggambarkan betapa seriusnya kejadian jenayah dalam kalangan mereka. lsu ini sungguh
membimbangkan semua pihak kerana jika tidak dibendung masalah ini akan menjejaskan masa depan negara
kita.
Sebenarnya segala jenayah ini dapat dibendung melalui pendekatan yang lebih berkesan, misalnya ibu
bapa sebagai orang yang paling rapat dengan remaja hendaklah memberikan perhatian yang lebih kepada
anak-anak ketika di rumah kerana segalanya bermula di rumah. Pendidikan agama dan nilai-nilai murni
mestilah diterapkan supaya anak-anak dapat menilai antara perkara baik dan buruk.
Remaja juga haruslah pandai memilih rakan sebaya kerana sememangnya remaja mudah terpengaruh
dengan kawan-kawan mereka, tetapi kini kebanyakan ibu bapa tidak ambil peduli dengan siapa anak mereka
berkawan. Pengaruh hiburan melalui media massa juga hendaklah dibendung. Sepatutnya para pelajar hanya
perlu mengetahui maklumat-maklumat yang hanya berkaitan tentang pelajaran sahaja.
Pihak sekolah pula perlu memantapkan lagi kawalan disiplin sekolah bagi menjamin kegiatan salah
laku pelajar berkurangan. Setiap kesalahan pelajar seperti ponteng sekolah, merokok, menghisap dadah, atau
membuli pelajar lain hendaklah didenda setimpal dengan kesalahan mereka. Masalahnya ibu bapa tidak
berminat datang ke sekolah untuk berbincang bagi mencari pendekatan awal sebelum masalah yang lebih
serius. Lebih buruk lagi ada antara ibu bapa yang menyalahkan pihak sekolah jika mengambil tindakan
disiplin terhadap anak mereka.
Penguatkuasaan undang-undang hendaklah diperketat, misalnya remaja bawah umur yang melakukan
kegiatan jenayah berat seperti bunuh hendaklah dikenakan hukuman mati mandatori sama seperti pesalah
dewasa.
Pelajar-pelajar haruslah didedahkan kepada isu-isu semasa, kempen-kempen, khemah kerja, motivasi
dan sebagainya bagi menyedarkan mereka bahawa merekalah generasi pemangkin kemajuan negara. Sekali
gus, perkara sedemikian dapat memberi pengajaran kepada mereka. Golongan tersebut juga perlu mengetahui
bahawa segala kes jenayah akan merosakkan masa depan mereka.

______________________________________________________________________________________________

11
______________________________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________________________

**************************** KERTAS SOALAN TAMAT ******************************

12

Anda mungkin juga menyukai