Anda di halaman 1dari 16

Bahagian A

Soalan Aneka Pilihan

(Soalan 1 - 20)
Soalan 1 - 6
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1 Apabila ________ sahaja peristiwa ngeri itu, Pak Mail akan menangis sendirian.
A termangu C terimbas
B terngiang D terkenang

2 Ibu membeli ________ petai untuk dijadikan ulam makan tengah hari.
A secekak
B selonggok
C seikat
D setangkai

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3 Bendahara Ali ________ kerisnya ke pinggang sebelum menghadap sultan.

A menusukkan C menyusupkan
B menyisipkan D menyarungkan

4 Suasana di rumah Puan Shanti _______ dengan suara cucu-cucunya yang pulang bercuti.
A riuh-rendah
B kucar-kacir
C kelam-kabut
D huru-hara

5 Para penonton yang hadir terhibur ________ persembahan kumpulan nasyid itu.
A oleh C akan B dengan D atas
Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.

6 Pokok yang tumbang itu telah _______ beberapa buah kereta di tempat letak kereta itu.
A menghempap C menghenyak
B menghempas D menghimpit

Soalan 7 - 8
Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kasalahan
itu telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D.

Pilih jawapan yang paling sesuai.

7 Majalah-majalah yang bertimbun-timbun itu kami baca. Tiada kesalahan.

A B C D

8 Sultan Zanariah akan berangkat untuk bercemar duli dalam majlis jamuan diraja
A B C
yang akan diadakan di sebuah hotel terkemuka. Tiada kesalahan.
D
Soalan 9
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

9 I Dia meronta-ronta sekuat tenaga tetapi tidak juga lepas.

II Mereka tidak lepas daripada menghadapi pancaroba kehidupan.
III Lepas makan tengah hari, bolehlah kita berjalan-jalan.
IV Keterangan yang telah diberikan itu tidak begitu lepas.

A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja
Soalan 10 dan 11
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan
bahasa dan mungkin juga tidak.

Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada
kesalahan.

10 Kami telah berjalan lebih dari dua setengah kilometer.

A dari dua kilometer setengah.
B daripada dua kilometer setengah.
C daripada dua setengah kilometer.
D dari dua setengah kilometer.

11 Semua gula-gula yang dibeli oleh saya sudah saya berikan kepada adik.
A Gula-gula yang saya belikan
B Gula-gula yang dibeli oleh saya
C Semua gula-gula yang saya beli
D Semua gula-gula yang dibeli oleh saya

Soalan 13 dan 14
Pilih ayat-ayat yang betul.

12 I Pemandangan di Kulim indah nian pada waktu malam.

II Encik Hamidon sangat sayang akan anak-anaknya.
III Pemain itu yang dikatakan paling handal sekali.
IV IV Inilah menara yang tertinggi sekali di Malaysia.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

13 I Pengemis itu tidur berbantalkan dengan lengan.

II Pembungkus makanan itu melakukan kerja dalam keadaan yang bersih.
III Bomoh itu meletakkan kemenyan ke dalam perasap.
IV Pengembara sesat itu tiba di sebuah perkampungan orang asli.

A I dan IV sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja
Soalan 14
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat
yang dicetak tebal.
14 Faktor kejayaan pasukan bola sepak sekolah dalam pertandingan itu adalah kerana
usaha yang berterusan dan semangat berpasukan.
A Kerana usaha yang berterusan dan semangat berpasukan, pasukan bola sepak
sekola berjaya dalam pertandingan itu.
B Dalam pertandingan itu, usaha yang berterusan dan semangat berpasukan pasukan
bola sepak sekolah ialah faktor kejayaan.
C Usaha yang berterusan dan semangat berpasukan ialah kunci kejayaan pasukan
bola sepak dalam pertandingan itu.
D Kejayaan pasukan bola sepak sekolah dalam pertandingan itu menjadi faktor usaha
yang berterusan dan semangat berpasukan

Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai.

15 Aida amat gembira apabila suaminya menghadiahkan seutas rantai walaupun dia hanya
mengharapkan sebentuk cincin sahaja. Keadaan ini diibaratkan
A orang mengantuk disorongkan bantal.
B kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan.
C pucuk dicita ulam mendatang.
D pungguk merindukan bulan.
Soalan 16 - 20
Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

PADA SEKUNTUM MAWAR

Sehelai kelopakmu gugur

adalah titis air mata bonda
yang luruh dalam lipatan usia

Merenung pada malam yang kematian angina

pada laut yang kematian ombak
seperti telah menutup
pintu kehidupan ini
menjadi sepi dan lara
pada kemusnahan yang tak pernah dipinta.

Sekuntum mawar
bukan melontar harum indahmu
di hujung lembah
tapi mengangkat seri mahkotamu
ke puncak iman

MAHWA MOHAMED
(Dipetik daripada sajak “Pada Sekuntum Mawar” Antologi Baik Budi, Indah Bahasa,
Tingkatan 2, KPM

16 Mengapakah air mata ibu menitis pada rangkap pertama sajak?

A Kelopak bunganya gugur
B Dirinya semakin dimamah usia
C Bunga kesayangannya akan mati
D Anak gadisnya hilang maruah diri

17 Nyatakan pengajaran yang terdapat pada rangkap ketiga sajak.

A Seorang gadis mestilah menjaga kehormatan diri
B Seorang gadis mestilah berani menempuh ranjau kehidupan
C Seorang ibu mestilah sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak
D Seorang anak mestilah diberikan hukuman apabila dia memalukan keluarga

18 Pilih baris sajak yang mengandungi gaya bahasa metafora

A Pintu kehidupan C Titis air mata bonda
B Sekuntum mawar D Melontar harum indahmu
Pada kemusnahan yang tak pernah
dipinta

19 Apakah yang dimaksudkan dengan baris sajak tersebut?

A Kerosakan alam sekitar secara tiba-tiba
B Jatuhnya maruah diri seorang gadis tanpa diduga
C Nilai kemanusiaan yang hilang tanpa disedari
D Kebejatan sosial dalam kalangan remaja sesuatu yang tidak diminta

20 Mengapakah penjagaan maruah dan kehormatan diri lebih dititikberatkan kepada

kaum wanita?
A Wanita yang rosak akhlak akan merosakkan dirinya sahaja
B Wanita yang rosak akhlak tidak akan mampu mendidik anak dengan baik
C Wanita yang rosak akhlak akan kehilangan rakan-rakan
D Ibu bapa akan mengalami tekanan perasaan apabila anak perempuan mereka
rosak akhlak

.
Bahagian A : 20 markah
(Jawapan)
Sila hitamkan ruang jawapan yang disediakan di bawah.

A B C D

A B C D

A B C D

A B C D

A B C D

A B C D
Bahagian B- soalan 1
Soalan 1(a)
Dalam iklan di bawah terdapat tiga kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut
dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu
menyalin iklan itu semula.

BUFET RAMADHAN DI RESTORAN AMAN

MENU ISTIMEWA
Rm 49.00 (Dewasa)
*Nasi ayam *Aneka kuih
Rm 34.00(Kanak-
*Nasi beriani *Kuah kacang Kanak berumur 4
*Satay *Lontong Hingga 12 Tahun)
*Mi bandung *Serunding
*Nasi himpit
*Laksa

Sila hubungi Encik Azrin (07-7866452)

i) _____ __________________________________
ii) ___ ____________________________________
iii) __ _____________________________________ [3 markah]

soalan 1 (b)
Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan
tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak
perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Perompak yang memecah masuk ke rumah Encik Gopal berjaya ditangkap
oleh pihak polis hasil maklumat dari orang ramai.

________________________________________________
(ii) “Semua barang perhiasan ini hendaklah disusun oleh kamu di atas rak di
hujung sana”, kata Puan Salina kepada pembantu rumahnya.
________________________________________________________
[2 markah]
Bahagian B - Soalan 2
(Pemahaman)

Baca maklumat di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

BAHAN 1

Ini zaman moden, zaman serba maju. Alif berazam membawa kemajuan dengan cara
tersendiri. Menjadi petani alaf baharu ini tidak perlu bertajak, berkubang dan berselut
badan merembes menerung yang degil liat. Kerja itu semua dapat dilaksanakan dengan
mudah oleh mesin pembajak, tanpa harus mengotorkan tubuh. Tidak lagi terbongkok-
bongkok mengerat padi, sebelum dibanting di dalam tong bertutup separuh layar. Dengan
jentera tuai, petak sawah akan terang lapang dalam masa yang singkat.
“Tak sangka, ya. Tengoklah petak-petak sekarang, dipenuhi emas belaka!”
Suara Tuk Ketua menyapa gegendang telinga Alif. Rupa-rupanya dia juga menurut
langkah anak muda itu meniti permatang.
Dipetik
daripada “Menuai Emas” antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2, Kementerian
Pendidikan Malaysia.

BAHAN 2

Zaman ini zaman serba moden dan canggih. Izara berhasrat untuk menjadi peniaga
kosmetik yang berjaya walaupun usianya masih muda. Untuk menjadi peniaga alaf
baharu ini tidak perlu modal yang tinggi dan tidak perlu mengeluarkan kos untuk
menyewa premis. Perniagaannya dapat dijalankan dengan adanya teknologi canggih di
hujung jari, iaitu telefon pintar dan komputer riba. Izara hanya perlu meringankan jari-
jemarinya untuk mengiklankan para pelanggannya bahasa produk itu dapat memberikan
kesan yang positif dan diluluskan oleh pihak Kementerian Kesihatan. Berkat usaha Izara,
semakin hari jumlah pelanggannya semakin bertambah. “Tak sangka, ya, perniagaan
kamu semakin maju”, sapa ibu Izara dari belakang sambil melihat Izara mengira
keuntungan perniagaanya. “Ini berkat daripada doa ibu juga”, sahut Izara sambil
menghulurkan senyuman gembira.

(i) Berdasarkan bahan 1 dan bahan 2, nyatakan kemudahan-kemudahan yang

diperoleh Alif dan Izara dalam bidang yang mereka ceburi pada era serba moden
tersebut. (3 markah)
________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________
(ii) Berdasarkan kedua-dua petikan di atas, nyatakan persamaan antara Alif dan
Izara. [3 markah]

___________________________________________________________

___________________________________________________________

___________________________________________________________

___________________________________________________________

(iii) Kejayaan Alif dan Izara merupakan hasil usaha kegigihan mereka.

Pada pendapat anda, apakah langkah yang perlu dipraktikkan oleh seseorang
untuk mengekalkan kejayaan yang telah diperoleh?
[4 markah]

___________________________________________________________

___________________________________________________________

___________________________________________________________

___________________________________________________________

___________________________________________________________

___________________________________________________________

___________________________________________________________
Bahagian B - Soalan 3 (Novel)

Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di
Tingkatan 2.

DARAH TITIK DI SEMANTAN

ARMAN SANI

Nilai-nilai diterapkan dalam novel untuk dijadikan pengajaran dan pedoman hidup.

Berdasarkan novel yang telah anda kaji, huraikan tiga nilai yang terdapat dalam novel
tersebut.

Jawapan :

____________________________________________________________________

[10 markah]
Bahagian C
(Pemindahan Maklumat)

Jawab mana-mana satu soalan daripada bahagian ini.

Soalan 1

Baca petikan di bawah ini dengan telitinya. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah
ringkasan tentang peranan-peranan guru. Panjangnya ringkasan anda hendaklah
antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat
anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Sultan Perak,Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pernah bertitah bahawa penghargaan

terhadap jasa guru oleh murid-murid merupakan nilai murni yang perlu disuntik sehingga
menjadi budaya dalam kalangan masyarakat di negara ini. Tambah baginda, nilai
tersebut hendaklah dijadikan sebahagian daripada komponen dalam kandungan
pendidikan negara.
Titah baginda lagi, bentuk dan kaedah apresiasi terhadap jasa bakti guru perlu
diperluas dengan membangunkan kesedaran masyarakat secara lebih menyeluruh. Titah
baginda, guru merupakan perantara yang menyempurnakan amanah untuk
menyampaikan, memanjangkan dan mengembangkan ilmu. Guru begitu instrumental
mewujudkan persekitaran sekolah yang memberikan keyakinan untuk memenuhi
harapan ibu bapa dan merealisasikan impian anak. Baginda turut mengingatkan bahawa
anak-anak perlu dinasihati agar tidak biadab dan menderhaka kepada guru kerana
masyarakat Melayu berpegang bahawa ilmu yang diturunkan oleh guru itu akan hilang
berkatnya jika murid bersifat derhaka dan bongkak terhadap guru.
Tugas guru dipandang tinggi dan amat mulia. Guru penggerak kepada pembangunan
pendidikan dengan menyahut cabaran transformasi pendidikan negara. Menerusi
transformasi tersebut, peradaban bangsa dapat diperkukuh apabila guru melaksanakan
peranan untuk menghasilkan modal insan yang berkualiti seiring era kemajuan terkini.
Guru pada masa ini dituntut untuk sentiasa bersedia untuk berubah, melaksanakan
tugas daripada cara biasa kepada cara luar biasa, berdaya tahan, futuristik dan berfikiran
aras tinggi. Guru juga berperanan untuk membentuk murid agar berdaya tahan dan
kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran global yang dinamik.

[15 markah]
Soalan 2

Baca petikan dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan yang
panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud petikan asal.

Slogan “Belilah Barangan Buatan Malaysia” merupakan slogan yang sering kita dengar
sama ada di televisyen atau di radio. Barangan buatan Malaysia ialah barang yang
dihasilkan di dalam negara. Kini, sudah tiba masanya masyarakat mengubah sikap
dengan menerima dan menghargai barangan buatan tempatan. Masyarakat perlu
menjadi pengguna yang bijak.
Kita dapat menjimatkan perbelanjaan jika membeli barangan buatan tempatan. Harga
barangan buatan tempatan lebih murah berbanding dengan harga barangan buatan
import. Sebagai contoh buatan tempatan jenama Modenas lebih murah berbanding
dengan motosikal buatan import jenama Honda atau Yamaha. Oleh itu, dengan membeli
barangan buatan tempatan, kita dapat menjimatkan perbelanjaan untuk membeli
barangan lain. Dalam hal ini, kita dapat menabung wang, untuk masa depan, bak kata
peribahasa “sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit”.
Selain itu, dengan membeli barangan buatan tempatan, kita dapat menggalakkan
pembangunan yang berkaitan untuk menghasilkan produk yang berkualiti tinggi dan
berdaya saing. Melaluinya,banyak industri desa muncul seperti industri batik, kraf
tangan,songket dan tembikar.Perkembangan industri desa turut menyediakan peluang
pekerjaan kepada penduduk tempatan.Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan
taraf hidup sesebuah keluarga.Peningkatan dalam pembelian barangan buatan tempatan
dapat membantu merancakkan industri tempatan secara tidak langsung.
Di samping itu,imej negara dapat ditingkatkan.Negara dapat mengeluarkan barangan
yang bermutu.Mutu barangan buatan tempatan sama dengan mutu barangan
import.Sebagai contoh,barangan daripada kulit seperti kasut, beg dan dompet menjadi
buah tangan pelancong yang datang ke negara kita untuk dibawa pulang ke negara
mereka.Malaysia dikenali dalam kalangan pelancong asing kerana menghasilkan
pelbagai barangan yang berkualiti.
Kesimpulannya,industri barangan buatan tempatan memberikan banyak kebaikan
kepada pelbagai pihak.Kita perlu bekerjasama untuk memajukan industri barangan
tempatan.Kita bertanggungjawab untuk memastikan Malaysia “duduk sama
rendah,berdiri sama tinggi” dengan negara-negara maju. Belilah barangan buatan
Malaysia kerana barangan buatan Malaysia menjadi kebanggaan kita semua.

(Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada www.coursehero.com)

Jawapan:

_________________________________________________________________

KERTAS SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai