Anda di halaman 1dari 12

SULIT

BAHAGIAN A
( 20 MARKAH )
Soalan Aneka Pilihan

Soalan 1 - 6
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1 Apabila sahaja peristiwa ngeri itu, Pak Mail akan menangis sendirian.
A termangu C terimbas
B terngiang D terkenang

2 Ibu membeli petai untuk dijadikan ulam makan tengah hari.


A secekak B
selonggok C
seikat
D setangkai

3 Berdasarkan gambar dibawah, Bendahara Ali kerisnya ke pinggang


sebelum menghap sultan.

A menusukkan C menyusupkan
B menyisipkan D menyarungkan

4 Suasana di rumah Puan Shanti dengan suara cucu-cucunya yang pulang


bercuti.
A riuh-rendah
B kucar-kacir
C kelamkabut
D huru-hara

1
SULIT

5 Para penonton yang hadir terhibur persembahan kumpulan nasyid itu.


A oleh C akan
B dengan D atas

6 Berdasarkan gambar di bawah, Pokok yang tumbang itu telah beberapa


buah kereta di tempat letak kereta itu.

A menghempap C menghenyak
B menghempas D menghimpit

Soalan 7 – 8 ( Pilih Jawapan Yang Paling Sesuai )


Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan,
kasalahan itu telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan
dengan D.

7 Majalah-majalah yang bertimbun-timbun itu kami baca. Tiada kesalahan.


A B C D

8 Sultan Zanariah akan berangkat untuk bercemar duli dalam majlis jamuan diraja
A B C
yang akan diadakan di sebuah hotel terkemuka. Tiada kesalahan.
D

2
SULIT

Soalan 9
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

9 I Dia meronta-ronta sekuat tenaga tetapi tidak juga lepas.


II Mereka tidak lepas daripada menghadapi pancaroba kehidupan.
III Lepas makan tengah hari, bolehlah kita berjalan-jalan.
IV Keterangan yang telah diberikan itu tidak begitu lepas.

A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

Soalan 10 dan 11

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan
bahasa dan mungkin juga tidak.
Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika
tiada kesalahan.

10 Kami telah berjalan lebih dari dua setengah kilometer.


A dari dua kilometer setengah.
B daripada dua kilometer setengah. C
daripada dua setengah kilometer.
C D dari dua setengah kilometer.

11 Semua gula-gula yang dibeli oleh saya sudah saya berikan kepada adik.
A Gula-gula yang saya belikan
B Gula-gula yang dibeli oleh saya
C Semua gula-gula yang saya beli
D Semua gula-gula yang dibeli oleh saya

3
SULIT

Soalan 12
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir
dengan ayat yang dicetak tebal.

12 “Kalau awak ada masa lapang petang ini, datanglah ke rumah saya di Taman
Satria,” kata Aiman kepada Hafiz.

A Aiman mengajak Hafiz datang ke rumahnya di Taman Satria pada petang ini kalau
Aiman ada masa lapang.
B Aiman berkata kepada Hafiz bahawa sekiranya awak ada masa lapang,
datanglah ke rumahnya di Taman Satria.
C Hafiz dipelawa oleh Aiman supaya datang ke rumahnya di Taman Satria pada
petang itu jika dia ada masa lapang.
D Hafiz memberitahu Aiman bahawa dia akan datang ke rumahnya di Taman Satria
pada petang ini jika dia kelapangan.

Soalan 13 dan 14
Pilih ayat-ayat yang betul.

13 I Pemandangan di Kulim indah nian pada waktu malam.


II Encik Hamidon sangat sayang akan anak-anaknya.
III Pemain itu yang dikatakan paling handal sekali.
IV Inilah menara yang tertinggi sekali di Malaysia.

A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

14 I Pengemis itu tidur berbantalkan dengan lengan.


II Pembungkus makanan itu melakukan kerja dalam keadaan yang bersih.
III Bomoh itu meletakkan kemenyan ke dalam perasap.
IV Pengembara sesat itu tiba di sebuah perkampungan orang asli.

A I dan IV sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

4
SULIT

Soalan 15
Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai.

15 Aida amat gembira apabila suaminya menghadiahkan seutas rantai walaupun dia hanya
mengharapkan sebentuk cincin sahaja.
Keadaan ini diibaratkan
A orang mengantuk disorongkan bantal.
B kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan.
C pucuk dicita ulam mendatang.
D pungguk merindukan bulan.

Soalan 16 - 20
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Sungai Layong yang mudah banjir itu menerima tetamu. Ada yang berenang, ada juga
yang duduk berceratukan di tebingnya. Ibu-ibu separuh umur terbongkok-bongkok mencuci
pinggan-mangkuk. Anak-anak muda sibuk mengangkat air. Ada yang sempat mengusik
seorang dua anak gadis yang menuju ke sungai. Beluntung membeliakkan matanya. Apa yang
terjadi? Mengapa tiba-tiba sahaja orang kampung berada di halaman rumahnya?
Tuyog mendengus mengejutkan budak-budak yang mandi di sungai. Mereka segera naik
ke tebing. Jantung Beluntung berdebar-debar. Perasaan ingin tahu menguasai hatinya. Dia
terjun dari belakang Tuyog lalu berlari ke rumah.
“Mana ibu?” Mereka yang berada di dalam rumah itu tertinjau-tinjau ke arahnya. “Ibu
kamu di dapur memasak.” Beluntung diam dan terus ke dapur. Dia mendapati ibu tertawa
riang bersama jiran-jiran.
Beluntung memeluk ibunya sebelum keluar meninggalkan mereka. Dia tersenyum
sendirian. Ibu sihat rupanya, katanya dalam hati. Akan tetapi hatinya masih tertanya-tanya
kenapa ramai orang di rumahnya? Dia mencari-cari bapanya. Bapanya hanya duduk tenang
sesekali tergelak mendengar perbualan rakan-rakannya di halaman rumah.
“Kenapa ramai orang di sini?”
“Kau lulus, nak. Bapa gembira. Kita adakan kenduri.” Beluntung tersenyum lagi. Dia
mendengar Bawod menjerit-jerit. Dia berlari tetapi terlanggar tunggul kayu. Beluntung
tersungkur dan tidak sedarkan diri buat beberapa seketika. Setelah sedar, dia berada di
pangkuan bapanya.
(Dipetik daripada Bawod,
antologi Bintang Hati Tingkatan 3,
Dewan Bahasa dan Pustaka.)

5
SULIT

16 Bagaimanakah perasaan Beluntung ketika ramai orang kampung berada di halaman


rumahnya?
A Beluntung terlalu risau terhadap keselamatan ibu dan bapanya.
B Beluntung berasa gembira.
C Hati Beluntung tertanya-tanya perkara yang terjadi di rumahnya.
D Jantung Beluntung berdenyut-denyut.

17 Antara yang berikut, manakah perwatakan Beluntung berdasarkan petikan di atas?


A seorang yang penyayang terhadap ibu bapa.
B seorang yang prihatin akan keselamatan ibu bapa.
C seorang yang penyayang terhadap haiwan.
D seorang yang lemah semangat.

“Kau lulus, nak. Bapa gembira. Kita adakan kenduri.”

18 Frasa di atas mempunyai unsur gaya bahasa.


A metafora.
B personifikasi.
C hiperbola.
D sinkope.

19 Pilih pernyataan yang benar berdasarkan petikan di atas.


A Selepas sampai ke rumah, Beluntung terus berlari mendapatkan Bawod.
B Beluntung berasa takut untuk balik ke rumah setelah mengetahui ramai orang
kampung berada di halaman rumahnya.
C Bapa Beluntung berasa gembira kerana dia lulus dalam peperiksaan darjah enam.
D Ketika Beluntung sampai di rumah, ibunya sedang melayan tetamu yang hadir.

20 Apakah kesudahan cerpen ini?


A Tuyog sudah disembelih.
B Beluntung menganggap Bawod seperti manusia dan sahabatnya sendiri.
C Beluntung sambung belajar ke menara gading.
D Beluntung berasa gembira kerana lulus dalam peperiksaan darjah enam.

6
SULIT

BAHAGIAN A : 20 MARKAH
(Jawapan)

Sila hitamkan ruang jawapan yang disediakan di bawah.

1 A B C D 15 A B C D

2 A B C D 16 A B C D

3 A B C D 17 A B C D

4 A B C D 18 A B C D

5 A B C D 19 A B C D

6 A B C D 20 A B C D

7 A B C D

8 A B C D

9 A B C D

10 A B C D

11 A B C D

12 A B C D

A B C D
13

A B C D
14

7
BAHAGIAN B
( 25 MARKAH )
Arahan : Jawab semua soalan.

1. Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut
dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu
menyalin petikan itu semula.

Cendol merupakan sajian minuman tradisi yang cukup diminati oleh rakyat Malaysia. Rasanya
yang lemak dan manis hasil gabongan bahan seperti ais batu yang dikisar halus, santan kelapa,
kacang merah dan gula melaka memenuhi citarasa rakyat Malaysia. Kini, cendol bukan sahaja
dijual di gerai-gerai di tepi jalan malahan telah menjadi menu istimewa di restauran ternama.
Bagi sesiapa yang belum mencubanya, nikmatilah cendol bersama dengan rojak dan pasembor.
Wah sedapnya!
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Teladan Sejarah Hargai Warisan’
Buku Teks Tingkatan 2.

(i) ____________________________________________

(ii) ____________________________________________

(iii) ____________________________________________
[ 3 markah ]

2. Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif.

(i) Abang saya telah menerima vaksin Pfizer pada minggu lepas di SMK Dato’ Lela Pahlawan.

________________________________________________________________

(ii) Kalian perlu menyiapkan kerja kursus RBT sebelum hujung bulan November.

________________________________________________________________

[ 2 markah ]

3. Baca bahan-bahan yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan


yang berikutnya.
BAHAN 1

Bintang
( Siti Zaleha M. Hashim )
---------------------------------

Suatu malam aku duduk


di halaman rumah
kulihat cantiknya bintang-bintang menghias
langit yang terbentang BAHAN 2
aku ingin terbang ke sana
membawa pulang bintang-bintang
tentu ibu gembira Bawod
tentu ayah bahagia melihat rumah ( Janathan Kandok )
ini penuh dengan cahaya.
---------------------------------
Tetapi kata ibu itu tidak
perlu
ayah sudah ada bintang Dia teringat pesan ibunya. Jika menang pun
begitu juga ibu tidak berguna. Jika ingin bersaing, bersainglah
rumah sudah bercahaya dalam pelajaran. Beluntung membulatkan
begitu juga jiwa mereka tekadnya. Dia mesti lulus peperiksaan darjah
bintang itu adalah aku enam. Barangkali Tuyog juga faham tujuanku,
bintang hati ayah dan ibu. bisik hati Beluntung. Akan tetapi yang jelas,
bapa mahu aku lulus. Biar semua orang tahu
Dipetik daripada ; bahawa Beluntung yang berbau kerbau
Sajak Bintang, Antologi Bintang Hati, Tingkatan menjadi pelajar terbaik SRK Timbang Pasir.
3 Bapa akan gembira. Ibu akan gembira. Orang
Kampung Layong tumpang gembira. Semua
orang gembira. Kalau Si Gemuk mahu turut
gembira, boleh juga.

(Dipetik daripada Cerpen Bawod,


Antologi Bintang Hati, Tingkatan 3)

9
(i) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan tindakan penulis untuk
menggembirakan hati kedua-dua ibu bapa.
[ 3 MARKAH ]

(ii) Berdasarkan kedua-dua petikan di atas, nyatakan dua persamaan nilai murni
terdapat dalam kedua-dua bahan tersebut.
[ 3 MARKAH ]

(iii) Anak-anak sangat penting dalam kehidupan sesebuah keluarga.


Pada pendapat anda, apakah yang perlu dilakukan oleh anak-anak untuk membahagiakan ibu
bapa?
[ 4 MARKAH ]

10
4. Berdasarkan novel yang telah anda kaji di Tingkatan 3, CHOT karya Azizi Haji Abdullah.

LATAR MASYARAKAT

MASYARAKAT YANG HORMAT TERHADAP ORANG TUA

Nyatakan tiga contoh peristiwa bagi menyokong latar masyarakat di atas yang telah ditonjolkan
oleh watak utama .
( 10 MARKAH )
Jawapan :

11
12

Anda mungkin juga menyukai